Your Magic Blog: Anda Tuan kepada hidup anda

Sunday 5 June 2011

Anda Tuan kepada hidup anda



 " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri " - Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

' Izinkan ' Tuhan untuk menolong anda. Bagaimana? Dengan membuka diri anda seluasnya, berprasangkan baik kepadaNya kerana Dia sudah memberitahu dengan jelas melalui pesan ini:

Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman:

“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari”  (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain).

Jika anda menyangka bahawa hidup anda akan sial esok maka Allah akan jadikan ia begitu. Jika anda menyangka bahawa anda akan mendapat limpahan rezeki esok maka Allah akan merealisasikan sangkan anda itu.

Ada yang musykil. Kenapa seolah-olah Allah pula jadi pengikut hamba-hambaNya? Tidakkah itu satu perlecehan terhadap ketinggianNya? Jawapanya TIDAK. Bahkan itulah salah satu tanda kebijaksanaanNya dan kasih sayangNya kepada makhluk-makhluknya. Apa yang dikatakan oleh hadis di atas bahawa " Aku mengikuti sebagaimana sangkaan hamba-hambaKu " adalah satu sistem yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri di alam ini yang menjadi hukum alam, the law of nature atau Sunnatullah. Ia adalah satu hukum sebab dan akibat. Jika anda anda menyangka begini maka akan jadi begini. Jika anda menyangka begitu maka akan jadi begitulah. Semuaya sudah di set, sudah diatur sedemikian indahnya oleh Dia Sang Maha Bijaksana.

Dengan begitu juga kita semua boleh mengambil manfaat daripada hukum alam ini. Caranya adalah dengan sentiasa menjaga prasangka kita agar selalu baik terhadap apa yang akan diberikan olehNya kepada kita. Nampak macam senang kan. Tapi untuk mencapai mindset ini perlukan latihan yang tekun.

Bersangka baik itu macam mana? Ramai guru memberikan wejangan/nasihat kepada muridnya agar sentiasa bersangka baik atau berfikir positif namun 'bersangka baik atau berfikir positif' itu masih kabur-kabur bagi kebanyakan orang. Cukupkah dengan berkata dalam hati atau di mulut, " hidupku penuh rahmat", " rezeki ku sentiasa melimpah ", " aku akan dapat duit banyak besok " dan lain-lain lagi afirmasi-afirmasi yang sering kita dengar dari ceramah-ceramah orang-orang bijak pandai atau baca dari tulisan-tulisan mereka? Oh, tidak cukup geng hehe

Kita selalu melantunkan doa-doa yang panjang berjela setiap selesai solat lima waktu, ditambah lagi selepas solat sunat, ditambah lagi dengan doa-doa pada masa-masa tertentu dengan bahasa arab atau bahasa kita dengan mendayu-dayu. Tapi kenapa doa kita seolah tiada kesan terhadap diri dan kehidupan kita? Apa lagi yang kurang?

Oh rupanya.....Mari saya dedahkan rahsianya untuk anda. Rupanya Sunnatullah yang berkerja disebalik materialisasi ( perwujudan hajat ) tidak merespon kata-kata walau seindah manapun gaya bahasa dan bunyinya. Mekanisme Sunnatullah itu hanya merespon kod-kod energy yang dipancarkan oleh minda, bukan oleh mulut.  Macam mana pulak tu? Sekali lagi saya ulang dengan bahasa yang mudah. Mekanisme Sunnatullah hanya merespon niat atau doa seperti yang tertera dalam bayangan fikiran anda. Ia tidak akan layan apa yang anda cakap, tapi ia menerima apa yang anda bayangkan. Seperti jika anda hendak print  sebuah dokumen yang ada di dalam laptop anda. Mekanisme printing  hanya akan mencetak seperti mana yang terpapar pada skrin laptop anda. Ia tidak akan pernah kisah dengan semua jenis bunyi yang keluar dari laptop anda. Begitulah hukum alam ini bekerja. Anda membuat lakaran di minda anda, dan hukum alam itu akan print apa yang anda lakar itu untuk anda. Kalau hukum itu boleh bersuara maka anda akan dengar ia berkata, " Why the heck i care what U say, Im designed by God  to only care what U imagine in your mind " hehe :)

Dari itu saudara-saudari yang saya kasihi, jika anda sudah banyak berdoa selama ini namun mendapat hasil yang masih kurang, atau malah hasilnya terbalik daripad doa anda, renungkanlah apa yang saya sampaikan ini. Tidak penting apa ayat yang anda gunakan untuk berdoa, samada anda gunakan bahasa Arab, Inggeris, Melayu, Cina, India, Bajau, Bugis, Iban, Jepun dan segala macam bangsa. Itu semua hanya bahasa verbal/mulut. Sunantullah itu hanya merespon bahasa hati, bahasa cakra jantung, iaitu bahasa tanpa kata-kata dan itulah yang mungkin kita lebih kenal sebagai imajinasi, bayangan, visualisasi atau apapun istilahnya.

Jika anda sudah boleh menangkap dan memahami perkara ini, mulakanlah sekarang juga agar anda berdoa dengan mulut dan hati. Ucapkan doa nda di mulut dan ikuti dengan hati anda iaitu dengan membayangkan apa yang anda hajati dari doa tersebut. Anda tinggal mengulang-ulangi proses berdoa seperti ini. Berdoa tidak cukup sekali dua. Ia perlu diulang-ulang agar medan energy doa kita itu semakin kuat dan mantap. Jika anda serius mengamalkan apa yang saya sampaikan ini,  maka insyaAllah Sunnatullah akan merespon doa anda itu dan anda akan terpegun dengan hasilnya sehingga anda hanya mampu bersyukur dan semakin tunduk kepadaNya mengakui kekuasaan dan kebijaksanaanNya. 

Selamat sukses untuk anda semua.

Salam kasih dan sayang :)


1 comment:

  1. Insyallah Tn Guru,

    Segala nasihat dan juga ilmu yang diberikan sekarang ini di praktiskan tanpa jemu n semoga keberkatan guru dalam memberi ilmu di harapkan lagi dan Moga2 Allah sahaja yang mampu membalasnya bagi kebaikan didunia dan di akhirat.

    Amin :)

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...