Your Magic Blog: June 2011

Wednesday 29 June 2011

Berusaha dari dimensi ke-4

Salam :)

Dimensi pertama adalah noktah saja. Dimensi kedua adalah garis lurus yang hanya terdiri dari panjang dan lebar. Dimensi ketiga adalah objek nyata yang memiliki panjang, lebar dan tinggi. Dunia yang kita duduki sekarang ini adalah dunia dimensi ke 3. Anda melihat semua objek dengan mata dan dapat pula menyentuh wujudnya, itulah dimensi ketiga. Dimensi ke 4 adalah alam di dalam fikiran anda.

Selalunya kita mengusahakan sesuatu hajat di dimensi ketiga kerana kefahaman kita selama ini memahami bahawa untuk mencapai sesuatu, maka kita harus berususaha dengan tulang empat kerat kita. You have to work with your physical to get money. Oleh sebab itu selalunya pencapaian kita menjadi terbatas kerana sumber disekeliling kita selalu tidak mencukupi. Misalnya anda merasa tidak dapat melakukan bisnes kerana ilmu bisnes anda tidak mencukupi dan kerana modal tidak ada.

Mulai sekarang ini anda harus mampu membezakan antara cara untuk mendapatkan dan target yang dituju. Anda inginkan wang, itu adalah target yang anda tuju. Untuk mendapatkan wang anda perlu cara atau teknik atau jalan untuk mendapatkannya. Namun kerana anda tidak memiliki sumber yang cukup, maka anda terhalang untuk mendapatkan apa yang anda inginkan, kerana kehidupan dimensi ketiga anda tidak menunjukkan adanya kemudahan untuk anda.

Selama ini anda lebih memikirkan cara untuk mendapatkan apa yang anda mahu, berbanding memikirkan target tujuan anda. Betul kan??? Jika jawapan anda tidak, maka ilmu ini bukan untuk anda haha. Suatu impian besar selalunya akan terkubur apabila muncul pertanyaan, " Bagaimana untuk mencapainya?". Kerana anda fokus memikirkan cara, semangat anda menjadi pudar,impian anda menjadi terkubur, kerana cara sememangnya selalu ada kesukaran samada difikiran ataupun pada kenyataan.

Sekarang mari kita terbalikkan rumus yang selama ini kita amalkan. Ini rumus kerja orang-orang spiritual. Kalau dulu anda fokus memikirkan cara untuk mendapatkan impian-impian anda, itu usaha anda di dimensi ke 3. Sekarang kita belajar untuk berusaha dari dimensi ke 4. Berusaha dari alam fikiran. Jangan risau, ini bukan ajaran sesat hehe. Jika anda sudah mengikuti tulisan-tulisan saya di blog ini, anda pastinya sudah memahami bahawa fikiran menghasilkan getaran energy. Sesuatu yang sering difikirkan/dibayangkan akan terbentuk wujudnya secara sempurna di alam dimensi ke 4 ( alam energy ) dan akan terwujud di alam dimensi ke 3 ( alam nyata ), mengikut mekanisme hukum alam/sunnatullah.

Pasang impian anda. Bakar semangat anda dengan impian-impian yang besar. Percayalah anda boleh mencapai apa saja jika anda yakin. Bayangkan anda sudahpun memiliki impian-impian anda itu. Ada satu ungkapan popular di kalangan orang-orang sukses iaitu, " Fake it until you Make it ". Ertinya, anggaplah anda sudah memiliki apa yang anda impikan, hiduplah seperti anda sedang benar-benar menikmati impian anda itu,  sehinggalah anda benar-benar memilikinya. Inilah yang dimaksudkan dengan usaha di dimensi ke 4.

Bagaimana untuk mendapatkan impian anda itu?. Abaikan soal ini. Ia adalah rumus lama yang selama ini tidak membawa anda ke mana-mana. Ini adalah pembunuh impian nombor satu. Orang-orang yang memikirkan cara hanya akan cenderung menemui perasaan-perasaan susah yang akan semakin menyukarkan jalannya. Sekali lagi, fokus pada target anda. Luangkan masa 5-15 minit setiap hari untuk membayangkan impian anda. Bayangkan seolah-olah anda telah benar-benar memilikinya. Dengan latihan anda pasti boleh. 

Untuk menguatkan energy anda, atau mindpower anda, rajin-rajinlah meditasi. Anda boleh meditasi versi universal seperti yoga, reiki, dan lain-lain, atau anda ingin meditasi cara islami dengan zikir dan solat yang khusyuk. Up to you... Satu perkara yang anda perlu tahu bahawa meditasi dengan menghubungkan hati kepada Allah Yang Maha Esa menghasilkan satu medan energy yang sangat hebat.

Selamat melatih diri anda dan selamat mentransform diri dan kehidupan anda kepada yang lebih baik lagi.

Salam kasih dan sayang :)




  

Monday 27 June 2011

Menuju Kekosongan

Salam :)

Kosong adalah permulaan bagi segalanya. Kecuali Allah yang Maha Awal Tiada Permulaan, semua yang lain, yang merupakan ciptaanNya adalah bermula daripada ketiadaan. Dalam 'kekosongan' Allah menciptakan alam dengan seluruh keindahannya. Segala sesuatu di dalam kehidupan kita pada mulanya adalah tiada. Kita lahir tanpa memiliki apapa langsung kecuali diri kita saja. Tanpa pakaian, tanpa nama, tanpa ilmu, tanpa harta, tanpa pasangan, dan lain-lain. Lalu seiring dengan perjalanan waktu diri kita terisi dan semakin terisi dengan macam-macam perkara.

Cuba renung diri anda sekarang ini. Sejak dari bayi anda tidak memiliki apapun.  Sejak umur anda kini, apa saja yang telah anda 'isi' ke dalam diri anda? Anda mengisi diri anda dengan ilmu lalu anda jadi ilmuan. Anda mengisi diri anda dengan harta lalu anda jadi hartawan. Anda mengisi diri anda dengan bermacam perkara lalu anda dikenal dengan bermacam tittle dan pangkat. Fikiran anda pun sesak dengan macam-macam maklumat. Sesak dan sangat sesak. Terkadang kerana fikiran yang terlalu sesak, ramai yang jadi sesat hehe.

Perjalanan hidup ini membuat anda telah 'menjadi' macam-macam peribadi. Anda seorang ayah atau seorang ibu, seorang anak, seorang sepupu, seorang pekerja, seorang pengarah, seorang petani, seorang peniaga, seorang tukang masak, seorang ini, seorang itu dan macam-macam lagi. Hakikatnya anda bukanlah seperti yang anda anggap sekarang ini. Anggapan-anggapan inilah yang telah memenjara diri anda dan menghadkan potensi anda. Anda hanya boleh menemui diri anda yang sejati jika anda kembali ke Zero, seperti mana anda datang ke alam dunia ini. Jika anda ingin kebahagiaan yang hakiki anda harus kembali ke zero. 

Ada ungkapan yang popular dalam kalangan kaum sufi iaitu, " Matilah kamu sebelum kamu mati". Mati dalam istilah ini digelar fana dalam istilah kesufian. Anda harus mati untuk mendapat kehidupan yang sebenar. Ini adalah mati maknawi bukan mati sejati. Sekarang ini anda hidup dalam batasan persepsi, dalam idea-idea, dalam had ilmu dan kefahaman anda saja. Inilah yang harus dimatikan sebelum anda mati secara sejati, iaitu berpisahnya ruh dari badan, pututsnya nyawa anda.


Tahukah anda betapa siksanya hidup di dalam penjara persepsi? Anda melihat segala sesuatu hanya berdasarkan kefahaman anda. Anda mengukur kejayaan berdasarkan aspek-aspek duniawi. Sebanyak mana harta, setinggi mana pelajaran, setinggi mana pangkat, itulah yang menjadi ukuran status seseorang. Anda merasa rendah diri jika anda kurang pencapaian dalam aspek-aspek tadi. Anda merasa iri hati dengan orang lain yang melebihi anda. Ini membuat anda sengsara. Lihatlah, persepsi benar-benar membuat anda tersiksa.


Selagi anda hidup di dalam batasan persepsi anda, selagi itu anda tidak akan bahagia secara hakiki. Bahkan boleh jadi kefahaman anda dalam beragama selama ini pun hanyalah kefahaman beragama secara persepsi. Anda memahami agama hanya secara ikut-ikutan dengan orang lain. Anda memahami agama sebatas info yang boleh diserap melalui pancaindera anda dan dan mentafsirnya berdasakan latar belakang keilmuan anda. Itu hanyalah kebenaran dari pihak anda. Belum tentu ia adalah kebenaran yang sejati. Boleh jadi anda begitu. Alquran dan hadis itu benar. Ini iman yang harus kita pegang. Namun belum tentu kita memahami Alquran dan hadis secara benar sebagaimana mestinya mengikut standard ilmu Allah.


Anda harus fana, anda harus mati sebelum mati, atau istilah modennya anda harus reset semula jiwa anda secara menyeluruh. Ketika anda zero barulah anda boleh melihat semuanya secara hakiki. Anda melihat dengan ilmu tuhan yang nurnya memancar dari kebeningan cermin hati anda bukan lagi dengan ilmu anda sendiri. Sangat berbeza melihat sesuatu dengan ilmu kita sendiri dan melihat dengan ilmu tuhan. Selagi anda masih berilmu dengan ilmu anda, selagi itu anda tidak berilmu dengan ilmu Tuhan. Hati anda umpama sebuah gelas. Selama ini gelas anda sudah penuh tersisi dengan air milo, sirap, teh, nescafe dan lain-lain. Anda harus mengosongkan gelas anda secara total jika anda ingin air yang baru dan segar mengisi gelas anda.


Pulanglah ke alam kekosongan. Reset lah jiwa anda. kekosongan yang difahami oleh tradisi lain tidak sama dengan kekosogan yang difahami oleh tradisi Islam. Bagi kita umat islam, kekosongan bermakna zero dari ghairullah iaitu kosong dari segala sesuatu selain Allah. Bermakna kita harus melatih diri kita untuk memfokuskan seluruh kesedaran kita kepada Allah melalui zikir yang berterusan dalam setiap waktu dan setiap tempat. Tapi jika dikatakan begini mungkin anda jadi risau. Kalau hanya fokus kepada Allah bagaimana mahu kerja cari rezeki, macam mana mahu buat bisnes.Ini juga adalah penjara persepsi yang menghalang kita untuk lebih advance dalam amalan berzikir. Anda boleh berzikir pada setiap waktu, pada setiap aktiviti, dan pada setiap tempat dan tidak mengganggu aktivit harian anda. Jika anda merasa amalan zikir menganggu hidup anda, maka jelas itu adalah satu kefahaman yang sempit.


Belajarlah berzikir dimanapun anda berada, dan amalkan secara konsisten dengan seluruh kemampaun yang anda miliki. Mudah-mudahan anda merasakan kekosongan yang dimaksdukan dalam tulisan ini.


Semoga sukses selalu.


Salam kasih dan sayang :)



Saturday 25 June 2011

Masuklah ke Hatimu

Masuklah ke dalam hatimu, melalui lorong zikir yang penuh penghayatan dan kepasrahan kepada Allah. 
Di dalam hatimu itu ada tasik ilmu dan hikmat yang mengalir dari lautan Bahr Al-'ilmullah, iaitu Lautan Ilmu Allah.

Ilmu yang kau terima dari keheningan tasik qalbumu tidak akan ada samanya dgn ilmu-ilmu yang kau terima dari pancaindera jasadmu. 

Ilmu-ilmu dr pancainderamu kebanyakkannya menyuburkan egomu, sedangkan ilmu-ilmu yg kau terima dari tasik hatimu akan menundukkan jiwamu di hadapanNya. 

Semakin tunduk dirimu di hadapan hadratNya maka semakin bebas aksesmu ke alam Uluhiah yang penuh dengan rahmat dan kurnia.

Jalan sudah sempurna. Terang lagi bersuluh. Kau hanya perlu berjalan dengan Iman dan Ihsan, meredah laluan sunyi menuju dasar hatimu.

Berjalan di laluan rohani adalah dari jiwa menuju ke ruh. Dari ego menuju cinta. Kasih sayang dan cintamu kepada sesama makhluk menajdi ukuran sudah sedalam mana perjalanan rohanimu. Jika dirimu masih penuh ego, jika kau masih belum menyayangi saudaramu seperti dirimu sendiri, itu menjadi tanda kau masih berlum memasuki arena spiritual yang sebenar. 

Jika kau memandang dengan mata jiwamu, maka kau melihat dirimu, diriku dan mereka berbeza dan perbezaan itu sering menjadi pertelagahan. Tetapi jika kau mula melihat dengan mata ruh mu maka kau  melihat dirimu dan semuanya sama dengan penuh kasih sayang.


Salam kasih dan sayang :)


Wednesday 22 June 2011

Menikmati Saat Ini

Salam :)

Masa lepas, masa kini dan masa depan. Semua manusia sentiasa mengalami 3 masa ini. Masa lepas dan masa depan adalah ilusi, yang bermaksud ia hanya wujud di fikiran kita. Masa lepas pernah berlaku namun pada masa ini ia sudah tidak lagi wujud kecuali hanya di fikiran anda. Jika masa lepas masih 'sangkut' di fikiran anda, membuat anda masih memikir-mikirkannya bermaksud anda masih hidup di masa lepas yang merupakan ilusi. Anda harus belajar melepaskan masa lepas anda. Perasaan tidak puas hati dan menyesal seringkali muncul di perasaan anda jika anda memikirkan tentang masa lepas. Lepaskanlah jiwa anda dari penjara masa lepas dengan cara IKHLAS menerimanya. Memang berat, tapi belajarlah untuk mengikhlaskan. Fikirkan kebaikan-kebaikan masa lepas dan Syukuri, maka pasti akan bertambah lagi nikmat yang datang pada 'masa  kini' anda.

Masa depan juga adalah ilusi, ia hanya wujud di fikiran anda. Jika anda mengimpikan sesuatu pada masa depan, maka anda akan memiliki perasaan mengharap. Jika anda terfikir tentang sesuatu yang buruk pada masa depan, maka anda akan berurusan dengan perasaan takut. Cuba renungkan, impian-impian selalunya kurang membakar jiwa anda, namun jika anda memikirkan sesuatu yang buruk akan terjadi di masa depan, perasaan takut biasanya menghantui anda dalam tempoh yang lama. Anda takut terhadap sesuatu yang hanya terjadi di fikiran anda. Inilah ilusi.

Kita hanya ada satu hidup realiti, iaitu saat ini!. Apa yang sedang anda lalui sekarang itulah realiti anda. Anda sedang membaca, anda sedang berfikir, anda sedang makan, anda sedang ini dan itu. Nikmatilah 'saat ini' anda, maka anda pasti gembira. Artikel yang saya tulis sebelum ini iaitu Jom Relaks adalah satu latihan untuk anda menikmati 'saat ini'. Apa hebatnya dengan 'saat ini'? Let me tell u...Pertama jika anda menikmati saat ini,maka anda hidup di alam realiti. Anda bebas daripada penjara persepsi tentang masa lampau dan masa depan. Kedua dan yang paling anda akan kagum adalah, dengan menikmati 'saat ini' anda mampu mencipta realiti-realiti yang anda mahukan.

Materialisasi adalah berkaitan dengan 'saat ini'. Jika anda biasa dengan latihan mind power untuk tujuan materialisasi, anda perlu faham benar-benar dengan konsep ini. Ada satu kesedaran super di dalam diri anda yang bersambung langsung dengan Matrix Ketuhanan, yang berkaitan dengan penciptaan alam ini. Niat-niat yang anda pancarkan dari fikiran anda perlu di respon oleh kesedaran super anda, lalu kemudian disalurkan ke Matrix Ketuhanan untuk menerima 'KUN' untuk mewujudkannya. Tetapi ada satu syarat yang agak sulit dilakukan untuk terhubung dengan sistem ini, iaitu niat anda haruslah berorientasikan 'saat ini'. Ini juga sebenarnya adalah satu 'selection of nature' agar ilmu-ilmu kelas elit hanya dikuasai oleh manusia-manusia pilihan. Bukan bermakna anda tidak boleh. Anda boleh jika anda ada usaha untuk menguasainya dan sedia menunaikan syaratnya.

Bagaimana niat yang berorientasikan 'saat ini'? Jika anda mengimpikan sesuatu, itu adalah berkenaan masa depan. Ini di reject oleh sistem ini. Jika anda inginkan sesuatu, anda juga berharap tentang sesuatu di masa depan. Maka ini juga di reject. So apa macam? 

Cuba bandingkan niat ini. " Saya mahu memiliki wang sebanyak RM 100 " dan " Saya sedang memiliki wang sebanyak RM 100 ". Mana satu niat yang berorientasikan 'saat ini' dan mana satu niat yang berorientasikan masa depan? Salah satu niat ini akan tersalur ke Matrix Ketuhanan dan menerima "KUN" lalu terwujud di alam nyata. Renungkan dengan dalam, moga anda menemukan rahsianya.

Jika hajat-hajat anda belum terwujud sehingga kini, hanya ada 2 alasannya. Pertama, anda tidak meminta secara benar sehingga hajat itu tidak tersalur ke Matrix Ketuhanan. Kedua, hajat anda sedang dalam proses untuk terwujud dan anda hanya perlu sabar menunggu dengan yakin. Firman Allah:

" Ud'uni astajiblakum " - Berdoalah niscaya Aku kabulkan untukmu

Berdioalah 'dengan betul', pasti ( yakinlah ) Allah kabulkan.

Nikmatilah saat ini, ia sangat bermanfaat untuk anda dan kehidupan anda. Semua perintah ibadat yang diturunkan, khasnya solat ditekankan agar kita khusyuk. Itu tujuannya adalah supaya kita terlatih untuk menikmati 'saat ini' yang mana sangat banyak manfaatnya untuk kekuatan rohani kita. Percayalah, ibadat-ibadat diturunkan bukan bertujuan untuk menyusahkan anda, tetapi untuk membantu anda, menghidupkan Teknologi Rohani di dalam diri anda yang pastinya sangat bermanfaat untuk kehidupan anda. Masih banyak lagi yang kita tidak tahu. Semakin banyak kita tahu, semakin terasa jahilnya kita berbanding ilmu Tuhan.

Selamat berlatih meningkatkan kualiti diri dan kehidupan anda.


Salam kasih dan sayang :)


Tuesday 21 June 2011

Ilmu Level Tinggi yang Diabaikan

Salam :)

Dalam hidup kita di alam fana ini hanya ada dua keadaan yang sentiasa kita hadapi, iaitu suka dan duka. Kalau tidak suka maka dukalah. Kalau tidak duka maka sukalah. Simple sahaja kan.

Mari kita lihat level-level spiritual kita dalam menghadapi kehidupan ini. Level spiritual kita menentukan sikap kita, tindakan kita serta hasilnya dalam menghadapi kemelut suka dan duka hidup ini.

Jika anda menghadapi saat-saat duka, lalu anda bersedih, anda marah, anda gabra dan lain-lain sikap negatif, inilah level spiritual paling rendah. Pada level yang sama ketika anda menghadapi saat-saat suka, anda terlalu gembira sehingga mengabaikan keadaan sekeliling, mengabaikan kawan-kawan, anda hilang pertimbangan diri, atau pun saat-saat suka itu langsung tidak membuat anda gembira pun. Ini mungkin kita boleh namakan sebagai station spiritual Huru-hara hehe.

Level yang kedua adalah station Sabar. Ketika keadaan buruk menimpa hidup anda maka anda tetap tegar, tetap kuat menghadapinya. Anda tidak kehilangan keyakinan diri dan pedoman hidup anda. Anda merasakan beratnya dugaan yang anda hadapi, anda merasa susah, merasa sedih, merasa macam-macam lagi perasaan yang menyesakkan dada anda namun anda tetap maintain cool . Anda sudah menguasai station spiritual Sabar.

Level ketiga adalah lebih tinggi lagi. Banyak yang sudah tahu, ramai yang pernah menjejakkan kaki ke station ini namun sangat kurang yang bertahan. Station apa ini, itulah Syukur. Manusia-manusia yang bertahan teguh di station syukur memiliki satu mata hati yang istimewa. Manusia-manusia ini tidak mengalami suka dan duka, yang ada cuma suka sahaja tanpa ada pasangan duka. Semua keadaan yang datang dalam hidupnya hanya dihadapi dengan rasa syukur. Inilah senjata paling hebat dalam hidupnya. Manusia-manusia pada station spiritual ini hanya menerima anugerah. Mereka merasakan anugerah tuhan dalam setiap keadaan, pada semua tempat dan pada setiap masa. Mungkin bagi kita yang melihat dari luar, terkadang apa yang mereka hadapi adalah perkara-perkara yang kita anggap sebagai ujian berat, namun di penglihatan mereka tetaplah juga terlihat anugerah yang sentiasa mereka syukuri. 

Station tertinggi yang boleh dicapai oleh kesedaran spiritual seorang anak manusia adalah station redha atau pasrah. Pada level ini kesedaran sudah berada di atas suka dan duka. Tidak ada suka dan tidak pula ada duka. Sudah tiada lagi persepsi. Dia tidak peduli apakah yang datang itu suka atau adakah itu duka. Dia hanya tahu satu perkara dan hanya tenggelam dalam satu perkara iaitu kecintaan dan kerinduan pada kekasih sejatinya. Pada tahap ini seluruh fikiran, perasaan dan tindakannya adalah selaras dengan kehendak kekasih sejatinya. Bahasa-bahasa cinta sikit nih hehe.

Level redha ini hanya boleh dicapai dengan perjuangan berat, atau yang dipilih secara khas olehNya. Namun station syukur, pada tahap kefahaman umum masih boleh dengan mudah diusahakan. Syukur is for everyone!. Inilah ilmu level tinggi yang sering kita abaikan. Syukur adalah amalan penarik anugerah. Syukur adalah amalan penarik rezeki, kebaikan, kelimpahan dan macam-macam lagi nikmat. Jika amalan syukur benar-benar anda hayati, maka anda akan memiliki satu penglihatan super, penglihatan mata hati, atau bahasa modennya satu keadaan mindset yang istimewa, di mana anda hanya melihat kebaikan dalam setiap perkara. Jika anda masih ingat konsep-konsep Law of Attraction pada artikel-ertikel lepas, maka anda akan faham bahawa fikiran dan emosi positif akan menarik semakin banyak dan semakin banyak perkara-perkara positif ke dalam kehidupan anda. Syukur inilah kunci untuk sukses mengaplikasikan LOA!

Jika anda ditimpa sesuatu yang anda anggap sebagai ujian, maka bayangan-bayangan negatif akan segera berkeliaran di fikiran anda, dan kemudian diikuti dengan cepat oleh emosi-emosi negatif. Dengan itu anda sudah memancarkan energy negatif dalam bentuk-bentuk kod-kod energy ke alam sekeliling. Mekanisme alam akan merespon 'permintaan' anda dengan cara memberikan anda semakin banyak perkara-perkara negatif. Akibatnya fikiran dan perasaan anda semakin negatif, dan hasilnya semakian banyak energy negatif anda getarkan ke alam semesta dan semakin banyak lagilah anda diberikan hal-hal negatif. Kitaran ini berterusan sehingga ada faktor yang menghentikannya.

Perkara yang sama berlaku jika anda memikirkan perkara-perkara positif. Kuasa kali ganda bagi sesuatu yang positif adalah syukur. Bersyukurlah maka kebaikan-kebaikan akan berganda datang kepada anda. Orang-orang mengamalkan syukur adalah orang-orang yang sentiasa menerima anugerah yang melimpah dari tuhan. 

Jika anda ditimpa sesuatu yang anda anggap sebagai ujian, cuba segera fokuskan fikiran anda kepada aspek positif daripada 'ujian' tersebut. Misalnya anda kehilangan wang sebanyak RM 100. Dengan kesedaran spiritual tahap rendah anda pasti akan menyesal tak sudah, memikirkan seharian kemana hilangnya wang itu. Mungkin anda akan menuduh orang yang curi wang anda. Mungkin anda akan susah hati kerana tidak dapat membeli barang keperluan anda, atau membayar sesuatu yang penting. Tapi cuba anda alihkan fokus fikiran anda. Cuba syukuri keadaan itu. Syukur kerana mungkin wang yang hilang itu adalah satu kifarah atas dosa-dosa anda. Daripada dosa-dosa itu dibayar dengan cara membuat anda kemalangan, lebih baik hilang rm 100 kan. Atau syukur kerana anda mendapat pengajaran agar lebih berhati-hati memegang wang pada masa akan datang. Atau syukur kerana mungkin wang itu dijumpai oleh anak-anak yatim atau orang miskin yang sangat memerlukan wang untuk mengisi perut. Banyak lagi kemungkinan yang baik yang boleh anda fikirkan. Ini automatik akan mengubah pattern energy yang anda pancarkan dari fikiran anda. Inilah cara termudah mengubah satu situasi negatif menjadi positif dengan segera, iaitu dengan BERSYUKUR.

Mari kita sama-sama kita bersyukur. Kita bersyukur dari ke dasar hati kita yang pasling dalam. Kita ingat-ingat semua kebaikan yang selama ini kita terima tapi kurang kita hayati. InsyaAllah anda akan dapati jiwa anda menjadi sangat tenang dan nyaman dan bersedialah anda untuk menerima lebih banyak lagi kurnia-kurnia kebaikan dari Tuhan Yang Maha Pemurah.

Semoga bermanfaat. 

Salam kasih dan sayang :)

Monday 20 June 2011

Jom Relaks

Salam :)

Pada zaman ini semua orang sibuk. Terkejar ke sana dan ke sini untuk menyiapka macam-macam urusan kerja. Fikiran sentiasa terhubung dengan urusan-urusan kerja sehingga masa tidur pun fikiran-fikiran itu masih di bawa. Ketika bangun tidur fikiran-fikiran itu jugalah yang muncul dulu. Anda adalah manusia zaman moden dan pastinya anda mengalami perkara ini. Anda sudah sangat terpisah jauh dari diri anda sendiri. Anda sangat jaaaaaarang kembali ke dalam diri anda. Sekarang ini anda sudah sangat sukar untuk tenang dan rileks.

Ok sekarang mari kita belajar untuk relaks. Mungkin anda berkata, " Mengapa perlu rileks? saya orang sibuk banyak kerja perlu di buat. Rileks adalah kerja orang malas "...Oh sabar dulu sahabat. Rileks bukan bermaksud bermalas-malas duduk atau baring di sofa yang empuk. Jika anda menguasai ilmu rileks maka anda boleh bekerja dengan sibuk tapi tetap rileks. Tak percaya ke? Cuba dulu lah.

Ada 2 fasa rileks yang perlu anda kuasai. Pertama 'Rileks Diam'. Latihan untuk menguasai ilmu 'Rileks Diam' ini sangat mudah.

1. Duduk dengan tenang, lebih baik kalau bersandar di kerusi atau sofa. Baring pun boleh.
2. Fokuskan fikiran ( bukan konsentrasi, just focus ) ke seluruh tubuh. Secara perlahan kendurkan seluruh otot tubuh dari kepala sehingga ke kaki. Satu trick untuk anda rileks secara sempurna adalah dengan menjaga keadaan otot PC ( pubbococcygeus ), iaitu otot menahan kencing. Pastikan otot ini sentiasa kendur maka tubuh anda akan rileks total. Otot PC ini menyimpan seribu satu rahsia yang sangat unik.
3. Ucapkan afirmasi ini untuk membantu anda rileks. " Seluruh ototku rileks dan tenang. Diriku semakin tenang dan rileks. Semakin tenang dan rileks"
4. Lepaskan fikiran anda. Usah berfikir apapa. Pada tahap ini keadaan anda sepatutnya sudah sangat tenang, seolah ingin tidur. Gelombang fikiran anda sedang berada di tahap Alpha. Kalau tertidur pun tidak apa. Pada tahap awal memang agak sukar untuk maintain state ini.
5. Sudahi latihan ini dalam tempoh minima 10 minit.

Rileks adalah hasil daripada sikap pasrah. Pasrah pula adalah satu tahap yang tinggi dalam level spiritual. Dengan rileks maka energy di tubuh anda akan menyebar secara rata dan menyeluruh ke tubuh anda yang akan membuat mental dan aura anda harmoni. Pada tahap ini minda anda sedang berada pada tahap 'zero', bebas daripada ikatan persepsi. Apa saja yang anda bayangkan sangat mudah untuk terbentuk dengan mantap di alam energy. Di sinilah proses materialisasi bermula. Inilah juga tahap pertama 'kembali' ke dalam diri.

Kuasai dulu latihan ini. Sangat banyak manfaatnya jika anda benar-benar menguasainya. Tahap kedua adalah 'Rileks Gerak'.

Ok selamat berlatih.

Salam kasih dan sayang :)

Friday 17 June 2011

Tuhan adalah sumber kebaikan

Salam :)

Masing-masing manusia memahami tuhan dengan tahap yang berbeza. Jika anda beragama A maka anda memahami tuhan dengan versi agama anda. Jika anda beragama B maka anda anda memahami tuhan seperti mana yang diajarkan dalam agama anda. Kita berhak untuk memilih pegangan kita masing-masing dan kita bertanggungjawab untuk menghormati keyakinan orang lain dan hidup saling harmoni.

Kefahaman kita tentang Tuhan memang berbeza, namun kita sama-sama yakin bahawa Tuhan adalah satu wujud yang maha kuasa, maha penyayang, maha melindungi, maha membimbing, maha memberikan rezeki dan segala maha yang kita pandang sebagai positif dan sangat kita sucikan dan kita hormati. Tuhan adalah sumber segalanya. Apa yang datang dari Tuhan semuanya adalah positif. Oleh kerana seluruh objek dan seluruh peristiwa adalah dari tuhan, ini bermakna semua objek dan semua perkara adalah positif. Betul kan? Akan tetapi untuk melihat dari sudut ini memerlukan mata spiritual yang jernih.

Apabila kita kaitkan dengan konsep Law Of Attraction, yang menyatakan bahawa apa yang kita fikirkan secara fokus dan terus menerus itulah yang kita tarik ke dalam kehidupan kita, maka apabila kita mendekati tuhan dengan cara selalu mengingatinya, maka sebenarnya kita menarik kebaikan-demi demi kebaikan dan kurnia-demi kurnia yang melimpah kepada diri dan kehidupan kita. Semakin baik kadar kehampiran kita denganNya, maka akan semakin kuat daya positif yang kita miliki dan semakin kuat pula perkara-perkara positif tertarik kepada kita.

Apabila kita memikirkan tentang kasih sayangNya maka kita akan menarik kasih sayang kepada kita. Hati kita jadi penyayang, dan orang-orang sekeliling pun jadi penyayang kepada kita. Apabila kita memikirkan tentang kekayaan limpah kurnianya, maka limpahan rezeki akan datang kepada kita. Sebab itu zikir sangat digalakkan. Zikir adalah mengingati sifat  tuhan dengan banyak dan konsisten. Semakin banyak dan berterusan kita berzikir maka semakin kuat dan padat getaran energy daripada sifat-sifatNya menyelimuti kita dan semakin kuat pula daya Law Of Attaraction yang terjadi kepada kita. Dengan itu kita akan mengakui hikmah surah ini:

“ Dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung .” (QS. Al-Anfal: 45)

Jenis getaran energy yang kita perolehi daripada zikir adalah bergantung kepada sifat Tuhan yang kita ingati dalam zikir itu. Kalau zikir anda misalnya Ya Aziz Ya Jabbar maka anda akan diselimuti dengan energy kegagahan dan keperkasaan dan ini akan mengubah karakter anda menjadi gagah perkasa dan akan mendatangkan peristiwa-peristiwa di mana karakter gagah perkasa anda itu akan berguna kepada anda. Jika zikir anda misalnya Ya Rahman Ya Rahim, maka energy kasih sayang akan menyelimuti anda. Jiwa anda jadi sangat lembut penuh kasih sayang dan akan membuat makhluk lain pula menyayangi anda selalu di manapun juga anda berada. Begtitulah juga dengan zikir-zikit yang lain masing-masing memiliki karakter energy. Jika anda inginkan semua sifat-sifatNya maka amalkan zikir Ya Allah berterusan maka energy-energy dari semua sifatnya akan menyelimuti anda secara imbang dan harmoni.

Zikir bermakna ingat, samada melalui lisan atau hati. Jadi apa saja yang anda selalu ingat maka itulah objek zikir anda dan anda akan ,mendapat getaran energynya. Jika anda selalu fikir tentang bola, maka hakikatnya anda berzikir dan objek zikir anda adalah bola. Anda akan diliputi dengan energy berkaitan bola sehingga mencapai tahap 'makan bola, tidur bola, mandi bola', seperti iklan coca-cola, yang menggambarkan betapa melekatnya diri anda kepada bola.

Trend baru sekarang ini, zikir banyak orang adalah 'facebook'. Anda mungkin salah seorang darinya. Di fikiran anda facebook, yang terbayang selalu facebook dan energy berkaitan facebook pun menyelubungi anda lalu menarik peristiwa-peristiwa berkaitan facebook kepada anda sehingga banyak masa diluangkan untuk berfacebook. Bangun tidur facebook dulu, sambil kerja tengok facebook, sebelum tidur main facebook, banyak yang lewat tidur sebab memesbuk, dan banyak lagi lah hehe. Ini sebuah realiti mudah yang boleh membuat kita merenung untuk memahami bahawa apa yang kita fikirkan secara fokus dan beterusan akan menjadi rantai peristiwa yang berkesinambungan di dalam kehidupan kita. Kehidupan anda adalah hasil pemikiran anda!

Mungkin ada yang sudah mendapat suatu pencerahan kesedaran, atau mungkin juga ada yang masih bingung-bingung hehe. Tidak apalah, yang penting anda tetap senyum, rileks dan pasrah supaya anda sentiasa kelihatan manis dan memancarkan aura positif. 

Anda perlu mendekati tuhan jika ingin hidup anda penuh daya positif atau dengan kata lain, bahagia. Untuk mendekati tuhan pula harus melalui ibadah dalam konteks yang luas. Anda boleh saja memikirkan benda-benda lain namun jangan sampai fikiran dan perasaan anda melekat kepada apa yang anda fikirkan itu sebab jika anda melekat maka anda akan terpejara di situ. Hikmah yang tersebunyi disebalik solat 5 waktu sehari semalam mengandungi pengajaran yang tinggi. 

Seharian kita bekerja, memfokuskan seluruh fikiran, perasaan, masa, harta dan tenaga kita untuk berurusan dengan dunia. Aktiviti kita diselangi dengan perintah solat 5 waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Solat ini membebaskan kita daripada penjara fikiran, penjara persepsi yang mengongkong kebebasan jiwa kita kerana setiap kali kita solat maka jiwa kita terputus hubungannya dengan seluruh pemikiran duniawi yang baru saja kita geluti. Dengan solat jiwa kita terbang bebas menuju tuhan yang maha positif dan maha luas tiada had. Jiwa kita ikut bebas dan lepas di alam ketuhanan yang penuh nilai-nilai positif. Selepas solat jiwa kita kembali pada titik tenang, titik harmoni, titik bebas yang penuh tenaga untuk bekerja semula dengan daya tumpuan dan kreativiti yang penuh.

Oleh itu mulai dari sekarang ini, berikan perhatian serius terhadap ibadah. Perintah untuk beribadah itu sesungguhnya memberi manfaat yang besar untuk diri anda. Tujuan ibadah bukanlah sesempit hanya 'ingin syurga dan menjauhi neraka', bahkan lebih luas dan menyeluruh lagi kebaikannya untuk anda. Jika pada ketika ini anda masih saja merasa hidup anda sengsara dan penuh derita, percayalah itu adalah sebab anda jauh dari tuhan, jauh dari sumber kebaikan. Jika anda rajin beribadah namun belum juga bahagia, pasti ada yang kurang dalam ibadah anda sehingga anda masih belum juga dekat dengan Tuhan yang menjadi sumber segala kebaikan. Kejarlah tuhan, dekatilah tuhan, kenalilah tuhan, dan cintailah tuhan maka hidup anda akan dipenuhi dengan kebaikan dan kebahagiaan.

Selamat mendekatkan diri kepada tuhan dan selamat menikmati limpahan kebaikan dan kebahagiaan.

Salam kasih dan sayang :)



Wednesday 15 June 2011

Anda sangat istimewa, percayalah!

Salam :)

Anda sangat istimewa. Kalau saya yang mengatakan begitu maka anda boleh abaikan saja. Namun kata-kata ini Allah sendiri sebagai pencipta seluruh alam yang mengatakannya.

 " Demi buah tin dan buah zaitun . Dan demi bukit Sinai .Dan demi kota Mekkah yang aman. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" 

Surah At tin ayat 1-4

Allah bersumpah atas nama buah tin, zaitun, bukit Sinai dan kota Makkah bahawa manusia telah dicipta dalam bentuk yang sangat sempurna dan sangat istimewa. 

Hanya kita yang selalu salah faham tentang diri kita sendiri. Kita tidak kenal diri kita sendiri, kita tidak melihat keistimewaan kita sendiri. Setiap hari kita memberikan kredit yang buruk kepada diri kita. Kita memandang diri kita sebagai orang yang lemah, yang hina, yang miskin, dan segala macam cop negatif. Diri anda yang sebenar adalah istimewa, jika anda merasakan diri anda serba kurang, maka itu hanyalah anggapan anda saja. Ingat, kita hidup dalam dunia anggapan-anggapan, dunia persepsi kita sendiri hasil tafsiran kita terhadap apa yang ada di sekeliling kita. Anda adalah sebutir permata Ilahi, namun dibalut dengan debu-debu persepsi. Anda harus membersihkan debu-debu itu untuk menjadikan diri anda mutiara Ilahi yang murni berkilauan seperti mana asalnya yang azali.

Lihatlah diri anda sebagai insan yang istimewa. Semua tittle yang anda berikan kepada diri anda itu hanyalah satu persepsi. Selama ini anda memerikan status-status yang rendah kepada diri anda. Anda melihat diri anda sebagai hina, miskin, bodoh, lemah, hodoh, pemalu, kuli, dan sebagainya. Ini adalah status-status yang anda berikan kepada diri anda selama ini. Anda tidak sedar, tetapi keyakinan-keyakinan bahawa anda memiliki status ini terpendam dengan sempurna dan sangat kuat tersembunyi di dalam diri anda, dan sehingga sekarang anda masih belum sedar. Anda hidup dalam suasana yang anda atur sendiri, yang anda ciptakan sendiri melalui keyakinan-keyakinan di minda bawah sedar anda. Anda umpama seorang raja, yang memakai pakaian pengemis. Lalu anda menganggap diri anda seorang pengemis. Pakaian itu membuat anda menyangka bahawa diri anda seorang pengemis. Padahal hakikatnya anda adalah seorang raja. Begitulah misalannya. Allah mencipta anda sebagai makhluk yang istimewa, fikiran-fikiran anda memberikan kredit negatif kepada diri anda sendiri.

Buanglah fikiran-fikiran itu, lepaskanlah tanggapan-tanggapan itu, lalu jadilah diri anda yang sebenar, yang memiliki status istimewa. Berikan status yang hebat kepada diri anda sebagaimana layaknya. Anda seorang yang hebat, anda seorang yang pintar, anda seorang yang kaya, anda seorang yang berilmu, anda seorang yang berstatus tinggi dan macam-macam lagi kehebatan dan keistimewaan anda. Sedarlah, kembalikan potensi anda. Apa yang anda fikirkan tentang diri anda, apa yang anda gambarkan tentang diri anda di minda anda maka itulah yang anda akan jadi.

Anda harus berusaha meningkatkan kesedaran anda. Anda harus rela melepaskan fikiran-fikiran anda yang sudah mendarah daging dengan sistem kayakinan anda. Mulakan dengan tafakkur, dengan meditasi yang rutin mengikut sistem yang anda yakini. Hanya dengan begitulah anda akan dapat masuk ke dalam diri anda dan memperbaharui semua setting  yang selama ini salah di dalam minda anda. Anda hanya boleh mengubah semua setting di dalam minda anda dengan mudah dan menyeluruh apabila kesedaran anda mencapai cakra jantung atau istilah lainnya jiwa anda mencapai maqam nafsul muthmainnah. 

Selamat berlatih untuk meningkatkan kesedaran diri anda, selamat mengembalikan status istimewa anda. 

Salam kasih dan sayang.



Tuesday 14 June 2011

Ibadat yang benar menghasilkan Ketenangan

Salam :)

Pada zaman kita ini, ketenangan adalah satu anugerah yang paling mahal. Rumah mewah boleh anda beli, kereta mahal boleh anda beli, segala macam kemewahan boleh anda beli dengan usaha anda yang sungguh-sungguh. Tetapi ketenangan tidak akan dapat anda beli dengan wang anda yang banyak.

Banyak kes yang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika dan Jepun di mana rakyatnya membunuh diri dengan bermacam cara kerana sudah tidak sanggup lagi menanggung beban tekanan mental mereka.

Ada yang pergi ke bercuti untuk mendapatkan secebis ketenangan jiwa. Ada yang pergi memancing, ada yang pergi clubbing, dan macam-macam lagi aktiviti yang dilakukan semata-mata untuk merasakan sepercik ketenangan yang boleh meredakan jiwa yang sedang bergelora. Aktiviti-aktiviti seperti ini hanya memberikan distraction sementara. Masalah-masalah yang menghimpit dada boleh dilupakan hanya seketika ketika berhibur, tetapi apabila pulang ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa, gelora di jiwa itu semakin kuat seperti tsunami.

Kecewa dengan hiburan-hiburan untuk mendapatkan ketenangan, maka ramailah manusia melihat jalan spiritual sebagai destinasi pelarian jiwa mereka yang hauskan kedamaian. Seperti di Barat, berbondong-bondong manusia yang menyertai agama Budha, mengikuti kelas-kelas Yoga dan lain-lain lagi dan majoritinya mengatakan bahawa mereka mendapat ketenangan yang mereka dambakan selama ini.

Bagaimana pula dengan kita umat Islam ini? Bagi yang sibuk menggeluti urusan dunia dan tidak melakukan ibadah-ibadah sebagaimana mestinya sudah pastinya jauh daripada ketenangan. Bagaimana pula anda yang sudah merasa cukup beribadah? Anda merasa sudah menjaga solat 5 waktu dengan baik, ditambah pula dengan solat-solat sunat, ditambah lagi dengan puasa-puasa sunat, ada pula lagi sedekah degan rutin serta bermacam lagi amalan-amalan wajib dan sunat. Tapi anda merasa ketenangan masih jauh daripada jiwa anda. 

Atau mungkin sesekali anda sudah boleh merasakan ketenangan, tetapi tidak stabil dan mudah saja ketenangan itu terburai walaupun hanya dengan masalah-masalah kecil yang datang. Sehingga adakalanya hati kecil anda mempersoalkan, " Mengapa aku masih merasa seksa? sedangkan aku sudah beribadat dengan baik? aku sudah menjaga perintah-perintah agama semampu kudratku. Apa lagi yang kurang? Apakah Allah tidak sayang aku lagi? Ataukah Allah tidak adil kepada ku? Ataukah agama yang ku anuti ini tidak betul ?".... Wah, sampai gitu sekali luahan hati yang sedang kecewa. Kerana masalah begini, tidak jarang sampai ada saudara-sudara kita yang murtad.

Sekarang kita bedah perlahan-lahan masalah ini. Sudah benarkah ibadat anda? Sudah benarkah solat yang anda lakukan? Sudah betulkah zikir-zikir yang anda amalkan? Ibadat yang sempurna menghasilkan kesan positif kepada jiwa anda. Jadi jika anda tidak merasakan kesan yang positif maka ini bermaksud ibadat anda belum sempurna. Cuba lihat rumus sederhana ini :


(1) Ibadat + sempurna = Jiwa yang positif

Jiwa + positif = Kehidupan positif/senang/bahagia

(2) Ibadat + tidak sempurna = Jiwa negatif ( ataupun masih sama seperti dulu juga )

Jiwa + negatif = Hidup negatif/susah/sengsara.


Ibadat yang sempurna ada 3 elemen utama iaitu, Islam, Iman, Ihsan. Anda sudah islam tentunya, Alhamdulillah.  Anda beribadat kerana anda beriman, anda percaya kepada firman-firman Allah, terhadap janji-janjiNya. Ok anda sudah beriman, Alhamdulillah. Iman itu yang mendorong anda untuk beribadat. Namun adakah ibadat anda sudah Ihsan? Ihsan itu apa? 

"Engkau menyembah Allah, beribadat kepada Allah seolah engakau melihatnya. Jika engkau tidak melihatnya, maka engkau yakin bahawa Dia melihatmu "

Sudah adakah elemen ini dalam ibadat anda? Jika ibadat-ibadat anda masih belum memberi kesan positif kepada jiwa dan kehidupan anda, maka pastinya anda kekurangan elemen Ihsan dalam ibadat-ibadat anda. Solatlah dengan khusyuk, rasakan benar-benar anda sedang menyembah Dia Yang Maha Agung. Tunduk dengan sepenuh hati anda. Ketika anda solat namun fikiran anda masih melayang-layang, maka anda tidak ihsan, dan hasilnya adalah ibadat anda tidak berkesan positif kepada jiwa dan seterusnya kehidupan anda.

Kesan pertama ibadat yang benar adalah anda akan merasakan ketenangan yang luar biasa pada jiwa anda. Apabila jiwa anda sedang tenang, maka kekuatan batin anda sedang dalam keadaan yang optimum. Jiwa anda sedang berada dalam keadaan yang sangat bersedia untuk melancarkan getaran kekuatannya yang dipandu oleh niat. Dengan ketenangan anda akan kuat. Dengan kekuatan anda akan dapat melakukan apa sahaja termasuklah perkara-perkara yang mustahil. Tetapi anda harus ingat, bahawa ketenangan bukanlah destinasi terakhir perjalanan spiritual anda. Apabila anda sudah memperolehi ketenangan, maka perjalanan spiritual anda baru saja bermula untuk mencapai makrifah. Itulah destinasi anda.

Kembalikan jiwa anda kepada penciptanya, melalui latihan-latihan rohani yang benar. Perbaiki mana-mana yang masih kurang. Sistem spiritual ini sudah lengkap, tinggal anda fahami dan jalani dengan benar, maka insyaAllah anda akan memperolehi, " fiddun'ya hasanah wafil akhirati hasanah, waqina 'azabannar ".

Selamat memajukan diri anda.

Salam kasih dan sayang :)

Monday 13 June 2011

Bebaskan Diri Anda

Salam :)

Percayakah bahawa anda adalah manusia bebas yang terpenjara? Macam mana pulak tu?

Jasad anda bebas namun jiwa anda masih terpenjara. Terpenjara oleh apa? Oleh pemikiran-pemikiran, anggapan-anggapan, pendapat-pendapat anda, ilmu-ilmu anda atau persepsi-persepsi anda. Dalam minda anda ada banyak keyakinan-keyakinan yang memenjara jiwa anda. Kebenaran hanyalah milik mutlak Dia Yang Maha benar. Segala kebenaran-kebenaran yang muncul dari ilmu kita belum tentu benar di sisi kebenaranNya. Oleh itu kebenaran kita adalah relatif dan tidak semestinya sentiasa benar. Hanya kebenaran Sang Maha Benar saja yang mutlak dan hakiki... Wah bikin bingung ni hehe

Back to the point...kita benar-benar terpenjara oleh pemikiran kita. Cuba renung diri anda, dan tanya, '"siapakah aku ini ?". Pasti akan muncul dalam bayangan minda anda sosok peribadi anda secara fizikal. " Aku adalah si anu bin si anu, tinggi sekian , kulit warna sekian, pendidikan sekian, kerja sekian dengan gaji sekian, kawin dengan si anu dan ada anak sekian, tinggal di tempat sekian dan memiliki rumah sekian, kereta sekian, dan lain-lain yang sekian. " Aku " anda hanyalah merujuk kepada fizikal anda yang sekian dan sekian, inilah penjara yang membuat anda jadi peribadi orang yang 'kesian' :)

Rupa fizikal anda memang terbatas, namun bukan jiwa anda. Jiwa anda datang dari yang Maha Tak Terbatas dengan potensinya yang juga unlimited. Mungkin masih membingungkan. Ok mari kita melihat 'penjara-penjara' yang lebih jelas dan mudah. Di kalangan masyarakat kita ada persepsi bahawa untuk mendapat duit  harus dengan bekerja menjadi kuli makan gaji. Semakin tinggi sijil yang anda capai maka semakin besar gaji yang anda akan terima apabila masuk ke bidang pekerjaan.  Majoriti masyarakat terpercaya tanpa sedar bahawa kalau nak duit harus kerja makan gaji. Sebab itu sejak kecil ungkapan popular yang kita dengan dari mulut ibu bapa adalah, " Nak, belajar bagus-bagus nanti besar boleh dapat kerja bagus dan gaji besar ". Nampak kan, betapa hebatnya program minda yang kita terima dari kecil memberi pengaruh kepada keseluruhan aspek hidup kita. 

Keyakinan ini anda bawa selalu, semakin subur dan kuat mengakar di dalam jiwa anda sehingga anda bahkan tidak sedar ianya memberi pengaruh kepada diri anda. Maka anda sudah memenjara potensi diri anda dengan satu penjara yang tidak nampak selama ini. You limit yourself with your belief!. Hukum alam menetapkan bahawa anda akan memperolehi apa yang anda yakini. Hasilnya ramailah kalangan kita yang hanya bergantung hidup kepada taukeh-taukeh untuk mendapat rezeki. Kalau kena pecat dari kerja pasti akan jadi huru-hara. Ramai pula yang berhijrah dari kampung menuju ke ke kota kerana pengaruh daripada mentaliti ini. Tiada yang salah dengan hal ini, cuma di sini kita ingin melihat contoh penjara jiwa dan kesannya kepada kehidupan kita :)

Tanpa sedar kita 'menyekat' aliran-aliran rezeki dari sumber lain selain daripada kerja makan gaji. Padahal kalau kita membuka mata kita dengn iman maka kita akan melihat betapa luasnya rezeki kurniaan Allah. Betapa Maha Kayanya Allah dan betapa Maha Berkuasanya Dia untuk mendatangkan rezeki kepada kita dari segala macam sumber yang ada di alam ini. Kita hanya perlu membuka diri, membuka 'penjara-penjara' ghaib berupa persepsi kita yang menjadi penghalang antara kita dengan rahmat Ilahi.  Kelimpahan sentiasa tersedia untuk mengaliri periuk-periuk rezeki kita asalkan kita membuka pintu laluannya yang berada di dalam jiwa kita. Fikirkanlah tentang firman Allah ini :

“Tidak ada satu makhluk melata pun di muka bumi melainkan hanya Allah lah yang menanggung rezekinya.” -  (Hud: 6)

Jadi macam mana anda nak membebaskan diri anda daripada penjara-penjara ghaib ini? Caranya adalah dengan menjalani latihan spiritual meningkatkan kesedaran rohani anda. Sekarang ini ada bermacam kaedah untuk melatih spiritual anda. Ikutilah yang sesuai dengan keyakinan anda. Namun untuk anda yang muslim, dalam agama kita sudah tersedia jalan yang terang dan jelas bagi anda yang ingin meningkatkan kesedaran spiritualnya, membebaskan jiwanya dari penjara persepsi demi mencapai hidup yang harmoni dan bahagia.

Mulakanlah perubahan sekarang juga. Mengubah hidup anda bermula dengan mengubah mentaliti anda.

Selamat sukses untuk semua.

Salam kasih dan sayang :)

Sunday 12 June 2011

Usah pandang saiznya

Salam :)

Ops...jangan salah fikir dan jangan bayangkan yang bukan-bukan bila anda membaca tajuk artikel. I know whats in your mind hehe :)

Kita selalu menerima kurnia Allah dalam setiap detik kehidupan kita. Udara yang anda hirup setiap kali anda bernafas, mata yang anda gunakan untuk melihat, telinga yang anda gunakan untuk mendengar, tangan yang anda gunakan untuk melakukan apa saja, wajah anda yang lengkap cantik atau kacak, dan macam-macam lagi nikmat yang ada terima dalam kehidupan anda. Sudahkah anda syukuri semua nikmat yang anda sedang kecapi dan gunakan itu? Ucapan sekadar 'alhamdulillah' tidak cukup. Tapi harus ucap 'alhamdilillah' dan dihayati dengan seluruh jiwa anda. Syukur yang benar akan membawa anda untuk bersujud penuh syahdu ketika itu juga. Jika anda tidak merasakan perkara ini, maka anda belum lagi bersyukur.

Syukur adalah amalan orang-orang sukses. Oleh itu jika anda tidak mengamalkan amalan syukur maka kesuksesan akan sangat jauh dari anda. Kesyukuran yang benar akan mengubah seluruh mindset anda, mengubah sikap anda dan seterusnya seluruh kehidupan anda. 

Apa yang tergambar di layar minda anda itulah yanag akan anda perolehi. Ini sunnatulah yang bekerja di sebalik hukum Loa of Attraction. Usah runsing memikirkan hukum ini, tapi usahkanlah agar anda sentiasa memanfaatkan hukum LOA ini demi kebaikan anda. Caranya adalah dengan sentiasa membayangkan perkara-perkara yang baik. 

Apabila anda bersyukur 'dengan betul' apakah gambaran-gambaran yng muncul di layar minda anda? Tentulah kurnia-kurnia kan. Misalnya jika anda bersyukur sungguh-sungguh dan penuh penghayatan dan mengucapkan, " Alhamdulillah. Terima kasih sebanyak-banyaknya atas wang RM 100 yang Engkau kurniakan ini ". Maka sudah pasti di layar minda anda terbayang lembaran-lembaran wang kan. Ingat, apa yang tergambar di layar minda anda maka itu akan datang kepada anda. So sekarang anda pasti sudah faham mengapa orang yang bersyukur semakin banyak mendapat kurnia demi kurnia.

Syukur saja. Usah pandang berapa pun nilai yang diberikan kepada anda. Samada 10 sen, RM 1, RM 10 dan lain-lain lagi. Syukuri saja ok. Bukan soal saiz, tapi soalnya itu semua adalah kurnia yang pastinya baik untuk anda. Maka bersyukurlah dan pastikan di layar minda anda membayangkan yang positif sahaja maka pasti anda akan semakin menerima lebih banyak lagi. Anda akan menyaksikan kebenaran firman Allah ini :

" Jika kamu bersyukur maka pasti akan ku tambahkan nikmatKu kepadamu "

Mulakan beryukur sekarang juga, dan tariklah kurnia demi kurnia ke dalam kehidupan anda. Jangan tunggu nanti, lakukan sekarang juga!

Selamat menikmati pemberian tuhanmu.

Salam kasih dan sayang :)


Saturday 11 June 2011

Sang Pencinta

Kisah bermula dari suasana ketiadaan
Di suasana ketiadaan yang ADA hanyalah KETIADAAN
Gelap adalah pancaran ketiadaan yang menjadi simbol keAgungan
Dalam gelap semuanya fana semuanya tenggelam sirna tiada berbekas
Dia pun tiada jejak kerana seluruh sifatnya fana di dalam zatnya.

Ketika dia memandang dirinya zahirlah sifat dan nyatalah Ilmu
Nur bersinar terang benderang memancarkan keIndahan abadi
Dia asyik memandang dirinya
Dia perpesona dengan keindahanya
KeIndahannya adalah cinta dan cintanya adalah keindahan

Dia melihat dirinya menilai seluruh sifatnya
Tiada lain hanyalah keindahan yang terpancar dalam kesempurnaannya
yang tahu dan mengatahui hanyalah satu
yang tahu menzahirkan yang diketahui dalam satu perjalanan cinta
yang diketahui kini menjadi bayangannya
sedang beraksi memperlihatkan kesempurnaan yang mengetahui
dipentas kehidupan yang penuh warna warni

arena ini menyaksikan persembahan cinta
seluruh warna ini adalah warna cinta
seluruh rupa ini adalah penyamaran cinta
aku dan dirimu hanyalah kesan perbuatan sang cinta
aku dan kau di sini sedang membawa mesej cinta
dalam cinta hanya ada keindahan
tiada yang baik tiada yang jahat
tiada yang cantik tiada yang buruk
hanya ada satu yang terlihat  banyak dalam persepsimu

syukur jika dirimu tahu, sabar jika belum waktunya untuk tahu.

salam kasih dan sayang :)

Friday 10 June 2011

Berselawatlah anda pasti bahagia

Salam... hi  :)

Hari jumaat kita sering diberi pesan oleh para ustaz untuk membanyakkan selawat ke atas nabi junjungan. Selawat kepada nabi sangat banyak fadhilatnya. Namun masih juga kita sering lalai mengamalkannya.

Sabda Rasullah SAW: 

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali.
(Hadis Riwayat Muslim.)

Sebegitu sekali hebatnya selawat sehingga Allah sendiri akan berselawat kepada sesiapa yang berselawat kepada nabi junjungan. Bukan hanya sekali tapi 10 kali ! Tiada amalan lain yang boleh membuat Allah berselawat kepada kita selain yang ini. Cuba bayangkan, apa agaknya kesannya apabila Allah sendiri yang berselawat kepada anda. Perkara ini juga perlukan iman untuk menghayatinya.

Dari zaman permulaan islam sehinggalah ke zaman kita, sudah bertrillion kali selawat ke atas nabi junjungan dilantunkan oleh seluruh umat islam di seluruh generasi. Itu bermakna betapa sudah dahsyatnya medan energy selawat yang sudah terkumpul di alam ini dan medan energy ini akan menyentuh sesiapa saja yang berselawat kepada nabi junjungan dengan penghayatan yang ikhlas dengan seluruh keberkatannya.

Sebuah keberkatan akan memberi erti yang besar kepada diri anda dan kehidupan anda. Keberkatan akan membuat jiwa anda dipenuhi nuansa yang positif yang penuh kekuatan ilahi. Daya positif ilahiah yang kuat di dalam jiwa anda itu akan menarik kebaikan yang melimpah ke dalam hidup anda.

Kunci kebahagiaan dan kesuksesan adalah jiwa yang positif. Tidak mungkin bahkan mustahil anda akan bahagia dan sukses kalau jiwa anda negatif. Selawat ke atas nabi junjungan akan membuat jiwa anda positif bermula dari akar jiwa anda lalu kepositifan itu akan menyebar ke seluruh sikap, tindakan dan seterusnya seluruh aspek hidup anda. Anda akan mendapati betapa mudahnya dan batapa mulusnya perjalanan hidup anda. Akan ada saja kemudahan demi kemudahan yang datang dalam urusan-urusan anda. Apabila jiwa anda dekat dengan Allah, maka anda hanya perlu berniat untuk mendapat sesuatu lalu semuanya akan dimudahkan untuk anda. So jangan tunggu lama-lama, mendekatlah segera kepada Allah dengan seluruh kesedaran anda melalui amalan-amalan yang baik maka anda akan segera merasakan apa yang saya katakan ini.

Allah berfirman melalui Al quran dan hadis-hadis qudsi, dan nabi junjungan pula bersabda melalui hadis-hadis baginda. Kita tinggal mengamalkan sahaja dan membuktikan kebenaran daripada apa yang disampaikan itu.   Beramallah segera dan buktikanlah sendiri bahawa,

" Sodaqollahul 'Adziim " iaitu " Maha benarlah Allah ( setiap kata dan janjiNya ) Yang Maha Agung "

Selamat beramal dan selamat mencapai kesuksesan.

Salam kasih dan sayang :)

Thursday 9 June 2011

Tenaga dalam 2 : Mengunci mulut si Penyibuk :)

Salam :)

Pada artikel tenaga dalam 1 dulu kita belajar teknik memecahkan botol. Kali ini saya share satu lagi teknik yang agak 'nakal' hehe

Dalam kehidupan seharian kita, memang kita tidak dapat lari daripada orang-orang yang suka sangat menyibuk urusan-urusan kita atau orang lain, yang suka menyebarkan cerita-cerita buruk orang lain.

Pertama sekali, kita harus tetap menjaga kesedaran kita jangan sampai terpenjara dengan persepsi kita. Anggap sahaja orang sebegini sedang menjalani jalur takdirnya, menjadi ujian kepada orang-orang  disekelilingnya. Kalau sudah ada kefahaman begitu barulah boleh menggunakan teknik ini tanpa ada beban emosi. Emosi hanya akan mengeruhkan kesedaran spiritual kita. Tak faham? Bingung? ok takpa. Ketidak fahaman dan kebingungan juga ada keasyikan yang tersendiri so nikmati je hiksss :)

Ok ini tekniknya. ( hanya untuk mereka yang telah melatih tenaga dalamnya )

1. Atur pernafasan. Rilekskan seluruh tubuh agar energy bersedia untuk dilancarkan.
2. Fokuskan perhatian pada tangan kanan.
3. Kemudian bayangkan wajah orang yang hendak di 'projek' :)
4. Secara perlahan dan mantap genggam tangan kanan, dengan ibu jari berada di dalam genggaman. ( lipat ibu jari ke tengah tapak tangan dan kemudian genggam )
5. Sambil genggam itu, niat " ku niatkan mengunci mulut si...........daripada berkata-kata. Terjadilah " lalu bayangkan mulut si.......... terkunci daripada berkata-kata.
6. Kemudian tarik nafas lalu tekan di bawah pusat sekejap lalu lepaskan nafas dengan tenang dan perlahan sambil tetap membayangkan seperti pada step 5...Ulang step 6 sebanyak 3 kali. Kemudian lepaskan genggaman tangan.
7. Sudahi dengan mengatur nafas dan menenangkan diri.

Try le dan tengok apa kesannya hehe. Anda boleh share pengalaman anda di sini atau di forum www.paranorms.org :)

Ingat, ini hanya teknik 'nakal-nakal' untuk memberi pengajaran. Jangan buat secara berlebihan ye hehe

Selamat mencuba :) :) :)


Liberation of Mind

salam :)

Artikel kali ni saja-saja letak tajuk dengan bahasa London hehe

Kesedaran manusia sebelum menjadi  manusia adalah tidak terhad dengan apa juga batasan...Sebelum menjadi manusia, anda adalah ruh dan pada ketika itu anda mengenal Allah dengan sempurna.


Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 172:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:

Namun ketika mejadi manusia, iaitu ketika ruh disatukan dengan jasad maka terpendamlah seluruh kesedaran serta seluruh potensi sejati anda itu. Perjuangan kita yang sebenar dalam hidup ini adalah untuk mengembalikan kesedaran itu menjadi seperti mana asalnya iaitu :

" Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi "

Kita kembali mengenal Allah secara hakiki. Inilah yang menjadi maksud kepada ucapan " inna lillahi wa'inna ilaihi roji'uun " iaitu " Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali ". Kesedaran ini harus kita capai semula ketika hidup. Kerana hanya dengan mengenal hakikat-hakikatlah jiwa kita menjadi lapang, tenang, luas tanpa batas. Kita tersiksa ketika ini adalah kerana persepsi-persepsi kita saja. 

Anda dulu pernah kenal dengan Allah. Memori itu tersimpan dengan rapi dan sempurna di dalam kesedaran sejati anda. Sebab itu ketika anda melakukan proses 'kembali' melalui latihan-latihan spiritual ada ketikanya anda menangis kerana cinta dan rindu kepada Allah. Perasaan itu pernah anda alami dulu di alam ruh. Memori itu tersingkap kembali dan anda mengalami perasaan yang tidak dapat dilukiskan dengan apa jua kata-kata.

Secara energy yang difahami oleh disiplin ilmu budaya timur, kesedaran sejati itu terpendam dengan seluruh kekuatannya sebagai 'kundalini' di cakra dasar. Cakra dasar adalah kesedaran paling rendah, kesedaran badani untuk memenuhi keperluan keperluan badan seperti seks, makan, tidur, dan lain-lain. Inilah kesedaran default  semua orang tanpa kira agama dan bangsa. Kesedaran ini paling ketara pada kehidupan orang-orang primitif dulu-dulu. 

Perkembangan zaman membuat kesedaran ini juga naik menuju cakra seks, dimana manusia mula ada kehendak-kehendak keegoan iaitu ingin kelihatan caktik, ingin megah dan lebih daripada orang lain , inginkan kemajuan, inginkan kemudahan-kemudahan dalam hidup, suka bersaing dan lain-lain. Lalu kesedaran manusia berevolusi lagi dengan peredaran masa dengan meningkat ke cakra pusat iaitu pusat emosi-emosi. Manusia mula belajar tentang keberanian, kesabaran, semangat mempertahankan maruah dan lain-lain emosi positif. Tiga kesedaran ini adalah kesedaran yang tahap duniawi saja dan kebanyakan manusia sangat sulit untuk meningkatkan kesedarannya ke atas lebih jauh kerana kesedaran sangat kuat terikat pada 3 tahap tadi.

Bagi yang terus berjuang meningkatkan kesedarannya akan sampai ke cakra jantung. Pusat kesedaran tubuh mental. Pada kesedaran inilah manusia mula menyedari dirinya secara mental, bahawa rupanya 'aku' ini bukan hanya sekadar jasad. Di sini manusia sudah boleh mengharmonikan antara jasad dan jiwanya.Manusia sudah mula mengkaji aspek psikologinya dan menggali potensi-potensi jiwanya. Lalu terhasillah manusia-manusia pemikir yang pintar dan kemudian memajukan dunia ini. Namun pada kesedaran ini, ikatan dengan kesedaran-kesedaran dibawahnya masih kuat. Sebab itulah jangan hairan jika pada zaman ini ramai orang pintar namun jahil, pintar tetapi tamak, pintar tetapi jahat kerana kesedarannya belum disinari dengan kesedaran-kesedaran tinggi.

Kesedaran cakra jantung adalah berkaitan dengan tubuh mental anda. Seluruh proses berfikir ada di sini, maksudnya bukanlah fikiran itu ada di cakra jantung tetapi proses fikiran itu ada di tubuh mental yang pusatnya pada cakra jantung. Bingung? hehe.... Ini pandangan secara spiritual. Apa yg berlaku di otak hanyalah proses kimiawi yang besambung dengan kegiatan energy di tubuh mental.

Liberation of mind, atau kemerdekaan fikiran adalah bermula di cakra jantung. Jika anda tidak meningkatkan kesedaran anda maka jiwa anda akan dikongkong oleh nafsu-nafsu di cakra dasar, ego-ego di cakra seks dan emosi-emosi di cakra pusat yang akan membuat jiwa anda penuh dengan persepsi-persepsi yang mengongkong keluasan gagasan berfikir anda. Persepsi-persepsi inilah yang menyekat kemajuan anda. Misalnya anda merasa miskin, merasa lemah, merasa buruk dan lain-lain. Perkara ini sangat menghalang jika anda ingin mengaplikasikan kekuatan minda anda untuk mencapai impian-impian anda seperti yang kita telah ikuti pada artikel-artikel sebelum ini. Potensi anda yang tidak terhad akan bermula jika kesedaran anda sudah berada di cakra jantung. dari sinilah keajaiban-keajaiaban akan mula anda alami di dalam kehidupan anda.

Setakat itu dulu yang boleh saya tulis pada kesempatan ini. Sama-samalah kita berusaha mencapai liberation of mind melalui amalan-amalan kerohanian yang berterusan. Semoga kesuksesan menjadi milik semua :)

Salam kasih dan sayang :)







Wednesday 8 June 2011

Bersyukur Bertambah Nikmat


Salam :)

Pada artikel sebelum ini kita menyentuh tentang Istighfar sebagai kaedah untuk membersihkan jiwa kita agar semua energy-energy negatif yang menarik kesialan ke dalam hidup kita menjadi sirna. Kemudian setelah jiwa kita bersih daripada energy-energy negatif maka kita hanya tinggal mengisi pula jiwa kita dengan energy-energy positif agar kita dapat memancarkan energy-energy positif tersebut ke alam semesta yang akan menarik perkara-perkara positif pula kepada diri dan kehidupan kita.

Energy hanya ada dua kumpulan besar iaitu energy positif dan negatif. Energy adalah untaian atau jalinan yang tiada putusnya. Jika anda mencetuskan satu energy positif maka ia akan terus menarik energy-energy positif lainnya tanpa henti. Begitu juga jika anda mencetuskan satu energy negatif, ia akan terus menerus menarik energy yang sama dengan jenis frekuensinya sehingga kumpulannya semakin kuat dan semakin kuat. Tetapi dengan syarat, JIWA anda yang menjadi pusat kawalannya tidak mengganggu alirannya.

Kembali kepada amalan bersyukur, kalau Istighfar membersihkan energy negatif, maka bersyukur pula menggandakan energy positif yang sedia ada. Ya betul, bersyukur adalah satu leverage yang akan menggandakan lagi energy-energy positif di dalam diri anda dan akan semakin kuat menarik perkara-perkara positif untuk anda dan kehidupan anda. Perkara ini dijelaskan di dalam satu ayat yang sangat popular di dalam Al-quran:



……..La'in syakartum laazidannakum, wa la'inkafartum inna ‘adzabii lasyadiid.

Maksudnya :

……“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’matKu), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

- Surah ibrahim ayat 7


Jika dibedah dari aspek energy maka akan kelihatan jelas alasan disebalik perintah Allah tentang bersyukur ini. Jika anda mendapat nikmat apapun bentuknya, lalu anda bersyukur dengan benar-benar maka anda akan mendapati jiwa anda sangat terharu dengan kurnia tersebut, lalu akan ada perasaan gembira dan bahagia di dalam jiwa anda. Di dalam fikiran anda akan terbayang perkara-perkara yang baik sahaja dan keadaan jiwa seperti ini boleh bertahan sampai berjam lamanya atau mungkin berhari lamanya jika anda benar-benar menghayati rasa syukur tersebut. 

Frekuensi fikiran dan perasaan yang penuh kesyukuran sebegini, semakin lama dan sering ia digetarkan ( dimunculkan ) akan semakin kuat daya tarikannya terhadap energy-energy yang sama jenisnya. Hukum alam akan melaksanakan tugasnya seperti mana yang telah diatur oleh penciptanya dan anda akan mendapati bahawa, " pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu ". Ya, akan semakin banyak nikmat atau kurnia atau pemberian Allah akan datang kepada anda dari semua cara yang anda sendiri mungkin tidak pernah jangka.

Tetapi harus anda perhatikan juga firman seterusnya dengan serius iaitu, " dan jika kamu mengingkari (ni’matKu), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih ". Mengingkari nikmat itu macam mana? Itu adalah lawan dari syukur, anda mendapat nikmat lalu anda tidak bersyukur, tidak mahu berterima kasih kepada Allah atau tuhan mengikut kayakinan anda. Oleh sebab itu jiwa anda tidak berubah menjadi positif, malahan mungkin akan menjadi semakin negatif misalnya anda merasa pemberian itu tidak cukup, atau anda menyalahkan tuhan tidak adil memberikan anda hanya sekian jumlahnya, tidak seperti yang anda harapkan. Atau boleh jadi juga dengan pemberian itu anda semakin giat melakukan dosa dan perbuatan-perbuatan yang merugikan diri anda dan orang lain, itulah yang dipanggil tidak beryukur. Akibatnya jiwa anda menjadi semakin negatif. Anda pasti sudah faham apa kesannya jiwa yang negatif terhadap kehidupan.

Banyak orang kaya yang mendapat semakin bayak kekayaan tapi semakin giat pula melakukan dosa dan kemungkaran yang merugikan orang lain, tapi kenapa pula rezeki mereka semakin melimpah? Ini juga satu persoalan yang membingungkan, atau boleh menjadi satu ikutan bagi yang yang kurang memahami hakikat disebaliknya. Memang ramai orang kaya yang semakin kaya tapi semakin giat pula dengan dosa dan kemungkaran. Mereka sebenarnya bergembira dengan kekayaan yang mereka perolehi, mereka bersyukur dengan kekayaan mereka dan kekayaan semakin datang lebih banyak kepada mereka. Namun keyukuran mereka tidak mencukupi untuk memuat jiwa mereka tunduk kepada tuhan. Akibatnya tetap ada. Minda mereka berkenaan kakayaan memang positif namun minda mereka berkenaan aspek-aspek lain dalan kehidupan mereka banyak yang negatif dan itu membuat aspek-aspek kehidupan mereka yang lain banyak yang tidak harmoni.

Oleh itu, jika anda bersyukur dengan sepenuh hati anda, dan kesyukuran itu membuat anda semakin tunduk kepada tuhan dan membuat anda semakin giat membuat kebaikan kepada sesama makhluk maka pasti hidup anda juga akan semakin dilampahi nikmat dalam semua aspek diri dan kehidupan anda.

Mari kita bersukur dengan sepenuh jiwa kita sehingga rasa syukur itu mengalir kepada perbuatan-perbuatan kita yang akan mendorong kita semakin banyak berbuat kebaikan kepada sesama makhluk. Yakinlah, hukum alam sangat teliti. Setiap kebaikan yang anda lakukan akan dibalas dengan kebaikan yang berganda.

Selamat berlatih meningkatkan keperibadian anda.

Salam kasih dan sayang :)

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...