Your Magic Blog: 2018

Wednesday 15 August 2018

MATRIX PSIONICS, FREQUENCY BROADCASTING AMPLIFIER


Salam cinta kasih paling luhur dari hati _/||\_


TERQI adalah salah satu silabus dalam pembelajaran di Qalam Ilahi Wellness Center. TERQI adalah singkatan daripada Teknologi Rohani Qalam Ilahi. Melalui TERQI kita aplikasikan ilmu-ilmu yang termasuk 'rare' dan 'forbidden'.

Dengan ilmu TERQI saya design beberapa mesin-mesin energi dua dimensi (2D etheric machine). Bila saya sebut mesin, bukanlah merujuk kepada mesin 'hardware' dengan segala macam konfigurasi besi-besi dan wayar-wayar yang bersimpang siur. Ia adalah mesin-mesin spiritual yang difungsikan oleh minda, melalui konfigurasi yang sungguh rumit dan sekaligus juga sungguh mudah jika kita sudah 'sedar' dengan sistemnya.

Mesin-mesin ini berfungsi sebagai 'medium  penghubung' antara minda saya sebagai operator mesin dan struktur eterik atau medan tenaga target yang saya fokuskan. Teorinya, seorang manusia, haiwan, tumbuhan, peristiwa dan apapun kejadian memilik medan tenaga, atau struktur eterik, atau aura. Biasa juga disebut sebagai ' life blue print', ia meliputi jasad setiap kejadian, siapapun dan apapun.

Struktur eterik inilah yang menjadi penentu sifat dan ciri tampilan fizikal seseorang, sebuah peristiwa, seekor haiwan, atau sebuah objek. Dengan mengubah struktur eterik ini, maka secara automatik akan ikut mengubah tampilan fizikal target berkenaan. Struktur eterik ini adalah medan energi yang tersusun oleh frekuensi energi pada skala dan level tertentu. Ini subjek yang agak berat. Saya terus skip kepada perkara yang mudah. Cukup saya saja yang bingung, anda santai saja di posisi hehe.




Rajah: Ilustrasi truktur eterik/medan energi kuda dan manusia



                                         Rajah: Struktur eterik/medan energi sebuah spanar



                                             Rajah: Struktur eterik/medan energi tumbuhan


Memiliki kemampuan mengakses data struktur eterik di 'quantum field' memberikan kita satu kelebihan yang paranormal (di atas normal ). Kemampuan mengubah sesuatu, bahkan menentukan sesuatu, ini satu pernyataan yang agak radikal bagi orang-orang awam.

Sekalipun radikal, negara besar seperti Amerika dan Rusia telah pun mengkaji dan menggunakan teknologi metafizik seperti ini sudah sekian lama. Teknologi ini namakan sebagai HAARP oleh pihak Amerika. HAARP adalah singkatan bagi High Frequency Active Auroral Program. Dengan teknologi ini, mereka mampu melakukan banyak benda yang tidak masuk di akal. Misalanya seperti mengawal cuaca, gempa bumi, saham, bahkan mengawal fikiran manusia.



                                       Rajah: Stesen janakuasa HAARP  Alaska, Amerika


Perbezaan mesin HAARP dengan mesin eterik 2D, adalah mesin HAARP menggunakan mesin elektronik skala gergasi untuk memancarkan frekuensi energi. Manakala mesin-mesin eterik 2D di Qi Center adalah mind-based, iaitu dijanakan dengan frekuensi energi dari gelombang fikiran (mind wave). Cara kerja keduanya adalah sama, bahkan kesannya juga tidak jauh beza, jika operator radioncis-psionics sudah semakin mahir dan berpengalaman.


***
MATRIX PSIONICS KHATIM SULAIMAN


Matrix Khatim Sualaiman ini saya design khas dengan konfigurasi energi seperti berikut:

1. Rajah Ratu Saba', yang memiliki energi 'sacred geometri' infiniti (nombor 8 melintang), serta energi unsur hikmah yang mistik. Tujuan energi ini sebagai penambah 'tone' energi penarik rezeki atau 'money magnet attractor'.

2. Sacred Geometri 'flower of life', sebagai 'purifier' energi, yang memurnikan segala macam frekuensi  tenaga.

3. Magnetron 12 amplifier, untuk menguatkan berganda-ganda apapun jenis frekuensi yang berada di tengahnya.

4. Nama pengguna matrix, untuk mewujudkan 'energy link' ke medan auranya.

5. Ada 12 digit nombor, mewakili 6 set frekuensi energi 'rezeki attractor' yang akan dipancarkan terus menerus non-stop kepada pengguna matrix, untuk mengubah struktur eterik atau medan auranya agar memiliki arus energi penarik rezeki yang semakin kuat dan semakin kuat setiap hari, atau bahasa mistiknya 'ENERGI PELARIS'.

12 digit nombor ini adalah berbeza-beza setiap orang. Lain orang lain nombornya,tidak akan pernah sama.

Fungsi utamanya adalah sebagai Rezeki Magnet, atau Money Magnet. Bahasa tradisionalnya 'pelaris'. Sesuai digunakan oleh sesiapapun samada ada perniagaan atau orang-orang yang kerja makan gaji.


Di bawah ini adalah satu contoh Matrix Psionics Khatim Sulaiman.






Matrix ini disediakan dalam bentuk kertas printed & laminated.
Dua keping saiz 9 cm, dan dua keping 7 cm.
Saiz yang kecil boleh simpan di dompet, saiz besar pula boleh simpan di rumah, ofis atau kedai.

Ini adalah beberapa testimoni pengguna Matrix Khatim ini:







***
MATRIX ENERGY SHIELD



Ini pula adalah satu Matrix Psionics dengan konfigurasi lebih kurang sama dengan matrix khatim, bezanya matrix energi shield menggunakan bintang 5 bucu. Di dalam ilmu simbolism, bintang bucu 5 mewakili energi 5 unsur penciptaan semesta.

Frekuensi energi dari bintang bucu 5 memiliki daya energi perlindungan 5 unsur penciptaan alam semesta.

Ertinya menggunakan energi bintang bucu 5 membuat pemakainya tidak akan dimudaratkan atau dicelakakan oleh apa saja ciptaan yang tercipta dari unsur tanah, air, api, angin dan unsur alam halus/ghaib.


***
MATRIX LOVE





Matrix Love ini menggunakan konfigurasi sama dengan 2 matrix di atas. Hanya sedikit 'tuning' yang berbeza mana fungsi utama untuk menyelesaikan masalah-masalah cinta dan perhubungan. Menggunakan simbol 'bind rune' serta frekuensi energi planet venus yang merupakan simbol energi cinta yang sangat powerful.

Ini adalah sebuah teknologi metafizik, menggunaakn 'subtle energy' atau frekuensi energi super halus. 

Salam cinta kasih paling tulus dari dasar hati.


~ from Qi with Love



Tuesday 7 August 2018

TEKNOLOGI CAHAYA

Teknologi Cahaya
.
.
*Cahaya di atas Cahaya*
.
.
Aura adalah bahasa moden, kata ganti bagi cahaya. Bezanya, perkataan aura bermakna lebih luas iaitu, “Warna-warni cahaya”.




Cahaya terbina daripada Photon, dan photon ini bergerak dalam bentuk gelombang elektromagnetik. Ada berbillion photon dalam satu gelombang cahaya.Photon memiliki panjang gelombang yang berbeza, dan inilah yang menghasilkan spektrum warna.

Cahaya terhasil daripada pergerakan elektron mengelilingi neutron di dalam sebuah atom. Elektron yang sedang dalam ‘ground state’ mendapat bekalan energi akan mengalami ‘exited state’, pergerakan elektron akan menghasilkan energi dalam bentuk photon (cahaya).

Prinsip ini diaplikasikan di dalam semua bab lampu. Energi elektrik disalurkan melalui gas, lalu elektron pada gas tersebut menyerap energ elektrik tadii lalu mengalami ‘excited state’ dan kemudian menghasilkan pancaran photon.

Misalnya lampu kalimantang di rumah anda, ia menghasilkan cahaya melalui atom gas merkuri. Energi elektrik yang mengalir melalui gas merkuri akan di serap oleh elektron-elektron atom merkuri lalu menghasilkan cahaya ultraviolet bergelombang pendek. Cahaya ini kemudian diserap oleh lapisan fosfosur pada dinding dalam lampu dan jadi bersinar terang.

Mata fizikal kita manusia mampu melihat cahaya dengan panjang gelombang antara 390 - 700 nanometer sahaja, frekuensinya sekitar 400 - 800 Thz. Di bawah atau di atas daripada kadar ini sudah tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata fizikal kita.

*

Mengikut hukum sains, iaitu Law of Quantum Physics menyatakan bahawa:

EVERYTHING IS ENERGY.
SEGALANYA ADALAH ENERGI.

Ini sangat benar.

Semua ciptaan di alam ini, samada dalam bentuk pepejal padat, cecair mahupun gas, adalah terbina dari susunan atom-atom. Berbezanya kepadatan objek-objek di alam ini adalah kerana berbezanya kekuatan ikatan atom-atom pembentuknya.




Jika anda zoom sebuah obek, anda akan menemui atom-atom objek tersebut.

Jika anda zoom atom tersebut, anda akan menemui partikel sub-atom iaitu neutron, proton dan elektron.

Jika di zoom lagi, maka yang tinggal hanyalah gelap yang kosong, atau Void, Zen, atau Kefanaan yang tanpa batas.

Zoom badan anda, akan nampak organ-organ.
Zoom organ-organ anda, akan terlihat sel-sel.
Zoom sel-sel anda, akan terlihat organel-organel.


Zoom organel, tersingkaplah atom-atom, lalu partikel sub atom, lalu KETIADAAN.
Inilah proses KEMBALI, atau MIKRAJ, mengembalikan semua ke hakikat iaitu KEKOSONGAN.


Kosong atau Gelap adalah Cahaya Zat Yang Maha Hidup. Maka apapun di alam ini kembali ke energi sebagai asal-muasal semua kejadian, dan energi pun akhirnya fana di dalam Gelap, iaitu Cahaya Zat Sang Hidup.

Tapi tulisan saya ini tidak mahu membahas soal ending of everything. Saya ingin stop di tahap energy sahaja.

Di mana tahap energi itu? Itu yang tadi tahap partikel sub-atom, yang ada neutron, proton dan elektron. Masing ingat kan? Pelupa betul kau ini bro, mesti banyak makan semut ni… ahhakzz

Seperti di awal tulisan tadi saya sebut bahawa, energi adalah hasil loncatan elektron dari ‘ground state’ ke ‘excited state’. Itu adalah energi-energy yang tahap ‘visible light’.

Manakala energy-energy super halus adalah ‘string’ yang muncul dari alam kekosongan melalui ‘vortex’ energi.

Energi-energi super halus ini bersedia membentuk kejadian-kejadian baru mengikut ‘suratan’ yang dipanggil Qada’ dan Qadar. Qada’ itu waktu ia terbentuk, Qadar itu spesifikasi pembentukannya. Ehh melalut pulak ke hal lain.

Jadi, sains dan kerohanian itu sepakat dan harmoni. Tiada percanggahan. Percanggahan itu hanya dari pemikiran-pemikiran sombong yang menyempitkan ilmu Tuhan pada batas apa yang bisa dibaca olenya dari teks-teks zahir.

*
Teknologi Cahaya




Kalau ada energi, maka adalah cahaya, kerana cahaya adalah pancaran ‘spark’ dari energi. Energi dan cahaya (aura) tidak boleh terpisah, kerana ia saling memerlukan. Bukan energi kalau tiada auranya, dan tiada aura kalau tiada energi.

Semua cahaya ada frekuensinya. Apa itu frekuensi? Iaitu jumlah gelombang cahaya yang melalui satu ruang pada suatu masa.

Oleh kerana semua ciptaan adalah energi mengikut Hukum Quantum Fizik, maka semua ciptaan memiliki frekuensi.

MAKA, dengan mengubah frekuensi suatu ciptaan, akan mampu mengubah suatu ciptaan!
Mengubah ertinya, memperbaiki atau merosakkan, membina atau menghancurkan…… Di sinilah kelebihan Teknologi Gelombang Cahaya.

Sampai sini saya stop dulu tulisan, kerana kalau diteruskan saya akan kelaparan memandangkan saya tiada bersarapan pagi wkkkkkkk 🤣

Bersambung............

... Love no Limit ...

~ from Qi with Love

Thursday 22 February 2018

ACUPINEOLOGY...... ILMU RAHSIA MENCAPAI KEJAYAAN!

RAHSIA BAGAIMANA UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT, SUKSES DAN BAHAGIA DENGAN MEMANFAATKAN SUMBER ENERGI FREE DARI ALAM SEMESTA.
.
.
.

Salam Damai Penuh Cinta Kasih __/||\__






Sahabat semua, jika anda mempelajari dan mempraktikkan 8 minit sahaja sehari ilmu RAHSIA yang bakal saya share ini, anda bakal mendapat perkara-perkara ini:


1. Sihat

2. Cinta yang tulus


3. Rezeki melimpah


4. Selamat sejahtera selalu

.
.
.

MAHU?

Kalau anda MAHU, teruskan membaca info RAHSIA ini...............

Sahabat yang baik hati, telah tahukah anda bahawa alam sekeliling kita penuh sumber energi free yang melimpah tanpa batas?

Dan...... Lebih dari itu, telah tahukah anda bahawa energi free ini boleh kita 'tap', kita akses dan kita gunakan untuk membantu kita mencapai impian-impian dalam hidup?

Belum tahu?

Ok kalau begitu.

Teruskan membaca..........

Apa yang anda dan semua orang idam-idamkan dalam hidup anda?
.
.
.
Mengikut penelitian, kita manusia perlukan 4 perkara ini yang dikenali sebagai '4 Elemen Kebahagiaan'.

1. KESIHATAN

2. CINTA

3. KEKAYAAN

4. KESELAMATAN
.
.
.

Mari kita lihat satu persatu.

KESIHATAN adalah keperluan paling penting bagi kita. Tanpa kesihatan yang baik fizikal dan mental, maka apapun nikmat akan terasa kelat. Kata orang, "Health is Wealth".

Jika kita sihat, keperluan seterusnya yang kita inginkan adalah, CINTA. Kita perlukan cinta dari pasangan kita.

Kita juga perlu CINTA dari keluarga, kawan-kawan, lingkungan kerja dan masyarakat. Cinta itu menguatkan, menginspiraikan, memuliakan, dan membahagiakan. Jadi cinta itu suatu keperluan kan!

Keperluan seterusnya yang kita wajib ada adalah KEKAYAAN. Kaya itu subjektif bagi masing-masing orang. Setiap orang memaknai KEKAYAAN secara berbeza. Yang penting kita tahu adalah, berapapun jumlah yang kita perlukan, maka sumber alam semesta yang melimpah ini mencukupi untuk semua.

Kalau keperluan kita RM 1000 sebulan, sumber alam semesta cukup untuk kita.

Kalau keperluan kita RM 10 000 sebulan, pun sumber alam semesta cukup untuk kita.

Kalau keperluan kita RM 1 juta sebulan, masih juga sumber alam semesta cukup buat kita.

Yang penting, kita tahu untuk 'tap' energi free tanpa batas di sekeliling kita ini untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut.

Ok baik.... Keperluan terakhir setelah 3 di atas terpenuhi adalah, KESELAMATAN. Diri kita selamat, keluarga kita selamat, harta kita selamat, di mana pun kita berada sentiasa selamat sejahtera.

4 perkara di atas adalah elemen-elemen yang kita perlukan untuk BAHAGIA. Jika salah satu elemen di atas tiada, pastilah kita jauh dari kebahagiaan.

Sekarang....... Cuba tanya diri kita masing-masing, elemen manakah yang kita yang masih kurang? Kerana kekurangan pada 1 elemen di atas akan membuat kita kurang bahagia.
.
.

Adakah kita ada masalah kesihatan?

Adakah cinta kita bermasalah?

Adakah rezeki kita sempit?

Atau, adakah keselamatan kita selalu dalam ancaman? Hanya kita sendiri yang tahu jawapannya.
.
.

SEKARANG.........

Adakah ingin, atau sangat ingin mengubah keadaan anda?

Anda ingin dan sangat ingin memperbaiki elemen yang kurang pada hidup anda sehingga anda memperolehi kebahagiaan yang lengkap?

Anda mahu?

Sekali lagi..... Anda mahu?


"Yaaa.... Saya mahu! Saya sangat mahu!"

Anda pasti menjawab begitu.


"Tapi bagaimana??? Saya melihat jalan buntu. Saya melihat tiada harapan. Saya tiada bantuan, saya tiada modal. Tiada siapa yang boleh tolong saya".


Ok..... Saya faham. Sepanjang 15 tahun saya melakukan Aura Healing dan Training, alasan-alasan dan batasan-batasan begitu sudah sering saya dengar. Percaya tidak, halangan-halangan dan batasan-batasan itu hanya ada di minda, bukan di realiti!

Saya ingin memberitahu kepada anda dengan penuh sukacita, bahawa ada JALAN PENYELESAIANNYA!

Alam semesta menyediakan sumber-sumber yang kita perlukan untuk hidup lebih sihat, hubungan cinta yang baik, kekayaan yang mencukupi, dan keselamatan yang menjamin!

Bagaimana?

Iaitu dengan cara 'tap' dan manfaatkan ENERGI FREE ALAM SEMESTA ini!

Perhatikan ini baik-baik........
.
.
Energi alam semesta dari sungai, dibina empangan, dan dimanfaatkan sehingga kita boleh menikmati tenaga elektrik seperti hari ini.

Energi alam semesta dari matahari, dimanfaatkan untuk memenuhi berbagai keperluan penduduk bumi samada dalam keperluan rumah tangga atau keperluan industri.

Energi alam semesta dari angin, dari ombak, dari bumi, dan bermacam lagi bentuk energi murni alam semesta berjaya di 'tap' oleh manusia melalui peralatan teknologi yang membuat kita menikmati hidup serba canggih sekarang ini.
.
.
.
Anda pasti bertanya,

"Dengan teknologi apakah saya ingin 'tap' energi alam semesta free melimpah disekeliling saya ini, sedangkan kereta rosak pun saya perlu hantar ke bengkel. Ilmu saya kurang, modal saya apatah lagi!"

Opsss........

Sahabat, anda lupa sesuatu...... Anda memiliki sebuah teknologi super canggih yang tiada tandingan.


Iaitu SISTEM TUBUH dan MINDA anda!



Anda adalah ciptaan Tuhan yang TERBAIK!


Begitu banyak potensi diri anda yang anda belum tahu, belum teroka dan belum gunakan.

Sangat sayang kan?

Untuk mampu mengakses dan memanfaatkan energi alam semesta ini, anda hanya perlukan diri anda, dan ilmu ACUPINEOLOGY!
.
.
Apa bendanya ACUPINEOLOGY ni?

Mari saya ceritakan sedikit.............. Baca terus ya.

Acupineology adalah sebuah sistem ilmu yang mempelajari kaedah mengaktifkan 3 medan tenaga yang ada di badan manusia, untuk mengakses dan memancarkan energi semulajadi alam semesta yang dinamakan Iso-Bionic untuk menjana dan men-caj keinginan-keinginan dan impian-impian anda.
.
.
.
Medan Energi Umbrilical berada di pusat anda. Energi yang dijana dari medan ini berfungsi untuk menjana keperluan-keperluan abstrak anda seperti daya pengaruh, kuasa, kharisma, populariti, keselamatan dan sejenisnya.

Medan Pectoral di dada anda. Energi dari medan ini akan mengisi kekurangan yang ada di aspek material anda. Wang, rumah, kenderaan, dan semua jenis kebendaan. Anda mahu kebendaan yang melimpah? Aktifkan generator energi Pectoral anda!

Medan Psinic di kening anda, antara 2 alis. Energi dari medan ini akan mengisi keperluan-keperluan emosional anda, seperti cinta, kasih sayang, perhatian, keyakinan, keberanian dan sejenisnya. Frekuensi medan Psinic akan menjamin aliran energi yang mengarahkan anda ke arah jodoh dan cinta idaman anda.
.
.
.

Ilmu ACUPINEOLOGY juga mengajarkan cara mengakses frekuensi energi planet-planet yang sangat mudah melalui titik-titik di tapak tangan anda.

Misalnya Teknik Gerakan Jupiter, yang memfokuskan energi kekayaan, kelimpahan dan keberuntungan.

Atau Teknik Getaran Venus, yang memfokuskan energi cinta kasih planet Venus untuk mengisi kekosongan cinta atau masalah-masalah rumah tangga.

Mempelajari ilmu ACUPINEOLOGI adalah sebuah usaha secara METAFIZIK untuk mengisi kekurangan-kekurangan di 4 aspek hidup anda.

Anda PERLU belajar dan mempraktikkan ACUPINEOLOGY agar agar anda,


✔️Lebih sihat
.
✔️Lebih bahagia dalam hubungan cinta 
.
✔️Lebih melimpah dan makmur rezeki anda 
.
✔️ Lebih aman sejahtera sekeluarga 

.
.
Inilah yang bakal anda perolehi jika anda menguasai dan mengamalkan ilmu ACUPINEOLOGY!

TUNGGU DULU!

Bukan itu sahaja,

Ada lagi BONUS untuk anda, sempena awal tahun 2018 ini (promosi ini berakhir pada 31 Mac 2018)


✅ Free Ebook sensasi saya, "Mengungkap Rahsia Mata Ketiga", yang berharga RM 90. Anda peminat ilmu paranormal, yang suka Astral Travel, Terawangan, Lucid Dream? Maka ebook bonus ini buat anda!
.
✅ Free konsultasi bersama saya sepanjang hayat. Saya berpengalaman dalam bidang metafizik khasnya Aura Healing, Vibrasi, Frekunsi dan Sains Metafizik secara umumnya.
.
.
.
Anda boleh melihat testimoni-tesmoni para pelajar ACUPINEOLOGY saya di sini,



Ilmu ACUPINEOLOGY ini telah saya susun dengan sempurna di dalam sebuah ebook. Jadi anda tidak perlu membazir masa dan belanja datang bertemu dan belajar pada saya secara langsung.

Berapa pelaburan anda untuk mendapat ilmu ACUPINEOLOGY ini?


RM 90 sahaja!


Yaaaa.... Hanya RM 90!


Harga yang begitu murah berbanding dengan nilai ilmu rahsia ini.

Mahukah anda melaburkan RM 90 sahaja untuk anda memperolehi KESIHATAN yang lebih baik, CINTA yang indah, REZEKI yang melimpah, dan KESELAMATAN yang lebih terjamin?
.
.
.
NAK TAK?

Jika anda NAK,

Silakan hubungi HOTLINE di akhir post ini..
.
.
.
Sahabat yang baik hatinya, anda selalu berdoa memohon jalan dan petunjuk dari Tuhan agar diberikan jalan menuju bahagia.

Mungkin dan mungkin sahaja, informasi yang sedang anda baca ini adalah jalan dan petunjuk itu. Jika benar begitu, sangatlah sayang jika anda mengabaikannya begitu sahaja.

Bertindaklah segera.

Orang yang berjaya akan merebut peluang yang hadir di hadapan mata mereka. Jadilah orang berjaya itu sahabat!
.
.
.
Silakan hubungi HOTLINE di akhir post ini.

Saya pasti melayani anda dengan penuh hormat dan cinta.
.
.
.
Terima kasih untuk masa dan perhatian anda. Kita bertemu di tulisan ini, pasti ada hikmah indah disebaliknya.
.
.
.
Salam cinta tulus buat anda, sahabat-sahabatku yang baik hatinya.

Semoga jalan hidupmu semakin bahagia penuh rahmat 😊🙏


Loving You never ends.

... Love no Limit ...
.
.
.

~Master Umar Paranorms
Founder Qalam Ilahi Wellness Center
Owner Aura Rich Global.


Hotline : 0198926202

Wednesday 24 January 2018

MENGGANDAKAN ALIRAN REZEKI



MENGGANDAKAN ALIRAN REZEKI

Di dalam ilmu metafizik dan spiritual, Energi cinta kasih yang tulus adalah 'pengganda' energi.

Ertinya apapun energi yang ditambahkan dengan rasa cinta kasih sayang yang tulus, maka energi itu akan jadi kuat beranda-ganda.


Semuanya adalah energi. Ini hukum alam semesta. Rezeki pun energi. Wang, rumah, kereta, perhiasan indah, dan lain-lain material adalah bentuk energi rezeki yang sudah terzahir atau termaterialisasi menjadi objek fizikal.

Makanala kegembiraan, kebahagian, keselamatan, dan hal-hal positif yang abstrak adalah juga energi rezeki, namun masih dalam bentuk gelombang, tidak terzahir atau termaterialisasi menjadi bentuk objek fizikal.

Untuk menggandakan energi rezeki, kita perlu 'boost' dengan energi cinta kasih. Bagaimana? Iaitu dengan melatari niat kita dalam usaha, kerja atau bisnes dengan perasaan cinta kasih yang ingin berbuat kebaikan kepada sesama makhluk Tuhan.

Cara mudahnya adalah dengan mengucapkan niat atau afirmasi, atau doa seperti ini:

1. Ya Allah, lariskan jualan produk/kuih/kain ku ini agar aku boleh beli rumah untuk orang tua ku/anak-anak ku.

2. Ya Allah, datangkan berduyun orang membeli produk ku ini agar mereka mendapat banyak manfaat dari produk ini.

3. Ya Allah, naikkan pangkat ku agar gajiku bertambah biar aku boleh segera kumpul wang dan menikahi kekakasih hatiku agar aku boleh hidup lebih berkat dan teratur bersama isteriku.

4. Ya Allah, banyakkan orang join bisnes network ku agar semakin banyak orang boleh sama-sama menjana wang dan semuanya ikut senang dan bahagia bersama keluarga mereka masing-masing.

Lebih kurang begitu ayatnya. Kita boleh sesuaikan ikut agama, keyakinan dan keperluan kita. Intinya, jadikan niat kita ada rasa cinta kasih dan sayang yang menginginkan orang lain bahagia.

Buang semua motif egois dan selfish, yang orientasinya begini:

"Agar aku boleh shopping puas-puas"

"Agar orang sanjung aku yang banyak harta"

"Agar aku boleh beli ini beli itu"

Dan lain-lain sejenisnya......

Jom..... Kita bersama upgrade diri kita, daripada selfish kepada selfless, hiasi hati dengan cinta kasih tulus, agar kita kuat dan menguatkan, kaya dan mengkayakan.

Ego dan selfish itu kuat dipermukaan saja, namun sangat rapuh dan lemah di dalam.



~from Qi with Love

... Love no Limit ...

TANDA BENAR BERSYUKUR ADALAH DENGAN BERBAGI



Dalam kitab-kita suci, Tuhan berjanji bahawa kalau kita bersyukur maka nikmat-nikmat, dan kebaikan-kebaikanNya dalam berbagia bentuk akan ditambah.

Banyak antara kita mengadu.... Kenapa kita yang selalu bersyukur merasa tidak menjadi lebih lapang? Tidak menjadi lebih kaya? Tidak menjadi lebih bahagia?


Kalau disederhanakan, puncanya adalah kerana syukur kita masih di level energi. Iaitu hanya dengan mengucapkan "Alhamdulillah", atau cukup dengan ucapan "Terima kasih Tuhan". Bagi kita itu sudah cukup syarat bersyukur.

Ucapan atau rasa syukur kita masih di level energi, belum termaterialisasi ke bentuk fizikal. Sebab itu nikmat-nikmat dan kebaikan-kebaikan Tuhan untuk kita juga masih 'stay' di level energi, belum keluar termaterialisasi ke alam fizikal. Perlu 'ditarik keluar' ke alam fizikal.

Bagaimana solusinya?

Kita sederhanakan lagi... Iaitu dengan menzahirkan RASA SYUKUR dan UCAPAN SYUKUR itu menjadi PERBUATAN SYUKUR. Bagaimana? Iaitu dengan berbagi nikmat dan kebaikan kepada orang lain.

Kita berikan contoh, agar mudah diaplikasikan.

1. Kalau kita berniaga, sesekali kita bagi free postage, dengan niat berbagi sebagai tanda syukur.

2. Kalau beli sayur-sayur di pasar minggu, biasakan sikap 'keep the change' kepada pacik macik yang menjual tu kerana mereka menjual untuk beli beras, bukan untuk menabung. Niatkan itu berbagi sebagai tanda syukur.

3. Sesekali belanja kawan, sebagai tanda syukur. Sesekali ya. Kalau setiap kali, itu bukan bersyukur, itu boleh jadi terperangkap ke level perasaan 'berlagak' banyak duit.

4. Peruntukkan setiap bulan wang kepada ibu bapa, kepada keluarga yang memerlukan, atau kepada anak-anak yatim, dan fakir miskin. Niatkan sebagai tanda syukur.

Dan lain-lain.......

Point utamanya, berbagi sebagai tanda syukur itu sentiasa disertai dengan perasaan GEMBIRA ketika berbagi. Ketika berbagi namun tidak disertai dengan perasaan GEMBIRA, maka itu bukan tanda syukur. Itu TERPAKSA. Jangan juga memberi sambil berharap Tuhan bagi lebih banyak, itu level NAFSU dan TAMAK. Sangat rendah energinya.

Memberilah dengan rasa GEMBIRA, sebagai tanda terima kasih. Begitu jew!

Jom.... Kita upgrade syukur kita. Dari rasa dan ucapakan syukur, kepada perbuatan syukur, iaitu dengan berbagi dengan rasa gembira sukacita.

Nikmat-nikmat dan kebaikan-kebaikanNya pasti bertambah berganda-ganda.


~ from Qi with Love

... Love no Limit ...

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...