Your Magic Blog: January 2012

Monday, 30 January 2012

Psychotronics Technology

Salam semua :)

Posting kali ini akan menceritakan sedikit tentang Psychotronics. Apa itu Psychotronics? Ia merupakan bahagian daripada ilmu metafizik mindpower yang sangat advanced. Ritual biasa bagi seorang yang menggunakan kuasa mindanya untuk mengubah realiti atau mencapai sesuatu, adalah dengan duduk bermeditasi dengan cara tertentu dan memancarkan gelombang fikirannya melalui visualisasi.

Satu kelemahan bagi kaedah ini adalah, gelombang minda yang dipancarkan perlu masa yang panjang untuk satu sesi meditasi kemudian perlu pula diulang-ulang agar pancaran itu semakin kuat dan mampu mengubah realiti. Kerja-kerja mindpower adalah umpama memasak air. Haba perlu dibekalkan secara konsisten pada satu jangka waktu yang sesuai sehinggalah air itu mendidih. Semakin banyak air, semakin besar haba yang diperlukan untuk mendidihkannya. Jika haba yang dibekalkan kurang, atau terhenti-henti maka air takkan pernah mendidih. Ini hukum alam yang mengikat proses tersebut.

Begitulah juga dengan kerja-kerja mindpower. Jika anda ada satu tujuan, anda perlu memancarkan gelombang minda anda stabil pada frekuensi yang betul secara konsisten. Barulah Law of Attraction boleh bekerja untuk anda.

Psychotronics adalah satu 'mesin metafizik' yang digunakan sejak berkurun lamanya oleh masing-masing tamadun dan budaya di dunia dengan variasai mengikut kefahaman masing-masing mereka. Psychotronics membantu menambahkan Life Force, Chi, Orgone, Ki sehingga gelombnag minda yang dipancarkan menjadi lebih dahsyat lagi untuk menarik realiti yang diiginkan yang sesuai dengan hukum-hukum alam yang ada seperti Law of Attraction, Law of Physic Quantum, Law of Tree dan lain-lain lagi Law of Nature yang sudah ditentukan oleh Sang Pencipta. Dengan Psychotronics, frekuensi pancaran gelombang minda anda akan dikekalkan sekalipun anda sedang melakukan kerja-kerja lain atau bahkan ketika anda tidur sekalipun. Banyak lagi kelebihan serta variasinya.

Para saintis telah mengkaji berkenaan teknologi ini sejak dulu lagi. Namun oleh kerana potensinya yang begitu besar dan tak terbatas, ia dirahsiakan dari pengetahuan orang awam. Atas sebab itu juga, di sini saya hanya boleh memberikan sedikit info sebagai satu 'cetusan' agar anda melakukan pencarian seterusnya jika anda berminat untuk menguasai dan mendalaminya.

Di bawah ini saya sertakan satu bentuk Psionic ( satu cabang Psychotronics ) 2D ringkas yang saya bina daripada gabungan beberapa 'tools' pemancar energy semulajadi ( sacred geo, sacred math, simbol asmaul husna,  gelombang warna, dll ) yang sangat membantu dalam operasi-operasi mindpower yang di channel dengan teknik tertentu. Anda boleh merasakan atau melihat 'energy pattern' yang memancar darinya.

Selamat berkenalan dengan Teknologi Rohani. Ilmu Tuhan begitu  luasnya, hanya setitis kecil yang kita ketahui daripada selautan luas khazanah ilmuNya. Lakukan pencarian demi pencarian. Semoga rezeki anda untuk mempelajarinya :)

Selamat berbahagia untuk anda sentiasa. Salam kasih dan sayang dari dasar hati yang tulus :)

Sunday, 22 January 2012

Penyelarasan Hakikat Alif Sejati



Salam semua :)


Alahmdulillah... Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat semua yang telah sukses menguasai Alif Sejati level satu : Energy Alif Sejati. Saya menerima begitu banyak komen-komen positif dari sahabat-sahabat yang telah mempelajari dan mengaplikasikannya dalam rawatan dan kehidupan seharian mereka. Syukur kepada Allah atas kurniaNya yang selalu melimpah untuk saya dan anda semua.

Pada posting kali, saya akan memberikan penyelarasan Ilmu Alif Sejati level dua, Hakikat Alif Sejati kepada anda. Sebenarnya level dua ini sepatutnya di release beberapa minggu lepas lagi, namun kerana kesibukan harian selalu saja tertunda. Hujung minggu ini baru terasa ada daya yang menggerakkan untuk menulis artikel ini dan menyedikan momen attunement nya.

Ok, apa kelebihan level 2 ini berbanding level 1? Beza paling utama adalah tahap energynya. Pada level 2 ini insyaAllah tahap energynya jauh lebih tinggi dan halus? Lalu apa erti sebuah ketinggian dan kehalusan energy? Pertama, ia begitu baik untuk kesedaran spiritual. Semakin halus dan tinggi energy yang anda akses, semakin tinggi pula daya capai kesedaran anda. Ini bermakna kesedaran spiritual anda akan semakin mudah menembus dan mengakses dimensi-dimensi alam yang lebih tinggi dan dan 'melihat' ilmu-ilmu dan maklumat yang ada pada frekuensi itu. Mudah-mudahan anda diizinkan untuk mengetahui rahsia disebalik ALIF dari segi falsafah dan hakikatnya. Kedua, kesuksesan dalam aplikasi-aplikasi ilmu Alif Sejati untuk apa juga aspek kehidupan anda seperti merawat, materialisasi, protection, dll.

Syarat-syarat untuk menerima Penyelarasan Hakikat Alif Sejati

1. Sudah menerima penyelarasan Level 1 Alif sejati dan sudah melatihnya minima 7 hari.
2. Menjelaskan mahar ilmu untuk tahap Master sebanyak RM 30 saja. ( Mahar ini HANYA tanda pengorbanan anda untuk menyempurnakan ilmu ini. Bagi yang negatif atau pesimis, sila jangan belajar ). 
Untuk urusan mahar ini, anda boleh salurkan ke bank yang tertera di sebelah kanan blog ini.
3. Menulis nama anda di bahagian komen. ( Sama seperti ketika menerima att level 1 dulu )
4. Melakukan prosedur attunement berikut :

Prosedur Penyelarasan Hakikat Alif Sejati


1.Posisi boleh duduk sila, atau duduk di kerusi dengan tegak tapi rileks. Tangan letak atas paha dengan tapak menghadap ke atas.
2. Baca taudz ( a'uzubillah...), basmalah, syahadat dan selawat masing 3x.
3. Berdoa, " Ya Allah Tuhanku Yang Agung, bukankanlah  hambaMu yang kerdil ini akan hakikat Ilmu Alif Sejati, izinkan hambaMu mengakses dan memanfaatkan semua potensi Hakikat Alif Sejati secara sempurna untuk kebaikan diriku dan seisi alam ini. Bimbing diriku sepanjang penyelarasan ini dan juga sepanjang pengamalan ilmu ini....amin. Alhamdulillah3x ".
4. Afirmasi penyelarasan, " Saya sedang menerima penyelarasan Hakikat Alif Sejati secara sempurna. Terjadilah dengan izin, rahmat dan kuasa Allah".
5. Meditasi 20 min dengan senyum, rileks dan pasrah.
6. Sudahi dengan beryukur kepada Allah.

Nota : Tidak kira apapun yang anda lihat atau sensasi yang anda rasakan, tetap senyum, rileks dan pasrah kepada Allah.


Meditasi Hakikat Alif Sejati

Prosedurnya :

1. Baca ayat pembuka ( taudz, basmalah, syhadat, selawat ).
2. Duduk sila/atas kerusi dengan sikap rileks dan pasrah.
3. Berdoa, " Ya Allah tuhanku yang agung, ku mohon izinMu untuk mengakses dan menggunakan energy Alif Sejati untuk membersihkan dan mengharmonikan seluruh sistem energyku sehingga diriku sembuh, sihat, kuat dan harmoni zahir dan batin. dengan rahmat dan bimbinganMu terjadilah...amin ya Allah ".
4. Kemudian visualkan huruf alif kecil pada 7 cakra anda. Alif bersinar cahaya merah muda terang pada cakra dasar, alif dengan sinar jingga muda terang di cakra seks, alif kuning muda terang di cakra pusat, alif hijau muda terang di cakra jantung, alif biru muda terang di cakra kerongkong, alif indigigo muda terang di cakra ajna, alif ungu muda terang di cakra mahkota. Niatkan simbol-simbol alif kecil itu membuka, membersih dan mengharmonikan semua cakra-cakra anda dengan sempurna.
5. Lalu visualkan/bayangkan huruf alif tegak bersinar putih terang menjulang dari cakra dasar/ hujung tulang ekor ke cakra mahkota/ubun-ubun.
6. Proses meditasi adalah 15-30 min. Sepanjang meditasi, pastikan tubuh anda benar-benar rileks tanpa ada otot yang tegang agar energy Alif Sejati dapat mengalir dengan harmoni ke seluruh sistem energy anda. Senyum dengan manis agar cakra jantung anda terbuka lebar memancarkan cinta dan kasih yang tulus yang akan semakin memurnikan dan meningkatkan getaran energy di tubuh anda. Pasrah kepada Allah agar anda kekal dalam rahmatNya, terbimbing dengan ilmuNya.

InsyaAllah aplikasi lebih lanjut utk ilmu alif sejati akan saya release secara bertahap kerana potensi yang boleh dicapai agak dramatik jika kena caranya :)

* Sama seperti level 1, penyelarasan level 2 ini pun boleh anda terima secara terus mengikut prosedur yang saya telah berikan, dan sentiasa open untuk diakses bila-bila masa.

Semoga anda semakin berbahagia. Salam kasih dan sayang dari sanubari yang terdalam :)



Chi, Life Force, Orgone, Tenaga Alam.

Salam Kedamaian :)

Chi, Life Force, Orgone, Tenaga alam dan lain-lain istilah lagi adalah nama-nama yang diberikan oleh masing-masing budaya dan aliran keilmuan yang mengkaji dan memanfaatkan energi semulajadi yang berada dengan bebas di alam semesta raya ini.

Di sekeliling anda, energy ini menyelimuti semua kehidupan dan menjadi nadi kehidupan bagi kehidupan itu sendiri. Semua kewujudan dan semua aktiviti dari kewujudan itu disokong oleh energy ini. Bagi seorang yang mendalami ilmu-ilmu paranormal dan spiritual yang berbasis energy, sangatlah mudah untuk merasai kewujudan energy ini disekeliling kita. Energy ini adalah sumber yang tidak akan pernah habis, sentiasa melimpah untuk digunakan dan takkan pernah berkurang sedikitpun. Mengapa begitu? Hukum energy menyatakan bahawa energy tidak dapat dimusnahkan, tetapi ia boleh diubah. Oleh kerana semua kewujudan sebenarnya adalah energy, maka tidak ada satu apapun di alam ini yang boleh musnah. Yang musnah hanyalah bentuk-bentuk objek namun secara hakikinya, energynya tetap ada namun telah berubah ke keadaan yang lain.

Manusia zaman dulu memiliki ilmu pengetahuan yang sangat unik daripada kesedaran spiritual mereka yang begitu tinggi sehingga mereka mampu memanipulasi dan memanfaatkan energy bebas ini untuk kebaikan diri dan kehidupan mereka. Struktur binaan yang sekarang ini menjadi khazanah keajaiban dunia seperti piramid di Mesir, Tembok besar Cina dan banyak lagi ciptaan manusia zaman purba yang telah musnah adalah dicipta oleh mereka dengan bantuan teknologi canggih yang sangat asing bagi kebanyakan manusia zaman sekarang.

Bagi anda yang meminati sejarah atau ilmu-ilmu metafizik, mungkin pernah mendengar atau terbaca di mana-mana sumber berkenaan tamadun Atlantis dan Lemuria. Anda boleh mencari maklumat berkenaan dua tamadun ini di internet. Apa yang penting adalah, terlalu banyak informasi yang disembunyikan oleh para ilmuan dan saintis barat sehingga info berkenaan tamadun purba yang begitu hebat dengan teknologi spiritual mereka yang sangat canggih, terlepas dari pengetahuan kita. Sedarkah anda bahawa semua ilmu sejarah yang kita pelajari sekarang ini adalah 'hasil kajian' para sejarawan dan saintis, dan tidak mustahil ada maklumat yang sembunyikan atau dimanipulasi atas tujuan tertentu?

Dalam Quran sendiri, Allah menegaskan tentang kaum yang telah dibinasakan. Apabila kita terbaca berkenaan 'kaum yang dibinasakan' ini, persepsi kita sangat cenderung membayangkan umat yang bercawat, guna sampan dan haiwan sebagai kenderaan, tinggal di gua atau rumah-rumah pokok, ada pasar-pasar kecil dan lain-lain yang merujuk kepada tamadun yang begitu daif. Padahal jika kita mahu berfikir dan merenung, kita akan faham bahawa kehidupan 'tamadun daif'' tidak akan mampu membawa kebinasaan atau kerosakan yang besar kepada kehidupan. Lihat saja kehidupan orang kampung yang jauh dari kehidupan canggih, jenayah dan kerosakan yang mereka timbulkan sangatlah terhad. Tapi cuba lihat kehidupan kita sekarang ini, dengan kecanggihan yang semakin tinggi, jenayah dan kerosakan boleh dilakukan sampai ke tahap global.

Bermakna, kerosakan yang dilakukan oleh umat purba adalah jauh lebih global daripada kerosakan yang ada pada zaman kita sekarang ini kerana teknologi mereka jauh dan jauh lebih canggih lagi dan sebab itu mereka dimusnahkan oleh Allah sebagaimana yang dikhabarkan di dalam kitab suci. Rasanya tidak lama lagi tamadun kita juga akan dimusnahkan, kerana kerosakan yang semakin global sekarang ini. Nampaknya sejarah umat purba akan berulang lagi kepada kita. Setelah umat bertamadun musnah, semua ilmu dan teknologi akan hilang dan zaman batu akan bermula lagi lalu manusia mula membangun lagi tamadunnya, membuat kerosakan global, lalu dimusnahkan lagi...lagi...lagi... dan lagi. Sudah berapa kali kitaran ini berlaku dan bila ia akan berakhir? Adakah kita adalah penutup kitaran ini? Hanya Allah yang tahu. Cuba jadikan ini sebagai bahan fikir, mudah-mudahan kita dibimbing untuk memahami :)

Mari bersama kita menggunakan semua ilmu dan teknologi yang kita miliki, atas dasar cinta dan kasih kepada sesama makhluk kerana hanya dengan itulah kerosakan akan dapat dihindari. Semoga kedamaian dan kesejahteraan sentiasa kekal di alam ini.

Salam kasih dan sayang dari dasar hati yang terdalam :)

Wednesday, 18 January 2012

Luasnya Ilmu Tuhan

Salam semua :)

Agak lama saya tidak menulis di sini. Kali ini baru ada ilham untuk sharing lagi inspirasi-inspirasi yang muncul di dalam minda.

Apa lagi yang belum kita tahu dan kita saksikan? Jawapannya, saaaaangat banyak. Begitu banyak ilmu dan rahsia alam ini yang terhad untuk kita ketahui dan kita saksikan oleh kerana batasan persepsi kita yang semakin sempit. Sekarang ini kita hanya mampu melihat alam 3 dimensi sebatas bentuk-bentuk konkrit yang boleh kita lihat dengan mata zahir kita sehingga kita menyangka bahawa kehidupan yang ada hanyalah dunia kita. 

Alam ini ada banyak dimensi, yang wujud secara hamoni. Dimensi alam kita sekarang ini adalah dimensi fizikal dengan frekuensi lebih kurang 7-14 cps. Majoriti kesedaran umat manusia sedang berada pada frekuensi ini. Kita sedang tersekat di frekuensi ini dan tidak tahu jalan keluarnya. Sebab itu semua ilmu yg kita miliki sekarang terbatas hanya pada frekuensi ini, iaitu ilmu hasil pengamatan dari apa yang kita lihat, dengar, dan rasa dengan pancaindera zahir kita. Keadaan ini sama seperti ketika kita mendengar sebuah saluran radio, misalnya Suria FM. Maklumat yang kita perolehi hanyalah sebatas apa yang kita dengan dari saluran pada frekuensi Suria FM. Kita menyangka bahawa hanya pada frekeuensi ini yang ada siaran, padahal ada lagi siaran lain pada frekuensi lain. 

Begitulah juga dalam kehidupan kita ini. Di luar dari frekuensi alam 3 dimensi yang kita duduki sekarang ini, ada kehidupan lain dengan ilmu serta tamadun mereka sendiri yang jauh lebih 'advance' daripada kita. Di atas dimensi kesedaran kita sekarang ini, ada lagi dimensi ke 4, 5, 6, 7,8 dan seterusnya dan setiap dimensi diduduki oleh makhluk-makhluk tuhan yang lebih 'advance' kehidupan dan tamadunnya.

Lalu mengapa kita sebagai manusia diiktiraf sebagai 'ciptaan tuhan yang paling sempurna'? Jawapannya   adalah kerana kita memiliki akal dan dengan akal ini kita mampu menembusi semua dimensi yang ada sehinggalah ke dimensi ketuhanan yang mana tidak mampu dilakukan oleh makhluk-makhluk lain. Namun begitu kesempurnaan akal kita ini tidak akan mampu diolah dan dimanfaatkan sepenuhnya jika jika kita hanya sibuk mengurus dunia dan memenuhi keperluan-keperluan material kita. Kita harus berusaha untuk memenuhi keperluan-keperluan spiritual kita kerana inilah yang lebih utama dari segalanya.

Jika kita sibuk mengurus urusan material kita, spiritual kita boleh jadi semakin lemah dan tenggelam. Namun jika kita mula sibuk mengurus urusan spiritual kita, satu masa nanti kita akan banyak belajar ilmu-ilmu tersembunyi dari dimensi-dimensi yang lebih tinggi yang mana sangat bermanfaat untuk memenuhi hajat-hajat material kita. 

Kejarlah Tuhan, maka dunia akan mengikutimu. Baikilah spiritualmu, maka materialmu akan ikut menjadi semakin baik.

Semoga anda semakin bahagia di mana juga anda berada.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...