Your Magic Blog: Bebaskan Diri Anda

Monday 13 June 2011

Bebaskan Diri Anda

Salam :)

Percayakah bahawa anda adalah manusia bebas yang terpenjara? Macam mana pulak tu?

Jasad anda bebas namun jiwa anda masih terpenjara. Terpenjara oleh apa? Oleh pemikiran-pemikiran, anggapan-anggapan, pendapat-pendapat anda, ilmu-ilmu anda atau persepsi-persepsi anda. Dalam minda anda ada banyak keyakinan-keyakinan yang memenjara jiwa anda. Kebenaran hanyalah milik mutlak Dia Yang Maha benar. Segala kebenaran-kebenaran yang muncul dari ilmu kita belum tentu benar di sisi kebenaranNya. Oleh itu kebenaran kita adalah relatif dan tidak semestinya sentiasa benar. Hanya kebenaran Sang Maha Benar saja yang mutlak dan hakiki... Wah bikin bingung ni hehe

Back to the point...kita benar-benar terpenjara oleh pemikiran kita. Cuba renung diri anda, dan tanya, '"siapakah aku ini ?". Pasti akan muncul dalam bayangan minda anda sosok peribadi anda secara fizikal. " Aku adalah si anu bin si anu, tinggi sekian , kulit warna sekian, pendidikan sekian, kerja sekian dengan gaji sekian, kawin dengan si anu dan ada anak sekian, tinggal di tempat sekian dan memiliki rumah sekian, kereta sekian, dan lain-lain yang sekian. " Aku " anda hanyalah merujuk kepada fizikal anda yang sekian dan sekian, inilah penjara yang membuat anda jadi peribadi orang yang 'kesian' :)

Rupa fizikal anda memang terbatas, namun bukan jiwa anda. Jiwa anda datang dari yang Maha Tak Terbatas dengan potensinya yang juga unlimited. Mungkin masih membingungkan. Ok mari kita melihat 'penjara-penjara' yang lebih jelas dan mudah. Di kalangan masyarakat kita ada persepsi bahawa untuk mendapat duit  harus dengan bekerja menjadi kuli makan gaji. Semakin tinggi sijil yang anda capai maka semakin besar gaji yang anda akan terima apabila masuk ke bidang pekerjaan.  Majoriti masyarakat terpercaya tanpa sedar bahawa kalau nak duit harus kerja makan gaji. Sebab itu sejak kecil ungkapan popular yang kita dengan dari mulut ibu bapa adalah, " Nak, belajar bagus-bagus nanti besar boleh dapat kerja bagus dan gaji besar ". Nampak kan, betapa hebatnya program minda yang kita terima dari kecil memberi pengaruh kepada keseluruhan aspek hidup kita. 

Keyakinan ini anda bawa selalu, semakin subur dan kuat mengakar di dalam jiwa anda sehingga anda bahkan tidak sedar ianya memberi pengaruh kepada diri anda. Maka anda sudah memenjara potensi diri anda dengan satu penjara yang tidak nampak selama ini. You limit yourself with your belief!. Hukum alam menetapkan bahawa anda akan memperolehi apa yang anda yakini. Hasilnya ramailah kalangan kita yang hanya bergantung hidup kepada taukeh-taukeh untuk mendapat rezeki. Kalau kena pecat dari kerja pasti akan jadi huru-hara. Ramai pula yang berhijrah dari kampung menuju ke ke kota kerana pengaruh daripada mentaliti ini. Tiada yang salah dengan hal ini, cuma di sini kita ingin melihat contoh penjara jiwa dan kesannya kepada kehidupan kita :)

Tanpa sedar kita 'menyekat' aliran-aliran rezeki dari sumber lain selain daripada kerja makan gaji. Padahal kalau kita membuka mata kita dengn iman maka kita akan melihat betapa luasnya rezeki kurniaan Allah. Betapa Maha Kayanya Allah dan betapa Maha Berkuasanya Dia untuk mendatangkan rezeki kepada kita dari segala macam sumber yang ada di alam ini. Kita hanya perlu membuka diri, membuka 'penjara-penjara' ghaib berupa persepsi kita yang menjadi penghalang antara kita dengan rahmat Ilahi.  Kelimpahan sentiasa tersedia untuk mengaliri periuk-periuk rezeki kita asalkan kita membuka pintu laluannya yang berada di dalam jiwa kita. Fikirkanlah tentang firman Allah ini :

“Tidak ada satu makhluk melata pun di muka bumi melainkan hanya Allah lah yang menanggung rezekinya.” -  (Hud: 6)

Jadi macam mana anda nak membebaskan diri anda daripada penjara-penjara ghaib ini? Caranya adalah dengan menjalani latihan spiritual meningkatkan kesedaran rohani anda. Sekarang ini ada bermacam kaedah untuk melatih spiritual anda. Ikutilah yang sesuai dengan keyakinan anda. Namun untuk anda yang muslim, dalam agama kita sudah tersedia jalan yang terang dan jelas bagi anda yang ingin meningkatkan kesedaran spiritualnya, membebaskan jiwanya dari penjara persepsi demi mencapai hidup yang harmoni dan bahagia.

Mulakanlah perubahan sekarang juga. Mengubah hidup anda bermula dengan mengubah mentaliti anda.

Selamat sukses untuk semua.

Salam kasih dan sayang :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum tn paranorms,

    Perghhhh memang power ayatnya, mudahan bagi yang membaca akan tersentuh di sanubari dan meningkatkan kerohanian dan disamping dapat mempelbagai dan mempelajari wadah2 ilmu yang telah dicari dan di gali. Insyallah bukakan pintu minda dan pintu hati dalam menilai diri sendiri dan seterusnya menuju kejayaan. Amin.

    ReplyDelete
  2. Memang benar kata tuan... Cumanya belenggu ini agak sukar di rungkaikan tanpa alasan yang munasabah... Apa pun saya akan cuba capai apa yang saya hajati dengan penuh azam dan tekad... Insyaallah...

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...