Your Magic Blog: Dilema pelajar reiki muslim

Thursday 2 June 2011

Dilema pelajar reiki muslim

                              I.        Reiki haram/syirik?

Isu halal/haram atau syirik/tidak syirik sering saja timbul dikalangan umat islam. Hal ini memang sangat baik kerana ia menjadi tanda betapa waspadanya umat islam terhadap kebersihan diri dan imannya. Namun pada situasi tertentu, terlalu fanatik dengan soal halal haram boleh menghadkan perkembangan diri kita.

Syirik ertinya menduakan Allah samada pada aspek zat, sifat, asma dan af’alNya. Reiki sama saja dengan aliran ilmu-ilmu lain seperti biologi, ekonomi, dan lain-lain. Ia adalah satu sistem keilmuan, bukan satu sistem kepercayaan. Dalam reiki kita menggunakan sumber alam iaitu energy alam untuk tujuan-tujuan yang baik. Seperti juga doktor di hospital, mereka menggunakan sumber-sumber alam iaitu ubat-ubatan dengan tujuan yang baik untuk mengubati penyakit.

Selagi mana kita hanya mempercayai Allah sebagi kuasa yang Maha Hebat yang tiada duanya, maka tiada salahnya mempelajari dan mengamalkan reiki. Kalau kita percaya bahawa seluruh ilmu adalah ilmu Allah, mengapa kita seolah menafikan Reiki juga adalah ilmu Allah? Jika ia ilmu Allah, pastinya ia baik untuk kita. Tinggal kita saja yang mewarnainya samada dengan warna hitam atau putih melalui cara amalan dan tujuan amalan kita.

                            II.        Tiada sanad?

Ini satu lagi isu yang selalu timbul dikalangan umat islam adalah, reiki tiada sanad dengan Rasulullah. Hanya tariqat yang kita perlu teliti samada ia bersanad dengan rasulullah atau tidak kerana tariqat adalah ilmu tasauf  yang tujuannya untuk bermakrifat kepada Allah. Tiada jalan lain untuk ini selain mengikuti rasulullah.

Jadi harus kita bertanya dulu diri kita, hendak belajar reik untuk apa, adakah untuk megenal Allah? Kalau ya maka anda silap jalan. Reiki adalah ilmu penyembuhan diri secara holistik. Jika anda ingin menuju jalan makrifat anda tiada pilihan selain mengikuti jalan rasulullah. Jika anda menggunakan reiki untuk tujuan bermakrifat kepada Allah, tersangat mungkin makrifat anda akan melencong ke entiti-entiti lain sebagaimana dialami oleh ramai pelajar reiki yang menemui 'makrifat' terhadap macam-macam sosok guru-guru rohani yang kemudiannya menciptakan sistem reiki lain berdasarakan 'makrifat' yang mereka telah perolehi.


Memang reiki boleh membantu perjalanan rohani kita dengan cara membersihkan tubuh-tubuh energy kita. kebersihan lapisan-lapisan tubuh energy kita memang sangat mustahak untuk membuat jiwa kita lepas bebas meluncur menuju Allah. Namun untuk mencapai makrifatullah kita perlukan sistem yang lebih ‘killer’.


bila kita mengucapkan " asyhadu allaa ilaha illallah", maka kita mengatakan hanya Allah yang hak, yang maha segala tiada duanya.


Bila kita mengatakan " waasyhadu anna muhammadan rasulullah" , maka kita mengatakan bahawa untuk menyembah Allah, untuk menemui Allah HARUS dengan cara rasulullah, bukan cara-cara lain.

salam kasih dan sayang :)


4 comments:

  1. Saya rasa alim ulamak sering memandang serong terhadap pengamal ilmu metafizik... Sebabnya... Ntah...

    ReplyDelete
  2. dalam bertarikat kita dikenalkan dengan makrifat bagi mencapai hakikat.Dan itu adalah ilmu tasauf dalam mengenal Allah.Tapi reiki ini ada lah ilmu mengenai diri.Tidak salah pada saya di aplikasikan reiki walaupun sedang bertarekat.

    ReplyDelete
  3. sy setuju dgn pendapat tn sahasrara. bljr reiki tidak jd masalah bg sesiapa pun juga. yg penting energynya tidak mengandungi elemen2 makhluk lain kerana sbb stp gelombang energy memberi fikiran dan perasaan tertentu kpd pengamal. alam ghaib sgt misteri, byk lagi yg kita perlu pelajari :)

    ReplyDelete
  4. You there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. reiki

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...