Salam semua sahabat :)
Di luar sana masih ramai saudara-saudara kita yang memandang
serong dengan ilmu-ilmu energy ni. Banyak kawan2 yg bertanya pandangan saya
berkenaan perkara ini. benarkah seperti kata mereka bahawa belajar ilmu energy
ini berisiko mengundang kehadiran jin ke dalam tubuh kita???
Saya hanya mampu tersenyum... Rasanya hari ini saya
terpanggil untuk menjawab sedikit lebih ( hehe macam lagu anuar zain la pulak
)...hmmm, latar belakang ilmu membuat
kita berbeza pendapat. saya dan rakan2 juga sudah berdepan dengan ratusan kes
pesakit kerasukan jin, kes saka, sihir dan sebagainya. Namun itu tidak harus membuat kita
boleh besar kepala dan menghentam ilmu orang lain. Perbuatan menghentam aliran
ilmu dan kefahaman orang lain hanya menunjukkan kecetekan ilmu, kefahaman dan
sudut pandangan kita.
Dalam sistem ilmu tasauf atau kesufian sendiri sejak dulu
memegang doktrin yang mengatakan bahawa
jiwa manusia terdiri daripada 7 maqam nafsu di mana setiap maqam yang sedang
diduduki oleh sang jiwa mengandungi 'ehwal' tersendiri. Ertinya, pada setiap
maqam nafsu itu, jiwa manusia memiliki ilmu, cara berfikir dan merasa yang
berbeza. Berbezanya ilmu, cara berfikir dan merasa seorang imam dan seorang mat
rempit adalah kerana berbezanya maqam nafsu yang sedang jiwa mereka masing-masing duduki.
Oleh kerana adanya beza maqam ini, membuat jiwa manusia
begitu unik. Dalam 10 kes kerasukan jin yang saya jumpa, 8 daripadanya adalah
'permainan minda bawah sedar'. Ertinya, jiwa manusia boleh meniru aksi
kerasukan sebagaimana yang pernah dilihat dan didengar dari mana-mana sumber
terutamanya dari filem-filem seram yang sekarang sedang tumbuh bak cendawan
mekar selepas hujan di negara kita ini. Ini benar-benar terjadi. Ketika jiwa
sedang dilanda masalah, stress, ketakutan yang melampau, akan menimbulkan
gejala-gejala gangguan hormon dan aliran darah sehingga muncul reaksi-reaksi
yang benar-benar seperti kerasukan misalnya meronta yang sangat kuat sehingga
tidak mampu dipegang oleh 10 orang kuat sekalipun, histeria, suara berubah,
mata jadi merah dan lain-lain gejala yang biasa kita lihat dalam wayang. memori
yang tersimpan dalam data di otak tentang kerasukan, bangkit tanpa sedar ketika
jiwa sedang haru-biru.
Alam ghaib tidak dapat dilihat dan dibuktikan dengan dalil yang
konkrit. Jadi siapapun boleh hentam mengatakan bahawa si anu kerasukan jin,
kemasukan saka dan lain-lain. Tiada siapa boleh buktikan bahawa si anu itu tidak
kerasukan, kerana dari zaman dulu lagi fikiran kita sudah ditanam dengan
fahaman bahawa jika kelakuannya begini dan begitu, maka itu adalah gejala
kerasukan jin, setan, genderuwo dan jiran-jiran sekampungnya. Oleh itu asal nampak kelakuan aneh pada seseorang, langsung kita kaitkan dengan jin dan
suku-sakatnya.
Dalam quran sendiri kita manusia diiktiraf sebagai 'ahsani
taqwim', iaitu sebaik-baik ciptaan. Kita terlalu memandang rendah martabat diri
kita jika kita melihat bahawa betapa mudahnya 'ciptaan terbaik' ini dirasuk jin
yang kualitinya dalam hierarki ciptaan tuhan begitu rendahnya. Kita manusia
dicipta dari 4 unsur iaitu tanah, air, api dan angin kemudian dilengkapi dengan
kekuatan ruh yang merupakan tajalliat atau manifestasi sifat-sifat tuhan. Sedangkan jin hanya tercipta dari 1 unsur api. Tiada unsur lainnya... Walaweh,
bagaimana mungkin kita boleh kalah dengan mudahnya. Jin itu unsur api semata,
kita pun ada unsur api. Jadi sangatlah mudah bagi jiwa manusia untuk meniru
aksi-aksi jin lalu bertindak seperti kerasukan.
Kita punya hati nurani untuk menilai, mana benar dan mana
salah.Islam itu agama yang syumul. Jika pihak-pihak di luar sana mengkafirkan
ilmu-ilmu dari budaya lain, dan mengutuk umat islam yang menuntut ilmu
tersebut, maka pada saya itu adalah sebuah kecetekan fahaman dan ketandusan
makrifah.
Kita percaya pada tuhan yang satu, namun kita mengutuk ilmu
yang datang dari budaya lain yang menyembah 'tuhan lain'... Aik, wait a minute... Adakah 'tuhan yang lain' ??? Bukankah Allah sendiri berfirman, "walillahil
masyriku walmaghrib faainama tuwallu fasamma wajhullah"... Milik Allah
timur dan barat, kemanapun kau hadapkan wajahmu, samada wajah fizikalmu, atau
wajah hatimu disitu ada Allah... Jika di mana saja ada Allah, maka tiada ruang
untuk 'tuhan lain'. Jadi jika kaum di sana menyembah patung, dipatung itu ada
'wajhullah'. jika mereka menyembah pokok maka di pokok itu ada 'wajhullah' kerana
hak utk disembah hanyalah milik mutlak Allah. Syiriknya kaum-kaum di sana itu
hanyalah kerana mereka meletak, atau mengiktikadkan 'wajhullah' pada
objek-objek duniawi yang terbatas. Inti hakikat adalah, dimanapun belakunya
penyembahan, disitulah adanya 'wajhullah'.
Oleh kerana tiada ruang bagi 'tuhan lain' utk wujud di
mana-mana kerana di mana-mana ada 'wajhullah', maka dimana-mana pun ilmu berada
itu semua adalah 'ilmullah', ilmu Allah. Inilah hakikat Laailahaillallah... Tiada apapa di mana-mana saja, kecuali Allah. Tiada ilmu di mana-mana pun
kecuali ilmu Allah. cuba nafikan ini, maka anda jatuh syirik. Jatuh longkang 100 tingkat jauh lebih baik dan enak daripada jatuh syirik hehe.
Namun di satu sisi, melihat ke bawah, ke arah syariat, saya
bersyukur dengan usaha-usaha mereka untuk menjaga kemurnian syariat. Ya
sememangnya semua manusia berbeza maqamnya. Oleh kerana itu, bagi
manusia-manusia yang baru mula memasuki arena spiritual, boleh jadi sangat
mudah terjerumus kepada fahaman-fahaman yang salah sehingga tersasar dari
landasan akidah. Salah pada syariat, maka sesat pada hakikat. Itulah ada
istilah tersungkur dipintu syurga.
Akhir kata, marilah kita saling berdamai dalam pelukan kasih
sayang tuhan. saling menghormati dan menghargai atas nama cinta dan
persaudaraan. apapun aliran ilmu anda, apapun agama anda, sumber ilmu kita dan
tujuan keyakinan kita tetap pada tuhan yang satu...
Salam kasih sayang untuk
semua di manapun anda berada.
~ From QIWC with love
:)