Your Magic Blog: 2011

Tuesday 13 December 2011

Penyelarasan Ilmu Alif Sejati

Salam :)

Sebenarnya posting ini sudah sedia beberapa bulan lepas. Namun tidak ada daya ilham yang mendorong saya untuk menerbitkannya sehingga ia hanya ter'save' dalam bentuk draft sahaja. Namun selepas solat subuh tadi, rasanya ada satu dorongan yang kuat untuk saya berbagi dengan anda semua. 

Pada kali ini alhamdulillah saya terilham untuk berbagi satu lagi ilmu dari lautan khazanah ilmu Allah yg tidak terbatas. Ilmu ini saya ijazahkan secara free kepada sesiapa saja yang berminat dengan ilmu energy. Mengapa free? Kerana saya percaya bahawa semakin banyak yang kita berikan semakin banyak pula yang akan kita terima dalam berbagai bentuk. Anda hanya perlu tulis nama penuh, dan lokasi anda di ruang 'reply' di bawah artikel ini, dan kemudian insyaAllah  anda boleh menerima penyelarasan ilmu ini.

Alif sejati adalah alif tanpa baris. Alif sejati mengandungi rahsia seluas alam ini. Dari alif semua huruf terbentuk. Jika anda mendalami ilmu 'geometri suci/sacred geo' maka anda akan memahami bahawa semua bentuk asas geometri adalah pemancar energy alami yang begitu unik dan boleh digunakan untuk tujuan-tujuan mistik yang ilmiah jika kita tahu teori dan kaedahnya yang betul. Tentang Alif Sejati, falsafahnya sangat luas dan rasanya mustahil untuk dihuraikan dalam medium tulisan yg sangat terbatas ini. InsyaAllah mudah-mudahan dengan mengamalkannya kita akan dibimbing untuk memahami rahsia disebaliknya.

Saya bahagikan ilmu ini dalam 2 level. Pertama, level Energy Alif Sejati yang mana insyaAllah sifat energynya multi-fungsi mengikut niat kita masing-masing untuk tujuan apa ia digunakan.

Setelah anda menulis nama dan lokasi anda di ruang reply di bawah artikel ini, anda boleh menerima penyelarasan Ilmu Alif Sejati ini dengan cara berikut:

A. Penyelarasan Level 1 Ilmu Alif Sejati

1. Posisi boleh duduk sila, atau duduk di kerusi dengan tegak tapi rileks. Tangan letak atas paha dengan tapak menghadap ke atas.
2. Baca taudz ( a'uzubillah...), basmalah, syahadat dan selawat masing 3x.
3. Berdoa, " Ya Allah Tuhanku Yang Agung, bukankanlah  hambaMu yang kerdil ini akan rahsia Ilmu Alif Sejati, izinkan hambaMu mengakses dan memanfaatkan Energy Alif Sejati secara sempurna untuk kebaikan diriku dan seisi alam ini. Bimbing diriku sepanjang penyelarasan ini dan juga sepanjang pengamalan ilmu ini....amin. Alhamdulillah3x ".
4. Afirmasi penyelarasan, " Saya sedang menerima penyelarasan Energy Alif Sejati secara sempurna. Terjadilah dengan izin, rahmat dan kuasa Allah".
5. Meditasi 20 min dengan senyum, rileks dan pasrah.
6. Sudahi dengan beryukur kepada Allah.

Nota : Tidak kira apapun yang anda lihat atau sensasi yang anda rasakan, tetap senyum, rileks dan pasrah kepada Allah.


B. Meditasi Alif Sejati

Prosedurnya :

1. Baca ayat pembuka ( taudz, basmalah, syhadat, selawat ).
2. Duduk sila/atas kerusi dengan sikap rileks dan pasrah.
3. Berdoa, " Ya Allah tuhanku yang agung, ku mohon izinMu untuk mengakses dan menggunakan energy Alif Sejati untuk membersihkan dan mengharmonikan seluruh sistem energyku sehingga diriku sembuh, sihat, kuat dan harmoni zahir dan batin. dengan rahmat dan bimbinganMu terjadilah...amin ya Allah ".
4. Lalu visualkan/bayangkan huruf alif tegak bersinar putih terang menjulang dari cakra dasar/ hujung tulang ekor ke cakra mahkota/ubun-ubun.
5. Proses meditasi adalah 15-30 min. Sepanjang meditasi, pastikan tubuh anda benar-benar rileks tanpa ada otot yang tegang agar energy Alif Sejati dapat mengalir dengan harmoni ke seluruh sistem energy anda. Senyum dengan manis agar cakra jantung anda terbuka lebar memancarkan cinta dan kasih yang tulus yang akan semakin memrunikan dan meningkatkan getaran energy di tubuh anda. Pasrah kepada Allah agar anda kekal dalam rahmatNya, terbimbing dengan ilmuNya.


C. Aplikasi Energy Alif Sejati.

Untuk menggunakan energy ini dalam aplikasi rawatan diri atau orang lain/pesakit, berikut prosedurnya :

1. Baca ayat pembuka ( taudz, basmalah, syhadat, selawat ).
2. Berdoa, " Ya Allah Tuhanku Yang Agung, ku mohon izinMu untuk menggunakan energy Alif Sejati untuk tujuan............( sebut tujuan secara detail dan fokus hanya satu tujuan saja pada satu masa )...dengan rahmat dan bimbinganMu terjadilah...amin ya Allah ".
3. Bayangkan/visualkan alif sejati bediri tegak di sepanjang tulang belakang dengan cahaya putih terang. Kemudian bayangkan pula alif sejati kecil masing-masing di tapak tangan kiri dan kanan, juga dengan cahaya putih.
4. Kemudian mula salurkan energy untuk penyembuhan diri/pesakit. Cara penyaluran boleh dilakukan secara langsung ke lokasi penyakit. Namun lebih baik lagi jika penyaluran energy Alif Sejati dilakukan di setiap cakra bermula dari cakra mahkota sehingga ke cakra dasar.

Untuk aplikasi lain Ilmu Alif Sejati insyaAllah akan kita bincangkan dari masa ke semasa. Begitu juga dengan penyelarasan level 2, akan saya berikan jika sudah tiba waktunya.

Segala pertanyaan atau kritikan yang membina akan saya layan dengan senang hati. Semoga bermanfaat untuk anda.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


Friday 9 December 2011

Kunci Sukses Spiritual

Salam :)

Sifat manusia dijadikan secara semulajadi tidak sabar dan ingin segera mendapat apa yg diingininya. Dalam semua aspek kehidupan, tanpa kecuali termasuklah dalam perjalanan spiritual.

Sabar menjalani amalan-amalan kita secara istiqamah. Inilah kunci untuk sukses dalam apa juga aspek dan termasuklah juga pencapaian-pencapaian spiritual. Sabar adalah satu sifat yang begitu mahal. Sabar adalah faktor semulajadi yang boleh mendatangkan rahmat dan pertolongan Allah kepada kita. Jika ada kesulitan, sabarlah. Dengan sabar maka Allah akan bersama kita. Jika Allah sudah besama kita maka apa lagi yang tidak mampu kita redah? Apa lagi yang tidak mampu kita capai?  Jika anda sakit, lalu anda sabar, dengan sabar itu anda sudah memasukkan diri anda ke dalam golongan yang difirmankan Allah iaitu :

Innallaha ma'assobirin - sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Jika anda sedang bersabar ketika ini, berbahagialah kerana Allah sedang bersama anda. Jika anda solat belum tentu Allah bersama anda, kerana mungkin anda tidak khusyuk. Tetapi jika anda sedang diuji, lalu anda bersabar, pasti Allah sedang bersama anda kerana itu janjiNya dan janjinya adalah satu kepastian. Setiap kali anda diuji, sebenarnya Allah ingin mendekati anda. Lalu mengapakah anda terburu-buru ingin agar kesulitan anda selesai? Anda seolah ingin agar Allah segera menjauhi anda. Bukankah begitu secara logiknya?

Jika kita diuji, dari segi kerohanian, Allah mahu kita datang bersimpuh dan bersujud dihadapanNya, melebur seluruh ego, memohon ampun semua dosa, memohon maaf atas semua kelalaian sehingga ke satu titik kemuncak. Titik kemuncak apa? Iaitulah ikhlas... Ini adalah satu bentuk perasaan khas yang terasa mengalir ke hati HANYA jika kita sudah cukup menghadap bersimpuh di hadapan Allah dalam tempoh yang agak lama. Mungkin 30 minit, mungkin 1 jam atau mungkin 2-3 jam. Dengan perasaan inilah akan terasa satu bimbingan ilham yang seoalah dicampak begitu saja ke hati kita. Dan dengan itu kita yakin begitu saja bahawa itu adalah petunjuk dariNya. Agak sukar dijelaskan secara perkataan, kerana ini adalah satu ilmu praktikal. Anda akan tahu setelah merasakannya.

Masalah kita adalah, apabila kita ada masalah atau ada hajat, kita tidak langsung pergi menghadap Allah, bersimpuh dna bersujud dihadapanNya. Kita akan lebih dulu duduk di kerusi, hisap rokok sambil merenung memikir dengan kening bekerut dalam. Kalaupun kita datang menghadapNya, mungkin hanya 5-10 minit. Itu belum cukup untuk mencpai 'titik kemuncak'. Tanda kita sudah mencapai titik kemuncak dalam taqarrub kita kepada Allah adalah adanya perasaan damai yang begitu kuat terasa di hati dan ini akan diikuti oleh satu 'bimbingan ilham' yang murni. Sekali lagi susah nak tulis keadaan ini. Ianya harus dialami sendiri secara langsung baru boleh faham dengan baik. Sebentuk ilham yang datang pada kita sebelum mencapai titik ikhlas dalam taqarrub, boleh jadi adalah ilham sampingan yang muncul dari fikiran atau juga dari nafsu, atau juga dari anak-anak syaitan. Sebab iblis sudah berjanji akan menyesatkan seluruh anak adam, kecuali yang IKHLAS.

Sekarang, syarat sabar yang bersama Allah, harus ada istiqamahnya. Maksudnya Istiqamah dalam bersabar atau sabar berterusan. Begitu juga sebaliknya, sabar dalam beristiqamah. Maksudanya ketika sedang beristiqamah menjalani satu amalan, kita harus sabar untuk terus bersitiqamah. Jadinya, istiqamah dan sabar itu sentiasa harus berpasangan dan saling melengkapi.

Saya teringan satu ungkapan yang say baca dari satu bahan, dulu masa masih kecil.

Today you are nobody, but someday you will be somebody.

Hari ini kita bukan siapa-siapa, tetapi suatu hari nanti kita akan jadi seseorang. Dengan berkat kesabaran yang terus dipupuk dengan istiqamah, insyaAllah satu hari nanti, kita pasti akan jadi sesosok peribadi yang sangat bermakna untuk kehidupan ini. Hari ini pun anda sudah menjadi seseorang yang mungkin dulu anda tidak pernah terbayang. Tapi arus kehidupan sudah membawa anda ke sini. Jika anda renung, pasti dalam perjalanan ke 'sini' penuh rintangan yang menuntut kesabaran yang berterusan.

So remember my friends, some day you will be somebody. By patient, and Allah will be with you. When Allah with you, you can be anybody and get anything.

Salam kasih dan sayang dari hati yang terdalam :)


Wednesday 30 November 2011

Mengatasi Masalah Dengan Iman

Salam alaikum :)

Masalah adalah satu perkataan yang sangat akrab dengan kita. Setiap manusia pasti ada masalah. Tidak mengira usia, jantina, status, dan apa saja kelompok pasti memiliki masalah. Saya yakin anda yang sedang membaca ini pun sedang ada masalah atau masalah-masalah yang tersendiri.

Sejak kecil kita diajar menyelesaikan masalah dengan cara memfokuskan fikiran memikirkan masalah tersebut sehingga kita menemui jalan keluar. Kita di ajar mengenalpasti dan menganalisa masalah dan kemudian baru boleh mengenal pasti tindakan-tindakan ke arah menyelesaikan masalah itu. Inilah kebiasaan kita dan semua menganggapnya logik.

Apa yang saya akan sampaikan pada tulisan kali ini adalah sangat bertentangan dengan kefahaman kita selama ini. Jika anda tidak faham konsepnya, anda boleh kata ia mengarut. Jika anda memahami rahsianya, anda boleh mengatakan ia satu cara penyelesaian masalah tahap tinggi atau tahap pamungkas.

Islam mengajarkan tentang iman. Apa itu iman? Iman bukan percaya tetapi yakin. Yakin adalah percaya yang lebih dalam iaitu dengan sepenuh hati. Kalau setakat percaya belum sampai. Ia masih difikiran, bukan di hati. Ajaran islam membawa doktrin ketuhanan Yang Maha Esa. Kita wajib yakin bahawa Allah tuhan seluruh alam ini, yang maha kuasa, yang maha kaya, maha bijaksana, maha segala dengan seluruh kesempurnaanNya. Jika difikirkan dengan fikiran logik, memang sangat sukar untuk memahami tuhan kerana tuhan itu diluar liputan kawasan yang mampu dijangkau oleh pemikiran kira. Sebab itu ada konsep iman. Yakin saja dulu, walaupun tidak faham. Sebab ilmu dan kefahaman akan datang pada kita setelah kita yakin. Inilah perbezaan utama antara kita dengan leluhur kita. Sebab ini jugalah kekuatan rohani kita sekarang ini sangat rendah, iaitu kurangnya keyakinan.

Mengatasi masalah dengan iman. Ini agak sukar kita fahami. Jika saya kata, ' Mengatasi masalah dengan berfikir', saya yakin semua pembaca akan faham dengan mudahnya. Keyakinan di dasar hati kita selama ini adalah, kita harus berfikir jika ada masalah. Perhatikanlah diri anda atau sesiapa di dekat anda, jika ada masalah pasti lebih banyak diam. Kenapa? Kerana sedang memikirkan masalahnya lah hehe

Sekarang kita mahu menyelesaikan masalah dengan IMAN. Kita tengok dulu dalil dari kitab suci untuk dijadikan pedoman.

“Wahai orang-orang yang beriman. Mohonlah pertolongan (kpd Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”(al-baqarah:153)

Ini firman Allah. Kita kafir jika tidak percaya. Dengan jelas kita kita DIPERINTAHKAN MEMOHON PERTOLONGAN dengan SABAR dan MENGERJAKAN SOLAT. Kita tidak diperintahkan untuk memikirkan masalah-masalah kita, tidak diperintahkan untuk berjumpa dukun, tidak diperintahkan untuk apapun juga selain SABAR dan SOLAT...Kita semua pasti mengakui, bahawa Allah Maha Tahu segalanya. Dia tahu apa yang terbaik yang harus kita lakukan demi kebaikan kita sendiri. Sayangnya kita selalu bertindak memandai-mandai dengan ilmu kita yang kita rasakan tinggi ini. Kita lebih suka bertindak mengikut apa yang kita fikirkan terbaik, bukan apa yang Allah perintahkan yang didasari oleh KebijaksananNya yang maha tinggi.

Kemudian ada lagi perintah ini :

Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa ( Taha : 132 )

Sekali lagi kita diperintahkan mendirikan solat dan sabar mengerjakannya. Kita tidak disuruh berbuat apapa selain itu. Kita tidak disuruh bertindak apapa selain itu. Ini pasti masih sangat sukar untuk kita terima dengan pemikiran kita kerana ini adalah bahasa iman. Saya coretkan sedikit metafora ringkas untuk menuntun kefahaman kita.

Pada satu ketika, ayah anda berkata kepada anda, " Nak, bapak mahu kamu belajar sungguh-sungguh dan sabar menjalani proses pembelajaran kamu sampai tahap phd. Kamu nda payah fikir pasal duit mau bayar yuran, duit belanja, kenderaan ke sekolah, makan pakai semua bapak tanggung. Bapak orang kaya dan berkuasa, ini negeri sabah bapak yang pegang. Kamu jangan susah nak, ikut jak apa bapak suruh, yang lain semua bapak tanggung beres ".

Lebih kurang begitulah. Ini hanya metafora, takkan dapat menyamai maksud sesungguhnya berkaitan Allah. Allah maha tahu, Dia sangat tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia maha kuasa untuk mengawal semua kepentingan kita. Dia maha kaya untuk mencukupi semua keperluan kita. Bukankah kita sangat beruntung bertuhankan Allah Yang Maha Hebat ini? Kita sering merasa beruntung memilik ibu bapa yang hebat, kita sering bangga memiliki big bos yang hebat di syarikat-syarikat atau institusi yang gah, namun kenapa kita tidak merasa begitu berbangga bertuhankan Tuhan Yang Maha Hebat yang menguasai seantero alam semesta? Petanyaan demi pertanyaan ini akan mambawa kita merenung lagi kepada masalah iman.

Sikap orang beriman adalah 'sami'na wa'atho'na', iaitu 'kami dengar ( perintah tuhan ) dan kami ikut patuh '. Perintah sudah cukup, tinggal kita ikut patuh dengan ikhlas tanpa banyak soal dan banyak songeh. Dia yang memberikan persoalan, Dia juga yang akan memberikan jawapan atas semua persoalan-persoalan yang dilontarkan ke fikiran kita. 

Ringkasnya, jika kita dilanda masalah segeralah menghadap kepada Allah. Adukanlah masalah anda kepada Allah dan sabarlah mendekatkan diri kepadanya secara terus menerus. PertolonganNya pasti akan datang mengikut planNya sendiri. Anda akan dituntun dengan rahmatNya menuju penyelasaian tanpa susah payah. Fikiran anda, perasaan anda, tindakan anda, dan semua persekitaran anda akan diatur olehNya agar selari dan harmoni dengan hajat-hajat anda. 

Jauhnya kita terdampar,
Kerana berpandu pada ilmu kita yang selembar,
Hati ini sudah layu menahan dahaga dan lapar,
Ke sana sini asyik terlontar,
Mendekatlah pada Dia yang Akbar,
RahmatNya yang melimpah terus dikejar,
Bermujahadah di jalan ilahi penuh sabar,
Hasilnya pasti tersenyum lebar.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Salam kasih dan sayang :)





Thursday 24 November 2011

Nilai Spiritual Sebuah Tangisan

Salam :)

Kita manusia dan tangisan tidak dapat dipisahkan. Sekeras manapun hati kita pasti ada waktunya menangis juga. Kita lihat sejenak nilai spiritual yang ada disebalik sebuah tangisan.

Ada yg menangis menghadap Allah kerana mengadu masalahnya yang sudah tidak sanggup lagi ditanggung. 
Ada yang menangis di depanNya pula kerana mengenangkan dosa-dosanya. 
Ada pula yang menangis menghadapNya kerana sesal masih kurang ibadahnya.
Dan ada pula yang menangis di hadapanNya kerana begitu cinta dan rindu padaNya.

Tangisan kita dihadapan Allah mencerminkan maqam rohani kita. Tangisan yang bukan keranaNya adalah masih berdasarkan ego kita. Menangis kerana masalah, itu adalah kerana kita tidak sabar dengan ujianNya dan tidak bersangka baik pada anugerahNya. Menangis kerana dosa, itu kerana kita merasa sengsara dengan masa lalu kita dan inginkan perasaan jadi orang suci. Menangis kerana kurang ibadah, itu adalah kerana kita ingin mengejar syurga atau apapa kelebihan rohani. Semuanya atas dasar 'kepentingan' kita, belum lagi ikhlas  keranaNya.

Mungkin ada yang bertanya. Kenapa semua harus kerana Allah? Adakah Allah perlukan kita? Kalau semua untuk Allah, lalu apa faedahnya untuk kita?

Mudah saja...Soalan di jawab dengan soalan... Jika anda seorang yang sangat dekat dengan sultan negara ini, anda sangat disayangi sultan kerana begitu dalam pengabdian anda, agak-agak apakah keistimewaan yang akan anda dapat?

Mudah-mudahan kita selalu dibimbing olehNya agar tidak lama lagi tangisan kita hanya keranaNya.

Salam kasih dan sayang :)


Monday 21 November 2011

Kita Hanya Kurang Bersyukur

Salam :)

Perasaan susah seringkali bertamu di hati kita, setiap hari. Malah tidak jarang berlaku di mana perasaan susah itu 'sangkut' di hati kita sehingga berhari, berminggu, berbulan bahkan bertahun lamanya.

Mengapa kita boleh ada perasaan susah??? Perasaan susah adalah produk yang terhasil dari fikiran negatif. Fikiran letaknya dikepala, perasaan letaknya di dada. Anggap saja begitu. Apabila fikiran di kepala kira memikirkan perkara-perkara negatif atau memikirkan masalah-masalah, secara automatik dan sangat cepat akan terhubung ke dada dan terhasillah perasaan-perasaan susah.

Lalu kenapa kita memikirkan perkara-perkara negatif, kenapa kita sukar memikirkan perkara-perkara positif??? Ini adalah fitrah pemikiran kita. Kita selalu cenderung untuk memikirkan masalah-masalah. Bukan hanya masalah kita, seringkali bahkan sangat sering kita juga pandai masuk campur memikirkan masalah-masalah orang lain yang langsung tiada kaitan dengan kita. Sebab itu kitapun sering terkena karma orang lain, lalu kita pun ikut susah hati.

Jika masalah yang kita fikirkan sudah selesai, kita akan rasa senang hati. Tapi percaya atau tidak, dalam tempoh sekejap saja, fikiran kita akan mula memikirkan masalah lain pula lalu hati kita akan merasa susah semula. Anda pasti selalu mengalaminya. Betul kan? Thats it. It is our very nature to find problems.

Jika kita mahu merenung dengan dalam, hidup ini sentiasa balance. Sentiasa ada masalah namun sentiasa juga ada nikmat. Kita selalu ada masalah, memang betul. Ini selalu fikiran kita ingat. Tetapi kita juga sentiasa ada nikmat yang sedang kita miliki atau kecapi, ini juga sangat betul. Namun fikiran kita selalu lupa. Kita selalu tidak adil. Kita selalu memikirkan masalah, dan sangat-sangat jarang memikirkan nikmat yang sedang kita miliki...Benarlah bahawa kita ini merasa susah hanya kerana kita kurang bersyukur.

Anda tiada wang? Itu masalah... Namun alhamdulillah, anda masih dapat menghirup udara segar untuk kekal hidup. Betapa ramainya manusia di hospital yang kaya raya namun sudah tidak dapat menarik nafas sendiri dan terpaksa menggunakan okeigen bantuan. 

Anda tiada kenderaan? Itu masalah... Namun syukur alhamdulilah, kaki anda masih sihat untuk membawa anda jalan-jalan ke mana-mana saja. Betapa ramainya manusia di sekeliling anda yang memiliki kenderaan darat, laut mahupun udara namun sudah tidak dapat lagi menggunakan kakinya untuk berjalan.

Anda belum dapat kerja? Itu masalah... Namun syukur alhamdulillah, rezeki dari Allah selalu datang dari sumber-sumber lain selain 'bekerja' dan anda masih banyak masa terluang untuk beribadat kepadaNya. Betapa ramainya orang disekeliling anda yang sedang sibuk bekerja namun masih selalu merasa kekurangan dan tidak pula sempat beribadat kerana sibuknya bekerja.

Now up to you my friend...Anda fikir masalah, hati anda akan merasa susah dan masalah yang melanda tidak akan pernah berhenti. Lepas satu masalah, 10 lagi sedia menunggu. Jadi berapa lama lagi anda harus merasa susah hati? Betapa sia-sia hidup di dunia ini jika kita hidup hanya untuk susah hati memikirkan masalah-masalah. Jika anda mahu memikirkan anugerah-anugerah yang anda sedang miliki sekarang, hati anda akan selalu berbunga riang dan nikmat itu akan ditambah lagi kerana Allah sudah berjanji :

" Jika kamu beryukur pasti Ku tambah nikmatKu untuk mu "

Kita disuruh beryukur, itu saja syarat untuk bertambah nikmat. Allah tidak menyuruh kita memikirkan masalah-masalah yang datang sehingga kita susah hati, susah tidur, susah buang air, susah makan dan segala macam susah lagi.

Jika anda masih merasa susah, sebenarnya anda hanya kurang bersyukur.
Jika anda melihat kawan-kawan atau keluarga di sekeliling anda bersedih dan bersusah hati, katakan pada mereka bahawa mereka hanya kurang beryukur.

Betapa banyaknya nikmat Allah yang kita dustakan dan kita nafikan selama ini sehingga diabadikan berulang-ulang firmanNya di dalam surah Ar Rahman yang sentiasa mengingatkan kita :

" Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan/nafikan "

Sekali lagi, kita selalu merasa susah hanya kerana kira kurang beryukur!

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Salam kasih dan sayang :)











Tuesday 15 November 2011

Mengapa Kita Perlu Zikrullah?

Salam :)

Apa yang kita fokuskan dengan fikiran kita, maka itulah yang kita akan perolehi.

Apabila kita memikirkan sesuatu objek, maka fikiran kita akan tersambung dengan objek tersebut. Jika kita memfokuskan fikiran kita terhadap objek itu, fikiran kita akan mula tersambung pula dengan banyak perkara yang meliputi objek tersebut.

Misalnya kita fikirkan sebuah pen. Fikiran kita akan menggambarkan sebatang pen secara rawak. Jika kita memfokuskan fikiran kita memikirkan sebuah pen, maka satu hubungan yang lebih kompleks akan wujud antara gelombang fikiran kita dengan pen. Sifat-sifat pen seperti warna, bentuk, harga, kegunaan, dan lain-lain akan mula tergambar dalam fikiran kita. Akan muncul pula kenangan-kenangan kita bersama pen-pen kita selama ini. Semakin dalam fokus kita, semakin banyak perkara yang berhubungan dengan pen akan muncul dalam fikiran kita.

Sebelum ini anda single, belum ada pasangan atau buah hati. Anda hanya ada dunia anda sendiri. Ketika anda sudah ada kekasih, anda mula mengenali diri kekasaih anda. Anda mula memasuki dunia kekasih anda. Anda kenal dengan kawan-kawannya, keluarganya dan anda mula ikut terlibat dengan semua masalah atau persoalan yang berkaitan dengan dirinya.

Jika anda memikirkan penyakit, semakin anda fokus dan hanyut dengan fikiran anda tentang penyakit, maka semua perkara tentang penyakit akan mula merasuk ke dalam kesedaran anda dan tidak lama kemudian anda pasti akan sakit. Jika anda memikirkan suatu masalah anda, lalu anda semakin fokus dan hanyut dalam pemikiran anda itu, masalah anda akan semakin melarat.

Minda kita adalah sebuah 'mesin' yang sangat kompleks dan unik. Kemampuan komputer yang kita kagumi pada zaman ini masih sangat kecil jika dibandingkan dgn keupayaan minda kita. Sangat jauuuuuuuuuuhhhhhh bezanya. Minda kita mampu membuat connection dengan banyak perkara sehingga unlimited perkara pada satu masa. Minda manusia zaman ini sudah sangat terhad hubungannya dengan alam ini kerana rutin kehidupan seharian kita melatih minda kita untuk semakin sempit dan sempit lagi. Hanya dengan zikrullah, kita boleh kembali meluaskan skop minda kita agar terhubung dengan baik dengan seluruh alam ini. Kenapa Zikrullah?

Ketika anda mula memfokuskan diri dengan zikrullah, ingat kepada Allah. Semua yang berkaitan dengan Allah akan mula memasuki kesedaran anda. Fikiran, perasaan, tindakan, dan seluruh aspek hidup anda akan dipenuhi dengan segala yang berkaitan dengan Allah. Cuba renung sejenak, apa saja yang berkaitan dengan Allah? Jawapannya, seluruh alam ada kaitan dengan Allah. Semua perkara ada kaitan langsung dengan Allah. Nyawa anda, masalah-masalah anda, hajat-hajat anda semuanya ditangan Allah. Anda mahu kaya, kekayaan milik Allah semuanya. Anda mahu cinta dari manusia, semua manusia dan seluruh perasaan mereka di tangan Allah. Anda mahu apa? Sebut saja...semua dalam lingkungan kuasa Allah.

Sangat berbeza jika kita fokuskan kesedaran dengan makhluk. Fikiran kita hanya dapat buat connection dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan objek fokus itu. Dengan itu jiwa kita tidak merasa keluasan yang hakiki, tidak merasa ketenangan yang hakiki, dan tidak merasakan kebahagiaan yang hakiki. Sebab apa juga yang selain Allah bukanlah hakiki.

Oleh itu, jika anda memfokuskan seluruh kesedaran anda untuk mengingati Allah maka semua yang berkaitan dengan Allah akan melimpah memasuki diri dan kehidupan anda. Perkara yang menggembirakan adalah, disisi Allah itu hanya ada perkara-perkara positif, tiada perkara yang negatif. Jika anda berzikir tetapi masih merasa negatif bermakna zikir anda belum cukup. Belum cukup ikhlas, belum cukup penghayatan dan belum cukup istiqamah. 

Zikirlah Ya Allah...Ya Allah
Subhanallah...Subhanallah
Alhamdulillah...Alhamdulillah
Laailahaillallah...Laailahaillallah
Allahu Akbar...Allahu Akbar

Semoga kita selamanya diberikan hidayah dan inayah untuk mengingati Dia Yang Maha Sempurna.

Salam kasih dan sayang penuh kedamaian :)


Persepsiku dan Persepsimu Berbeza

Salam :)

Apabila kita dihadapkan dengan sesuatu situasi atau masalah kehidupan, kita akan berfikir, merasa dan bertindak mengikut apa yang kita fahami. Inilah persepsi.

Katakan anda sedang merasa sakit badan, lalu anda pergi menemui beberapa orang pengamal perubatan untuk mengadu masalah sakit anda iaitu, doktor, pakar psikologi, tukang urut dan bomoh. Percaya atau tidak, anda akan menerima 4 jenis punca penyakit dan 4 juga cara rawatan.

Kata sang doktor mungkin begini, " Sakit anda adalah disebabkan oleh perubahan hormon akibat terlalu banyak makan makanan mengandungi gula ". Ubatnya adalah suntikan serta beberapa pil.

Jika anda berjumpa dengan pakar spikologi pula, lebih kurang begini jawapannya, " Encik ini sakit disebabkan tekanan mental yang terlampau mungkin kerana masalah kerja atau cinta. Encik harus banyak berehat, melihat pemandangan indah dan meluangkan masa bergembira bersama keluarga ".

Dengan tukang urut pula, jawapan yang mungkin anda akan terima adalah lebih kurang begini, " Wah, urat encik ni ada yang salah. Mungkin ada angkat barang-barang berat kemarin sehingga urat-urat pun jadi salah susunan sebegini sebab itu encik merasa sakit. Tidak apa, selepas saya urut 1 jam akan baik ni ".

Jumpa bomoh, jawapannya pula lebih kurang begini, " Oh, ini kes sihir nih. Ada 20 ekor jin sedang bertenggek di badan tuan. Saya akan bacakan mentera dan jurus pamungkas untuk menghalau mereka ".

Lihatlah sekeliling anda, perhatikan bagaimana manusia berfikir, merasa dan beraksi. Semua itu adalah hasil persepsi masing-masing. Benar, masing-masing manusia bertindak mengikut ilmunya, mengikut data di dalam mindanya.

Siapakah yang paling benar dan harus diikuti? Ikutilah ilmu masing-masing sebab itulah rezeki masing-masing. Just follow what you understand. Dengan begitu anda akan diberikan apa yang anda faham. Aspek paling utama adalah jangan menganggap orang lain salah, kerana orang itu juga sedang mengikuti apa yang difahami olehnya saja. Memang akan terlihat pertentangan jika kefahaman kita dan kefahaman mereka dibandingkan. Sebab kefahaman-kefahaman ini belum lagi kefahaman sejati. Kefahaman sejati hanya dapat kita raih jika kita memahami dengan ilmu sejati pula. Manakala jalan menuju sejati itu adalah dengan mengisi hati kita dengan cinta dan kasih yang tulus kepada semua makhluk. Kalau masih ego nafsi-nafsi, takkan pernah sampai ke sana.

Semoga kita senitiasa mendapat bimbinganNya menuju ilmuNya yang sejati kerana hanya dengan itulah kita akan merasakan kebahagiaan yang hakiki.

Salam kasih dan sayang :)

Monday 14 November 2011

Bagaimana Menolong Dunia

Salam :)

Seorang murid mendatangi gurunya lalu bertanya,

" Wahai guruku, bagaimanakah caranya agar aku dapat menolong dunia ini? "

Si guru menjawab,

" Dengan memahaminya "

Bertanya lagi si murid,

" Bagaimana pula caranya agar aku dapat memahami dunia ini "

Jawab si guru lagi,

" Dengan menjauhinya "

Renungkan ertinya, semoga mendapat hikmahnya.

Salam kasih dan sayang :)

Sunday 16 October 2011

Rise Of The Internal Technology

Salam : )

Dewasa ini manusia semakin memiliki kesedaran berkenaan kepentingan aspek mental-spiritual kita. Senario ini melahirkan banyak guru/master yang menawarkan kursus-kursus ilmu yang berkaitan dengan penggalian potensi dalaman diri manusia.

Kita amat bersyukur kerana hidup di zaman yang serba canggih ini di mana ilmu dapat kita tuntut tanpa perlu lagi meredah lautan yang bergelora, mendaki gunung, menuruni lembah, memasuki hutan, meredah gua yang gelap dan bermacam lagi kesusahan-kesusahan semata-mata untuk menemui guru yang arif dan menimba ilmu-ilmu untuk kemantapan diri dan kehidupan kita.

Lebih syukur lagi kerana pada era ini, ilmu-ilmu ghaib tidak lagi 'ghaib' dan misteri kerana dengan kemajuan sains, teknologi dan kesedaran manusia, sudah banyak kajian-kajian ilmiah dan experimen-experimen dijalankan secara matang di laboratorium dalam usaha untuk mengilmiahkan serta melogikkan apa yang selama ini kita anggap sebagai satu 'kawasan larangan'.

Selama ini kita cenderung melihat bid'ah dan syirik dalam pengamalan ilmu-ilmu ghaib. Ini adalah faktor kurangnya ilmu kita berkenaan proses yang terjadi disebalik fenomena paranormal/ajaib yang ditimbulkan oleh praktik ilmu sebegini. Sebagai umat islam, khususnya di kawasan nusantara ini, nenek moyang kita dulu telah sangat maju menggunakan teknologi rohani ini. Baca-baca, mentera-mentera, azimat-azimat dan segala macam alat serta ritual ilmu ghaib telah mereka gunakan untuk kemudahan hidup mereka. Melalui penggunaan teknologi rohani pada zaman mereka, hujan boleh dimanipulasi, mengawal serangga perosak, mengawal haiwan-haiwan liar, menyembuhkan penyakit dengan mudah dan lain-lain lagi. Kehebatan masing-masing mereka ditentuan oleh sedalam mana penguasaan mereka terhadap teknologi ini.

Anda pasti takjub jika anda mengkaji perkara ini melalui disiplin ilmu yang benar sehingga anda melihat bahawa apa yang berlaku disebalik ilmu-ilmu ghaib adalah sangat logik, dan tidak menyalahi mana-mana hukum agama. Its a very pure science!... Secara peribadi saya sendiri merasa takjub dengan apa yang telah dicapai oleh nenek moyang kita dahulu dalam bidang ini. Mereka jauh lebih advance dari budaya lain kerana adanya sokongan dari Al-quran dan hadis sehingga mereka mencapai kemajuan yang sangat hebat dalam mengolah dan menggunakan teknologi rohani mereka.

Satu saja kelemahan mereka, iaitu mereka tidak dapat memberikan satu teori ilmiah berkenaan amalan-amalan mereka sehingga anak cucunya  sekarang ini yang berfikir lebih berlandaskan pemikiran logik tidak dapat lagi menerima dan menerapkan amalan warisan yang sangat berharga itu. Hakikatnya orang barat dari dulu giat melakukan kajian demi kajian agar mereka dapat menggunakan teknologi ghaib ini untuk kemudahan hidup mereka. Tahukah anda bahawa ada pihak-pihak berkepentingan sedang menggunakan teknologi ini dalam skala yang sangat besar untuk menguasai dunia ini? Tahukah anda bahawa pihak-pihak ini sedang menggunakan teknologi ghaib ini untuk mengawal pemikiran kita? Kita takkan sedar kerana pancaran tenaga ghaib itu hanya mempengaruhi minda bawah sedar kita dan seterusnya semua aspek personaliti dan pemikiran kita. Kalau anda rajin meneliti, pasti anda dapat melihat kesan aktiviti mereka ini. Anda boleh tidak percaya, atau boleh mengatakan ini mengarut. Namun begitulah adanya yang sedang berlaku.

Kita abaikan dulu perkara-perkara membawa kerisauan di hati dan kita fokuskan perhatian kita untuk ikut maju berama. Inilah zaman yang terbaik untuk kebangkitan era teknologi rohani. Alam telah beredar dari getaran 7.5 cps ( cycle persecond ) ke sekitar 10 cps sehingga kini dan dijangka akan semakin naik. Ini bermakna manusia zaman sekarang yang umumnya minda mereka selalu bergetar pada tahap Beta ( 14-30 cps ) semakin hampir dengan getaran alam sehingga apa yang difikirkan semakin mudah direspon oleh alam semesta untuk dizahirkan ke alam nyata.

InsyaAllah mudah-mudahan kita dapat ikut bangkit mengolah potensi diri kita secara sempurna sehingga kita mencapai tahap superhuman being atau insan kamil dan mampu mengelola alam ini berlandaskan cinta dan kasih sesama makhluk kerana hanya dengan cinta dan kasih lah semua akan mendapat manfaat yang seimbang dan harmoni.

Salam kasih dan sayang :)



Sunday 9 October 2011

Spiritual VS Material

Salam :)

Mari kita mengkaji ilmu materialisasi tingkat tinggi. Apa itu ilmu materialisasi? Ia adalah ilmu mewujudkan apa yang ada difikiran ke alam nyata. Sudah banyak kali perkara ini saya sebutkan pada artikel-artikel sebelum ini. Mudah-mudahan anda sudah membacanya agar semakin tinggi kefahaman kita bersama mengenainya.

Orang alim dulu-dulu sangat memberatkan ilmu kerohanian. Zikir dilakukan secara rutin dan dalam tempoh yang lama. Mereka tidak pernah belajar ilmu materialisasi namun pencapaian material ( harta benda ) mereka sangat luar biasa. Bagaimana orang spiritual boleh melakukan materialisasi dengan begitu mudahnya?

Ilmu materialisasi zaman ini diajarkan kebanyakan menggunakan energy dari cakra bawah, iaitu cakra mental dan cakra emosi. Apa saja hajat dibayangkan secara detail dan jelas difikiran. Apa yang wujud secara energy di minda kita akan mencari bentuknya di alam realiti. Ini adalah hukum alam yang telah ditentukan sedemikian rupa oleh Allah sebagai The Great Creator.

Wali-wali dan orang-orang dulu-dulu tidak belajar secara khas teknik visualisasi atau teknik membayangkan. Namun mereka boleh melakukan materialisasi dengan begitu hebat sekali. Emas saiz gunung boleh dijelmakan, mata air boleh memancut dari batu yang keras, atau dari pasir yang tandus, pokok boleh berbuah dalam sekelip mata, gunung boleh hilang entah ke mana dengan perintahnya dan macam-macam lagi kehebatan. Itu kita gelar sebagai keramat para wali, tapi sebenarnya itu juga adalah ilmu materialisasi namun pada tahap yang sudah sangat tinggi.

Bagaimana mereka boleh melakukan hal ini, padahal mereka tidak belajar ilmunya, melainkan hanya latihan rohani murni mendekatkan diri kepada Allah semata-mata tanpa ada niat lain?

Ketika batin sedang berzikir, semakin dalam dan semakin dalam, gelombang minda juga semakin dalam sehingga ke tahap Alpha-Theta. Pada tahap ini, gelombang minda sangat dekat dengan getaran alam sehingga apa saja bayangan yang terlintas difikiran sangat mudah direspon oleh mekanisme alam untuk menjelma ke alam 3 dimensi. 

Suasana jiwa pezikir jauh lebih unik daripada apa yang dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Keadaan yang saya sebutkan di atas hanyalah gambaran proses mudah yang mengaitkan antara spiritual dan materialisasi. Sekurang-kurangnya boleh memotivasikan kita untuk semakin rajin berzikir. Mudah-mudahan nanti daripada motivasi materialisasi boleh meningkat menjadi motivasi iman semata-mata.

Jadi mari kita rajin-rajin berzikir mulai sekarang.


Allah berfirman: “berzikirlah sebanyak-banyaknya, agar kamu beruntung.” (QS. Al-Jum’ah: 10)



Salam kasih dan sayang :)



Sunday 25 September 2011

Perjalanan Material

Salam :)

" fa'al hamaha fujuraha wataqwaha "

Dari alam ghaib yang tinggi, sebuah ilham diturunkan di tubuh intuisi, pada cakra jantung. Misalnya tiba-tiba muncul di dalam hati  kita ingin memiliki atau berbuat sesuatu. Misalnya anda secara tiba-tiba ingin memiliki sebuah kereta.

Lalu ia di transfer ke tubuh mental, iaitu cakra pusat. Pada ketika ini inituisi itu membentuk wujud yang sempurna secara energy. Bayangan tentang kereta tertera di minda anda secara detail.

Maklumat itu kemudian di transfer ke tubuh emosi iaitu cakra seks. Di sini emosi merespon imej yang telah dicipta di tubuh mental. Jika Imej dan Emosi mantap menyatu secara harmoni, ia akan di proses ke alam material, alam cakra dasar.

Jika anda membayangkan sesuatu, lalu anda menyatukannya dengan emosi samada sengaja atau tidak, maka anda sedang dalam proses mewujudkan bayangan-bayangan di fikiran anda ke alam nyata. 

Emosi positif ( gembira, syukur, dll ) berhubungan dengan fikiran-fikiran positif dan hasilnya pun akan positif. Emosi negatif ( marah, dendam, sakit hati, dll ) berhubungan dengan fikiran-fikiran negatif  dan hasilnya juga pastilah negatif. Oleh itu hati-hatilah dengan emosi-emosi anda. Ia adalah isyarat tentang apa yang sedang anda bayangkan di fikiran anda.

Semakin lama dan semakin kerap proses itu berulang maka semakin cepat dan mudahlah fikiran-fikiran anda terwujud di alam nyata.

Mudah-mudahan artikel ini membantu anda lebih memahami diri dan kehidupan anda :)


Salam kasih dan sayang :)


Tuesday 6 September 2011

Liku-liku perjalanan rohani

salam Smile

perjalanan spiritual adalah satu proses transformasi rohani dari kesedaran rendah menuju kesedaran yang semakin dan semakin tinggi. dari level super sedar, kesedaran kita dibalut dgn lapisan-lapisan rohani yang semakin memendam kekuatan yang asal sehinggalah balutan akhir unsur tanah iaitu jasad kita. perjuangan kita adalah untuk membebaskan kesedaran kita daripada balutan-balutan atau hijab2 yang menhadkan potensi sejati yg kita miliki sejak azali. usaha pembebasan ini ditempuh oleh manusia dalam berbagai kaedah mengikut latar budaya dan rezeki ilmu masing2. 

sin ilahi yg dicetuskan oleh master ahmad ghozali dan dibawakan di web QI ini adalah juga salah satu kaedah daripada ratusan cara yg ditempuh anak manusia dalam usaha meningkatkan kekuatan rohaninya. pendekatan kita mungkin berbeza, namun intinya hanya satu iaitu, mengolah kekuatan rohani. soal kehebatan msg2 cara tidak kita timbulkan di sini.

ada beberapa murid yg dekat dan jauh menyatakan pada saya bahawa kehidupan mereka seolah 'lebih sengsara' semenjak melatih spiritual mereka. ada-ada saja dugaan yg datang kadang berat kadang ringan. dari masalah peribadi, keluarga, sehinggalah ke masalah kewangan dan bermacam lagi. sehinggalah ada bisikan-bisikan yg muncul di benak, adakah kesusahan demi kesusahan yg melanda ini adalah hasil daripada saya mengamal ilmu spiritual???

jawapan saya...NO WAY!

anda melatih spiritual atau tidak, kesusahan-kesusahan tetap akan datang kepada anda. para guru malahan mahaguru spiritual saja tetap menghadapi kesusahan-kesusahan hidup. para wali, nabi, rasul malahan nabi junjungan Muhammad SAW sendiri yg merupakan guru spiritual yg plg sempurna tetap juga mengalami kesusahan-kesusahan dalam kehidupan. mereka melatih rohani malahan jauh lebih hebat daripada kita. siapa antara kita yg sakitnya melebihi nabi ayub as? siapa antara kita yg lbh miskin drpd nabi isa as? mereka adalah mahaguru spiritual malah hidup mereka kelihatannya jauh lbh sengsara drpd kita.

beza kita dgn mereka hanyalah kesedaran atau makrifah. apa yg kita lihat sebagai kesusahan mengikut tahap makrifah kita, adalah merupakan satu kesenangan bagi mereka. apa yg kita lihat sebagai penyakit mengikut tahap makrifah kita, adalah nikmat menurut makrifah mereka. begitu tingginya kualiti rohani mereka sehingga mereka mampu mengubah kesedaran mereka terhadap sesuatu.

jika anda bljr sin ilahi, tidak semestinya anda yg sakit akan terus sihat, atau anda yang miskin akan terus kaya, atau anda yang menganggur akan terus dapat kerja, atau anda yang bujang akan terus dpt pasangan. jika sebelum anda belajar sin ilahi anda ada penyakit, anda mungkin tidak terus sembuh dgn belajar sin ilahi kerana tujuan utama latihan spiritual adalah meningkatkan kesedaran. kalau dulu anda sering mengeluh ketika sakit, sekarang anda blh tersenyum dan bersyukur walaupun sakitnya kambuh. kalau dulu anda tension ketika kesempitan wang, kini anda tetap tenang dan yakin adanya rezki dari Allah untuk anda. "Transformasi Kesedaran", inilah tujuan utama latihan rohani. 

kesihatan tidak semestinya membuat orang bahagia, kekayaan tidak semestinya membuat orang bahagia. anda perhatikan di sekeliling anda, betapa ramai org sihat namun tidak bahagia, berapa ramai orang kaya namun tidak bahagia. bahagia adalah soal perasaan, kerja mental kita. anda hanya akan bahagia jika anda mampu meningkatkan kesedaran anda dan memahami hakikat bahagia. sebab itu orang spiritual tidak bergantung kepada apapa untuk bagaia. dalam susah dan senang, sakit dan sihat, terkenal atau tidak, mereka ttp bahagia.

so bagi anda yang sdg menjalani spiritual, atau anda yang baru ingin belajar ilmu2 spiritual, please remember...tujuan utama latihan spiritual adalah untuk "mentransform kesedaran" iaitu bagaimana anda boleh melihat sesuatu yg susah kelihatan senang, bagaimana anda melihat sesuatu yg negatif menjadi positif. 

jika anda melihat orang-orang spiritual itu sakit atau miskin, percayalah mereka ttp bahagia. semua positif bagi mereka kerana mereka telah berjaya 'mentransform' kesedaran mereka sehingga kebahagiaan mereka tidak lagi bersandar pada mana2 nilai-nilai duniawi. inilah yg saya mahu anda pelajari, dalami dan jiwai.

lalu bagaimana dgn kesihatan? kekayaan? kehebatan? keselamatan? dan lain-lain keperluan dan hasrat kita?

anda ingat hukum LOA? apa yang ada difikiran anda itulah yg anda akan perolehi. seorang ahli spiritual hanya merasa sengsara ketika dia masih struggle 'mentransform' rohaninya di mana persepsi-persepsi negatif masih banyak di dalam jiwanya. namun ketika 'transformasi rohani' sdh sempurna, dimana jiwanya hanya ada getaran-getaran positif, maka di sinilah bermulanya fasa anugerah cinta kasih. jiwa anda hanya terisi dgn nilai-nilai positif, dgn energy-energy positif dan itu yg akan menarik seluruh perkara-perkara positif utk dtg kepada anda mengikut proses hukum alam.

so sekarang, adakah anda masih merasa susah??? kalau ya teruskan latihan rohani anda sehinggalah 'transformasi rohani' anda semakin sempurna dan jiwa anda semakin positif dan anda akan melihat semuanya di alam ini hanyalah positif dan hanya hal2 positif yang datang kepada anda dan kehidupan anda.

salam Smile

Saturday 20 August 2011

Attunement Energy Kepekaan

Salam :)

Selepas solat zohor pada hari ini saya tiba-tiba merasa ingin memberikan satu ilmu untuk membantu kemajuan anda yang sedang menggeluti ilmu energy.

Ramai pengamal energy termasuklah murid-murid QI yang mengadu tidak merasakan sensasi-sensasi energy. Walaupun sebenarnya bukan sensasi yang dicari dalam gelanggang ini, tetapi kepekaan terhadap sensasi sangat diperlukan untuk anda melangkah lebih jauh di arena spiritual.

Kepekaan adalah satu keupayaan batinih kita untuk merasakan getaran-getaran energy di sekitar tubuh, kemudian diluar tubuh yang semakin jauh jaraknya dan kemudian yang lebih tinggi lagi kepekaan untuk menangkap getaran-getaran ilmu yang ada di alam ini.

Bagi menajamkan lagi kepekaan anda, hari ini saya memberikan Attune Energy Kepekaan kepada anda yang berminat melalui getaran energy yang sudah saya programkan.

Level 1 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap getaran energy di tubuh.
Level 2 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap energy di luar tubuh, semakin dilatih semakin jauh jarak yang boleh dijangkau oleh kepekaan anda.
Level 3 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap getaran ilmu-ilmu yang ada di alam ini ( ilham ).

Cara menerima attunement ini:

1. Posisi tenang, boleh duduk atau berbaring yang penting tubuh rileks.
2. Senyum, Rileks dan Pasrah.
3. Baca Bismillah dan selawat bagi yang muslim. Bagi non-muslim silakan baca doa versi anda.
4. Berniat, " Saya sedang menerima Attunement Energy Kepekaan Level ......(sebutkan level).......secara sempurna. Terjadilah "
5. Meditasi minima 10 minit. Biarkan energy memasuki medan energy anda secara tenang dan mantap dan mengaktifkan kepekaan anda semakin baik lagi.
6. Sudahi dengan mengucap syukur kepada Allah.

Latihan penguatan Energy Kepekaan.

1. Posisi tenang, boleh duduk atau berbaring yang penting tubuh rileks.
2. Senyum, Rileks dan Pasrah.
3. Baca Bismillah dan selawat bagi yang muslim. Bagi non-muslim silakan baca doa versi anda.
4. Berniat, " Saya sedang menguatkan Energy Kepekaan Level ......(sebutkan level).......pada diri secara sempurna. Terjadilah "
5. Meditasi minima 10 minit. 
6. Sudahi dengan mengucap syukur kepada Allah.
7. Latih setiap level selama 7 hari. Setiap hari dilatih minima 1x tetapi semakin kerap semakin baik.


Penerangan:

Sensasi yang dirasakan bagi setiap orang adalah berbeza bergantung kepada keunikan sistem energy masing-masing. Tetapi secara umum, pada level satu akan terasa getaran hangat di permukaan kulit seluruh tubuh. Tubuh terasa kembang. Semakin lama anda akan semakin mampu untuk membezakan sifat getaran-getaran energy seperti beza suhu energy, kadar ketajaman getaran energy, positif dan negatif, dan lain-lain. Mulanya kepekaan hanyalah sekadar merasa, semakin lama kepekaan itu sudah menjadi 'merasa dan melihat'

Pada level 2, anda akan semakin mudah untuk 'keluar' dari wilayah diri anda. Mulanya hanya terasa fikiran atau kesedaran anda yang keluar tanpa melibatkan 'rasa' anda. Semakin lama latihan, maka kesedaan dan 'rasa' anda akan turut meluncur keluar dan anda pun mampu melakukan OOBE ( out of body experience ).

Pada level 3, jika dilatih dengan benar, kesedaran akan mampu mengakses ilmu-ilmu yang ada di alam ini secara ilham. Ilmu apapun yang pernah ada di alam ini wujud secara getaran di frekuensinya masing-masing. Dengan kepekaan yang tajam maka insyaAllah kesedaran anda akan mampu mengaksesnya.

Attunement untuk ilmu ini saya sediakan untuk siapa saja yang berminat. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah seperti yang saya tulis di atas maka energy attunement yang sudah saya programkan boleh anda terima. Yakinlah Allah membimbing anda. Sebarang pertanyaan atau persoalan  insyaAllah saya sedia menjawab.

Selamat sukses

Salam kasih dan sayang :)




Wednesday 17 August 2011

Tanda Kematian

Salam :)

Kematian adalah satu perkara yang wajib dilalui oleh setiap makhluk yang hidup. Satu masa nanti kita pasti akan mati. Entah bila, hanya Tuhan yang tahu. Namun jika masanya sudah tiba, tidak kira kita di mana atau apa juga keadaan kita pasti akan jalan juga.

Di internet sangat banyak ilmu berkenaan tanda kematian yang boleh kita pelajari. Misalnya di blog ini, http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/392-tanda-tanda-kematian.html

Namun kebanyakan tanda-tanda yang diberikan adalah berkaitan getaran-getaran di badan. Getaran sebegini sangat sering dialami oleh para pengamal ilmu energy. Jadi mungkin agak rumit sedikit untuk kita memastikan adakah getaran yang muncul itu adalah tanda kematian atau hanya sensasi energy. Bagi seorang yang hampir hatinya kepada Allah, akan diberikan tanda yang pasti melalui ilham berkenaan kematiannya, bukan lagi pada isyarat-isyarat di badan.

Di sini saya akan share ilmu tanda kematian yang diajarkan oleh bapa saya, di warisi dari generasi dulu-dulu. Terdapat 2 tanda yang sangat mudah untuk diperiksa oleh sesiapa pun juga.

1. Gesekkan lidah pada langit-langit mulut. Jika sudah tidak lagi terasa geli maka itu tanda pertama.
2. Lihat hidung anda. Dalam ilmu hakikat insan, hidung kita merupakan 'arasy kursi' alam kecil. Jika anda tidak lagi melihat hidung anda maka 'arash kursi' anda telah di angkat dan ruh anda tidak lama lagi akan dicabut.

Bapa saya selalu menasihatkan untuk memeriksa kedua tanda ini. Jika kedua tanda ini sudah tidak ada maka persiapkanlah diri untuk meninggalkan dunia ini. Bagitahu semua ahli keluarga dan sempurnakanlah apapa wasiat. Biasanya jika dua tanda ini sudah hilang, hayat kita tinggal dalam kiraan hari atau minggu saja lagi. Dulu masa muda, bapa saya sering mengembara ke mana-mana terutama di wilayah Indonesia untuk menuntut ilmu. Tidak jarang beliau berhadapan dengan situasi-situasi berbahaya. Namun selagi tanda ini masih ok maka beliau akan tenang saja kerana yakin waktunya belum sampai.

Semoga ilmu ini memberi manfaat untuk anda. Selamat berpuasa.

Salam kasih dan sayang :)



Wednesday 10 August 2011

Ilmu Pemanis dan Kerezekian

Salam :)

Duuuuuluuu punya kisah. Saya berjumpa seorang waliullah. Ada sebuah ilmu yang sempat di ijazahkan. Satu ilmu  yang sangat baik diamalkan untuk semua. Tujuannya untuk membuat muka selalu manis dipandang dan rezeki pula melimpah. Di bulan mulia ini saya ijazahkan untuk semua yang berminat. Versi asalnya dalam bahasa Bugis, yang ini versi melayunya.


1. Dalam keadaan yang tenang, pada awal pagi.
2. Gunakan kedua ibu jari untuk mengambil air liur di langit-langit.
3. Baca mentera ini, " Jika kering air telaga al kautsar, barulah kering rezeki Allah yang halal untukku. Muhammad membaca, Jibril menyampaikan, Allah memperkenan. Kun fayakun "
4. Kemudian sapukan kedua ibu jari yang ada air liur tadi ke tulang pipi ( di bawah bucu mata, yg biasa dimekap merah oleh perempuan ). Ibu jari kanan sapu pipi kanan dan begitu sebaliknya. Intinya, palitkan air liur tersebut ke pipi.
5. Sudahi dengan mengucap Alhamdulillah.

Nota : Telaga al kautsar adalah telaga nikmat yg tidak akan pernah kering, dikurniakan Allah utk Rasulullah. Oleh itu dalam pengamalan ini, keyakinan kita adalah bahawa rezeki yang halal utk kita akan sentiasa melimpah selagi tidak kering telaga al kautsar. Oleh kerana hakikatnya telaga al kautsar tidak akan pernah kering maka tidak akan pernah kering jugalah rezeki halal utk kita, begitu juga dengan perkara-perkara kebaikan akan selalu melimpah utk kita. Begitulah penghayatannya.

Selamat beramal.

Salam kasih dan sayang :)


Wednesday 3 August 2011

Melatih Diri Di Bulan Ramadhan

Salam :)

Masa begitu cepat berlalu dan sedar-sedar kini ramadhan menjelma lagi. Energynya sangat terasa memberi pengaruh kepada pemikiran dan perasaan kita dan membawa corak baru kepada kehidupan kita seharian.  Tibanya ramadhan bermakna tibanya bulan untuk melatih diri kita menjadi insan yang lebih baik zahir dan batin.

Dengan ibadat puasa pastinya tubuh dan jiwa kita akan menjadi lebih sihat. Tubuh kita sihat kerana seluruh sistem pencernaan yang memakan sangat banyak tenaga untuk mencerna makanan kini boleh berehat selama lebih kurang 12 jam dan memberikan lebihan tenaga untuk organ-organ lain berfungsi dengan lebih optimum.

Jiwa pula menjadi lebih sihat kerana kurangnya ikatan pada jasad. Unsur jiwa menjadi lebih mudah terbang menuju fitrahnya di alam kebebasan. Bebas dari ikatan persepsi-persepsi sempit. Bebas dari ikatan duniawi yang menghimpit dan akhirnya benar-benar fitrah sepenuhnya pada hari 'aidul fitri. Hari raya 'aidil fitri disambut untuk meraikan pulangnya jiwa kita kepada fitrahnya selepas latihan selama 1 bulan berpuasa di mana jiwa diberi pangkat 'Tattaqun' iaitu 'bertaqwa' oleh Allah.

Oleh itu, dengan tibanya ramadhan, ibadat harus ditingkatkan sepenuhnya. Energy ramadhan yang begitu besar akan membantu memberikan motivasi dan kekuatan bagi sesiapapun juga untuk kembali menuju fitrah. Bagi yang rajin membuat dosa akan menjadi kuat untuk membebaskan diri dari  belenggu nafsu, bagi yang rajin beribadat akan menjadi semakin kuat dan bersemangat beribadat, dan bagi yang melatih spiritualnya untuk menuju makrifatullah akan semakin dimudahkan dan diringankan jalannya.

Energy ramadhan begitu berkat dan kuatnya sehingga meredam frekuensi-frekuensi kejahatan yang membelenggu jiwa dari melihat cahaya-cahaya ketuhanan. Ramadhan ini adalah satu pembebasan jiwa dari segala penjara ghaib. Ramadhan ini menyediakan segala kemudahan kepada jiwa untuk kembali ke fitrahnya. Apa fitrah jiwa ini? Itulah kehampiran dan ketundukan kepada Allah. Tidak lagi terikat dengan mana-mana belenggu yang sifatnya duniawi. Jiwa bebas dari emosi-emosi yang menyesakkan dada. Tidak lagi berat untuk melakukan kebaikan-kebaikan pendek kata bebas dari semua sifat negatif.

Ramadhan sinonim dengan Lailatul Qadar. Berkenaan dengan perkara ini, sangat banyak pendapat yang kita sering dengar sehingga tidak sedikit antara kita yang salah faham mengenainya. Nabi memberikan 'hint' bahawa malam istimewa itu ada pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir bulan ramadhan bermula dari malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.  Mengapa agaknya Nabi tidak memberikan kata putus berkenaan perkara ini sedangkan segala rahsia ada di dalam tangan baginda? Pasti ada hikmahnya. Percaya atau tidak, hanya sebilangan orang yang akan 'menemui' malam istimewa itu sekalipun semua orang beribadat sepanjang malam ramadhan. Lailatul Qadar adalah malam 'pengijazahan' dari Allah bagi mereka yang telah melatih diri dengan sempurna melebihi 21 hari di bulan ramadhan. Bagi yang layak akan menerima 'pengijazahan' itu pada malam-malam terakhir bulan ramadhan. Oleh itu malam Lailatul Qadar bagi setiap yang layak mungin sama dan mungkin juga berbeza. Ada yang menerimanya pada malam 21, ada pula pada malam 23 dan begitu seterusnya.

Jika anda benar-benar menjadikan bulan ramadhan sebagai satu medan latihan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sekali lagi, mendekatkan diri kepada Allah, melalui ibadah-ibadah puasa, solat, zikir dan lain-lainnya dengan penuh keikhlasan insyaAllah anda akan menerima 'pengijazahan' rohani pada malam-malam akhir ramadhan dan itu adalah malam Lailatul Qadar untuk anda. Pengijazahan ini adalah sebagai tanda bahawa anda telah lulus sempurna dalam latihan anda sepanjang ramadhan. Sebenarnya ada kisah energy disebalik malam itu, namun terlalu umum untuk dicerita di sini memandangkan kefahaman setiap orang adalah berbeza.

Mudah-mudahan dengan tibanya ramadhan ini kita dapat melatih diri untuk menjadi peribadi yang lebih baik lagi. Dengan kesungguhan dan keikhlasan mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat-ibadat yang semakin berkualiti, insyaAllah kita akan menerima 'pengijazahan' di malam-malam akhir ramadhan.

Salam kasih dan sayang :)

Tuesday 26 July 2011

Hebatnya Anda!

Salam :)

Manusia sifat semulajadinya adalah pelupa. Oleh itu perlu selalu diingatkan dari masa ke semasa. Sebagai manusia, anda sangat hebat. Hebatnya anda bukan terletak pada fizikal, namun kehebatan anda adalah kerana adanya ruh pada diri anda. Ruh andalah yang menjadi sebab anda mulia sebagai manusia. Oleh itu jangan risau jika rupa fizikal anda tidak berapa cantik, tapi risaulah jika ruh anda tidak digilap untuk mencapai kualiti sejatinya dalam kehidupan anda sekarang ini.

Penyakit ada di dalam diri anda, begitu juga dengan penawar, ia ada di dalam diri anda. Fenomena kerasukan sangat popular di dalam masyarakat kita, sama juga dengan fenomena sihir dan gangguan jin. Ramai pesakit yang merasa dirinya disihir atau terkena gangguan jin namun sebenarnya hanya mengalami fenomena 'mental disorder'. Anda makhluk yang sangat istimewa, namun serikali sangkaan-sangkaan anda terhadap diri anda merendahkan status anda sendiri. Jiwa anda sangat kompleks, oleh itu lebih utama bagi anda untuk mengenali jiwa anda dalam seluruh aspeknya berbanding mendalami perkara lain kerana jiwa anda adalah pusat diri dan kehidupan anda. Jatuh dan bangun, sakit dan sihat, serta gagal dan sukses sangat ditentukan oleh status jiwa anda.

Medan energy anda atau bahasa orang putihnya ' energy field' yang merupakan pancaran sinar disekeliling tubuh anda yang berlapis-lapis sangat ditakuti oleh kalangan makhluk halus. Medan energy ini, atau istilah mudahnya aura, memancar dengan pusat kawalannya berada di minda anda. Makhluk halus rendah seperti jin sangat takut dengan pancaran aura anda. Inilah yang menjadi sebab mengapa rumah  yang ditinggalkan kosong dalam tempoh yang lama oleh manusia akan dihuni oleh jin. Frekuensi aura anda semakin meningkat bermula dari cakra dasar sehinggalah ke cakra mahkota anda iaitu dari aura merah ke ungu. Jika kesedaran anda masih berputar-putar di sekitar cakra dasar, memang keseluruhan aura anda agak lemah dan hampir dengan frekuesi jin. Namun jika anda meningkatkan latihan spiritual anda, maka kesedaran anda akan semakin tinggi dan aura anda yang dominan pun semakin tinggi frekuensinya dan sudah pasti sangat ditakuti oleh spesis jin. 

Hubungan antara minda dan aura anda dangat erat. Apa saja yang ada diminda anda itu yang akan memancar keluar ke medan aura anda dalam bentuk kod-kod energy. Aura anda menentukan kadar kesihatan fizikal, mental dan spiritual anda. Jika anda memikirkan jin dengan penuh penghayatan, anda akan merasakan kesan-kesan yang sama seperti anda kerasukan jin. Jika anda memikirkan sihir, maka fikiran-fikiran itu akan memancar ke medan aura anda lalu anda akan merasa simptom-simptom sihir. Keupayaan minda anda sangat hebat. Ia tidak mengenal baik atau buruk, negatif atau positif ia hanya memberikan anda apa yang anda bayangkan. Jadi berhati-hatilah dengan imajinasi anda.

Senario filem-filem seram pada masa kini macam cendawan tumbuh selepas hujan. Selepas anda menonton filem sebegini, ia akan terakam dengan baik di sistem memori anda. Ketika anda memirkan soal jin atau sihir maka memori tentang filem seram yang anda pernah tonton akan muncul ke layar minda anda dan besar kemungkinan anda akan merasakan simptom-simptom sebagaimana yang terjadi kepada pelakon-pelakon di dalam filem tersebut. Lalu anda mengalami kes-kes kerasukan, histeria dan sejenisnya hasil kekuatan minda bawah sedar anda sendiri. Tidak kurang juga kes kerasukan atau histeria yang terjadi kerana masalah psikologi yang ingin mendapat perhatian daripada keluarga atau rakan-rakan. Kes begini sering terjadi kepada gadis-gadis remaja. Semuanya adalah lebih banyak akibat 'mental disorder' dan bukan akibat jin atau sihir.

Ramai diantara anda yang tidak sedar betapa hebatnya minda yang anda miliki. Jauh lebih hebat daripada sihir dan jin. Malah potensinya boleh mengatasi kekuatan malaikat sekalipun. Kenalilah diri anda dengan lebih baik lagi. Minda anda lebih banyak mempengaruhi persekitaran anda berbanding anda dipengaruhi oleh persekitaran.

Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

Salam kasih dan sayang :)


Monday 18 July 2011

Kenali Diri Anda

Salam :)

Anda perlu mengenali diri anda secara sempurna jika anda ingin mengecapi kebahagiaan yang sejati dan hakiki. Kesengsaraan yang anda alami sebelum ini, sekarang ini dan selepas ini adalah kerana anda belum mengenal diri anda dengan baik. Anda masih dipengaruhi keadaan. Anda masih memerlukan keadaan untuk merasa senang, gembira dan bahagia. Anda hanya akan merasa senang jika keadaan yang muncul dalam kehidupan anda menyenangkan. Anda akan merasa susah jika keadaan susah pada anggapan anda. You see? Anda belum merdeka sebenarnya.

Merdeka pada pandangan spiritual adalah apabila anda tidak lagi dipengaruhi keadaan. Malah anda yang mempengaruhi keadaan. Anda boleh menghadirkan keadaan-keadaan yang baik dan positif. Anda tidak bergantung kepada apapa untuk merasa senang dan bahagia. You are the master of your fate!

Diri anda ada dua aspek, zahir dan batin, terhad dan mutlak. Sepanjang berkaitan dengan batin anda, maka anda adalah mutlak. Sepanjang berkaitan dengan zahir anda maka anda terhad. Perjalan spiritual juga ada dua  aspek, naik dan turun, 'uruj dan nuzul. Dari mutlak menuju terhad, jadilah anda manusia yang lengkap dengan tubuh. Anda kini terhad kerana kemampuan diri anda yang dulunya mutllak kini dibatasi oleh jasad anda. Penglihatan anda yang dulu mutlak kini dibatasi oleh kapasiti mata zahir anda. Begitu juga dengan pendengaran, percakapan, kekuatan, kehendak dan lain-lain sifat anda.

Semakin turun perjalanan anda ke bawah, maka anda akan menemui sifat-sifat peribadi anda. Misalnya sifat zahir seperti gemuk, kurus, tinggi, rendah dan lain-lain. Sifat mental anda seperti pemarah, penakut, berani berkeyakinan dan lain-lain lagi. Sering anda baca di dalam buku-buku motivasi, kenalilah diri anda, kelemahan dan kekuatan anda. Itu hanyalah sifat-sifat peribadi anda, sifat yang muncul dari persepsi-persepsi anda setelah terkurung dalam jasad anda. Anda lebih luas daripada semua itu. 

Kini anda mula ada kesedaran tentang diri anda. Anda merasakan diri anda bukan sekadar ini ini dan begini-begini saja. Jauh di lubuk hati anda terasa meronta-ronta ingin lepas dan bebas dari had dan batasan yang dicipta oleh persepri anda. Lalu anda mula merenung, beribadat dan lain-lain aktiviti kerohanian. Perjalanan menuju ke atas berliku-liku. Banyak simpang siur, banyak perangkap-perangkap. Ibadat, ilmu, dosa, pahala, syurga, neraka boleh menjadi penjara-penjara baru bagi kesedaran anda. Jika ibadat anda membuat kesedaran anda mengejar syurga, jika ibadat anda membuat anda merasa alim dan suci, jika ibadat anda membuat anda tidak semakin mencintai Tuhan maka anda sedang terperangkap dalam penjara-penjara spiritual yang baru. Pendeknya, di mana saja kesedaran anda melekat itulah penjara baru anda dan setiap penjar itu ada siksanya yang tersendiri.

Jika perjalanan anda sukses menuju diri anda yang mutlak, dalam disiplin ilmu sufi itu dikenali sebagai maqam fana. Jika anda kembali memulakan perjalanan menuju ke bawah menuju diri anda yang terhad, dan diri anda tidak lagi terpenjara oleh mana-mana maqam spiritual, maka anda sudah memiliki maqam baqa. Anda kini mutlak dan terhad, anda kini adalah ada dan tiada. Anda menguasai 'uruj dan nuzul, naik dan turun. Anda temui diri anda dalam semua. Anda melihat satu dalam yang banyak, dan banyak dalam yang satu. Anda tidak tergolong di mana-mana golongan dan tidak pula terasing dari mana-mana golongan. Inilah peringkat tertinggi dalam kerohanian.

Kewalian adalah fana, melebur dalam keagungan cinta yang tidak terbatas. Kenabian pula adalah lepas dari fana, lalu kembali ke bawah melayani makhluk, membimbing menuju hakikat sebagaimana yang telah pernah dilaluinya. Itulah beza antara kewalian dan kenabian. Siapakah pewaris nabi? Mereka yang sudah pulang dari kefanaannya, yang sudah memahami perjalanan naik dan turun, yang boleh menilai seluruh maqam dan memberikan bimbingan untuk semua peringkat.

Semoga perjalanan anda semakin terang dan hidup anda semakin bahagia.

Salam kasih dan sayang :)



Wednesday 13 July 2011

Antara Ilmu dan Kesedaran

Salam  :)

Tulisan kali ini boleh anda anggap sebagai versi 'aneh'. Dikhaskan bagi mereka-mereka yang sedang berjuang merebutkan ilmu dan makrifat.

Ilmu boleh mempelajari ilmu dari mana-mana guru samada guru itu manusia atau alam semesta ini. Proses menuntut ilmu adalah dari ayunan sampai ke liang kubur.

Kesedaran adalah apabila anda memahami sesuatu apa adanya, atau sebagaimana mestinya. Ini yang digelar sebagai makrifat. Ilmu makrifat adalah ilmu mengenal sesuatu sampai ke hakikatnya. Sedangkan ilmu makrifatullah adalah ilmu mengenal Allah dalam seluruh aspekNya.

Anda boleh belajar ratusan ilmu, tetapi anda belum tentu dapat memahami semua ilmu itu. Mengetahui dan memahami adalah dua perkara yang berbeza. Anda mengetahui bahawa durian itu rasanya manis. Tetapi anda hanya akan memahami bahawa durian itu manis jika anda sudah memakan durian. Begitulah misalannya antara ilmu dan kesedaran.

Jika anda belajar banyak ilmu, anda akan jadi ahli ilmu. Akan tetapi belum tentu anda akan jadi ahli makrifat. Ilmu itu diusahakan, sedangkan makrifat itu dianugerahkan. Sesiapa saja boleh mengajarkan anda ilmu, namun tiada sesiapa pun yang boleh mengajarkan anda kesedaran. Orang lain hanya boleh menyedarkan anda, tapi tidak mengajarkan anda kesedaran.

'Orang berakal' sangat sering disebutkan dalam kitab suci. Fikiran letaknya di otak, sedangkan akal letaknya di dada. Ilmu pengetahuan dicapai dengan fikiran, sedangkan kesedaran dicapai dengan akal. Anda menyerap pengetahuan dari pandaindera anda, lalu diproses difikiran, maka anda pun jadi tahu tentang sesuatu. Dengan itu anda sudah berilmu. Jika ilmu itu diproses oleh akal anda, disitulah anda akan mula memahami atau sedar hakikat ilmu itu. Jika ilmu ini terhenti hanya difikiran, disitulah timbulnya keegoan dan lahirlah banyak orang-orang fanatik yang merasa hanya dirinya yang benar. Sebab itu sering disebut didalam kitab suci, "Beruntunglah orang-orang yang berakal". Mereka memahami sesuatu dengan lengkap dalam semua aspeknya.

Kalau boleh anda ingin mempelajari semua jenis ilmu yang kedengaran hebat. Anda melompat dari satu guru ke guru lain. Pantang terdengar ada ilmu yang hebat, maka anda pun ingin mempelajarinya. Jadilah anda mahaguru ilmuan. Perlu anda tahu bahawa ini adalah satu perangkap dalam dunia spiritual. Keinginan berlebihan terhadap ilmu adalah juga satu nafsu, yang pada kulit luarnya nampak baik. Namun hakikatnya tetaplah nafsu. Bila memperkatakan tentang nafsu, bukan soal syurga neraka seperti yang anda fahami yang ingin saya sentuh. Soal nafsu, ia adalah pernghalang paling utama jika anda ingin mencapai kesedaran atau makrifat. Sebenarnya, kejahilan adalah satu 'neraka' dengan siksaannya yang tersendiri. Terlalu berhasrat untuk mengekang nafsu pun satu nafsu juga, jadilah ia juga satu penghalang lain menuju kesedaran. Wah, kepala sudah bingung hehe

Ketika saya menghalang anda ( to my student ) untuk mengumpul ilmu, saya menghalang anda untuk mengumpul ilmu yang itu-itu juga spesisnya. Kalau soal paranormal, mahunya dikumpul semua yang kedengaran sakti dan hebat. Itulah nafsu ilmu. Anda harus bezakan antara ahli ilmu dan ahli makrifat. Orang berilmu adalah orang pandai, sedangkan orang makrifat adalah orang yang bijaksana. Anda perlu pandai dan bijaksana untuk hidup bahagia. Namun jika anda hanya sibuk mengumpul ilmu maka anda hanya jadi semakin pandai tapi semakin kurang bijaksana.. Dengan sekali jeling, anda akan dapat membezakan antara orang pandai dan orang bijaksana. Sangat berbeza penampilannya.

Ilmu anda perolehi dari pancaindera. Sedangkan kebijaksanaan anda perolehi dari sudut sunyi di dalam diri anda. Anda hanya akan menikmati kesunyian jika anda behenti berfikir. Dan anda hanya akan berhenti berfikir jika anda menutup pancaindera anda. Bagaimana? Seperti anda ketika tidur. Itulah cara awalnya. Akal anda ( hati nurani ) hanya akan aktif jika anda mengendapkan fikiran anda. Atau bahasa lainnya yang mungkin lebih moden dan mudah difahami, your subconcious mind will be activated when your concious mind is deactivated.

Fikiran anda adalah pusat ilmu yang diakses melalui pancai indera. Manakala hati anda adalah pusat 'ilmu' atau kesedaran yang diakses dari alam suci dimensi tinggi. Semakin bersih hati anda dari pencemaran ego ( fikiran, nafsu ) maka makin tinggilah dimensi yang boleh diakses oleh hati anda dan itu bermakna semakin tinggi kesedaran atau makrifat anda. Ilmu kesufian membahasakannya dengan maqam-maqam, ilmu energy membahasakannya dengan cakra-cakra. Sama saja intinya.

Berguru ada tiga tahap. Pertama anda berguru dengan manusia. Guru ini akan mengajarkan anda tenik-teknik sahaja dan kadang-kadang hikmah-hikmah yang menolong anda meningkatkan kesedaran. Kemudian jika anda sudah mencapai level tertentu, maka anda akan menemui 'guru sejati' anda. Guru sejati bukanlah satu sosok asing dari luar diri anda, tetapi ia adalah hati nurani anda yang murni, yang membisikkan ilham-ilham yang baik. Bukan juga anda mendengar bisikan-bisikan di telinga anda. Bila 'guru sejati' mengajar anda maka selalunya anda akan sampai ke saat, 'Ahha...begini rupanya'. Atau 'Ahha...saya ada idea'. Lebih kurang begitulah prosesnya. Guru sejati inilah yang akan membawa anda kepada Sang Mahaguru dan disinilah bermulanya 'Kelas Hakikat' yang hanya anda yang tahu nanti modul-modulnya.

Satu perkara saja ingin saya simpulkan. Anda tidak akan pernah sampai kepada ilmu-ilmu hakikat jika anda masih sibuk mengumpul ilmu-ilmu dari pancaindera anda, menyesakkan fikiran anda dengan teori-teori. Anda hanya akan mencapai ilmu-ilmu hakikat dengan cara memasuki sudut diri anda yang sunyi dan tenteram melalui tafakkur atau meditasi yang semakin dalam menuju Ilahi. 

Selamat meningkatkan kesedaran anda, selamat menajadi manusia pandai dan bijaksana.

Salam kasih dan sayang  :)

Tuesday 12 July 2011

Energy Anti Scanning

Salam :)

Ramai rakan-rakan yang bertanya bagaimana untuk mengelak daripada di 'scan' oleh sesiapa. Maklumlah, jika terjumpa dengan orang-orang pandai 'scan' ni kita boleh 'ditelanjangi' bulat-bulat sekalipun kita memakai 10 lapis baju tebal. 

Kalau seseorang 'scan' kita, bukanlah tubuh fizikal kita yang digeledah tetapi yang diselongkar adalah tubuh energy kita yang mana mengandungi fikiran-fikiran kita, sifat dalaman kita, emosi kita dan rahsia-rahsia yang kita sembunyikan jauh di lubuk pemikiran kita. Sebanyak mana yang boleh diakses oleh si 'scanner'? Itu bergantung kepada kepakarannya.

Orait, so macam mana kita hendak mengelakkan diri daripada di 'scan' oleh para 'scanner' ni? Pertama sekali kita perlu memahami nature 'scan-mengscan' ni. Bila kita melakukan 'scan' sebenarnya gelombang fikiran kita bergerak menembusi dan menyelubungi subjek yang di'scan'. Data-data yang berbentuk raw energy pada subjek akan ditafsir oleh minda kita dalam bentuk bayangan-bayangan di layar minda kita.

Jadi untuk menghalang gelombang fikiran atau kekuatan batin seseorang daripada menggeledah diri kita, maka kita juga memerlukan kekuatan batin yang lebih kuat lagi. Salah satu cara membuat benteng perlindungan atau aura shield daripada sebarang 'scanning' adalah seperti berikut,

1. Tenang dan rileks. 
2. Baca Bismillah atau apapa ayat yang anda suka.
3. Niat dengan afirmasi, baca dimulut dengan perlahan dan mantap. 

Afirmasi lapisan pertama, " Saya niat membuat aura perlindungan anti scan lapisan pertama dengan cahaya yang sangat terang menyilaukan yang menyelubungi seluruh diri saya secara terus-menerus dan sempurna. Terjadilah ". Tenang selama 1 minit. Biarkan energy terbentuk sempurna.

Afirmasi lapisan kedua. " Saya niat membuat aura perlindungan anti scan lapisan kedua dengan kegelapan yang sangat pekat yang menyelubungi seluruh diri saya secara terus-menerus dan sempurna. Terjadilah ".  Tenang selama 1 minit. Biarkan energy terbentuk sempurna.

Afirmasi lapisan ketiga. " Saya niat membuat aura perlindungan anti scan lapisan ketiga dengan cahaya yang sangat terang menyilaukan yang menyelubungi seluruh diri saya secara terus-menerus dan sempurna. Terjadilah ".  Tenang selama 1 minit. Biarkan energy terbentuk sempurna.

4. Sudahi dengan mengucap syukur.

Ucapkan afirmasi di atas dengan rileks dan tenang, sambil banyangkan apa yang anda ucapkan itu. Dengan itu anda akan memadukan kekuatan dari cakra jantung, cakra kerongkong dan cakra ajna anda.

Bagi anda yang tidak biasa dengan ilmu-ilmu energy, kemungkinan ucapan anda tidak membentuk energy yang besar. Tetapi jika afirmasi/ucapan di atas dilakukan berulang-ulang insyaAllah pasti akan terbentuk energy yang hebat. 

Hasilnya, jika anda seseorang yang cuba meng'scan' anda, maka kekuatan batinnya akan melihat sinar terang yang sangat menyilaukan. Untuk menembusi lapisan ini, dia memerlukan kekuatan yang extra. Jika tembus juga, maka dia hanya akan melihat kegelapan. Tapi jangan risaulah, lapisan pertama pun sudah sangat susah unutk ditembusi. 

Namun jika anda berhadapan dengan orang-orang yang tinggi spiritualnya, biasanya orang begini tahap energynya sudah mencapai tahap kristal yang sangat tinggi. Tiada benteng yang tidak dapat mereka tembusi. Namun jika orang begini 'scan' anda maka usah anda risau, rahsia anda selamat di tangan mereka, malah biasanya dengan kenaikan hati mereka anda akan didoakan atau diberikan bimbingan. Tujuan energy anti scan ni hanyalah perlindungan dari orang-orang yang ada niat jahat atau nakal.

Bah ok, selamat mencuba. Semoga anda sentiasa sukses.

Salam kasih dan sayang :)


BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...