Your Magic Blog: August 2018

Wednesday 15 August 2018

MATRIX PSIONICS, FREQUENCY BROADCASTING AMPLIFIER


Salam cinta kasih paling luhur dari hati _/||\_


TERQI adalah salah satu silabus dalam pembelajaran di Qalam Ilahi Wellness Center. TERQI adalah singkatan daripada Teknologi Rohani Qalam Ilahi. Melalui TERQI kita aplikasikan ilmu-ilmu yang termasuk 'rare' dan 'forbidden'.

Dengan ilmu TERQI saya design beberapa mesin-mesin energi dua dimensi (2D etheric machine). Bila saya sebut mesin, bukanlah merujuk kepada mesin 'hardware' dengan segala macam konfigurasi besi-besi dan wayar-wayar yang bersimpang siur. Ia adalah mesin-mesin spiritual yang difungsikan oleh minda, melalui konfigurasi yang sungguh rumit dan sekaligus juga sungguh mudah jika kita sudah 'sedar' dengan sistemnya.

Mesin-mesin ini berfungsi sebagai 'medium  penghubung' antara minda saya sebagai operator mesin dan struktur eterik atau medan tenaga target yang saya fokuskan. Teorinya, seorang manusia, haiwan, tumbuhan, peristiwa dan apapun kejadian memilik medan tenaga, atau struktur eterik, atau aura. Biasa juga disebut sebagai ' life blue print', ia meliputi jasad setiap kejadian, siapapun dan apapun.

Struktur eterik inilah yang menjadi penentu sifat dan ciri tampilan fizikal seseorang, sebuah peristiwa, seekor haiwan, atau sebuah objek. Dengan mengubah struktur eterik ini, maka secara automatik akan ikut mengubah tampilan fizikal target berkenaan. Struktur eterik ini adalah medan energi yang tersusun oleh frekuensi energi pada skala dan level tertentu. Ini subjek yang agak berat. Saya terus skip kepada perkara yang mudah. Cukup saya saja yang bingung, anda santai saja di posisi hehe.




Rajah: Ilustrasi truktur eterik/medan energi kuda dan manusia



                                         Rajah: Struktur eterik/medan energi sebuah spanar



                                             Rajah: Struktur eterik/medan energi tumbuhan


Memiliki kemampuan mengakses data struktur eterik di 'quantum field' memberikan kita satu kelebihan yang paranormal (di atas normal ). Kemampuan mengubah sesuatu, bahkan menentukan sesuatu, ini satu pernyataan yang agak radikal bagi orang-orang awam.

Sekalipun radikal, negara besar seperti Amerika dan Rusia telah pun mengkaji dan menggunakan teknologi metafizik seperti ini sudah sekian lama. Teknologi ini namakan sebagai HAARP oleh pihak Amerika. HAARP adalah singkatan bagi High Frequency Active Auroral Program. Dengan teknologi ini, mereka mampu melakukan banyak benda yang tidak masuk di akal. Misalanya seperti mengawal cuaca, gempa bumi, saham, bahkan mengawal fikiran manusia.



                                       Rajah: Stesen janakuasa HAARP  Alaska, Amerika


Perbezaan mesin HAARP dengan mesin eterik 2D, adalah mesin HAARP menggunakan mesin elektronik skala gergasi untuk memancarkan frekuensi energi. Manakala mesin-mesin eterik 2D di Qi Center adalah mind-based, iaitu dijanakan dengan frekuensi energi dari gelombang fikiran (mind wave). Cara kerja keduanya adalah sama, bahkan kesannya juga tidak jauh beza, jika operator radioncis-psionics sudah semakin mahir dan berpengalaman.


***
MATRIX PSIONICS KHATIM SULAIMAN


Matrix Khatim Sualaiman ini saya design khas dengan konfigurasi energi seperti berikut:

1. Rajah Ratu Saba', yang memiliki energi 'sacred geometri' infiniti (nombor 8 melintang), serta energi unsur hikmah yang mistik. Tujuan energi ini sebagai penambah 'tone' energi penarik rezeki atau 'money magnet attractor'.

2. Sacred Geometri 'flower of life', sebagai 'purifier' energi, yang memurnikan segala macam frekuensi  tenaga.

3. Magnetron 12 amplifier, untuk menguatkan berganda-ganda apapun jenis frekuensi yang berada di tengahnya.

4. Nama pengguna matrix, untuk mewujudkan 'energy link' ke medan auranya.

5. Ada 12 digit nombor, mewakili 6 set frekuensi energi 'rezeki attractor' yang akan dipancarkan terus menerus non-stop kepada pengguna matrix, untuk mengubah struktur eterik atau medan auranya agar memiliki arus energi penarik rezeki yang semakin kuat dan semakin kuat setiap hari, atau bahasa mistiknya 'ENERGI PELARIS'.

12 digit nombor ini adalah berbeza-beza setiap orang. Lain orang lain nombornya,tidak akan pernah sama.

Fungsi utamanya adalah sebagai Rezeki Magnet, atau Money Magnet. Bahasa tradisionalnya 'pelaris'. Sesuai digunakan oleh sesiapapun samada ada perniagaan atau orang-orang yang kerja makan gaji.


Di bawah ini adalah satu contoh Matrix Psionics Khatim Sulaiman.






Matrix ini disediakan dalam bentuk kertas printed & laminated.
Dua keping saiz 9 cm, dan dua keping 7 cm.
Saiz yang kecil boleh simpan di dompet, saiz besar pula boleh simpan di rumah, ofis atau kedai.

Ini adalah beberapa testimoni pengguna Matrix Khatim ini:







***
MATRIX ENERGY SHIELD



Ini pula adalah satu Matrix Psionics dengan konfigurasi lebih kurang sama dengan matrix khatim, bezanya matrix energi shield menggunakan bintang 5 bucu. Di dalam ilmu simbolism, bintang bucu 5 mewakili energi 5 unsur penciptaan semesta.

Frekuensi energi dari bintang bucu 5 memiliki daya energi perlindungan 5 unsur penciptaan alam semesta.

Ertinya menggunakan energi bintang bucu 5 membuat pemakainya tidak akan dimudaratkan atau dicelakakan oleh apa saja ciptaan yang tercipta dari unsur tanah, air, api, angin dan unsur alam halus/ghaib.


***
MATRIX LOVE





Matrix Love ini menggunakan konfigurasi sama dengan 2 matrix di atas. Hanya sedikit 'tuning' yang berbeza mana fungsi utama untuk menyelesaikan masalah-masalah cinta dan perhubungan. Menggunakan simbol 'bind rune' serta frekuensi energi planet venus yang merupakan simbol energi cinta yang sangat powerful.

Ini adalah sebuah teknologi metafizik, menggunaakn 'subtle energy' atau frekuensi energi super halus. 

Salam cinta kasih paling tulus dari dasar hati.


~ from Qi with Love



Tuesday 7 August 2018

TEKNOLOGI CAHAYA

Teknologi Cahaya
.
.
*Cahaya di atas Cahaya*
.
.
Aura adalah bahasa moden, kata ganti bagi cahaya. Bezanya, perkataan aura bermakna lebih luas iaitu, “Warna-warni cahaya”.




Cahaya terbina daripada Photon, dan photon ini bergerak dalam bentuk gelombang elektromagnetik. Ada berbillion photon dalam satu gelombang cahaya.Photon memiliki panjang gelombang yang berbeza, dan inilah yang menghasilkan spektrum warna.

Cahaya terhasil daripada pergerakan elektron mengelilingi neutron di dalam sebuah atom. Elektron yang sedang dalam ‘ground state’ mendapat bekalan energi akan mengalami ‘exited state’, pergerakan elektron akan menghasilkan energi dalam bentuk photon (cahaya).

Prinsip ini diaplikasikan di dalam semua bab lampu. Energi elektrik disalurkan melalui gas, lalu elektron pada gas tersebut menyerap energ elektrik tadii lalu mengalami ‘excited state’ dan kemudian menghasilkan pancaran photon.

Misalnya lampu kalimantang di rumah anda, ia menghasilkan cahaya melalui atom gas merkuri. Energi elektrik yang mengalir melalui gas merkuri akan di serap oleh elektron-elektron atom merkuri lalu menghasilkan cahaya ultraviolet bergelombang pendek. Cahaya ini kemudian diserap oleh lapisan fosfosur pada dinding dalam lampu dan jadi bersinar terang.

Mata fizikal kita manusia mampu melihat cahaya dengan panjang gelombang antara 390 - 700 nanometer sahaja, frekuensinya sekitar 400 - 800 Thz. Di bawah atau di atas daripada kadar ini sudah tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata fizikal kita.

*

Mengikut hukum sains, iaitu Law of Quantum Physics menyatakan bahawa:

EVERYTHING IS ENERGY.
SEGALANYA ADALAH ENERGI.

Ini sangat benar.

Semua ciptaan di alam ini, samada dalam bentuk pepejal padat, cecair mahupun gas, adalah terbina dari susunan atom-atom. Berbezanya kepadatan objek-objek di alam ini adalah kerana berbezanya kekuatan ikatan atom-atom pembentuknya.




Jika anda zoom sebuah obek, anda akan menemui atom-atom objek tersebut.

Jika anda zoom atom tersebut, anda akan menemui partikel sub-atom iaitu neutron, proton dan elektron.

Jika di zoom lagi, maka yang tinggal hanyalah gelap yang kosong, atau Void, Zen, atau Kefanaan yang tanpa batas.

Zoom badan anda, akan nampak organ-organ.
Zoom organ-organ anda, akan terlihat sel-sel.
Zoom sel-sel anda, akan terlihat organel-organel.


Zoom organel, tersingkaplah atom-atom, lalu partikel sub atom, lalu KETIADAAN.
Inilah proses KEMBALI, atau MIKRAJ, mengembalikan semua ke hakikat iaitu KEKOSONGAN.


Kosong atau Gelap adalah Cahaya Zat Yang Maha Hidup. Maka apapun di alam ini kembali ke energi sebagai asal-muasal semua kejadian, dan energi pun akhirnya fana di dalam Gelap, iaitu Cahaya Zat Sang Hidup.

Tapi tulisan saya ini tidak mahu membahas soal ending of everything. Saya ingin stop di tahap energy sahaja.

Di mana tahap energi itu? Itu yang tadi tahap partikel sub-atom, yang ada neutron, proton dan elektron. Masing ingat kan? Pelupa betul kau ini bro, mesti banyak makan semut ni… ahhakzz

Seperti di awal tulisan tadi saya sebut bahawa, energi adalah hasil loncatan elektron dari ‘ground state’ ke ‘excited state’. Itu adalah energi-energy yang tahap ‘visible light’.

Manakala energy-energy super halus adalah ‘string’ yang muncul dari alam kekosongan melalui ‘vortex’ energi.

Energi-energi super halus ini bersedia membentuk kejadian-kejadian baru mengikut ‘suratan’ yang dipanggil Qada’ dan Qadar. Qada’ itu waktu ia terbentuk, Qadar itu spesifikasi pembentukannya. Ehh melalut pulak ke hal lain.

Jadi, sains dan kerohanian itu sepakat dan harmoni. Tiada percanggahan. Percanggahan itu hanya dari pemikiran-pemikiran sombong yang menyempitkan ilmu Tuhan pada batas apa yang bisa dibaca olenya dari teks-teks zahir.

*
Teknologi Cahaya




Kalau ada energi, maka adalah cahaya, kerana cahaya adalah pancaran ‘spark’ dari energi. Energi dan cahaya (aura) tidak boleh terpisah, kerana ia saling memerlukan. Bukan energi kalau tiada auranya, dan tiada aura kalau tiada energi.

Semua cahaya ada frekuensinya. Apa itu frekuensi? Iaitu jumlah gelombang cahaya yang melalui satu ruang pada suatu masa.

Oleh kerana semua ciptaan adalah energi mengikut Hukum Quantum Fizik, maka semua ciptaan memiliki frekuensi.

MAKA, dengan mengubah frekuensi suatu ciptaan, akan mampu mengubah suatu ciptaan!
Mengubah ertinya, memperbaiki atau merosakkan, membina atau menghancurkan…… Di sinilah kelebihan Teknologi Gelombang Cahaya.

Sampai sini saya stop dulu tulisan, kerana kalau diteruskan saya akan kelaparan memandangkan saya tiada bersarapan pagi wkkkkkkk ðŸ¤£

Bersambung............

... Love no Limit ...

~ from Qi with Love

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...