Salam semua pembaca budiman :)
Tujuan latihan ilmu-ilmu spiritual adalah untuk mengendapkan emosi dan fikiran. Emosi dan fikiran adalah 2 penghalang utama untuk anda mampu mengakses ruang spiritual dan mendayagunakan kekuatan rohani anda.
Seringkali para pelajar ilmu-ilmu kerohanian sangat bernafsu dalam latihannya kerana mengejar target tertentu. Dalam zikir-sikirnya, dalam meditasinya, dalam tafakkurnya atau mana-mana bentuk latihan kerohanian, mereka begitu bernafsu demi mengejar satu target entah itu kesaktian, ketenangan batin, atau apa juga bentuk keistimewaan.
Kehendak adalah satu bentuk aktiviti mental-emosional. Dalam latihan rohani, kehendak atau hasrat terhadap apa juga harus diendapkan jauh-jauh ke dasar jiwa. Jangan mahu apapa, jangan inginkan itu dan ini. Keadaan ini hanya akan mengaktifkan lebih lagi emosi dan fikiran, memberi beban kepada cakra seksual dan solar plexus. Hasilnya nanti jantung jadi berdebar kencang, aliran darah jadi laju, otot jadi tegang, kepala jadi pening sampai mahu pitam.
Di tahap ini, energy jadi bertumpuk-tumpuk dan tidak tersebar secara merata di tubuh sehingga terasa tubuh seperti berat sebelah, banyak angin, ngilu, kebas dan lain-lain rasa yang tidak syok. Sebab itu dalam latihan sentiasa kita tekankan sikap Senyum, Rileks dan Pasrah. Ini satu slogan yang sangat ringkas namun mengandungi hikmah sedalam lautan. Dengan sikap SRP ini, aktiviti cakra-cakra akan menjadi selaras dan harmoni, energy akan menyebar ke selutuh tubuh secara sama rata, menghasilkan kesan yang begitu membuat tubuh rasa sangat rileks. Gelombang minda akan memasuki fasa alfa yang semakin dalam. Emosi dan fikiran jadi non-aktif, lalu mulalah muncul kesedaran sejati.
Saya pernah mengalami kegoncangan energy ketika melatih rohani. Sehingga lebih 3 tahun baru dapat jawapan mengapa boleh jadi bagitu dan harus buat apa untuk memulihkannya.
Oleh itu, wahai teman seperjuangan, hayatilah sikap Senyum, Rileks dan Pasrah. Semoga saya dan anda sentiasa maju jaya. Bersama kita terus menjadikan diri semakin baik dari hari ke hari.
Salam ukhwah penuh kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam. Semoga anda dan semua mahkluk sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi :)