Your Magic Blog: 2012

Wednesday, 5 December 2012

Radionics Broadcasting Project : Rawatan Jarak Jauh Free


Salam hormat semua pembaca budiman :)

Rawatan berdasarkan energi adalah berpaksikan kepada Hukum Fizik Kuantum yang mana menyatakan bahawa semua objek diseluruh alam adalah hakikatnya terdiri daripada energi pelbagai frekuensi. Pada diri manusia energi membentuk atom-atom sedangkan atom-atom terikat menjadi manakala molekul-molekul membentuk sel-sel yang setreusnya membentuk pula tisu. Sekumpulan tisu membentuk organ seperti jantung, buah pinggang, paru-paru dan lain-lain. Sekumpulan organ membentuk sebuah sistem seperti sistem pernafasan, penghadaman, pencernaan dan lain-lain lagi. Sekumpulan sistem membentuk sebuah jasad manusia yang sempurna.

Ringkasannya boleh anda lihat daripada rajah berikut:




Rajah 1: Energy/String > Quarks > Sub-Atom > 



hierarchy_humanbody

Rajah 2 : Atom > Molekul > Sel > Tisu > Organ > Sistem > Jasad sempurna


Berdasarkan kenyataan di atas, jika terjadi kerosakan pada level energi/string/ quarks, akan mengakibatkan kerosakan pada struktur atom, molekul, sel, tisu, organ, sistem dan seterusnya jasad manusia. Oleh kerana itu, terapi energi fokus untuk memperbaiki struktur dasar bagi kejadian manusia iaitu ENERGI. Jika struktur dasar ini pulih, maka pemulihan akan merebak semakin ke atas sehinggalah ke seluruh sistem tubuh. Rawatan kontemporari fokus untuk membaiki kerosakan atau penyakit pada level sel, sedang rawatan energi lebih ke dalam lagi. Tulisan ini tidak bertujuan untuk membandingkan mana rawatan yang terbaik, hanya sebagai rujukan ilmiah untuk menambahkan kefahaman dan khazanah ilmu kita.

Setiap organ di dalam tubuh memiliki muatan energi pada frekuensi tertentu. Jika frekuensi ini terganggu oleh apapa faktor, maka fungsi organ terbabit akan mengalami masalah dan menimbulkan penyakit. Rawatan energi akan menyelaraskan semula frekuensi organ yang terganggu sehingga organ tersebut boleh berfungsi semula secara normal. Begitu juga dengan masalah-masalah kejiwaan seperti kemurungan, malas, trauma dan lain-lain juga adalah merupakan gelombang fikiran dan emosi yang tidak harmoni dan boleh diselaraskans serta diperbaiki agar kembali normal.

"Penyakit" lain seperti masalah cinta, rumahtangga, lambat jodoh, kekurangan ekonomi, dan lain-lain masalah yang sejenisnya juga merupakan satu 'peristiwa energi' pada skala frekuensi tertentu namun lebih rumit kerana berkaitan dengan banyak frekuensi yang bertali -arus di alam ini.

Sukacita saya menyatakan di sini bahawa, kami di QI membuka sesi rawatan percuma untuk apapun juga penyakit dan masalah yang anda hadapi dari penyakit fizikal, ke mental-emosional, masalah gangguan halus, sehinggalah ke masalah-masalah kehidupan yang lebih rumit lagi. Adapun rawatan ini akan saya lakukan bersama Team Perawat QI secara jarak jauh saja melalui Teknologi Spiritual Radionics-Psionics. Setiap penyakit dan masalah yang anda hadapi adalah kerana frekuensi anda tidak harmoni, atau bahasa mudahnya aura anda tidak selaras. Gelombang energi akan kami pancarkan secara terus kepada anda dengan tujuan untuk meneutralkan negativiti pada sistem energi/aura anda. Ini adalah satu usaha kami untuk berbagi kebaikan seluasnya kepada semua makhluk dengan sedikit ilmu yang Tuhan anugerahkan.

Sesiapapun boleh join tanpa mengira agama, bangsa, umur, jantina atau apa juga status. Anda hanya perlu berikan kami data berikut:

-Nama penuh anda
-Penyakit/Masalah anda
-Hajat anda dalam sesi rawatan ini

Data-data ini boleh anda berikan melalui sms, ym, email, atau fb kepada kami.

Apa yang anda akan rasakan atau alami sepanjang menerima pancaran energi dari kami??? Jika anda cukup peka untuk merasakan energi-energi halus, maka anda akan merasakan tubuh anda di selimuti haba yang hangat, atau rasa renjatan elektrik halus dan lembut di jari-jari, perubahan pada corak berfikir dan emosi anda dari yang negatif kepada yang lebih positif, kemungkinan untuk mendapat jawapan dalam mimpi terhadap persoalan yang anda hadapi dan lain-lain lagi. 

Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk melihat perubahan??? Semua bergantung kepada keyakinan serta keikhlasan anda. Semakin anda yakin dan ikhlas dalam proses ini maka semakin mudah dan sepat hasilnya. Mengapa perlu yakin dan ikhlas? Yakin dan ikhlas adalah sebuah pancaran emosi yang memberi banyak pengaruh kepada aura anda. Semakin anda yakin dan ikhlas, semakin terbuka aura anda untuk menerima energi rawatan dari kami.

Apapun, untuk setiap sensasi yang anda rasakan sepanjang proses rawatan, anda boleh berkonsultasi dengan kami untuk penerangan lebih lanjut. Harap anda fahami bahawa ini adalah sebuah kerja amal dan percuma, justeru kami mengharapkan anda bersabar dalam menunggu hasil positifnya :)

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam. Selamat berbahagia selalu untuk anda serta seisi alam ini :)



Monday, 3 December 2012

Spiritual Power


Salam semua pembaca budiman :)

Sejak dari awal kemunculan kami di persada paranormal, di dahului dengan web forum Paranormal Health Center yang kemudian kami ubah ke Qalam Ilahi Qellness Center : www.paranorms.org, kami mempersembahkan ilmu-ilmu metafizik berbasis energi. Paling popular adalah ilmu Sin Ilahi-Sin Hu serta Tenaga Dalam Ilahi (TDI), Reiki Nur Ilahi serta beberapa vaian reiki lainnya. Kemudian ditambah pula dengan varian energ-energi baru penemuan saya sendiri seperti Alif Sejati, Reiki Sejagat, Reiki Qalam dan lain-lain lagi ilmu olahan-olahan energi yang saya buat di closed group facebook.

Sehingga ramai yang bertanya, begitu banyaknya aliran ilmu yang ada, haruskah dikuasai semuanya untuk mencapai tujuan yang dicari-cari? Saya bertanya, apa sebenarnya tujuan anda dalam pencarian ilmu-ilmu metafizik ini? Jika anda inginkan ilmu, maka anda harus belajar semua ilmu-ilmu yang ada. Jika anda inginkan kesedaran spiritual anda tidak perlu belaajr semuanya. Cukup belajar satu aliran yang anda rasa terbaik lalu tekuni, latih secara rutin dan konsisten sehingga anda menemui Higher Self atau kesedaran sejati anda. Menemui Higher Self adalah menemui Enlightment atau Pencerahan, menemui kebenaran atau hakikat disebalik semua rahsia kehidupan. 

Lalu apa tujuan sebenar semua latihan-latihan energi ini? Latihan reiki, latihan Sin Ilahi-Sin Hu, latihan tenaga dalam, latihan ini dan itu? Setiap aliran ilmu menjanjikan kehebatan dan kelebihan tertentu. Ada latihan ilmu untuk kebal, untuk pesugihan/kekayaan, untuk pengasihan, kewibawaan, dan beragam lagi kehebatan-kehebatan. SEMUA kehebatan-kehebatan ini adalah HASIL daripada proses penumpuan FIKIRAN dan RASA, atau hasil konsentrasi VISUALISASI dan EMOSI yang mana masing-masing adalah kelebihan cakra swadistana dan manipura-solar plexus. Penumpuan Visualisasi dan Emosi menghasilkan ENERGY PATTERN pada dimensi eterik dan akan memberi impak yang konkrit pada alam 3 dimensi. This is a hard metaphysics subject and you need much time to digest :)

Inti utamanya di sini, atau hakikatnya adalah, semua kehebatan metafizik paranormal HANYALAH hasil daripada PENGOLAHAN VISUALISASI DAN EMOSI. Apapun objek ajaib yang anda gunakan, azimat apapun yang anda pakai, semua itu hanyalah pembantu untuk memancarkan ENERGY PATTERN dari visualiasi dan emosi anda. Selagi anda masih mencari KEHEBATAN, selagi itu kesedaran spiritual anda terbatas pada wilayah ini. Jika anda memahami konsep ini dengan kefahaman yang benar, maka anda sudah tidak lagi terbatas oleh mana-mana sistem ilmu. Anda jadi bebas akses terhadap mana-mana pun aliran energi. Namun info ini hanya membuat anda TAHU. Untuk mendapat FAHAM anda harus berjuang meningkatkan kesedaran spiritual anda melebihi cakra swadistana dan manipura. Istilah tasaufnya, anda harus berjuang menembus hijab nafsu lawwamah dan mulhamah :)

Cipta, Rasa dan Karsa adalah istilah tradisional yang digunakan oleh para ilmuan metafizik zaman dulu. Istilah moden bagi 3 subjek ini adalah, visualisasi, emosi dan fizikal. Tidak kira siapapun anda, agama apapun anda yakini, bangsa apapun anda, appaun jantina anda, anda memiliki 3 subjek ini. Visualisasi menghasilkan emosi, manakala emosi menghasilkan tindakan pada tubuh fizikal. 

Sekali lagi, semua latihan metafizik yang anda latih selama 21 hari, 40 hari atau berapa pun tempohnya adalah satu bentuk latihan PENUMPUAN VISUALISASI DAN EMOSI yang tujuannya untuk menghasilkan ENERGY PATTERN. Visualisasi dan Emosi adalah tools bagi Higher Self anda untuk bertindak menghasilkan EFEK di alam ini. Visualisasi dan Emosi adalah spiritual workshop di mana anda boleh cipta apa saja untuk dikeluarkan ke alam 3 dimensi ini. Apabila anda melakukan sebuah amalan ilmu, anda sebenarnya sedang mengakses spiritual workshop  ini dan mencipta sesuatu mengikut niat anda. Jika anda mengamalkan ilmu kebal, anda memasuki ruang spiritual workshop ini dan membayangkan kulit anda tidak lut oleh apapa senjata sambil membaca mantra-mantra atau apa juga jenis ritual tambahan. Semakin anda rajin melakukan amalan anda semakin kuat ENERGY PATTERN yang terbentuk dan akhirnya memberi kesan pada realiti anda di alam 3 dimensi.

Sebab itu, pada ilmu TERQI yang saya design, pembelajaran tidak lagi singgah di alam-alam energi namun terus kepada pengolahan VISUALISASI DAN EMOSI. Ada apa di atas Visualisasi dan Emosi ini? Atau ada apa di atas cakra swadistana dan manipura ini? Di cakra Anahata/jantung, adalah Intuisi anda, atau boleh dikatakan sebagai Higher Self anda. Untuk ke sini anda harus menembusi emosi dan fikiran anda... See for yourself :)

Semoga bermanfaat.
 
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam. May God bless all life everywhere :)









Thursday, 29 November 2012

Experimen Memanipulasi Cuaca

Salam semua pembaca budiman :)

Bila anda membaca tajuk artikel ini, pasti macam-macam persoalan yang muncul di benak masing-masing. Bagi yang biasa dengan sains metafizik rasanya tiada masalah. Namun bagi anda yang baru mahu kenal dengan dunia metafizik rasanya artikel ini akan penuh persoalan dan kontroversi.

Can we really manipulate the weather??? 

Menurut teori ilmu fizik quantum, semua objek, semua perkara, semua peristiwa adalah sekumpulan energi yang memiliki frekuensi pada skala tertentu. Misalnya, jika anda ingin terjadi hujan pada jam 1 petang esok, peristiwa ini memiliki nilai frekuensi atau kadar getaran energy pada skala tertentu. Jika frekuensi ini dipancarkan secara konsisten pada jangka waktu tertentu, maka frekuensi ini akan mengambil bentuk yang stabil di alam eterik ( alam energi dimensi ke 4 ) dan BOOOOOMMMMM!!!... jam 1 petang esok terjadilah hujan.

Bunyinya kedengaan mengarut dan tidak masuk akal kan. Ini teknologi rahsia yang digali daripada ilmu sains metafizik. Ilmu ini giat di kaji oleh saintis barat dan kewujudannya sangat-sangat confidential. Dalam beberapa kali percubaan dengan rakan-rakan paranormal, melalui kaedah yang sistematik hasilnya  sangat mengejutkan.

Tidakkan ini melawan kuasa Tuhan? Ada yang bertanya begini tentunya... Alam ini penuh dengan hukum-hukum semulajadi yang biasa kita kenal sebagai Sunnatullah. Misalnya, sunnatullah telah mengatur bahawa setiap yang berada di atas akan memiliki daya keupayaan dan pasti akan jatuh ke bawah kerana adanya daya tarikan graviti. Dengan memahami hukum alam berkaitan graviti serta hukum-hukum lain, besi yang beratnya ratusan tan boleh diterbangkan manusia di udara. Kapal yang dibina dari logam dan mengangkut ratusan manusia boleh terbang di udara, adakah ini menentang hukum alam??? Tidak, ia hanya memanfaatkan hukum alam untuk kebaikan manusia.

Di dunia metafizik, dunia spiritual juga ada hukum alam atau sunnatullah yang mengaturnya. Mempelajari hukum ini serta memahaminya akan membuat anda mampu memanipulasi objek atau peristiwa yang berada dalam kawalan hukum alam tersebut. Sama dengan topik yang saya bawakan pada artikel kali ini.

Jika anda mempelajari ilmu Mindpower, semua ini sangat mudah untuk anda fahami. Jika anda mempelajari ilmu radionics-psionics perkara ini sangat tidak asing di fikiran anda.

Bagi anda yang sudah tahu caranya, khasnya pelajar-pelajar TERQI... Give it a try and see for yourself :)


Sekian untuk tulisan kali ini. Semoga mencetuskan inspirasi :)

Salam hormat, salam kasih sayang yang tulus untuk anda. Semoga anda sentiasa berbahagia :)




Thursday, 22 November 2012

Teknologi Rohani Qalam Ilahi (TERQI)

Salam semua pembaca budiman :)

TERQI adalah singkatan bagi Teknologi Rohani Qalam Ilahi. Kita biasa dengan tentang teknologi nano, teknologi genom, teknologi mekanikal dan saudara maranya yang merupakan kumpulan-kumpulan kecil bagi teknologi-teknologi fizikal.

Teknologi Rohani? Pasti ramai yang tertanya-tanya apatah lagi bagi yang baru mengenal dan berjinak-jinak dengan ilmu-ilmu metafizik. Mari kita kaji pelan-pelan. Di alam ini hanya ada 2 ciptaan. Pertama ciptaan Tuhan yang menzahirkan alam dengan seluruh keistimewaan dan keajaibannya seperti galaksi, planet-planet dan semua kehidupan di dalamnya. Kedua ciptaan manusia yang mana bahan-bahannya adalah diambil dari isi-isi alam. 

Persamaan bagi kedua ciptaan ini adalah, sebelum ia muncul di alam nyata, ciptaan ini muncul lebih dulu di alam spiritual. Sebelum alam ini terzahir, ia lebih dulu berada di dalam Mind of God, dalam ilmu Tuhan. Orang-orang tasauf mengenalinya sebagai 'A'yan Atsabitah. Setelah alam sempurna dengan sifatnya di dalam ilmu Tuhan, baru ia diberikan perintah KUN lalu terzahirlah alam yang indah ini. Sama seperti ciptaan manusia, seperti kereta, bangunan, pakaian, kasut, makanan, dan lain-lain. Sebut la apapun ciptaan. Semuanya lebih dulu berada di dalam minda, di dalam imajinasi manusia. Inilah yang disebut sebagai MATERIALISASI iaitu mewujudkan apa yang ada di dalam fikiran ( alam spiritual ) ke dunia nyata.

Jika kita melakukan kajian harus ada soalan 'Bagaimana?". Di Qalam Ilahi kita mengambil pendekatan saintifik. Bukan sekadar Belajar, Ikut, dan Yakin. Harus tahu prosesnya agar tidak tersesat dengan doktrin-doktrin yang tidak berlandaskan ilmu yang benar kerana apabila ilmu salah, amalan jadi salah dan  hasilnya juga akan jadi tak tentu hala hehe. Jadi berbalik kepada persoalan asal, bagaimana untuk menzahirkan apa yang ada di fikiran ke dunia nyata? Bila sudah muncul soalan ini, maka bermula lah kajian kita terhadap ilmu Teknologi Rohani.

Fikiran adalah Sebab, manakala kehidupan adalah Akibat. Fikiran adalah alam spiritual, sedang kehidupan adalah alam nyata. Apa yang ada di alam fikiran itulah yang akan keluar ke alam kehidupan kita. Sebab wujud lebih dulu baru diikuti oleh Akibat. Setiap masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita adalah Akibat dari sebuah Sebab yang mana wujud di alam spiritual, alam fikiran kita. Umumnya, untuk setiap masalah yang muncul kita sudah diajar dan terlatih untuk memfokus dan menyelesaikan masalah itu, yang bermaksud kita fokus untuk mengubah Akibat. Ilmu spiritual sangat berbeza. Ia mengajarkan satu alternatif yang sangat unik. Apabila kena musibah, ucaplah Innalillahi wainna ilahi roji'un. Ya, kita diarahkan untuk mengembalikan kesedaran kepada Tuhan, yang merupakan aspek spiritual yang Maha Tinggi. Tuhan sebagai sumber segala Sebab bagi Akibat yang terjadi di alam kehidupan kita. Kembali kepada Tuhan bermakna kembali ke Hati kita. Merombak dan memperbaiki keyakinan kita yang berkaitan dengan Akibat atau masalah yang muncul dalam kehidupan kita? See???

Cuma bahasa agama ni bahasa sastera tinggi. Agak sukar digapai oleh fikiran manusia umum. Agama memberikan Tujuan, sedang sains mencarikan Jalan menuju Tujuan tersebut. Mencari Jalan atau Ilmu adalah proses menuju Makrifah. So yang betulnya Makrifah adalah Mastering The Science of Spiritual.

Oraitsss... Back to the desk. Fikiran adalah Sebab, Kehidupan adalah Akibat. Ini adakah hukum alam yang harus dicari tahu kenapa dan bagaimana untuk mendapat makrifahnya agar boleh kita manipulasikan untuk keberuntungan kita. Baca dan fahami ini baik-baik...

Fikiran yang mencipta alam ini adalah Fikiran yang sama yang terzahir dalam semua manusia. Kehendak dan Kuasa yang mencipta alam ini adalah kehendak dan kuasa yang sama yang terzahir dalam diri setiap manusia. Bezanya cuma pada 'degree' atau kadar Kehendak dan Kuasa itu. Kehendak dan Kuasa yang mencipta alam adalah Mutlak, sedangkan kehendak dan kuasa yang ada pada manusia adalah terhad mengikut batas kesedaran rohaninya. Seperti air, di dalam air laut, air sungai, air paya, air kolam, air kopi, air pepsi tetap juga air yang terdiri daripada ikatan atom H2O. Bezanya cuma 'degree' atau kadar berapa banyak air murni dalam air-air tersebut.

Berbalik kepada TERQI... Pada awal kemunculan ilmu ini, saya design  level 1 dengan sistem energi iaitu pembangkitan segala macam energi terpendam di dalam diri pelajar seperti kundalini, tenaga dalam, serta energ-energi dari seluruh cakra menjadi satu paduan Energi Sempurna. Semakin mendalami kajian ilmu metafizik khasnya melalui aplikasi-aplikasi ilmu TERQI semakin saya melihat dengan jelas bahawa kekuatan manusia yang utama bukanlah energi-energi itu melainkan kesedaran Roh dan Jiwanya atau lebih mudah kita fahami dengan bahasa moden, iaitu Minda. Jika anda yang sudah biasa latihan-latihan spiritual, anda akan menyedari bahawa semua jenis energi yang anda pelajari hanyalah 'alat' untuk memfokuskan fikiran anda. Laa... Ada yang bingung, apa pula beza antara Minda dan Fikiran.? Ok...Minda adalah keadaan mental yang statik manakala fikiran adalah ketika mental itu bergerak atau in motion.

Semua jenis energi yang anda latih apapun alirannya, serta semua jenis mantra, zikir dan bacaan-bacaan hanyalah ALAT untuk memfokuskan fikiran anda. Fikiran andalah yeng menggerakkan energi ketika anda bermain energi. Oleh sebab itu kekuatan SEJATI di sini bukanlah energi tersebut melainkan aspek mental anda iaitu minda anda. Pada satu tahap kesedaran spiritual tertentu, anda tidak akan lagi perlukan energi-energi luar serta mentera-mentera atau apa saja jenis bacaan. Anda hanya perlukan sebuah konsentrasi fikiran yang penuh untuk melakukan kerja-kerja metafizik. Di sinilah anda mula menyedari Diri Sejati anda, Higher Self anda kata orang-orang reiki.

Perbezaan ilmuan metafiizk Timur adalah memasuki alam spiritual dengan beragam upacara atau ritual-ritual suci kerana ilmuan Timur sangat menghormati dan mengkeramatkan alam spiritual. Manakala ilmuan metafizik Barat pula langsung terjah saja, antam sembarang kata orang sabah. Mereka memasuki alam spiritual tanpa banyak rambu-rambu tanpa banyak adat. Pendekatan ilmuan Timur adalah menyeluruh dan mengambil masa yang agak panjang namun mematangkan kesedaran rohani. Pendekatan ilmuan Barat pula cepat kerana terus ke sumber kekuatan utama manusia tanpa banyak ritual-ritual yg melelahkan namun peningkatan kesedaran rohani boleh jadi kurang menyeluruh. Setiap pendekatan yang diambil dua kelompok ini masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

Atas pertimbangan tersebut, saya mengubah design  ilmu Terqi. Pada level 1 kali ini saya tidak lagi memberikan attunement/penyelarasan pembangkitan energi melainkan terus mengolah kekuatan minda atau mindpower tanpa perlu medium energi-energi. Ilmu TERQI memfokus dan memanfaatkan fungsi 4 cakra utama iaitu cakra jantung, cakra pusat, cakra seks dan cakra dasar.

Cakra Jantung adalah pusat aktiviti bagi Tubuh Intuisi, di mana ilham dari alam ketuhanan mula-mula memasuki kesedaran manusia seperti mana digambarkan dalam Quran :

Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha.
" Maka, Dia mengilhamkan ( kepada jiwa )  jalan keburukan dan jalan kebaikan" - (al-syams [91]: 8)

Di frekuensi inilah bermulanya ciptaan, 'the spark of creation' yang berupa ilham-ilham halus dan murni. dari sini ilham tersebut di hantar ke cakra pusat yang merupakan center kawalan bagi aktiviti fikiran (imajinasi). Jika di sini bekalan energy cukup, maka ciptaan tadi frekuensinya semakin padat dan akan dibawa pula ke cakra seks yang merupakan pusat kawalan emosi. Jika di sini bekalan energi mencukupi bagi memadatkan lagi frekeuensi ciptaan tadi, maka ciptaan ini sudah bersedia untuk muncul di alam nyata yang separa dengan frekuensi cakra dasar iaitu alam kebendaan. Rumus bagi proses ini tersembunyi pada N.I.A.T. Inilah design baru bagi TERQI level 1. TERQI melatih anda menjadi The Master of Materialisation.

(Updated: Class closed)

Sekian dulu perkongsian pada artikel ini.

Salam kasih dan sayang terindah dari lubuk hati yang terdalam. Semoga anda semua berbahagia dalam naungan kasih ilahi :)



Tuesday, 20 November 2012

Jom Belajar Metafizik



Salam semua pembaca budiman J

Kita manusia semua adalah sang pencari. Ada yang mencari ilmu, ada yang mencari harta, ada yang mencari pangkat, ada yang mencari darjat, ada yang mencari pasangan, mencari anak ayam yang hilang, mencari isteri yang lari dari rumah (hehehehehe ) dan sebagainya lagi.

Oleh kerana blog ini saya cipta khas sebagai medium berbagi ilmu, maka saya ingin memfokuskan tulisan ini kepada para pencari ilmu, khasnya ilmu-ilmu metafizik. Masih ramai anak manusia yang belum menyedari kepentingan ilmu metafizik. Apa sih ilmu metafizik itu? Ilmu metafizik adalah semua ilmu-ilmu yang berada diluar cakupan ilmu-ilmu fizik. Bahasa kunonya ilmu-ilmu ghaib. Namun bila kita guna istiah ilmu ghaib, fikiran kita akan terseret ke satu suasana yang agak seram dan mistik. Semua manusia yang beragama apatah lagi umat islam tidak akan pernah lari daripada ilmu-ilmu ghaib. Setiap doa yang kita lantunkan selepas solat atau doa-doa umum lainnya adalah merupakan ilmu-ilmu ghaib atau ilmu metafizik. Semua ayat-ayat suci yang kita baca untuk menghalau jin apabila merasa seram ketika pergi tandas sorang-sorang pada waktu malam juga adalah ilmu ghaib atau ilmu metafizik. You really never far away from it!

So... Apa yang boleh saya dapat dengan mempelajari ilmu metafizik? Let see... Tahukah anda bahawa DIRI anda terdiri daripada 3 unsur utama? Pertama unsur fizikal iaitu jasad anda. Kedua unsur ghaib iaitu jiwa atau mental anda. Ketiga unsur yang lebih ghaib dan halus lagi iaitu roh anda. Suasana kehidupan pada zaman ini membuat anda sentiasa sibuk memerhati dan memperbaiki jasad anda sahaja. Hanya jasad yang anda bagi makan, kasi cantik, kasi hias, kasi belai, dan lain-lain lagi. Anda lupa untuk memerhati, menjaga dan merawat jiwa dan roh anda sedangkan 2 unsur inilah diri anda yang sebenar, bukan jasad ini kerana ia hanya merupakan perumah bagi jiwa dan roh anda.

Bahagia adalah idaman setiap manusia. Siapa yang tidak mahu bahagia? Bahagia tidak terletak pada benda-benda fizikal. Bahagia tidak terletak pada rupa fizikal yang cantik dan tampan. Bahagia tidak terletak pada pangkat dan kekuasaan. Bahagia tidak terletak pada harta dan kekayaan berlimpah. Bahagia terletak di mana? Bahagia adalah soal perasaan. Ia terletak pada jiwa atau mental anda. Sejauh mana anda mampu mengurus dan merawat jiwa anda dengan nilai-nilai positif. Sekuat mana anda mampu mengisi jiwa anda dengan fikiran dan emosi-emosi yang  baik. Jiwa adalah unsur metafizik, unsur ghaib yang tidak terlihat oleh mata fizikal. Namun ia wujud. Belajar ilmu metafizik adalah belajar untuk mengurus, merawat, dan mendayagunakan kekuatan jiwa anda yang terdiri daripada FIKIRAN dan EMOSI anda. Anda boleh bahagia sekalipun anda terlahir dengan rupa paras yang bidak dan jellek ( istilah orang sabah ini hehe ). Anda masih boleh bahagia sekalipun anda tidak memiliki pangkat dan kekuasaan, harta mahupun kekayaan berlimpah.

Asas utama ilmu metafizik adalah kemampuan untuk mengendalikan dan mengelola fikiran dan emosi. Jika skill ini sudah anda kuasai dengan baik barulah anda boleh maju ke level seterusnya yang lebih hebat lagi. Jadi kepada orang-orang lama, jangan lupa dasar ini. Bagaimana mungkin anda mahu maju ke level seterusnya yang lebih hebat jika fikiran dan emosi anda saja belum dapat anda kawal dengan baik? Fikiran dan Emosi adalah ‘alat’ bagi AKU anda untuk berkarya di alam agung ini. Jika ‘alat’ ini masih belum dapat ditangani dengan baik dan kemas, sangat sukar bagi AKU anda untuk berkarya mencipta keajaiban-keajaiban yang anda dambakan selama ini. Jangan heran kalau keadaan anda masih begitu-begitu juga. Di sini letak masalahnya J

Baiklah... Sampai sini dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga ada manfaat untuk saya dan anda.
Salam terindah penuh kasih sayang untuk sekalian makhluk tuhan di alam ini, ikhlas dari lubuk hati yang terdalam. Selamat berbahagia untuk anda semua J


Tuesday, 2 October 2012

Kegoncangan Energy

Salam semua pembaca budiman :)

Tujuan latihan ilmu-ilmu spiritual adalah untuk mengendapkan emosi dan fikiran. Emosi dan fikiran adalah 2 penghalang utama untuk anda mampu mengakses ruang spiritual dan mendayagunakan kekuatan rohani anda.

Seringkali para pelajar ilmu-ilmu kerohanian sangat bernafsu dalam latihannya kerana mengejar target tertentu. Dalam zikir-sikirnya, dalam meditasinya, dalam tafakkurnya atau mana-mana bentuk latihan kerohanian, mereka begitu bernafsu demi mengejar satu target entah itu kesaktian, ketenangan batin, atau apa juga bentuk keistimewaan.

Kehendak adalah satu bentuk aktiviti mental-emosional. Dalam latihan rohani, kehendak atau hasrat terhadap apa juga harus diendapkan jauh-jauh ke dasar jiwa. Jangan mahu apapa, jangan inginkan itu dan ini. Keadaan ini hanya akan mengaktifkan lebih lagi emosi dan fikiran, memberi beban kepada cakra seksual dan solar plexus. Hasilnya nanti jantung jadi berdebar kencang, aliran darah jadi laju, otot jadi tegang, kepala jadi pening sampai mahu pitam.

Di tahap ini, energy jadi bertumpuk-tumpuk dan tidak tersebar secara merata di tubuh sehingga terasa tubuh seperti berat sebelah, banyak angin, ngilu, kebas dan lain-lain rasa yang tidak syok. Sebab itu dalam latihan sentiasa kita tekankan sikap Senyum, Rileks dan Pasrah. Ini satu slogan yang sangat ringkas namun mengandungi hikmah sedalam lautan. Dengan sikap SRP ini, aktiviti cakra-cakra akan menjadi selaras dan harmoni, energy akan menyebar ke selutuh tubuh secara sama rata, menghasilkan kesan yang begitu membuat tubuh rasa sangat rileks. Gelombang minda akan memasuki fasa alfa yang semakin dalam. Emosi dan fikiran jadi non-aktif, lalu mulalah muncul kesedaran sejati.

Saya pernah mengalami kegoncangan energy ketika melatih rohani. Sehingga lebih 3 tahun baru dapat jawapan mengapa boleh jadi bagitu dan harus buat apa untuk memulihkannya.

Oleh itu, wahai teman seperjuangan, hayatilah sikap Senyum, Rileks dan Pasrah. Semoga saya dan  anda sentiasa maju jaya. Bersama kita terus menjadikan diri semakin baik dari hari ke hari.

Salam ukhwah penuh kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam. Semoga anda dan semua mahkluk sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi :)

Monday, 17 September 2012

Aura dan Batu Permata

Salam semua pembaca budiman :)

Pada post kali ini saya ingin menulis tentang aura dan batu permata. Bagaimana batu permata memberi kesan kepada medan aura kita?

Ingat selalu konsep ini:

Amalan mempengaruhi minda,
Minda mempengaruhi aura,
Aura mempengaruhi kehidupan.

Justeru itu, amalan positif membina minda yang positif. Minda yang positif akan membentuk medan aura yang positif. Medan aura yang positif pula akan menarik perkara-perkara positif ke dalam kehidupan anda. Begitulah juga sebaliknya.

Rajah 1: Model medan aura manusia.
Lihat kembali model medan aura manusia pada rajah di atas. Kod-kod energy untuk urusan duniawi anda terletak pada lapisan eterik(merah), emosi(jingga) dan mental(kuning). Apa saja gelombang energy yang anda isi pada lapisan-lapisan ini akan memberi kesan kepada kehidupan duniawi anda. Dunia adalah apa yang anda fikirkan dan berikan nilai perasaan. Misalnya wang. Ia hanyalah sebuah kertas. Fikiran dan dan perasaan kitalah yang memberikannya nilai dan menjadikannya berharga. Cuba berikan wang rm 1 juta kepada monyet. Oleh kerana monyet tidak memiliki persepsi seperti kita, maka wang itu langsung tidak akan memberikan efek kepada sang monyet. Cuba jika anda diberikan wang rm 1 juta, anda pasti melonjak kegembiraan kerana persepsi anda memberikan nilai sangat tinggi kepada wang tersebut.

Kesedaran sang monyet dan haiwan-haiwan lainnya terbatas pada kesedaran tubuh fizikal. Apa yang menyenangkan tubuhnya itulah yang akan dikejarnya. Sedangkan kesedaran manusia pula lebih advanced. Kita tidak hanya mengejar perkara-perkara yang menyenangkan tubuh fizikal kita, tetapi juga mengejar aspek-aspek yang menyenangkan emosi kita. Kekayaan, pangkat dan kuasa, nama dan kemasyhuran adalah aspek-aspek yang menyenangkan emosi kita. Haiwan tidak memerlukan semua ini, kerana kesedaran mereka masih terbatas hanya pada kesenangan tubuh fizikal iaitu makan dan seks sahaja.

Berusaha secara fizikal adalah bekerja sebagaimana yang kita fahami sekarang ini dengan menggerakkan tulang empat kerat kita untuk mengubah kehidupan kita. Imbalan daripada kerja yang sukses adalah kepuasan emosional seperti rasa gembira, bangga, dan syukur dengan apa yang kita telah capai. Ertinya di sini adalah, pencapaian kita didunia realiti akan menghasilkan emosi-emosi yang positif.

Manakala usaha secara aura atau spititual adalah terbalik 360 darjah. Kita harus lebih dulu mencipta imajinasi dan emosi-emosi barulah pencapaian didunia realiti akan datang kepada kita. Ini rumus Law of Attraction. 

If u think u feel,
if u feel u vibrate,
if u vibrate u attract.

Harap anda faham sekarang. Emosi menghasilkan getaran dan getaran inilah yang akan menarik peristiwa ke dalam hidup anda. Aspek emosi kita berada di lapisan tubuh energy yang kedua dan pusat kawalannya adalah cakra seksual. Di sinilah berada getaran-getaran perasaan yang inginkan kesenangan-kesenangan duniawi. Sebab itu dalam latihan rohani tubuh halus ini harus dibersihkan dari semua kehendak-kehendak duniawi agar tidak menghalang usaha menuju pencerahan/makrifah. Ianya sepadan dengan nafsu lawwamah dalam istilah kesufian. Namun untuk menuju dunia, tubuh aura ini harus diisi dan diaktifkan kerana tubuh aura inilah yang menghubungkan anda dengan aspek-aspek duniawi.

Bermacam amalan dan bermacam teknik yang digunakan oleh manusia dari pelbagai budaya dan disiplin ilmu untuk mengisi energy ke tubuh aura lapisan kedua ini. Salah satunya yang sangat popular adalah dengan menggunakan baru permata. Batu permata adalah cara yang sangat mudah untuk mengisi energy ke tubuh aura ini untuk menguatkan getaran dan mengaktifkan tarikan terhadap hajat-hajat duniawi pemakainya. Tubuh aura lapisan kedua ini bagi setiap orang memiliki frekuensi yang berbeza. Atas alasan inilah mengapa para peminat batu permata harus memilih batu permata yang sesuai dengan dirinya kerana jika getaran auranya tidak resonan atau selaras dengan batu permata tadi, tidak akan berlaku psoses 'charging' pada auranya. Anda perlu jumpa dukun atau bomoh atau orang pandai untuk melihat keserasian anda dengan batu-batu permata agar ia boleh men 'charge' aura anda dan menguatkan faktor 'attraction' anda terhadap apa yang anda hajati. Konsep ini akan membuat kita harus memilih batu yang sesuai dengan karakter aura kita.

Apabila aura anda batu permata adalah resonan atau selaras, akan muncul rasa 'nyaman dan damai' di hati anda apabila anda memegang permata tersebut. Ini adalah tanda bahawa permata itu sedang men 'charge' aura anda. 

Ada beberapa rakan-rakan yang bertanya, bagaimana saya menyelaraskan aura pesakit saya dengan batu permatanya. Ini adalah rahsia dan tidak boleh saya bagitahu hahaha...kidding :)

Pertama sekali, aura anda perlu di analisa. Aura mana yang kurang, kotor, atau tidak seimbang. Bagi tujuan analisa ini saya perlukan sebuah model aura yang saya akan hubungkan dengan sistem energy anda melalui kaedah 'resonansi'. Kemudian analisa aura saya lakukan dengan kaedah 'divination'. Selepas itu baru tentukan apa aura yang diperlukan. Ya, agak rumit juga jalan ceritanya. Somekind of Aura Engineering again :)

Sekian dulu sharing ilmu kali ini.

Salam kasih dan sayang dari hati yang tulus. Semoga kedamaian dan kemakmuran sentiasa melimpahi hidup anda :)






Saturday, 8 September 2012

Aura Engineering 101 - Sihir Bisnes

Salam semua pembaca budiman :)

Still in Aura Engineering Class hehe

Bagaimana orang-orang berkaitan mampu menyihir usaha bisnes seseorang? Bagaimana mereka memanipulasikan aura agar mampu menjatuhkan bisnes seorang pengusaha? Very simple thing, if you know HOW?

Seluruh alam ini adalah susunan energy. Adanya perbezaan bentuk yang nyata kita lihat hanyalah kerana adanya beza frekuensi, atau kata lainnya kepadatan energy. Dari bentuk pepejal, ke cecair, ke gas, ke ether ( bentuk lebih halus ) adalah semua energy sahaja yang membentuk jalinan yang tidak putus. Ini hakikat pertama yang harus anda fahami.

Rajah 1: Objek Sihir


Seorang pengusaha bisnes yang sedang berkembang atau pun yang sedang sukses memiliki medan aura yang banyak terisi dengan faktor penarik rezeki, misalnya aura merah, jingga, kuning, dan biru  dalam kuantiti yang harmoni. Medan aura ini terhubung secara terus dengan lokasi usahanya samada  kedai, kilang, atau pejabat nya. Keharmonian hubungan aura antara pengusaha dan usahanya menghasilkan aliran energy rezeki yang semakin lancar dan meningkat membuat usahanya semakin sukses.

Jika unsur luar diletakkan ke jalinan aura ini maka keharmonian aura tersebut akan mula terganggu dan merosot. Unsur luar ini adalah yang biasa kita kenali dengan nama sihir, ilmu hitam, atau buatan orang. Misalnya penyihir ini meletakkan azimat-azimat tertentu yang sudah diisi dengan gelombang yang tidak selari atau berlawanan dengan gelombang aura yang ada pada medan aura si pengusaha tadi. 

Biasanya apabila saya melawat kedai atau ofis yang dikenakan sihir, umunya akan terlihat aura gelap dalam kelompok kecil di sudut tertentu pada kawasan ofis tersebut. Anda boleh bayangkan sebuah kawasan yang diselimuti oleh aura yang cerah dengan spektrum warna merah, jingga, hijau dan biru yang harmoni dan sentiasa bergerak mengalir tanpa henti. Tiba-tiba hadir sebuah kelompok kecil aura hitam yang menghalang kelancaran aliran aura-aura yang cerah tadi. Perubahan aliran aura yang terjadi akan mengakibatkan berubahnya suasana di sekitar ofis tersebut yang mana sangat memberi pengaruh terhadap emosi dan perasaan siapa saja yang berada di situ. Oleh kerana medan aura ofis tadi ada jalinan energy yang terhubung secara langsung kepada pemiliknya, maka medan aura si pemilik juga akan ikut berubah.

Mengapa selalunya anda rasa ikut susah jika seseorang di dekat anda mengalami kesusahan? Mengapa pula ada orang yang sedang susah dan anda pula selamba saja? Ini adalah kerana faktor hubungan aura. Jika aura anda terjalin dengan aura sesorang, apa yg dirasakan oleh orang tersebut anda juga akan turut kena tempiasnya. Inilah jalinan karma.

Berbalik kepada soal sihir bisnes tadi, gangguan terhadap keharmonian aura bisnes akan mengakibatkan terjadi pula gangguan pada aspek fizikal bisnes tadi. Misalnya pelanggan semakin kurang, kontrak bisnes banyak yang lari, prospek bisnes pun sering terlepas, atau pekerja ramai yang sakit sehingga terpaksa berhenti kerja dan banyak lagi masalah akan berlaku. Selagi mana aura gelap tadi yang menjadi faktor gangguan tidak dibersihkan, maka selagi itu usaha bisnes ini akan banyak gangguannya.

Tulisan ini hanya bertujuan menjadi pencetus kesedaran, bukan ingin mengajar untuk menyihir bisnes orang lain. Kalau ingin belajar juga sila jumpa dukun-dukun yang banyak membuka premis di pelusuk-pelusuk kampung haha.

Jika faktor gangguan boleh diletakkan pada medan aura bisnes, begitu juga dengan faktor penguatnya. Inilah yang sering membuat para pengusaha bisnes sanggup berkorban banyak untuk mencari azimat atau bermacam amalan agar usahanya melonjak naik. Jika sihir boleh memberi efek kepada usaha bisnes, sudah tentu faktor penguat aura bisnes pun akan memberi efek yang jelas kepada usaha bisnes anda. Dan semuanya berjalan mengikut hukum alam atau sunnatullah.

Sekian dulu lah untuk tulisan kali ini.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam. Semoga kedamaian menyelimuti hati anda dan kemakmuran melimpahi hidup anda :)






Friday, 7 September 2012

Aura Engineering - Fenomena Mengenal Potensi Diri

Salam semua pembaca budiman :)

Artikel ini mungkin agak pelik tajuknya. Biasa kita dengar tentang Sivil Engineering, Chemical Engineering, Electrical Engineering, dan lain-lain sebagainya. Ada Energy Engineering. Namun itu hanya meliputi energy-energy mekanikal di luar diri manusia. Tidak langsung menyentuh soal energy pada diri manusia. Begitu juga dengan Biological Engineering, hanya menyentuh tentang anatomi manusia seperti sel-sel, genetik, protein dalam sel dan lain-lain. Namun tidak menyentuh lebih dalam lagi pada aspek diri manusia yang lebih halus, iaitu Aura. Oleh itu saya namakan bidang mengkaji tentang Aura manusia sebagai Aura Engineering.

Jika semua bidang Engineering lain cuba untuk mengenal, mengkaji dan memanipulasi subjek kajiannya untuk menghasilkan efek atau produk baru kepada dunia, maka pada bidang Aura Engineering pula kita cuba untuk mengenal, mengkaji dan memanipulasi aura manusia agar boleh memberi impak kepada aspek-aspek kehidupan kita yang menjadi tumpuan. Tentunya hanya impak positif yang kita harapkan. Aura adalah sebuah ilmu sains. Exact Science!

Aura adalah wujud. Prinsip sebuah ilmu adalah: 

Jika ia wujud, ia boleh dikenali. 
Jika ia boleh dikenali, ia boleh diketahui.
Jika ia boleh diketahui, ia boleh dimanipulasi.
Jika ia boleh dimanipulasi maka ia boleh di arahkan kepada manfaat atau mudarat. 
( Tentunya hanya manfaat yang kita harapkan ).

Sejak zaman dahulu nenek moyang kita, sudah ramai engineer-engineer aura yang sangat pakar dalam bidang masing-masing seperti penyembuhan, kekebalan tubuh dari senjata tajam, meraga sukma, telekinesis, telepati, pesugihan/kekayaan, pawang hujan, pawang haiwan, dan banyak lagi lah. Bagaimana mereka boleh melakukan semua ini?

Perhatikan rajah di bawah ini. Inilah gambaran medan aura manusia. 

Rajah 1: Model medan aura manusia



Ini pula gambar benar tentang aura manusia yang diambil dengan kamera khas yang mampu menangkap gelombang frekuensi tinggi iaitu Kamera Kirlian.
Rajah 2 : Gambar aura manusia
Masing-masing manusia memiliki medan aura yang berbeza dari segi frekuensinya. Medan aura ini adalah kod-kod energy atau 'blue print' bagi kondisi tubuh fizikal anda, mental-emosial anda, keadaan semua aspek-aspek hidup anda seperti percintaan, hubungan sosial dengan persekitaran anda, kewangan anda, dan sebagainya lagi.

Dalam bidang Aura Engineering, mengurangkan unsur tertentu pada aura anda akan mengurangkan pula aspek tertentu pada diri dan kehidupan anda. Menambahkan unsur tertentu pada aura anda akan menambahkan pula aspek tertentu pada diri dan kehidupan anda. Inilah USAHA secara spiritual. Berusaha dari dalam, atau berusaha dari atas. Bersemangatlah bagi anda yang mendalami bidang ini. Ada jalan alternatif dan mudah bagi anda untuk mencapai kesuksesan dalam semua aspek kehidupan anda.

Dalam kehidupan anda, jika anda mengurangkan sesuatu pada diri atau aspek kehidupan anda misalanya kesihatan, maka akan nampak juga pengurangan pada unsur tertentu di aura anda. Jika berlaku penambahan pada diri dan aspek hidup anda maka terjadi pula penambahan pada unsur tertentu di aura anda. Misalnya jika bertambah aset anda samada anak, kenderaan, wang, isteri atau apa saja pemilikan maka akan terlihat pada aura anda. Ini pula usaha secara FIZIKAL. Berusaha dari luar atau berusaha dari bawah.

Ada 7 lapisan aura manuia. Setiap lapisan pada aura anda ada hubungan dengan diri dan alam di luar diri anda. Kemampuan untuk memahami dan memanipulasi ilmu aura akan sangat bermanfaat untuk diri anda. 

Rahsianya adalah,  jika anda inginkan sesuatu, tambahkan unsur aura dalam kuantiti yang benar pada lapisan aura anda yang berkaitan dengan hajat anda secara konsisten, maka mengikut Hukum Semesta atau Law of Nature, hajat anda itu akan termanifestasi di alam fizikal kerana yang batin pasti ada pasangan zahirnya.

Saya masih dan terus melakukan kajian tentang Aura Engineering. Tentang bagaimana memanipulasi aura untuk mendapat efek di alam 3 dimensi. Saya berharap semakin ramai yang berminat tentang perkara yang sama dan pada dasar pijakan yang sama. Bukan sekadar MENCUBA tapi MENDALAMI.

Alam semakin terbuka, revolusi spiritual manusia semakin memuncak.


Semoga tercetus ilmu, kefahaman dan kebijaksanaan di dalam diri anda.

Salam kasih dan sayang. Semoga kedamaian menyelimuti hati anda dan kemakmuran melimpahi hidup anda :)



Wednesday, 5 September 2012

Persoalan Mata Ke Tiga

Salam semua pembaca budiman :)

Kembali membicarakan tentang mata ke 3. Masih ramai yang tidak faham atau salah faham tentangnya. Let me show you.

Pada dasarnya, semua orang sudah pun terbuka mata ketiganya. Ini sebuah fakta. Namun kadar keterbukaan setiap orang itu luah yang berbeza. Alam ini tersusun daripada dimensi-dimensi dan setiap dimensi terbina daripada energy pelbagai frekuensi. Mata ke 3 bagi manusia awam umumnya mampu mengakses alam eterik iaitu bahagian bawah daripada dimensi ke 4 di mana berlegarnya gelombang fikiran manusia. Imaginasi adalah fungsi paling dasar bagi mata ke 3. Anda semua boleh berimaginasi jadi mk3 anda sebenarnya sudah pun terbuka namun kemampuannya masih terbatas sekadar mengakses dimensi-dimensi rendah.

Ketika anda berimaginasi anda sebenarnya mencipta gelombang energy di alam eterik dimensi ke 4. 'Ciptaan' anda ini ada wujud yang konkrit dalam bentuk energy dan boleh dilihat oleh mk3 orang lain yang mengakses frekuensinya. Bezanya di sini adalah, aktiviti berimaginasi adalah 'mencipta' energy. Ini biasa kita buat bahkan setiap hari kita buat. 

Sedangkan 'menerawang' atau melihat dengan mk3 adalah mengakses frekuensi energy yang sudah sedia ada. Samada anda sendiri sendiri yang mencipta energy tersebut atau orang lain ataupun wujud semulajadi.  Misalnya begini. Saya ingin mencipta energy pada si Abu. Saya imaginasikan sebuah mahkota di atas kepalanya. Secara energy akan wujud bentuk mahkota di atas kepala si Abu. Wujud energy ini memiliki frekuensi tertentu. Katalah frekuensi itu adalah 8.53 HZ. Jika anda ingin melihat wujud mahkota energy itu anda perlu 'tune' atau selaraskan gelombang minda anda dengan frekuensi tadi barulah anda dapat melihat wujud mahkota ini. Proses 'tuning' inilah yang ramai masih tidak tahu sekalipun sudah ikut berbagai program membuka mk3.

Apabila anda berniat untuk melihat dengan mk3, minda bawah sedar anda akan memancarkan gelombang dan melakukan 'connection' dengan gelombang energy objek yang anda ingin lihat. Proses ini berlaku dengan sangat cepat dan secara automatik dengan syarat anda cukup dan sangat relaks. Ketika gelombang yang memancar dari minda anda bertemu dengan mana-man gelombang dari luar, akan muncul imej-imej di layar minda anda. Atau dengan kata lain anda akan "TERBAYANG" sesuatu. Dalam kehidupan seharian anda, apabila anda terbayang sesuatu itu bermakna gelombang fikirannya anda sedang ter 'connect' dengan suatu gelombang luar.

Ingat baik-baik di sini. TERBAYANG dan MEMBAYANGKAN adalah dua perkara yang sangat berbeza. MEMBAYANGKAN adalah , mencipta energy. Manakala TERBAYANG adalah melihat energy yang sudah sedia ada.

Oleh itu apabila anda berniat melihat dengan mk3, ia hanyalah aktiviti minda anda. Tidak kena mengena langsung dengan kedua biji mata fizikal anda. Kesulitan anda untuk memahami perkara ini adalah kerana kefahaman-kefahaman salah yang anda simpan selama ini yang menyangka bahawa penglihatan mk3 adalah melihat dengan kedua biji mata fizikal anda. Anda masih belum dapat memahami tentang perkataan "TERBAYANG" di fikiran. Think about it!

Ok, kalau semua orang sudah terbuka mk3 nya apakah lagi ertinya program serta kursus membuka mk3??? Ya memang semua orang sudah terbuka mk3 masing-masing pada dasarnya. Namun kemampuan mk3 itu terbatas dan kefahamannya pun terbatas. So program pembukaan mk3 sebenarnya adalah untuk memahamkan serta meningkatkan dan menghaluskan getaran mk3 murid agar mampu mengakses dimensi-dimensi tinggi yang sangat banyak manfaatnya untuk kehidupan ini.

Sekian dulu. Semoga ilmu kita semakin bertambah dan kefahamannya kita semakin baik. Salam kasih dan sayang yang tulus untuk semua :)


Tuesday, 7 August 2012

Rahsia Lailatul Qadar


Salam sejahtera, salam ramadan mubarak untuk semua saudara pembaca budiman :)


Melailui artikel kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda berkenaan rahsia lailatul qadar. Apa yang saya akan sampaikan ini sangatlah berbeza daripada apa yang pernah anda baca dari kitab-kitab atau dengar dari mana-mana sumber kerana ini adalah kefahaman yang saya perolehi hasil perjalanan spiritual saya. Jadi harapnya anda membuka fikiran seluasnya agar ilmu yang saya sampaikan boleh harmoni dengan anda.

Kita semua pasti sudah tahu keistimewaan Lailtul Qadar. Beribadat pada malam itu kelebihannya umpama beribadat selama 1000 bulan iaitu lebih kurang selama 83 tahun 3 bulan. Sekalipun kita mampu hidup selama itu, namun mungkin hanya 20-30% masa daripada umur kita itu yang mampu kita isi dengan ibadah. Itupun mungkin hanya 5% ibadah kita yang berkualiti. Sedangkan dengan 'keramat' Lailatul Qadar mampu memberikan kita satu malam yang menyamai kualiti ibadat selama 83 tahun 3 bulan. Dengan keitimewaan ini, sekalipun umur kita cuma 40 tahun, namun kualiti ibadah kita jauh melebihi usia kehidupan kita. Bayangkan jika kita mampu 'menemui' Lailatul Qadar pada setiap ramadan. Wah, kita boleh jadi 'kaya ibadah' yang sesungguhnya.

Setelah kita sedar kelebihan malam tersebut, kita pasti termotivasi untuk mendapatkannya. Lalu kita pun mencari petunjuk berkenaan bilakah waktu yang tepat tentang malam Lailatul Qadar. Hadis Nabi SAW memberikan petunjuk yang pasti bahawa malam tersebut ada pada malam-malam ganjil di 10 malam terakhir ramadan. Bermakna malam tersebut boleh jadi berlaku pada malam ke 21, 23, 25, an 27 ramadan. Inilah 'rumus' nya.

Ini pula salah satu lagi rumus yang dikeluarkan oleh sesetengah ulama. Rumus ini menentukan waktu Lailatul Qadar mengikut hari permulaan puasa. Jika permulaan puasa pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.


Lalu adakah jika kita fokus melakukan ibadat penuh pada malam-malam tersebut maka kita akan ada rezeki untuk menemui malam keramat itu? Dulu di awal pencarian spiritual, saya berpegang pada rumus ini. Pada malam-malam tersebut saya isi dengan ibadah penuh satu malam. Adakah saya 'bertemu' dengan malam itu? Saya juga tidak tahu, kerana malam-malam tersebut terasa biasa-biasa saja. Tiada langsung perkara luar biasa yang saya alami. Sedangkan menurut cerita, orang-orang yang menemui malam tersebut mengalami perkara-perkara luar biasa seperti melihat pohon-pohon rebah sujud, ada yang mendakwa melihat malaikat, dan bermacam lagi peristiwa ganjil.

Seharusnya jika kita mengikut rumus 'beribadat pada malam-malam ganjil di 10 malam terakhir ramadan' maka kita pasti akan dapat menemui Lailatul Qadar. Anda setuju? Namun berapa ramai kalangan kita yang kecewa kerana ternyata malam-malam tersebut yang kita isi dengan ibadat full time tidak memberikan kita sesuatu yang luar biasa yang boleh memberikan kita rasa 'WOW!!!"... Di mana silapnya?

Ternyata Lailatul Qadar adalah satu 'malam peribadi'. Bermakna di sini, setiap orang 'menemui' Lailatul Qadar secara berbeza, bukan serentak. Pada bulan ramadan yang sama, ada yang 'menemui' Lailatul Qadar pada malam ke 21, ada pula yang 'menemui' malam tersebut pada 23, atau 25 atau 27. Lailatul Qadar sesungguhnya adalah satu anugerah, atau ganjaran atas usaha gigih anda menjalankan ibadah ramadan dengan siang berpuasa, malamnya pula berqiamullail.

Ok, this is the best part...Get ready. Lailatul Qadar adalah peristiwa di mana anda mengalami 'kebangkitan kesedaran ruh' sebagai kesan daripada ibadah anda berpuasa dan qiamullail melebihi 21 hari. Ibadah puasa adalah satu usaha manusia untuk memisahkan kesedarannya daripada ikatan dunia fizikal. Dengan berpuasa kita menahan lapar dan dahaga dan mengekang semua panca indera daripada kebiasaannya. Ini akan membuat ruh kita terlatih secara bertahap untuk 'lepas' dari ikatan material dan semakin naik ke alam ketuhanan. Kemuncaknya terjadi selepas minima 21 hari anda melatih diri bermujahadah melawan hawa nafsu di bulan ramadan. Ketika ruh anda bebas lepas daripada ikatan material, kesedaran anda jadi bebas terbang di alam malakut dan anda mengalami pengalaman peribadi yang ajaib dan pelik. Sebab itu orang-orang yang mendakwa 'menemui' Lailatul Qadar mengatakan bahawa mereka mengalami peristiwa-peristiwa yang ajaib dan aneh.

Mengapa harus lebih 21 hari? Ok begini, 21 hari adalah masa minima  yang menjadi cycle atau kitaran masa  yang diperlukan untuk tubuh dan jiwa manusia terbiasa dan lengkap beradaptasi dengan satu keadaan yang baru. Jika kita membiasakan diri kita dengan satu amalam atau keadaan selama 21 hari, maka tubuh dan jiwa kita akan jadi serasi dengan amalan atau keadaan tersebut. Tubuh kita fitrahnya ingin makan, minum, seks dan tidur. Fikiran dan emosi kita pula fitrahnya ingin selalu liar dan heboh. Fitrah ini semua mengikat kesedaran ruh kita agar kekal pada level material-duniawi. Oleh kerana itu, apabila kita menghayati ramadan dengan sungguh-sungguh, maka kita melatih tubuh dan jiwa kita untuk 'lari' daripada fitrahnya. Itu akan membebaskan ruh kita daripada terikat dengan alam kebendaan. Perkara ini dibiasakan selama minima 21 hari sehinggalah ruh ini benar-benar bebas dan terjadilah transformasi kesedaran. 

Jika anda biasa dengan sistem ilmu-ilmu energy, atau ilmu-ilmu hikmah anda akan dapati bahawa ada latihan wajib selama 21 hari. Di sini rahsianya. 21 hari adalah tempoh yang perlu anda jalani untuk membiasakan diri dengan amalan atau keadaan baru. Sebab itu petunjuk yang Nabi SAW berikan bahawa Lailatul Qadar terjadi pada malam-malam gajil di 10 malam akhir ramadan adalah sesungguhnya menyimpan rahsia yang dalam. Nabi SAW tidak memberikan 1 waktu yang tepat kerana kitalah yang menentukan bila kita akan mengalami Lailatul Qadar, atau malam di mana terjadinya kebangkitan kesedaran ruh kita melalui amalan puasa dan qiamullail kita. Kitalah yang menentukan adakah Lailatul Qadar kita perolehi pada malam ke 21, 23, 25 atau 27... Kita menentukannya melalui kesungguhan kita menghayati secara penuh ibadah puasa dan qiamullail.

Jika anda hanya fokus menghidupkan ibadah pada malam-malam akhir ramadan, saya yakin anda pasti tidak akan mengalami Lailatul Qadar. Anda tidak cukup syaratnya. Jadi jangan kecewa dan salahkan sesiapa. Jika anda mengalami Lailatul Qadar, atau bahasa lainnya, jika anda mengalami kebangkitan kesedaran ruh, maka hidup anda akan berubah dalam semua aspek. Amalan-amalan anda disokong oleh kefahaman yang mendalam. Inilah yang membuat amalan anda begitu bernilai dan berkualiti sehingga menyamai 1000 bulan. Benar, kefahaman atau makrifah lah yang menentukan nilai ibadah anda. Sebuah solat yang anda dirikan dengan makrifah yang sempurna, kualitinya menyamai solat yang anda dirikan selama 1000 bulan tanpa kefahaman atau makrifah yang bermakna. Sebab itu ahli makrifah yang tidur lebih ditakuti oleh abid (ahli ibadah tanpa ilmu) yang sedang solat. Ini sekadar tamsilan untuk membezakan amalan yang disokong oleh kefahaman yang dalam berbaning amalan yang 'asal buat'.

Lalu bagaimana untuk mengalami Lailatul Qadar? Bagaimanakah caranya agar usaha ibadah anda selama ramadan diganjari dengan 'kebangkitan kesedaran ruh'? Ianya bermula dari 1 ramadan lagi. Anda harus memiliki niat yang kuat bahawa ramadan ini akan jadi satu medan perjuangan untuk meningkatkan maqam rohani anda. Anda harus melawan benar kehendak fitrah tubuh dan jiwa anda. Puasakan perut dari makan dan minum, puaskan mata dari melihat benda-benda yang menyenangkan nafsu, puasakan lidah daripada banyak cakap kecuali yang perlu dan penuhkan dengan sesuatu yang berunsurkan zikrullah, puasakan telinga daripada mendengar selain sesuatu yang berunsurkan zikrullah, puasakan tangan dari berbuat nakal, begitu juga kaki anda. Lalu puasakan fikiran anda daripada memikirkan benda-benda duniawi yang melalaikan anda dari memikirkan kesempurnaan Allah, dan puasakan hati anda dari sesuatu selain Allah. Jadikan benar-benar zahir batin anda Lillahitaala. InsyaAllah dalam tempoh minima 21 hari anda akan terbiasa dengan keadaan baru ini dan akan diganjari dengan hadiah Lailatul Qadar. Anda anda akan mengalami pengalaman yang menakjubkan. Anda akan mengalami transformasi diri zahir dan batin.

Memang payah dan berat melatih diri. Namun itulah harga sebuah peningkatan maqam rohani. Perjuangan yang kita lakukan menunjukkan nilai yang akan kita perolehi. Semakin berat sebuah perjuangan maka semakin tinggi nilai yang kita akan dapat.

Sampai di sini dulu tulisan saya kali ini. Ini merupakan sebuah kefahaman peribadi yang saya perolehi daripada perjalan spiritual secara peribadi. Saya share kepada para pembaca untuk 'meluruskan' kefahaman kita bersama agar lebih mudah kita meraih Lailatul Qadar yang mana pengalaman saya pertama kali mengalami malam keramat ini adalah pada ramadan 2001. Semoga kita mampu meraihnya pada bulan ramadan 2012 ini lalu mengalami transformasi diri zahir dan batin untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam semua aspek.

Sekian, salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam. Semoga anda dan semua penghuni alam sentiasa sejahtera dan berbahagia dalam liputan kasih ilahi :)




Tuesday, 31 July 2012

Mata Ke Tiga


Salam kedamaian untuk anda para pembaca budiman :).

Beberapa hari lepas saya update blog ini. Pada butang kursus di atas saya offer pembukaan mata ke 3. Jadi ada beberapa pembaca yang menghubungi saya bertanya tentang mata ke 3. So pada entry kali ini saya ingin berbagi kepada anda semua tentang apa itu mata ke 3.

Rajah 1: Gambaran mata ke 3

Rajah di atas menunjukkan lokasi mata ke 3 manusia. Namun bentuknya tidaklah begitu seperti mata fizikal. Mata ke 3 adalah bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penglihatan lain selain daripada penglihatan kedua mata fizikal kita. Jika anda rajin mengkaji samada di online atau offline, anda akan sering mendengar atau membaca tentang istilah-istilah mata ke 3, mata ghaib, penglihatan batin, mata hati, daya tembus pandang serta macam-macam lagi istilah. Ada yang jadi bingung, apa bendanya semua tu?

Ok mari kita belah dan bedah pelan-pelan. Di dalam diri kita ada sebuah 'kesedaran'. Kesedaran ini adalah 'Aku' anda. Sang Aku inilah yang sedar akan segalanya. Terlalu dalam kalau mau di kupas, boleh-boleh kita termasuk pula ke bahasan ilmu-ilmu hakikat. So saya simple kan dengan istilah minda. Lebih mudah difahami. Minda kita adalah satu fasiliti, satu kebolehan yang sangat luarrrr biasa. Minda inilah yang menjadi alasan kenapa kita diiktiraf oleh Tuhan sebagai 'sebaik-baik' ciptaan. Pada minda ini ada kebolehan untuk melihat secara batin menyasikan perkara-perkara ghaib atau istilah modennya metafizik.

Minda 'melihat' keluar dari diri kita melalui 3 'kaca mata'. Kaca mata pertama adalah yang dikenali sebagai cakra solar plexus di dalam disiplin ilmu aura, iaitu titik tenaga yang terletak di sekitar ulu hati. Apabila minda 'melihat' melalui kaca mata ini, aktiviti minda ini dikenali sebagi Komunikasi Naluri. Gelombang minda anda memancar melalui wilayah ini, dan menjadi satu keupayaan untuk berinteraksi dengan gelombang di sekeliling anda.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tiba-tiba merasa tidak sedap hati, perut tiba-tiba rasa senak dan memulas? Kemudian tiba-tiba anda mengalami peristiwa buruk, atau anda mendapat panggilan telefon mengatakan ada berita buruk menimpa keluarga anda? Ramai yang pernah mengalami perkara ini. Atau anda sedang jalan-jalan di mana-mana, lalu tiba-tiba anda merasa diikuti, lalu anda menoleh ke belakang tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Lalu anda merasa berdebar-debar dan jadi takut dan semakin takut. Ini pun sering anda alami. Ini adalah petanda bahawa anda gelombang minda anda sedang 'berkomunikasi' dengan gelombang dari luar. Anda tidak tahu apa bendanya, tapi anda 'merasakan' bahawa 'ada sesuatu'.

Ada ramai pesakit yang saya jumpa, terutama perempuan yang kerap sendawa bila terjumpa orang-orang yang 'bawa jin'. Atau sedang berada di kawasan-kawasan yang 'berpenghuni' samada penghuni bentuk jin atau penghuni berbentuk gelombang buatan manusia ( ilmu ghaib ). Sendawa itu adalah satu 'signal' kepada mereka bahawa gelombang mindanya yang memancar dari solax plexus sedang berinteraksi dengan satu gelombang 'aneh' dari luar. 'Aneh' itu maknanya ada jin, saka, dan sejenisnya, atau ada 'ilmu buatan' di situ. Lalu keanehan itu diterjemahkan oleh tubuh melalui sendawa yang menyakitkan, bulu roma meremang serta dada berdebar-debar. Penglihatan melalui kaca mata ini tidak memperihatkan imej, hanya ada 'rasa' tentang kehadiraran 'sesuatu'. Jadi bila anda berkata, " Saya rasa begini...Saya rasa begitu... " maka anda sebenarnya sedang menggunakan fasiliti ini.

Apabila kemampuan spiritual anda meningkat, minda anda akan mula melihat melalui 'kaca mata' kedua yang lebih canggih iaitu cakra kerongkong, titik tenaga yang berada pada kerongkong anda. Disini gelombang yang anda pancarkan keluar adalah lebih halus lagi dan imej-imej mula muncul di layar minda anda walaupun masih agak kabur-kabur namun sudah boleh menjadi petunjuk. Pada tahap ini juga imajinasi buatan anda masih boleh mempengaruhi imej-imej yang anda nampak. Aktiviti minda ini dikenali sebagai Komunikasi Mental.

'Kaca Mata' paling canggih adalah apabila minda anda mula melihat melalui cakra ajna, iaitu titik tenaga yang berada di tengah kening, antara kedua alis. Di sini gelombang yang dipancarkan oleh minda sudah begitu halus sehingga mampu berkomunikasi dengan 'sumber-sumber' yang jauh lebih halus dan tinggi di alam ghaib atau metafizik. Aktiviti minda di sini dikenali sebagai Komunikasi Intuisi. Pada tahap inilh selalunya muncul intuisi atau ilham-ilham yang begitu jelas dan berkualiti. Getaran ini sudah berada jauh dari alam jin dan sekutunya sehingga sangat 'sedikit' kemungkinan berlaku ' transmission interuptions' yang boleh mengganggu penglihatan anda. Inilah yang sebenarnya Mata Ke 3.

Anda pasti pernah mengalami keadaan di mana anda mendapat ilham yang tiba-tiba datang entah dari mana, seolah dicampak dari atas langit saja rasanya. Ilham yang begitu jelas dan terang dan menimbulkan keyakinan yang begitu besar di hati anda. Ini hanya berlaku ketika jiwa anda sedang bebas daripada kongkongan fikiran dan emosi. Ketika sedang rileks, ketika selesai latihan rohani dan lain-lainnya. Sebab itu berhati-hatilah dengan dengan orang-orang yang rajin latihan rohani ( meditasi, zikir, solat, dll ) kerana 'mata hati' mereka begitu tajam. So mungkin sudah agak jelas sekarang, perbezaan 3 'kaca mata' ini.

Bagi anda yang sudah belajar macam-macam ilmu membuka mata ke 3, mudah-mudahan artikel ini boleh membantu kemajuan anda. Bezakan antara MEMBAYANG dan TERBAYANG. MEMBAYANG adalah masih pada tahap Komunikasi Mental manakala TERBAYANG adalah Komunikasi Intuisi, iaitu Mata Ke 3 yang sebenarnya. MEMBAYANG adalah aktif, sedangkan TERBAYANG adalah pasif. Jauh bezanya.

Ada juga yang bertanya, " Tuan master, kalau saya buka mk3 ni ada risiko kena gangguan makhluk halus ka? Saya jadi takut kalau dengan membuka mk3 ni saya akan selalu tengok hantu di mana-mana ". Waduh pak, rumit juga mau jelaskan. Tapi saya cuba juga. Ok... Memang ada segelintir orang yang mendakwa sering melihat makhluk halus, jin, hantu dan yang seangkatan dengan beliau. Namun ingin saya jelaskan melalui pengalaman saya berjumpa dan menangani langsung pesakit-pesakit sebegini, bahawa kebanyakan mereka dipengaruhi oleh imajinasi. Maklumlah budaya kita sangat kaya dengan cerita-cerita begini malah siap difilemkan lagi. Ada yang benar-benar nampak, namun lebih banyak lagi yang hanya imajinasi. Jenis komunikasi intuisi dan mental. Kadang benar-benar nampak, kadang cuma khayalan semata. 

Kes-kes begini sebenarnya mengalami 'kebocoran energy' di mana gelombang mindanya tidak berhenti memancar samada dari solar plexus atau kerongkong. Sebab itu 'rasa' dan imajinasinya sentiasa aktif lalu terlihatlah bayangan-banyangan buruk di mana-mana. Kalau ini kesan daripada belajar ilmu-ilmu ghaib bermakna sistemnya ajarannya ada yang kurang betul atau ada yang tercicir. Jadi kita boleh kata itu bukanlah sebenarnya Mk3, kalau pun Mk3 yang masih di level rendah. Mk3 yang sebenar kalau aktif membuat kita boleh mengakses 'sumber-sumber' tinggi sehingga kita boleh menangkap gelombang-gelombang yang sangat halus yang penuh dengan mutiara-mutiara hikmah.

Tanda utama terbukanya cakra ajna adalah anda jadi lebih bijaksana, penuh pertimbangan dalam apa juga tindakan. Anda sudah tidak tertarik dengan alam-alam ghaib rendah, anda lebih suka mengakses alam-alam tinggi seperti alam-alam ketuhanan untuk menyuburkan pertumbuhan rohani anda. Sedangkan tanda-tanda anda masih berada di Komunikasi Naluri dan Mental, anda suka dengan alam-alam ghaib eterik dan astral di mana bediamnya frekuensi jin dan sebangsa beliau. Fikiran dan emosi mudah kalut, sebab alam ini juga dishare oleh gelombang fikiran dan emosi. 

Ok, rasanya sampai sini dulu cerita kita. Adapun pembukaan Mk3 yang saya tawarkan pada kali ini ada 2 langkah iaitu:

1. Pembukaan dan pembersihan Cakra Ajna melalui transfer energy jarak jauh, tidak kisah dimana pun anda. Prosesnya mengambil masa selama 20-30 min.

2. Tuning ke frekuensi yang benar. Untuk tahap ini, anda perlu telefon saya agar saya boleh membimbing anda secara terus.

***Biasanya kalau saya bercerita tentang mk3 ni akan banyak yang bertanya dan tidak kurang yang ingin menguji. So bagi yang ingin menguji, mohon maaf banyak-banyak sebelum anda bertanya dengan niat menguji, jawapan saya hanya 'SAYA TIDAK TAHU'. Bagi yang ikhlas insyaAllah saya bersedia berbagi rezeki ilmu dan kefahaman yang Allah berikan pada saya :)

Itu saja dulu. Selamat menjalani ibadah ramadan. Semoga anda sentiasa berbahagia.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


Sunday, 29 July 2012

Perjuangan Menuju DIRI Sejati


 


DIRI manusia memiliki 1 tubuh fizikal dan  7 lapisan tubuh energy yang masing-masing dijana oleh 7 jenis cakra ( seperti rajah di atas ). Pada mulanya ‘DIRI’ kita hanyalah satu wujud yang sangat luas ( ruh ) dengan potensi yang juga sangat tinggi. Kemudian ruh ini disarung ke tubuh-tubuh energy bermula dari lapisan tubuh paling halus yang dikenali sebagai causal body pada rajah di atas. Kemudian disarung lagi dengan lapisan kedua iaitu Celestial Body yang lebih padat dan kasar daripada lapisan pertama. Begitu seterusnya sehinggalah pakaian akhirnya iaitu tubuh fizikal kita dan jadilah sesosok peribadi manusia yang lengkap.

* Rajah di atas adalah daripada disiplin ilmu aura, bahasanya tidak islamik namun ia tetaplah juga ilmu Allah. Rujukan islamik yang selaras dengan ini boleh kita jumpa jika kita rajin membelek buku-buka tasauf yang mendalam. Oleh itu bukalah fikiran seluasnya kerana ilmu Allah itu begitu luasnya, tak terbatas oleh bahasa dan budaya kerana semua bahasa dan semua budaya adalah dariNya juga :)

Potensi Sang Diri semakin dibatasi mengikut lapisan pakaiannya. Setiap tubuh mengikat DIRI dengan ikatan-ikatan ghaib sehinggalah Sang DIRI semakin terhad kemampuannya. Oleh itu, anggapan atau persepsi kita terhadap diri kita sekarang ini bukanlah sebuah hakikat. Kerana ‘aku’ kita sekarang ini adalah ‘keakuan’ berdasarkan lapisan tubuh kita, dan bukanlah ‘keakuan’ bagi DIRI yang sejati. Umpama seorang Raja, dipakaikan pakaian Menteri, lalu Baginda berkata “ Oh, aku adalah seorang menteri”. Lalu dilapis lagi dengan pakaian panglima, lalu Baginda berkata, “ Oh, aku adalah seorang panglima “. Sehinggalah Baginda dipakaikan dengan pakaian seorang hamba abdi, iaitu hierarki paling rendah dalam masyarakat, lalu Baginda pun berkata, “ Oh, aku ini adalah seorang hamba”. Kehidupan Baginda kini adalah mengikut anggapan atau persepsi fikirannya. Baginda hidup seperti hamba abdi, berpakaian dengan pakaian hamba abdi, makan dengan makanan hamba abdi, dan semuanya mengikut kasta kesedaran dirinya yang terkini. Pada hakikatnya, Baginda adalah seorang Raja, namun pakaiannya menjadi mental blocking atau hijab bagi kesedarannya, sehingga Baginda menganggap dirinya sebagai hamba abdi lalu hidup sebagaiman seorang hamba abdi. Seandainya, Baginda melepaskan pakaian-pakaian yang menghadkan kesedaran dirinya ini, maka Baginda akan kembali memiliki kesedaran seorang Raja dan memiliki semua keistimewaan seorang Raja. Sebab itu ada ungkapan, ‘ You are what you think You are’.

Sekarang kesedaan DIRI kita sedang terikat dan terbatas pada tubuh fizikal. Maka disini kesedaran kita adakah terbatas pada persepsi tubuh fizikal ini. Apabila kita berkata ‘aku’ maka kita menganggap diri kita adalah Si Abu, Si Ali, Si Najib, Si Karim dan banyak lagi peribadi-peribadi. Kita menganggap bahawa inilah ‘aku’ dan inilah kemampuan diriku. Padahal hakikatnya itu cumalah ‘aku’ berdasarkan lapisan tubuh, bukan AKU yang sejati. Apabila anda bermujahadah melatih rohani, ‘aku’ anda akan berubah lagi dan potensi andapun akan semakin meningkat kerana kesedaan anda semakin naik ke lapisan tubuh yang lebih tinggi. Umpama Sang Raja dalam perumpamaan di atas tadi. Jika dia melepaskan pakaian hamba abdi yang menutup dirinya, akan terlihatlah pakaian Panglima pada dirinya. Oleh itu kemampuannya sudah meningkat daripada hamba abdi kepada kemampuan seorang panglima. Setiap pakaian atau maqam ada potensinya. Semakin tinggi maqam maka semakin terbuka potensi sang DIRI. Kemampuan merawat, mata ketiga, pendengaran batin, meraga sukma, dan lain-lain kemampuan supernatural adalah kemampuan-kemampuan yang akan anda perolehi ketika anda bermujahadah menaiki tangga-tangga spiritual, melepas hijab-hijab DIRI anda. Itu pasti kerana semua itu adalah potensi-potensi semulajadi DIRI anda yang sejati.

Sama dengan setiap kita, semua lapisan tubuh ini, daripada lapisan paling halus ke lapisan paling kasar dan padat iaitu tubuh fizikal, hanyalah PAKAIAN bagi DIRI, dan bukanlah DIRI yang sebenar. Namun sudah menjadi ketentuan Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana, bahawa lapisan-lapisan tubuh ini menjadi hijab/pelindung kesedaran kita dan merupakan ujian bagi kehidupan kita di dunia ini. Tugas kita didunia ini adalah berjuang/mujahadah untuk melepaskan pakaian-pakaian ini sehingalah kita dapat meraih kembali kesedaran sejati kita. Perjuangan atau mujahadah inilah yang kita kenali dengan istilah ‘ibadat’. Dengan demikian, matalamat ibadat bukanlah untuk mendapatkan pahala dan meraih syurga namun untuk melepaskan pakaian-pakain yang menghijab potensi sejati sang DIRI. Pahala-pahala hanyalah untuk memotivasikan kita agar semakin kuat dan rajin beribadat, dengan harapan semoga dengan kerajinan ini memungkinkan kita untuk melepaskan pakaian-pakaian tubuh yang menghijab kesedaran Sang DIRI.

Jika dalam ibadat, kita masih mengharapkan pahala dan syurga maka, matlamat ibadah masih belum sepenuhnya kita dapat raih. Panduan untuk perkara ini diabadikan di dalam Kalam Suci sebagai berikut :

Wamayyarju liqa’arobbihi fal ya’mal ‘amalan solihawwala yusyrik bi’ibadati robbihi ahada.

Ertinya:
Barangsiapa yang ingin menemui tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun juga
Surah Al-Kahfi : 110

Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat, manakala matlamat ibadat adalah untuk ‘menemui tuhan’. Sedangkan untuk ‘menemui tuhan’ harus dengan DIRI sejati iaitu Ruh kita kerana dimensi ketuhanan yang maha suci begitu tinggi dan halus dan hanya dapat dimasuki oleh ruh yang merupakan bahagian daripada esensi atau zat ketuhanan. Tidak akan terjadi ‘pertemuan dengan tuhan’ jika sang DIRI masih lagi dibelenggu oleh ‘pakaian-pakaiannya’. Dalam ibadat itu pula syaratnya haruslah ‘tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun juga’. Jika dalam ibadat kita masih ingin pahala dan syurga, maka itu adalah ‘syirik’ yang halus atau syirik kahfi dan dengan itu syarat untuk ‘bertemu tuhan’ tidak terpenuhi.

Singkat kata, dalam ibadah haruslah ikhlas benar-benar Lillahita’ala, bukan ‘Lilpahala’ atau ‘Lilsyurga’.

Semoga Ramadan barokah ini semakin membuka ruang kesedaran kita, meningkatkan maqam rohani kita sehingga kita semakin mengenali diri dan memanfaatkan pengenalan diri ini untuk manfaat kehidupan kita pada semua aspek.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


Monday, 18 June 2012

The Secret Power Of Asma'ul Husna

Salam kedamaian untuk semua teman-teman pembaca yang budiman :)

Pada tulisan kali ini saya ingin menyampaikan rahsia yang terkandung di dalam asmaul husna. Tulisannya mungkin sedikit berbeza daripada apa yang pernah anda baca atau ketahui dari mana-mana sumber sebelum ini. Tulisan ini adalah hasil penelitian saya dalam mengkaji dan mengamalkan ilmu-ilmu kerohanian islam yang saya selalu cuba bedah dari sisi ilmu energy atau quantum fizik.

Mengetahui mekanisma atau daya kerja disebalik fenomena-fenomena metafizik atau paranormal ada kelebihan tersendiri kepada kita. Mengapa? Ini kerana semua kerja-kerja metafizik atau paranormal melibatkan minda kita. Otak kiri kita sifatnya sistematik manakala otak kanan kita sifatnya rawak. Bahasa lainnya, otak kiri kita sifatnya ilmiah manakala otak kanan pula sifatnya merasa. Seringkali jika anda cuba mempraktikkan suatu ilmu metafizik atau paranormal atau kerohanian, otak kiri demand untuk tahu teori disebalik apa yang cuba anda lakukan. Zaman ini begitulah adatnya otak manusia. Mahu tahu dulu alasan sebelum berbuat sesuatu. Tidak sama dengan zaman dulu yang buat saja dengan keyakinan penuh sekalipun tidak tahu apa, kenapa dan bagaimana ia terjadi. Tanpa tahu teori, tidak akan terjadi kerjasama yang harmoni dan power antara otak kiri dan otak kanan. Ini jugalah alasan mengapa ramai yang masih kurang sukses dalam mengaplikasikan ilmu-ilmu paranormal-spiritual yang dipelajari. 

Ok, berbalik kepada Secret Power Of Asma'ul Husna. Semua tentu tahu apa itu Asma'ul Husna. Jadi rasanya tidak perlu saya jelaskan lagi apa bendanya tu kan. Dari sisi ilmu hakikat makrifat, Asma'ul Husna adalah nama-nama yang menggambarkan sifat dan perbuatan Tuhan. Dalam 99 asmaul husna, ia terbahagi kepada 2 kelas besar iaitu Asma Sifat dan Asma Afal/perbuatan. Misalnya Al-Qadir/Yang Maha Kuasa, Al-Jamil/Yang Maha Indah, Al-Jalil/Yang Maha agung dll. Asma-asma ini menggambarkan Tuhan dengan sifatNya. Manakala Asma Afal pula adalah seperti Ar-rozzaq/ Yang Memberi Rezki, Al-Hadi/Yang Membimbing/, Al-Mughniyyu/ Yang Mengkayakan, dll. Asma-asma ini menggambarkan tindakan-tindakan tuhan ke atas alam ini.

Alam ini adalah Atsar atau kesan daripada tindakan-tindakan Allah. Apabila Allah bertindak, maka akan ketaralah AsmaNya lalu terlihat kesannya pada alam ini. Misalnya apabila Dia bertindak untuk membimbing ( asma Al-Hadi ) seseorang untuk tahu sesuatu ilmuNya, akan terlihat kesan perbuatan Allah itu pada orang tersebut. Pada hakikatnya apa saja ilmu yang anda tahu, adalah kesan daripada bimbinganNya. Kita hanya tahu bahawa Allah telah bertindak apabila terlihat kesannya pada alam. Apabila anda sudah tahu sesuatu ilmu, baru kita tahu bahawa Allah telah bertindak membimbing anda.... Walah, susah juga mau terangkan guna kata-kata. Jika rezeki anda, pasti boleh faham hehe... Ini adalah aspek kerohaniannya.

Sebenarnya yang saya ingin sampaikan di sini adalah aspek metafiziknya. Namun sukar mau faham jika aspek rohaninya tidak dicerna dengan baik. Ok, begini.... Setiap asma itu ada getarannya yang tersendiri. Mengikut kefahaman dari penelitian saya setakat ini, getaran yang ada pada asma itu ada 2 jenis. Yang pertama adalah getaran semulajadi. Misalnya asma Ar-rozzaq yang ertinya Yang Maha Memberikan Rezeki. Apabila anda membaca asma ini getaran energynya akan memancar membuka dimensi-dimensi alam dan memberi kesan kepada diri dan kehidupan anda dari aspek rezeki anda. Anda tentunya sudah tahu bahawa segala sesuatu di alam ini adalah energy yang bergetar pada frekuensinya yang tersendiri. Alam adalah sekumpulan energy perlbagai frekuensi. Berbezanya frekuensi memberi bentuk yang pelbagai kepada objek-objek alam. Pepejal, cecair, gas, ether dan seterusnya berbeza kepadatan wujudnya kerana berbeza frekuensi energy yang membentuknya. Getaran kedua agak sukar untuk saya jelaskan. Saya cuba juga untuk membuka wawasan ilmu anda. Ia merupakan gumpalan energy hasil keyakinan daripada banyak orang. Misalnya diyakini bahawa asma Ar-rozzaq berupaya membuka jalur-jalur rezeki si pembacanya. Satu orang yang yakin akan perkara ini menghasilkan satu gumpalan energy dari mindanya pada asma ini. begitulah seterusnya, semakin ramai orang yang meyakini perkara yang sama, semakin kuat gumpalan energy itu dan semakin powerful ia jadinya. Saintis barat memanggilnya sebagai Thoughtform.

Getaran energy yang ada pada Asmaul Husna memberikan efek yang sangat jelas kepada energy alam. Misalnya begini... Anda adalah bahagian daripada alam. Jika energy dari Asma Al-Jamil/Yang Maha Indah dipancarkan kepada anda ia akan mengubah frekuensi energy anda yang sekarang ini. Apabila frekuensi energy anda berubah, semakin lama ia juga akan mengubah rupa fizikal anda. Pada mulanya getaran dari asma mengubah struktur eterik/ aura anda. Perubahan pada aura dapat dirasakan oleh perasaan anda begitu juga oleh perasaan orang lain. Semakin kerap getaran asma itu dipancarkan kepada anda semakin kuat dan stabil bentuknya pada struktur aura anda dan semakin mengubah keadaan fizikal anda. Hasilnya anda semakin kelihatan indah samada pada aura atau fizikal anda.

Getaran energy pada asma ini lah yang sering dimanfaatkan oleh mana-mana ilmuan metafizik. Misalnya untuk melihat dimensi-dimensi ghaib seperti alam jin dan sejenisnya, ada yang menggunakan asma Al-Lathif/Yang Maha Halus dengan tujuan menchannel energy dari asma itu agar mata batinnya menjadi halus dan tajam agar dapat melihat tembus ke alam ghaib. Ada pula yeng menggunakan asma Al-Aziz atau Al-Jabbar, Yang Maha Kuat dan Maha Gagah untuk menchannel energy dari asma itu untuk membuat dirinya mempunyai kekuatan fizikal yang superpower. Bermacam amalan yang ada  berdasarkan asmaul husna. Ia sering dikenali sebagai Tenaga Dalam Asmaul Husna. Masing-masing guru menggunakannya mengikut ilham dan kreativitinya namun dari sisi energy, beginilah daya kerjanya.

Sampai di sini dulu untuk tulisan pada kali ini. Jika para pembaca sekalian ada yang kurang faham dengan isi tulisan pada artikel kali ini, itu adalah kelemahan saya dalam mengolah bahasa yang sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang begitu tinggi dan sakral sifatnya. Namun yang paling utama adalah, asmaul husna adalah sumber energy yang begitu besar dan kreatif yang boleh anda manfaatkan untuk kesenangan semua aspek hidup anda. Jika ahli metafizik dari budaya lain ada sumber energy dari ajaran mereka sendiri,  misalnya budaya Viking ada Runic System, budaya Cina ada I-ching, dan lain-lain budaya lagi, maka kita umat islam pula ada sistem asmul husna sebagai Fountain of Power. Malahan sumber enegry dari asmaul husna boleh dimanfaatkan sekalipun oleh non muslim asalkan tahu cara menchannelnya. Begitulah sifat kasih sayang Allah kepada seluruh makhluk. Anda tidak melihat keistimewaanya kerana anda tidak faham sistemnya selama ini kerana memandangkan kurangnya ilmuan yang cuba membahas perkara ini dari aspek ilmiah sehingga ilmu-ilmu sebegini kekal dipandang sebagai sesuatu yang untoucable oleh orang-orang biasa. Anda adalah makhluk yang luar biasa dan anda pasti bisa...chewwwahhh, ini kali lah!

Alhamdulillah, saya sekarang dalam proses membuat ebook tentang panduan mudah untuk memanfaatkan energy dari asmaul husna ini  telah siap. Ini merupakan ebook saya yang ketiga selepas ebook  Mengungkap Rahsia Mata Ke Tiga, dan ebook Accupineology : 8 minit sehari... miliki hajat dan impian anda dengan mudah.

Anda boleh mendapatkan ebook ini dengan harga RM 30. Sekarang masih dalam proses finishing touch. InsyaAllah hari jumaat ini sudah boleh anda miliki. Tempahan ebook sudah boleh anda lakukan pada hari ini.


Sekian dulu untuk sharing ilmu kali ini. Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang tulus :)





BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...