Vibrasi energi kita adalah penentu kita akan sukses tinggi atau gagal menjunam.
Dan... vibrasi energi kita sangat dipengaruhi oleh 2 cycle/lingkaran ini:
1. Inner cycle/lingkaran dalam sebanyak 70%
2. Outer cycle/lingkaran luar sebanyak 30%
Orang yang paling hampir dengan anda, iaitu ibu bapa, pasangan, anak-anak dan adik beradik teramat sangat mempengaruhi vibrasi energi anda.
Mereka-mereka ini boleh membuat anda ke syurga atau ke neraka, walaupun masih di dunia ini 😨
Jika anda ingin sukses, ingin sihat, ingin rezeki mengalir deras... Jagalah Inner Cycle ini.
Utamakan memberi cinta kepada mereka. Utamakan memberi sedekah kepada mereka. Utamakan membahagiakan mereka, maka mereka akan jadi penunjang kesuksesan anda dalam semua bidang.
Ada kesalahan besar mengutamakam sedekah ke Outer Cycle, jika Inner Cycle masih menderita. Sedekah anda tidak akan banyak efek buat anda.
Dan lebih salah besar lagi kalau anda memilih lebih membahagikan dan menyenangkan orang Outer Cycle sedangkan Inner Cycle anda susah melarat.
Kalau anda abaikan inner cycle ini, benar-benar anda akan mengalami 'neraka' di dunia.
Tidak usah jauh-jauh. Isteri atau suami anda saja dulu. Kalau gaduh, ada masalah antara anda berdua, terasa berada di syurga atau neraka? 😩
Haha
Mereka-mereka ini ada tali energi dengan anda. Mereka mengikat anda dengan begitu kuat dengan tali energi emosi antara anda. Jika tali emosi ini terganggu, emosi anda pasti goncang.
Jika tali emosi ini terganggu, semua energi anda akan huru hara di level Bawah Sedar. Kesihatan, kewangan, karier, dan apapun usaha anda akan tergoncang.
Anda akan ditarik turun jatuh ke vibrasi paling rendah dan jahannnam! 😆😆😆
Ini rahsia.
Rahsia alam semesta.
Rahsia Orang Kaya Sejati.
Tidak percaya?
Anda sudah mengalami dan membuktikan nya banyak kali.
Kita begitu terlatih untuk melihat kekurangan yang kita ada.
Sejak kecil kita terlatih untuk fokus melihat kekurangan kita dan berusaha memperbaikinya.
Tidak salah.
Tapi kita akan terus menerus malihat kekurangan demi kekurangan kita. Kita akan sentiasa tidak puas hati dan akak sentiasa terpaksa berusaha keras mencapai hasil yang lebih tinggi. Bilakah kita akan bahagia kalau terus menerus begini?
Ajaran Kebijaksanaan sudah memberikan rumus.
"Bersyukurlah maka akan kutambahkan nikmat-nikmat ku kepadamu".
Cara ini berlawanan dengan apa yang kita fahami selama ini.
Apa yang kita faham adalah,
Jika ingin sukses, fokuslah pada apa yang kurang dan perbaikilah.
Tapi ajaran kebijaksanaan dari agama menunjukkan sebaliknya.
Jika ingin sukses, dalam apapun bidang kehidupan, fokuslah terhadap nikmat dan kelebihanmu, syukurilah maka ia akan bertambah.
Kalau dirimu sakit kanser paru-paru misalnya, fokuslah pada matamu yang masih sihat, pada jantungmu yang masih sihat, atau pada kedua kaki mu yang masih sihat. Syukuri dan syukuri terus, maka paru-paru mu yang sakit itu akak ikut jadi sihat.
Kalau dirimu sedang kekurangan wang, fokuslah pada berapapun yang kau ada walaupun hanya sepuluh sen. Syukuri dan syukuri terus maka ia akan bertambah entah bagaimana pun caranya.
Fokus kepada apa yang kurang akan membuat kita hilang energi, hati jadi sempit, fikiran jadi tertekan sehingga susah untuk melihat pilihan-pilihan baik yang tersedia untuk menghasilkan kelebihan.
Lebih menariknya lagi, apabila kita fokus kepada kekurangan, maka kita akan mengalami kekurangan terus.
Kalau kita fokus pada penyakit, maka kita akan sakit terus.
Akan tetapi, kalau kita fokus kepada kelebihan, maka kita akan dilimpahi kelebihan. Kalau kita fokus kepada kesihatan, maka kita akan semakin dilimpahi dengan kesihatan.
Makanya yang suka syukur akan ditambah nikmat, yang kufur merasa kurang, akan terus mengalami kekurangan.
Cubalah... Di sela-sela kekurangan sekarang ini, ambil pen dan kertas. Senaraikam apa saja kelebihan yang anda miliki. Lalu mulailah syukuri.
Perasan anda akan berubah. Pandangan anda terhadap situasi yang anda alami akan juga mula berubah. Reaksi orang-orang disekeliling anda juga akan mula berubah. Kenapa? Kerana persekitaran kita hanya mengikuti irama perasaan hati kita.
The universe resonate with your heart!
***
Kalaulah kita sudi percaya.......
Ubat penyakit di suatu bahagian badan kita, adalah mensyukuri kesihatan pada bahagian badan lain yang masih kita nikmati.
*
Ubat kekurangan harta yang kita alami, adalah mensyukuri harta-harta lain yang kita masih ada.
*
Ubat kecewa cinta yang kita hadapi, adalah mensyukuri cinta-cinta lain yang kita masih terima.
*
Bilakah syukur itu mula memberikan kesan positif?
Iaitu apabila HATI mula terasa enak, nyaman dan gembira.
Untuk itu, kita harus syukur dan syukur terus. Hari ini, esok, lusa dan seterusnya.... Sampai kondisi hati ini mula rasa nyaman, aman, dan gembira.
Boleh kah begitu?
Yaaaa.... Boleh!
Masalahnya ente tidak yakin, dan ente tidak konsisten.
Janji Tuhan itu benar,
"Kalau kamu SYUKUR, aku tambah lagi nikmatku kepada kamu".
BerSYUKUR itu, satu rahsia Orang Orang Kaya Sejati.
Katamu mahu join jadi Orang Kaya Sejati?
Ayuuhhh.... Syukurlah banyak-banyak!
Salam cinta kasih paling tulus dari lubuk hati terdalam.
Sangat syukur kepada Allah untuk apapun kebaikan, nikmat dan anugerahNya yang kita sedari mahupun tidak sedari.
.
.
.
Semalam............
Setelah mengadakan sesi latihan Jurus Nafas Syahadah kepada dua orang murid, aku cuba melakukan zikir-zikir rutinku.
Entah kenapa........
Terasa ada penghalang untuk aku memasuki wilayah Hati.
Aku telah tahu........
Bahawa ketika aku memasuki wilayah Sang Hati melalui zikir, aku akan merasakan getaran-getaran yang begitu halus, nyaman dan terasa sangat nikmat yang bermula dari tengah dada dan merebak ke seluruh badan.
Getaran-getaran itu boleh berubah menjadi letupan-letupan quantum yang menghasilkan gerakan-gerakan di badanku, serta munculnya perasaan-perasaan yang bergelora yang begitu memabukkan.
Dari gelora perasaan ini, mengalir ratus juta informasi memasuki ruang mindaku yang entah dari mana datangnya secara pasti.
Perasaan-perasaan yang muncul itu, sesekali begitu kuat sehingga membuat aku ingin teriak dan mengalirkan air mata keharuan, kecintaan dan kerinduan kepada Tuhan ku.
Kemuncak daripada proses itu adalah....... Kedamaian yang tidak terlukiskan dengan kata-kata.
Damai yang hening, hening yang damai... Ahh entahlah apa kata yang sesuai untuk memaknainya.
Fenomena ini...............
Aku tidak tahu memaknainya dengan istilah-istilah sains metafizik.
Aku hanya tahu bahawa ini adalah sebuah peningkatan vibrasi energi melampaui dimensi ketiga, keempat, kelima, bahkan ke enam. Itu pun aku tidak tahu dengan tepat dan pasti sampai dimensi ke mana.
Apa yang jelas..........
Keadaan ini sangat indah dan mengasyikkan.
Hari yang aku lalui terasa kosong dan hambar jika aku tidak memulainya dengan fenomena ini. Ia umpama minyak tanah bagi pelita, atau minyak petrol bagi kenderaan. Tanpanya, hariku menjadi lesu, berat dan melelahkan.
Dari pembacaanku..........
Aku dapat tahu bahawa fenomena seperti ini dipanggil sebagai 'Dzuq' di kalangan kaum Sufi. Dzuq yang berpanjangan menghasilkan 'Saqr' iaitu perasaan mabuk ketuhanan. Ini pula akan mencetuskan 'Ishq' iaitu rasa rindu ketuhanan.
Aku hanya menjalaninya. Mindaku seperti 'pendrive' yang dipasangkan ke 'library alam semesta' menerima ledakan informasi. Ada iras-iras yang digambarkan dalam file Lucy yang dibintangi oleh si jelita Scarlet Johanson.
Ada tahap-tahap.
Apa yang aku alami mungkin baru level 5% sahaja. Di dunia ini memanng benar-benar ada yang mengalami level yang lebih tinggi dan jauh lebih tinggi.
***
Tapi semalam..........................
Aku tidak dapat mengakses wilayah hati itu!
Sehingga jam 2 pagi aku mencuba masih gagal.
Memaksa diri mengakses ke wilayah itu malah membuat getaran energi rendah menyusup masuk ke sistem ku sehingga badan terasa berat, kepala jadi pening, fikiran jadi stress.
Aku mengesan peningkatan hormon kortisol iaitu hormon stress terembes di dalam aliran darahku membuat seluruh badanku jadi tegang dan fikiran ku jadi sempit dan emosi ku jadi bangkit.
Sistem saraf ku jadi tegang, nafasku jadi berat, medan tenagaku jadi sempit. Sangat buruk keadaan sebegitu.
Ahh sudahlah.... Baik aku tidur. Esok masih ada rahmat Allah.
.
.
.
Pagi ini aku cuba lagi.
Kesan hormon kortisol semalam masih ada memberi efek.
Apa yang salah?
Aku bertafakkur lama mencari jawapan..............
Hasil pembacaan itu membuat fikiran ku aktif ke permukaan.
Ternyata...............
Zikir tidak akan jadi kalau Fikir masih aktif.
Fikiran yang aktif menghalang pembukaan Hati.
Zikir itu adalah memasuki 'rumah suci' Allah iaitu Hatiku... dan Hatimu....
Masuk ke 'rumah suci' Allah wajib 'telanjang' dari pakaian-pakaian emosi dan setan-setan fikiran.
Jika aku berzikir dan tidak 'merasakan' getaran-getaran rasa indah di dada dan hatiku, itu ertinya aku masih berfikir. Aku belum berzikir.
Aku masih berfikir, aku belum berzikir!
Diabadikan di dalam Kitab Suci QS. Thaahaa. 11 – 14 :
“Maka ketika ia datang ketempat api itu ia dipanggil : “ Hai Musa “. Sesungguhnya Aku ini adalah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu, sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa. Dan Aku telah memilih kamu, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan. Sesungguhnya Akumini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka mengabdilah ( sembahlah ) Aku, dan dirikanlah shalat untuk berdzikir ( mengingat ) kepada Aku “.
Ayat di atas mengisahkan kisah Nabi Musa ketika bertemu Tuhan. Perintah "tanggalkanlah kedua terompahmu"adalah ayat tersirat untuk menanggalkan perkara-peraka yang menghijab Nabi Musa 'menemui' Tuhan.
Kira-kira apakah maksudnya? Terompah itu menyiratkan makna apa?
Apa yang aku fahami, mengikut apa yang aku alami adalah...............
Fikiran-fikrian ku,
Emosi-emosiku.
Ternyata.........
Membaca boleh jadi hijab Hati.
Mendengar ceramah-ceramah boleh menjadi hijab Hati.
Jika, informasi luar itu mula menarik fikiran untuk aktif berfikir.
Kerana wilayah Sang Hati hanya boleh dimasuki melalui proses melepaskan dan meyucikan,
***
Perasaan-perasaan itu ada tahap dan ada level getaran masing-masing.
Perasaan-perasaan yang bergetar kasar dan rendah adalah irama hati orang-orang awam.
Setiap perasaan yang memancarkan gelombang energi yang unik dan tersendiri dan akan menarik getaran energi dalam kumpulan yang sama.
Misalnya, perasaan Sedih.
Ia adalah perasaan rendah yang kasar. Karakter energinya menarik orang-orang dan hal-hal yang menyedihkan kerana semua itu getaran energi satu rumpun.
Wilayah hati yang lebih dalam memancarkan vibrasi energi yang lebih halus dan semakin halus, indah, menginspirasikan, menghidupkan dan membahagiakan.
Informasi lanjut untuk hal ini boleh anda bacar di Ebook Loncatan Energi. Apa isi Ebook Loncatan Energi, klik di sini : Ebook Loncatan Energi
***
Hati itu 'rumah suci Tuhan'.
Hati itu 'khazanah perbendaharaan Tuhan'
.
.
.
Sungguh sangat beruntunglah orang-orang yang menyucikan Hati nya.
.
.
Semoga tulisan ini menjadi inspirasi kepada para Pencari dan Pencinta Tuhan.
Kutinggalkan sebuah lagu syahdu untukmu teman.............
.
.
.
Salam cinta kasih Tulus dari dasar hati paling dalam.