Your Magic Blog: January 2013

Wednesday 9 January 2013

Ilmu Penunduk Alif



Salam semua sahabat :)

Hari ini terasa ingin berbagi ilmu metafizik kepada anda semua para pencinta ilmu-ilmu tuhan.

Ilmu Penunduk Alif adalah sebuah ilmu penunduk versi bugis yang mendayagunakan energy hakikat alif yang tersembunyi di dalam diri manusia mengikut ilmu hakikat. Oleh kerana itu ilmu saya kategorikan di dalam kelas Ilmu Tataran Hakikat.

Alifr adalah simbol bagi kuasa tunggal yang ada di alam ini. Huruf alif yang lurus akan adalah asal semua huruf dalam semua bahasa. Huruf-huruf lain hanyalah produk bagi huruf alif yang dibengkokkan dalam pelbagai corak. Anda lihat hakikatnya? :)

Ilmu ini menggunakan bacaan yang ringkas untuk mengaktifkan energynya. Apabila energynya telah aktif, mata anda akan memiliki satu daya wibawa atau penunduk yang begitu kuat sehingga orang lain atau target spesifik anda begitu segan ketika berdepan dengan anda apatah lagi untuk melihat mata anda. Para pengamal Ilmu Penunduk Alif memiliki sinar mata yang berkilau.

Usah anda risau, ilmu ini tidak menyeru mana-mana jin genderuwo atau setan mak lampir dari mana-mana hutan, lembah atau apatah lagi gunung kinabalu :P

Ilmu ini sangat sesuai diamalkan oleh anda yang bekerja berurusan dengan orang ramai, misalnya anggota unit beruniform, atau anda yang memiliki orang-orang bawahan seperti pengarah atau penyelia, guru/pensyarah, juga anda yang berbisnes, atau siapapun juga anda yang berminat mempelajarinya.

Mahar untuk pengijazahan ilmu ini adalah RM 50 sahaja. Proses pengijazahan ilmu jarak jauh atau dekat. 

Sila hubungi saya bagi anda yang berminat untuk mewarisi ilmu ini.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)

~ from QI with Love

Tuesday 8 January 2013

Rawatan Peribadi Qalam Ilahi


Salam kasih untuk semua pembaca budiman :)

Setiap jasad, setiap keadaan, dan setiap peristiwa ada Struktur Eterik ( aura lapisan paling luar ) yang tersendiri pada setiap selang ruang dan waktu. Struktur Eterik adalah "blue print" energy yang menentukan bentuk dan keadaan realiti diri dan hidup anda.

Dengan mengubah kod energy yang membentuk Struktur Eterik ini maka akan berubahlah juga realiti diri dan kehidupan anda. Inilah ilmu Materialisasi yang berdasarkan kepada hukum alam The Law of Attraction.

Mari saya tolong mengubah Struktur Eterik anda agar anda boleh keluar dari masalah-masalah kehidupan anda.

Apapun masalahnya seperti:
- sakit yang ingin sembuh
- watak negatif yang ingin ditukar ke watak positif.
- suami/isteri curang
- masalah cinta romantika
- ingin naik pangkat
- ingin rezeki berkelimpahan
- shield diri dan hartabenda dari kecurian/gangguan paranormal
- dan lain-lain...

Saya akan menganalisa Struktur Eterik anda yang bermasalah lalu menentukan 'rate' atau 'Energy Pattern' yang diperlukan. Kemudian 'rate' ini akan dipancarkan ke sistem aura anda untuk menghasilkan Struktur Eterik baru yang sesuai agar realiti anda boleh berubah mengikut yang anda hajati. 

Tiada melibatkan unsur-unsur syirik. Semua prosesnya adalah murni Sains Metafizik.

Kerja ini adalah satu proses yang berat. Oleh itu saya hanya menerima permintaan yang benar-benar serius dan sanggup memenuhi syarat yang diminta.

Adakah kaedah ini sudah terbukti? Ya dan sudah ramai yang merasakan hasilnya.


Jika anda berminat, silakan hubungi saya.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)

Psionics : Ritual Benang Sukma

Salam semua pembaca budiman :)

Teknik ini adalah sebuah teknik psionics yang saya kembangkan khas untuk urusan cinta romantika. Samada untuk memisahkan sebuah hubungan yang membawa banyak keburukan ataupun untuk menyatukan 2 hati yang akan banyak membawa manfaat.

Ilmu ini dilaksanakan dengan cara menghubungkan 7 helai benang dengan tubuh eterik target sehingga terciptanya tali energy yang menjadi 'channel' di mana energy mengalir secara berterusan sehingga mempengaruhi minda target yang dituju mengikut apa yang diprogramkan.

Saya share salah satu kisah sukses menggunakan ilmu ini. Ceritanya secara singkat:

Baru-baru ini seorang teman saya telah diperangkan oleh seorang gadis sehingga keluarga gadis tersebut mendesak teman saya tersebut untuk mengahwininya. Teman saya diugut dengan bermacam ancaman sehingga terpaksa menurut kata mereka. Hidup teman saya ini huru-hara membayangkan dirinya bakal berkahwin dengan seorang gadis yang sama sekali tidak dicintainya.

Oleh kerana hubungan ini saya lihat lebih banyak mudarat daripada manfaat, maka saya gunakan teknik ini untuk menolong teman saya daripada kongkongan gadis tersebut. Alhamdulillah selepas 7 hari ritual dilakukan, gadis tersebut mengirim sms kepada teman saya. Apa isi sms nya? Ternyata gadis ini sendiri yang memutuskan hubungan mereka.

Tiada apa yang mistik dalam teknik ini apatah lagi syirik, jauh sekali. Seluruh alam adalah getaran pelbagai frekuensi, itu fakta hakikat yang perlu kita sedari bersama. Mengetahui dan menguasai ilmu getaran membuat anda memiliki kelebihan yang banyak daripada orang lain :)

Anda juga boleh mengikuti tulisan-tulisan saya di facebook page QI http://www.facebook.com/QalamIlahiWellnessCenter?ref=hl

Salam kasih tulus dari lubuk hati yang terdalam :)


Sin Ilahi dan Pencerahan Rohani

Salam semua pembaca budiman :)

Sistem ilmu Sin Ilahi adalah satu kaedah revolusi ilmu kerohanian yang menggabungkan semua disiplin ilmu energi yang ada yang diperlukan untuk mengolah potensi terpendam didalam diri manusia. 

Diri manusia yang terdiri dari 3 aspek utama iaitu tubuh fizikal, mental dan spiritual perlu dilatih secara seimbang dan harmoni untuk mencapai tahap impian yang dikenal sebagai Insan Kamil. 

Tubuh fizikal yang frekuensinya padat terbaik diolah dengan energi tenaga dalam. Aspek mental dan spiritual yang halus perlu diolah dengan energi-energi lebih tinggi dan halus iaitu kundalini dari perineum dan energi ilahi yang diakses melalui cakra-cakr mahkota dan cakra-cakra ilahi. Kemudian kita memerlukan sistem grounding dimana energi-energi negatif atau berlebihan di channel ke bumi agar tidak memudaratkan. Semua energi-energi ini digabungkan di dalam sistem latihan Sin Ilahi.

Dengan sistem latihan spiritual Sin Ilahi yang dilatih secara rutin, sabar dan tekun murid-murid pasti mampu meningkatkan inti kundalininya secara stabil di cakra mahkota. 

Attunement Sin Ilahi membuka gerbang energi agar kesedaran murid boleh mengakses Higher Self atau Sang Aku agar dengan itu murid mampu memiliki kemampuan-kemampuan yang melebihi manusia biasa.

Mencapai kesedaran Sang Aku adalah tujuan utama semua latihan rohani kerana hanya AKU Sejati yang boleh membimbing diri menuju makrifah, mahabbah dan musyahadah yang sempurna. 

Tercapainya kesedaran AKU Sejati akan membuat murid mampu mengakses Matrix Ketuhanan sehingga semua sifat aktif ketuhanan iaitu Hidup, Ilmu, Kehendak, Kuasa, Dengar, Lihat, Sabda ( Hayyun, Alimun, Muridun,Qadirun, Sami'un, Bashirun, Mutakallimun) yang dizahirkan pada diri murid menjadi mutlak yang memungkinkan terjadinya Miracle atau Karromah dan meraih kemerdekaan rohani dan kebahagiaan hakiki :)

Anda juga boleh mengikuti nukilan saya di QI facebook page http://www.facebook.com/QalamIlahiWellnessCenter

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


Mulianya Anda Sebagai Manusia

Salam semua pembaca budiman :)

Diri manusia begitu hebat dan unik. Bukan jasad manusia tetapi aspek mentalnya. Jasad sarung bagi jiwa (emosi dan fikiran) sedang jiwa sarung bagi ruh. Manakala ruh adalah rahsia Allah dan Allah adalah hakikat segalanya. Allah yang merupakan hakikat segala sesuatu tersimpan rahsiaNya di dalam diri manusia secara berperingkat dari dimensi paling ghaib sehingga ke dimensi fizikal.

Daripada kenyataan ini, cuba fikirkan. Di manakah hebatnya jin yg dicipta hanya dari unsur api saja boleh memudaratkan manusia yang merupakan manifestasi paling sempurna seluruh sifat ketuhanan? 

Ah, ternyata kita belum mengenal diri sendiri sehingga terlalu mendewakan kehebatan jin. Dan ternyata kita lebih banyak mengkaji selok belok alam jin daripada mengkaji diri sendiri yang merupakan bejana rahsia Tuhan.

Ah, ternyata hidup begitu indah bila mengenal diri sendiri dan ternyata spiritual dan material yang dikejar-kejar dimiliki oleh sang diri :)


Anda juga boleh mengikuti tulisan-tulisan saya yang lain di facebook page QI http://www.facebook.com/QalamIlahiWellnessCenter

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...