Your Magic Blog: Kunci Sukses Spiritual

Friday 9 December 2011

Kunci Sukses Spiritual

Salam :)

Sifat manusia dijadikan secara semulajadi tidak sabar dan ingin segera mendapat apa yg diingininya. Dalam semua aspek kehidupan, tanpa kecuali termasuklah dalam perjalanan spiritual.

Sabar menjalani amalan-amalan kita secara istiqamah. Inilah kunci untuk sukses dalam apa juga aspek dan termasuklah juga pencapaian-pencapaian spiritual. Sabar adalah satu sifat yang begitu mahal. Sabar adalah faktor semulajadi yang boleh mendatangkan rahmat dan pertolongan Allah kepada kita. Jika ada kesulitan, sabarlah. Dengan sabar maka Allah akan bersama kita. Jika Allah sudah besama kita maka apa lagi yang tidak mampu kita redah? Apa lagi yang tidak mampu kita capai?  Jika anda sakit, lalu anda sabar, dengan sabar itu anda sudah memasukkan diri anda ke dalam golongan yang difirmankan Allah iaitu :

Innallaha ma'assobirin - sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Jika anda sedang bersabar ketika ini, berbahagialah kerana Allah sedang bersama anda. Jika anda solat belum tentu Allah bersama anda, kerana mungkin anda tidak khusyuk. Tetapi jika anda sedang diuji, lalu anda bersabar, pasti Allah sedang bersama anda kerana itu janjiNya dan janjinya adalah satu kepastian. Setiap kali anda diuji, sebenarnya Allah ingin mendekati anda. Lalu mengapakah anda terburu-buru ingin agar kesulitan anda selesai? Anda seolah ingin agar Allah segera menjauhi anda. Bukankah begitu secara logiknya?

Jika kita diuji, dari segi kerohanian, Allah mahu kita datang bersimpuh dan bersujud dihadapanNya, melebur seluruh ego, memohon ampun semua dosa, memohon maaf atas semua kelalaian sehingga ke satu titik kemuncak. Titik kemuncak apa? Iaitulah ikhlas... Ini adalah satu bentuk perasaan khas yang terasa mengalir ke hati HANYA jika kita sudah cukup menghadap bersimpuh di hadapan Allah dalam tempoh yang agak lama. Mungkin 30 minit, mungkin 1 jam atau mungkin 2-3 jam. Dengan perasaan inilah akan terasa satu bimbingan ilham yang seoalah dicampak begitu saja ke hati kita. Dan dengan itu kita yakin begitu saja bahawa itu adalah petunjuk dariNya. Agak sukar dijelaskan secara perkataan, kerana ini adalah satu ilmu praktikal. Anda akan tahu setelah merasakannya.

Masalah kita adalah, apabila kita ada masalah atau ada hajat, kita tidak langsung pergi menghadap Allah, bersimpuh dna bersujud dihadapanNya. Kita akan lebih dulu duduk di kerusi, hisap rokok sambil merenung memikir dengan kening bekerut dalam. Kalaupun kita datang menghadapNya, mungkin hanya 5-10 minit. Itu belum cukup untuk mencpai 'titik kemuncak'. Tanda kita sudah mencapai titik kemuncak dalam taqarrub kita kepada Allah adalah adanya perasaan damai yang begitu kuat terasa di hati dan ini akan diikuti oleh satu 'bimbingan ilham' yang murni. Sekali lagi susah nak tulis keadaan ini. Ianya harus dialami sendiri secara langsung baru boleh faham dengan baik. Sebentuk ilham yang datang pada kita sebelum mencapai titik ikhlas dalam taqarrub, boleh jadi adalah ilham sampingan yang muncul dari fikiran atau juga dari nafsu, atau juga dari anak-anak syaitan. Sebab iblis sudah berjanji akan menyesatkan seluruh anak adam, kecuali yang IKHLAS.

Sekarang, syarat sabar yang bersama Allah, harus ada istiqamahnya. Maksudnya Istiqamah dalam bersabar atau sabar berterusan. Begitu juga sebaliknya, sabar dalam beristiqamah. Maksudanya ketika sedang beristiqamah menjalani satu amalan, kita harus sabar untuk terus bersitiqamah. Jadinya, istiqamah dan sabar itu sentiasa harus berpasangan dan saling melengkapi.

Saya teringan satu ungkapan yang say baca dari satu bahan, dulu masa masih kecil.

Today you are nobody, but someday you will be somebody.

Hari ini kita bukan siapa-siapa, tetapi suatu hari nanti kita akan jadi seseorang. Dengan berkat kesabaran yang terus dipupuk dengan istiqamah, insyaAllah satu hari nanti, kita pasti akan jadi sesosok peribadi yang sangat bermakna untuk kehidupan ini. Hari ini pun anda sudah menjadi seseorang yang mungkin dulu anda tidak pernah terbayang. Tapi arus kehidupan sudah membawa anda ke sini. Jika anda renung, pasti dalam perjalanan ke 'sini' penuh rintangan yang menuntut kesabaran yang berterusan.

So remember my friends, some day you will be somebody. By patient, and Allah will be with you. When Allah with you, you can be anybody and get anything.

Salam kasih dan sayang dari hati yang terdalam :)


3 comments:

  1. Insyaallah... Sekarang ni saya pun dah somebody iaitu ayah kepada si anak, suami kepada si isteri dan yang tidak dilupakan ialah hamba pada sang pencipta... Senyum, relaks dan pasrah...

    ReplyDelete
  2. Aslkum saudara Paranorms...saya sebagai new followes bagi blog saudara ingin merakamkan setinggi-tingi tahniah dan syabas diatas penghasilan tulisan-tulisan yg sungguh bermakna dan amat berguna kepada semua.Pendekatan yg digunakan amat sesuai dgn kaadaan dan masa sekarang."Dahulu Lain Sekarang Dah Lain...Tapi Matlamat Tetap Sama".We have to reset back to Zero.

    ReplyDelete
  3. omera @ alhamdulillah tn...someday pasti akan jd lbh somebody lagi insyaALlah :)

    Hijaz @ alhamdulillah, terima kasih atas kata2 baik dr sdra dan terima ksh jd follower blog kecil ini. semua yg baik dr Allah. semoga semua mendapat manfaat yg terbaik :)

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...