Your Magic Blog: July 2012

Tuesday, 31 July 2012

Mata Ke Tiga


Salam kedamaian untuk anda para pembaca budiman :).

Beberapa hari lepas saya update blog ini. Pada butang kursus di atas saya offer pembukaan mata ke 3. Jadi ada beberapa pembaca yang menghubungi saya bertanya tentang mata ke 3. So pada entry kali ini saya ingin berbagi kepada anda semua tentang apa itu mata ke 3.

Rajah 1: Gambaran mata ke 3

Rajah di atas menunjukkan lokasi mata ke 3 manusia. Namun bentuknya tidaklah begitu seperti mata fizikal. Mata ke 3 adalah bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penglihatan lain selain daripada penglihatan kedua mata fizikal kita. Jika anda rajin mengkaji samada di online atau offline, anda akan sering mendengar atau membaca tentang istilah-istilah mata ke 3, mata ghaib, penglihatan batin, mata hati, daya tembus pandang serta macam-macam lagi istilah. Ada yang jadi bingung, apa bendanya semua tu?

Ok mari kita belah dan bedah pelan-pelan. Di dalam diri kita ada sebuah 'kesedaran'. Kesedaran ini adalah 'Aku' anda. Sang Aku inilah yang sedar akan segalanya. Terlalu dalam kalau mau di kupas, boleh-boleh kita termasuk pula ke bahasan ilmu-ilmu hakikat. So saya simple kan dengan istilah minda. Lebih mudah difahami. Minda kita adalah satu fasiliti, satu kebolehan yang sangat luarrrr biasa. Minda inilah yang menjadi alasan kenapa kita diiktiraf oleh Tuhan sebagai 'sebaik-baik' ciptaan. Pada minda ini ada kebolehan untuk melihat secara batin menyasikan perkara-perkara ghaib atau istilah modennya metafizik.

Minda 'melihat' keluar dari diri kita melalui 3 'kaca mata'. Kaca mata pertama adalah yang dikenali sebagai cakra solar plexus di dalam disiplin ilmu aura, iaitu titik tenaga yang terletak di sekitar ulu hati. Apabila minda 'melihat' melalui kaca mata ini, aktiviti minda ini dikenali sebagi Komunikasi Naluri. Gelombang minda anda memancar melalui wilayah ini, dan menjadi satu keupayaan untuk berinteraksi dengan gelombang di sekeliling anda.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tiba-tiba merasa tidak sedap hati, perut tiba-tiba rasa senak dan memulas? Kemudian tiba-tiba anda mengalami peristiwa buruk, atau anda mendapat panggilan telefon mengatakan ada berita buruk menimpa keluarga anda? Ramai yang pernah mengalami perkara ini. Atau anda sedang jalan-jalan di mana-mana, lalu tiba-tiba anda merasa diikuti, lalu anda menoleh ke belakang tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Lalu anda merasa berdebar-debar dan jadi takut dan semakin takut. Ini pun sering anda alami. Ini adalah petanda bahawa anda gelombang minda anda sedang 'berkomunikasi' dengan gelombang dari luar. Anda tidak tahu apa bendanya, tapi anda 'merasakan' bahawa 'ada sesuatu'.

Ada ramai pesakit yang saya jumpa, terutama perempuan yang kerap sendawa bila terjumpa orang-orang yang 'bawa jin'. Atau sedang berada di kawasan-kawasan yang 'berpenghuni' samada penghuni bentuk jin atau penghuni berbentuk gelombang buatan manusia ( ilmu ghaib ). Sendawa itu adalah satu 'signal' kepada mereka bahawa gelombang mindanya yang memancar dari solax plexus sedang berinteraksi dengan satu gelombang 'aneh' dari luar. 'Aneh' itu maknanya ada jin, saka, dan sejenisnya, atau ada 'ilmu buatan' di situ. Lalu keanehan itu diterjemahkan oleh tubuh melalui sendawa yang menyakitkan, bulu roma meremang serta dada berdebar-debar. Penglihatan melalui kaca mata ini tidak memperihatkan imej, hanya ada 'rasa' tentang kehadiraran 'sesuatu'. Jadi bila anda berkata, " Saya rasa begini...Saya rasa begitu... " maka anda sebenarnya sedang menggunakan fasiliti ini.

Apabila kemampuan spiritual anda meningkat, minda anda akan mula melihat melalui 'kaca mata' kedua yang lebih canggih iaitu cakra kerongkong, titik tenaga yang berada pada kerongkong anda. Disini gelombang yang anda pancarkan keluar adalah lebih halus lagi dan imej-imej mula muncul di layar minda anda walaupun masih agak kabur-kabur namun sudah boleh menjadi petunjuk. Pada tahap ini juga imajinasi buatan anda masih boleh mempengaruhi imej-imej yang anda nampak. Aktiviti minda ini dikenali sebagai Komunikasi Mental.

'Kaca Mata' paling canggih adalah apabila minda anda mula melihat melalui cakra ajna, iaitu titik tenaga yang berada di tengah kening, antara kedua alis. Di sini gelombang yang dipancarkan oleh minda sudah begitu halus sehingga mampu berkomunikasi dengan 'sumber-sumber' yang jauh lebih halus dan tinggi di alam ghaib atau metafizik. Aktiviti minda di sini dikenali sebagai Komunikasi Intuisi. Pada tahap inilh selalunya muncul intuisi atau ilham-ilham yang begitu jelas dan berkualiti. Getaran ini sudah berada jauh dari alam jin dan sekutunya sehingga sangat 'sedikit' kemungkinan berlaku ' transmission interuptions' yang boleh mengganggu penglihatan anda. Inilah yang sebenarnya Mata Ke 3.

Anda pasti pernah mengalami keadaan di mana anda mendapat ilham yang tiba-tiba datang entah dari mana, seolah dicampak dari atas langit saja rasanya. Ilham yang begitu jelas dan terang dan menimbulkan keyakinan yang begitu besar di hati anda. Ini hanya berlaku ketika jiwa anda sedang bebas daripada kongkongan fikiran dan emosi. Ketika sedang rileks, ketika selesai latihan rohani dan lain-lainnya. Sebab itu berhati-hatilah dengan dengan orang-orang yang rajin latihan rohani ( meditasi, zikir, solat, dll ) kerana 'mata hati' mereka begitu tajam. So mungkin sudah agak jelas sekarang, perbezaan 3 'kaca mata' ini.

Bagi anda yang sudah belajar macam-macam ilmu membuka mata ke 3, mudah-mudahan artikel ini boleh membantu kemajuan anda. Bezakan antara MEMBAYANG dan TERBAYANG. MEMBAYANG adalah masih pada tahap Komunikasi Mental manakala TERBAYANG adalah Komunikasi Intuisi, iaitu Mata Ke 3 yang sebenarnya. MEMBAYANG adalah aktif, sedangkan TERBAYANG adalah pasif. Jauh bezanya.

Ada juga yang bertanya, " Tuan master, kalau saya buka mk3 ni ada risiko kena gangguan makhluk halus ka? Saya jadi takut kalau dengan membuka mk3 ni saya akan selalu tengok hantu di mana-mana ". Waduh pak, rumit juga mau jelaskan. Tapi saya cuba juga. Ok... Memang ada segelintir orang yang mendakwa sering melihat makhluk halus, jin, hantu dan yang seangkatan dengan beliau. Namun ingin saya jelaskan melalui pengalaman saya berjumpa dan menangani langsung pesakit-pesakit sebegini, bahawa kebanyakan mereka dipengaruhi oleh imajinasi. Maklumlah budaya kita sangat kaya dengan cerita-cerita begini malah siap difilemkan lagi. Ada yang benar-benar nampak, namun lebih banyak lagi yang hanya imajinasi. Jenis komunikasi intuisi dan mental. Kadang benar-benar nampak, kadang cuma khayalan semata. 

Kes-kes begini sebenarnya mengalami 'kebocoran energy' di mana gelombang mindanya tidak berhenti memancar samada dari solar plexus atau kerongkong. Sebab itu 'rasa' dan imajinasinya sentiasa aktif lalu terlihatlah bayangan-banyangan buruk di mana-mana. Kalau ini kesan daripada belajar ilmu-ilmu ghaib bermakna sistemnya ajarannya ada yang kurang betul atau ada yang tercicir. Jadi kita boleh kata itu bukanlah sebenarnya Mk3, kalau pun Mk3 yang masih di level rendah. Mk3 yang sebenar kalau aktif membuat kita boleh mengakses 'sumber-sumber' tinggi sehingga kita boleh menangkap gelombang-gelombang yang sangat halus yang penuh dengan mutiara-mutiara hikmah.

Tanda utama terbukanya cakra ajna adalah anda jadi lebih bijaksana, penuh pertimbangan dalam apa juga tindakan. Anda sudah tidak tertarik dengan alam-alam ghaib rendah, anda lebih suka mengakses alam-alam tinggi seperti alam-alam ketuhanan untuk menyuburkan pertumbuhan rohani anda. Sedangkan tanda-tanda anda masih berada di Komunikasi Naluri dan Mental, anda suka dengan alam-alam ghaib eterik dan astral di mana bediamnya frekuensi jin dan sebangsa beliau. Fikiran dan emosi mudah kalut, sebab alam ini juga dishare oleh gelombang fikiran dan emosi. 

Ok, rasanya sampai sini dulu cerita kita. Adapun pembukaan Mk3 yang saya tawarkan pada kali ini ada 2 langkah iaitu:

1. Pembukaan dan pembersihan Cakra Ajna melalui transfer energy jarak jauh, tidak kisah dimana pun anda. Prosesnya mengambil masa selama 20-30 min.

2. Tuning ke frekuensi yang benar. Untuk tahap ini, anda perlu telefon saya agar saya boleh membimbing anda secara terus.

***Biasanya kalau saya bercerita tentang mk3 ni akan banyak yang bertanya dan tidak kurang yang ingin menguji. So bagi yang ingin menguji, mohon maaf banyak-banyak sebelum anda bertanya dengan niat menguji, jawapan saya hanya 'SAYA TIDAK TAHU'. Bagi yang ikhlas insyaAllah saya bersedia berbagi rezeki ilmu dan kefahaman yang Allah berikan pada saya :)

Itu saja dulu. Selamat menjalani ibadah ramadan. Semoga anda sentiasa berbahagia.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


Sunday, 29 July 2012

Perjuangan Menuju DIRI Sejati


 


DIRI manusia memiliki 1 tubuh fizikal dan  7 lapisan tubuh energy yang masing-masing dijana oleh 7 jenis cakra ( seperti rajah di atas ). Pada mulanya ‘DIRI’ kita hanyalah satu wujud yang sangat luas ( ruh ) dengan potensi yang juga sangat tinggi. Kemudian ruh ini disarung ke tubuh-tubuh energy bermula dari lapisan tubuh paling halus yang dikenali sebagai causal body pada rajah di atas. Kemudian disarung lagi dengan lapisan kedua iaitu Celestial Body yang lebih padat dan kasar daripada lapisan pertama. Begitu seterusnya sehinggalah pakaian akhirnya iaitu tubuh fizikal kita dan jadilah sesosok peribadi manusia yang lengkap.

* Rajah di atas adalah daripada disiplin ilmu aura, bahasanya tidak islamik namun ia tetaplah juga ilmu Allah. Rujukan islamik yang selaras dengan ini boleh kita jumpa jika kita rajin membelek buku-buka tasauf yang mendalam. Oleh itu bukalah fikiran seluasnya kerana ilmu Allah itu begitu luasnya, tak terbatas oleh bahasa dan budaya kerana semua bahasa dan semua budaya adalah dariNya juga :)

Potensi Sang Diri semakin dibatasi mengikut lapisan pakaiannya. Setiap tubuh mengikat DIRI dengan ikatan-ikatan ghaib sehinggalah Sang DIRI semakin terhad kemampuannya. Oleh itu, anggapan atau persepsi kita terhadap diri kita sekarang ini bukanlah sebuah hakikat. Kerana ‘aku’ kita sekarang ini adalah ‘keakuan’ berdasarkan lapisan tubuh kita, dan bukanlah ‘keakuan’ bagi DIRI yang sejati. Umpama seorang Raja, dipakaikan pakaian Menteri, lalu Baginda berkata “ Oh, aku adalah seorang menteri”. Lalu dilapis lagi dengan pakaian panglima, lalu Baginda berkata, “ Oh, aku adalah seorang panglima “. Sehinggalah Baginda dipakaikan dengan pakaian seorang hamba abdi, iaitu hierarki paling rendah dalam masyarakat, lalu Baginda pun berkata, “ Oh, aku ini adalah seorang hamba”. Kehidupan Baginda kini adalah mengikut anggapan atau persepsi fikirannya. Baginda hidup seperti hamba abdi, berpakaian dengan pakaian hamba abdi, makan dengan makanan hamba abdi, dan semuanya mengikut kasta kesedaran dirinya yang terkini. Pada hakikatnya, Baginda adalah seorang Raja, namun pakaiannya menjadi mental blocking atau hijab bagi kesedarannya, sehingga Baginda menganggap dirinya sebagai hamba abdi lalu hidup sebagaiman seorang hamba abdi. Seandainya, Baginda melepaskan pakaian-pakaian yang menghadkan kesedaran dirinya ini, maka Baginda akan kembali memiliki kesedaran seorang Raja dan memiliki semua keistimewaan seorang Raja. Sebab itu ada ungkapan, ‘ You are what you think You are’.

Sekarang kesedaan DIRI kita sedang terikat dan terbatas pada tubuh fizikal. Maka disini kesedaran kita adakah terbatas pada persepsi tubuh fizikal ini. Apabila kita berkata ‘aku’ maka kita menganggap diri kita adalah Si Abu, Si Ali, Si Najib, Si Karim dan banyak lagi peribadi-peribadi. Kita menganggap bahawa inilah ‘aku’ dan inilah kemampuan diriku. Padahal hakikatnya itu cumalah ‘aku’ berdasarkan lapisan tubuh, bukan AKU yang sejati. Apabila anda bermujahadah melatih rohani, ‘aku’ anda akan berubah lagi dan potensi andapun akan semakin meningkat kerana kesedaan anda semakin naik ke lapisan tubuh yang lebih tinggi. Umpama Sang Raja dalam perumpamaan di atas tadi. Jika dia melepaskan pakaian hamba abdi yang menutup dirinya, akan terlihatlah pakaian Panglima pada dirinya. Oleh itu kemampuannya sudah meningkat daripada hamba abdi kepada kemampuan seorang panglima. Setiap pakaian atau maqam ada potensinya. Semakin tinggi maqam maka semakin terbuka potensi sang DIRI. Kemampuan merawat, mata ketiga, pendengaran batin, meraga sukma, dan lain-lain kemampuan supernatural adalah kemampuan-kemampuan yang akan anda perolehi ketika anda bermujahadah menaiki tangga-tangga spiritual, melepas hijab-hijab DIRI anda. Itu pasti kerana semua itu adalah potensi-potensi semulajadi DIRI anda yang sejati.

Sama dengan setiap kita, semua lapisan tubuh ini, daripada lapisan paling halus ke lapisan paling kasar dan padat iaitu tubuh fizikal, hanyalah PAKAIAN bagi DIRI, dan bukanlah DIRI yang sebenar. Namun sudah menjadi ketentuan Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana, bahawa lapisan-lapisan tubuh ini menjadi hijab/pelindung kesedaran kita dan merupakan ujian bagi kehidupan kita di dunia ini. Tugas kita didunia ini adalah berjuang/mujahadah untuk melepaskan pakaian-pakaian ini sehingalah kita dapat meraih kembali kesedaran sejati kita. Perjuangan atau mujahadah inilah yang kita kenali dengan istilah ‘ibadat’. Dengan demikian, matalamat ibadat bukanlah untuk mendapatkan pahala dan meraih syurga namun untuk melepaskan pakaian-pakain yang menghijab potensi sejati sang DIRI. Pahala-pahala hanyalah untuk memotivasikan kita agar semakin kuat dan rajin beribadat, dengan harapan semoga dengan kerajinan ini memungkinkan kita untuk melepaskan pakaian-pakaian tubuh yang menghijab kesedaran Sang DIRI.

Jika dalam ibadat, kita masih mengharapkan pahala dan syurga maka, matlamat ibadah masih belum sepenuhnya kita dapat raih. Panduan untuk perkara ini diabadikan di dalam Kalam Suci sebagai berikut :

Wamayyarju liqa’arobbihi fal ya’mal ‘amalan solihawwala yusyrik bi’ibadati robbihi ahada.

Ertinya:
Barangsiapa yang ingin menemui tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun juga
Surah Al-Kahfi : 110

Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat, manakala matlamat ibadat adalah untuk ‘menemui tuhan’. Sedangkan untuk ‘menemui tuhan’ harus dengan DIRI sejati iaitu Ruh kita kerana dimensi ketuhanan yang maha suci begitu tinggi dan halus dan hanya dapat dimasuki oleh ruh yang merupakan bahagian daripada esensi atau zat ketuhanan. Tidak akan terjadi ‘pertemuan dengan tuhan’ jika sang DIRI masih lagi dibelenggu oleh ‘pakaian-pakaiannya’. Dalam ibadat itu pula syaratnya haruslah ‘tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun juga’. Jika dalam ibadat kita masih ingin pahala dan syurga, maka itu adalah ‘syirik’ yang halus atau syirik kahfi dan dengan itu syarat untuk ‘bertemu tuhan’ tidak terpenuhi.

Singkat kata, dalam ibadah haruslah ikhlas benar-benar Lillahita’ala, bukan ‘Lilpahala’ atau ‘Lilsyurga’.

Semoga Ramadan barokah ini semakin membuka ruang kesedaran kita, meningkatkan maqam rohani kita sehingga kita semakin mengenali diri dan memanfaatkan pengenalan diri ini untuk manfaat kehidupan kita pada semua aspek.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...