Your Magic Blog: July 2019

Wednesday 31 July 2019

PELAJARAN TERINDAH

Pelajaran terindah dalam hidup adalah......

"Lakukan lah apa yang hati anda suka"

Pengajaran hanya terjadi setelah anda mengalami. Dan mengalami hanya terjadi setelah anda melakukan.........

Sebelum anda melakukan, sebenarnya anda belum belajar, tetapi anda hanya berandai........

Pengalaman adalah pengajaran.........



Orang yang paling banyak melakukan, akan makin banyak pengalaman, dan semakin banyak belajar.......

Maka..... lakukanlah sebanyak mungkin perkara yang anda suka dalam hidup ini.......

Bergaul lah dengan sebanyak mungkin manusia di bumi ini............

 Travel lah ke sebanyak mungkin places yang anda suka............

Jangan kau mahu dibatasi, dikongkong dan dihad kan oleh apapun kelemahan.........

Free to share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Hati-Hati Dengan Hukum Alam



Waktu anda mahu berjimat cermat, silap-silap minda bawah sedar anda sedang mengafirmasikan ke alam semesta secara samar dan tertutup,

"Saya miskin, wang saya tidak cukup. Kalau saya berbelanja lebih, tiada lagi wang akan datang, jadi saya harus berjimat cermat".

Dan hati-hati juga ketika anda berbelanja sesuka hati kerana merasa memahami prinsip Hukum Kelimpahan, kerana salah-salah muncul perasaan tidak nyaman dan selesa di hati anda.

Rasa tidak nyaman, tidak enak dan selesa, dan rasa sedikit menyesal, itu akan membuat minda bawah sedar anda mengirim afirmasi halus ke alam,

"Saya telah berbelanja lebih. Sekarang saya merasa kurang. Saya ragu akan adakah lagi wang mahu datang kepada saya"

Hasilnya tetap melawan prinsip Hukum Kelimpahan, dan menghasilkan kesempitan.

Akan ada saja jalannya alam membawa realiti anda selari dgn frekuensi fikiran yang anda getarkan, sehingga anda jadi miskin, sempit dan terjepit.......

Jadi hati-hati sahabat........

Ini memang sebuah permainan spiritual, tapi ini bukan main-main..........

Tapi tetaplah lebihkan senyum dan tertawa, kerana ini juga bukan tanda-tanda kiamat......

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Cinta Peta Atau Cinta Tujuan?



Bagi yang belum pernah dan belum tahu.... menuju ke Paris itu harus pakai peta........

Sama jika kita mahu menuju pencerahan atau makrifah, juga harus pakai peta.....

Cumanya...... Kerana terlalu banyak guru dan master maka banyak juga lah peta dengan versi yang beragam, aneh-aneh dan rumit-rumit.........

You know...... Membimbing orang yang sudah membaca terlalu banyak peta itu sulitnya bukan main........

Orang pintar itu sulit dibimbing, kerana waktu dibimbing dan diperlihatkan peta baru, dia membandingkannya peta kita dengan peta-peta yang dia sudah baca...... akan tejadi konflik........

Paling sulit lagi, kalau yang mau dibimbing itu lebih jatuh cinta dan taksub kepada peta berbanding kepada tujuannya.....

Anda yang sedang mencari Tuhan, adakah anda benar-benar mencintai Tuhan, ataukah sebenarnya anda lebih mencintai jalan menuju Tuhan?

Tanda-tanda anda lebih mencintai jalan menuju Tuhan, dan bukan mencintai Tuhan sendiri adalah, anda taksub pada suatu ilmu, kaedah, jalan, metod, tarikat tertentu dan sejenisnya....... Dan anda merendahkan ilmu, kaedah, jalan, metod dan tarikat orang lain yang tidak sama dengan anda.........

Para pencinta Tuhan itu harmoni..... Tidak saling merendahkan cara orang, ilmu orang, keyakinan orang........ Kerana yang sudah sampai ke Paris akan faham, bahawa bukan cuma jalan dari Malaysia yang boleh sampai ke Paris.........

Ente bagai mana..... Lebih cinta peta ente atau destinasi ente?

Kalau lebih cinta isteri ente, memang ente luar biasa!

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 30 July 2019

•SEMUANYA BERBALOI•



Destinasi yang indah selalunya harus ditempuh melalui kos yang mahal, perjalanan yang jauh memakan masa yang panjang serta jalan yang banyak cabaran.

Seperti itu dalam hidup ini, impian-impian yang besar dan membahagiakan sering harus ditempuh dengan kos yang mahal, perjalanan yang memakan masa yang panjang serta jalan berliku penuh cabaran.

Tapi di akhir perjalanan, ketika kita telah sampai kita akan pandang ke belakang dan berkata, "Perjalanan yang saya tempuh untuk ke sini sangat berbaloi dengan apa yang ada di hadapan saya sekarang ini".

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Banyak orang harus sakit teruk untuk menyedari pentingnya sihat. Dari sakit itu diri mereka mula menjaga dan merawat kesihatan dengan begitu baik sehingga akhirnya mereka hidup begitu sihat sampai waktunya pulang menemui Tuhan.

Banyak orang harus melalui fasa muflis, dihina dan dicemuh, untuk kemudian memiliki kekayaan berlimpah. Dari fasa derita mereka belajar tentang kesabaran, kecekalan, kesungguhan, keberanian, cinta, syukur dan kepasrahan yang akhirnya menghantar mereka ke puncak kekayaan yang lestari sampai keturunan terakhir.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Mesejnya.......

Jika sekarang anda menderita tentang apapun masalah dan persoalan hidup, ingatlah bahawa anda sedang dalam proses dan perjalanan menuju suatu tahap kehidupan yang jauh lebih baik dan bahagia.

Yang indah itu memang sulit dan mahal harganya. Kalau mudah dan murah, semua orang boleh memilikinya dan pastilah itu tidak lagi istimewa.

Saya selalu percaya, orang-orang yang sedang mengalami ujian berat dalam hidup itu bakal sukses besar.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Untuk sebuah berlian menjadi sangat cantik berkilau dan berharga begitu mahal, dalam proses pembentukannya ia harus menerima tekanan sangat tinggi di perut bumi serta haba yang begitu panas. Tapi at last, semua itu berbaloi.

Yaa semua itu berbaloi.

Salam cinta penuh kedamaian 😊🙏

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Diri Mu menjadi Hebat.



Diri mu mula menjadi hebat, apabila kau menyedari bahawa tuhan selalu bersama mu, dalam apa juga tindakan dan usaha mu.

Sahabat.

Seburuk mana pun perangai mu, tuhan tidak pernah jauh dari mu.

Sejellek mana pun muka mu, tuhan tetap mencintai mu.

Semiskin apapun diri mu, tuhan tetap  menghormati mu.

Semua kekurangan mu, adalah alasan tuhan untuk lebih mencintai mu.

Sedar lah.
Jangan terus-terus kerasukan seperti itu.
Senyum lah.
Jangan jellek terus seperti itu.

Ketawalah.

Jadikan dunia mu lebih indah.

Free to share.

... Love no Limit ....
- Master Umar Paranorms

Monday 29 July 2019

KEYAKINAN MELALUI TELAPAK TANGAN



Pawang, bomoh dan dukun selalunya suka ambil tangan saya.

Katanya mahu membaca garis-garis nasib nasib di tapak tangan. Dan mereka selalunya terkejut kerana tertilik ayat seperti di dalam gambar ini di garis tangan saya🤣

Ada mazhab yang percaya pada suratan nasib di tapak tangan. Ada pula mazhab yang percaya pada rumus nombor-nombor, serta bintang-bintang horoskop di langit, dan bermacam lagi rumus.

Namanya kepercayaan, maka setiap orang bebas untuk percaya apa dia mahu.

Kalau menurut mazhab umar paranorms pula, memang hal-hal tersebut ada pengaruh kepada diri seseorang, let say 5-10%.

Ada hukum minor dan hukum major. Hukum major adalah hukum semesta atau Sunnatullah. Salah satunya “Law of Belief” yang kini nama seksinya adalah “Law of Attraction”.

Apa kita percaya itu kita dapat. Kalau percaya aturan garis nasib di tangan, itulah kita dapat. Kalau percaya aturan bintang-bintang di langit, itulah kita dapat. Kalau percaya susunan kad tarot, flip coin, dan sebagainya lagi maka semesta hanya merespon apa yang kita YAKINI kerana begitulah setting Sunnatullah dari sananya. Bahasa ketuhanannya, “Aku (Tuhan) mengikuti prasangka hamba-hambaKu”.

Yakin atau Percaya, itu kerja Rohani kita. Di level spiritual yang tinggi, Rohani kita adalah percikan Daya ilahi. Kerana itu hukum yang melibatkan Rohani kita lebih Major dan Powerful dari hukum-hukum luaran.

The world without (kejadian) is a reflection of the world within (rohani).

Namun sekali lagi, kita bebas nak percaya apa kita nak. Kita bebas nak pilih mazhab mana kita suka. Pada akhirnya, setiap pilihan kita akan kita tanggung dan nikmati sendiri.

Dalam soal kebenaran di dimensi dualiti yang kita diami ini, tiada yang benar-benar salah dan tiada yang benar-benar benar.

Yang penting untung 🤣

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sunday 28 July 2019

Kata Bijaksana

Kata seorang bijaksana kepada saya,

"Setiap hari adalah hari baru yang tersendiri dan tidak akan pernah terulang bila-bila pun".

Saya diam

"Lahirlah kau setiap hari. Pastikan kau bangun setiap hari dengan diri yang lebih gembira dan bahagia. Jadikan setiap hari mu penuh makna. Kau sendiri yang perlu memaknai hari mu".

Saya diam. Berfikir...... Merenung.....

Ya!



Maknai setiap hari mu. Dengan fikiran-fikiran berwawasan besar. Dengan hati penuh riang gembira dan bahagia. Serta dengan tindakan-tindakan yang memberi perubahan yang baik.

Hargai lah hidup mu. Bersyukur saja. Jangan banyak komplen.

Hahahahahaa

Lebihkan senyum dan tawa mu.

... Love no Limits ...
- Master Umar Paranorms

CINTA ITU RABUN



Cinta tidak memandang usia. Betul!

Cinta memandang gaji mu, kereta mu, rumah mu, serta status mu dalam masyarakat.

Cinta zaman ini sudah lebih upgrade , sudah matang kerana berevolusi dengan alam.

Cinta zaman sekarang memang perlu begitu.

Kerana sudah tiada lagi tanah-tanah free untuk tanam padi, ubi kayu, dan sayur-sayuran.

Dan sudah tidak ada sungai-sungai bersih utk diminum airnya dan ditangkap ikannya.

Mengaku lah.
Tidak perlu hipokrit begitu.

🤣🤣🤣

Lalu kerana cinta zaman ini sudah berubah,

Sangat wajar dan perlu lah jika lelaki mengutamakan membina kekukuhan ekonominya.

Seksinya seorang wanita dinilai pada badannya yang terjaga rapi, langsing dan menggetarkan jiwa, serta anggun peribadinya.

Tapi seksinya seorang lelaki dinilai pada tahap sukses nya. Makin dia sukses, makin dia seksi.

Jadi para wanita,
Jadilah lebih sihat, cantik dan berperibadi anggun buat pasangan mu.

Dan para lelaki,
Jadilah lebih sukses kerana,

Sukses itu seksi!

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Saturday 27 July 2019

KEMARAHAN MU ADALAH KELEMAHAN MU



Digerakkan oleh intelek adalah tanda kematangan mental. Ia adalah kebijaksanaan dan kekuatan

Sedangkan digerakkan oleh emosi adalah tanda kelemahan. Kita mudah dikawal oleh orang lain kalau dia tahu apa yang paling membuat kita emosional.

Emosi adalah ‘alat’ mengawal manusia.
Emosi adalah titik kelemahan manusia.

Biar orang pancing emosi kita.
Kalau kita kekal santai, maka kita kuat dan menang. Si pemancing tadi akan gigit jari sampai berdarah.

Serangan emosi adalah seperti kita kirim barang kepada seseorang. Kalau orang tersebut menolak kiriman kita, maka barang tersebut akan dipulangkan kepada kita.

Sebegitu bila kita provoke emosi orang lain. Kalau orang itu orang intelektual, dia santai saja tidak terpancing emosinya, maka kitalah yang akan geram dan marah sendiri.

Kata Sang Budha,

“Marah dan dendam itu seperti kita makan pil beracun dan berharap orang lain yang mati”.

Kawal emosi. Jangan suka provoke orang. Itu kerja tak matang.

Saya masih belajar dan terus berlatih mengawal emosi.

Anda bagaimana?

... Love no Limit ...
- Qalam Ilahi Wellness Center

EGO YANG MEMBESAR



Kadang jika terlalu sering dipuji, saya jadi bangga diri. Ego membesar.

Pantang ada yang jentik, nafsu mahu saja menyerang dan menyihir 😅

Yahhh... itu kerana merasa harga diri direndahkan. Dan itu kerana sudah lama merasa diri tinggi.

Saya telah jadi lebih matang, ketika saya menerima kritikan kebencian dengan senang hati, seperti mana saya senang hati ketika menerima pujian-pujian.

Mari kita sama belajar, untuk bersikap neutral, atau mensikapi dan menerima ikhlas apapun yang datang.

Kalau yang datang pujian, itu anugerah. Kalau yang datang makian, itu teguran buat muhasabah diri.

Salam cinta dan kedamaian 😊🙏

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Friday 26 July 2019

AJAIB DAN TIDAK AJAIB



Keajaiban itu ada kadarnya.

Perubahan perlukan mindset, sikap dan persekitaran yang menyokong.

Persekitaran maksudnya: network, tanggungan, dan situasi ekonomi lingkungan.

Sometimes orang share kemampuannya mencapai, menjual atau menzahirkan wang sekian ribu, puluh ribu, ratus ribu, sekian juta ringgit atau sekian billion ringgit.

Orang yang sudah biasa berpendapatan ribu, maka mindset, sikap dan persekitarannya sudah bersedia menyokong dia untuk berpendapatan puluh ribu. Hanya perlu sedikit penyelarasan saja lagi.

Orang yang sudah berpendapatan puluh ribu, maka mindset, sikap dan persekitarannya sudah bersedia menyokong dia untuk menghasilkan ratus ribu.

Orang yang berpendapatan ratus ribu, maka mindset, sikap dan persekitarannya sudah cukup kuat untuk menyokong dia berpenghasilan level jutaan.

Orang bisnes pasti tahu keadaan ini.

Bagi orang-orang yang pendapatannya sudah biasa di level ribu sebulan, maka penghasilan level ratus ribu sebulan adalah sangat ajaib.

Bagi orang yang sudah biasa berpendapatan di level puluh ribu sebulan, maka penghasilan ratus ribu adalah biasa dan tidaklah ajaib. Mereka sudah nampak dan ada daya, sumber dan link untuk mencapainya.

Satu hal yang menarik adalah,

Seseorang yang biasanya mendapat wang level ribu sebulan, tiba-tiba dapat wang ratusan ribu atau juta, pasti dia akan dapat kejutan luar biasa. Ini memang sebuah kejaiban kerana terjadi loncatan energi luar biasa. Tidak ikut turutan biasa.

Misalnya menang loteri.

Tapi..... Umumnya, wang itu akan cepat sangat habis, dan akhirnya tinggal ribu atau ratus sahaja, atau pokai sama sekali.

Mengapa?

Kerana mindset, sikap dan persekitarannya belum bersedia menampung penghasilan wang ratusan ribu atau juta tadi.

Andai kita letak gelas di atas lantai, lalu kita siram dengan satu kolam air, berapakah air yang boleh ditampung oleh gelas itu? Satu gelas saja. Pasti 😂

Begitulah agihan kekayaan Tuhan di alam ini. Kita akan dapat jumlah yang sesuai dengan bekas yang kita telah persiapkan.

Iaitu mindset, sikap dan persekitaran kita.

Anda minta jutaan ringgit, tapi belum juga Tuhan bagi. Mengapa?

Kerana mindset, sikap dan persekitaran anda belum bersedia menampung jumlah tersebut. Bekas atau bejana rezeki anda baru bersedia menampung level ribuan.

Kalau anda lihat ada orang mendapat limpahan ratus ribu atau jutaan ringgit, percayalah bahawa mindset, sikap dan persekitarannya telah bersedia kerana dari awal sudah ditempa.

Orang yang lahir kaya, atau selalu bersama orang kaya lebih mudah kaya kerana mindset, sikap dan persekitrannya sangat menyokong.

Keajaiban itu memang boleh dicapai. Tapi persiapkan diri selayaknya untuk menerimanya.

Kapal besar akan landing, kalau airportnya muat.

Silakan share.

... Love no Limit ...
-Master Umar Paranorms

Thursday 25 July 2019

KAEDAH MINDA BAWAH SEDAR



"Dalam setiap tarikan nafasku, aku semakin sihat, kaya dan sukses".

Ucapkan beberapa kali setiap kali anda teringat.

Saya sedang mengajarkan anda teknik hebat untuk memprogram minda bawah sedar anda.

Anda mungkin belum tahu, bahawa minda bawah sedar anda adalah seperti "Jin Aladdin" yang powerful dan setia melakukan apa saja yang anda suruh.

Anda hanya perlu menyuruh dengan benar... Dan apa yang saya share ini adalah salah satu caranya.

Semoga anda makin sihat, kaya dan sukses.

Hari ini, mari kita lebihkan senyum dan ketawa lebih banyak.

Kerana energi gembira itu daya luar biasa yang akan membuat kita berkeupayaan mencapai banyak perkara dalam hidup.

... Love no Limits ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 24 July 2019

MANUSIA SUCI



“Tuan, manusia suci itu yang macam mana? Adakah dia tidak buat dosa?”, tanya kawan seorang kawan tadi.

Well........

Manusia suci atau manusia kotor, itu hanya istilah belaka. Suatu istilah adalah upaya fikiran mentafsir sesuatu.

Ia sangat subjektif, tergantung siapa yang menggunakan istilah itu.

Ketika dibedah dari sisi energi, maka manusia yang diistilahkan suci adalah mereka yang frekuensi energinya tinggi.

Manakala manusia yang diistilahkan kotor adalah mereka yang vibrasi energinya rendah.

Vibrasi energi ada turun dan naik, bergantung management masing-masing orangnya.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Ketinggian energi bukan soal apa yang anda lakukan, tapi apa suasana hati anda.

Jadi tahap kesucian dan kekotoran status manusia juga bukan pada apa yang dia lakukan, namun lebih kepada bagaimana suasana hatinya.

Kadang perbuatan zahir terlihat jahat dan kotor, tapi suasana hatinya kekal suci. Ini dapat anda fahami jika anda ikuti kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Pernah dengar? Kalau belum boleh google.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Benar bahawa hati yang murni akan melahirkan perbuatan yang juga murni. Namun nilai suatu perbuatan juga tergantung siapa penilainya dan guna ukuran apa dia menilai.

Tapi.... Jangan salah faham dan ambil kesempatan. Kalau anda anggap boleh buat dosa, asalkan murnikan hati, itu salah besar.

Alam kerohanian tidak boleh di ‘trick’ begitu bossku 🤣
.
.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Terus, dia tanya lagi...

“Tuan, kalau kita kejar harta dan kesenangan duniawi, adakah itu merendahkan energi dan menghalang penyucian diri?”.

Tidak.

Apapun perbuatan adalah bergantung kepada Niat.

Niatmu kejar duniawi itu apa?

Kalau niatmu untuk menyenangkan dirimu, keluargamu, pekerjamu, masyarakatmu, dan skala yang lebih luas, maka itu suci dan mulia.

Tetapkan itu di hatimu, dan pedulikan suara-suara sumbang manusia dengki di luar sana.

Kau jalan terussss!

... Love no Limit ...
- Qalam Ilahi Wellness Center

•Kaca Mata Ego vs Cinta•



Kalau orang buat jahat pada kita, dan kita sakit hati, itu kerana kita melihat dengan kaca mata Ego.

Kalau kita melihat dengan kaca mata Cinta, yang terlihat adalah lebih tinggi, iaitu Tuhan sedang beraksi melalui orang tersebut.

Kalau di hayati, dada jadi lapang dan ikhlas, tidak sakit hati lagi.

Dengan berlapang dada dan ikhlas itu, kita juga akan dibalas dengan cinta, iaitu anugerah berlipat ganda. Selalunya begitu.

Hal yang sama terjadi apabila kita berbuat baik.

Kalau kita pandang dengan kaca mata Ego, kita melihat bahawa kita lah yang berbuat baik.

Lalu muncul di hati kita rasa bangga dan merasa lebih baik dari orang lain. Perasaan ini menghapuskan pahala kebaikan.

Tapi kalau kita melihat dengan kaca mata Cinta, kita akan sedar bahawa diri kita tidak lebih dari sekadar medium di mana Tuhan beraksi menyampaikan kebaikanNya kepada orang lain.

Hasilnya timbul ikhlas.
Dan dari ikhlas inilah rahmat berganda kita terima.

Selalunya begitu. Kalau tidak begitu, boleh jadi  kita belum ikhlas 😁

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 23 July 2019

Syurga Di Hati Mu...



Saya merasa begitu... Ada syurga di hati saya, dan di hati sesiapa pun yang telah berjaya menemuinya.

Setiap malam sebelum tidur, dan setiap pagi setelah bangun tidur, saya harus mengakses masuk ke syurga itu dan memohon berkat dari Tuhan. Tanpa begitu, terasa hari saya ada yang janggal dan kurang.

Di syurga itulah sumber hidup, sumber ilmu tanpa batas, sumber sukses, sumber kaya dan makmur, sumber lucky, dan sumber segala sumber... Tanpa batas...

Anda belum jumpa? Sangat rugi...

Temuilah... Usahalah... Agar anda tidak hidup di alam khayal fikiran anda sendiri...

Moga anda makin bahagia.

... Love no Limits ...
- Master Umar Paranorms

•Belajar Ikhlas•



Loncatan Energi mengajar saya untuk belajar melepaskan ikatan-ikatan perasaan.

Dengan kata lain, belajar Ikhlas.

Ketika ada yang copy tulisan-tulisan saya, tanpa credit nama saya, saya belajar ikhlas. Saya berharap banyak orang akan dapat manfaat dari tulisan tak seberapa itu.

Kalau pun ada yang meng-copy modul pembelajaran di Qi Center, saya berusaha ikhlas. Mudah-mudahan banyak orang mencapai kepuasan jiwa dengan menemui apa yang dicarinya di situ.

Kalau pun ada yang meng-copy Wangian 7 Aura, saya juga ikhlas. Mudah-mudahan dia dapat untung dan manfaat sebesarnya.

Kalau ada orang yang mengata di belakang saya, atau membenci saya, atau menyihir saya... Saya hanya berharap dengan perbuatan itu dirinya jadi puas dan bahagia.

Tapi mudah-mudahan tiada ya, sebab saya juga takut di sihir 😅

Apa yang jelas adalah...... Makin luas dan besar rasa cinta kasih di hati, makin terasa ingin saya membahagiakan orang lain dengan semua cara yang saya terdaya.

Kerana cinta itu hanya memberi dan memberi. Kalau berkorban, itu masih terasa ada beban dan terpaksa. Kalau memberi dan memberi, itu ada ikhlasnya. Dan dari sinilah maqam Bahagia akan diperolehi, iaitu maqam yang jauh lebih tinggi.

Dengan banyak memberi, melepaskan dan ikhlas, rezeki kita tidak akan tertutup. Bahkan akan semakin terbuka dari seluruh penjuru langit dan bumi.

Ego lah yang mencipta ilusi kekurangan. Menurut ego kita, kalau orang meniru karya saya, rezeki saya jadi sedikit.

Memang benar ini.... Tapi rezeki jadi sedikit bukan sebab karya kita di tiru, akan tetapi sebab ANGGAPAN kita akan terjadinya kesempitan rezeki akibat karya di tiru itu.

KESEDARAN lah yang jadi SEBAB utama naik dan turun, derita dan bahagia, kaya dan miskin. Bukan hal-hal fizikal yang lain.

Saya masih belajar Ikhlas. Masih selalu gagal dan melencong jadi ego, tapi saya teruskan belajar dan melatih diri.

Ini pelajaran dan perjuangan sepanjang hayat. Ia perkara yang menarik, bukan menyusahkan.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 22 July 2019

FASA CINTA



Cinta itu,

Dari mata turun ke hati. Ketika cinta masih di cakra hati, ia suci dan sejati. Dia hanya ingin memberi dan membahagiakan. Kurang meminta dan menuntut. Hampir tiada. Ini fasa awal orang bercinta.

Lama kelamaan... Apabila cinta semakin turun hingga ke cakra seks, di sini cinta sudah mula menuntut. Ingin diberi, ingin dibahagiakan, ingin dipuaskan kehendaknya. Jika dia memberi dia harus dibalas. Pergaduhan dan perbalahan selalu terjadi.

Anda pernah mengalami? Atau sedang mengalami?

Ini normal. Manusia manapun pasti mengalaminya. Bezanya adalah macam mana kita mengatasinya.

Berpisah? Atau memperbaiki?

Fasa tegang dalam cinta itu sementara. Sedangkan berpisah itu kekal.

Tidaklah bijaksana mengambil penyelesaian kekal untuk sebuah masalah yang sementara.

Silakan share

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

PERLUKAH PEMBUKTIAN?



Tidak perlu buktikan kehebatan diri kita kepada sesiapa.

Sebab yang akan kagum cuma sedikit, lebih banyak yang akan dengki dan meluat.

Itu sifat manusia... Normal.
Tidak perlu dipersoalkan.

Yang perlu adalah,

Kita buktikan kepada diri kita sendiri, bahawa setiap hari kita boleh jadi dan mencapai lebih baik daripada apa yang kita jadi dan capai kemarin.

Tentang orang lain,

Kebaikannya biar jadi motivasi, keburukannya biar jadi pengajaran. Cukuplah begitu.

Apabila kita hidup untuk memenuhi pandangan orang lain, disitulah kita menderita.

Kita kecewa kalau orang tidak pandang dan kita bangga bila kita dipandang.

Maka jadilah kita hamba hinaan dan hamba pujian orang lain.

Orang yang bijak, dia berbuat baik kerana kebaikan itu memang selaras dengan hukum alam, dan selaras dengan kehendak tuhan.

Bukan sebab mahu di kata orang, atau takut di cerca orang.

Tiada yang lebih baik selain berbuat baik...

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Afirmasi Pembuka Blocking



Di cakra mahkota anda (ubun-ubun) , ada satu 'energy blocking' yang membuat anda merasa 'tidak layak' memiliki sesuatu.

Misalnya,

Tidak layak sihat
Tidak layak bahagia
Tidak layak kaya
Tidak layak berpasangan

Dan lain-lain...

Kesan 'blocking energy anda', lalu bersihkan dengan afirmasi (niat) ini,

"AKU MENGIZINKAN DIRIKU SIHAT, KUAT, KAYA, MAKMUR, BERLIMPAH, PENUH CINTA DAN DICINTAI, SELAMAT SEJAHTERA, BAHAGIA DAN HARMONI SELAMANYA”.

Afirmasi (niat) ini mudah, namun kesannya sangat powerful.

Yang penting?..... Konsisten dilafazkan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan 😊

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Saturday 20 July 2019

ELAKKAN MENILAI SECARA TERBURU-BURU



Ku posisikan diri untuk tidak menilai dan menghukum sesiapa pun dan apapun.

Ku belajar untuk memahami bahawa semua ada posisinya masing-masing dan tumbuh mengikut rentaknya sendiri-sendiri.

Dengan itu, aku hanya memberi pendapat agar kau melihat pilihan, bukan perintah memaksa mu mengikuti apa yang menurut ku benar.

Buatlah apa yang menurut mu benar, sehingga nanti kehidupan mengajar mu apakah kau benar-benar telah benar, atau kah kebenaran mu itu salah.

Kerana,

Kita benar, sehingga pengalaman membuktikan kita salah.

... Love no Limits ...
- Master Umar Paranorms

Thursday 18 July 2019

JANGAN BERHARAP APA-APA....?



Pesan guru bijaksana,

"Desire nothing, and you shall have everything".

Bahasa Melayunya,

"Jangan INGIN-kan apapa, maka dirimu akan memiliki segalanya".

Orang yang kaya adalah orang yang telah punya segalanya, dan sudah tidak INGIN apapa.

Manakala orang miskin adalah yang masih begitu banyak ke-INGIN-annya, dia sedar begitu banyak dia TIADA dan KURANG.

Alam semesta merespon kesedaran kita.

Jika kesedaran kita telah merasa CUKUP dan BERLIMPAH, maka alam meng-adjust situasi dan kondisi agar setara dengan kesedaran kita. Iaitu, kita jadi benar-benar CUKUP dan BERLIMPAH.

Jika kita masih INGIN macam-macam, itu menandakan bahawa kita TIADA dan KURANG akan banyak hal. Maka alam pun meng-adjust kondisi dan situasi setara dengan kesedaran kita sehingga kita pun mengalami KETIADAAN dan KEKURANGAN.

Jadi... Sangat bijaksana jika kita melatih kesedaran kita agar sentiasa merasa cukup dan melimpah. Bagaimana? Dengan selalu BERSYUKUR.

Bersyukur mengelakkan kita untuk INGIN macam-macam. Oleh kerana INGIN adalah tanda MISKIN dan KURANG, maka BERSYUKUR mengelakkan kita jadi MISKIN dan KEKURANGAN.

Selepas membaca tulisan ini, kita pun jadi INGIN untuk BERSYUKUR kerana INGIN mengelak MISKIN  dan KURANG.... Masih juga ada INGIN 😅

Begitulah permainan kesedaran. Begitu halus perangkap dan lencongan-lencongannya.

Semoga kita jadi IKHLAS.

Mari kita latih terus kesedaran kita, biar benar-benar matang, bijaksana dan penuh kelimpahan.

~ Umar Paranorms, hamba yang masih banyak ke-INGIN-an.

... Love no Limit ...

EGO ITU SANGAT HALUS




Saya perhatikan, banyak orang-orang yang sopan dan lembut jadi emosional apabila ditimbulkan isu agama dan politik.

Apapun yang membuat kita emosional, adalah kelemahan kita. Ia boleh dijadikan sebagai alat untuk mengawal kita.

Penjajahan geografi sudah berakhir. Sekarang zaman penjajahan ideologi. Teritorinya sudah beza, kaedahnya masih sama.

Ilmu, pendapat, dan gagasan kita dibeza-bezakan, lalu kita pun berpecah atas alasan-alasan yang hanya wujud di dalam fikiran.

Sering kita merasa orang lain salah dan bodoh, lalu kita pun menyumpah mereka. Tanpa sedar kita pun ikut sama jadi salah dan ikut sama jadi bodoh.

Sama salah dan sama bodoh, namun berbeza lokasi dan posisi sahaja.

Ego itu sangat halus.

Kadang kita cemuh orang yang bangga dan sombong menunjuk-nunjuk kekayaannya. Manakala kita merasa lebih baik. Padahal kita juga sama bangga dan sombong menunjuk-nunjukkan kezuhudan dan kesederhanaan kita.

Level sama. Iaitu bangga dan sombong. Walaupun alasannya berbeza.

Tipuan di level ilmu lebih bahaya, kerana walaupun sebenarnya salah, kita cenderung merasa benar, walaupun sebenarnya hina kita cenderung merasa mulia.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Bahaya Pengaruh Gambar Dalam Sharing Media



Hidup adalah pilihan.
Ini benar.

Energy flow where attention goes. Ke mana perhatian kita arahkan, ke situ energi mengalir.

Kita boleh memilih hidup mahu jadi seperti apa dengan cara memilih objek fokus kita.

Kalau hari-hari kita memilih baca berita kemalangan, kecurian, kekurangan orang lain, buang bayi... Maka kita pun akan terlibat dan kena dengan perkara-perkara tersebut.

Makanya orang yang bijaksana akan hati-hati memilih apa yang perlu dia fokuskan.
Saya ada baby.
Bila ada kawan-kawan yang post dan share tentang penculikan dan pembuangan bayi, atau bayi-bayi sakit saya akan skip segera. Minda saya sangat alert untuk menjauhi post-post begitu.

Bukan apa, saya tidak mahu sedikitpun ada tempias energi negatif memasuki ruang kesedaran saya berkenaan baby-baby malang tersebut.

Bahaya apabila kita sedang santai-santai dan gambar begitu muncul. Ada risiko ia terus masuk ke minda bawah sedar dan diprojeksikan menjadi realiti kita.

Orang tidak faham. Nanti salahkan Tuhan pula bagi dia bala bencana. Padahal dirinya sendiri yang ikut berkomplot mewujudkan bencana itu.

Kalau mahu sihat, fokus pada pos-pos kesihatan. Kalau mahu rezeki murah meriah, fokuslah pada pos-pos yang mencetuskan rasa syukur, motivasi dan inspirasi.

Kalau mahu anak-anak sihat, jauhilah berita dan gambar baby malang.

Setiap orang ada karma dan kifarah hidupnya. Tidak semua masalah orang perlu kita campuri.

Silakan share.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 17 July 2019

CIRI ORANG BERJAYA



Orang-orang yang selalu berjaya mendapat apa dia mahu adalah hebat.

Tapi menurut saya, orang-orang yang tetap sabar dan cool ketika tidak dapat apa dia mahu, setingkat lebih hebat lagi.

Sering kali kenaikan maqam rohani manusia terjadi ketika dia diberikan bebanan, bukan ketika dia diberikan kesenangan.

Kerana... Bersyukur ketika diberi kesenangan itu mudah, namun bersyukur ketika diberikan bebanan, itu sangat sulit.

Ini tidak bertujuan men-setting minda anda agar mencintai dugaan, tapi memberi semangat kepada sesiapa yang sedang kena dugaan.

Dan juga, biarlah kita memiliki sudut pandangan lebih tinggi ketika bebanan itu tiba-tiba bertamu.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

PRIORITI DALAM BELAJAR



Mempelajari Hakikat diri kita sendiri adalah prioriti utama dalam hidup ini.
Kenapa?

Kerana sang diri inilah yang berfikir dan merasakan semua yang ada diluar sana.
Kerana fikiran dan perasaan inilah yang menghasilkan kehidupan.

Kerana kehidupan sebenarnya adalah apa yang difikir dan dirasa.

Sebab itu kalau orang sudah mati, tiada fikiran dan perasaan, maka sudah tiada kehidupan dunia baginya.

Dia masih hidup, tapi di kehidupan lain, dengan fikiran dan perasaan yang berbeza dimensinya.

Manusia adalah diri individual bagi diri universal.

Kalau diri universal itu sifatnya Wujud Tanpa Batas, Pengetahuan Tanpa Batas, dan Kuasa Tanpa Batas, maka manusia sebagai penzahiran versi diri Individual, sifatnya adalah, Wujud Terbatas, Pengetahuan Terbatas, dan Kuasa Terbatas.

Diri Universal dan diri Individual ini sama sifat, hanya beza kadar dan ukurannya.
Seperti air selautan dan air setitis. Sama wujud dan semua sifatnya, namun berbeza kadar dan ukurannya.

Di alam ini yang paling mempengaruhi keadaan diri Individual adalah hukum-hukum alam semesta.

Faktor-faktor lain seperti numeorologi, planetary, feng shui, pakaian, batu-batuan, kristal dan lain-lain adalah aksesori sampingan yang hanya sedikit mempengaruhi badan fizikal, dan eterik.

Tubuh astral dan ke atas sudah tidak terpengaruh kerana sudah bukan lagi frekuensinya.

Tapi hukum-hukum alam adalah aturan mutlak yang mempengaruhi semua level, kecuali level Diri Sejati, Diri Universal, atau Supreme Being.

Bagaimana diri Individual boleh memanfaatkan informasi ini untuk hidupnya?

Iaitu ketika dia mula sedar.... Bahawa wujudnya, ilmunya dan kuasanya yang terbatas ini boleh menjadi mutlak melalui 'jalan rahsia' untuk terhubung secara harmoni dengan diri Universal.

Hubungan yang... Satu tapi tidak menyatu. Dua tapi tidak terpisah.

Seperti setitis air tadi, ketika dia jatuh ke lautan, tiba-tiba wujudnya dan semua kemampuannya telah menjadi selautan.

Tulisan ini dibaca sebagai inisiasi mengaktifkan potensi pengetahuan tinggi yang memang sudah sedia ada di dalam dirimu.

#CoretanTengahMalam
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Supply Follow Demand

Gambar sekadar hiasan


Jumlah bekalan ikut jumlah permintaan.
Makin tinggi permintaan makin banyak bekalan disediakan.

Begitu prinsip aliran kekayaan semesta.
Ertinya, Bekalan yang Tuhan berikan adalah bergantung lurus kepada Permintaan yang ada.

Maka mintalah sebanyak yang boleh. Besar permintaan besarlah bekalan.

Yang membatasi kita dari kekayaan Tuhan adalah program-program kemiskinan di minda bawah sedar yang ditanam oleh masa lalu dan persekitaran.

Takut minta banyak, itu meragukan kekayaan Tuhan.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

FREKUENSI DAMAI, ENERGI BESAR PENGUBAH KEHIDUPAN



Biasanya kalau saya ada masalah berat yang benar-benar membuat saya buntu, dan tidak melihat ada sumber dan pilihan, maka satu-satunya cara adalah tafakur.

Saya akan menyendiri, berzikir sebanyaknya, mengubah perasaan di hati menjadi 360 darjah.

Saya tidak akan berhenti selagi sebuah perasaan halus yang sebak, haru dan begitu indah mula mengalir mengisi kolam hati.

Hanya dengan cara ini saya boleh mengubah pusat terdalam dari medan aura saya, yang mana perubahannya akan memberikan perubahan juga pada masalah yang memberati hati saya tadi.

Cuma... Perasaan halus yang  saya cari sentiasa tidak bakal hadir jika ego saya masih ada. Di mana saya merasa masih kuat, masih memiliki, masih pintar dan lain-lain claim keegoan.

Kalau sudah pasrah, tidak lagi merasa punya apapa, tiada lagi ilmu, daya upaya, dan sebagainya barulah perasaan halus itu hadir.

Efeknya memberikan rasa DAMAI. Perasaan damai ini menghapuskan rasa berat pada masalah, rasa takut pada orang, rasa risau pada masa depan, serta apapun perasan negatif yang menghalang kemajuan.

Selalu dalam kejadian-kejadian hidup saya terjadi peristiwa di mana setelah mengubah suasana hati saya 360 darjah maka kondisi hidup yang saya tidak senangi akan ikut berubah.

Berkali-kali mengalami membuat saya dengan yakin menyimpulkan bahawa, kehidupan ini, adalah benar-benar hasil daripada vibrasi energi yang memancar dari hati kita.

Kehidupan ini tidak mengenal warna kulit, jenis bahasa mulut, bangsa mahupun agama. Kehidupan ini hanya merespon bahasa hati. Iaitu perasaan-perasaan kita.

Kalau alam ini boleh bicara, ia akan mengatakan,

“Your feeling is your real praying”.

“Perasaanmu adalah doamu yang sesungguhnya”.

Jika hidup terasa menekan, pasti hati sedang memancarkan energi-energi yang tidak harmoni. Jadi kita harus masuk ke dalam diri, lihat apa perasaan-perasaan tersebut, ubah sehingga jadi positif. Maka hidup juga akan ikut positif.

Masalah yang sering orang hadapi adalah, dia merasa sudah mengubah hatinya, namun hidupnya belum memberi respon positif.

Di mana silapnya?

Oh mudah. Yang dia ubah itu masih level fikiran. Belum sampai ke level hati. Mengubah rasa hati yang terdalam itu tidak cukup dengan ‘management fikiran’. Tidak cukup.

Hati itu wilayah Tuhan. Dengan terhubung kepada ketuhanan barulah sang hati memberi respon.

Lalu caranya bagaimana?

Kalau versi saya... Tanamlah ke dalam hati, akan kebesaranNya, keagunganNya, kekuasaanNya, dan semua kesempurnaanNya sehingga timbul rasa tunduk dan cinta padaNya.

Dengan cara inilah hati akan merespon. Timbullah rasa damai. Damai yang akan mengubah suasana hidup menjadi lebih indah luar biasa.

Silakan share. Always free.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 16 July 2019

Bahagia Itu Soal Rasa.



Ada orang rasa bahagianya digantungkan pada nilai-nilai material iaitu status kerja, pangkat, jumlah wang, nilai aset dan sebagainya.

Bahagia jenis ini ada tahap bosannya juga nanti.

Peribadi yang sudah matang, rasa bahagianya adalah pada nilai-nilai yang lebih tinggi iaitu seperti ilmu, kedekatan dengan tuhan, persahabatan, kerukunan rumah tangga, keharmonian keluarga, kesempatan berkumpul bersama keluarga dan lain-lain sepertinya.

Kelimpahan rezeki, kesihatan yang optimum, hubungan cinta nan elok, dan kualiti-kualiti baik adalah ekspresi energi dari rasa bahagia yang terpancar dari hati.

Rasamu adalah doamu.
Rasalah bahagia untuk mencipta hidup yang indah. Jangan tunggu hidup jadi komplit baru kita mula rasa bahagia. Tapi rasalah bahagia untuk menghasilkan hidup yang komplit.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 15 July 2019

AURA HEALING ART



"Anda ingin Sembuh, Sihat, Harmoni dan Bahagia? Di sini jawapannya"

Aura Healing Art atau Seni Penyembuhan Aura adalah satu kaedah penyembuhan alternatif yang holistik. Penyembuhan Holistik bermaksud penyembuhan yang menyeluruh meliputi Fizikal, Mental, Spiritual dan Kehidupan.

Berdasarkan fakta saintifik, bahawa 'SEGALANYA ADALAH ENERGI', kita tidak dapat menafikan bahawa semua aspek fizikal kita, mental-emosional kita, spiritual kita, mahupun semua keadaan dan kejadian di dalam hidup kita adalah ENERGI!

Energi memiliki getaran dan getaran energi dikenali dengan nama Frekuensi. Secara semulajadi, semua energi-energi ini bergetar pada frekuensi HARMONI.
Badan yang sihat, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Mental yang sihat, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Spiritual yang sihat, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Kehidupan yang gembira dan bahagia, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal badan mengakibatkan badan sakit.



Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal mental mengakibatkan mental yang sakit.
Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal spiritual mengakibatkan spiritual yang sakit.
Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal kehidupan mengakibatkan kehidupan yang sedih dan sengsara.

Boleh dikatakan, semua penyakit dan semua masalah, boleh diselesaikan dengan cara memulihkan energi yang membina dan mengawal aspeknya sehingga kemebali ke paras HARMONI!

Ini adalah fakta yang benar secara saintifik!

Lalu... Bagaimanakah caranya untuk mengHARMONIkan energi-energi tersebut?
Inilah yang kami usahakan dan lakukan di dalam Aura Healing Art.

Melakukan healing bukan sekadar 'menyalurkan energi'. Ada aturan alam yang mengawal energi-energi ini yang harus kita fahami iaitu The Law of Resonance Frequency.

...Love no limit...
- Master Umar Paranorms

💖

Cakra Ibu Bapa



Ibu mewakili cakra mahkota si anak. Ayah mewakili cakra dasar si anak.

Cakra mahkota adalah lambang syurgawi, cakra dasar adalah lambang duniawi. Kalau ibu murka, maka rosaklah seluruh cakra si anak. Kalau bapa murka, maka sempitlah urusan kehidupan duniawi si anak.

Banyak ibu bapa tidak faham akan hal ini. Mereka marah bahkan menyumpah anaknya. Medan aura anak tiada pendiding dari energi kemarahan apatah lagi sumpahan ibu bapa.

Banyak kes di mana anak ‘rosak’ oleh kemarahan dan sumpahan ibu bapa. Kemudian si anak disalahkan konon jahat atau kurang ajar. Dimarah dan disumpah lagi, makin ‘rosak’ si anak dan dia disalahkan terus menerus tanpa si ibu bapa tahu bahawa mereka pencetus penyumbang utama ‘merosakkan’ si anak.

Sengaja atau tidak sengaja, kemarahan dan sumpahan ibu bapa tetaplah menghasilkan energi yang sangat kuat.

Kalaulah kita termarah atau tersumpah pada anak, hapuskan energi tersebut dengan cara mendoakan kebaikan anak dengan sepenuh hati.

Kalaupun sudah terlanjur marah atau tersumpah selama ini, kontra atau lawanlah dengan doa kebaikan sepenuh cinta kasih buat anak agar penderitaan mereka jadi ringan atau hapus sama sekali.

Moga bermanfaat.

Tulisan-tulisan saya sentiasa free to share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sunday 14 July 2019

Rutin Dalam Latihan



Selagi kita rutin latihan terus menerus membersihkan dan menguatkan vibrasi energi dengan cara:

1. Penjagaan fizikal melalui diet yang baik serta senaman rutin.

2. Penjagaan prana/chi melalui olah nafas.

3. Pembersihan dan penguatan lapisan tubuh aura melalui meditasi, tafakkur, zikir, dan lain-lain,

Maka apapun yang terjadi pada diri, apapun sensasi samada selesa atau tak selesa, anggaplah itu adalah itu sebuah progres positif ke arah kemajuan

Kadang-kadang dalam proses pembersihan energy blockages di jalur-jalur energi yang lebih dalam, ada gejala-gelala yang membingungkan, menyakitkan, dan menyiksakan.

Namun itu perlu untuk progres ke arah pemurnian energi.

Trust the process.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Thursday 11 July 2019

Konsultansi Dan Terapi Aura Pesona Hawa



Sejak 6 tahun menggalas amanah dan tugas sebagai aura therapist untuk kaum wanita khususnya dalam Terapi Aura Pesona Hawa.

Saya menyedari begitu ramai wanita yang luaran terlihat sihat namun hanya Tuhan yang tahu betapa dalaman sangat sakit, malah ada yang tahap kritikal.

Siapa yang melihat takkan menyangka mereka sebenarnya sedang sakit. Malah suami, anak, ibu, adik beradik dan kaum keluarga tak mampu mengesan kesakitan yang mereka alami.

Kenapa?

Kerana mereka nampak tubuh fizikal normal dan sihat belaka, boleh melakukan kerja-kerja dan rutin harian, boleh makan, minum dan tidur secara normal. Lalu haruskah mereka digelar sakit? Oh tidak! Bagi mereka yang tak tahu dan tak faham mereka akan kata ianya tak sakit.

kerana ada yang malu untuk memberitahu apa yang berlaku pada dalaman dirinya, takut dikata 'GILA' yaaaa..😭 Ini juga saya alami dulu, hanya 3 orang yang mampu saya kongsikan apa yang saya alami mereka adalah suami, ibu dan adik saya master Umar Paranorms yang tahu keadaan saya. Saya sebolehnya sentiasa ingin terlihat sihat di mata semua orang. Kecuali 3 orang yang saya sebutkan tadi.

dulu masa saya anxiety saya sangat takut dengan 4 ayat ini "GILA".. Sebab itu saya kerahkan seluruh daya saya untuk bangkit dan sembuh, dalam masa yang sama saya berusaha, tawakkal, pasrah, dan berserah pada Allah dan yakin bahwa pasti ada jalan dan cara untuk sembuh dari sakit dalaman. Alhamdulillah, saya sudah sembuh.



Pengalaman ini yang membuat saya mampu   memahami apa yang patient saya rasai bila datang pada saya. Hanya yang pernah merasa peritnya sakit dalaman 'Anxiety' ini tahu dan saling memahami.

Walaupun kita tak pernah alami keadaan sebegitu, Marilah kita jadi lebih perihatin.. Lihatlah sedalamnya isteri, ibu, anak atau adik beradik wanita kita.

- Adakah mereka selalu termenung?

- Adakah mereka semakin suka menyendiri?

- Adakah mereka tak seceria sebelum ini?

- Adakah mereka semakin sensitif, cepat merajuk dan marah-marah?

- Adakah mereka semakin kurang selera makan?

- Adakah mereka tak dapat tidur lena?

- Adakah wajah mereka pucat dan dan tak bermaya?

- Adakah mereka sering bermimpi buruk?

- Adakah mereka cepat panic bila di timpa masaalah atau ketika mendengar kabar-kabar buruk?

-Adakah semakin sering risau dan takut pada perkara-perkara yang belum terjadi?

Jika sudah ada 5 jenis sahaja ciri-ciri diatas di alami oleh seorang wanita. Ini menandakan dalaman sedang sakit. Yang sedihnya bila ada dikalangan wanita itu sendiri yang tak sedar yang dirinya sebenarnya sedang sakit.

Saudaraku wanita... Perihatinlah pada keadaan dirimu, suarakan apa keperluanmu. Jika sakit beritahulah pada orang yang paling dekat denganmu. Jangan biar keadaan jadi parah baru bertindak. Jangan biarkan nasi jadi bubur, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.

Bila sakit dalaman menjadi parah ia akan semakin rumit dan akan mengambil masa yang panjang untuk dirawat dan dipulihkan. Ini jika dirawat. Kalau tak di rawat masyaAllah 😱
Inilah yang saya sangat takuti dulu semasa saya mengalami sakit dalaman anxiety yang hampir-hampir ke tahap depresi, saya sangat takut masuk bukit padang atau tanjung rambutan kerana itu tempat orang sakit jiwa..😵😭

Mujurlah saya bertindak sebelum terlambat. Apa yang sangat menyedihkan ada beberapa orang yang datang ke Qi Centre merasa kesal kerana ada saudara, sepupu dan sahabat mereka yang sudah masuk ke bukit padang sebelum sempat menerima apa-apa rawatan Alternatif. 😰

Aadakah anda sedang mengalami masaalah dalaman? Atau terdapat simptom-simptom diatas yang anda rasa? Hubungi saya,
Saya sedia membantu anda dengan sepenuh hati saya

www.wasap.my/60107921880

...💖my self & 💖for all...
Chief Of Healing Department At Qalam Ilahi Wellness Center
- Master Hasmina Teratai Putih

DEEP CONNECTION

Efeknya sama macam mengumpat.


Anda suka bersimpati dengan nasib malang orang lain?

Itu sangat baik. Itu manusiawi.

Tapi hati-hati jangan sampai perasaan tu kuat sangat dan melekat di perasaan anda.

Kenapa?

Kerana medan aura anda akan melakukan ‘deep connection’ dan minda bawah sedar anda akan buat ‘mirroring’.

Endingnya anda akan mengalami nasib malang yang sama dengan orang yang anda kasihani.

Wilayah vibrasi energi itu ‘tricky’.

Life is a vibration game. Play it well.

Semua orang sedang menjalani hukum karma hasil kenakalan atau kejahatan masa lalunya.

Ada orang sedang menjalani kifarah dosa-dosa silamnya.

Ada yang perlu dikasihani dan dibantu.
Ada yang perlu dibiarkan saja kerana itulah cara membantunya.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 10 July 2019

MANDI BUNGA/MANDI AURA VS MANDI GARAM



Hari ini kita membahas bab 'Aura Engineering'.

Aura pun ada bab 'engineering' juga ya hehee

'Engineering' di sini memberi maksud 'mengubah dan mencipta'. Jadi Aura Engineering ertinya 'mengubah dan mencipta frekuensi aura untuk tujuan tertentu'. Nah begitu gia.


Di Qi Center ada beragam kaedah Aura Engineering. Antaranya, Aura Healing, Radionics-Psionic, Gemstone, teknik pernafasan dan yang saya ingin bahas pada kesempatan ini adalah Mandi Aura.

Apakah tujuan Mandi Aura?

Memanfaatkan gelombang energi dari matahari yang terperangkap di bunga-bungaan, ditambah aura ajaib dari Wangian 7 Aura, untuk mengubah dan mencipta frekuensi aura baru pada sistem energi kita yang melakukan mandian untuk tujuan-tujuan yang kita inginkan.

Apakah Manfaat Mandi Aura?

1. Membuang nasib sial
2. Membuka tuah
3. Melancarkan rezeki
4. Membersihkan sihir
5. Membersihkan gangguan mahkluk halus/jin/saka
6. Membangkitkan aura seri/pesona
7. Mengaktifkan aura wibawa dan kharisma
8. Melapangkan dan memfokuskan fikiran
9. Merawat penyakit fizikal, mental dan spiritual
10. Membuka sekatan jodoh
11. Membersihkan tabiat buruk
12. Memperbaiki hubungan intra-personal dan inter-personal
13...
14.....

The list goes on.... Terlalu banyak manfaatnya.

Bunga Apa Digunakan?

7 Jenis bunga, 7 warna yang resonan dengan energi 7 cakra manusia.... Kecuali bunga Kemboja, dan bunga Taik Ayam.

Bila Mandi Aura?

Ada hari-hari yang baik mengikut pola energi alam semesta, seperti bulan penuh 'full moon' 'Moon Libra' adalah hari energi sangat baik memulakan atau melakukan semua bentuk kerja dalam semua bidang.

Di Qi Center, kita melakukan Mandi Aura pada sebelah malam sahaja. Kenapa? Adalah rahsianya hehe

Bagaimana Kaedah Mandi Aura?

Di Qi Center, kaedahnya adalah:

1. Bunga-bunga dipilih mengikut warna aura
2. Kelopak bunga dicerai-beraikan dan dititis dengan Wangian 7 Aura Putih.
3. Sistem aura client 'diharmonikan' dengan getaran energi bunga dan wangian.
4. Ritual khas Mandi Aura diajarkan kepada client.
5. Mandi Aura dijalankan.

Anda ditegah mengelap sisa air yang masih ada di badan. Ia harus dibiar kering sendiri.
Dan anda juga harus meminimakan aktiviti. Terbaik jika anda terus rehat dan tidur.

Mandi Aura VS Mandi Garam.

Ramai yang tanya saya, apa beza mandi aura dan mandi garam?

Kalau mandi bunga sudah saya jelaskan di atas. Bagaimana pula dengan mandi garam?

Ok... Gelombang energi pada garam, menurut pengalaman saya, dalam permainan energi ini, ia adalah bersifat 'neutraliser'. Ia mereset frekuensi ke 'factory setting'. Ia membersihkan semua frekuensi lain samada negatif atau positif sehingga keadaan jadi Neutral.

Jika anda mandi aura, lalu anda mandi garam, maka semua kesan daripada mandi aura tadi akan jadi neutral, jadi 0 😜

Sebab itu, orang tua dulu-dulu memanfaatkan air laut yang padat dengan garam untuk 'mandi buang sial' setiap malam tahun baru, 1 Muharram. Falsafahnya adalah untuk membersihkan semua jenis frekuensi pada sistem auranya sepanjang tahun lalu agar siap sedia memasuki kehidupan baru pada tahun baru yang menjelma.

Saya punya seorang client yang terlalu sering mandi garam. Dia jadi terlalu santai. Pasif dan malas. Dirinya jadi tidak peduli dengan segala hal. Dia bingung lalu konsultasi dengan saya. Saya bagitau, "Aura anda terlalu neutral. Suka mandi garam ya?" Dia mengangguk.😃😃😃

Saya sarankan dia berhenti. Kalau mahu mandi garam, cukup sebulan sekali. Kalau mandi aura, setiap hari pun boleh tidak akan ada masalah malahan kesannya sangat baik.

Semoga bermanfaat buat anda. 🙏

#QalamIlahiWellnessCenter

Bijaksana Dalam Mengolah Rasa



Bila emosi kita vibe rendah, kita akan melihat masalah sebagai masalah.

Tapi apabila emosi kita vibe tinggi, kita akan melihat masalah sebagai sebuah cabaran.

Lebih tinggi vibe emosi, kita akan melihat masalah sebagai peluang untuk menjadikan diri dan hidup lebih baik.

Tiru para usahawan. Masalah orang jadi sumber rezeki mereka.

Masalah peribadi mereka, akan jadi medan pertumbuhan. Mereka akan berusaha atasi dengan cara belajar dan minta panduan dari orang-orang yang lebih bijak daripada mereka.

Kita diajar untuk pintar berfikir. Tapi kita tidak diajar untuk bijak mengolah perasaan.

Bagaimana mahu bijak mengolah perasaan?

Iaitu dengan selalu vibe rasa berani, yakin, optimis, kasih sayang, syukur, redha, damai dan lain-lain.

Kita harus boleh jadi pintar berfikir dan bijak merasa.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sibuklah Memperbaiki Diri Sendiri



Bila kita sibuk baiki kekurangan diri, kita jadi lupa cari kekurangan orang.

Bila kita sibuk cari kekurangan orang, kita jadi lupa baiki kekurangan diri.

Bila kita sibuk bina impian, kita jadi lupa untuk peduli apa kata orang.

Bila kita sibuk peduli apa kata orang, kita jadi lupa membina impian kita.

Manusia bermental sukses memahami bahawa waktu hidup terlalu singkat.

Tiada waktu untuk mencari kelemahan orang, dan sangat tiada waktu untuk peduli apa kata orang.

Orang sukses sibuk mencipta prestasi, orang gagal sibuk mencipta sensasi.

Selamat pagi.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 9 July 2019

PERCERAIAN




Dua jenis hubungan cinta/rumahtangga:

Rujuk gambar.

🅰️ Cinta/Rumahtangga Type A:

- Hubungan energi cakra jantung ke cakra jantung pasangan masing-masing.
.

- Saling membebaskan pasangan untuk tumbuh dan berkembang dengan rasa percaya.
.

- Tarikan rasa cinta dan kasih sangat kuat.
.

- Saling sokong menyokong.
.

- Kedua pasangan memiliki medan aura yang sangat baik, bersih daripada trauma.
.

- Vibrasi energi kedua pasangan berada tinggi di level Power, membuat rumah tangga dan hidup mereka bahagia dan berlimpah dengan anugerah kehidupan.
.
.
.

🅱️Cinta/Rumahtangga Type B

- Ada cord energi menghubungkan cakra jantung kedua pasangan. Tapi, wanitanya ( kiri ) ada cord energi khas yang memancar dari cakra pusat ke cakra jantung lelaki ( kanan ).
.

- Wanita ada trauma masa lalu. Ada ketakutan di mindanya. Dia berusaha mengongkong pasangannya
.

- Wanita ini jadi vampire energi, ketergantungan begitu tinggi kepada pasangan. Fikiran negatif terlalu banyak kepada pasangannya.
.

- Pasangannya akan mudah merasa penat, kerana energinya diserap terus. Mudah jadi stress dan marah.
.

- Hubungan energi jenis ini akan jadi penghalang terhadap pertumbuhan keduanya, secara fizikal, mental, spiritual, financial, dan hampir semua aspek hidup.
.

- Anak-anak mereka juga akan mendapat tempias hubungan energi ini. Kerana anak-anak akan meniru ibu bapanya.
.
.

KESIMPULAN

Based on pengalaman saya memberi kaunseling dan merawat, semua pasangan yang bermasalah, majoriti disebabkan oleh hubungan energi Type B.

Ada hubungan cinta yang kuat. Tapi salah seorang pasangan, atau kedua pasangan saling jadi vampire energi.

Trauma masa lalu, atau trauma hasil melihat kejatuhan rumah tangga orang lain, atau indirect sunconcious programming daripada wayang/drama membuat pasangan mewujudkan energy cord dari cakra pusat yang based on ego, mengawal dan membatasi pasangannya, selalu curiga dan melampiaskan emosi pada pasangan.

Hubungan cinta/rumahtangga yang buruk adalah hasil aura yang buruk pada diri masing-masing pasangan.

Pada tahun 2017, sebanyak 49 965 kes perceraian, menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

Itu kes yang direkodkan. Belum termasuk yang off record.

Begitu ramai pasangan yang berada diambang perceraian setiap hari.

Dengan kondisi kehidupan yang semakin banyak memberi tekanan, boleh diramalkan bahawa pada masa akan datang kes perceraian akan semakin meningkat.

Bersihkan bad aura, hapuskan program-progan minda bawah sedar yang salah agar cinta/rumahtangga anda semakin hari semakin harmoni dan bahagia.

Elakkan perceraian. Bersama kita sebarkan kesedaran ini.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 8 July 2019

A•N•X•I•E•T•Y




Anxiety itu penyakit yang pelik.
Ia penyakit yang sangat teruk dan menyeksakan, bagi yang mengalaminya.

Mereka boleh merasa takut, risau, gelisah, terasa masa depan gelap, tiada harapan, menangis tiba-tiba, badan kejang tiba-tiba, dan macam-macam lagi keadaan yang cukup menyeksa.

Seksa entomku, bilang orang Semporna.

Tadi ada pesakit dari Keningau, seorang guru muzik sekolah rendah. Baru seminggu beliau perasan simptom-sinptom di atas tadi.

Awalnya beliau pergi berurut, sebab badan rasa tidak selesa. Tukang urut bagitahu ada jin dalam badannya, konon mahu kenal-kenalan dengan dia.

Seorang pesakit anxiety, kalau di bagitahu hal berkaitan jin, maka dia akan jadi lebih panik lagi. Saraf-sarafnya jammed.

Suaminya hubungi saya beberapa hari lepas, minta pencerahan akan kondisi isterinya, dan soal jin yang dibagitahu oleh tukang urut tadi.

Saya pun jelaskan apa adanya. Saya kata, kalau ada masa datanglah ke Qi Center, insya Allah kita tolong consult dan heal.

Tengh hari tadi mereka datang. Nampak si isteri diam saja. Kelihatan begitu redup auranya. Kulit dan mata tidak bermaya.

Tadi katanya, ketika nak bertolak ke sini tangannya jammed. Memang begitu, orang yang kena anxiety ni kalau kita kata mahu bawa dia ke hospital atau jumpa perawat, menyeranglah dia punya panik.

Masa kami cerita-cerita dia tiba-tiba menangis. Saya bagitahu, menangislah. Itu bagus. Puan sedang menangis di tempat yang betul.

Orang anxiety ni memang kasihan sangat. Dia berada di neraka dia sendiri. Neraka ciptaan dalaman dia sendiri.



Biasanya orang jadi takut, risau dan gelabah oleh sebab faktor luar. Ada orang atau peristiwa dari luar yang memicu perasaan itu.

Orang anxiety, dia boleh rasa takut, sedih, gelabah dan huru-hara tanpa ada pemicu dari luar. Tidakkah hairan jadinya kalau begitu?

Anda pernah rasa?
Atau sedang rasa?

Orang yang kena anxiety ni ramai sangat ketika ini. Ia tidah pilih orang, pangkat, status sosial, pendapatan bulanan, dan sebagainya. Dia menyerang sesiapa saja yang ‘cukup syarat’.

Saya simpati sangat melihat mereka. Anak-anak mereka yang masih kecil, pasangan mereka, kerja mereka, semua kena efek.

Pesakit tadi, kakak saya yang rawat, Chief Healing Officer Qi Center, Puan Hasmina Teratai Putih.

Selepas satu sesi Aura Healing, katanya sudah lega. Kami syorkan dia jalani 7 sesi Aura Healing. InsyAllah akan pulih dan semakin baik

Sakit anxiety ni, kalau rawat cara gangguan jin, takkan bagi kesan apapa. Malah semakin teruk. Ini based pengalaman.

Anda yang ada gejala-gejala anxtiety tu, carilah bantuan segera. Jangan biarkan kondisi anda semakin teruk.

Kami di Qi Center berusaha menolong orang-orang yang menghidap anxiety. Alhamdulillah sudah ramai yang sembuh.

Rabu ini, kakak saya Puan Hasmina akan mengadakan rawatan Aura Healing khas untuk wanita selama 7 hari berturut secara eksklusif.

Rawatan ini sangatlah sesuai untuk para wanita. From ladies to ladies. Sesama wanitalah yang paling memahami sesama wanita.

Baiki aura anda untuk baiki diri, personaliti, dan semua aspek hidup anda.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

KITA ADALAH MAKHLUK ENERGY



Kita adalah makhluk energi.
Means bahan asas penciptaan kita adalah energi.

Untuk sihat kita perlu energi.
Untuk happy kita perlu energi.
Untuk merasa damai dan tenang kita perlu energi.

Basic needs of energy kita perolehi daripada makanan dan pernafasan.

Makanan kita sekarang ini semakin kurang energinya. Semakin banyak proses yang dikenakan kepada makanan, semakin kurang energinya, berbanding makanan yang mentah atau yang belum di proses.

Disebabkan semakin kecil kuantiti energi di dalam makanan-makanan kita, maka kita terpaksa makan banyak untuk dapat banyak energi.

Ramai orang tidak tahu cara menarik dan mengumpul energi melalui pernafasan. Maka harapan mereka untuk dapat bekalan energi hanya daripada makanan.

Manusia sedang mengalami defisit energi secara kritikal.

Defisit energi inilah yang menimbulkan bermacam penyakit. Penyakit fizikal, mental, spiritual, financial dan semua aspek hidup yang kekurangan adalah tanda kekurangan energi pada pusat diri kita.

Kita ingin badan yang sihat, perasaan yang gembira, cinta yang bahagia, ekonomi yang berlimpah dan hidup yang sejahtera.

Semua perkara di atas adalah manifestasi energi. Energilah yang saling tertarik dan bersusun membentuk semua keperluan di atas.

Oleh sebab itu, untuk mampu memiliki keperluan-keperluan hidup yang berlimpah, kita harus memiliki modal yang juga berlimpah, iaitu ENERGI!

Guru saya dulu pesan,

“Fokuslah isi tabung-tabung energimu, maka apapun yang kau perlukan dan kau inginkan akan selalu cepat dan mudah tersedia”.

Sayangnya ilmu mencari dan mengumpul energi semakin pupus. Kita hanya ada ilmu mencari dan mengumpul wang. Tanpa kita sedar bahawa wang juga adalah energi.

Cara lebih advanced mengumpul energi adalah dengan pernafasan yang benar. Bernafas dengan benar akan menyerap energi dari udara

Kita menggunakan energi yang sangat banyak setiap minit. Aktiviti biologi di dalam badan menggunakan energi. Menggerakkan jari saja pun akan menggunakan energi. Bahkan berfikir pun pakai energi.

Jadi memang manusia sedang mengalami dan akan semakin mengalami krisis kekurangan energi.

Teknologi kita semakin maju. Makanan yang diproses semakin canggih, tapi indah hanya di luar, tapi semakin kosong energinya.

Para mahaguru mengakses energi hanya dengan niat, mereka langsung bermain dengan frekuensi cahaya warna warni.

Di Kelas Belajar Aura Advanced Level, ilmu ini saya ajarkan. Namun yang akan sukses hanya yang rajin mengamalkan ilmunya. Sayang jika sudah ada secret dan sacred knowledge tapi tidak diamalkan.

Kadang disebabkan kaca yang berkilau, kita melepaskan berlian yang indah.

Mengumpul energi melalui pernafasan sudah beberapa kali saya share di video live. Free sahaja, boleh diakses anytime di ruang fb saya atau page Qalam Ilahi Wellness Center.

... Love no Limit ...
-Master Umar Paranorms

Hati Yang Bertuah Atau Malang



Berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah, bersama orang yang salah, itu namanya SIAL.

Berada di tempat yang tepat, pada waktu yang tepat, bersama orang yang tepat, itu namanya TUAH.

Tuah ayam nampak di kaki.
Tuah manusia nampak di Auranya, begitu juga dengan sial.

Aura dan Hati itu sentiasa beresonansi.

Kalau hati kita selalu rasa berat dan susah, maknanya aura kita kotor dan sial kita banyak

Tinggal tunggu waktu untuk kita ditempatkan di tempat yang salah, pada waktu yang salah, bersama orang-orang yang salah.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sunday 7 July 2019

PERSEPSI SIHIR



Minggu ini, saya menemui beberapa pesakit saya mendakwa dirinya disihir.

Mereka menceritakan pengalamannya. Saya mendengar dengan tekun.

Saya harus merespon mengikut kadar kefahaman pesakit saya. Tidak semua orang bersedia menerima kebenaran.

Sebiji ubat yang diberikan, jika dia menyangka itu sebagai racun, maka ubat itu benar-benar menjadi racun bagi badannya.

Sihir benar ada. Tiada penafian. Tapi efeknya kepada orang yang dikenakan, ini perlu diteliti, benar seperti didakwa atau wayang semata.

Pernahkah kita terfikir, kenapa negara kita yang begitu 'hebat' para penyihirnya tetap dijajah orang barat selama beratus tahun?

Anda tahu?

Mahu jadi penyihir itu perlukan fokus mental yang super. Makin banyak teknologi seperti tv, radio, apatah lagi smart phone sekarang ini makin susah kekuatan mental untuk fokus melakukan sihir.

Dulu sangat kurang gangguan fokus daripada teknologi, tapi para dukun tetap gagal menyihir para penjajah. Penjajah tetap sihat dan makmur dengan menggarap hasil bumi kita.

Inikan pula sekarang..... Di mana para dukun sudah pandai main facebook dan bermain whatsapp, sihir sudah tumpul habis!

Tahun 2013 saya melakukan aura healing di pedalaman Sulawesi. Berbagai cerita seram tentang dukun sihir diceritakan orang kepada saya.

Waktu sedang deal, pesakit saya menceritakan betapa super duper dahsyatnya sihir yang dia alami. Kalau tidak kuat hati, pasti hati bergetar dengan seramnya kisah-kisah sihir yang mereka ceritakan. Ada juga rasa kecut. Saya terhipnosis oleh mereka haha

Tapi alhamdulillah..... 1 bulan saya menjelajah di sana, saya gagal menyaksikan semua kisah berkenaan seram dan ganasnya sihir yang mereka alami. Sama sekali tiada.

Apa yang saya lihat adalah..... Level pemikiran yang berbeza. Persepsi dan anggapan semata. Ratusan pesakit saya jumpa mendakwa dia disihir, yang saya saksikan hanyalah fenomena 'what u believe is what u get'.

Ciri-ciri kes semua sama. Pasti didahului oleh stress. Stress rumah tangga, stress cinta, stress kerugian wang, stress rebut tanah, dan macam-macam jenis stress. Dan dari stress inilah munculnya khayalan-khayalan tentang sihir.

Banyak juga saya jumpa objek-objek sihir. Ada yang disimpan di bawah tangga rumah. Ada yang disisip di pokok bunga, ada yang ditanam di bawah pagar, macam-macam lokasi, posisi dan bentuk.

Akan tetapi..... Saya dapati, yang buat pesakit saya sakit bukanlah objek-objek sihir itu. Itu semua hanyalah kesan psikologi yang menjadi 'snowball effect' kepada kecurigaan dan keyakinannya.

Pesakit saya sakit oleh PERSEPSI nya yang dikuatkan lagi oleh stressnya.

Bahkan beberapa pesakit saya pemilik restoran mendakwa dirinya kena sihir kerana menemui gula-gula getah yang melekat di bawah meja nya.

Itu kerja budak-budak nakal!
Tapi dicurigai dan diyakini olehnya sebagai objek sihir!

Jika minda kita banyak 'file' sihir, maka apapun kita nampak, dengar dan alami pasti dikaitkan dengan sihir.

Bukan kebetulan..... Hanya orang-orang stress dengan masalah yang mendakwa mengalami sihir.

Belum pernah dalam pengalaman hidup saya ada orang yang selalu ceria dan happy mendakwa dirinya kena sihir never!

Kategori 'mangsa sihir' paling utama adalah,

Nombor 1!

Stress rumah tangga.

Nombor 2!

Stress kewangan, khasnya yang mengalami kerugian dan muflis.

Nombor 3!

Stress persaingan kerja.

Kebenarannya........   Jeng jeng jeng!

Orang kita tidak mahu 'dituduh' gagal dalam rumah tangga, atau tidak mahu dituduh gagal jaga pasangan, atau tidak mahu dituduh jadi anak dara tua, atau bujang lapok disebabkan oleh kesilapan dan kekurangannya.... Maka sihirlah jadi kambing hitam sebagai penutup kelemahan.

Orang kita tidak mahu dikata gagal dalam bisnes atau tidak pandai urus bisnes. Penyakit ego takut malu. Maka sihir, dukun, dan jin lah selalu jadi kambing hitam disalahkan.

Di tempat kerja.

Orang tidak mahu dituduh malas, tidak produktif, lembab, penjilat bos. Itu kelamahan yang memalukan. Maka apabila prestasi kurang, produktiviti menurun, sihirlah jadi kambing hitam. Lagi lagi kambing hitam. Tiada kambing lain, sebab habis kena sembelih semasa raya haha

Sifat kita manusia banyak sangat sifat rendah. Ego, takur malu, tidak mahu alas tanggungjawab. Lebih suka lepas tangan. Kan enak budaya kita.

Kita tidak pernah salah. Sihirlah yang salah. Jin yang salah. Jembalang yang salah.

Kita harus berani mengaku! Ini hakikat masyarakat kita. Ini pengalaman saya bertahun dibidang healing. Bukan teori buta.

Tamadun bangsa lain berbeza. Kalau salah mereka mengaku. Kalau lemah mereka mengaku. Kemudian berusaha baiki. Jadi bertanggungjawab, kreatif dan produktif.

Ok, ini salah saya. Ini kelamahan saya. Isteri saya lari, salah saya kurang mendidik. Bukan sebab si Abu sihir dia.

Ok. Ini kelemahan saya. Saya lemah mengurus bisnes. Saya lemah dalam visi. Saya lemah pengurusan kewangan. Bukan saya jatuh sebab Macik Bedah sihir atau Pacik Mail santet.

Kita gagal melihat. Bahawa kita ada kuasa istimewa di dalam diri kita. Iaitu fikiran dan perasaan kita. Persepsi fikiran dan perasan kitalah yang menjahanamkan kita. Bukan sihir!

Percayalah, sihir tiada daya apapa terhadap diri kita. Tapi persepsi kitalah yang ada kuasa pada diri kita sendiri.

Tapi itulah..... Seindah apapun bahasa pencerahan diberikan, fitrah manusia akan hanya percaya sebatas vibrasi energinya.

Ini bukan rahsia........

Kalau anda masuk ke gelanggang bola tampar, anda terikat dengan rules permainan bola tampar. Jika anda masuk padang bola sepak, maka anda terikat dengan rules bola sepak.

Dipadang bola sepak, jika tangan anda tersentuh bola maka anda didenda. Tapi tidak begitu digelanggang bola tampar. Pegang dan sentuh bola dengan tangan tu wajib,

Sama seperti gelanggang sihir. Ada undang-undangnya. Undang-undang mental, dan undang-undang energi.

Sihir itu gelombang energi yang sesungguhnya sangat lemah. Saaaaaaangat lemah. Ia hanya mempengaruhi energi orang-orang yang berada di bawahnya.

Akan tetapi, dalam banyak kes yang saya tangani selama 15 tahun di bidang ini, saya menyaksikan bahawa PERSEPSI manusia jauh lebih dahsyat kesannya daripada sihir.

Kakak saya pernah sakit di sihir. Itu terjadi di awal-awal saya baru belajar ilmu energi. Saya sekeluarga pun mengalami kondisi 'salah faham' yang sama. Itu dulu. Pencerahan itu terjadi, step by step.

Ayah saya seorang perawat, atuk saya perawat, moyang saya perawat, generasi-generasi di atasnya juga perawat. Fenomena sihir, jin dan macam-macam fenomena paranormal seperti makan nasi harian. Bukan hanya teori.

Kasihan masyarakat kita. Salah faham akibat PERSEPSI itu seperti penjara. Fikiran, perasaan dan suasana hidup kita akan stuck di wilayah itu dan itu juga sampai bila-bila.

Kasihan kita terlalu mengagungkan kekuatan sihir dan jin. Padalah itu semua syirik yang nyata. Di hati kita hanya boleh Allah yang ditakuti. Sedikitpun rasa takut kepada yang lain dariNya, itu syirik.

Kita hanya belum kenal diri dengan benar. Sebab itu kita salah faham. Dan diarena salah faham itu, kita berasa benar. Apatah lagi dengan begitu banyaknya orang memahami salah faham yang sama.

Kalau anda sudah baca buku Loncatan Energi anda akan faham rahsianya. Ini bukan promo, jauh sekali. Saya bagitahu apa adanya.

Be different. Even the rest of the world against you. Truth is always truth. Even it covered by thousands of lies.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...