Your Magic Blog: February 2017

Thursday 16 February 2017

Aura Engineering : Mandi Aura, 1001 Manfaat

Salam Sejahtera semua pembaca budiman 🙏


Hari ini kita kembali membahas bab 'Aura Engineering'.

Aura pun ada bab 'engineering' juga ya hehee

'Engineering' di sini memberi maksud 'mengubah dan mencipta'. Jadi Aura Engineering ertinya 'mengubah dan mencipta frekuensi aura untuk tujuan tertentu'. Nah begitu gia.

Artikel khas sila klik ini AURA ENGINEERING <

Di Qi Center ada beragam kaedah Aura Engineering. Antaranya, Aura Healing, Radionics-Psionic, Gemstone, teknik pernafasan dan yang saya ingin bahas pada kesempatan ini adalah Mandi Aura.



Apakah tujuan Mandi Aura?

Memanfaatkan gelombang energi dari matahari yang terperangkap di bunga-bungaan, ditambah aura ajaib dari Wangian 7 Aura, untuk mengubah dan mencipta frekuensi aura baru pada sistem energi kita yang melakukan mandian untuk tujuan-tujuan yang kita inginkan.


Apakah Manfaat Mandi Aura?

1. Membuang nasib sial
2. Membuka tuah
3. Melancarkan rezeki
4. Membersihkan sihir
5. Membersihkan gangguan mahkluk halus/jin/saka
6. Membangkitkan aura seri/pesona
7. Mengaktifkan aura wibawa dan kharisma
8. Melapangkan dan memfokuskan fikiran
9. Merawat penyakit fizikal, mental dan spiritual
10. Membuka sekatan jodoh
11. Membersihkan tabiat buruk
12. Memperbaiki hubungan intra-personal dan inter-personal
13...
14.....

The list goes on.... Terlalu banyak manfaatnya.



Bunga Apa Digunakan?

7 Jenis bunga, 7 warna yang resonan dengan energi 7 cakra manusia.... Kecuali bunga Kemboja, dan bunga Taik Ayam.



Bila Mandi Aura?

Ada hari-hari yang baik mengikut pola energi alam semesta, seperti hari ini, Khamis, 16 Feb 2017, adalah hari Lunar Mansion, energi sangat baik memulakan atau melakuakan semua bentuk kerja dalam semua bidang.

Di Qi Center, kita melakukan Mandi Aura pada sebelah malam sahaja. Kenapa? Adalah rahsianya hehe


Bagaimana Kaedah Mandi Aura?

Di Qi Center, kaedahnya adalah:

1. Bunga-bunga dipilih ketika matahari sedang terik.
2. Kelopak bunga dicerai-beraikan dan dituang dengan Wangian 7 Aura Putih.
3. Sistem aura client 'diharmonikan' dengan getaran energi bunga dan wangian.
4. Ritual khas Mandi Aura diajarkan kepada client.
5. Mandi Aura dijalankan.

Anda ditegah mengelap sisa air yang masih ada di badan. Ia harus dibiar kering sendiri.
Dan anda juga harus meminimakan aktiviti. Terbaik jika anda terus rehat dan tidur.



Mandi Aura VS Mandi Garam.



Ramai yang tanya saya, apa beza mandi aura dan mandi garam?

Kalau mandi bunga sudah saya jelaskan di atas. Bagaimana pula dengan mandi garam?

Ok... Gelombang energi pada garam, menurut pengalaman saya, dalam permainan energi ini, ia adalah bersifat 'neutraliser'. Ia mereset frekuensi ke 'factory setting'. Ia membersihkan semua frekuensi lain samada negatif atau positif sehingga keadaan jadi Neutral.

Jika anda mandi aura, lalu anda mandi garam, maka semua kesan daripada mandi aura tadi akan jadi neutral, jadi 0 😜

Sebab itu, orang tua dulu-dulu memanfaatkan air laut yang padat dengan garam untuk 'mandi buang sial' setiap malam tahun baru, 1 Muharram. Falsafahnya adalah untuk membersihkan semua jenis frekuensi pada sistem auranya sepanjang tahun lalu agar siap sedia memasuki kehidupan baru pada tahun baru yang menjelma.

Saya punya seorang client yang terlalu sering mandi garam. Dia jadi terlalu santai. Pasif dan malas. Dirinya jadi peduli dengan segala hal. Dia bingung lalu konsultasi dengan saya. Saya bagitau, "Aura anda terlalu neutral. Suka mandi garam ya?" Dia mengangguk.😃😃😃

Saya sarankan dia berhenti. Kalau mahu mandi garam, cukup sebulan sekali. Kalau mandi aura, setiap hari pun boleh tidak akan ada masalah malahan kesannya sangat baik.

Semoga bermanfaat buat anda.

Salam damai 🙏


~ from Qi with Love

















BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...