Your Magic Blog: September 2019

Thursday 19 September 2019

ZIKRULLAH MAGNET REZEKI



RAHSIA MAGNET REZEKI YANG RAMAI ORANG TAK SEDAR

Kenapa kalau kita fokus nak mencintai dan merindui Allah, rezeki datang berlimpah-limpah?

Kenapa pula kalau kita fokus berdoa minta rezeki, liat pulak rezeki tu nak datang?

Sound familiar kan?

Haaaa..... Saya nak share rahsianya nya pada anda.

Ready?

Ok.........

Pada saat  kita fokus mencintai dan merindui Allah, kita sedang kembalikan FOKUS KESEDARAN kita ke PUSAT DIRI kita sendiri.

Maka dengan itu, kita sedang mencipta DAYA TARIKAN yang sangat kuat, sangat tenang, stabil, dan berpusat pada diri kita.

Daya tarikan sebegini sama seperti Daya Tarikan Graviti bumi. Semua objek akan tetarik ke pusat bumi kerana pusat daya tarikan graviti tu ada di pusat bumi, stabil dan teguh di situ. Ia takkan pernah pindah ke mana-mana.

Beza dengan kita manusia. Pusat daya tarikan kita ada pada KESEDARAN kita, atau bahasa mudahnya, fokus fikiran. Masalahnya, kesedaran kita ni tak pernah nak tetap. Ia bergerak liar ke saja ke mari.

Kejap kita fokus ke orang lain. Kejap kita fokus ke objek di luar sana. Kejap kita fikir dapur gas sudah tutup atau belum. Sekejap kita terfikir kerja di pejabat. Kesedaran kita pindah-pindah.

Tapi satu hal kalau anda perasan, kesedaran kita pindah-pindah ke LUAR DIRI KITA. Jaaaaaaaaaarang sangat kita nak fokus ke dalam diri kita. Anda perasan tak?

Sehari kita ada masa 24 jam. Katalah kita tidur 8 jam, kita ada lagi 16 jam terjaga.

Cuba ingat balik, berapa lama masa kita peruntukkan untuk menyedari, memikirkan atau merasakan tubuh kita? Degupan jantung kita? Keluar masuk nafas kita?

Berapa lama kita ‘bersama’ diri kita?
Jaaaaaaaarang sangat kan?

Haaaa.... sebab itu daya tarikan magnetik pada medan tenaga kita lemah sangat. Kita tidak CENTERED. Benda-benda malang aje memanjang yang datang, yang positif dan menguntungkan selalu melepas.

Sebab, apabila kesedaran kita berada di luar diri, maka daya tarikan kita jadi lemah. Daya tarikan kita tidak terfokus. Sebab tu susah kita nak attract apa kita nak. Kita selalu attract apa yang kita tak nak.

Biasa kan, benda yang paling kita taknak, benda yang paling kita takut, itulah pulak yang selalu terjadi. Entah kenapa? Pelik!

Sebab magnetic field kita bergetar pada skala rendah. Maka hal-hal rendah yanh asyik datang.

Tetapi..... Apabila kita fokus berzikir ingat Allah, kita fokus merasakan kebesaranNya, fokus memuji kesempurnaanNya, fokus mencintai dan merinduiNya, terjadi fenomena quantum yang sangat menarik di medan tenaga kita.

Itu pasal saya suka belajar subjek energi, aura, vibrasi ni. Sebab saya suka perhatikan fenomena energi yang terjadi ketika saya beramal hal-hal keagamaan.

Otak kiri saya ni suka logik. Dia takmau just yakin based on ‘blind trust’ aje. Yakin itu kerja otak kanan. So kalau saya main yakin aje, otak kiri saya tak bagi kerjasama. Ada kepincangan di situ.

Saya nak.... saya beramal kerohanian agama, seperti zikir, doa, mengaji, dan lain-lain dan saya tahu apa fenomena yang terjadi disebaliknya. Amalan saya jadi ada muatan, ada isi. Bukan amalan kosong hasil ikut-ikutan, yang saya pun taktau kenapa harus saya ikut.

Bila saya mengkaji isi amalan saya, saya jadi faham dan punya alasan kuat untuk saya beramal. Ternyata amalan saya bukan untuk Tuhan, tapi untuk my own benefits. Tuhan dah lengkap, saya amal ke tak amal ke, takda kesan lansung pada dia. Tapi kesan pada saya, mutlak ada!

Apabila saya tahu isi, hakikat, atau fenomena di sebalik amalan-amalan saya, maka saya beramal bukan sebab ikut-ikutan lagi. Anda beramal sebab apa? Ohh sebab nenek moyang saya amal macam ni, so saya pun ikutlah. Duhhh! Sebab tu iman kita rapuh sangat. Tengok salib meroyan rosak iman. Allahuakbar!

So... Fenomena itu adalah fenomena quantum, fenomena frekuensi energi. Something is happening ‘there’ when I zikir, solat, mengaji dan lain-lain.

Saya nak tahu. Ia sungguh menarik. Ia membuat saya semakin yakin bahawa qalamNya benar, sahih, dan tidak terbantahkan!

Sebab itu, bila saya yakin sampai tahap haqqul yakin begini, saya tak meroyan sekalipun ada orang paksa letak salib di dahi saya. Sebab keyakinan saya tidak lagi bergantung pada hal-hal fizikal, tapi sampai ke metafizik level. U will be unshakeable!

Ada orang, bukan di Malaysia ni tau, tapi di negara lain yang tak bernama... So dia nampak salib, dan dia hampir-hampir kerasukan dan hilang iman. Dia nampak di Sabah yang berbilang kaum ni ada orang-orang Islam masuk gereja ikut meraikan keluarganya yang masih Kristian yang sedang berkahwain, terus dia cop ‘haram!’ ‘kafir!’.

Pada saya, itu adalah disebabkan keyakinan agama dia batasi sekadar di level fizikal saja. Dia tak gali, dan tak minat nak gali sampai ke level metafizik untuk mencari data-data agar dia yakin dengan sebenar-benarnya keyakinan.

Ehhhhh.... melalut pulak saya. Tu lah siapa suruh durang! Masa kecik disuruh pi belajar malas, bila besar kasi susah urang... ehhh, kenapa saya macam marah ni? Adehhh

Kembali ke lapppp... toppp!

Ok.... So kesedaran kita bermuatan daya tenaga yang besar. Sebab itu ke mana fokus kesedaran kita arahkan, ke situ energi mengalir.

Tak percaya?

Cuba eksperimen mudah ni. Bernafas dengan tenang. Kendurkan otot-otot anda. Fokus sedari dan rasakan mana-mana bahagian badan anda yang terasa sakit atau lenguh. Sedari dan rasakan saja guna minda anda. Sambil tenang dan santai.

Biarkan sekitar 30-60 saat.......

Apa anda rasakan?
Rasa ada kelegaan?
Rasa ada beban berat?
Rasa panas?
Rasa getaran halus?
Ada? Ada?

Nahhh.... Now u know what i mean.

Lanjut........... So ketika anda berzikir, anda fokus ingat padaNya, anda fokus mencintai dan merinduiNya, ANDA SEDANG MEMUSATKAN SELURUH KESEDARAN ANDA KEMBALI KE PUSAT DIRI ANDA!

Anda menjadi seperti bumi yang memiliki daya tarikan graviti luar biasa. Semua hal-hal positif akan tertarik, hadir ke dalam hidup anda untuk anda alami dan nikmati samada melalui perasaan mahupun pancaindera fizikal anda.

Cumanya... Di saat anda beramal, lupakan semua fenomen ini. Fokus padaNya saja. Itu namanya Ikhlas!

Amalan yang ikhlaslah yang menghasilkan fenomena spark energi tu semua. Ikhlaslah, fenomena-fenomena tu akan terjadi sendiri sebagaimana dia telah tetapkan dalam hukumNya yang dipanggil Sunnatullah, atau Universal Law of Nature.

Anda zikir, badan anda bergetar, hati anda bergolak syahdu.... Anda tak mahu kaji fenomena energi disebaliknya?

Anda solat dhuha jam 10 pagi, di saat matahari memancarkan spektrum cahaya kuning.... Lalu sesuatu sedang terjadi di level quantum oada diri anda. Anda tak tertarik nak kaji ke?

Anda nak kekal beramal atas dasar main yakin-yakin je?

Yaaa.... Anda tak mahu kaji. Sebab someone bagitahu anda bahawa ilmu energi energi dan aura aura ni sesat.

Truth is, ada orang taknak anda jadi hebat. Ada orang nak biar anda keep stay di takuk lama. Sebab kalau anda maju, anda jadi ancaman kepada zon selesa mereka.

Ada orang, bila kita kekal jahil, mereka rasa selesa. Sebab orang jahil senang disuruh-suruh dan diarah-arah. Dan anda pun redha aje.... Well, syabas buat anda. Good choice. Bravo.
.
.
Sungguh, ilmu Tuhanku begitu luasnya tidak terhingga. Adakah ilmu yang bukan ilmuNya? Kalau ada, itu ilmu dari siapa? Katanya tauhid itu mengesakan Dia, yang mana salah satunya adalah, tiada sumber ilmu selain Dia. Di mana pun ada ilmu, maka itu semua dari Dia. Bukankah harus begitu?

Ohh Tuhan, maafkan kami yang membatasi keluasan ilmuMu. Ampuni kami yang tanpa sedar telah beranggapan bahawa ada sumber ilmu selainMu.

Tiada apapun di alam ini yang bukan dariMu, atau terpisah dariMu.

DariMu kami semua datang, kepadaMu kami semua pulang.
.
.
Kalau anda suka pencerahan pada post ini, silakan share. Share ramai-ramai. Jangan kita pandai aje sorang-sorang.

Alhamdulillah, tabarakallah.
Makmur dan damailah negara ini.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 3 September 2019

DIMANA SKALA ENERGY MU BERADA?



Benci, skala energi 150. Masih level Force. Sifat energi menarik malang ke dalam hidup.

Memahami, skala energi 400. Sudah level Power yang tinggi. Menarik bahagia penuh makna dalam hidup.

Orang yang benci ‘terhijab’ daripada melihat ‘hikmah’. Beza dengan orang yang di level memahami, dia melihat hikmah disebalik apa yang tersurat.

Begitu contoh energi dan kesedaran yang ditunjukkan nabi ketika penduduk Taif melempar najis kepada baginda ketika misi dakwah di sana.

Kalau kita kena begitu pasti sudah marah dan benci tahap langit ke tujuh. Sebab kita terhijab daripada melihat makna tinggi atau ‘higher purpose’ disebalik kejadian yang zahir.

Nabi berbeza, di kesedaran energi 400 (understanding), mata hatinya melihat jauh di depan menembus batas dimensi ruang dan masa.

Pasti ada yang kata... itu level nabi, kita umat biasa.

Ya betul. Namun untuk bahagia harus berusaha ke level itu. Itu level yang masih mampu dicapai manusia biasa.

Kecuali ente memang tidak mahu bahagia, maka pencerahan apapun tidak bakal ada gunanya.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Qalam Ilahi Wellness Center

DIMANA FOKUS MU?



Ada dua orang ingin mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik.

Kita namakan mereka sebagai Abu dan Atan.

Abu ingin mengubah dunia dengan cara memuji-muji kebaikan orang.

Atan pula ingin mengubah dunia dengan cara membenci kejahatan orang.

Mereka berdua baik.
Tujuannya sama.

Tapi arah energi yang mereka fokuskan tidak sama.

Hasilnya, Abu yang selalu memuji kebaikan orang, selalu berjumpa dengan orang-orang baik untuk dia puji.

Atan pula yang selalu membenci kejahatan orang, selalu berjumpa orang-orang jahat untuk dia kritik.

Dalam ilmu vibrasi energi, adalah lebih baik membina seseorang dengan cara memuji-muji terus kebaikannya.

Berbanding kita nak bina dirinya dengan cara kita kritik terus kelemahan dan keburukannya.

Kalau kita puji kebaikan orang, fikirannya akan fokus ke arah aspek dirinya yang terbaik, dan terus menerus mengembangkannya.

Kalau kita terus-menerus mengkritik kelemahan dan keburukannya, fikirannya akan fokus kepada aspek kelemahan dirinya.

Energy flow where attention goes... Maka apa yang seseorang fokus, itulah yang dia akan terus-menerus kuatkan.

Seorang anak yang diberikan pujian dan galakkan, akan tumbuh membesar jadi anak yang berjiwa dan berwawasan besar.

Manakala anak yang selalu dikritik oleh orang tuanya, akan tumbuh menjadi jiwa-jiwa yang kerdil, pengecut, rendah diri dan kuat memberontak.

Adakah anda faham dan setuju?

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

MENTALITI KEKURANGAN



Dalam ilmu vibrasi energi,

Perbuatan mengejar suatu target mengandungi subliminal message, atau mesej ke minda bawah sedar bahawa ‘kita sedang kekurangan’.

Maka, minda bawah sedar yang terhubung dengan Universal Mind pun akan menyajikan kita dengan kekurangan demi kekurangan, yang mana kita terus menerus berjuang mengisinya.

Jadilah kita para pengejar dunia yang tegar dan tertipu.

Sebab itu, orang-orang yang selalu mengisi hatinya dengan rasa syukur, akan selalu diberikan kecukupan dalam hidupnya.

Bagaimanapun, vibrasi hati kita sangat halus. Umpama rambut dibelah tujuh.



Kadang kita rasa sudah banyak bersyukur, namun sebenarnya kita bersyukur bukan kerana kita benar-benar bersyukur, tetapi kita berusaha menarik nikmat dari Tuhan dengan bersyukur.

Inilah tipuan-tipuan nafsu kita.

Kata Iblis kepada Tuhan,

“Semua hambaMu akan aku sesatkan, kecuali mereka yang ikhlas”.

Maka ikhlas adalah kuncinya.

Ikhlaslah dalam bersyukur.
Jangan kita ‘trick’ Tuhan yang Maha Mengetahui dengan ilmu kita yang secuil ini.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Sunday 1 September 2019

Salam Maal Hijrah 1441



Semua yang sedang terjadi, adalah terbaik dari Tuhan buat diri mu.

Akalmu menolak, itu kerana pengetahuanmu belum sampai untuk mengetahui rahsia-rahsianya.

Namun sebaik manapun rancangan Tuhan untukmu, tetap tidak akan terasa kecuali kau Ikhlas dan Pasrah.

Melalui sikap Ikhlas dan Pasrah, akan kau lihat semua keindahan yang selama ini diselubungi oleh ilusimu.

Salam tahun baru 1441 Hijrah 😊🙏

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...