Salam sejahtera buat anda semua pengunjung blog ini :)
Manusia adalah makhluk energy. Anda, saya, dia, mereka semua adalah makhluk energy. Setiap aspek diri anda adalah terbina daripada struktur energy pelbagai frekuensi bermula daripada frequensi paling rendah dan padat iaitu badan fizikal anda, kemudian emosi dan fikiran anda. Energy ini dipancarkan oleh pusat-pusat tenaga pada diri manusia yang dikenali sebagai Chakra. Ada 7 Chakra utama yang membentuk tujuh lapisan tubuh manusia. Chakra-chakra ini menjana energy dan menyalurkannya melalui jalur energy yang dipanggil Nadi (Sanskrit) atau titik Meridian (akupuntur china) yg dikatakan ada 72 ribu jumlahnya di seluruh tubuh manusia.
Rajah 1 : Arus tenaga / medan magnetik tubuh manusia
Energy dari chakra-chakra inilah yg akan menggerakkan semua aktiviti manusia. Energy ini yg membuat sel-sel hidup dan organ-organ tubuh boleh berfungsi. Energi ini jugalah yang menentukan keseimbangan emosi dan fikiran anda serta aspek spiritual anda yang lebih tinggi. Lebih jauh daripada itu, energy yang memancar menjadi medan magnetik di sekitar tubuh anda ini juga yg akan menentukan bagaimana keadaan hidup anda termasuklah hubungan cinta dan sosial, rezeki, kerjaya, keselamatan, dan lain-lain aspek hidup lainnya. Memahami ilmu aura itu adalah memahami diri sendiri, kehidupan dan alam ini.