Salam semua pembaca budiman :)
Matahari adalah pusat bagi sistem cakrawala kita. Peranan matahari tersangatlah besar kepada keharmonian kehidupan kita. Daya tarikan graviti matahari membuat planet-planet berputar secara harmoni pada paksinya. Matahari menerangi alam kita sehingga kita boleh melihat objek-objek sekeliling. Sinarnya menghangatkan alam menghidupkan rantai makanan yang bertali arus di alam ini. Bolehkah anda bayangkan bagaimana hidup ini tanpa matahari? Sudah tentu sangat dahsyat!
Alam ini dibahagikan kepada 2. Satu alam besar atau makrokosmos yang terdiri daripada seluruh sistem cakrawala. Kedua adalah alam kecil atau mikrokosmos yang merupakan diri kita sebagai manusia. Setiap individu mikrokosmos adalah cerminan wujud bagi makrokosmos. Jika tubuh manusia sebagai mikrokosmos memiliki pusat kawalan iaitu minda, maka makrokosmos pula pusat kawalannya adalah apa yang sering kita kenal Axis Mundi atau sebagai Arasy Ilahi yang masih begitu misteri bagi kita.
Jika makrokosmos diterangi oleh sinar matahari, maka mikrokosmos pula diterangi oleh solar plexus. Apa itu solar plexus? Solar plexus adalah pusat tenaga atau cakra yang lokasinya di dekat ulu hati anda.
Rajah 1: Lokasi Solar Plexus pada tubuh.
Otak adalah organ bagi minda sedar sedang solar plexus adalah organ bagi minda bawah sedar. Ia mengawal semua saraf di seluruh tubuh anda. Auranya yang kuning terang menghangatkan emosi anda dengan perasaan-perasaan yang positif. Ia membuat anda berani, penuh keyakinan, sentiasa mahu mencuba, riang gembira, bersemangat, energetik dan lain-lain emosi positif. Ia membuat hidup anda penuh keriangan kerana emosi-emosi positif yang dihasilkannya menarik semua perkara-perkara positif dan membahagiakan ke dalam hidup anda.
Suramnya solar plexus membuat anda jadi penakut, murung, sedih, pesimistik, lemah semangat, suka menyendiri, sensitif, ingin bunuh diri dan bermacam lagi emosi negatif. Emosi adalah faktor tarikan paling kuat mengikut Law of Attraction. Jika solar plexus anda bermasalah, hidup anda pasti penuh dengan adegan-adegan malang dan menyedihkan. Ke mana saja anda pergi, malang dan sedih sentiasa mengekori. Bagaimana tidak? Anda adalah magnetnya penariknya!.
Secara fizikal ulu hati anda sering pedih, perut senak, gastrik yang teruk, masalah penghadaman dan pencernaan, aliran darah bermasalah membuat jantung sering berdebar, dan saraf-saraf mengecut membuat badan terasa seram sejuk terutama bahagian kaki dan tangan. Masalah pada cakra ini juga sangat mengganggu fungsi seksual. Nafsu jadi dingin, syahwat jadi lemah. Ini paling menakutkan bagi lelaki. Seperti kata sorang kawan, biar mati anak jangan mati pucuk hahahahahaha.
Redupnya pancaran aura solar plexus boleh disebabkan oleh buatan orang yang menghentam pusat emosi anda, atau juga boleh jadi sikap emosi anda yang sentiasa negatif. Apa solusinya? Cara psikology dengan memupuk sikap berfikir positif sangat sukar untuk meruntuhkan aura negatif yang menumpuk di solar plexus. Makan ubat-ubatan fizikal juga sama sukarnya. Cara terbaik adalah dengan latihan jurus pernafasan tenaga dalam. Energy negatif yang menumpuk di solar plexus anda akan terbongkar keluar sehingga anda merasakan betapa bahagianya hidup ini, betapa alam ini penuh kurnia, tidaklah seperti yang anda anggap sebelum ini ketika solar plexus anda masih berlumut aura kelam. Anda belum belajar ilmu pernafasan tenaga dalam? Jangan tunggu lama-lama sehingga anda jadi gila baru mahu bertindak. Pergi belajar sekarang di mana-mana tempat yang menawarkan ilmu sebegini... Aiseh lain betul bunyinya hehe
Inti daripada artikel ini yang saya ingin anda fahami adalah, jadikan matahari di dalam diri anda bersinar terang melalui ilmu-ilmu metafizik sehingga ia bersinar menghidupkan fizikal, mental dan semua aspek hidup anda. Ketika orang sedang sibuk memikir-mikir kelemahan dirinya, anda sibuk memancarkan aura anda dengan penuh berani dikhalayak ramai. Ketika orang lain sibuk menarik perkara-perkara negatif ke dalam hidupnya dan menangisi nasibnya yang saling tak tumpah macam lebai malang, anda pula sibuk bersyukur menghitung kurnia-kurnia tuhan kepada anda... Oo yeah, kemon bebeh!!!
Sampai di sini dulu tulisan saya pada hari ini. Moga anda manfaatnya.
Salam makrifah, salam kejayaan, salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda semua :)
~ from QI with Love
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Sangat suka artikel ini.
Sekadar bertanya, adakah tanda2 badan kita berangin, sukar bernafas, rasa ingat dah nak meninggal, emosi sensitif tak tentu pasal..merupakan sindrom solar plexus kita sudah terganggu dan "bocor"?
Alhamdulillah.. Terima kasih atas responnya
Hello mate nice ppost
ReplyDelete