Your Magic Blog: April 2023

Thursday 27 April 2023

BAGAIMANA MAHU HIDUP KAYA, KALAU BERANGAN JADI KAYA PUN TAKUT!

 

Dalam buku “The Science of Getting Rich”, tulisan Wallace D. Wattles pada tahun 1910, dia bagitahu macam ni,


Orang jadi kaya bukan sebab dia buat bidang bisnes tertentu atau buat bidang kerja tertentu.


Buka juga sebab di lahir atau tinggal di kawasan tertentu.


Menjadi kaya raya itu bukan soal faktor fizikal. Tetapi oleh faktor: “they think in certain way’, dan ‘act in certain way’.


Orang-orang kaya boleh jadi kaya kerana mereka berfikir dengan sistem tertentu, dan bertindak dengan kaedah tertentu. 


Buku beliau ni jadi salah satu ‘kitab’ panduan yang menjadi pemicu kekayaan negara Amerika ketika itu.


Satu lagi buku yang dianggap ‘kitab pamungkas’ para orang kaya di bumi adalah, Think and Grow Rich, yang ditulis oleh Napoleon Hill, pada tahun 1937.


Baca betul-betul tajuk dia, Think and Grow Rich… Fikir dan Tumbuh Menjadi Kaya. 


Dia tidak tulis, Act and Grow Rich, atau Work and Grow Rich.


Kunci utama kedua buku ini menekankan pada CARA BERFIKIR, yang memicu terhasilnya kekayaan.


Dua buku ni memberi impak yang sangat besar kepada perkembangan manusia-manusia kaya di dunia ini.


Key point yang dua buku ni nak bagitahu adalah, kekayaan itu, asas utamanya adalah MENTALITI atau MINDSET kita.


Perkara lain akan menyusul setelah asas tersebut kukuh. 


Fikiran menghasilkan Perasaan.

Perasaan menghasilkan Tindakan

Tindakan menghasilkan sumber-sumber yang menyokong kepada terhasilnya suatu kekayaan.


Mereka juga sangat menekankan keyakinan bahawa sumber kekayaan di alam ini adalah unlimited.


Kita tidak perlu pun bersaing dan berebut, sebab semua orang boleh dapat apapun yang mereka inginkan tanpa mengurangi sedikitpun kekayaan Tuhan di alam semesta ini.


Mentaliti suka bersaing dan berebut adalah mentaliti yang based on Fear, dan ini menghasilkan kekurangan sumber di dalam kehidupan orang-orang yang berpegang pada mentaliti ini.


Paling menarik sekali adalah berkenaan Syukur. 


Tulis Wallace D. Wattles, 


“Orang-orang yang mampu mensyukuri Tuhan dengan ikhlas, walaupun apa yang dia syukuri itu hanyalah sesuatu yang hanya ada di imajinasinya, dialah orang yang benar-benar memiliki iman/keyakinan yang tulin. Orang seperti ini pasti akan kaya, kerana syukur seperti itu akan memicu terjadinya apapun yang dia inginkan”.


Rakan-rakan… Setiap hari kita berimajinasi buruk, dan kita merasa takut, sedih dan kecewa dengan benda yang kita imajinasikan tadi. 


Betul kah tidak? Renung betul-betul.


Itu ertinya, kita yakin sangat bahawa imajinasi buruk itu aka terjadi. Keyakinan kita tulin, kalau berkenaan kejadian buruk yang kita imajinasikan.


Tapi, the moment kita berimajinasi baik dan indah, kita tiada pun sertakan sekali perasaan happy, bahagia dan syukur. 


Kenapa? Sebab kita anggap imanjinasi yang baik dan indah itu hanya ilusi belaka. End up, ia hanya jadi sekadar angan-angan kosong yang tiada impak. 


Kita susah untuk yakin bahasa hal-hal baik yang kita fikirkan akan terjadi. Banyak ‘setan’ di situ


Bahkan, ada orang tu, mahu berimajinasi indah dan bahagia pun dia tidak mampu dan tidak berani. Inilah mentaliti yang akan buat kita susah dan miskin selamanya.





Di dalam Islam, kita diperintahkan berdoa. 

Selepas berdoa kita ucap “Aminnn”, dan kita pasrahkan benar-benar kepada Allah doa tadi untuk dimakbulkan.


Lalu kita hadirkan rasa yakin bahawa Allah pasti makbulkan doa tadi, kita pupuk dan suburkan rasa yakin tersebut sehingga tiada lagi sedikitpun keraguan yang mempu menyelip masuk ke hati kita.


Dari rasa yakin tadi, kita akan terdorong untuk merasa syukur, kerana apa yang kita doa itu terasa benar-benar pasti akan termakbul. 


Bahkan di dalam minda kita, di dalam imajinasi kita, terasa sangat kita sudah pun dapat apa yang kita ingin tadi.


Kita akan terdorong untuk bersedekah, sharing manfaat dan kebaikan, sebagai ungkapan rasa syukur tersebut.


Sometimes, perasaan itu sangat kuat dan padu. Siapa yang tidak rasa, memang akan susah untuk dia faham. 


Apa kita perlu buat?


Berimpian lah. Jangan takut jangan malu.

Fikirkan kekayaan dan kelimpahan Allah. 

Latih iman kita untuk teguh meyakini. 

Latih syukur kita untuk deras berterima kasih kepadaNya. 


Hidup ini memang medan melatih diri, agar tumbuh menjadi insa yang semakin kuat, matang dan bijaksana.


Kadang Allah bagi kita dugaan kesulitan, sebagai fasiliti untuk membantu kita menjadi lebih kuat, matang dan semakin bijaksana.


Salam Cinta dan Kedamaian 😊🙏🙏🙏

.


————————


Pelajari cara mengheningkan dan mendamaikan hati di sini: https://rb.gy/osz0m



Jika anda perlukan bimbingan dan pencerahan melalui Personal Life Consultation dengan saya, klik di sini:


https://rb.gy/5bxfm








Wednesday 26 April 2023

SEMAKIN BERSIH HATI, SEMAKIN HIDUP PENUH MAKNA INDAH

Menulis itu boleh buat di mana-mana


Saya duduk manis di pinggir sungai Batang Oya, Dalat, Mukah. Berteduh di bawah pondok jeti kecil di belakang rumah.


Ditemani segelas air putih, hanphone dan tab untuk menulis.


Bunyi burung, katak dan serangga jadi musik alami yang menghasillkan efek tenang suasana kampung.


Sesekali dipecahkan oleh deruman enjin speedboat yang lalu, membelah sungai menimbulkan gelombang yang menggoncang pinggiran sungai ini.


Angin semilir menghembus lembut menerpa wajah. Nyaman sekali rasanya.


Ketika saya banyak melakukan proses mengheningkan hati, spark inspirasi jadi luar biasa banyaknya. Perlu ditumpahkan menjadi tulisan, agar boleh dibaca oleh sesiapa yang memerlukan.


Memang ketika kita tingkatkan kesedaran, di mana kita mengalihkan fikiran dari dimensi kebendaan kepada dimensi mental dan rohani, kita mengakses berbagai pengetahuan yang berbeza dari yang biasa dicerna oleh pancaindera fizikal.


Semakin hening dan damai jiwa kita, semakin tinggi kualiti ilmu pengetahuan yang boleh kita akses.


Zikrullah itu, adalah proses meluaskan memurnikan jiwa, fikiran dan perasaan. Zikrullah adalah kenderaan untuk kesedaran kita semakin naik mendaki dimensi dari alam material, ke alam perasaan, alam fikiran, alam rasa dan seterusnya.


Fasa mengawal dan memanipulasi energi adalah satu level di dimensi mental. Level yang menggiurkan dan mempesonakan.


Jika kita berhenti berzikir mengharap cintanya, kita boleh terperangkap di level ini, terus menerus berputar-putar mencari kehebatan dan magic paranormal.


Satu tanda di mana peningkatan energi terjadi adalah, kita jadi kurang kisah dengan suhu persekitaran.


Panas pun ok, sejuk pun ok. Deria fizikal kita sudah tidak terlalu memberi kesan kepada perasaan kita.


Kita merasa ok-ok saja dengan apapa. Dualiti semakin tidak terasa. Susah-senang, pun ok. Lapar-kenyang, pun ok. 


Semuanya ok. Mungkin ini yang orang cakap, berdamai dengan keadaan.


Kalau dulu kesedaran kita terlalu bergantung dengan input informasi dari deria fizikal, kini kesedaran menggunakan derianya sendiri, iaitu deria ke-6 untuk memaknai segala sesuatu.


Deria ke-6 adalah deria kebijaksanaan, yang memerhati semua perkara dari semua sudut, dan bebas mengambil sudut pandang yang ia inginkan, yang sesuai dengan keperluan semasanya.


Hidup jadi lebih bermakna, kalau kita tidak bergantung semata dengan input informasi dari deria fizikal, yang cenderung selalu bias.


Kerana, manusia boleh dikontrol, jika terlalu bergantung kepada deria fizikalnya. 


Apa yang sedap di penglihatan matanya, yang nyaman di pendengaran telinganya, yang enak di penciuman dan rasa lidahnya, dan yang sedap di sentuhan kulitnya, itu boleh membuatnya tunduk dan ketagih.


Dan bukankah marketing yang paling deep adalah memanfaatkan ketagihan manusia terhadap persepsi pancaindera fizikalnya?





Zikrulllah membebaskan kita daripada ketergantungan total terhadap persepsi yang lahir daripada pancaindera. 


Tida lagi ketagihan yang boleh mengikat dan memperhambakan, kecuali ketagihan pada cintaNya, yang mana itu adalah ketagihan paling fitrah, indah, suci dan agung.



_____________________


Pelajari cara mengheningkan dan mendamaikan hati di sini: https://rb.gy/osz0m



Jika anda perlukan bimbingan dan pencerahan melalui Personal Life Consultation dengan saya, klik di sini:


https://rb.gy/5bxfm


.


Salam cinta dan kedamaian 😊🙏

MEMILIKI MATERIAL ITU MUDAH, KALAU SPIRITUAL KITA TELAH KUAT


DUNIA ITU MURAH


Dunia material, segala benda yang boleh dicerna oleh pancaindera kita ini ini berada di frekuensi yang rendah.





Frekuensi ini sesiapa pun boleh mengaksesnya. Tidak perlu amalan-amalan khas. 


Asalkan punya keinginan, ditambah sedikit emosi seperti ketakutan, kemarahan, ketamakan, dan keegoan, maka kekayaan dunia  sudah boleh dimiliki.


Ketakutan dan kemarahan pun boleh buat mendapat kita kekayaan material?


Yaa… Ramainya orang berusaha keras mendapatkan kekayaan kerana takut dia atau keluarganya hidup miskin dan susah.


Dan ramainya orang jadi kaya kerana marah dengan kemiskinan, cacian dan hinaan dari orang lain ketika dia miskin dan melarat.


Nampak jelas, kekayaan material itu ada di dimensi rendah sahaja. Di akses melalui perasaan dan emosi kasar manusiawi.


Atas sebab itu, kata para guru sufi, dunia ini tiada apapa nilai di sisi Allah. 


Kalau ia bernilai tinggi, pastilah ianya mahal dan susah untuk dicapai. 


Lalu kerana murahnya dunia ini, semua orang boleh mendapatkannya. Tidak kira dia baik atau jahat, taat atau pendosa. 


Asalkan seseorang itu follow hukum material yang Allah telah set, maka dia akan dapat apa yang dia inginkan.


Namun, kualiti kekayaan material, serta kesannya terhadap kehidupan seseorang, adalah bergantung kepada emosi level mana yang dia gunakan untuk mengakses kekayaan material tersebut.


Semakin tinggi level emosi yang dia gunakan, maka semakin berkah dan bermanfaat kekayaan tersebut untuk diri, keluarga mahupun orang-orang di persekitarannya.


Kekayaan material yang diakses melalui emosi rendah pastilah datang sekali dengan kesusahan hati, tekanan perasaan, rasa insecure, susah tidur, pertelingkahan dengan orang lain, dan sebagainya.


Barang murah, memang kurang kualitinya.

.


SPIRITUAL ITU MAHAL


Yang mahal itu kekayaan spiritual. Rasa cinta tulus, rasa kasih murni, rasa syukur dan bahagia, rasa damai yang dalam… Ini yang sangat sukar dicapai.





Sangat sukar mencapai rasa cinta kepada Allah, rasa takzim tunduk pada kebesaran dan keagunganNya, rasa Dia selalu dekat dan hadir bersama selimut kasih sayang dan perlindunganNya.


Rasa-rasa seperti ini… yang menggetarkan dada, menumpahkan air mata syahdu dan rindu, menerbitkan rasa damai tanpa batas di dalam jiwa… MasyaAllah… Ini luar biasa mahal. 


Harganya adalah gunung keegoan diri, ia perlu diruntuhkan tanpa sisa, lalu digadai kepada Allah, barulah perlahan-lahan perasaan-perasaan dia atas tadi mula hadir dan mengalir menguburkan kolam hati yang dulu tandus dan gersang.


Pada level ini… Dunia material bukan lagi tujuan. Sang hati yang telah merasakan nikmatNya rasa cinta dan rindu kepada Allah takkan lagi berpaling pada nikmat yang rendah dan sementara.


Sang hati menjadi sombong kepada dunia kebendaan. Namun, kerana sombongnya itu, dunia kebendaan pula yang datang terkejar-kejar.


Hukum Allah yang mengatur dunia ini memang begitu. Sesiapa yang mengejar dunia, dunia jadi sombong dan angkuh kepadanya.


Tidak percaya?


Cubalah anda kejar-kejar cinta seorang lelaki atau wanita pujaan anda, makin anda kejar makin dia rasa rimas, jadi sombong dan menjauh.


Cinta, harta, dan takhta itu begitu sifatnya. Makin dikerja makin sombong dan menjauh.


Tetapi… Ketika sang hati fokus mengejar Allah, dunia kebendaan mula mengejarnya. Ketika sang hati fokus mencintai Allah, dunia kebendaan mencintainya. Ketika sang hati fokus berkhidmat kepada Allah, maka dunia kebendaan berkhidmat kepada dia.


Ini bukan hal mistik semata. Bukan juga cerita dongeng para pencari Tuhan. 


Secara frekuensi ia sangat mudah dijelaskan. Frekuensi tinggi sentiasa lebih kuat dan berkuasa berbanding frekuensi rendah. Frekuensi lebih tinggi memiliki energi lebih besar, daya tembusan lebih tajam, dan bandwith yang lebih besar.


Kembali kepada contoh mengejar cinta tadi. Kalau anda semakin mengejar cinta seseorang, semakin dia sombong dan mari menjauh. 


Tapi ketika anda mula tidak peduli, cuek, tidak kisah, fokus kepada kerja atau hobi anda, fokus doing your own fun, tiba-tiba dia pula yang mula tertarik dan datang mendekati anda.


Kekayaan spiritual bermaksud jiwa kita dipenuhi perasaan-perasaan berkualiti tinggi tadi. Ia hadir bersama kekayaan ilmu dan informasi, serta keluasan dan kedalaman hikmah dan kebijaksaaan. 


Oleh kerana perasaan itu sifatnya magnetik, maka ia menarik bermacam anugerah dan kebaikan. 


Allah adalah sumber segala kebaikan, segala ilmu, dan segala kuasa… Maka bersama Allah, kita diselimuti oleh segala kualiti yang sama, yang akan menyediakan bermacam fasiliti di dalam kehidupan jasad kita di dimensi kebendaan ini.


Kalau dulu sang hati merasakan dunia ini tujuan, kini sang hati merasakan dunia ini hanya tools untuk mencapai the greater good for humanity.


Kalau dulu sang hati sarat dengan perasaan-perasaan kualiti rendah dan berat, kini sang hati bebas dan luas di dimensi ilahi yang Yang Maha Tinggi dan Maha Luas Tanpa Batas.


Jalan pintas dan pantas menuju ke situ adalah melalui Zikrullah, dan kesan Zikrullah akan semakin berganda melalui Puasa. 


Dunia itu mudah dan murah. Ia jadi begitu sukar dan terasa mahal kerana hati kita lemah. Ketika hati sudah hidup dan kuat oleh Zikrulllah, ketika itulah kita tahu, mengerti dan faham. 


•••

Pelajari cara mengheningkan dan mendamaikan hati di sini: https://rb.gy/osz0m


•••

Jika anda perlukan bimbingan dan pencerahan melalui Personal Life Consultation dengan saya, klik di sini:


https://rb.gy/5bxfm


.


Salam cinta dan damai 😊🙏🙏🙏
















Sunday 23 April 2023

APA YANG KITA JALANI SELARAS DENGAN APA YANG KITA SEDARI

 TERHUBUNG MELALUI KESEDARAN





Selepas solat Subuh tadi, seperti selalu rutinku, aku zikir menyebut namaNya Yang Maha Indah, penuh kerendahan dan rasa pengagungan kepadaNya.

Ya Allahhhhh........ Ya Allahhhh...... Ya Allahhhh....
Ya Allahhhhh........ Ya Allahhhh...... Ya Allahhhh....

Sungguh nikmat menyebut namaNya.

Nafas automatik menjadi dalam dan panjang.
Badan tersa begitu segar terisi tenaga.

Kesedaran jadi begitu luas, lepas dari attachment dunia kebendaan, dan masalah-masalah duniawi yang menyesakkan dada, yang memicu hormon stres kortisol, menimbulkan rasa tetang dan tidak nyaman di badan.

Allahu ya Allahhh..... Nikmat menyebut namaNya adalah nikmat tertinggi yang ada di kehidupan ini, tiada kenimatan yang sama dengan level ini.

Kesedaran kita jadi sempit apabila terhubung dengan dunia sempit ini. Dunia kebendaan ini adalah kumpulan fekuensi padat yang bergetar pada frekuensi yang sangat rendah. Kesedaran kita mudah terhubung dengannya melalui pancaindera.

Apa yang kita lihat, kesedaran kita terhubung dengannya. Apa yang kita dengar, kesedaran kita terhubung kepadanya. Begitu juga dengan apa yang kita hidu, rasa dan sentuh.

Oleh kerana kita sangat bergantung kepada pancaindera untuk terhubung dengan dunia luar, maka semakin lama kesedaran kita pun stuck di frekuensi kebendaan ini.

Maklumat yang kita ada, kita tahu dan kita faham, hanyalah dunia sebatas yang mampu dicapai oleh pancaindera.

Kesedaran kita stuck pada dunia kebendaan. Fikiran dan perasaan kit bergelut dan berselut dengan segala masalah dan persoalan dunia kebendaan tanpa kita dapat melepaskan diri darinya.

Hati jauh dari Allah Yang Maha Luas, umpama ikan yang terkeluar dari lautan yang luas, hidup di dalam botol yang sangat kecil, atau bahkan terus terkeluar dari air.

Kita jadi sempit, sesak, penuh tekanan, banyak penyakit, tidak merasa pun indahnya hidup, bahkan hilang semangat hidup. Hidup jadi meaningless.

Mengembalikan kesedaran kepadaNya, melalui zikrullah memandu kesedaran ke alam yang luas tanpa batas, di mana kesedaran bebas terbang berlegar. Umpama ikan yang kembali ke lautan luas.

Hidup akan jadi penuh makna dan hikmah. Setiap masa jadi terasa nikmat yang berlimpah dariNya. Hati merasa begitu ringan, nyaman, hening, dan damai.

MaasyaAllahhh.......

Dalam tempoh 24 jam, berapa lama kesedaran kita terhubung dan melekat kepada dimensi kebendaan yang rendah?

Majoriti kesedaran manusia melekat 24 jam kepada kebendaan. Apabila kita 'tune' kesedaan kita kepada dunia material, maka fikiran kita akan dibanjiri dengan infomasi tentangnya, samada sisi positif atau negatifnya.

Kemudian dari pemikiran itu akan tercetus pula beragam perasaan samada positif atau negatif, sama kualiti dengan pemikiran yang mencetuskannya.

Perasaan menghasilkan aksi, dan aksi pula membuahkan reaksi. Maka kita pun mengalami hidup selaras denga aksi yang kita lakukan, dari emosi yang kita rasakan, yang dicetuskan oleh fikiran yang kita layan, yang puncanya dari kesedaran yang kita hubungkan tadi.

Fikiran yang lemah akan cenderung berfikir negatif berbanding positif. Majoriti manusia begitu.

Entah kenapa, fitrah manusia sangat kuat tarikannya untuk memikirkan masalah dan kekurangan. Ada guru bagitahu, kerana tarikan unsur tanah yang rendah pada badan, ditambah dengan tumpukan toksin yang diserap oleh badan daripada makan, minum, nafas dan kulit.

Fikiran jadi ligat berputar menjadi overthinking, menghasilkan perasaan negatif yang membuat dada terasa berat, dan ketegangan di badan yang tidak selesa yang mana lama kelamaan tumbuh menjadi penyakit-penyakit yang bermacam bentuknya.

Begitu ramainya orang yang tidak tahu mahu buat apa. Kesedarannya melekat di dunia material, tidak dapat melepaskan diri.

Penjara sebenar kehidupan adalah apabila kesedaran kita melekat kepada dimensi rendah, dan perasaan kita diisi dengan emosi-emosi kasar yang mana kita pun tidak tahu macam mana nak melepaskannya. Lalu kita melakukan-tindakan yang seolah tidak dapat kita kawal, dan menghasilkan penyesalan tanpa batas.

Kita mencuba bermacam kaedah 'mindwork'. Usaha berfikir positif setiap hari, serta segala tips dan trick mengawal dan meng-hack minda. Namun fikiran tetap kembali memikirkan masalah dan persoalan. Dada tetap terasa berat seperti dihimpit benda berat.

Kenapa?

Kerana kesedaran belum meningkat ke dimensi yang lebih tinggi. Fikiran dan perasaan hanya mengikuti kesedaran. Hanya dengan meningkatkan kesedaran, maka fikiran dan perasaan akan mula mengalami perubahan objek fikir dan rasa.

Apapun yang namanya kebendaan dan konsep-konsep pengetahuan pasti memberi persoalan yang difikirkan oleh fikiran, dan masalah yang dirasakan oleh perasaan.

Namun, ketika kesedaran mula diarahkan kepada Allah melalui zikrullah yang rutin dan konsisten, penuh rasa rendah hati dan kepasrahan kepada rahmat dan kasihNya, maka perlahan-lahan, kesedaran mula mampu lepas daripada keterikatan dengan dimensi-dimensi rendah, lalu terbang bebas menuju keluasan tanpa batas.

Hanya Allah Yang Maha luas tanpa batas. Dengan berzikir kepadaNya, hari demi hari, kesedaran mula menjadi semakin luas. Fikiran pun rehat, kerana tiada apa yang dapat fikirkan dan dikonsepkan di dimensi ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci.

Perasaan jadi lapang selapang-lapangnya, tiada lagi ledakan-ledakan emosi yag membebani dada dan menyesakkan nafas.

Dari situ kita mula memahami... Bahawa Allah berikan kita daya untuk menghubungkan kesedaran kita kepada apapun yang kita inginkan.

Jika kita hubungkan kesedaran terhadap masalah, maka fikiran kita akan memikirkan masalah, perasaan kita akan merasakan beratnya masalah, dan kita pun mengalami kejadian penuh masalah.

Sebaliknya, ketika kita bersyukur, kita menghubungkan kesedaran kita terhadap nikmat-nikmatNya, lalu fikiran kita pun akan penuh dengan pemikiran tentang nikmat dan anugerah, perasaan kita merasakan asyiknya nikmat dan anugerah dari Allah, dan di kita pun mengalami peristiwa-peristiwa yang penuh nikmat dan anugerah.

Akhirnya kita memahami firmanNya, pada Surah Ibrahim ayat 7,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Wa idz ta’adzdzana robbukum lain syakartum laazidannakum walain kafartum inna adzabi lasyadid

Ertinya:

Dan (ingatlah) tatkala Pemelihara kalian mengumumkan bahwasanya jika kalian bersyukur, maka sungguh Aku akan tambah untuk kalian (akan nikmat), dan jika kalian kufur, sesungguhnya siksa-Ku sangatlah pedih.

Subhanallahi wabihamdihi... Maha Suci Allah dan segala puji untukNya.




Usahakan Hatimu, Allah yang akan usahakan Hidupmu.
Baiki hatimu, Allah yang akan baiki hidupmu.

Itu ucapan Amirsab yang sering aku dengar ketika join dengan jemaah tabligh ketika remaja dulu, keluar 3 hari atau 7 hari belajar mengusahakan iman di hati, stay di mana-mana masjid di sekitar Sabah.

Apabila belajar ilmu frekuensi, aku jadi memahami kata-kata itu dengan semakin baik. Fikiran logikku tidak lagi tertanya-tanya, apa, kenapa, bagaimana. Keyakinan tidak lagi bersandar semata kepada 'blind trust', namun ada dasar ilmu yang boleh difahami.

The vast ocean of energy interconnects everything, thus it is crucial to carefully choose the frequencies with which you wish to align yourself, as they always come with a set of associated consequences.

Alhamdulillah... barokallah.

Semakin aku merasa tahu, semakin Allah hadirkan kejadian yang akan memaksa aku untuk merasa tidak tahu apapa.

2 Syawal 1444H


Love Endlessly




Sunday 16 April 2023

MENJADI PERIBADI YANG SELALU MENARIK KEAJAIBAN, TUAH DAN KEBERUNTUNGAN





Pada tahun 2006, aku belajar ilmu 'pernafasan sufi' dengan seorang guru dari Sulawesi. Masa itu aku baru habis STPM.


Setiap malam selepas isyak kami akan melakukan latihan pernafasan selama 2-3 jam. Kemudian sambung dengan latihan zikir, biasanya sehingga larut malam.

Tapi biasanya akan ada pesakit datang untuk berubat secara alternatif. Jadi selepas buat rawatan tu baru kami sambung sesi zikir.

Zikir yang kami amalkan adalah kategori Asmaul Husna. Ada beberapa asma tertentu yang guru arahkan kami untuk zikirkan terus menerus.

Aku teringat kata guru waktu itu. Selalu dia ulang-ulang bagitahu kepada kami murid-muridnya.

"Setiap zikir itu ada 'khasnya'. Lain zikir lain kesannya".

Dulu aku tidak faham, atau kefahamanku masa tu masih samar-samar. Setiap zikir ada 'khasnya'? Ini betul aku tidak faham.

Beberapa tahun kemudian, setelah belajar banyak tentang ilmu energi baru aku boleh mencerna makna di sebalik kata-kata guru tersebut.

'Khas' yang beliau maksudkan itu adalah energi dan frekuensi. Ertinya setiap kalimah zikir itu ada gelombang energi dan frekuesninya masing-masing, yang mana memberi kesan berbeza kepada badan, fikiran, perasaan, mahupun keadaan.

Memiliki suatu amalan rutin dan konsisten akan membentuk medan energi khusus, karakter pemikiran, perasaan dan tindakan pada diri kita.

Aku memanggilnya sebagai 'servo mechanism'. Istilah ini aku pelajari ketika ikut seminar Millionaire Mindset di Jakarta pada tahun 2015.

Servo mechanism ni adalah Habit pemikiran dan perasaan kita, yang menghasilkan persepsi dan reaksi kita terhadap stimuli dari luar.

Cara kita memikirkan, merasakan dan melakukan tindakan, akan sangat mempengaruhi keadaan hidup yang datang kepada kita.

Dari sudut energi pula, ia adalah medan energi khusus, pada frekuensi khusus, yang menarik keadaan dan peristiwa yang seleras dengan frekuensi energinya.

Contohnya, orang yang servo mechanism dia negatif, akan cenderung berfikir negatif, merasa negatif, bertindak negatif dan menghasilkan keadaan hidup yang juga negatif.

Kalau servo mechanis kita positif, kita akan selalu berfikira positif dan optimis, bertindak secara positif dan menghasilkan keadaan-keadaan hidup yang positif pula.

Suatu ziki tertentu akan menghasilkan habit dan mindset yang tertentu kepada kita.

Misalnya, jika kita selalu zikir Allahu Akbar, maka kita membina satu habit dan mindset di mana kita hanya merasa takut dan kagum kepada Allah, dan tidak lagi takut dan kagum dengan mana-mana makhluknya di alam ini.

Apabila kita rutin dan konsisten zikir syukur, kita membina servo mechanism di mana kita ada habit dan mindset selalu melihat sisi positif dan indah pada segala sesuatu. Kita menghadirkan semakin banyak kondisi-kondisi hidyp untuk kita syukuri dan berterima kasih padanya.





Begitulah perjalanan hidup membawa aku untuk memahami pesan guru yang aku terima pada tahun 2006.

Kini aku benar-benar meyakini bahawa zikrullah merupakan kaedah yang sangat powerful untuk membentuk servo mechanism, atau habit dan mindset yang sangat powerful.

Beramal sebenarnya adalah suatu melaburan masa dan tenaga, yang mana suatu saat nanti kita akan menuai hasilnya yang tiada henti mengalir.

Sungguh beruntunglah orang-orang yang telah dari dulu invest masa dan tenaganya untuk rutin dan konsisten beramal dengan zikrullah.

Kerana... Semakin lama kita dengan suatu amalan, semakin mantap dan powerful servo mechanism atau habit dan mindset, atau medan energi yang kita bina.

Sebab itu, bermacam keajaiban mengalir datang ke dalam hidupnya, mana orang luar akan nampak sebagai kebetulan atau tuah belaka, tanpa mereka ketahui rahsia besar disebaliknya.

Salam cinta dari lubuk hati terdalam 🙏😊

... Love no Limit ...

.

Umar Paranorms
25 Ramadhan 1444H / 16 April 2023
Kota Kinabalu

Saturday 15 April 2023

MENGGAPAI KEAJAIBAN HIDUP MELALUI ZIKRULLAH

Menggapai Keajaiban Hidup Melalui Zikrullah.


'



Allah berfirman di dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28 tafsirnya : ''(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan 'zikrullah' (mengingati Allah Subhanahu Wata'ala). Ketahuilah dengan 'zikirullah' itu, hati menjadi tenteram.''

Zikrullah adalah suatu amalan yang sangat unik.

Pengalaman saya mengamalkan zikrullah, ia benar-benar ada suatu daya untuk 'mencuci' dan membersihkan kotoran-kotoran fikiran dan hati.

Dulu saya pernah mengalami tekanan mental yang sangat dahsyat sehingga mengalami anxiety. Sekitar tahun 2000.

Saya baca dalil di atas tadi, dan saya pun cuba mendapatkan ketenangan melalui amalan zikrullah.

Fasa awal berzikir tu, perasaan saya bukan semakin tenang tapi semakin kacau rasanya. Di dalam hati mula muncul keraguan. Saya jadi tertanya-tanya, takkanlah firman Allah tak betul.

Sebahagian hati saya ragu, sebahagian lagi kekal masih mempertahankan secebis iman yang masih ada walaupun tinggal setipis kulit bawang merah.

Saya sudah tidak ada lagi cara lain. Tinggal ini sahaja kaedah yang menjadi tempat akhir untuk saya berpaut dan menggantungkan harapan. Apapun ceritanya, krisis jiwa kacau ni kena selesaikan.

Sebab saya takkan mungkin mendapatkan kejayaan dan  kebahagiaan kalau jiwa rapuh dan tidak tenang.

Jadi dengan harapan penuh saya teruskan berzikir. Hari pertama, jiwa masih kacau. Hari kedua, jiwa semakin kacau, sampai rasa mahu berhenti ketika itu juga.

Hari ketiga teruskan dengan optimis, jiwa sudah tidak berapa kacau, dan saya dalam kondisi yang benar-benar desperate berharap Allah bagi suatu respon.

Hari ke 4... MaasyaAllah, dalam zikir tu tiba-tiba hati saya merasa terharu sangat. Seperti ada gumpalan tenaga yang sedang berkembang di tengah dada ni.

Air mata saya mengalir, benar-benar tumpah. Rasa sebak yang tidak pernah terasa. Timbul dari rasa rindu kepada Allah. Rasa tu berkembang menjadi rasa cinta, rasa pasrah, rasa ikhlas dan macam-macam lagi rasa yang indah.

Lama kemudian baru saya mengerti kenapa pada hari pertama sampai hari ke tiga zikir tu jiwa saya tidak tenang. Ternyata segala perasaan negatif yang pernah saya alami sebelum ini dibongkar keluar.

Bukan zikirnya gagal. Ia berjaya, cuma pada peringkat awal ia melakukan proses pembersihan lebih dulu. Kerak-kerak hati tu dibersihkan dulu. Kemudian barulah hati tu diaktifkan dan dibangkitkan potensinya, berupa perasaan-perasaan indah dan memberdayakan.

Apabila hati kita diselimuti kotoran perasaan negatif, hati kita mati. Seumpama lampu neon yang diselimuti lumpur hitam, dan bekalan elektrinya pula terputus.

Zikrullah adalah satu amalan yang sangat ajaib. Ia adalah roh segala amalan. Semua amalan wajib atau sunat, intinya adalah untuk zikrullah, atau mengingati Allah.

Apabila kita konsisten berzikir, semua kotoran hati akan luntur sirna. Kemudian kekuatan hati akan aktif. Kita akan mula merasakan semua perasaan indah, bahagia dan membantu ke arah kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Profesor Dr. David R. Hawkins menulis satu buku psikologi dan self-develpment fenomenal yang bertajuk, Power Vs. Force, The Hidden Determinans Of Human Behavior.

Di dalam buku ini beliau senaraikan golongan perasaan yang membuat kita gagal, dan golongan perasaan yang membuat kita berjaya dan bahagia. Menariknya, kajian beliau ni dia buat selama lebih 20 tahun, dan melibatkan sangat ramai orang untuk mengumpul data yang tepat.

Buku juga yang menjadi ilham untuk menulis ebook/buku Loncatan Energi. 

https://qiwellnesscenter.org/product/loncatan-energi-upgrade-diri-dari-mencari-rezeki-kepada-dicari-rezeki/

Secara ringkas, ada 8 jenis perasaan yang mana kalau kita 'pelihara' di dalam diri kita akan menarik kita ke arah kejatuhan, penyakit dan kegagalan hidup.

Manakala ada 9 jenis perasaan yang akan membuat kita sihat, kuat, berdaya, berjaya dan bahagia kalau kita benar-benar menjadikan ia sebagai asas keperibadian kita.

Selama ini, saya berusaha membuang 8 perasaan-perasaan negatif itu, dan install serta surburkan 9 perasaan-perasaan positif tersebut.

Terus terang, ia adalah suatu usaha yang sangat penuh perujuangan. Kadang boleh, namun tidak konsisten dan tidak 'deep'.

Namun, melalui zikrullah, saya dapati bahawa membuang segala perasaan negatif mazmumah itu jadi mudah dan natural.

Manakala perasaan-perasaan positif mahmudah itu pula tidak perlu di install pun. Sebab ia memang sudah sedia ada di dalam hati kita. Cuma ia tidak aktif, kerana kekuatan hati kita tertidur dibalut oleh lumpur-lumpur perasaan negatif mazmumah tadi.

Sebab itulah, saya mengistilahkan, cara termudah dan terlengkap untuk meningkatkan skala energi dan kesedaran kita adalah melalui 'heartwork' iaitu ZIKRULLAH!

Bukan melalui 'mindwork' di mana kita berusaha dengan fikiran-fikiran kita. Daya fikiran kita tidak sampai ke level 'rasa', kerana memang itu bukan wilayah tadbirnya.

Zikrullah itu benar-benar ajaib.

1. Ia membersihkan segala fikiran dan perasaan negatif.

2. Lalu ia menghidupkan hati, mengaktifkan perasaan positif dan memberdayakan seperti keberanian, keyakinan, optimistik, rasional, pembukaan ilmu dan kebijaksaanan, rasa cinta dan peduli, rasa syukur an gembira, rasa tenang dan damai, dan lain-lain lagi, yang tidak mungkin kita dapat rasakan secara deep kalau tidak melalui jalan zikrullah.

3. Mengubah hidup daripada lemah kepada berdaya, susah ke senang, sempit ke lapang, gagal ke jaya, sakit ke sihat, jahil ke ilmu, dan segala macam lagi kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Apabila perasaan-perasaan positif, mahmudah dan powerful aktif di dalam jiwa kita, maka kita melihat masalah begitu kecil dan mudah diselesaikan, serta impian dan cita-cita jadi begitu indah, mengujakan dan mudah dicapai.

Begitulah ajaibnya Zikrullah!


... Love no Limit ...




BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...