Your Magic Blog: TAHAP PENYEMBUHAN

Tuesday 13 August 2019

TAHAP PENYEMBUHAN



3 Tahap Penyembuhan
•••

1. Tahap pembersihan karma (energi negatif hasil buat salah pada sesama makhluk), energi negatif paling besar di akar cakra-cakra. Inilah akar segala penyakit dan masalah. Kod energi yang paling mengaruhi kewujudan dan hidup.

2. Tahap pembersihan mental blocks. Energi negatif di lembaran daun-daun cakra. Ini energi lapisan kedua. Degilnya pun luar biasa.

3. Tahap healing. Energi negatif di tubuh aura. Ini agak mudah dibersihkan.

***

Kadang orang mengharapkan penyembuhan segera, tanpa mereka mahu faham dan sedar betapa banyak timbunan karma dan mental blocks yang mereka simpan dalam jangka hayat hidup mereka selama ini.

Ada penyakit dan masalah tertentu yang mudah sembuh. Memang, kerana ia hanya energi negatif di medan aura.

Jika karma-karma dan mental blocks belum bersih, maka penyakit-penyakit dan masalah-masalah akan tetap datang. Sembuh sekejap penyakit A, ada lagi penyakit B. Selesai masalah C, ada lagi masalah D.

Ketika karma-karma dibersihkan, hutang-hutang dosa tetap perlu dibayar. Jadi pada fasa ini, sila jangkakan bahawa hidup memang akan tunggang-langgang.

Tapi sabarrrrr... Jangan cipta karma-karma baru. Jalani dengan gagah. Jangan sakiti orang lain, walaupun hanya sekadar sumpahan di dalam hati. Itu tetap mencipta karma, yang nantinya menuntut pembayaran.

Bagitulah misteri, unik dan indahnya senario kehidupan. Makin di fahami, makin indah dan uniknya hidup ini.

So anda yang sedang mencari penyembuhan dan perubahan hidup, fahamilah rahsia ini.

Di kelas-kelas Qi Center, rahsia-rahsia sebegini akan kita huraikan dengan lebih panjang dan detail.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...