Your Magic Blog: June 2016

Thursday 23 June 2016

Aura Engineering : Quantum Money Healing


Salam damai buat semua pembaca budiman :)


Tulisan kali ini masih berkenaan Aura Engineering, tapi ke arah yang lebih 'deep iaitu Quantum Money Healing.

Quantum Money Healing? Saja bagi nama begini, merujuk kepada healing yang memfokuskan kepada masalah-masalah kewangan.




Wang adalah keperluan yang begitu penting sekarang ini. Setinggi manapun tahap kealiman dan kewarakan anda, wang tetap menjadi keperluan yang sangat mustahak, berikutan sistem dunia sejagat yang sudah diatur secara sepakat oleh seluruh negara untuk menjadikan wang sebagai alat pertukaran antarabangsa. Makanya topik berkenaan wang adalah topik yang sentiasa 'hot' dan menarik untuk diketahui apalagi jika ada teknik-teknik khas dan mudah sebagai solusi kewangan yang akan kita pelajari

Bagaimana melakukannya?

Ok..... Teorinya begini.

Alam ini ada 7 dimensi. Kita namakan alam besar ini sebagai Makro Kosmos. Di dalam diri kita manusia, 7 dimensi Makro Kosmos ini digambarkan atau diwakilkan oleh 7 cakra di sistem energi kita. Diri kecil kita yang mewakili alam semesta yang besar ini kita namakan sebagai Mikro Kosmos. Jadi.... Makro Kosmos tergambar di dalam Mikro Kosmos. Sebab itu kata orang tua-tua, siapa mengenal diri dia mengenal alam. Siapa mengenal alam di mengenal pencipta alam, yang mana kita namakan pula sebagai Meta Kosmos.

7 cakra ini masing-masing menjadi 'gerbang' yang mengawal aliran kekayaan, kemakmuran dan kelimpahan dari Makro Kosmos masuk ke Mikro Kosmos.

Gerbang pertama adalah Cakra Dasar. Cakra ini lokasinya di hujung utlang ekor. Pancaran auranya berwarna merah. Ia mengawal unsur tanah yang merupakan salah satu unsur utama penciptaan kita sebagai manusia.

Unsur tanah adalah unsur yang menjadi keseluruhan aspek material yang ada di bumi ini. Bumi adalah Makro Kosmos kepada Cakra Dasar pada diri manusia. Bumi dan semua isinya adalah kekayaan material yang tanpa batas. Semua kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh manusia selama ini adalah hasil dari Bumi. Emas dan segala mineral, minyak, hasil tumbuhan, haiwan, sumber daya manusia, bahkan segala elemen udara, air dan api adalah unsur kekayaan dari Bumi. Sedarilah betapa kayanya Bumi ini!

Kalau anda telah tahu, mengikut hukum Fizik Quantum, segalanya adalah energi. Everything is energi!. Semua kekayaan tidak terbatas yang ada di bumi ini adalah energi murni yang bebas untuk di akses pada bila-bila masa bagi mereka-mereka yang mengetahui rahsianya.




Inilah rahsia menjadi Money Magnet.

So..... Untuk menjadi 'money magnet', perkara pertama yang harus kita lakukan adalah membersihkan Cakra Dasar kita dan menghubungkannya dengan Energi Bumi agar terjadi pusingan energi yang sentiasa lancar dan berterusan antara Energi Bumi dan dan Cakra Dasar. 

Kemiskinan dan kesempitan rezeki adalah akibat terjadinya 'blocking' energi antara Energi Bumi kuning keemasan dengan Cakra Dasar anda. Secara semulajadi sejak lahir, hubungan keduanya baik dan lancar namun seiring pertambahan usia kita, aliran energi ini menjadi semakin kecil dan akhirnya tersumbat kerana faktor 'limiting belief' atau kepercayaan-kepercayaan sempit yang kita pelihara di mental kita.

Apa tanda-tanda aliran energi ini tersumbat? Sangat mudah untuk mengesannya. Di level mental kita, selalu merasa tidak cukup, gusar dengan kekurangan wang. Setiap kali simpanan wang kita berkurang, kita akan merasa susah hati. Setiap kali kita berbelanja, kita gusar kerana merasa wang itu akan susah untuk diganti dengan wang baru. Kita merasa tidak selamat dengan keadaan ekonomi dunia. Kita merasa takut dan terancam dengan kekurangan wang. Inilah tanda-tanda Cakra Dasar kita sedang tersumbat daripada menerima aliran energi kemakmuran, kelimpahan dan kekayaan dari Bumi.

Periksa perasaan anda. Adakah anda merasakan perasaan-perasaan di atas? Kalau ya, anda harus mengatasinya dengan kadar segera!

Bagaimana dengan amalan-amalan kerezekian yang lain seperti doa-doa, solat sunat Dhuha, Tahajjud, amalan ayat Seribu Dinar, dan sebagainya, adakah ini membanu? Kalau yang apa kaitannya dengan kebenaran di atas?

Saya jawab........ YAA! 

Semua amalan kerezekian seperti yang anda ketahui itu adalah usaha bekerja di arena energi, memperbaiki aliran energi antara Cakra Dasar dan Energi Bumi. Amalan-amalan memberikan kesan kepada 'feeling' tertentu, dan 'feeling' ini terhubung dengan sistem energi kita. Maka pastikan setiap amalan-amalan anda memberikan anda 'feeling' yang benar dan berkaitan dengan energi yang sedang anda usahakan, dalam hal ini kita merujuk kepada energi kemakmuran, kelimpahan dan kekayaan.

Sebabnya, memperbaiki aliran energi, kesan pertama adalah perubahan pada 'feeling'  dan 'belief system' kita yang mana kemudian perubahan di level halus ini akan merebak pula ke level yang lebih rendah dan kasar iaitu, level material, levle, benda-benda.

Mengubah Energi > Mengubah Feeling > Mengubah Keadaan Material/Fizikal.

Ingat selalu, FEELING anda adalah kunci paling mudah untuk anda mengesan keadaan energi anda.

Kalau saya secara peribadi, saya suka bekerja secara langsung di alam energi, alam frekuensi, alam aura yang warna-warni. Bekerja dengan Energi Bumi, energi cakra-cakra, Energi Ilahi, Kundalini, dan lain-lain sebagainya adalah pengalaman spiritual yang sangat menakjubkan.

Bagaimana melakukan Quantum Money Healing?

Baik... Bagi anda yang telah belajar apapa sistem mengolah energi, ia mudah bagi anda. 
Untuk cakra dasar begini cara kerjanya:

1. Duduk dengan rileks. Sebaiknya duduk di kerusi, tapak kaki menghadap ke bumi. Tapak tangan letak di atas paha dengan takap tangan membuka ke atas.

2. Kendurkan semua otot. Bernafas dengan dalam dalam, panjang dan tenang. Lakukan SRP. Anda yang belum pernah mengikuti mana-mana kelas saya mungkin tidak tahu apa itu SRP. SRP stands for Senyum, Rileks, Pasrah. Anda bebas untuk membaca apa juga jenis doa versi anda.

3. Niat "Saya niat terhubung dengan Inti Bumi". Tetap SRP, ciptakan satu 'tunnel' energi putih melalui imajinasi anda yang menghubungkan Cakra Dasar anda dengan Teras Bumi.

4. Jika sudah, afirmasikan niat ini, "Saya niat membumikan semua energi negatif yang menyumbat dan mengotori Cakra Dasar saya secara sempurna. Terjadilah. Lalu biarkan prosesnya terjadi 3-5 minit atau selama yang hati anda merasa nyaman. Anda akan merasakan sensasi-sensasi energi di sekitar pinggang, kaki, atau sekujur badan. Santai saja. Tetap SRP.

5. Lalu lakukan afirmasi ini, "Saya niat terhubung dengan Energi Bumi yang mengandungi kemakmuran, kelimpahan dan kekayaan tanpa batas. Terjadilah". Kemudian imajinasikan energi kuning emas yang menyelumui seluruh Bumi secara perlahan naik dan masuk melalui tapak kaki anda, terus naik dan berkumpul di cakra dasar anda. Kemudian energi kuning emas itu turun melalui 'tunnel' energi yang anda ciptakan tadi, masuk semula ke medan tenaga bumi lalu naik balik melaui tapak kaki anda, berkumpul di Cakra Dasar, turun ke Bumi dan seterusnya. Biarkan energi ini terus mengalir berputar tanpa henti.

6. Selesai. Ucapkan terima kasih kepada Bumi yang memberikan anda energinya dan syukur kepada Tuhan yang membimbing anda.


Anda sangat mungkin akan mengalami sensasi-sensasi energi yang beragam. Itu normal. Tetaplah bersikap SRP. Jika anda merasa demam selepas sehari atau dua hari melakukannya, itu pun normal, ia adalah proses 'cleansing' yang terjadi kepada sistem energi anda.

Cubalah, amalkan dengan konsisten. Perhatikan perubahan perasaan anda dari hari ke hari. Itu adalah cara anda menilai kemajuan yang terjadi di level energi anda. Ingat selalu, perubahan energi akan diikuti dengan perubahan pada perasaan anda, lalu merebak ke perubahan keadaan kewangan anda,

Bagi anda yang memerlukan konsultasi dan sesi Quantum Money Healing yang lengkap pada keseluruhan 7 Cakra anda, silakan hubungi saya. Sesi healing ini boleh dilakukan secara face to face mahupun jarak jauh.

Bongkarlah kesemua potensi di 7 cakra anda sehingga anda benar-benar menjadi complete Money Magnet!

Bagi anda yang suka membaca dan menggali ilmu-ilmu metafizik melalui ebook, di sini link ebook-ebook saya, MY EBOOKS.

Semoga sharing ini bermanfaat untuk anda dan seisi alam.

Salam cinta tanpa batas.

~ From Qi with Love

Thursday 9 June 2016

AURA ENGINEERING 2 (Energy, Frekuensi dan gelombang batu mulia)


Dikatakan bahawa keajaiban dan khasiat batu-batu mulia (Gelaran nusantara bagi batu cincin, seperti akik dan kristal) ini datangnya dari kebolehan mineral semulajadi ini "Memperkuatkan" tenaga dan gelombang elektro-biomagnetik pada tubuh, mental dan emosi manusia.
Pada zaman dahulu kala, ketika tahap pengetahuan nenek moyang kita belum mencapai teknologi moden dan kurangnya istilah "Saintifik" mengenai benda mistik, maka keajaiban dan khasiat batu ini dilapis dengan nama "Pengisian" yang berkonsepkan khadam pelindung.
Kini, setelah berkembangnya pengetahuan mengenai sains, apalagi yang membabitkan kuantum fizik, dan digabung bersama dengan metafizik, maka terbongkarlah rahsia sebenar darimana datangnya "Kekuatan dan keajaiban" batu-batu ini.
"Semua kuasa berasal daripada Allah, Tuhan semesta Alam". Memang benar, tidak disangkal sama sekali. Namun berselindung pada ayat tersebut menggunakannya sebagai alasan untuk kekal jumud dan nyaman di dalam zon "Kebodohan" hingga malas mahu berfikir, tanpa mahu mengkaji dan melihat sendiri bagaimana "Kuasa Allah" itu bergerak, bukanlah sifat mulia yang harus dipelihara.
Melalui kaedah AURA ENGINEERING, kami masih menggunakan batu mulia sebagai konduit untuk menjadi "penyalur dan pembangkit" tenaga yang tersimpan dalamnya, namun membuang kaedah pengisian khadam ghaib di dalamnya.
Terserah kepada anda untuk menilai dan mempercayainya. Dan kami berurusan dengan orang yang serius benar-benar mahu meningkatkan kualiti hidupnya dengan izin Allah juga.
Batu mulia, mempunyai kelebihan untuk "menyimpan dan menyerap" energy yang telah diprogramkan dengan fikiran, doa, dan tenaga positif. Bergantung pada kekuatan intensi yang diberikan padanya, tenaga ini boleh menahan atau hilang sekelip mata jika tidak dikunci.
Tenaga dari kristal ini, jika dipadu, diselaraskan, dan dikunci pada gelombang frekuensi si pemiliknya akan harmoni dan menimbulkan reaksi kimiawi terhadap sistem hormon tubuh dan emosi.
Berikut adalah batu mulia yang ada di dalam simpanan kami, sedia untuk dipadankan kepada pemiliknya yang berminat melalui aura engineering. Bismillah.

BATU PANCAWARNA
Mahar: RM450
Terdiri dalam keluarga Akik (Agate), batu unik ini mempunyai kelebihan seperti berikut. Membangkitkan Aura wibawa, karismatik, kejayaan dan kemakmuran. Seperti warnanya, merah kekuning-kuningan, ia membantu memperkuatkan cakra Dasar, cakra Seks, dan cakra Pusat.
Sesuai dipakai oleh mereka yang memegang jawatan dalam perusahaan, atau perawat alternatif dalam rawatan, kerana ia memfokus tenaga dalam (Chi, inner force, Qigong) dalam badan.

MOLDAVITE (Batu Meteor)
Mahar: RM770
Batu ini dikatakan berasal dari serpihan meteor yang berusia 6000 tahun. Ia mempunyai getaran bio-magnetik yang tinggi dan sesuai dipakai untuk membantu menguatkan penyaluran bio-elektrik pada nadi tubuh. 
Kerana ia berasal dari "Kayangan", :) ia mempunyai nilai mistik yang sangat tinggi dan sesuai digunakan oleh mereka yang gemar melakukan terawangan, meragasukma, astral travel, dan lucid dream. Ia juga membantu mempercepatkan proses penyeimbangan cakra atas, iaitu cakra leher, ajna, dan mahkota.
Sesuai dipakai oleh mereka yang rajin melakukan rawatan jarak jauh, atau berurusan dengan penyakit mistik yang melibatkan jin, saka dan hantu.

BATU TAPAK SULAIMAN
Mahar: RM350
Juga terdiri dalam keluarga akik (Agate), batu ini dipercayai membawa energy spiritual. Ia juga dikatakan membantu menambahkan kasih sayang rumahtangga dan pasangan. Batu ini sesuai diguna bagi mereka yang mempunyai perusahaan yang membabitkan keluarga, atau mereka yang mempunyai gerai dan restoran sebagai sarana untuk menarik rezeki.
Ia dikatakan membangkitkan potensi otak dalam berfikir secara kreatif untuk meraih keberuntungan dalam perusahaan yang dijalankan. Batu ini memfokus energy pada cakra pusat, dengan booster dari warna putihnya sebagai penguat seluruh spektrum warna.

BATU BADAR BESI
Mahar: RM450
Biasanya berwarna hitam. Batu ini dikatakan mampu meneutralkan serangan sihir yang merosakkan dari terkena pemakainya. Kerana sihir adalah proses penguraian energy pada organ tubuh yang diserangnya, maka batu ini secara metafiziknya mempunyai kelebihan untuk menguatkan jaringan tenaga dalam tubuh.
Umumnya ia dikatakan mampu melindungi seseorang dari niat jahat. Menghilangkan rasa gelisah, dan membuatkan suara anda didengari dan diberi perhatian. Warna hitamnya bertindak sebagai elemen yang akan menumpukan getaran aura dan elektromagnetik tubuh, bagi tujuan dinding diri.

YELLOW JASPER
Mahar: RM450
Batu ini menambahkan keyakinan dan mengelakkan pemakainya dari merasa malu yang berlebihan. Ia juga mempunyai elemen perlindungan dari sumpahan dan fitnah. Sesuai dipakai oleh mereka yang sering menjadi bahan ejekan dan mangsa buli.
Ia bertindak sebagai penstabil emosi, memperbaiki masalah yang melibatkan perut, dan memperkuat cakra pusat. Terkadang, ia juga menguatkan intuisi dan mengelakkan seseorang dari ditipu dan mengalami kerugian.

BATU AKIK LUMUT
Mahar: RM450
Batu yang mempunyai corak seperti ditumbuhi lumut ini dikatakan mempunyai khasiat yang bagus untuk mempercepatkan proses rawatan dalam tubuh. Ia juga dikatakan mampu memberikan rasa tenang dan damai pada pemiliknya.
Batu ini membantu menguatkan cakra jantung, yang menjadi kunci kepada penyaluran cinta kasih kepada semua makhluk. Ia membuatkan orang merasa senang dengan kehadiran anda disisi mereka, dan mudah menarik perhatian orang ketika berada dalam majlis.


BATU JARUM EMAS / JARUM HITAM 
Mahar: RM450
Terdiri dalam keluarga Quartz, batu ini mempunyai lapisan mineral yang menimbulkan corak seakan-akan terdapat jarum dalamnya. Dipercayai mempunyai kekuatan mistik yang kuat, elemen warna putih dan kuningnya saja sudah cukup untuk membangkitkan aura kekayaan dan kelancaran rezeki.
Dahulu, para guru yang mengajarkan ilmu persilatan, akan "mengimplant" memori gerak langkah ilmu persilatan mereka dalam batu ini, dan boleh diwarisi oleh murid tertentu yang sudah diprogram keserasiannya.
Batu ini bertindak dengan mengkonsentrasi aliran tenaga chi dalam tubuh, jika dipakai oleh pengamal ilmu pertahanan diri, akan menjadikan pukulannya berbisa. 

CITRINE
Mahar: RM250
Batu ini digelarkan juga oleh penjual kedai kristal sebagai "Batu kesuksesan", bukan saja kerana kerana warna kuning / oren nya membantu meningkatkan tenaga kepada cakra pusat dan seks, ia juga menarik rezeki kepada pemakainya.
Ia mampu menangkis energy negatif dalam kawasan kedai dan perusahaan. Ia juga meningkatkan tenaga dalam meneruskan daya juang hidup, dan meningkatkan keyakinan diri.
Ia sesuai dipakai oleh mereka yang mahukan dorongan dan semangat dalam hidup, kerjaya, pengembaraan dan bisnes.


BATU MERAH SIAM
Mahar: RM450
Batu ini mirip wujudnya seperti batu delima merah, namun ia tidaklah sama. Batu ini membuatkan orang lain merasa kasih kepada anda. Warna merah mudanya, memancarkan energy cinta kasih kepada seluruh makhluk dan kawasan sekeliling.
Ia menguatkan cakra dasar, dan cakra jantung. Memperkuat aliran darah ke seluruh badan, dan menyihatkan tubuh. Sesuai dipakai untuk mereka yang selalu berinteraksi dengan pelanggan secara terus dan berdepan.

BLOODSTONE (Akik Darah)
Mahar: RM450
Sesuai dengan namanya, batu ini melancarkan aliran darah dan memperkuat jaluran isi tubuh. Ia memberikan booster kepada cakra dasar secara drastik, menambahkan daya juang, keberanian, semangat dan tenaga.
Batu ini digunakan pada perisai di zaman dahulu kerana ia dipercayai mampu menghentikan darah yang terluka dengan cepat. Ia juga memberikan rasa tenang dan fokus pada satu pekerjaan dengan baik. 

BATU PERMATA SULAIMAN
Mahar: RM350
Banyak mitos yang mengaitkan batu ini dengan Nabi Sulaiman AS,  benar atau tidak, wallahualam bishawab. walaubagaimanapun kita hanya menggunakan elemen batu ini sebagai sarana untuk membangkitkan efek dan kesan yang diingini. 
Ia membantu dari segi perlindungan diri, harta dan keluarga. Meningkatkan kecerdasan fikiran, dan menguatkan sisi spiritual seseorang. Menjauhkan mimpi buruk, dan memudahkan fokus ketika belajar.

TIGERS EYE
Mahar: RM250
Batu ini meningkatkan aura harimau dalam diri. Ia memperkuatkan cakra pusat, Menajamkan daya intuisi dalam memilih pilihan yang sesuai, baik untuk kerjaya, perusahaan dan tujuan.
Batu ini meningkatkan kreativiti, dan menimbulkan semangat berani mencuba. Ia membantu menguatkan cakra pusat, dan melancarkan hambatan dan blocking energy pada tubuh. Ia menghilangkan rasa takut pada diri, dan memancarkan energy yang menundukkan musuh.

BATU MADU CEMPAKA
Mahar: RM450
Batu yang datang dari keluarga Citrine ini mempunyai khasiat sebagai pemanis terutamanya untuk kaum hawa. Ia mendatangkan keberuntungan, kerezekian, dan memperkuat cakra seks.
Ia membangkitkan perasaan bahagia, dan memperbaiki masalah yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Sesuai dibawa dalam perusahaan yang membabitkan kaum wanita, namun kaum adam juga boleh memakai batu ini dengan efek yang sama.



BATU BACAN
Mahar: RM350
Batu ini memiliki aura penyembuhan yang sangat kuat, dengan efek yang bagus untuk menenangkan rentak jantung. Seperti warna pada cakra jantung, ia sangat bagus untuk meredakan dan melembutkan hati orang yang pemarah, baik si pemakai mahupun yang berada dalam radius gelombangnya.
Sangat sesuai dipakai oleh majikan atau pekerja supaya saling disayangi dan dikasihani. Jika dipakai ketika meditasi atau tafakkur, efeknya akan menyelimuti tubuh dan digandakan kekuatannya.


BATU KALIMAYA PELANGI 
Mahar: RM999
Batu Kalimaya pelangi dan variannya di bawah, adalah terdiri dari keluarga Opal. Batu ini dikenali sebagai batu kejujuran, yang membantu meningkatkan kepercayaan dari majikan / pekerja di dalam perusahaan yang dijalankan.
Secara mistiknya, ia memperkuat energy dalam tubuh dan menajamkan fokus. Secara metafiziknya, gelombang tenaga yang dihasilkannya, mampu menstabilkan dan mem-boost-kan medan aura dan cakra tubuh seseorang.
Seperti elemen pelangi dan jernih yang dimilikinya, tidak dinafikan bahawa ia adalah batu multi-fungsi yang sesuai digunakan untuk rawatan, benteng diri, pengasihan, penarik rezeki, pembersih energy negatif, cinta kasih dan perhubungan, dan lain-lain bergantung pada niat dan jenis energy yang diset padanya.

BATU CENDERAWASIH
Mahar: RM1313
Batu yang dikaitkan dengan burung cenderawasih, burung para wali yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi kecuali setelah ia mati. Batu ini membentuk seakan-akan bebola mata yang telah keras. Batu ini sangat istimewa kerana ia susah dijumpai dan dicari-cari oleh ramai pencinta batu permata.
Batu ini secara drastiknya memfokus seluruh gelombang energy untuk tarikan duniawi. Memperkuatkan cakra dasar, dan multi-fungsi untuk pelbagai kegunaan yang membabitkan urusan kewangan.
Ia juga bertindak sebagai batu yang menghindarkan diri dari marabahaya serangan fizikal mahupun ghaib. Menundukkan lawan serta makhluk ghaib dan membangkitkan aura wibawa pada diri.

Dalam kegunaan mistik, Ia akan menajamkan pandangan mata ghaib, memudahkan mencari dan menarik barang yang hilang, serta pelbagai lagi khasiat bergantung pada kepercayaan dan sugesti yang anda perolehi.

INGATLAH, SEGALA KUASA DATANG DARI ALLAH.
Aura Engineering yang dilakukan di Qalam Ilahi Wellness Center, tidak membabitkan khadam jin. It is purely based on metaphysical and Quantum technology.

Aura Engineering adalah untuk mengenalpasti batu permata apa yang sesuai, untuk apa yang anda hajati.

Ia akan memastikan bahawa anda akan serasi dengan batu permata pilihan anda. Keserasian aura kita dengan batu-batu permata boleh "Dibuat", tidak semestinya harus serasi secara semulajadi seperti mana yang biasa didengar dari para "Pakar Batu".

Aura enginering akan membantu menyelaraskan aura semulajadi pada batu-batu permata dengan pusat-pusat tenaga dan cakra kita,

Ia akan menguatkan ton dan spektrum aura yang kita inginkan pada medan aura kita sehingga apa yang kita inginkan mudah terlaksana.

Dijamin BEBAS dari unsur-unsur syirik. Ia adalah murni berpandukan sains metafizik. Ia juga akan menjadikan batu permata anda bernilai ARTISTIK, MISTIK dan FANTASTIK. This is Aura Engineering, bukan En-JIN-Neering.

Anda boleh saja percaya atau tidak. Tiada paksaan, tiada halangan. Semua yang ada di dunia ini hanyalah sekadar ALAT, Apa yang kami usahakan di sini, semuanya adalah PERALATAN AJAIB yang digunakan untuk membantu meningkatkan potensi terpendam manusia yang sedar dan tahu akan wujudnya kuasa itu datangnya dari Pencipta alam semesta sendiri.

Setiap batu mulia yang terpapar di atas berada dalam koleksi kami dan bersedia untuk dijodoh dan dipadankan dengan pemiliknya.

Bagi yang sudah memiliki batu mulia sendiri, dan berminat untuk menjalani penyelarasan gelombang medan aura mereka, juga boleh menghubungi kami untuk janji temu.

Bagi pembaca yang berminat untuk meminta padankan dengan cincin atau buah rantai batu permata jenis lainnya melalui khidmat kami juga sangat dialu-alukan permintaan anda.

Salam sayang cinta kasih dari kami.
~ From QI Wtih Love.

AURA ENGINEERING QIWC
Hubungi Hotline kami: 019 892 6202

Saturday 4 June 2016

AURA ENGINEERING (CRYSTAL EDITION)


Salam cinta kasih buat semua. Setelah mengambil masa yang terlalu lama dalam proses meninjau-ninjau dan melihat koleksi batu dan Kristal milik peribadi, milik klient dan juga di pasar dan kedai permata, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan artikel berkenaan aura engineering Kristal ini.

Biasanya, kesihatan terganggu apabila frekeuensi tubuh mengalami gangguan gelombang yang kemudiannya mewujud dalam diri menjadi penyakit. Kristal dan batu permata mempunyai gelombang frekuensi yang bergetar pada skala tertentu, untuk membantu tubuh kembali pada kondisi kesihatannya atau mendapatkan “Khasiat-khasiat tertentu yang dipancarkan oleh benda-benda ini.

Batu permata dan Kristal adalah beberapa benda di dunia ini yang terbina secara semuajadi dan mempunyai getaran gelombang frekuensi yang stabil secara sendirinya.  Batuan ini adalah struktur semulajdi yang tidak dapat diubah struktur pattern energy dirinya dan sangat sesuai dimanfaatkan bagi tujuan tertentu jika ia diselaraskan dengan medan aura dan tenaga tubuh manusia.



Secara fizikalnya, ketika anda memegang sebiji batu permata di tangan, anda akan merasakan bahawa ia terpisah dan tidak mendatangkan manfaat apalagi jika tiada input mengenainya. AKAN TETAPI, di sini terletak rahsianya, iaitu pada alam dimensi tertinggi, ketika kesedaran anda mampu mencapai titik null dan keseimbangan alam semesta, anda akan dapat merasakan getaran yang dihasilkan oleh setiap benda-benda alami ini.

Tubuh eterik anda dan gelombang energy dari batuan ini akan saling berinteraksi dan menimbulkan resonans pada keduanya atau kawasan sekeliling, yang akan bergetar secara harmoni, JIKA ia diselaraskan dan dimanfaatkan.

Tidak dinafikan juga, walaupun secara dasarnya unsur alami ini memancar secara semulajadi, namun setiap manusia mempunyai KEPERCAYAAN, KEFAHAMAN, KEYAKINAN dan KERAGUAN yang berbeza-beza, membuatkan medan aura dan bio-magnetik tubuh mereka ada yang tidak serasi dan menolak.

Di sinilah datangnya KONSEP AURA ENGINEERING yang giat kami usahakan di Qalam Ilahi Wellness Center. Setiap batu permata dan Kristal yang kami temui, dapati, diberi dan maharkan kepada orang yang berminat padanya akan dipadankan (Dijodohkan)

Kefahaman mengenai FREKUENSI, VIBRASI DAN ENERGY KUANTUM, bukanlah lagi menjadi rahsia tersembunyi seperti di zaman para pendeta kuno. Bahkan sekarang ini sudah menjadi sebahagian dari ilmu SAINS dan TEKNOLOGI yang dahulunya juga dianggap mistik, tahyul dan fantasi semata-mata.
Ada beberapa orang yang menemui kami sempat bertanya, “Tuan, tidak SYIRIK KAH menggunakan benda-benda sebegini?”.

Saya jawab. “TIDAK. Kenapa tidak? Kerana MISTIK itu adalah istilah untuk perkara dan kejadian yang TIDAK dapat difahami system kerjanya.”

“Ini pula adalah SAINS. Ada penjelasan yang SANGAT LOJIK disebaliknya. Apa yang kau anggap mistik, tidak mistik bagi saya dan orang-orang yang memahaminya. 

“Apa yang syirik bagi mereka yang tidak mahu memahami dan terus menghukum tanpa mahu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu, belum tentu syirik bagi saya dan mereka yang faham.”

Kerana kebenaran setiap manusia belum tentu sama, maka berdebat panjang mengenai hal-hal ini tidaklah mendatangkan manfaat melainkan bagi mereka yang sudah berhasil dan merasakan manfaat kebaikkan dari kaedah aura engineering ini sendiri.

Anggap sahajalah saya salah, dan anda betul. Lalu mari kita teruskan hidup berdasarkan kefahaman kita masing-masing. Namun izinkan saya untuk meneruskan tulisan ini bagi mereka-mereka yang berhajat dan mempunyai enthusiast untuk mendapatkan rahsia dan manfaat dari kekayaan alam yang dianugerahkan Tuhan buat makhluk Nya di dunia ini.



Kita sambung semula tulisan ini ya. Dalam proses mempergunakan dan menyelaraskan getaran batu permata dan Kristal ini, factor utama yang menjadi conduit bagi penyatuan frekuensi keduanya adalah KEFAHAMAN (Consciousness) dan PENERIMAAN (Acceptance).

Walaupun batuan ini memancarkan gelombang frekuensi yang stabil dan tetap, namun jika hati, perasaan dan keyakinan anda menolak, ragu dan was-was, maka tubuh anda secara automatic akan tetap menolak dari menerima gelombang ini bergetar dengan selari pada aura anda.

Dari perspektif metafizik, kita boleh memindahkan “Hajat dan arahan” kedalam batu Kristal. Dan boleh menggetarkan molekulnya supaya memancarkan arahan ini kepada tubuh kita. Dari sudut saintifiknya pula, bukankah hampir semua teknologi sybernetik kita menggunakan elemen mineral padanya?

Radio pertama dicipta menggunakan Kristal sebagai pemancar dan penerima gelombang radio. Malahan Kristal juga boleh diprogram sebagai cip silicon yang kini sudahpun berada dalam teras pemproses computer dan telefon pintar anda. PERCAYA ATAU TIDAK? Terpulanglah.



Orang-orang pintar dari tamadun lama sudah lama mempergunakan Kristal dan batu permata sebagai conduit bagi kesedaran mereka, memancarkan getaran minda mereka kepada orang ramai, untuk mempengaruhi minda orang bawahan mereka. Bahkan, hingga sekarang kaedah ini masih digunapakai melalui cip silicon dalam TV anda yang digunakan untuk mengawal minda orang awam. Hehehe.



Di dalam jadual elemen kimia, unsur karbon (Manusia) dan silicon (Mineral) hanyalah saling bertindih dan tidak jauh. Ini membuatkan kita mudah sekali untuk mengsintesiskan gelombang energy mineral ini kepada gelombang energy badan kita.

HARUS DIINGAT, bahawa KESEMBUHAN ITU BERMULA DARI DALAM DIRI ANDA SENDIRI. Kristal dan batu permata yang anda gunakan sama juga fungsinya seperti memakan ubat luaran, dengan perbezaan dari segi spiritual dan fizikal sahaja. 



Kesembuhan itu datangnya dari Tuhan, akan tetapi manusia dan isi alam ini terikat dengan hukum sunatullah, dan memerlukan ASBAB serta kejadian sebagai penggerak kepada kesembuhan itu sendiri. Dalam tulisan ini, saya mengamfasiskan penggunaan Kristal (Kerana ia adalah TEMA UTAMA) sebagai salah satu dari berbagai sumber pendaya-gunaan ALAT untuk mencapai target dan hajat.

Seperti lagaknya seorang sahabat, atau alatan yang mampu membangkitkan AWE EFFECT dan EUPHORIA dalam diri, begitulah konsep utama dalam penggunaan Kristal ini kepada anda. Gelombang energy dari mineral ini hanyalah sebagai sokongan dan dorongan kepada minda bawah sedar kita yang umumnya sebagai manusia tetap perlukan ALAT untuk memenuhi kehendak nafsu duniawi.

Kunci utama untuk memaksimumkan penggunaan Kristal dalam diri, adalah dengan MENYEDARI secara sedar penggunaan dan cara kerjanya untuk kita. Gelombang elektromagnetik dalam kedua subjek akan menghasilkan resonans kimia dalam tubuh yang berguna untuk pembangkitan hormon setelah terdedah pada batu Kristal ini, baik secara fizikal mahupun psikologi.

Berdasarkan kajian saintifik oleh Mendiang Profesor Masaru Emoto, molekul air akan membentuk molekul seperti Kristal jika didedahkan pada ayat-ayat tertentu yang turut menyokong fakta bahawa elemen alami ini mampu “Menyimpan” hajat, doa dan arahan tertentu untuk kegunaan kita.



Merendam Kristal pada air, mampu menggetarkan gelombang molekul air untuk mendapatkan khasiat dari elemen Kristal ini, sama seperti yang dilakukan oleh para dukun dan bomoh zaman dahulu. Cuma pada ketika itu, amalan ini masih lagi dipenuhi dengan nuansa mistik dan ghaib semata-mata.

OR IS IT? Boleh jadi sebenarnya banyak orang zaman dahulu yang sudah mencapai kefahaman level tinggi dan menemui pencerahan hakikat, namun sengaja merahsiakan ilmu-ilmu sebegini supaya tidak jatuh ke tangan orang yang aniaya dan bodoh, lalu menyebarkan fakta yang salah berdasarkan cakap kosong dan sangkaan semata-mata.

Usah bimbang, ketika anda menggunakan khidmat AURA ENGINEERING dari kami, atau sesiapa sahaja yang faham mengenai konsep ilmu getaran, frekuensi  dan kuantum metafizik. Anda akan kami jelaskan secara saintifik mengenai gerak kerja dan penggunaan Kristal dari kami. 

Maka tidak timbul isu tersebarnya kesesatan melainkan anda sendiri secara melulu dan jumud memang suka menyebar fitnah dari sangkaan semata-mata, terus mengatakan sesiapa saja yang menggunakan elemen unsur murni alami adalah sesat.

INGATLAH, bahawa yang berkuasa itu hanyalah Allah, namun yang diberikan AKAL dan KELEBIHAN untuk mempergunakan ALAT adalah manusia itu sendiri. Ketika anda mengaktifkan Kristal supaya selaras dan harmoni bersama medan aura, apa yang mengikat anda kepada kuasa-kuasa UNSUR ALAMI ini adalah KESEDARAN anda yang menyedari bahawa semuanya adalah dengan izin Allah semata-mata.

Semoga anda mendapat kefahaman dan keterbukaan daripada perkongsian ini. Berikut adalah beberapa jenis batu permata dan Kristal yang memancaarkan gelombang energy yang bermanfaat untuk digunakan dalam kehidupan. Barakkallah, Amin.

BATU JADE


Biasanya berwarna hijau terang ke gelap. Batu yang terkenal di kalangan orang cina. Manfaatnya Ia membantu menguatkan cakra jantung, sekaligus memancarkan unsur kebahagiaan dan kemewahan. Dipercayai membawa tuah dan menjauhkan penyakit (Memandangkan pada zaman dahulu hanya orang berada saja yang mampu memilikinya). Ia juga mampu membantu dalam proses melancarkan rezeki. Insyaallah.

TURQOUISE (Batu Fairuz)



Batu berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat yang menarik hati para pencinta batu permata. Manfaatnya membantu dalam penyembuhan penyakit. Memberikan ketenangan minda, dan diguna oleh orang di zaman dahulu sebagai batu perlindungan dalam perjalanan jauh dan menunggang kuda. 

SAPPHIRE (Batu Nilam)



Berwarna biru dan sukar diperolehi, batu ini bermanfaat untuk membantu menjernihkan dan menenangkan fikiran seseorang. Para raja dan permaisuri gemar menggunakan batu ini sebagai pembangkit aura wibawa, dan berguna ketika seseorang memerlukan panduan dalam dua situasi yang harus diutamakan olehnya.

RUBY (Batu Delima Merah)



Batu ini sebenarnya adalah sama dengan batu nilam, tetapi hanya dibezakan oleh warnanya sahaja. Mengikut kepercayaan orang Nusantara, ia adalah batu yang terbaik dan mempunyai khasiat mistik yang terhebat dalam melindungkan diri dari serangan sihir, perlindungan diri, dan mampu membuatkan orang patuh pada si pemiliknya. Ia mampu menjadi pelaris yang ampuh dan menambahkan keberanian pada si pemiliknya.

TOPAZ (Batu Baiduri)



Biasanya berwarna kuning jernih atau tidak berwarna langsung. Manfaatnya memperkuat endokrin system dalam tubuh, menenangkan tekanan perasaan, dan memperkuat paru-paru, yang sinonim dengan senaman tenaga dalam yang selalu diamalkan oleh pendekar dulu dan sekarang.  Ia juga memancarkan aura pesona yang menawan hati orang. Ia turut membangkitkan rasa kepercayaan dalam diri dan melemahkan niat jahat musuh kepada kita. Dipercayai ia akan bersinar di dalam gelas berisi air ketika bulan purnama dan ketika itulah kualiti tenaga yang dihasilkan olehnya meningkat. Ia juga mengharmonikan system fikiran antara otak kiri dan kanan.

EMERALD (Batu Zamrud)



Sama seperti batu Jade, ia juga berwarna hijau. Namun ia lebih mahal dan lebih bernilai. Pada zaman dahulu, ia hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar Negara sebagai symbol kekuasaan. Manfaatnya adalah membuka gerbang kekeayaan, kekuasaan, dan kewibawaan pada pemilknya. Sangat sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki perusahaan besar dan memegang jawatan tertentu.

AMETHYST (Batu Kecubung)



Batu berwarna unggu terang ke gelap. Batu perhiasan yang popular sebagai perhiasan pembesar Negara di zaman dulu. Manfaatnya dalam kepercayaan nusantara selalunya sebagai pengasihan dan membangkitkan aura yang menawan. Dalam kepercayaan universal, ia adalah batu spiritual yang membersihkan, memperkuat dan menjernihkan mata ketiga. Ia adalah batu yang sesuai untuk membangkitkan deria sixth sense anda. Ia juga menyeimbangkan intelek, emosi, dan menambahkan focus dalam meditasi / tafakkur.

QUARTZ (Kristal Kuartz)



Ia dikatakan mampu menyeimbangkan energy pada seluruh kawasan bilik yang dicemari dengan energy kotor. Mempunyai efek penyembuhan yang efektif untuk kesihatan mental dan emosi. Ia juga adalah batu yang mempunyai unsur grounding terbaik, iaitu keupayaan untuk menyalurkan energy berlebihan kembali ke bumi.

TIGERS EYE



Batu dari keluarga quartz ini berwarna kuning hitam, yang berbentuk seakan-akan mata harimau. Seperti namanya, ia bermanfaat untuk memancarkan energy yang akan menggerunkan pihak lawan dan dihormati kawan. Ia juga mampu menangkis sihir dan perbuatan jahat dari lawan.

CATS EYE



Juga terdiri dari keluarga quartz, ia berwarna hitam dengan sedikit garisan cahaya putih. Khasiat dan manfaatnya sama seperti batu tigers eye.

RUTILATED QUARTZ (Batu Jarum Mas)



Batu ini sangat unik kerana di dalamnya terbentuk hablur berwarna kuning bergaris-garis yang membentuk jarum emas, seperti nama nusantaranya. Ia berkhasiat untuk meningkatkan deria pertahanan diri dan menajamkan gerak rasa.

OPAL



Batu jernih yang terdiri dari pelbagai warna, namun biasanya yang didapati di nusantara adalah berwarna putih susu lutsinar. Batu ini kadangkala ada yang diperbuat secara sintetik dan digelarkan opal cina. Manfaatnya untuk meningkatkan keyakinan, menyeimbangkan otak kiri dan kanan, dan dipercayai menajamkan pandangan mata. 

PEARL (Mutiara)



Secara tekniknya, ia bukanlah batu yang didapati dari dalam tanah. Sebaliknya ia didapati daripada tiram. Namun ia tetap bermanfaat secara semulajadi, untuk meningkatkan keyakinan diri, perhubungan, percintaan, sukses dan kebahagiaan. 

AMBER



Batuan yang terjadi dari getah fosil. Manfaatnya kepada pemakai adalah untuk meningkatkan daya tarikan, terutamanya dalam urusniaga dan perusahaan. Ia membantu penyembuhan pada masalah paru-paru dan meningkatkan proses hormon pada thyroid 

AGATE (Batu Akik)



Batuan yang sering dijadikan batu cincin. Ia datang dalam berbagai jenis, dan umumnya mempunyai manfaat untuk meyeimbangkan unsur Yin dan Yang dalam tubuh. Ia juga mempunyai unsur grounding yang bagus, dan meneutralkan serangan ghaib dari musuh. 

CARNELIAN (Batu Akik Merah)



Manfaat batu ini adalah untuk meningkatkan keupayaan tenaga batin. Ia juga membantu dalam proses kestabilan mental, menghalang dari emosi negative, dan membawa tuah.

Sekian dahulu mengenai jenis-jenis batu permata dan Kristal ini. Kerana terlalu banyak khasiat dan jenis-jenisnya, tidak dapat saya kongsikan semuanya di sini. Namun usah risau, kerana anda masih tetap boleh menggunakan Google sebagai rujukan utama dalam mencari batu permata kesukaan anda.

Ada yang bertanya, bagaimanakah proses Aura Engineering ini dijalankan? Sudah pasti tidak akan kami bongkarkan di sini, melainkan setelah anda menjadi klient atau berhubung secara terus untuk mendapatkan konsultansi mengenai batu Kristal yang sesuai dengan kondisi dan kemahuan anda.

Ringkasnya, kami menggunakan bukan satu, bahkan beberapa kaedah kuantum metafizik yang dipadu dengan komponen dan konfigurasi khas dari elemen psionic yang melibatkan proses penyelarasan gelombang aura, tubuh dan minda klient kepada batu Kristal yang dimahukan.

Malu bertanya sesat jalan. Usah malu dan usah segan mendapatkan konsultasi mengenai medan aura tubuh serta mempergunakan elemen alam yang sudah disediakan oleh Allah untuk kemudahan anda di dunia ini.

Sekian salam sayang dan cinta dari kami. Andai anda merasakan artikel ini bermanfaat, dipersilakan mengongsikan ia kepada teman atau saudara anda yang berminat dan gemar pada batu permata dan Kristal.

Ini adalah Aura Engineering, bukan En-JIN-neering.

~From QI With Love.

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...