Your Magic Blog: Mengungkap Rahsia 2 : Allah pemilik semua kekayaan

Wednesday 1 June 2011

Mengungkap Rahsia 2 : Allah pemilik semua kekayaan

    Keyakinan Terhadap Sumber rezeki

Keyakinan yang biasa kita pegang di dalam sistem keyakinan kita adalah kita harus kerja untuk mendpat rezeki. Sumber rezeki kita adalah kerja. Bos kita adalah sosok manusia yang harus dijaga hatinya agar periuk nasi kita tidak terganggu. Jika kita kehilangan kerja maka kita akan merana. Kalau yang berniaga, seluruh waktunya difokuskan untuk berusaha menjual produk. Keyakinan bahawa pelanggan adalah nombor satu yang harus diutamakan kerana merekalah sumber rezeki, sehingga seringkali dalam proses bekerja dan berniaga itu kita mengabaikan sikap berketuhanan kita.

Memang disudut kecil hati kita ada keyakinan bahawa Allah adalah sumber rezeki yang mutlak. Namun keyakinan ini hanya sebatas keyakinan fikiran. Belum meresap jauh ke pusat sistem keyakinan kita. Keyakinan terhadap proses kerja atau berniaga dengan seluruh fokus dan tenaga untuk mendapat rezeki lebih dominan di dalam sistem keyakinan kita.

KEYAKINAN inilah yang melakarkan hidup kita. Apa yang kita yakini itulah yang kita akan dapat. Jadi proses pertama yang kita perlu lakukan adalah membina keyakinan yang benar. Meyakini dengan benar-benar bahawa Allah Yang Maha Kaya, Allah yang menentukan rezeki kita. Keyakinan ini harus ditanam dalam-dalam di dalam sistem keyakinan kita sehingga meresap ke dalam minda bawah sedar kita. Jika keyakinan sebegini sudah meresap benar-benar sehingga menajdi Haqqul Yaqin, maka seluruh pemikiran, perasaan dan tidakan kita akan selaras dengan apa yang kita yakini. Jadilah kita menjadi manusia yang kental, tidak takut dengan kemiskinan dan kekurangan rezeki.

Pengamal LOA dan kekuatan minda sekarang ini mengalami sedikit pergeseran keyakinan.  Mereka meyakini bahawa kuasa dalam diri kita mampu menarik apa yang kita mahukan. Ini menjadikan mereka sibuk mengasah kekuatan itu, berlatih dengan kuasa minda menguatkan kekuatan visual. Mereka mengolah kekuatan jiwa sehingga ke tahap-tahap yang benar-benar mengagumkan. Memang benar kita ada kehebatan itu, dan ia boleh dilatih sehingga ke tahap yang benar-benar boleh merealisasikan hajat yang kita bayangkan di fikiran pada had tertentu. Mereka menggunakan kekuatan jiwa untuk merealisasikan impian-impian mereka. Sedangkan bagi umat islam yang mengikuti sistem islam, mereka menggunakan kekuatan jiwa untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan kemudian dengan keyakinan terhadap kuasa Allah mereka merealisasikan impian-impian mereka . Inilah bezanya. Prosesnya berbeza, dan hasilnya juga pasti berbeza.

1 comment:

  1. Insyallah,

    Pasrahkan diri dan mendidik diri agar tidak berprasangka dan membuka minda disamping memvisualisasikan apa2 juga kehendak kita dan berdoa pada Allah di samping urusan kerja harian diteruskan. Insyallah percaya pada segala kudrat dan iradat Allah pada setiap makluknya telah ditentukan bahagian masing samada cepat atau lambat. Berserah dan bertawakal pada Allah itu yang mutlak... Amin

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...