Your Magic Blog: 2019

Thursday 19 September 2019

ZIKRULLAH MAGNET REZEKI



RAHSIA MAGNET REZEKI YANG RAMAI ORANG TAK SEDAR

Kenapa kalau kita fokus nak mencintai dan merindui Allah, rezeki datang berlimpah-limpah?

Kenapa pula kalau kita fokus berdoa minta rezeki, liat pulak rezeki tu nak datang?

Sound familiar kan?

Haaaa..... Saya nak share rahsianya nya pada anda.

Ready?

Ok.........

Pada saat  kita fokus mencintai dan merindui Allah, kita sedang kembalikan FOKUS KESEDARAN kita ke PUSAT DIRI kita sendiri.

Maka dengan itu, kita sedang mencipta DAYA TARIKAN yang sangat kuat, sangat tenang, stabil, dan berpusat pada diri kita.

Daya tarikan sebegini sama seperti Daya Tarikan Graviti bumi. Semua objek akan tetarik ke pusat bumi kerana pusat daya tarikan graviti tu ada di pusat bumi, stabil dan teguh di situ. Ia takkan pernah pindah ke mana-mana.

Beza dengan kita manusia. Pusat daya tarikan kita ada pada KESEDARAN kita, atau bahasa mudahnya, fokus fikiran. Masalahnya, kesedaran kita ni tak pernah nak tetap. Ia bergerak liar ke saja ke mari.

Kejap kita fokus ke orang lain. Kejap kita fokus ke objek di luar sana. Kejap kita fikir dapur gas sudah tutup atau belum. Sekejap kita terfikir kerja di pejabat. Kesedaran kita pindah-pindah.

Tapi satu hal kalau anda perasan, kesedaran kita pindah-pindah ke LUAR DIRI KITA. Jaaaaaaaaaarang sangat kita nak fokus ke dalam diri kita. Anda perasan tak?

Sehari kita ada masa 24 jam. Katalah kita tidur 8 jam, kita ada lagi 16 jam terjaga.

Cuba ingat balik, berapa lama masa kita peruntukkan untuk menyedari, memikirkan atau merasakan tubuh kita? Degupan jantung kita? Keluar masuk nafas kita?

Berapa lama kita ‘bersama’ diri kita?
Jaaaaaaaarang sangat kan?

Haaaa.... sebab itu daya tarikan magnetik pada medan tenaga kita lemah sangat. Kita tidak CENTERED. Benda-benda malang aje memanjang yang datang, yang positif dan menguntungkan selalu melepas.

Sebab, apabila kesedaran kita berada di luar diri, maka daya tarikan kita jadi lemah. Daya tarikan kita tidak terfokus. Sebab tu susah kita nak attract apa kita nak. Kita selalu attract apa yang kita tak nak.

Biasa kan, benda yang paling kita taknak, benda yang paling kita takut, itulah pulak yang selalu terjadi. Entah kenapa? Pelik!

Sebab magnetic field kita bergetar pada skala rendah. Maka hal-hal rendah yanh asyik datang.

Tetapi..... Apabila kita fokus berzikir ingat Allah, kita fokus merasakan kebesaranNya, fokus memuji kesempurnaanNya, fokus mencintai dan merinduiNya, terjadi fenomena quantum yang sangat menarik di medan tenaga kita.

Itu pasal saya suka belajar subjek energi, aura, vibrasi ni. Sebab saya suka perhatikan fenomena energi yang terjadi ketika saya beramal hal-hal keagamaan.

Otak kiri saya ni suka logik. Dia takmau just yakin based on ‘blind trust’ aje. Yakin itu kerja otak kanan. So kalau saya main yakin aje, otak kiri saya tak bagi kerjasama. Ada kepincangan di situ.

Saya nak.... saya beramal kerohanian agama, seperti zikir, doa, mengaji, dan lain-lain dan saya tahu apa fenomena yang terjadi disebaliknya. Amalan saya jadi ada muatan, ada isi. Bukan amalan kosong hasil ikut-ikutan, yang saya pun taktau kenapa harus saya ikut.

Bila saya mengkaji isi amalan saya, saya jadi faham dan punya alasan kuat untuk saya beramal. Ternyata amalan saya bukan untuk Tuhan, tapi untuk my own benefits. Tuhan dah lengkap, saya amal ke tak amal ke, takda kesan lansung pada dia. Tapi kesan pada saya, mutlak ada!

Apabila saya tahu isi, hakikat, atau fenomena di sebalik amalan-amalan saya, maka saya beramal bukan sebab ikut-ikutan lagi. Anda beramal sebab apa? Ohh sebab nenek moyang saya amal macam ni, so saya pun ikutlah. Duhhh! Sebab tu iman kita rapuh sangat. Tengok salib meroyan rosak iman. Allahuakbar!

So... Fenomena itu adalah fenomena quantum, fenomena frekuensi energi. Something is happening ‘there’ when I zikir, solat, mengaji dan lain-lain.

Saya nak tahu. Ia sungguh menarik. Ia membuat saya semakin yakin bahawa qalamNya benar, sahih, dan tidak terbantahkan!

Sebab itu, bila saya yakin sampai tahap haqqul yakin begini, saya tak meroyan sekalipun ada orang paksa letak salib di dahi saya. Sebab keyakinan saya tidak lagi bergantung pada hal-hal fizikal, tapi sampai ke metafizik level. U will be unshakeable!

Ada orang, bukan di Malaysia ni tau, tapi di negara lain yang tak bernama... So dia nampak salib, dan dia hampir-hampir kerasukan dan hilang iman. Dia nampak di Sabah yang berbilang kaum ni ada orang-orang Islam masuk gereja ikut meraikan keluarganya yang masih Kristian yang sedang berkahwain, terus dia cop ‘haram!’ ‘kafir!’.

Pada saya, itu adalah disebabkan keyakinan agama dia batasi sekadar di level fizikal saja. Dia tak gali, dan tak minat nak gali sampai ke level metafizik untuk mencari data-data agar dia yakin dengan sebenar-benarnya keyakinan.

Ehhhhh.... melalut pulak saya. Tu lah siapa suruh durang! Masa kecik disuruh pi belajar malas, bila besar kasi susah urang... ehhh, kenapa saya macam marah ni? Adehhh

Kembali ke lapppp... toppp!

Ok.... So kesedaran kita bermuatan daya tenaga yang besar. Sebab itu ke mana fokus kesedaran kita arahkan, ke situ energi mengalir.

Tak percaya?

Cuba eksperimen mudah ni. Bernafas dengan tenang. Kendurkan otot-otot anda. Fokus sedari dan rasakan mana-mana bahagian badan anda yang terasa sakit atau lenguh. Sedari dan rasakan saja guna minda anda. Sambil tenang dan santai.

Biarkan sekitar 30-60 saat.......

Apa anda rasakan?
Rasa ada kelegaan?
Rasa ada beban berat?
Rasa panas?
Rasa getaran halus?
Ada? Ada?

Nahhh.... Now u know what i mean.

Lanjut........... So ketika anda berzikir, anda fokus ingat padaNya, anda fokus mencintai dan merinduiNya, ANDA SEDANG MEMUSATKAN SELURUH KESEDARAN ANDA KEMBALI KE PUSAT DIRI ANDA!

Anda menjadi seperti bumi yang memiliki daya tarikan graviti luar biasa. Semua hal-hal positif akan tertarik, hadir ke dalam hidup anda untuk anda alami dan nikmati samada melalui perasaan mahupun pancaindera fizikal anda.

Cumanya... Di saat anda beramal, lupakan semua fenomen ini. Fokus padaNya saja. Itu namanya Ikhlas!

Amalan yang ikhlaslah yang menghasilkan fenomena spark energi tu semua. Ikhlaslah, fenomena-fenomena tu akan terjadi sendiri sebagaimana dia telah tetapkan dalam hukumNya yang dipanggil Sunnatullah, atau Universal Law of Nature.

Anda zikir, badan anda bergetar, hati anda bergolak syahdu.... Anda tak mahu kaji fenomena energi disebaliknya?

Anda solat dhuha jam 10 pagi, di saat matahari memancarkan spektrum cahaya kuning.... Lalu sesuatu sedang terjadi di level quantum oada diri anda. Anda tak tertarik nak kaji ke?

Anda nak kekal beramal atas dasar main yakin-yakin je?

Yaaa.... Anda tak mahu kaji. Sebab someone bagitahu anda bahawa ilmu energi energi dan aura aura ni sesat.

Truth is, ada orang taknak anda jadi hebat. Ada orang nak biar anda keep stay di takuk lama. Sebab kalau anda maju, anda jadi ancaman kepada zon selesa mereka.

Ada orang, bila kita kekal jahil, mereka rasa selesa. Sebab orang jahil senang disuruh-suruh dan diarah-arah. Dan anda pun redha aje.... Well, syabas buat anda. Good choice. Bravo.
.
.
Sungguh, ilmu Tuhanku begitu luasnya tidak terhingga. Adakah ilmu yang bukan ilmuNya? Kalau ada, itu ilmu dari siapa? Katanya tauhid itu mengesakan Dia, yang mana salah satunya adalah, tiada sumber ilmu selain Dia. Di mana pun ada ilmu, maka itu semua dari Dia. Bukankah harus begitu?

Ohh Tuhan, maafkan kami yang membatasi keluasan ilmuMu. Ampuni kami yang tanpa sedar telah beranggapan bahawa ada sumber ilmu selainMu.

Tiada apapun di alam ini yang bukan dariMu, atau terpisah dariMu.

DariMu kami semua datang, kepadaMu kami semua pulang.
.
.
Kalau anda suka pencerahan pada post ini, silakan share. Share ramai-ramai. Jangan kita pandai aje sorang-sorang.

Alhamdulillah, tabarakallah.
Makmur dan damailah negara ini.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 3 September 2019

DIMANA SKALA ENERGY MU BERADA?



Benci, skala energi 150. Masih level Force. Sifat energi menarik malang ke dalam hidup.

Memahami, skala energi 400. Sudah level Power yang tinggi. Menarik bahagia penuh makna dalam hidup.

Orang yang benci ‘terhijab’ daripada melihat ‘hikmah’. Beza dengan orang yang di level memahami, dia melihat hikmah disebalik apa yang tersurat.

Begitu contoh energi dan kesedaran yang ditunjukkan nabi ketika penduduk Taif melempar najis kepada baginda ketika misi dakwah di sana.

Kalau kita kena begitu pasti sudah marah dan benci tahap langit ke tujuh. Sebab kita terhijab daripada melihat makna tinggi atau ‘higher purpose’ disebalik kejadian yang zahir.

Nabi berbeza, di kesedaran energi 400 (understanding), mata hatinya melihat jauh di depan menembus batas dimensi ruang dan masa.

Pasti ada yang kata... itu level nabi, kita umat biasa.

Ya betul. Namun untuk bahagia harus berusaha ke level itu. Itu level yang masih mampu dicapai manusia biasa.

Kecuali ente memang tidak mahu bahagia, maka pencerahan apapun tidak bakal ada gunanya.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Qalam Ilahi Wellness Center

DIMANA FOKUS MU?



Ada dua orang ingin mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.

Kita namakan mereka sebagai Abu dan Atan.

Abu ingin mengubah dunia dengan cara memuji-muji kebaikan orang.

Atan pula ingin mengubah dunia dengan cara membenci kejahatan orang.

Mereka berdua baik.
Tujuannya sama.

Tapi arah energi yang mereka fokuskan tidak sama.

Hasilnya, Abu yang selalu memuji kebaikan orang, selalu berjumpa dengan orang-orang baik untuk dia puji.

Atan pula yang selalu membenci kejahatan orang, selalu berjumpa orang-orang jahat untuk dia kritik.

Dalam ilmu vibrasi energi, adalah lebih baik membina seseorang dengan cara memuji-muji terus kebaikannya.

Berbanding kita nak bina dirinya dengan cara kita kritik terus kelemahan dan keburukannya.

Kalau kita puji kebaikan orang, fikirannya akan fokus ke arah aspek dirinya yang terbaik, dan terus menerus mengembangkannya.

Kalau kita terus-menerus mengkritik kelemahan dan keburukannya, fikirannya akan fokus kepada aspek kelemahan dirinya.

Energy flow where attention goes... Maka apa yang seseorang fokus, itulah yang dia akan terus-menerus kuatkan.

Seorang anak yang diberikan pujian dan galakkan, akan tumbuh membesar jadi anak yang berjiwa dan berwawasan besar.

Manakala anak yang selalu dikritik oleh orang tuanya, akan tumbuh menjadi jiwa-jiwa yang kerdil, pengecut, rendah diri dan kuat memberontak.

Adakah anda faham dan setuju?

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

MENTALITI KEKURANGAN



Dalam ilmu vibrasi energi,

Perbuatan mengejar suatu target mengandungi subliminal message, atau mesej ke minda bawah sedar bahawa ‘kita sedang kekurangan’.

Maka, minda bawah sedar yang terhubung dengan Universal Mind pun akan menyajikan kita dengan kekurangan demi kekurangan, yang mana kita terus menerus berjuang mengisinya.

Jadilah kita para pengejar dunia yang tegar dan tertipu.

Sebab itu, orang-orang yang selalu mengisi hatinya dengan rasa syukur, akan selalu diberikan kecukupan dalam hidupnya.

Bagaimanapun, vibrasi hati kita sangat halus. Umpama rambut dibelah tujuh.



Kadang kita rasa sudah banyak bersyukur, namun sebenarnya kita bersyukur bukan kerana kita benar-benar bersyukur, tetapi kita berusaha menarik nikmat dari Tuhan dengan bersyukur.

Inilah tipuan-tipuan nafsu kita.

Kata Iblis kepada Tuhan,

“Semua hambaMu akan aku sesatkan, kecuali mereka yang ikhlas”.

Maka ikhlas adalah kuncinya.

Ikhlaslah dalam bersyukur.
Jangan kita ‘trick’ Tuhan yang Maha Mengetahui dengan ilmu kita yang secuil ini.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sunday 1 September 2019

Salam Maal Hijrah 1441



Semua yang sedang terjadi, adalah terbaik dari Tuhan buat diri mu.

Akalmu menolak, itu kerana pengetahuanmu belum sampai untuk mengetahui rahsia-rahsianya.

Namun sebaik manapun rancangan Tuhan untukmu, tetap tidak akan terasa kecuali kau Ikhlas dan Pasrah.

Melalui sikap Ikhlas dan Pasrah, akan kau lihat semua keindahan yang selama ini diselubungi oleh ilusimu.

Salam tahun baru 1441 Hijrah 😊🙏

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Friday 30 August 2019

Wajib Disukai Semua



Tidak semua orang wajib suka pada kita. Kita pun tidaklah wajib membuat semua orang suka pada kita.

Umumnya, orang akan suka pada kita kalau kita memiliki sesuatu yang akan memberikan manfaat kepada mereka.

Jika orang tidak nampak yang kita akan memberikan manfaat kepada mereka, maka kita takkan ada tarikan apapa bagi mereka.

Sebab itu, berhentilah menjilat orang agar orang suka kita. Lalu fokuslah perbaiki diri kita, tingkatkan ilmu, skil, dan berbagai aset lain yang bernilai tinggi.

Automatik orang akan mendekati, menyukai dan menyokong kita. Tanpa kita minta sama sekali. Tanpa kita iklan sama sekali.

Sukses adalah tarikan bagi semua orang. Semua orang suka pada orang-orang yang sukses. Kerana, Sukses itu Seksi.

Jangan salahkan orang kalau mereka tidak suka pada anda. Salahkanlah diri sendiri kerana anda malas memperbaiki diri dan menambahkan aset diri anda.

Berhentilah menyalahkan orang, dan mulakanlah mengalahkan sifat negatif diri anda sendiri.

Ingat, Sukses itu Seksi!

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Thursday 29 August 2019

PENDERITAAN YANG BERULANG



Saya maklum,

Ramai orang sedang merasa hidupnya susah, sempit dan menderita dengan berbagai masalah.

Kita perlu melihat dengan mata hati, melihat alasan baik atau alasan mulia disebalik kesusahan dan penderitaan yang kita alami ini.

Alasan baik atau alasan mulia disebalik masalah yang terjadi, ini yang dikatakan sebagai HIKMAH.

Tanpa masalah, tiada kesusahan....
Tanpa kesusahan, tiada penderitaan.....
Tanpa penderitaan, tiada pengajaran yang kita ambil.

Hanya melalui masalah kita akan merasa kesussahan. Hanya dengan kesusahan, kita akan merasa derita, hanya dengan merasa derita kita akan mula mengambil pelajaran, dan hanya dengan mengambil pelajaran maka kita akan tumbuh dan berkembang menjadi orang-orang yang kuat, pintar, bijaksana dan sukses.
.
.
Harus diingat dengan baik........ PENDERITAAN YANG SAMA AKAN TERUS BERULANG, SEHINGGA KITA MULA MENGAMBIL PELAJARAN.

#HIKMAH

... Love no Limit ...

Wednesday 28 August 2019

KRISIS CHAKRA PUSAT



Ada waktu anda merasa masa depan anda tidak jelas. Anda tidak tahu apa nak buat. Anda tidak pasti apa sebenarnya yang anda inginkan di dalam hidup anda.

Anda buat sesuatu tidak selesai, lalu buat benda lain lagi. Anda merasa pendirian anda tidak tetap.

Familiar tak dengan situasi di atas?
Mungkin anda pernah mengalami, atau sedang mengalaminya.

Dan anda bingung nak buat apa. Betul?

Ok.... teruskan membaca.

Sebenarnya anda sedang mengalami kelemahan tenaga di chakra pusat, iaitu satu titik tenaga yang terletak di perut anda.

Kalau cakra pusat kita lemah, kita akan mudah mengalami masalah kesihatan di perut. Pencernaan dan penghadaman tidak lancar.

Dari segi mental, perasaan mudah kena anxiety. Keyakinan diri jadi lemah. Merasa masa depan tidak terjamin. Selalu ada rasa insecurity.

Fikiran tidak dapat fokus. Ia suka lompat-lompat jadi ‘monkey mind’. Kejap sini kejap sana. Alih-alih tiada apa yang siap.

Keyakinan erat hubungan dengan perut. Kerana perut adalah pusat perasaan atau pusat minda bawah sedar.

Oleh kerana perut ada masalah, maka keyakinan dan jati diri seseorang pun akan ikut  terpengaruh.

Majoriti manusia sekarang mengalami krisis keyakinan. Meragui keupayaan diri sendiri bahkan meragui keupayaan Tuhan.

Di Qi center, kita sering menerima aduan berkenaan masalah ini. Banyak sangat. Tahap kronik pun ramai.

Kenapa majoriti manusia kena macam ni? Ini adalah kerana diet yang tidak baik, serta sikap yang kebiasaan terburu-buru di dalam hidup.

Punca utama adalah gangguan di energi di cakra pusat.

Maka jagalah perut.
Sering-seringlah puasa.
Rajinlah meditasi atau bertafakur.
Jangan lupa, gunakan Wangian 7 Aura.
InsyAllah banyak manfaatnya.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 26 August 2019

Spiritual Side Of Sex



Dua orang yang melakukan hubungan seks, secara fizikal melakukan ‘pertukaran DNA’ yang akan mengubah struktur DNA masing-masing.

Dan secara spiritual mereka sedang melakukan ‘pertukaran energy’. Pihak yang energinya rendah akan menarik energi dari pihak yang energinya lebih tinggi.

Ertinya kalau pasangan seks anda kurang tuah dan banyak sial, maka energi tuah anda akan ditarik olehnya untuk memenuhi keperluannya. Begitu juga energi-energi lain, terjadi pertukaran data.

Kalau anda ada 10 energy positif, dan pasangan anda 0 energy positif, energy anda akan dibahagi dua sehingga anda masing-masing ada 5 energi positif.

Hati-hatilah dengan siapa anda membuat ‘pertukaran DNA’ serta ‘pertukaran energi’.

Be wise my friend.

... Love no Limit ...
-Master Umar Paranorms

Bahasa Cakra

Gambar dari Google


Bahasa Gelombang Energi

Jika seseorang menggunakan vibrasi Cakra Jantung, maka dia menggunakan bahasa manusiawi yang ada cinta kasih, tolerensi, kerjasama dan perpaduan.

Jika seseorang menggunakan vibrasi Cakra Pusat, maka dia menggunakan bahasa individual yang tegas, disiplin, rutin, dan most of the time go by the book, tiada kompromi.

Dalam aspek meluaskan bisnes, harus menggunakan vibrasi cakra jantung, agar boleh membina network. Ini sesuai untuk golongan boss, dan orang marketing.

Untuk menjaga dan mengurus bisnes, bahasa cakra pusat lebih utama digunakan agar sistem dan KPI terjaga. Ini sesuai bagi golongan eksekutif, sales dan operasi.

Jika cakra jantung kuat, ia melemahkan cakra pusat. Jika cakra pusat dominan, ia melemahkan cakra jantung.

Tiada yang lebih baik kerana tiada perbandingan. Masing-masing terbaik pada bidang masing-masing.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

MERASUAH TUHAN?



Ada beberapa orang bertanya, soalannya serupa.

“Tuan, benarkah dengan bersedekah itu menggandakan rezeki?”

Saya jawab,

“Benar”.

Mereka soal lagi,

“Saya sudah bersedekah. Banyak kali. Tapi rezeki saya tidak seperti yang saya harapkan”.

Saya jawab,

“Ohh simple... Anda bukan bersedekah. Anda bermuslihat dengan Tuhan. Sama ketika anda bagi gula-gula kepada anak anda, dan anda suruh dia buat suatu kerja”.

“Bukan perbuatan zahir sedekah yang menggandakan rezekimu. Tapi keikhlasan dan perasaan berlimpah di hatimu ketika engkau memberi sedekah, itulah pengganda rezekimu”.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Elakkan Berbahas Semata-Mata Menjaga Ego



Berbahas itu sebenarnya adalah, kita berusaha keras memintarkan orang yang telah memilih secara mantap dan teguh untuk kekal bodoh.

Maka teman-teman yang saya kasihi, elakkanlah berbahas. Kecuali perbahasan itu bakal memberikan anda kemenangan sebuah hadiah atau projek bernilai besar.

Mengalah bukan bererti kalah. Tapi mengelak daripada ikut jadi bodoh.

Morning my wonderful friends 😊✌️

#REPOST 2018

... Love no Limit
- Master Umar Paranorms

Friday 23 August 2019

•Kaya Tanpa Batas •



Rezeki datang selaras dengan Keyakinan kita, dan kadang-kadang selaras dengan usaha kita... Ya hanya kadang-kadang rezeki selaras dengan usaha kita, iaitu kerja atau bisnes kita. Tidak selalu.

Tapi sangat pasti, Keyakinan paling dasar di jiwa kita menentukan jumlah 'peruntukan' rezeki Tuhan dari alam semesta berlimpah ini buat kita. Ini pasti.

Kalau keyakinan terdalam kita rm 1k sebulan, maka alam merespon rm 1k. Kalau kayakinan terdalam kita rm 10k sebulan, atau rm 100k sebulan, atau rm 1j sebulan, maka Tuhan melalui mekanisme alam semesta merespon sedemikian.

Anda tahu, transaksi harian di seluruh dunia melebihi 200 billion usd sehari, menurut pacik google.

Ini baru transaksi sesama manusia. Belum kira sumber-sumber alam semulajadi. Alam ini penuh kelimpahan yang tidak terbatas. Dan benar-benar kita hanya diberi peruntukan mengikut kelayakan kita yang dinilai oleh sistem alam semesta mengikut 'kadar keyakinan' kita terhadap rezeki Tuhan.

Kita ini kaya raya, cuma akaun kekayaan kita di alam semesta di 'block' kerana kesedaran rohani kita yang masih terbatas.

Saya pun masih melatih diri untuk semakin menguak kesedaran rohani dan meningkatan terus keyakinan kepada kekayaan Allah.

Sebagai ciptaan Allah yang terbaik, wang dicipta untuk jadi tunggangan kita, rumah, kereta, perhiasan dan seluruh elemen alam dicipta untuk menjadi tunggakan kita, bukan untuk menunggang kita.

Bila masa dunia menunggang kita? Iaitu ketika hati kita lebih membesarkan hal duniawi daripada hal-hal budi, akhlak, hal kerohanian dan ketuhanan.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 21 August 2019

AURA GOLDEN WAVE 2019



ALHAMDULILLAH YA, SAYA CANTIK.

Tahukah anda, semakin banyak anda melakukan aktiviti luahan perasaan, anda sebenarnya sedang MEYAKINKAN molekul dalam tubuh, dan secara berterusan akan benar-benar menjadikan kerunsingan serta kerisauan anda semakin teruk dan bertambah.

Sebagai manusia biasa, anda berhak untuk meluahkan perasaan dan melepaskan rasa marah daripada terus menjadi beban dan racun dalam badan.

Eeh, mana satu ni?
Mula-mula bilang meluahkan perasaan tidak bagus.
Kemudian melepaskan perasaan bagus pula?
Bagaimana ini?

Hahahaha.

RASA MU, ADALAH DOA MU.

Ini hanyalah frasa yang saya pinjam dari Master Trainer Vibration Quantum, Arif RH.

Teman-teman sekalian...
Ketahuilah bahawa doa yang paling mantap itu bukanlah doa yang paling terpanjang dan paling berbunga-bunga bahasanya.
Tetapi doa yang mantap dan berkesan itu, adalah DOA YANG DISERTAI DENGAN RASA DAN EMOSI.

Ramai diantara kita, yang mederita kerana doa yang TERSALAH SANGKA.
Kita menyangka bahawa Tuhan itu mendengar doa-doa yg panjang, padahalnya bukan itu yang jadi ukuran.
Andaikata Tuhan itu HANYA mendengar ayat siapa paling terpanjang, sungguh kasihan dan teraniaya lah orang-orang yang pekak dan bisu kerana doa mereka tidak didengari oleh Tuhan.
Tidak begitu?

Yaaaa, alam semesta adalah SEBUAH MEDIUM yang diciptakan oleh Tuhan, sebagai PERANTARAAN untuk melaksanakan kuasa NYA kepada hamba.
(Menurut kepercayaan Muslim, mustahil untuk Allah turun ke bumi bersalam dengan anda secara peribadi, dan mengenalkan diriNya Tuhan, bukan?)

Dan sifat alam semesta ini, ia melaksanakan perintah Tuhan untuk menjadikan doa dan permintaan anda dikabulkan, SECARA TELUS DAN TULUS TANPA PREJUDIS TIADA TAPISAN.
Semua kaum, bangsa dan agama akan didengarinya dan dijalankan secara saksama atas prinsip "Semuanya adalah ciptaan Tuhan yang sama."

Naaaah, here comes a tricky part.
Disebabkan hanya manusia saja yang berkomunikasi secara verbal, maka kita mula menyangka bahawa lidah dan mulut adalah alat universal yang boleh dipakai dimana sahaja.
Lalu kita terlupa, bahawa alam semesta tidak berkomunikasi dengan kita melalui mulut.
Alam mendengar doa dan hajat kita, melalui PERASAAN-PERASAAN DAN EMOSI KITA.

Perhatikan setiap kali kita berdoa. Apakah kita benar-benar menjiwai DOA KITA sendiri?
Ataukah kita hanya sekadar membaca tulisan atas kertas?

Ketika kita meminta kekayaan, adakah kita benar-benar yakin sudah MERASAKAN KEKAYAAN ITU.
Dan adakah jiwa kita merasa tenang seperti diberikan JAMINAN?

Ataukah sebenarnya kita memancarkan perasaan MISKIN, SAKIT, TERANIAYA DAN TERBIAR, lalu MASIH TETAP WAS-WAS pada jaminan Tuhan?

Mengakulah. Kita masih was-was ketika berdoa, malah lebih yakin kepada boss kita dalam berjanji kan?

Ketika kita meminjam wang, atau dijanjikan bonus oleh boss, hati kita sungguh tenang, bahagia dan gembira, WALAUPUN duit itu belum dapat ditangan, atau dibayar pada hujung bulan.
TETAPI, adakah sama situasi emosi, mental dan keyakinan kita sebegitu, setelah selesai berdoa meminta pertolongan dan bantuan dari Tuhan?

Naaaah, baik mengaku. Saya sendiri masih begitu. Hahaha

Ketika kita berdoa meminta perlindungan, atau meminta diselamatkan, adakah kita betul-betul merasa selamat, ataukah semakin risau dan takut berterusan tidak diselamatkan oleh Tuhan?

Alam semesta ini mempunyai mekanisma pengaturan yang unik, dimana ia tidak memproses data secara verbal berpandukan arahan lisan. Sebaliknya ia menurut perintah emosi dan fikiran.

Dalam konsep ilmu quantum metafizik, telah dikatakan bahawa..
ENERGY FOLLOW THOUGHT.

Dan di dalam hadis ada dinyatakan firman Tuhan bahawa..
"Aku mengikut sangkaan Hamba-hamba ku."

Berpandukan konsep ini, kita dapati bahawa sebenarnya selama ini, kita banyak berdoa secara salah.
Para Nabi dan Rasul, alim ulama, sufi dan ahli spiritual, MENANGIS DALAM IBADAH kerana cintakan Tuhan, rindukan Tuhan, inginkan bersama dekat dengan Tuhan.

Tetapi kita hari ini, disuruh menangis kerana harta yang sedikit, kerana hutang yang banyak, dan masalah yang bertimbun dan kerana marah sakit hati kepada musuh kita.
Tangisan kita DIEMFASISKAN seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula, serta marah kerana orang buli kita.

TIDAK SALAH MENANGIS CARA BEGINI.
Silakan menangis mengadu-ngadu pada Tuhan. Adukan semuanya sesedap rasa dan hati anda.
Namun jangan lupa, ubah rasa, emosi dan mentaliti anda selepas itu.

Begitu juga dengan kata positif.
Pujian kosong, atau afirmasi yang tiada emosi tidak akan memberikan spark pada hati nurani anda menjadi bahagia.
Ketika anda mengatakan anda senang dan gembira, tetapi dihati anda menyimpan beribu pendaman emosi dan perasaan, alam semesta akan semakin mengamplify dan menguatkan lagi kejadian-kejadian yang menambah perasaan itu semakin banyak.

Kerana doa mu adalah rasa mu.
Banyak ORANG BAIK, menderita dan mati awal bukan kerana perbuatan jahat orang, tetapi atas IZIN dirinya sendiri melalui doa (Rasa) nya yang termakbul.
Bukan silap alam semesta, tetapi silap kita yang lalai dari menerima dan memancarkan informasi kepada alam semesta.
Sebab itu orang dahulu kala, mempelajari dan mahir dalam ilmu GERAK RASA atau DIVINATION.

(Akan ditulis dalam posting berlainan, insyaallah)

Lalu ada yang bertanya..
"Jadi kalau emosi kita adalah doa, kenapa musuh-musuh Islam atau diri saya sendiri, sampai hari ini belum ada yang mati-mati, dan menderita sedangkan saya sentiasa doakan mereka dengan penuh emosi dan perasaan selepas solat?"

Naaah, disana lagi silapnya.
Doa mu sudah temakbul, tapi kau LUPA, bahawa yamg MEMANCARKAN DAN MENERIMA HASIL DOA ITU SENDIRI, adalah DIRIMU.

Manusia itu walau berasingan dan berpisah secara zahir, SEBENARNYA masing-masing adalah bersambung.
Ketika kita mendoakan seseorang bahagia, jadi kaya, dan sihat, sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri.

We are the MAGNET of what we THINK and FEEL.

Ketika kita berdoa, kita memancarkan frekuensi atas apa yang kita rasakan, dan menarik serta memanifestasikan apa yang ada dalam diri kita sendiri berdasarkan rasa dan emosi kita.

Semakin baik doa kita, semakin baik-baik kehidupan kita.
Semakin buruk doa kita, semakin buruk-buruk kehidupan kita.
Semakin kita berdoa supaya orang lain makin kaya, smakin kaya kita jadinya.
Semakin kita berdoa orang lain musnah, binasa dan menderita, maka begitu juga dengan kehidupan kita.

Malah semakin yakin kita merasa diri kita teraniaya, maka semakin benar kejadian itu dizahirkan dalam hidup kita.

Ada yang tanya..
"Adakah ikan emas juga dikabulkan doanya melalui emosi?"

Ya, binatang dan tumbuhan juga dikabulkan permintaan mereka melalui emosi. Dan kerana binatang mengamfasiskan sifat binatang, sebab itulah binatang menjadi mangsa kepada binatang yang lain dalam rantaian makan yang berterusan selama-lamanya.

Ini berkaitan juga dengan hukum law of abundance dan law of karma.

Ahhhhhh, ini kita sambung saja di kelas..

GOLDEN AURA WAVE.
GOLDEN AURA WAVE.
GOLDEN AURA WAVE.

Untuk menangis, kita juga HARUS PROFESIONAL.
Ketahui rahsia emosi, fikiran, dan perasaan dalam menjadikan dunia anda menjadi seperti apa yang anda inginkan.

Adakah selama ini anda merasakan doa anda belum termakbul?
Ataukah rupa-rupanya sudah dimakbulkan, tetapi dalam bentuk berlainan?
Dan betulkah anda sudah berdoa dengan cara yang betul, atau masih merasa teraniaya dan yakin diri anda masih terus menderita, walaupun sudah dijanjikan bantuan dan pertolongan dari Tuhan?

Sebarang pertanyaan mengenai kelas Aura Golden Wave, bolehlah menghubungi Hotline QI dibawah.

SENYUM RILEKS PASRAH

Anda berminat untuk mengikuti sesi Kelas Online seperti ini? Atau mendapatkan Terapi Gelombang Aura untuk apa juga penyakit? Atau 'cleansing&shielding' harta benda anda daripada 'black magic & bad aura'?

Hubungilah crew kami di Qi Center, utk temujanji kelas, atau terapi.

Selamat berbahagia selalu.....

With Lots of Love
- Qalam Ilahi Wellness Center

Tuesday 20 August 2019

BERSERAH SEPENUHNYA.



Ketika kau telah berserah pada Allah,

Maka kekuatanmu adalah dariNya,
Kebijaksanaanmu adalah dariNya,
Bekalan rezekimu adalah dariNya,

Ujian yang diberikan olehNya kepadamu adalah cara Dia meruntuhkan egomu agar kau mula belajar merendahkan hati dan kembali berserah diri padaNya.

BersamaNya, tiada yang mustahil untuk kau capai. Sedarilah kehadiranNya di dalam setiap keluar dan masuk nafasmu.

Dia mencintaimu, walaupun kau tidak menyedarinya.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 19 August 2019

ILMU NAFAS, RAHSIA KEHIDUPAN



Dulu saya pernah mengalami perasaan rendah diri yang sangat kuat serta perasaan malu yang tidak bertempat.

Ini sebuah masalah besar bagi saya. Mengapa? Kerana saya ingin melakukan sesuatu yang mengikut fikiran saya perlu dan penting akan tetapi perasaan rendah diri dan rasa malu jadi penghalang.

Agak lama baru saya fahami akan kaitan fikiran dan perasaan dengan pusat-pusat tenaga di badan. Ternyata perasaan yakin dan berani itu adalah sebuah tenaga yang di jana oleh pusat tenaga.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Keyakinan diri sangat bergantung kepada kekuatan tenaga dari chakra pusat, lokasinya di perut. Jika pusat tenaga ini lemah, memang sangat pasti seseorang akan mengalami rasa rendah diri dan rasa malu yang rendah bahkan kritikal.

Selain itu, ia menyebabkan seseorang terlalu banyak fikir, terlalu banyak pertimbangan dan sering ragu-ragu. Fikiran sering berilusi yang mengada-ngada, tidak benar dan tidak ada.

Dari segi fizikal pula, seseorang akan mengalami masalah kesihatan pencernaan dan penghadaman.

Memahami hakikat ini membuat saya mencari solusi. Ini tidak boleh jadi. Sampai bila hidup begitu, selalu suka memencilkan diri, hidup dalam dunia kecil hasil ilusi sendiri.

Ilmu pernafasan memberikan saya perubahan yang sungguh luar biasa. Latihan pernafasan yang benar membuat tenaga terkumpul dengan baik dan padat di chakra pusat, yang kemudian limpahan tenaga itu akan mengisi dan menguatkan pula chakra-chakra lainnya.

Sebab itu saya sangat suka dan sentiasa menjaga latihan pernafasan. Kerana saya telah mengalami sendiri manfaat-manfaatnya. Bukan teori semata, tapi pengalaman secara langsung.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Nafas adalah penawar, nafas adalah ubat, nafas adalah keyakinan, nafas adalah isi, nafas adalah hidup. Orang suka mencari solusi di luar, padahal di dalam diri ada semuanya, bekalan lengkap tiada kurang.

Sangat sayang, ramai orang suka hasil yang segera. Belajar ilmu nafas mahu segera hasilnya. Kalau sehari dua tiada nampak perubahan yang diinginkan, dia terus stop latihan. Ini mental instant. Mental yang tidak tahan banting. Mental loser.

Kita tidak akan menghargai sesuatu yang kita dapat bukan dari hasil perjuangan yang berat.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Selain pernafasan, cara alternatif paling mudah untuk menguatkan cakra pusat adalah dengan memakai batu permata kuning seperti citrine, amber, sandstone, tiger eyes, cat eye dan apa apa yang kuning. Paling owsem adalah sunstone, akan membuat cakra pusat bersinar terang benderang.

Tapi pastikan, sistem energi anda dan energi dari batu sudah di tuning atau diselaraskan. Ia umpama setting antena astro, perlu setting agar frekuensi antara antena dan pusat pemancar siaran utama bertemu harmoni.

Begitulah ceritanya. Semoga tercerahkan.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms -

Sunday 18 August 2019

PENGALAMAN TERAPI MASALAH CINTA



Sejak melakukan terapi insan dari tahun 2006.......

Saya menemui dan menangani pelbagai ragam masalah perhubungan cinta dan rumahtangga, dari semua lapisan masyarakat golongan rakyat umum sampai ke VIP dan VVIP..........

Menariknya...... Saya dapati dari hasil pemerhatian saya, sesiapa yang mengalami masalah cinta khasnya yang selalu bertengkar, bergaduh dan berselisih faham, pasti mengalami masalah ekonomi...........

Makin sering dan panjang waktu pergaduhan, pertengkaran dan perselisihan faham itu, akan makin merosot rezeki serta kondisi ekonomi keluarga berkaitan.........

Kesimpulan saya dari penelitian ini adalah............

Pergaduhan, pertengkaran dan perselisihan faham yang terjadi pada mana-mana pasangan bercinta, suami isteri, adik beradik, keluarga dan organisasi mana pun akan menghalang kelancaran rezeki pihak yang berkenaan.........

Sebaliknya, pasangan atau institusi dan organisasi yang penuh cinta dan kasih sayang pasti lancar rezekinya, berkembang dan semakin kukuh ekonomi mereka...........

Mudah-mudahan dari coretan ini kita mendapat secercah pencerahan atas persoalan mengapa rezeki dan ekonomi kita masih terus sempit, datar atau semakin merosot.........

Cinta itu getaran energi super power yang sangat luar biasa mengundang dan menarik rezeki berlimpah kepada kita.........

Percayalah...... This is so real!

Di kelas Eksklusif Aura Golden Wave, saya akan huraikan lebih lanjut tentang rahsia-rahsia disebalik misteri rezeki..........

Selamat berbahagia selalu.......

... Love no Limits ....
- Master Umar Paranorms

Saturday 17 August 2019

SEMAKIN DEKAT, SEMAKIN MUDAH DIKECEWAKAN.



Tahu tidak ya........

Orang yang paling berisiko menyakitkan hati kita adalah orang yang paling hampir dan rapat dengan kita.........

Kenapa boleh?

Mudah jawapannya...... Makin dekat seseorang di hati kita, makin mudah dia menyentuh, menikam atau menghancurkan hati kita. Kalau orang jauh tiada masalah, dia tidak dapat menyentuh pun hati kita kerana jaraknya yang jauh.........

Sikap mudah bersimpati, mudah menyayangi, dan mudah mencintai itu sebetulnya risiko besar buat kita kerana itu bermakna kita menempatkan orang lain di posisi di mana dia dengan mudahnya menyentuh dan mencederakan hati kita.........

Kecuali...... Rohani kita kita sudah cukup kuat di mana sifat pemaaf kita sudah demikian besar, dan kita sentiasa ikhlas memberikan kasih dan sayang tanpa mengharap apapa balasan.........

Memberikan kasih dan sayang, tanpa syarat apapa, tanpa harapan untuk dibalas dalam apa juga bentuk.... Inilah bentuk rohani yang super luar biasa. Saya mengaku, saya masih jauh dari level ini dan harus berjuang keras untuk mencapainya........

Mudah kecewa dan sakit hati, adalah tanda kita masih jauh dari level ini, level cinta tanpa alasan.........

Telah tahukah kita?

Kecewa, sakit hati dan benci itu adalah satu beban rohani yang begitu dahsyat? Ia mampu menjadi perosak kesihatan kita. Ia juga menjadi sebab utama tersekatnya rezeki kita. Ia punca besar kita sering gagal dan mengalami nasib-nasib sial.......

Kenapa ya?

Sesungguhnya..... dan sebenarnya......

Apabila kita kecewa, sakit hati dan benci pada orang lain, kita sebetulnya sedang membenci 'bahagian dari diri kita sendiri'.

You are hating yourself!
You are blaming yourself!
Your are condemning yourself!
You are cursing yourself!

Lalu semua itu kembali kepada diri kita sendiri....

Kecewa, sakit hati dan benci pada orang lain itu mewujudkan ketidakseimbangan pada diri kita di level quantum/aura/energi, iaitu di mana pada level ini kita semua sama, satu dan saling berhubungan..........

Jadi sahabatku semua........

Jika benar adanya kita mahu bahagia, fahamilah bahawa kita harus memaafkan siapapun juga yang kita rasa pernah menyakiti dan mengecewakan kita.....

Sedarilah bahawa kecewa, sakit hati dan benci yang kita pelihara di hati kita ini adalah mayat hidup yang busuk yang selalu kita usung selama ini......

Lepaskan lah.... Let go lah.... ikhlas lah..... Lalu hiduplah lebih bahagia, kerana bahagia itu adalah hak abadi kita semua.......

Semoga kita semakin tercerahkan......

... Love no Limits ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 14 August 2019

Kebijaksanaan Maha Tinggi



Allah yang ku kenal Maha Baik dan Maha Sakti. AturanNya selalu aneh.

Dia selalu memberikan aku jalan yang bertentangan dengan kemahuanKu, tapi hasilnya sentiasa lebih baik dari jangkaanku.

Dia ingin aku selalu sedar, ilmu ku dan perancanganku tiada apapa dibanding ilmu dan perancanganNya.

Berulang kali aku di ajar olehNya.
Dan dengan begitu,

Seburuk manapun situasi dan kondisi, aku selalu yakin bahawa itulah proses dariNya yang diperlukan untuk menuju dan mencapai suatu kebaikan buatku

AturanNya selalu indah, hanya hati kotorku yang sering melihat keburukan.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

INSAF



Kadang aku malu minta dunia, kerana imanku juga masih lemah.

Minta dunia pasti tidak menaikkan iman, tapi minta iman sudah pasti menaikkan dunia.

Itu janji Allah, dan itu hukum pasti. Bahawa dunia tunduk melayani orang-orang yang melayaniNya.

Jika duniaku membaik, tapi imanku masih lemah, umpamanya Allah sedang menggerakkan aku naik ke gunung tinggi yang indah, tapi bakal jatuh menjunam ke jurang derita.

Indah dunia itu adalah fatamorgana. Indah mengasyikkan tapi penuh tipuan di penghujungnya.

Tapi jika imanku membaik tapi duniaku masih kelihatan kurang, itu hanya sementara. Allah sedang dipersiapkan segalanya agar semakin baik bagiku.

Dunia hanya akan jinak dan lunak jika diurus oleh hati yang baik imannya. Kita wajib menguasai dunia, tapi dengan iman yang sudah teguh di hati.

Jika tanpa iman yang baik, samada dilimpahi dunia atau disempitkan dunia, dalam dua keadaan ini, kita pasti jadi boneka dunia. Perasaan kita dan hidup kita dipermainkan dan dimanipulasi dunia.

Apa tanda-tanda iman kita makin baik?

Iaitu ketika kita sebut namaNya hati kita bergetar, sayu, syahdu dan sendu.

Allah yang ku kenal Maha Baik dan Maha Sakti. AturanNya selalu aneh.

Dia selalu memberikan aku jalan yang bertentangan dengan kemahuanKu, tapi hasilnya sentiasa lebih baik dari jangkaanku.

Dia ingin aku selalu sedar, ilmu ku dan perancanganku tiada apapa dibanding ilmu dan perancanganNya.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 13 August 2019

TAHAP PENYEMBUHAN



3 Tahap Penyembuhan
•••

1. Tahap pembersihan karma (energi negatif hasil buat salah pada sesama makhluk), energi negatif paling besar di akar cakra-cakra. Inilah akar segala penyakit dan masalah. Kod energi yang paling mengaruhi kewujudan dan hidup.

2. Tahap pembersihan mental blocks. Energi negatif di lembaran daun-daun cakra. Ini energi lapisan kedua. Degilnya pun luar biasa.

3. Tahap healing. Energi negatif di tubuh aura. Ini agak mudah dibersihkan.

***

Kadang orang mengharapkan penyembuhan segera, tanpa mereka mahu faham dan sedar betapa banyak timbunan karma dan mental blocks yang mereka simpan dalam jangka hayat hidup mereka selama ini.

Ada penyakit dan masalah tertentu yang mudah sembuh. Memang, kerana ia hanya energi negatif di medan aura.

Jika karma-karma dan mental blocks belum bersih, maka penyakit-penyakit dan masalah-masalah akan tetap datang. Sembuh sekejap penyakit A, ada lagi penyakit B. Selesai masalah C, ada lagi masalah D.

Ketika karma-karma dibersihkan, hutang-hutang dosa tetap perlu dibayar. Jadi pada fasa ini, sila jangkakan bahawa hidup memang akan tunggang-langgang.

Tapi sabarrrrr... Jangan cipta karma-karma baru. Jalani dengan gagah. Jangan sakiti orang lain, walaupun hanya sekadar sumpahan di dalam hati. Itu tetap mencipta karma, yang nantinya menuntut pembayaran.

Bagitulah misteri, unik dan indahnya senario kehidupan. Makin di fahami, makin indah dan uniknya hidup ini.

So anda yang sedang mencari penyembuhan dan perubahan hidup, fahamilah rahsia ini.

Di kelas-kelas Qi Center, rahsia-rahsia sebegini akan kita huraikan dengan lebih panjang dan detail.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 12 August 2019

TAUHID DALAM PENYEMBUHAN (Part 1)



Tauhid itu secara ringkas ertinya meng-Esakan Tuhan.

Menge-Esakan Tuhan itu adalah hal Keyakinan. Kerja Hati kita.

Kalau kita menghina dan merendahkan keyakinan atau Tuhan yang diyakini oleh orang lain, itu bukan Tauhid... Itu cari gaduh 😆

Kita ingin meng-Esakan Tuhan, bukan membandingkan Tuhan.

Lagipun, Tuhan hanya satu, tapi cara meyakini dan menyembah Tuhan itulah yang sangat banyak dan beragam.

Jika kita membandingkan Tuhan masing-masing, kita sebenarnya hanya membandingkan keyakinan kita tentang Tuhan, bukan membandingkan Tuhan. Besar bezanya.

Untuk apa ber-Tauhid?

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Supaya kita tahu, faham dan yakin bahawa:

*
Dia lah yang Maha Hidup Abadi... Kita semua ini hidup hanya sementara. Kita selalu bersedia untuk kembali pulang kepadaNya, tidak terlalu leka dengan fatamorgana dunia. Ketika kita telah tauhid dengan sifat hidupNya, kita telah terhubung dengan keabadian.

*
Dia lah Yang Maha Tahu secara mutlak... Pengetahuan kita ini terbatas dan tidak perlu disombongkan. Jangan terlalu sedih kalau tidak dapat ikut kursus mahal dan berguru dengan guru kelas international, kerana semua ilmu adalah ilmuNya, diberikan kepada orang-orang yang mendekat dan mencintaiNya. Ketika kita telah bertauhid, meng-Esakan ilmuNya, atau meyakini semua ilmu adalah IlmuNya, kita telah terhubung dengan sumber segala ilmu.

... Love no Limit ...

#SilakanShare
- Master Umar Paranorms

•Pintu Rezeki atau Sumber Rezeki, Mana Lebih Utama?•



Pagi ini saya merenung.........

Banyak orang, termasuk lah saya sendiri menjadikan facebook, instagram, blog dan lain-lain medium pemasaran online sebagai satu pintu rezeki yang sangat besar dan lumayan.

Maka sibuklah saya dan para internet marketer sekalian membina personal branding di channel masing-masing. Sedaya upaya membina nama dan menjaga nama.

Tadi saya tersentak dengan sebuah suara dari hati saya......

"Apakah jika FB, Instagram atau mana-mana channel pemasaran ini tutup, maka rezeki kita juga akan tutup? Ataukah adakah jika nama baik atau personal branding yang kita bina itu rosak entah oleh fitnah atau oleh aib-aib kita yang terbuka dan viral, maka rezeki kita pun akan habis?".

Saya jadi muhasabah diri......

Ternyata keyakinan saya ada sedikit melencong. 'Sedikit', tapi akibatnya besar dan menyeluruh terhadap jumlah dan keberkatan rezeki.

Saya bergantung harap pada pintu rezeki, bukan pada Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

RezekiNya boleh sampai kepada saya, kepada kita semua, dan kepada sesiapapun, tanpa harus dan mesti melalui satu pintu rezeki saja.

Kerana Allah mengikuti prasangka kita, maka jika kita menyangka bisnes kita atau kerja kitalah yang bagi rezeki, itulah kita dapat. Setakat itu, seluas prasangka kita saja.

Apa yang kita yakini itulah kita perolehi, menurut Law of Believe.

Syirik yang begitu halus menyusup dengan begitu senyap ke hati kita. Syirik yang meniupkan pelencongan keyakinan bahawa FB, Instagram, bisnes dan kerja lah yang memberikan kita rezeki. Kalau itu semua terganggu atau hilang, maka hilang jugalah rezeki kita.

Kekayaan Allah melebihi semua itu. Kasih sayang dan pemurahNya Allah melampui semua itu.

Rezekinya Yang Maha Luas boleh saja datang dihantar burung-burung, ditiup angin, dilempar ombak, dimuntahkan bumi, dihantar oleh sesiapapun ejenNya di alam ini.

Alhamdulillah.

Bukan kita mahu tinggalkan kerja, bisnes atau stop marketing di channel-channel kita. Tapi hanya perlu meluruskan keyakinan sambil buat lagi semua usaha sehabis baik seolah  hidup ini bakal selamanya.

Biar rezekinya makin melimpah, makin barokah dan makin lancar jaya.

Alhamdulillah... Puji syukur hanya untukNya.

Free to share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sunday 11 August 2019

SAAT MERASA LEBIH TAHU


Saat kita telah merasa lebih tahu, hakikatnya kita telah menjadi lebih bodoh.
Mengapa?

Kerana saat kita merasa lebih tahu, kita telah menutup jalan terhadap kemungkinan adanya pengetahuan yang berbeza.

Saat kita telah merasa lebih benar, hakikatnya kita telah menjadi lebih sesat.
Mengapa?

Saat kita telah merasa lebih benar, kita telah menutup diri daripada mempertimbangkan kemungkinan adanya kebenaran yang lain.

Kita akan semakin menerima isi, di saat kita semakin berusaha kosong.

Egomu adalah berhalamu yang paling besar dan syirikmu yang paling agung.
... Love no Limit ...

- Master Umar Paranorms

Saturday 10 August 2019

YANG TERBAIK DARI TUHAN UNTUK KITA



Tuhan tahu yang terbaik untuk kita.

Keterbatasan kita untuk mengintai hikmah-hikmah yang tersembunyi di dimensi tinggi membuat kita memberontak menentang pilihan tuhan terhadap kita.

Tapi cuba renungkan....

Selama hidup anda,

Telah berapa putus cinta yang anda harus alami sebelum ini untuk membuat anda bertemu dan bersama pasangan terbaik anda sekarang?

Telah berapa banyak kerugian telah anda alami untuk membawa anda ke posisi beruntung sekarang?

Telah berapa banyak kecewa yang anda telah nikmati sebelum anda sebahagia sekarang?

Telah berapa banyak penghinaan yang harus anda telan sehingga anda berada di posisi semulia sekarang?

Dan......... Bukankah dulu semua itu anda protes, anda tentang dan anda tidak redha?

Semuanya adalah proses. Setiap kejadian dan setiap orang hanyalah penghantar ke kejadian dan orang-orang seterusnya dalam hidup anda.

Masih ingat?

Teman...... Kekayaan paling berharga adalah kebijaksanaan memahami pelajaran-pelajaran kehidupan, bukan wang bertimbun atau emas berlonggok.

Syukur dan terima kasih 😊🙏

Silakan share
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Friday 9 August 2019

Pesan Guru



Teruslah merasa bodoh dalam ilmu dan teruslah merasa lapar dalam pencapaian.
Itu cara kita nak keep grow.

Cuma ada part yang tricky sangat di sini.
Kita terus merasa bodoh agar kita lanjut terus belajar, hanya dalam ilmu-ilmu pengurusan dan hal-hal teknikal
Khas di dalam ilmu spiritual, tidak boleh haus ilmu.

Kerana keep tambah ilmu malah menghalang pertumbuhan spiritual.

Di dalam ilmu spiritual atau kerohanian, kita buang ilmu. Kita fanakan ilmu.

Kita keep kosongkan gelas.
Fokus mencapai hening, atau khusyuk.
Tak mungkin boleh hening kalau ilmu sarat di fikiran. Keheningan hanya tercapai ketika fikiran telah ‘zero mind’.

Dapat sesuatu?
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 7 August 2019

KESEDARAN VIBRASI



Vibrasi energi kita pada pagi hari sangat menentukan keseluruhan kondisi vibrasi energi kita sepanjang hari.

Jika kita bangun dengan perasaan positif, kemudian kita beramal dengan amalan-amalan yang memberikan kita perasaan-perasaan positif, maka seharian kita akan penuh daya-daya positif, rezeki yang berlimpah, bertemu orang-orang baik dan sebagainya.

Awal pagi terbaik kita isi dengan zikir-zikir, tafakkur, meditasi, latihan pernafasan, mudras, dan lain-lain lagi.

Melayan telefon pada awal pagi akan menguras energi kita, hasilnya seharian kita jadi lembik kurang bermaya.

Anda mungkin bertanya. Bagaimana meditasi yang benar? Meditasi itu sangat mudah, tubuh anda adalah kunci memasuki meditasi yang sangat hening.

Di kelas belajar aura, saya bimbing murid-murid untuk meditasi dengan benar, sehingga anda boleh meditasi di mana dan bila-bila anda inginkan.

Meditasi adalah cara terbaik mengumpul energi serta menembakkan energi ke arah mana-mana tujuan hidup yang kita inginkan.

Sudahkan anda meditasi pagi ini?

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 5 August 2019

PERUT = TABUNG TENAGA



Perut (pusat) adalah pertemuan antara minda sedar dan minda bawah sedar. Pertemuan antara diri invidual dan diri universal. Point where Finite meets the Infinite.

Menjaga tekanan energi yang stabil di pusat akan menjaga keharmonian antara aspek diri zahir dan batin.

Bagaimana caranya?

Banyakkkkk... lain sekolah lain caranya.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Anda yang sudah belajar ilmu-ilmu nafas boleh rajin-rajin latihan nafas perut.

Anda yang sudah belajar reiki boleh asimilasikan energi reiki menjadi prana dan simpan di perut.

Tapi above all, dalam pengalaman saya, mengisi energi di pusat dengan energi kundalini adalah yang paling mudah, pantas dan paling efektif.

Kerana kualiti energi kundalini adalah 1000 kali ganda berbanding prana/chi atau energi 4 elemen alam.

Energi reiki sifatnya lebih kepada pembersihan. Bayangkan fungsi clorox untuk bersihkan kotoran pada pakaian. Energi reiki sangat halus, terbaik untuk fungsi cleansing, dan kurang efektif untuk energising dan empowerment.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Ini pendapat peribadi, hasil latihan dan kajian sendiri. Silakan berbeza pendapat. No problem. Mine is mine, yours is yours 😉

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Orang hanya tahu bahawa kundalini itu ajaran Hindu. Tidak mengapa. Tidak usah belajar. Teruskan salah faham. Biar segelintir orang saja yang belajar. Amannnn 🤣

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Perut adalah pusat graviti kita, samada badan fizikal mahupun lapisan badan aura. Dengan tekanan berat energi pada perut, maka tarikan energi dari semua arah tubuh akan jadi balance. Ia akan menghasilkan rasa kepasrahan, ketenangan, dan kedamaian.

Tubuh adalah sarung bagi mental dan rohani kita. Ada paksi-paksi energi yang perlu diisi lebih dulu untuk memudahkan rohani kita berevolusi.

Kalau paksi-paksi energi pada diri kita tidak terisi dengan baik dalam usaha melatih rohani, inilah yang akan menimbulkan ‘kelainan’ pada badan, perasaan, pemikiran bahkan aspek-aspek hidup kita. Serba tidak harmoni.

Tapi detail cara-cara pengisian energi itu tidak dapat saya hurai di sini. Kena masuk kelas.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Kita tahu merasa cinta, kasih, gembira syukur dan lain-lain high vibrational emotions itu sangat baik. Sangat life changing. Ilmu itu sudah sampai pada kita. Selalu sangat kita dengar dan kita baca di mana-mana.

Tapi, banyak moment di mana kita susah nak feel perasaan-perasaan itu semua. Banyak moment kita begitu susah nak let go emosi-emosi negatif. Padahal kita sudah tahu emosi-emosi tu memang tidak baik untuk kita dan hidup kita.

Tapi kita tetap tidak berdaya merasa positif, apatah lagi mempertahankan rasa positif itu. Betul kan?

Yaa... Sebab perasaan-perasaan adalah dipicu oleh struktur energi pada cakra-cakra dan lapisan tubuh aura kita.

Itu clue untuk anda kaji 😉

Energything is energy.
Energy vibrates.
Life is a vibration game. Play it well.

Silakan share.

Barokallah 😊🙏

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sunday 4 August 2019

SIBUK MENGURUSKAN ORANG



Percayalah... Kehidupan ini akan jadi lebih damai dan membahagiakan kalau kita sibuk mengurus dan membersihkan hati kita sehingga bersinar cemerlang.

Masalahnya... Kita manusia terlalu bernafsu serakah mahu mengurus masalah orang lain, mahu mengurus hati orang lain.

Tidak semua kita berkelayakan jadi Pengurus Orang Lain. Tapi kita semua layak jadi Pengurus Diri Sendiri.

Ada 2 efek sahaja akan terjadi kalau kita menguruskan hal orang.

Pertama, kalau campur tangan kita diterima, kita merasa menang dan pintar, nafsu ego serakah kita makin naik menjulang langit.

Kedua, kalau campur tangan kita ditolak, kita akan sakit hati, yang mana akan berlanjutan ke sakit kepala, sakit jantung, sakit paru-paru, sakit pinggang dan lemah tenaga batin. Ehh, jangan nda tau ya, masalah penyakit hati adalah penyumbang terbesar kepada sakit-sakit fizikal yang kronik.

Kecuali lah anda certified fitness instructor, maka layaklah anda menguruskan orang lain di gym. Itu menguntungkan sebab servisnya di bayar.

Anda..... kena bayarkah menguruskan hal orang lain?

Berbahagialah orang-orang yang mengurus hatinya sendiri.....

Silakan share.

#HEALINGTHEPAST
#HEALINGTHEFUTURE

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

TRAUMA MASA LALU



Trauma masa lalu itu 2 jenis, kalau menurut saya.

Pertama, semua memori negatif yang menimbulkan rasa sedih, kecewa, malu, dan lain-lain emosi negatif.

Kedua, kejayaan dan kegemilangan masa lalu yang membuat hati rasa bangga berlebihan.

Ucapan seperti,

“Saya dulu hidup penuh penderitaan, namun saya bangga sangat kerana berjaya menjalani penderitaan tersebut. Saya yakin kalau orang lain di posisi saya pasti tidak sanggup”, sambil merasa megah.

Ini pun sama, sebuah bentuk trauma. Tersangkut di masa lalu.

Hati-hati dengan perangkap trauma-trauma ni.

Hidup lah di masa kini. Lalui dan jalani tanpa perlu dibayangi oleh masa lalu mahupun ditakuti oleh masa depan.

Akan sangat sukar kita nak tumbuh berkembang to the highest potential kalau kita terus-terusan tersangkut oleh trauma masa lalu dan ketakutan masa depan.

Ucapkan,

“Saya telah berdamai dengan ikhlas dengan masa lalu dan masa depan saya, sepenuhnya!”

Heal your past, and heal your future.

Kalau susah sangat, cari Konsultan W7A untuk bantu healing anda.

Ok bossku?

Kalau ok silakan share.

#HEALINGTHEPAST
#HEALINGTHEFUTURE

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

JADI SUCI VS JADI MANUSIAWI



Belajar ilmu spiritual bukan bermaksud anda akan jadi wali suci yang tiada perasaan dan emosi.

Belajar spiritual means anda belajar mengenali diri anda dan merangkul mesra semua sifat manusiawi anda.

Anda belajar bahawa anda ada emosi dan perasaan, dan anda belajar mengekspresikan perasaan anda dengan baik dan benar.

Anda tahu anda marah, dan anda tahu anda boleh pilih untuk berdamai atau melepaskan perasaan marah itu.

Anda tahu anda sedih, dan anda tahu anda anda boleh berdamai atau menangis sampai rasa tenang.

Anda boleh marah dan anda masih spiritualist.

Anda boleh menyumpah mencarut dan anda masih spiritualist.

Anda boleh kerja sibuk mengejar wang namun anda masih spiritualist.

Mengekspresikan emosi itu adalah membebaskan energi berlebihan dari sistem energi kita.

Ramai orang ‘baik’ memiliki hidup susah kerana mereka tidak pandai melepaskan emosinya, akhirnya emosi itu menjadi ‘negative laf of attraction’.

Anda penuh cinta kasih, namun kalau sesekali anda marah, anda sakit hati dan lain-lain emosi, itu bukan kelemahan. Itu namanya ‘being human’.

Kalau lapar makan, kalau sedih nangis, kalau naik syahwat lepaskan dengan pasangan, kalau kecewa ungkapkan. Its totally fine.

Anda bukan malaikat. Anda manusia yang tecipta daripada unsur alam yang masing-masing ada sifatnya sendiri.

Ini bukan soal apa anda buat, tapi apa kefahaman di sebalik perbuatan anda.

Belajar spiritual membuat anda memahami dan mengelola energi emosi dengan baik. Dilepaskan tanpa kerosakan menimbulkan kerosakan besar.

Manakala kalau anda tidak belajar spiritual, anda tidak belajar mengelola energi emosi, jadinya anda menghambur emosi. Energi jadi sia-sia dan memberi efek kerosakan di muka bumi.

Bezakan antara mengelola emosi dan menghambur emosi.

Emosilah dalam kadar yang berpatutan, pada masa yang berpatutan dan pada orang yang berpatutan.

Ok bosku?

Kalau ok silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Friday 2 August 2019

KERANA YAKIN, KITA SANTAI.



Kerana kita datang dari Allah, maka kita harus yakin bahawa Allah pula lah yang menanggung segala keperluan kita.

Kalau sudah yakin begini, kita tinggal banyak ingat padaNya.

Kemudian kita berusaha semampu dan semaksima yang boleh.

Dan kita selalu pasrah akan proses dan hasilnya.

Kalau hasilnya belum memuaskan, kita muhasabah.

Mungkin di part Keyakinan kita masih lemah.

Atau di part usaha kita belum cukup sungguh-sungguh.

Atau mungkin tawakkal kita belum lurus.

Tawakkal yang lurus itu kata guru, kita berserah padaNya dengan penuh yakin bahawa Dia akan memberikan yang paling baik.

Kerana yakin, kita jadi santai, tidak takut dan tidak cemas, kerana kita merasa Dia ada bersama.

Tanda tawakkal belum lurus adalah, cemas dan takut menggigit di jiwa membuat kita tidak santai dan rileks.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

GETARAN FIKIRAN



Ada waktu dalam sehari, fikiran saya membuat analisis yang membuat hati saya jadi risau, tidak enak dan mengurangkan rasa gembira saya........

Saya bukanlah orang yang tiada kerisauan, tiada ketakutan, dan tiada kesedihan. Adaaa.....  Saya juga masih memiliki sisi manusiawi saya. Risau, takut dan sedih adalah sifat yang ada pada siapupun manusia......

Perjuangan utama saya adalah untuk 'neutralise' perasaan-perasaan ini apabila ia muncul, setiap hari..... Tujuannya bukan semata agar saya merasa bahagia dan boleh enjoy hari-hari saya, namun lebih luas daripada itu adalah agar saya tidak menggetarkan energy alam semesta secara salah dan membuat saya harus mengalami waktu-waktu susah dan sempit pada hari tersebut, esok, lusa atau hari-hari seterusnya.......



Sejak lebih sepuluh tahun mengamal,  mendalami dan mengajar ilmu aura, energy, kuantum, vibration, mindpower dan sebagainya...... saya sudah sangat banyak kali mengalami sendiri peristiwa-peristiwa sukar dan susah hasil akibat daripada perasaan susah hati yang saya getarkan di pusat kesedaran saya........

Dari situ saya belajar untuk selalu mengawal getaran fikiran dan perasaan saya agar sentiasa nyaman, enak, happy, selalu cukup dan melimpah, kaya dan bahagia, kerana saya ingin getaran itu mempengaruhi energy alam lalu menjadi realiti dalam hidup saya..... Dan benar lah, itu selalu terjadi......

Yang menjengkelkan adalah..... perasaan negatif sangat mudah dan cepat menjelma jadi peristiwa di dalam hidup saya.... manakala perasaan positif mengambil masa yang lama pula untuk menjelma menjadi peristiwa dalam hidup saya...  boleh berhari, berminggu, berbulan bahkan ada yang bertahun..... ada variable nya, ada pembolehubahnya, syukur saya sudah memahami dan mengaplikasikannya......

Kerana sentiasa melatih diri berjuang setiap hari mempertahankan perasaan agar selalu enak dan bahagia, jadinya radar minda saya sangat sensitif mengesan apapun ejen yang boleh menyerang kestabilan perasaan positif saya.........

Saya faham bahawa saya adalah kesatuan dengan alam.... Maka apabila diri kecil peribadi saya ini susah hati, risau, sedih, takut... maka saya sebenarnya 'mengarahkan' alam iaitu part of diri saya yang lebih besar untuk memberikan dan menyediakan suasana dan peristiwa-peristiwa sedih, menyusahkan dan merisaukan hati, dan menakutkan untuk peribadi kecil saya.....



Sama juga sebaliknya jika diri kecil peribadi saya ini merasa senang hati, berani, gagah, hensem, owsem, kaya, makmur, melimpah.... maka saya sebenarnya 'mengarahkan' alam sebagai part of diri saya yang lebih besar agar melayan diri kecil peribadi saya ini dengan layanan kebahagiaan 1st class.........

Maka bermula hari ini sahabat-sahabat ku....... jaga hati mu, jaga perasaan mu. Jangan lagi kau salah kan tuhan atau sesiapa atas apapun susah mu, kerana hakikatnya susah mu itu adalah buatan mu sendiri, bukan buatan china.......

Kalau pendapat mu berbeza dengan ini, aku tetap mencintai dan menghormati mu.......

... Love no Limits ...
- Master Umar Paranorms

Thursday 1 August 2019

TEKNOLOGI CAHAYA



*Cahaya di atas Cahaya*

Aura adalah bahasa moden, kata ganti bagi cahaya. Bezanya, perkataan aura bermakna lebih luas iaitu, “Warna-warni cahaya”.

Cahaya terbina daripada Photon, dan photon ini bergerak dalam bentuk gelombang elektromagnetik. Ada berbillion photon dalam satu gelombang cahaya.Photon memiliki panjang gelombang yang berbeza, dan inilah yang menghasilkan spektrum warna.

Cahaya terhasil daripada pergerakan elektron mengelilingi neutron di dalam sebuah atom. Elektron yang sedang dalam ‘ground state’ mendapat bekalan energi akan mengalami ‘exited state’, pergerakan elektron akan menghasilkan energi dalam bentuk photon (cahaya)



Prinsip ini diaplikasikan di dalam semua bab lampu. Energi elektrik disalurkan melalui gas, lalu elektron pada gas tersebut menyerap energ elektrik tadii lalu mengalami ‘excited state’ dan kemudian menghasilkan pancaran photon.

Misalnya lampu kalimantang di rumah anda, ia menghasilkan cahaya melalui atom gas merkuri. Energi elektrik yang mengalir melalui gas merkuri akan di serap oleh elektron-elektron atom merkuri lalu menghasilkan cahaya ultraviolet bergelombang pendek. Cahaya ini kemudian diserap oleh lapisan fosfosur pada dinding dalam lampu dan jadi bersinar terang.

Mata fizikal kita manusia mampu melihat cahaya dengan panjang gelombang antara 390 - 700 nanometer sahaja, frekuensinya sekitar 400 - 800 Thz. Di bawah atau di atas daripada kadar ini sudah tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata fizikal kita.

*
Mengikut hukum sains, iaitu Law of Quantum Physics menyatakan bahawa:

EVERYTHING IS ENERGY.
SEGALANYA ADALAH ENERGI.



Ini sangat benar.

Semua ciptaan di alam ini, samada dalam bentuk pepejal padat, cecair mahupun gas, adalah terbina dari susunan atom-atom. Berbezanya kepadatan objek-objek di alam ini adalah kerana berbezanya kekuatan ikatan atom-atom pembentuknya.

Jika anda zoom sebuah obek, anda akan menemui atom-atom objek tersebut.

Jika anda zoom atom tersebut, anda akan menemui partikel sub-atom iaitu neutron, proton dan elektron.

Jika di zoom lagi, maka yang tinggal hanyalah gelap yang kosong, atau Void, Zen, atau Kefanaan yang tanpa batas.

Zoom badan anda, akan nampak organ-organ.
Zoom organ-organ anda, akan terlihat sel-sel.
Zoom sel-sel anda, akan terlihat organel-organel.

Zoom organel, tersingkaplah atom-atom, lalu partikel sub atom, lalu KETIADAAN.
Inilah proses KEMBALI, atau MIKRAJ, mengembalikan semua ke hakikat iaitu KEKOSONGAN.

Kosong atau Gelap adalah Cahaya Zat Yang Maha Hidup. Maka apapun di alam ini kembali ke energi sebagai asal-muasal semua kejadian, dan energi pun akhirnya fana di dalam Gelap, iaitu Cahaya Zat Sang Hidup.

Tapi tulisan saya ini tidak mahu membahas soal ending of everything. Saya ingin stop di tahap energy sahaja.

Di mana tahap energi itu? Itu yang tadi tahap partikel sub-atom, yang ada neutron, proton dan elektron. Masing ingat kan? Pelupa betul kau ini bro, mesti banyak makan semut ni… ahhakzz

Seperti di awal tulisan tadi saya sebut bahawa, energi adalah hasil loncatan elektron dari ‘ground state’ ke ‘excited state’. Itu adalah energi-energy yang tahap ‘visible light’.

Manakala energy-energy super halus adalah ‘string’  yang muncul dari alam kekosongan melalui ‘vortex’ energi.

Energi-energi super halus ini bersedia membentuk kejadian-kejadian baru mengikut ‘suratan’ yang dipanggil Qada’ dan Qadar. Qada’ itu waktu ia terbentuk, Qadar itu spesifikasi pembentukannya. Ehh melalut pulak ke hal lain.

Jadi, sains dan kerohanian itu sepakat dan harmoni. Tiada percanggahan. Percanggahan itu hanya dari pemikiran-pemikiran sombong yang menyempitkan ilmu Tuhan pada batas apa yang bisa dibaca olenya dari teks-teks zahir.

*
Teknologi Cahaya

Kalau ada energi, maka adalah cahaya, kerana cahaya adalah pancaran ‘spark’ dari energi. Energi dan cahaya (aura) tidak boleh terpisah, kerana ia saling memerlukan. Bukan energi kalau tiada auranya, dan tiada aura kalau tiada energi.

Semua cahaya ada frekuensinya. Apa itu frekuensi? Iaitu jumlah gelombang cahaya yang melalui satu ruang pada suatu masa.

Oleh kerana semua ciptaan adalah energi mengikut Hukum Quantum Fizik, maka semua ciptaan memiliki frekuensi.

MAKA, dengan mengubah frekuensi suatu ciptaan, akan mampu mengubah suatu ciptaan!



Mengubah ertinya, memperbaiki atau merosakkan, membina atau menghancurkan…… Di sinilah kelebihan Teknologi Gelombang Cahaya.

Sampai sini saya stop dulu tulisan, kerana kalau diteruskan saya akan kelaparan memandangkan saya tiada bersarapan pagi wkkkkkkk 🤣

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 31 July 2019

PELAJARAN TERINDAH

Pelajaran terindah dalam hidup adalah......

"Lakukan lah apa yang hati anda suka"

Pengajaran hanya terjadi setelah anda mengalami. Dan mengalami hanya terjadi setelah anda melakukan.........

Sebelum anda melakukan, sebenarnya anda belum belajar, tetapi anda hanya berandai........

Pengalaman adalah pengajaran.........



Orang yang paling banyak melakukan, akan makin banyak pengalaman, dan semakin banyak belajar.......

Maka..... lakukanlah sebanyak mungkin perkara yang anda suka dalam hidup ini.......

Bergaul lah dengan sebanyak mungkin manusia di bumi ini............

 Travel lah ke sebanyak mungkin places yang anda suka............

Jangan kau mahu dibatasi, dikongkong dan dihad kan oleh apapun kelemahan.........

Free to share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Hati-Hati Dengan Hukum Alam



Waktu anda mahu berjimat cermat, silap-silap minda bawah sedar anda sedang mengafirmasikan ke alam semesta secara samar dan tertutup,

"Saya miskin, wang saya tidak cukup. Kalau saya berbelanja lebih, tiada lagi wang akan datang, jadi saya harus berjimat cermat".

Dan hati-hati juga ketika anda berbelanja sesuka hati kerana merasa memahami prinsip Hukum Kelimpahan, kerana salah-salah muncul perasaan tidak nyaman dan selesa di hati anda.

Rasa tidak nyaman, tidak enak dan selesa, dan rasa sedikit menyesal, itu akan membuat minda bawah sedar anda mengirim afirmasi halus ke alam,

"Saya telah berbelanja lebih. Sekarang saya merasa kurang. Saya ragu akan adakah lagi wang mahu datang kepada saya"

Hasilnya tetap melawan prinsip Hukum Kelimpahan, dan menghasilkan kesempitan.

Akan ada saja jalannya alam membawa realiti anda selari dgn frekuensi fikiran yang anda getarkan, sehingga anda jadi miskin, sempit dan terjepit.......

Jadi hati-hati sahabat........

Ini memang sebuah permainan spiritual, tapi ini bukan main-main..........

Tapi tetaplah lebihkan senyum dan tertawa, kerana ini juga bukan tanda-tanda kiamat......

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...