Your Magic Blog: Aura Engineering - Fenomena Mengenal Potensi Diri

Friday 7 September 2012

Aura Engineering - Fenomena Mengenal Potensi Diri

Salam semua pembaca budiman :)

Artikel ini mungkin agak pelik tajuknya. Biasa kita dengar tentang Sivil Engineering, Chemical Engineering, Electrical Engineering, dan lain-lain sebagainya. Ada Energy Engineering. Namun itu hanya meliputi energy-energy mekanikal di luar diri manusia. Tidak langsung menyentuh soal energy pada diri manusia. Begitu juga dengan Biological Engineering, hanya menyentuh tentang anatomi manusia seperti sel-sel, genetik, protein dalam sel dan lain-lain. Namun tidak menyentuh lebih dalam lagi pada aspek diri manusia yang lebih halus, iaitu Aura. Oleh itu saya namakan bidang mengkaji tentang Aura manusia sebagai Aura Engineering.

Jika semua bidang Engineering lain cuba untuk mengenal, mengkaji dan memanipulasi subjek kajiannya untuk menghasilkan efek atau produk baru kepada dunia, maka pada bidang Aura Engineering pula kita cuba untuk mengenal, mengkaji dan memanipulasi aura manusia agar boleh memberi impak kepada aspek-aspek kehidupan kita yang menjadi tumpuan. Tentunya hanya impak positif yang kita harapkan. Aura adalah sebuah ilmu sains. Exact Science!

Aura adalah wujud. Prinsip sebuah ilmu adalah: 

Jika ia wujud, ia boleh dikenali. 
Jika ia boleh dikenali, ia boleh diketahui.
Jika ia boleh diketahui, ia boleh dimanipulasi.
Jika ia boleh dimanipulasi maka ia boleh di arahkan kepada manfaat atau mudarat. 
( Tentunya hanya manfaat yang kita harapkan ).

Sejak zaman dahulu nenek moyang kita, sudah ramai engineer-engineer aura yang sangat pakar dalam bidang masing-masing seperti penyembuhan, kekebalan tubuh dari senjata tajam, meraga sukma, telekinesis, telepati, pesugihan/kekayaan, pawang hujan, pawang haiwan, dan banyak lagi lah. Bagaimana mereka boleh melakukan semua ini?

Perhatikan rajah di bawah ini. Inilah gambaran medan aura manusia. 

Rajah 1: Model medan aura manusia



Ini pula gambar benar tentang aura manusia yang diambil dengan kamera khas yang mampu menangkap gelombang frekuensi tinggi iaitu Kamera Kirlian.
Rajah 2 : Gambar aura manusia
Masing-masing manusia memiliki medan aura yang berbeza dari segi frekuensinya. Medan aura ini adalah kod-kod energy atau 'blue print' bagi kondisi tubuh fizikal anda, mental-emosial anda, keadaan semua aspek-aspek hidup anda seperti percintaan, hubungan sosial dengan persekitaran anda, kewangan anda, dan sebagainya lagi.

Dalam bidang Aura Engineering, mengurangkan unsur tertentu pada aura anda akan mengurangkan pula aspek tertentu pada diri dan kehidupan anda. Menambahkan unsur tertentu pada aura anda akan menambahkan pula aspek tertentu pada diri dan kehidupan anda. Inilah USAHA secara spiritual. Berusaha dari dalam, atau berusaha dari atas. Bersemangatlah bagi anda yang mendalami bidang ini. Ada jalan alternatif dan mudah bagi anda untuk mencapai kesuksesan dalam semua aspek kehidupan anda.

Dalam kehidupan anda, jika anda mengurangkan sesuatu pada diri atau aspek kehidupan anda misalanya kesihatan, maka akan nampak juga pengurangan pada unsur tertentu di aura anda. Jika berlaku penambahan pada diri dan aspek hidup anda maka terjadi pula penambahan pada unsur tertentu di aura anda. Misalnya jika bertambah aset anda samada anak, kenderaan, wang, isteri atau apa saja pemilikan maka akan terlihat pada aura anda. Ini pula usaha secara FIZIKAL. Berusaha dari luar atau berusaha dari bawah.

Ada 7 lapisan aura manuia. Setiap lapisan pada aura anda ada hubungan dengan diri dan alam di luar diri anda. Kemampuan untuk memahami dan memanipulasi ilmu aura akan sangat bermanfaat untuk diri anda. 

Rahsianya adalah,  jika anda inginkan sesuatu, tambahkan unsur aura dalam kuantiti yang benar pada lapisan aura anda yang berkaitan dengan hajat anda secara konsisten, maka mengikut Hukum Semesta atau Law of Nature, hajat anda itu akan termanifestasi di alam fizikal kerana yang batin pasti ada pasangan zahirnya.

Saya masih dan terus melakukan kajian tentang Aura Engineering. Tentang bagaimana memanipulasi aura untuk mendapat efek di alam 3 dimensi. Saya berharap semakin ramai yang berminat tentang perkara yang sama dan pada dasar pijakan yang sama. Bukan sekadar MENCUBA tapi MENDALAMI.

Alam semakin terbuka, revolusi spiritual manusia semakin memuncak.


Semoga tercetus ilmu, kefahaman dan kebijaksanaan di dalam diri anda.

Salam kasih dan sayang. Semoga kedamaian menyelimuti hati anda dan kemakmuran melimpahi hidup anda :)



No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...