Salam semua pembaca budiman :)
Tulisan ini cetusan idea dari beberapa teman yang bertanya di FB berkenaan persoalan, adakah doa dapat mengubah takdir?
Ada 2 persoalan di sini....
1. Jika takdir tidak dapat di ubah oleh doa, apakah maknanya kita diperintahkan oleh tuhan untuk berdoa? Baik tak usah berdoa kan... Sebab benda yang sudah ditentukan untuk jadi pasti akan jadi juga. Betul nda???
2. Jika takdir dapat di ubah oleh doa, adakah tuhan silap dengan ketentuanNya yang di plan dari zaman azali lagi sehingga perlu di ubah kerana tidak sesuai selera kita kini? Ini merendahkan martabat tuhan... Bukankah tuhan Maha Tahu dan Maha Bijaksana? Betul nda???
Tidak redha dengan takdir tuhan, adalah satu tuduhan halus terhadap tuhan bahawa ketentuanNya ke atas anda adalah satu kesilapan..... Anda sanggup jadi begini?
Tidak mahu berdoa kerana merasa semua sudah ditentukan oleh tuhan, adalah melecehkan perintah tuhan agar kita berdoa dan berusaha apabila menghadapi masalah... Problem juga kan... Bingung ni jadinya...
Ok, saya tidak terlalu mahir menzahirkan ilmu rasa menjadi bahasa. Namun saya berusaha untuk memudahkan anda untuk memahaminya.
Takdir adalah ketentuan tuhan. Kita hanya tahu takdir apabila ia sudah berlaku.
Bagi sesuatu yang belum berlaku, ia bukan takdir tetapi Nasib, masih gantung kerana belum jadi.
Apa yang sudah terjadi dari bermula anda bangun tadi pagi, setiap idea, setiap gerak hati, setiap perbuatan dan setiap peristiwa yang anda hadapi sehingga SEKARANG ini adalah TAKDIR.
Bagi yang SUDAH TERJADI dan SEDANG TERJADI SEKARANG anda harus REDHA kerana itulah TAKDIR anda yang tuhan telah tentukan.
Sedetik dari SEKARANG, apa saja yang bakal terjadi adalah juga TAKDIR namun anda belum tahu apakah bendanya. Jika anda inginkan sesuatu yang baik BAKALTERJADI nanti, jika ia jadi anda beruntung, jika ia tidak terjadi anda malang. Oleh sebab itu bagi apapa saja yang belum TERJADI, ia lebih dikenali sebagai NASIB.
Bagi sesuatu yang akan terjadi di masa depan, belum ada KEPASTIAN. Oleh itu hadapi dengan DOA, HARAPAN dan KEYAKINAN.
Takdir adalah kejadian yang TELAH TERJADI.... Manakala doa adalah untuk sesuatu kejadian yang anda inginkan agar TERJADI DI MASA DEPAN. Lain kelasnya. Jadi tiada kaitan!
Doa TIDAK dapat mengubah apa yang sudah terjadi. Oleh itu, doa TIDAK dapat MENGUBAH takdir. Inilah kebenarannya!
Persoalan anda sebenarnya adalah, Adakah doa mampu mengubah masa depan? Begitu kan? Ya kah? Hehe...
Mengubah... Adalah perbuatan untuk mengenepikan sesuatu yang buruk yang AKAN DATANG. Sebegitu pastikah kita bahawa perkara buruk yang akan terjadi nanti? Sehingga kita ingin MENGUBAHNYA???
Fikiran manusia cenderung negatif, cenderung untuk ragu dan pesimis. Kita sering menjangka masa depan yang akan datang sebagai negatif. Awal-awal kita sudah set bahawa masa depan adalah buruk. Lalu kita berdoa untuk MENGUBAHNYA. Kita sering mendahului ilmu tuhan. Padahal belum tentu yang buruk itu akan terjadi seperti yang kita fikirkan. Cuba anda renungkan sejenak. Ambil masa beberapa minit. Kenapa anda sering menjangka masa depan sebagai buruk, sehingga seolah ia benar-benar akan terjadi menimpa anda? Lalu anda berdoa agar apa yang anda fikirkan itu tidak akan jadi. Doa anda pada hakikatnya hanyalah untuk mengubah apa yang telah anda tentukan sendiri bakal terjadi di masa depan anda, di dalam fikiran anda.
Bila kita masuk lebih ke dalam hakikat, kita akan lihat.........
Bahawa sebenarnya, setiap detik masa berjalan tuhan sudah set semua kejadian. Pada detik sekian, akan terjadi sekian secara global. Pada detik begini akan terjadi begini diseluruh alam secara bersamaan. inilah Qada' dan Qadar.
Qada' adalah KEJADIAN YANG AKAN TERJADI, sedang Qadar adalah MASA IA AKAN TERJADI. Dari sisi hakikat, semua sudah di atur. Yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku semua sudah ditentukan. Ini adalah big picture. Hanya anda akan lihat apabila kesedaran anda sudah lepas dari ikatan fikiran. Lagi-lagi KESEDARAN. Mahu nda mahu anda harus SEDAR atau Illuminated.
Kesimpulannya, bagi panduan kita seharian:
1. Takdir adalah sesuatu yang SUDAH TERJADI... Hadapi dengan REDHA.
2. Oleh kerana TAKDIR adalaah sesuatu yang SUDAH TERJADI, nothing u can do to change it. Doa pun takkan mampu mengubah apa yang sudah jadi. Yang sudah terjadi hanya berfungsi sebagai PEDOMAN untuk menghadapi masa depan.
3. Masa depan adalah NASIB yang belum tentu, entah untung entah rugi. Hadapi dengan DOA, USAHA DAN TAWAKKAL sebaik mungkin.
Sekian dulu tulisan kali ini. Semoga ada manfaat untuk anda yang membacanya.
Salam makrifah, salam sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam :)
~ from QI with Love