Your Magic Blog: November 2012

Thursday 29 November 2012

Experimen Memanipulasi Cuaca

Salam semua pembaca budiman :)

Bila anda membaca tajuk artikel ini, pasti macam-macam persoalan yang muncul di benak masing-masing. Bagi yang biasa dengan sains metafizik rasanya tiada masalah. Namun bagi anda yang baru mahu kenal dengan dunia metafizik rasanya artikel ini akan penuh persoalan dan kontroversi.

Can we really manipulate the weather??? 

Menurut teori ilmu fizik quantum, semua objek, semua perkara, semua peristiwa adalah sekumpulan energi yang memiliki frekuensi pada skala tertentu. Misalnya, jika anda ingin terjadi hujan pada jam 1 petang esok, peristiwa ini memiliki nilai frekuensi atau kadar getaran energy pada skala tertentu. Jika frekuensi ini dipancarkan secara konsisten pada jangka waktu tertentu, maka frekuensi ini akan mengambil bentuk yang stabil di alam eterik ( alam energi dimensi ke 4 ) dan BOOOOOMMMMM!!!... jam 1 petang esok terjadilah hujan.

Bunyinya kedengaan mengarut dan tidak masuk akal kan. Ini teknologi rahsia yang digali daripada ilmu sains metafizik. Ilmu ini giat di kaji oleh saintis barat dan kewujudannya sangat-sangat confidential. Dalam beberapa kali percubaan dengan rakan-rakan paranormal, melalui kaedah yang sistematik hasilnya  sangat mengejutkan.

Tidakkan ini melawan kuasa Tuhan? Ada yang bertanya begini tentunya... Alam ini penuh dengan hukum-hukum semulajadi yang biasa kita kenal sebagai Sunnatullah. Misalnya, sunnatullah telah mengatur bahawa setiap yang berada di atas akan memiliki daya keupayaan dan pasti akan jatuh ke bawah kerana adanya daya tarikan graviti. Dengan memahami hukum alam berkaitan graviti serta hukum-hukum lain, besi yang beratnya ratusan tan boleh diterbangkan manusia di udara. Kapal yang dibina dari logam dan mengangkut ratusan manusia boleh terbang di udara, adakah ini menentang hukum alam??? Tidak, ia hanya memanfaatkan hukum alam untuk kebaikan manusia.

Di dunia metafizik, dunia spiritual juga ada hukum alam atau sunnatullah yang mengaturnya. Mempelajari hukum ini serta memahaminya akan membuat anda mampu memanipulasi objek atau peristiwa yang berada dalam kawalan hukum alam tersebut. Sama dengan topik yang saya bawakan pada artikel kali ini.

Jika anda mempelajari ilmu Mindpower, semua ini sangat mudah untuk anda fahami. Jika anda mempelajari ilmu radionics-psionics perkara ini sangat tidak asing di fikiran anda.

Bagi anda yang sudah tahu caranya, khasnya pelajar-pelajar TERQI... Give it a try and see for yourself :)


Sekian untuk tulisan kali ini. Semoga mencetuskan inspirasi :)

Salam hormat, salam kasih sayang yang tulus untuk anda. Semoga anda sentiasa berbahagia :)




Thursday 22 November 2012

Teknologi Rohani Qalam Ilahi (TERQI)

Salam semua pembaca budiman :)

TERQI adalah singkatan bagi Teknologi Rohani Qalam Ilahi. Kita biasa dengan tentang teknologi nano, teknologi genom, teknologi mekanikal dan saudara maranya yang merupakan kumpulan-kumpulan kecil bagi teknologi-teknologi fizikal.

Teknologi Rohani? Pasti ramai yang tertanya-tanya apatah lagi bagi yang baru mengenal dan berjinak-jinak dengan ilmu-ilmu metafizik. Mari kita kaji pelan-pelan. Di alam ini hanya ada 2 ciptaan. Pertama ciptaan Tuhan yang menzahirkan alam dengan seluruh keistimewaan dan keajaibannya seperti galaksi, planet-planet dan semua kehidupan di dalamnya. Kedua ciptaan manusia yang mana bahan-bahannya adalah diambil dari isi-isi alam. 

Persamaan bagi kedua ciptaan ini adalah, sebelum ia muncul di alam nyata, ciptaan ini muncul lebih dulu di alam spiritual. Sebelum alam ini terzahir, ia lebih dulu berada di dalam Mind of God, dalam ilmu Tuhan. Orang-orang tasauf mengenalinya sebagai 'A'yan Atsabitah. Setelah alam sempurna dengan sifatnya di dalam ilmu Tuhan, baru ia diberikan perintah KUN lalu terzahirlah alam yang indah ini. Sama seperti ciptaan manusia, seperti kereta, bangunan, pakaian, kasut, makanan, dan lain-lain. Sebut la apapun ciptaan. Semuanya lebih dulu berada di dalam minda, di dalam imajinasi manusia. Inilah yang disebut sebagai MATERIALISASI iaitu mewujudkan apa yang ada di dalam fikiran ( alam spiritual ) ke dunia nyata.

Jika kita melakukan kajian harus ada soalan 'Bagaimana?". Di Qalam Ilahi kita mengambil pendekatan saintifik. Bukan sekadar Belajar, Ikut, dan Yakin. Harus tahu prosesnya agar tidak tersesat dengan doktrin-doktrin yang tidak berlandaskan ilmu yang benar kerana apabila ilmu salah, amalan jadi salah dan  hasilnya juga akan jadi tak tentu hala hehe. Jadi berbalik kepada persoalan asal, bagaimana untuk menzahirkan apa yang ada di fikiran ke dunia nyata? Bila sudah muncul soalan ini, maka bermula lah kajian kita terhadap ilmu Teknologi Rohani.

Fikiran adalah Sebab, manakala kehidupan adalah Akibat. Fikiran adalah alam spiritual, sedang kehidupan adalah alam nyata. Apa yang ada di alam fikiran itulah yang akan keluar ke alam kehidupan kita. Sebab wujud lebih dulu baru diikuti oleh Akibat. Setiap masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita adalah Akibat dari sebuah Sebab yang mana wujud di alam spiritual, alam fikiran kita. Umumnya, untuk setiap masalah yang muncul kita sudah diajar dan terlatih untuk memfokus dan menyelesaikan masalah itu, yang bermaksud kita fokus untuk mengubah Akibat. Ilmu spiritual sangat berbeza. Ia mengajarkan satu alternatif yang sangat unik. Apabila kena musibah, ucaplah Innalillahi wainna ilahi roji'un. Ya, kita diarahkan untuk mengembalikan kesedaran kepada Tuhan, yang merupakan aspek spiritual yang Maha Tinggi. Tuhan sebagai sumber segala Sebab bagi Akibat yang terjadi di alam kehidupan kita. Kembali kepada Tuhan bermakna kembali ke Hati kita. Merombak dan memperbaiki keyakinan kita yang berkaitan dengan Akibat atau masalah yang muncul dalam kehidupan kita? See???

Cuma bahasa agama ni bahasa sastera tinggi. Agak sukar digapai oleh fikiran manusia umum. Agama memberikan Tujuan, sedang sains mencarikan Jalan menuju Tujuan tersebut. Mencari Jalan atau Ilmu adalah proses menuju Makrifah. So yang betulnya Makrifah adalah Mastering The Science of Spiritual.

Oraitsss... Back to the desk. Fikiran adalah Sebab, Kehidupan adalah Akibat. Ini adakah hukum alam yang harus dicari tahu kenapa dan bagaimana untuk mendapat makrifahnya agar boleh kita manipulasikan untuk keberuntungan kita. Baca dan fahami ini baik-baik...

Fikiran yang mencipta alam ini adalah Fikiran yang sama yang terzahir dalam semua manusia. Kehendak dan Kuasa yang mencipta alam ini adalah kehendak dan kuasa yang sama yang terzahir dalam diri setiap manusia. Bezanya cuma pada 'degree' atau kadar Kehendak dan Kuasa itu. Kehendak dan Kuasa yang mencipta alam adalah Mutlak, sedangkan kehendak dan kuasa yang ada pada manusia adalah terhad mengikut batas kesedaran rohaninya. Seperti air, di dalam air laut, air sungai, air paya, air kolam, air kopi, air pepsi tetap juga air yang terdiri daripada ikatan atom H2O. Bezanya cuma 'degree' atau kadar berapa banyak air murni dalam air-air tersebut.

Berbalik kepada TERQI... Pada awal kemunculan ilmu ini, saya design  level 1 dengan sistem energi iaitu pembangkitan segala macam energi terpendam di dalam diri pelajar seperti kundalini, tenaga dalam, serta energ-energi dari seluruh cakra menjadi satu paduan Energi Sempurna. Semakin mendalami kajian ilmu metafizik khasnya melalui aplikasi-aplikasi ilmu TERQI semakin saya melihat dengan jelas bahawa kekuatan manusia yang utama bukanlah energi-energi itu melainkan kesedaran Roh dan Jiwanya atau lebih mudah kita fahami dengan bahasa moden, iaitu Minda. Jika anda yang sudah biasa latihan-latihan spiritual, anda akan menyedari bahawa semua jenis energi yang anda pelajari hanyalah 'alat' untuk memfokuskan fikiran anda. Laa... Ada yang bingung, apa pula beza antara Minda dan Fikiran.? Ok...Minda adalah keadaan mental yang statik manakala fikiran adalah ketika mental itu bergerak atau in motion.

Semua jenis energi yang anda latih apapun alirannya, serta semua jenis mantra, zikir dan bacaan-bacaan hanyalah ALAT untuk memfokuskan fikiran anda. Fikiran andalah yeng menggerakkan energi ketika anda bermain energi. Oleh sebab itu kekuatan SEJATI di sini bukanlah energi tersebut melainkan aspek mental anda iaitu minda anda. Pada satu tahap kesedaran spiritual tertentu, anda tidak akan lagi perlukan energi-energi luar serta mentera-mentera atau apa saja jenis bacaan. Anda hanya perlukan sebuah konsentrasi fikiran yang penuh untuk melakukan kerja-kerja metafizik. Di sinilah anda mula menyedari Diri Sejati anda, Higher Self anda kata orang-orang reiki.

Perbezaan ilmuan metafiizk Timur adalah memasuki alam spiritual dengan beragam upacara atau ritual-ritual suci kerana ilmuan Timur sangat menghormati dan mengkeramatkan alam spiritual. Manakala ilmuan metafizik Barat pula langsung terjah saja, antam sembarang kata orang sabah. Mereka memasuki alam spiritual tanpa banyak rambu-rambu tanpa banyak adat. Pendekatan ilmuan Timur adalah menyeluruh dan mengambil masa yang agak panjang namun mematangkan kesedaran rohani. Pendekatan ilmuan Barat pula cepat kerana terus ke sumber kekuatan utama manusia tanpa banyak ritual-ritual yg melelahkan namun peningkatan kesedaran rohani boleh jadi kurang menyeluruh. Setiap pendekatan yang diambil dua kelompok ini masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

Atas pertimbangan tersebut, saya mengubah design  ilmu Terqi. Pada level 1 kali ini saya tidak lagi memberikan attunement/penyelarasan pembangkitan energi melainkan terus mengolah kekuatan minda atau mindpower tanpa perlu medium energi-energi. Ilmu TERQI memfokus dan memanfaatkan fungsi 4 cakra utama iaitu cakra jantung, cakra pusat, cakra seks dan cakra dasar.

Cakra Jantung adalah pusat aktiviti bagi Tubuh Intuisi, di mana ilham dari alam ketuhanan mula-mula memasuki kesedaran manusia seperti mana digambarkan dalam Quran :

Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha.
" Maka, Dia mengilhamkan ( kepada jiwa )  jalan keburukan dan jalan kebaikan" - (al-syams [91]: 8)

Di frekuensi inilah bermulanya ciptaan, 'the spark of creation' yang berupa ilham-ilham halus dan murni. dari sini ilham tersebut di hantar ke cakra pusat yang merupakan center kawalan bagi aktiviti fikiran (imajinasi). Jika di sini bekalan energy cukup, maka ciptaan tadi frekuensinya semakin padat dan akan dibawa pula ke cakra seks yang merupakan pusat kawalan emosi. Jika di sini bekalan energi mencukupi bagi memadatkan lagi frekeuensi ciptaan tadi, maka ciptaan ini sudah bersedia untuk muncul di alam nyata yang separa dengan frekuensi cakra dasar iaitu alam kebendaan. Rumus bagi proses ini tersembunyi pada N.I.A.T. Inilah design baru bagi TERQI level 1. TERQI melatih anda menjadi The Master of Materialisation.

(Updated: Class closed)

Sekian dulu perkongsian pada artikel ini.

Salam kasih dan sayang terindah dari lubuk hati yang terdalam. Semoga anda semua berbahagia dalam naungan kasih ilahi :)



Tuesday 20 November 2012

Jom Belajar Metafizik



Salam semua pembaca budiman J

Kita manusia semua adalah sang pencari. Ada yang mencari ilmu, ada yang mencari harta, ada yang mencari pangkat, ada yang mencari darjat, ada yang mencari pasangan, mencari anak ayam yang hilang, mencari isteri yang lari dari rumah (hehehehehe ) dan sebagainya lagi.

Oleh kerana blog ini saya cipta khas sebagai medium berbagi ilmu, maka saya ingin memfokuskan tulisan ini kepada para pencari ilmu, khasnya ilmu-ilmu metafizik. Masih ramai anak manusia yang belum menyedari kepentingan ilmu metafizik. Apa sih ilmu metafizik itu? Ilmu metafizik adalah semua ilmu-ilmu yang berada diluar cakupan ilmu-ilmu fizik. Bahasa kunonya ilmu-ilmu ghaib. Namun bila kita guna istiah ilmu ghaib, fikiran kita akan terseret ke satu suasana yang agak seram dan mistik. Semua manusia yang beragama apatah lagi umat islam tidak akan pernah lari daripada ilmu-ilmu ghaib. Setiap doa yang kita lantunkan selepas solat atau doa-doa umum lainnya adalah merupakan ilmu-ilmu ghaib atau ilmu metafizik. Semua ayat-ayat suci yang kita baca untuk menghalau jin apabila merasa seram ketika pergi tandas sorang-sorang pada waktu malam juga adalah ilmu ghaib atau ilmu metafizik. You really never far away from it!

So... Apa yang boleh saya dapat dengan mempelajari ilmu metafizik? Let see... Tahukah anda bahawa DIRI anda terdiri daripada 3 unsur utama? Pertama unsur fizikal iaitu jasad anda. Kedua unsur ghaib iaitu jiwa atau mental anda. Ketiga unsur yang lebih ghaib dan halus lagi iaitu roh anda. Suasana kehidupan pada zaman ini membuat anda sentiasa sibuk memerhati dan memperbaiki jasad anda sahaja. Hanya jasad yang anda bagi makan, kasi cantik, kasi hias, kasi belai, dan lain-lain lagi. Anda lupa untuk memerhati, menjaga dan merawat jiwa dan roh anda sedangkan 2 unsur inilah diri anda yang sebenar, bukan jasad ini kerana ia hanya merupakan perumah bagi jiwa dan roh anda.

Bahagia adalah idaman setiap manusia. Siapa yang tidak mahu bahagia? Bahagia tidak terletak pada benda-benda fizikal. Bahagia tidak terletak pada rupa fizikal yang cantik dan tampan. Bahagia tidak terletak pada pangkat dan kekuasaan. Bahagia tidak terletak pada harta dan kekayaan berlimpah. Bahagia terletak di mana? Bahagia adalah soal perasaan. Ia terletak pada jiwa atau mental anda. Sejauh mana anda mampu mengurus dan merawat jiwa anda dengan nilai-nilai positif. Sekuat mana anda mampu mengisi jiwa anda dengan fikiran dan emosi-emosi yang  baik. Jiwa adalah unsur metafizik, unsur ghaib yang tidak terlihat oleh mata fizikal. Namun ia wujud. Belajar ilmu metafizik adalah belajar untuk mengurus, merawat, dan mendayagunakan kekuatan jiwa anda yang terdiri daripada FIKIRAN dan EMOSI anda. Anda boleh bahagia sekalipun anda terlahir dengan rupa paras yang bidak dan jellek ( istilah orang sabah ini hehe ). Anda masih boleh bahagia sekalipun anda tidak memiliki pangkat dan kekuasaan, harta mahupun kekayaan berlimpah.

Asas utama ilmu metafizik adalah kemampuan untuk mengendalikan dan mengelola fikiran dan emosi. Jika skill ini sudah anda kuasai dengan baik barulah anda boleh maju ke level seterusnya yang lebih hebat lagi. Jadi kepada orang-orang lama, jangan lupa dasar ini. Bagaimana mungkin anda mahu maju ke level seterusnya yang lebih hebat jika fikiran dan emosi anda saja belum dapat anda kawal dengan baik? Fikiran dan Emosi adalah ‘alat’ bagi AKU anda untuk berkarya di alam agung ini. Jika ‘alat’ ini masih belum dapat ditangani dengan baik dan kemas, sangat sukar bagi AKU anda untuk berkarya mencipta keajaiban-keajaiban yang anda dambakan selama ini. Jangan heran kalau keadaan anda masih begitu-begitu juga. Di sini letak masalahnya J

Baiklah... Sampai sini dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga ada manfaat untuk saya dan anda.
Salam terindah penuh kasih sayang untuk sekalian makhluk tuhan di alam ini, ikhlas dari lubuk hati yang terdalam. Selamat berbahagia untuk anda semua J


BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...