Your Magic Blog: Mengungkap Rahsia 3 : Kejar Allah dapat semuanya

Wednesday 1 June 2011

Mengungkap Rahsia 3 : Kejar Allah dapat semuanya

      Jalan yang keliru

Hukum alam bekerja dengan cara yang aneh dalam soal materialisasi. Semakin dikejar dunia itu, ia semakin menjauh. Jika kita  berkeras untuk mengejarnya kita akan mendapatkannya namun dengan satu syarat, iaitu kita akan dikuasainya. Kelihatan dari luar kita sangat beruntung kerana memiliki segalanya, namun hakikatnya hati kita sedang dikuasai oleh dunia. Hati kita akan terpenjara dalam huru-hara emosi yang sangat menyiksa jiwa kita. Kita akan jadi sangat mudah marah, iri hati, tamak, dan sebagainya. Kebebasan jiwa hanya akan kita perolehi jika kita dapat membebaskan jiwa dari lingkaran kekuasan dunia yang kita geluti. Namn begitulah hukum yang telah ditentukan Allah, bahawa tarikan jiwa kita terhadap dunia sangat kuat, dan jika kita mengejarnya jiwa kita akan terikat dan tidak lagi dapat melihat cahaya-cahaya hakikat.

Jika kita berniat untuk memfokuskan hati kepada Allah, keyakinan yang timbul dalam fikiran kita juga menakutkan. Kita menyakini bahawa kita akan hidup miskin dan melarat. Inilah ujian pertama yang lumrah untuk semua pencinta spiritual akan hadapi. Padahal pada hakikatnya keadaan yang terjadi sangatlah terbalik. Kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh para pencari tuhan hanyalah pada tahap-tahap awal ketika proses ‘cleansing’ terjadi. Ini sebenarnya adalah dugaan untuk menguji semangat dan kesungguhan kita untuk meneruskan perjalanan, kerana apa yang kita akan temui di akhir perjalanan kita tidak ternilai harganya. Kesulitan-kesulitan yang diberikan adalah sebagai ingatan bahawa itulah harga mahal yang perlu dibayar bagi sebuah kebahagiaan dan kesuksesan dunia akhirat yang sedang kita kejar dalam perjalanan spiritual kita.

Ketika diri sudah ‘clean’ dari semua aura negatif, semua karma dan dosa, maka bersedialah kita untuk mengecapi kurnia demi kurnia dariNya. Inilah alasan mengapa setiap jiwa wajib untuk menjalani spiritual, kerana hanya jalan spiritual yang boleh membuat kita ‘clean’. Selagi aura negatif, dosa dan karma masih melekat pada diri kita, selagi itu masih ada magnet yang akan terus menerus menarik perkara-perkara negatif atau masalah dalam diri dan kehidupan kita. Walau sekuat mana kita usaha, walau sepintar mana kita mencari ikhtiar, namun selagi diri tidak ‘clean’ daripada aura negatif, karma dan dosa selagi itu jalan hidup kita tidak akan lepas dari masalah yang menyusahkan.

Jiwa manusia diciptakan dengan fitrah mencintai dunia. Oleh kerana itu manusia cenderung untuk mengejar segala macam isi dunia yang umumnya berupa takhta ( kuasa, penghargaan, sanjungan, pujian dll dari manusia lain ), harta ( rezeki, kekayaan ) dan wanita. Mindset manusia seiring dengan fitrah ini. Semakin lama hidup, maka semakin kental mindset kita menyakini bahawa untuk mendapat dunia harus dengan kerja keras. Urusan dunia sering kita jadikan sebagai keutamaan sehingga kita seringkali mengabaikan mengurus hati untuk mendekat kepada Allah. Lebih teruk lagi ada segelintir manusia yang menganggap spiritual dan dunia itu tiada kaitan. Kitalah yang menentukan hidup kita, fungsi tuhan diabaikan langsung. Inilah yang sedang melanda penduduk negera-negara maju seperti di Amerika dan Eropah. Bahkan sudah banyak pula golongan umat Islam yang terikut-ikut. Memang itulah fitrah jiwa manusia, cenderung untuk menjauh dari tuhan, cenderung untuk memusnahkan diri.

Ketika sedang sibuk menjamah dunia inilah datangnya teguran-teguran tuhan kepada kita. Hati dibuat gelisah, keluarga dibuat huru-hara, isteri curang, anak-anak liar, diberikan penyakit bermacam sehingga walaupun kaya raya mereka tidak dapat menjamah makanan-makanan yg lazat dan bermacam lagi dugaan-dugaan yang membuat jiwa merasa menderita. Penderitaan ini membawa manusia untuk mencari penawar hatinya yang senitiasa merasa berat dan sempit. Maka bermacamlah ragamnya. Ada yang pergi melancong, ada yang pergi ke majlis-majlis keramaian, ada yang melakukan kegiatan sukan yang rutin, dan macam-macam lagi bentuk aktiviti yang boleh membuat jiwa mereka melupakan masalah-masalah yang sedang dihadapi. Inilah bentuk-bentuk pelarian jiwa manusia yang sedang menderita. Namun sayangnya semua bentuk pelarian ini hanyalah satu bentuk distraction yang sifatnya sementara. Selagi agar masalah yang berada di dalam jiwa manusia itu tidak dicantas, maka selagi itulah perasaan-perasaan susah itu tidak akan pernah hilang. Ketika manusia kembali kepada kehidupannya yang biasa maka masalah itu kembali menghimpit dada mereka dengan lebih ganas lagi.

Bagi yang diberikan hidayah, pelarian jiwa mereka diarahkan menuju kepada aktiviti kerohanian. Di sini pula manusia menemui macam-macam pilihan lagi untuk meneroka jiwa mereka . Ada yang memilih sistem yoga, reiki, kuasa minda, sistem budha dan macam-macam lagi. Semua sistem mengolah jiwa seperti ini memang dapat menimbulkan kesan ketenangan di jiwa. Namun untuk kembali ke alam hakikat, mengenal kejadian diri, alam dan kembali ke alam ketuhanan manusia memerlukan sistem kerohanian yang disyorkan oleh tuhan sendiri, iaitu sisten kerohanian Islam. 

Ketika manusia sudah berada di jalan benar, iaitu ketika sudah islam, lalu beramal dengan kerohanian islam, lalu mengapa masih banyak kelihatan orang-orang alim yang hidupnya masih miskin? Fenomena yang menunjukkan betapa ramainya umat islam yang rajin beribadat, yang rajin mengunjungi masjid namun hidupnya masih ala kadar membuat persepsi manusia sejagat menilai islam sebagai agama orang-orang miskin. Lalu adakah benar islam adalah agama orang-orang miskin? Adakah islam menggalakkan umatnya untuk jadi miskin? Tidak sama sekali. Islam bukan agama orang miskin. Tetapi islam membela nasib orang miskin, dan mengeluarkan penganutnya dari kemiskinan. Zakat dan sedekah diperintahkan dengan jelas kepada umat islam yang kaya yang bertujuan membela nasib umat islam yang miskin. Pelaku zakat dan sedekah dijanjikan kurnia yang besar oleh Allah di dunia dan akhirat. Umat islam yang benar akan berlumba-lumba untuk menjadi kaya demi menyahut perintah berzakat dan bersedekah demi membantu golongan yang miskin, bukan semata-mata untuk kepentingan perut sendiri.

Umat islam yang masih miskin adalah kerana kurangnya ilmu tentang islam. Dalam keyakinan mereka, yang penting mereka dapat beribadat lalu selamat dari api neraka. Ini sifat yang masih mementingkan diri sendiri. Kelihatannya kita masih belum benar-benar menghayati inti daripada ibadah kita. Ibadah kita masih belum dapat membawa kita dekat kepada Allah kerana jika kita sudah hampir dengan HadhratNya sudah pasti kita akan dibimbing untuk menjalani hidup yang sukses dalam semua aspek kehidupan kita. Kedekatan kepada Allah sudah pasti akan membawa kita menghayati perintah untuk berzakat dan bersedekah. Jika kita sudah dibimbing untuk berzakat dan bersedekah, maka sebenarnya kita sedang dibukakan pintu kekayaan. Umat islam harus kaya agar dapat membela nasib umat islam yang lemah dan miskin. Harus diingat kembali, islam adalah pembela orang-orang yang lemah dan miskin. Jadi sahutlah seruan ini, jadilah umat islam yang kaya raya.

Sekarang kita sudah tahu bahawa kita perlu kaya untuk menyahut seruan Allah menjalankan perintah zakat dan sedekah untuk membela nasib makhluk-makhluk lemah khususnya saudara-saudara sesama islam. Kita perlu kaya bukan untuk kepentingan sendiri. Inilah yang kita lupa selama ini. Menjadi kaya untuk menyahut seruan Allah akan akan memberikan kita kekuatan yang luar biasa. Allah pastinya akan menolong, kerana apa yang kita buat adalah kerananya. Inilah kepercayaan, inilah iman yang harus kita suburkan di hati kita.

Kita sudah ada niat yang jelas untuk menjadi kaya, dan tujuan untuk menjadi kaya. Lalu sekarang bagaimana agar kita boleh jadi kaya? Adakah dengan bekerja keras siang dan malam melakukan bisnes ini dan itu? Disinilah kita perlu berhati-hati. Jika kita bekerja keras, kita boleh mudah tergelincir untuk tenggelam dalam usaha kita sehingga mengabaikan tuhan. Berusaha dan digerakkan untuk berusaha adalah dua keadaan yang berbeza. Jika kita berusaha, maka kita akan menggunakan daya akal kita untuk berfikir , daya emosi kita untuk merasa, dan daya tubuh kita untuk bergerak. Semuanya adalah dari diri kita. Tetapi jika kita digerakkan untuk berusaha, maka semua idea, semua perasaan, dan gerakan kita dalam mengumpul kekayaan adalah dari Qudrat yang menguasai alam ini. Lihatah perbezaannya.  


Siapa yang mengejar dunia, belum tentu dia akan mendapatkannya. Satu perkara yang jelas, dunia akan menguasainya. Namun siapa yang mengejar Allah, maka semua akan diperolehinya. Dunia dan akhirat ditundukkan untuknya. Perkara ini akan dihuraikan nanti di bab seterusnya.


salam kasih dan sayang :)


2 comments:

  1. Assalam tn paranorms,

    Setuju dengan apa yg telah tn coretkan terutama " Umat islam yang masih miskin adalah kerana kurangnya ilmu tentang islam. Dalam keyakinan mereka, yang penting mereka dapat beribadat lalu selamat dari api neraka. Ini sifat yang masih mementingkan diri sendiri. Kelihatannya kita masih belum benar-benar menghayati inti daripada ibadah kita. Ibadah kita masih belum dapat membawa kita dekat kepada Allah kerana jika kita sudah hampir dengan HadhratNya sudah pasti kita akan dibimbing untuk menjalani hidup yang sukses dalam semua aspek kehidupan kita. Kedekatan kepada Allah sudah pasti akan membawa kita menghayati perintah untuk berzakat dan bersedekah. Jika kita sudah dibimbing untuk berzakat dan bersedekah, maka sebenarnya kita sedang dibukakan pintu kekayaan. Umat islam harus kaya agar dapat membela nasib umat islam yang lemah dan miskin. Harus diingat kembali, islam adalah pembela orang-orang yang lemah dan miskin. Jadi sahutlah seruan ini, jadilah umat islam yang kaya raya." Dalam segala aspek banyaknya kelemahan yg mungkin sengaja atau tidak sengaja kita tidak mempelajari atau mengambil hidayah. Sebagai umat islam kita semua kena mempunyai pelbagai cabang ilmu di mana nantinya ilmu tersebut apabila di garabkan akan menjadikan kesatuan sepertimana zaman kegemilangan islam yang pernah di beritahu dahulu. Insyallah, yakin dan pasrah pada Allah yang Satu.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas komentar tn. bersamalah kita membangun kekayaan umat islam :)

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...