Your Magic Blog: June 2019

Sunday 30 June 2019

Proses Meningkatkan Getaran Energi



Baca di mulut dengan berbisik, hayati sehingga real di perasaan.

"Saya ikhlaskan semua keadaan masa lalu, masa kini dan masa depan saya.

Saya mencintai dan mengasihi semua makhluk Tuhan tanpa batas.

Saya terhubung dengan Tuhan yang merupakan sumber segalanya"

Lalu bernafas dengan tenang dan nyaman.

#TransformasiHati

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Titik Meditasi



Banyak guru mengajarkan titik meditasi atau zikir di cakra jantung/tengah dada.

Apa yang tidak diberitahu adalah,

Cakra jantung adalah titik Pengabdian kepada Tuhan.

Manakala, cakra ajna/tengah kening adalah titik Kekuasaan, moyangku memanggilnya sebagai penzahiran Arasy Kursia/ takta kekuasaan di mikro kosmik, dari kening sampai hujung hidung.

Di cakra jantung dirimu merasakan kebenaran.
Di cakra ajna dirimu menyaksikan kebenaran.

Pengajaran rohani begini hanya akan diterima oleh mereka yang sudah sampai masanya. Yang belum, akan pass.

#IlhamRohani

... Love no Limit ...
- Master

Saturday 29 June 2019

PLAGIARISME



Beberapa orang sahabat yang prihatin mengadu,

"Tuan, tulisan-tulisan tuan orang copy dan share tanpa bagi kredit kepada tuan. Mahal isi pencerahan dalam tulisan tu. Tuan tak marah ke?".

Saya jawab,

"Tidak mengapa. Orang boleh lupa letak nama saya, tapi Allah dan para malaikat takkan lupa menulis pahala-pahala saya untuk setiap hati yang disentuh oleh tulisan-tulisan itu".

Saya berkarya bukan kerana nama.
Tapi untuk menyebar kebaikan buat sesama.
Biar damai dan bahagia nanti di sana.
Tapi kalau dapat nama apa salahnya.
Saya memang macam tu orangnya.
Selalu hensem dan cool di mana-mana 😆
... Love no Limit ...

- Master Umar Paranorms

RAHSIA MURAH REZEKI II


Dari kitab, Tuhan memberikan 3 rumus murah rezeki. Ini selalu saya post dan repost, iaitu:
1. Syukur
2. Sedekah
3. Silaturrahim


Namun apa yang kita tidak tahu adalah kaitannya dengan level vibrasi energi dan aura.
Dari aspek level vibrasi energi, saya suka menggunakan Map of Conciousness milik Dr David R. Hawkins.

Dari pengamatan saya, Syukur, Sedekah dan Silaturrahim itu level energinya 540 (syukur) dan 500 (sedekah dan silaturrahim).

Level energi 500 ke atas adalah level yang super power energinya. Level di mana seseorang merasakan hidup berlimpah dan berbahagia.

500 adalah level energi Cinta Kasih. Sedekah dan silaturrahim yang benar dan berkualiti harus dan wajib dilandasi oleh rasa Cinta Kasih untuk membahagiakan sesama.
Bukan dilatari oleh motivasi ingin diberikan pulangan berganda-ganda dari hasil sedekah. Itu wilayah Nafsu energi 125.

Menurut saya level cinta kasih dengan energi 500 tari adalah level Cakra Jantung. Cakra jantung aura dominannya adalah hijau. Hijau adalah kod aura kekayaan alam semesta.

Bersedekah menguatkan cakra jantung, menambah ton aura hijau di medan aura. Alam ini berkomunikasi melalui kod-kod energi, dan setiap energi ada cahaya berwarna yang dipanggil aura.

Orang yang rajin bersedekah jadi murah rezeki kerana kepadatan ton aura hijau di medan tenaganya. Namun syaratnya, harus bersedekah atas niat ingin membahagiakan orang yang disedekahi. Baru aura hijau memancar riang dari cakra jantung.

Jadi kalau kita rajin sedekah, namun belum ada respon kelimpahan rezeki dari alam semesta, itu bermakna sedekah kita belum berlandaskan cinta kasih, tapi lebih kepada nafsu ingin dapat ganjaran 10 kali ganda dari hasil sedekah itu.

Dapat sesuatu?



P/S: Gambar adalah 'batu bacan'. Salah satu cara menambah ton aura hijau pada medan aura kita adalah melalui Aura Engineering batu-batu alami.

Silakan share. All free as always.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Hidup Masih Menderita?



Hidup saya masih sama tetap penuh derita, belum berubah.... Kata sorang teman.

Saya sudah doa siang malam agar tuhan mengubah hidup saya, tapi sehingga kini belum ada tanda-tanda tuhan mahu makbulkan doa saya... Sambungnya lagi.

Teman, di sini silapnya diri mu... Usah minta tuhan ubah hidup mu. Tapi mintalah tuhan ubah hati mu. Kerana hidupmu itu benar-benar hanya semata pancaran dari hatimu. Kau mintalah siang dan malam agar tuhan baiki hidup mu, tapi kalau hati mu masih juga penuh dengan kebusukan dan kenegatifan, doa mu tidak bakalan memberi efek lumayan.

Kau doa agar tuhan buat cewek-cewek tertarik dengan dirimu, tapi kau jarang mandi, malas berus gigi, tukar pakaian seminggu sekali, badan bau kambing... Kemudian kau marah dan mengadu tuhan tidak adil pada diri mu...

Kau salah minum ubat ya teman? Hehehee

Ubah hati mu, pasti hidup mu berubah... Hidup ini adalah permainan getaran energy. Apapun mahumu boleh kau capai, jika getaran hati mu benar.
Mari lakukan perubahan. Semua bermula dari hati mu.

#repost2015.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

SENJA NAN MERAH


Merah adalah unsur bumi, sama frekuensi dengan magnetk bumi 7.83 hz (schumann frequency).

7.83 hz adalah gelombang minda level alfa. Level di mana minda manusia kuat imajinasinya.
Ketika senja spektrum cahaya merah dominan di alam, membuai minda kita memasuki alfa state. Jadi orang mudah 'melihat' alam lain. Minda yang lemah kadang tidak dapat membezakan realiti dan fantasi.

Yang lemah semangat pula muda jatuh sakit.

Alam halus itu di sana saja tidak ke mana-mana. Cuma ketika senja alam membuka portal dengan membantu memudahkan orang memasuki gelombang minda alfa sehingga ternampaklah alam lain itu.

Begitulah rahsia senja nan merah.
#auraengineering

... Love no Limit ..
- Master Umar Paranorms

Friday 28 June 2019

ILMU TERTINGGI


Jika ada yang tanya, secara jujur apakah ilmu yang tertinggi dan terbaik yang boleh diamalkan oleh seseorang?

Kalau pandangan saya adalah,

Mendekatkan hati kepada Tuhan sehingga kedekatan yang tiada jarak lagi, agar semua sifat-sifatNya yang tentunya positif, universal dan lengkap memancar pada diri personal kita.
Bukan apapa ilmu olah energi mahupun apapa olah nafas.

Cuma, banyak orang yang awalnya ikhlas mendekat kepadaNya, dipertengahan jalan jadi disibukkan oleh pahala dan dosa, syurga neraka, perbandingan penampilan siapa paling warak, guru siapa paling alim, ilmu siapa paling banyak dihafal, agama siapa paling baik, dan lain-lain yang bukan lagi fokus mendekat kepadaNya.

Hal yang paling berharga itu memanglah paling mahal dan paling sukar untuk dicapai, ada saja halangan dan cabaran.

... Love no Limit ...
-Master Umar Paranorms

Ketika Melihat Kelebihan Orang Lain


Ketika melihat kelebihan orang lain, sering saya merasa rendah diri dengan kekurangan saya.
Ada orang kayanya bukan alang-alang.
Ada orang ilmunya bukan main luas.
Ada orang pengaruhnya satu negara.

Macam-macam kelebihan orang. Macam-macam pula kekurangan saya.
Rendah diri saya jadinya 😂

Ahh... kurangnya diri saya. Bilalah saya boleh jadi seperti mereka.
Tapi alhamdulillah.... Bila teringat bahawa hanya Allah yang Maha Kaya, hanya Allah yang Maha Pintar Bijaksana, hanya Allah yang Maha Kuasa, bahkan hanya Dia yang Maha Sempurna, hati saya kembali lapang.

Kalau bersama Dia, saya ada kekurangan apa? Oh tiada. Saya ada segalanya.
Saya hanya perlu berusaha lagi, agar semakin dekat dan dekat kepadaNya. Kerana bersamaNya saya lengkap sempurna.

Anda bagaimana? Rendah diri dengan kelebihan orang dan kekurangan anda?
Merapatlah kepadaNya. Gunakan hatimu.

#QALBU_INTELLIGENCE
#GENERASI_ZIKRULLAH
... Love no Limit ...

- Master Umar Paranorms

SIKIT-SIKIT


Tenaga adalah asas yang membina semua kejadian.
Tenaga bergerak mengikut fokus perhatian fikiran kita.
Fokus perhatian fikiran kita pula diarahkan oleh Niat kita.

Maka, niat kita adalah sebuah POWER!

Semua amalan dan kesan amalan tergantung kepada niatnya.
Jadi apapun niat yang diulang secara terus menerus akan mengarahkan fokus perhatian terus menerus, yang mana akan mengarakan tenaga secara terus menerus untuk membentuk 'sesuatu'.
Oleh itu, konsistenlah berniat perkara-perkara yang baik setiap hari... Saya ulang, SETIAP HARI.
Bilakah niat itu akan menjadi nyata? Ini relatif. Tergantung... Konsepnya, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Berniatlah untuk sihat, untuk dekat kepada Tuhan, untuk bahagia, untuk disukai orang, untuk dapat jawatan tinggi, untuk lulus exam, dan lain-lain.

Cara berniat yang paling mudah adalah dengan berdoa, misalnya:
"Ya Allah, jadikan aku semakin tunduk padaMu"
"Ya Allah, jadikan aku semakin hari semakin hensem"
"Ya Tuhan, berikan aku jodoh yang baik, rupawan, berbudi, pencinta......... "
"Wahai Tuhan, jadikan aku sentiasa awer muda".
....... ini contoh. Selainnya kita boleh reka ayat sendiri sesuai keinginan. Intinya adalah konsisten, hari demi hari.

Keraguan akan menjadi keyakinan apbila kita konsisten. Jadi kalau kita masih ragu, ertinya kita belum cukup konsisten. Konsisten itu menutup semua kelemahan yang kita ada. Practice makes perfect.

Membina sebuah hajat itu sama dengan membina rumah. Sikit-sikit, hari demi hari, dan akhirnya siap.

Kita hanya gagal kalau kita berhenti berusaha. Sebab mengikut hukum alam, The Law of Growth, apapun yang diusahakan terus menerus pasti akan sukses akhirnya.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

FIKIRAN


Fikiran kita adalah daya dari Ilahi.

Bermakna, fikiran kita adalah 'golongan' yang mulia.
Ketika fikiran diarahkan ke 'golongan rendah' maka hati kita jadi gundah gulana tiada bahagia.
'Golongan rendah' itu dari unsur tanah iaitu kebendaan, harta benda, atau apa saja yang pejal-pejal dan padat.

Atau dari unsur air, cecair lendir dari celah-celah paha 🤣, populariti, kemasyhuran, dan sanjungan
Atau dari unsur api, berupa kekuasaan dan segala hal yang membengkakkan ego.
Jika fikiran diarahkan ke 'golongan tinggi', barulah hati kita merasa bahagia. Iaitu hal-hal ketuhanan, persaudaraan, pertolongan yang ikhlas, sikap yang berbudi, berbagi yang tulus dan apa saja yang berlandaskan cinta kasih dan sayang.

Hari-hari kita mengarahkan fikiran kita ke bawah, ke posisi yang tidak selayaknya. Wajar kita belum bahagia.

Jadi tidak boleh fikirkan dunia? Ahh boleh dong. Yang penting alasan dan tujuannya tinggi dan mulia. Niatnya baik untuk manfaat ramai. Bukan untuk membengkakkan ego sendiri dan syok sendiri.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

BUNTU

Bilang orang Kedayan dan Brunei, "Buntu lauk mu ni wang"

Saya yakin semua orang pernah merasa buntu, bingung dan helpless.
Dalam keadaan ini kita melihat kurang pilihan bahkan tiada pilihan yang boleh kita ambil untuk meneruskan langkah kehidupan atau menyelesaikan apapa persoalan.

Buntu, adalah tanda kita terlalu dekat dengan sesuatu sehingga kita tidak lagi melihat perkara lain.
Ketika kita berdiri terlalu rapat dengan seseorang, misalnya hanya jarak 1 jengkal, apa yang kita nampak pada orang itu? Kita hanya nampak hidungnya sahaja. Atau matanya sahaja. Kita tidak dapat melihat bahagian badannya yang lain. Kita jadi 'buntu'.

Untuk melihat lebih banyak tentang rupa bentuk orang itu, dari kepala hingga kaki, kita harus berundur menjauh, maka barulah terlihat semua rupa bentuknya
Mengalami keadaan buntu, adalah tanda kita terlalu dekat dengan keadaan atau persoalan yang kita hadapi. Kita harus berundur untuk melihat 'big picture'.

Atas alasan inilah orang pergi holiday, pergi berkelah hujung minggu, jogging, hiking. Tujuannya adalah untuk berundur, retreat, detach, agar boleh melihat kerja, projek, masalah, atau persoalan secara 'big picture' dan ada idea-idea baru.

Masalahnya... Banyak orang, walaupun sedang ber-holiday, masih juga fikirannya 'dekat' atau 'attached' dan menggeluti kerja, projek atau persoalan hidupnya. Tidak ada proses retreat atau berundur. Jadi dia tetap merasa buntu walaupun sudah ber-holiday di kutub utara.
Sebab itu... Retreat yang paling utama bukanlah secara fizikal, tetapi secara mental. Iaitu melalui meditasi, tafakkur, atau zikir.

Meditasi, tafakkur, atau zikir akan membuat mental kita retreat atau detached dari semua kondisi dan keadaan, kembali ke keluasan tanpa had, recharged dan energised.

Jommm... Mari kita retreat dan recharge dengan meditasi, tafakkur atau zikir. Biar makin hensem dan owsem.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

WANG SEBAGAI ALAT, BUKAN SEBAGAI MATLAMAT


Saya perhatikan, ketika saya kejar wang dan menjadikan ia sebagai matlamat, misalnya saya ingin kumpul rm 30k dalam masa sebulan, susahnya bukan main.

Secara energi dan rasa, ketika wang jadi matlamat, perasaan saya jagi 'selfish'. Kumpul wang demi ego. Itu rendah dan lemah energinya. Tidak banyak orang dan elemen alam yang akan berkolaborasi dan berkonspirasi bersama saya untuk mewujudkannya matlamat selfish itu.

Tetapi jika niat saya ingin mengkumpul sejumlah wang, dan wang itu jadi alat untuk tujuan mulia, misalnya demi keluarga atau demi kepentingan orang lain, prosesnya jadi lancar dan mudah. Ada saja kemudahan dari mana-mana. Ada saja kerjasama dari manusia dan elemen alam semesta yang lain.
Saya mengalami dua perkara ini berkali-kali.

Kadang saya lupa, wang pun jadi matlamat, maka prosesnya jadi susah dan menyusahkan. Kadang saya ingat, wang pun jadi alat, prosesnya pun jadi senang dan menyenangkan.

Ini membuktikan, at least buat diri saya, bahawa apapa usaha yang dilakukan berlandaskan cinta dan kasih sayang, yang motifnya 'demi kebaikan orang lain' maka prosesnya jadi mudah.

Dan..... Bahawa kita ini adalah satu wujud besar yang terhubung oleh rasa cinta kasih, dan terputus oleh ego peribadi.

Penyamaran niat yang kononnya 'demi kebaikan orang lain', padahal sebenarnya 'demi kepentingan diri sendiri', tidak bakal menjadi. Hati nurani kita takkan tertipu. Signal-signal dalam bentuk energi pasti memancar ke alam sekeliling dari hati nurani kita. Akhirnya yang pura-pura dan yang munafik pasti ketahuan akhirnya.

Energy never lies!

Mudah-mudahan saya dan anda selalu ingat, jadikan wang sebagai alat untuk berbakti kepada orang lain, bukan matlamat untuk memuaskan ego peribadi dengan kesenangan dan sanjungan orang.
Tuhan membantu dan memudahkan orang yang niatnya ingin membantu dan memudahkan orang lain.

#POWEROFLOVE #SPIRITUALOFMONEY
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Wednesday 26 June 2019

DEPRESI TANDA KURANG IMAN? BENARKAH?

“Depresi adalah akibat jauh dari Tuhan!”

Begitu kata mereka yang telah dekat dengan Tuhan.

Menurut saya yang jauh dari Tuhan ini, pendapat tersebut terlalu mudah, pukul rata. Depresi jauh lebih rumit daripada sekadar ‘jauh dari Tuhan’.

Mengapa? Banyak pesakit saya yang ‘dekat dengan Tuhan’ juga mengalami depresi.

Eh sebentar... Saya kabari dulu. ‘Dekat dengan Tuhan’ itu ukuran standardnya adalah, banyak ibadat wajib mahupun sunat, suka zikir, baca kitab suci, plus pakaian dan penampipan lebih arabik. Begitu hasil survey yang saya jalankan pada beberapa orang.

Benar ini. Saya banyak pesakit yang ‘dekat dengan Tuhan’ namun masih mengalami depresi.



Kakak saya sendiri Teratai Putih, sebelum jadi perawat dan konsultan yang anggun seperti sekarang ini, dulu dekat 3 tahun depresi. Ada suara-suara di benaknya yang selalu ‘mewahyukan’ agar dia sembelih anaknya. Hari-hari. Ngeri 😱

Padahal..... Kakak saya pada ketika tu sangat ‘dekat dengan Tuhan’.

Jadi melabelkan orang-orang depresi sebagai ‘jauh dari Tuhan’ itu suatu hukuman yang sangat sadis. Sudahlah mengalami depresi, dihukum lagi sebagai ‘jauh dari Tuhan’.  Makin depresiiiiiiiiii orang yang berkenaan.

Soal dekat atau jauh dari Tuhan, itu masalah spiritual yang sangat halus dan private

Manakala depresi adalah masalah mental, yang dipicu oleh hormonal, dan hormon pula dientukan oleh beberapa aspek.

Antaranya ialah pola pemikiran, pola tidur, kadar rehat, pemakanan dan perubahan fizikal akibat suatu kejadian misalnya kemalangan atau bersalin bagi wanita, yang mengubah keseimbangan hormon badan (ini yang saya tahu setakat ini).



Sebelum kita urus soal kedekatan atau kejauhan dari Tuhan, eloklah kita pandang dulu aspek-aspek yang jelas lagi nyata seperti di atas. Intinya adalah mengesan apa faktor fizikal dan mental yang membuat si pesakit terkena depresi, lalu berusaha mengatasinya.

Menyuruh seseorang yang kena depresi agar ‘mendekat kepada Tuhan’, itu boleh jadi lebih membingungkan dirinya, membuatnya jadi lebih depresi tahap langit ke 7.

Dari segi mental, depresi adalah kondisi di mana gelombang otak si depresor kekal berada di tahap gelombang beta yang tinggi (beta, 14-30 cps).

‘Dekat dengan Tuhan’ itu pada standard saya adalah apabila gelombang otak berada di tahap theta (theta, 3-8 cps). Ini standard saya, sangat mungkin kita tidak sepakat, dan itu juga bukan suatu masalah.

Segala macam ritual agama adalah kaedah mendekat kepada Tuhan, belum lagi kondisi ‘dekat kepada Tuhan’.

Jadi sebetulnya, sebuah depresi boleh diubati jika sekiranya si depresor dapat mengubah gelombang mindanya dari tahap beta ke theta atau minima tahap alfa, melalui apapun cara, teknik, metod, amalan atau ritual.

Bagaimana saya tahu? Saya pernah mengalaminya, dan mencubanya ke atas berbagai kes pesakit saya.

Kondisi di mana mental dan fizikal jadi harmoni, sihat dan selaras adalah gelombang alfa (frekuensi bumi 7.83 cps).

Kondisi di mana kesedaran menyatu dengan alam, atau kesedaran ketuhanan adalah tahap theta.

Ada banyak cara mengubah gelombang minda, serta ada banyak cara fizikal untuk mengawal kestabilan hormon.

Jangan putus asa, masih ada harapan. Mari datang ke Qi Center. Kami sedia membantu.



... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Monday 24 June 2019

BAGAIMANA TERAPI GELOMBANG AURA JARAK JAUH BEKERJA?



Salam sejahtera buat semua.

Kali ini ingin berkongsi sedikit perihal rawatan jarak jauh. Ramai teman-teman, saudara-mara dan kenalan bertanya bagaimanakah rawatan jarak jauh dijalankan.

Dalam proses menerangkan rawatan, saya hanya boleh menerangkan konsepnya sahaja, kerana sifatnya energy adalah sangat halus pada skala mikroskopik dan hanya berlaku di dimensi ke-4 sebelum terzahir "efek" nya ke alam 3 dimensi.

Seperti yang kita pelajari dalam ilmu sains, semua benda adalah terdiri dari atom yang bergetar pada frekuensi masing-masing.

Di mana apabila kita perhatikan tubuh zahir manusia dan seluruh benda di alam ini melalui konsep atom, molekul dan vibrasi, kita akan dapati bahawa sesungguhnya, kita semua hanyalah sekadar gumpalan energy, yang saling bergetar di medan energy di ruangan energy juga.

***

Nikola Tesla, seorang saintis yang dilupakan oleh sejarah, sudahpun terlebih dahulu memahami konsep ini. Beliau mengatakan bahawa manusia itu sebenarnya tidaklah terpisah walaupun seorang yang lain berada di hujung dunia.

Ini kerana, kita masih tetap saling terhubung di level molekul. Perhatikan pada setiap ruang kosong di semua sudut kita, di mana saja kita berada, molekul udara, molekul dinding, molekul laut, molekul tanah, dan segalanya semua adalah ENERGY yang saling berhubung memenuhi setiap kejadian.

Walaupun di pandangan mata kasar, kita berada sangat jauh, akan tetapi pada molekulnya kita semua saling terhubung. Fikiran kita, yang juga adalah energy, apabila diaktifkan dengan NIAT, akan bergerak secara molekulnya kepada target.

Energy Follow Thought. Tenaga mengikut fikiran.

Seperti firman Tuhan...
"Aku mengikut sangkaan hamba-hamba Ku".

Jadi mengikut hukum sains yang tidak dapat disangkal, kita dapati sebenarnya bahawa kaedah mengirim "tenaga" melalui molekul udara dan seluruh objek itu, bukanlah satu benda yang mistik dan paranormal lagi.

Dan seperti yang saya tuliskan tadi, bahawa Nikola Tesla sudah pun memperkenalkan visi ini dalam ciptaannya sebelum dunia moden masakini lagi.

Nikola Tesla percaya bahawa bumi mempunyai medan magnet yang mampu menjadi penghubung kepada tenaga yang dihasilkan di kawasannya kepada tempat lain di hujung dunia.

Dengan kaedah dan konfigurasi tertentu, beliau berjaya menyalakan lampu hanya dengan meletakkan rod besi di tanah yang menjadi konduit bagi mesin utamanya untuk memancarkan energy tanpa wayar.

Malangnya ciptaan beliau disabotaj, dimusnahkan, dan disembunyikan.

***

Bukankah sekarang di zaman ini, perhubungan telefon, bluetooth, WIFI, bahkan siaran langsung TV serta video chat skype sudah digunakan dimana-mana sahaja oleh manusia dari sudut dunia?.

Bahkan para saintis sudah semakin banyak melakukan eksperimentasi pemindahan partikel, yang kini masih diperdebatkan sesama saintis.

Enough of that story, berkenaan sistem rawatan jarak jauh, badan manusia ternyata mempunyai medan magnet yang sangat kuat, dan jika dilatih dengan amalan-amalan tertentu, akan menguatkan lagi sistem tenaga elektromangetik ini.

Badan manusia juga, bersifat memancarkan gelombang seperti radio, dan gelombang ini didominasi oleh fikiran, niat dan emosi. Naaaaah, dari sini datangnya teori-teori ilmu psikik dan telepati.

Umumnya dalam sistem tubuh melalui dasar keilmuan aura, kita mengetahui bahawa manusia itu mempunyai tujuh titik tenaga utama di tubuh yang dikenal sebagai cakra, dan setiap cakra ini pula masing-masing memancarkan tenaga yang bercahaya. Semakin kuat, tebal dan luas jangkauan sinarannya, maka begitu juga pengaruhnya pada tahap kesihatan, wibawa, pesona dan karisma anda.

Jadinya, berbalik kepada isu asal, dalam proses rawatan jarak jauh, sang perawat akan menjadi pemancar kepada gelombang energy penyembuhan, dan melalui fakta saintifiknya boleh saja diterima oleh si klient tadi selama mana dia tetap wujud di dunia ini ketika sesi rawatan sedang berlangsung. Hahahah.

Untuk tulisan kali ini, kita fokus saja dulu pada teori rawatan jarak jauh. Sehingga kini, semakin ramai saintis yang mengkaji kuantum fizik dan sains astrologi percaya dan menyokong bahawa......

"Fikiran adalah lebih laju dari cahaya.

Thought travel faster than light."

Ketika kita berniat, getaran gelombang fikiran ini tadi sudahpun berhubung dengan getaran atom yang bersambung tanpa putus, kepada setiap klient kita. Dalam proses terapi, klient yang mempunyai deria rasa yang kuat atau sensitif akan mengalami sensasi-sensasi energy tertentu yang unik berdasarkan peribadi dan kepercayaan masing-masing.

Sensasi yang paling biasa kita dengar dari testimoni klient biasanya adalah seperti berikut.

1- Tulang belakang atau seluruh badan menjadi sejuk.

2- Rasa kesemutan pada seluruh atau bahagian tertentu di badan.

3- Merasa tubuh terombang ambing seperti dilanda ombak.

4- Seluruh badan terasa panas walaupun berkipas atau penghawa dingin.

5- Tertidur lelap tanpa mimpi sehingga pagi.

6- Klient tiba-tiba menangis atau mengeluarkan air mata secara tiba-tiba.

7- Terasa udara di dalam bilik menjadi suam dan nyaman.

8- Melihat cahaya berwarna warni di hujung anak mata ketika sesi terapi.

Dan banyak lagi sensasi yang unik terlalu panjang untuk diceritakan di sini.

Di Qalam Ilahi Wellness Center, kes kerasukkan atau meracau-racau ketika sesi terapi jarak jauh dilakukan sangat JARANG berlaku sama sekali.

Kenapa?

Bukan kerana rawatan kami hebat , tetapi kerana klient akan diterangkan terlebih dahulu sebab, punca, dan 'after effect' dari permasalahan yang dihadapinya sebelum dirawat, supaya tidak berlaku salah faham dan ketakutan hingga menimbulkan histeria.

Biasanya, terapi jarak jauh dilakukan selama seminggu. Dan kerana ia memerlukan KOMITMEN SECARA BERTERUSAN oleh perawat kepada klient,  dan memakan sebahagian dari masa peribadi perawat, maka sistem pertukaran "energy" adalah sangat dialu-alukan.

Tetapi sempena tulisan ini, kami akan mengadakan sesi terapi bagi orang-orang yang baru saja mengetahui konsep rawatan jarak jauh ini.

Kami juga menangani kes-kes "Bukan Penyakit" seperti mengembalikan keharmonian rumah tangga, mengembalikan orang yang lari, pelarisan rezeki, Aura shield untuk rumah / premis, dan lain-lain masalah kehidupan.

Semua orang layak menerima dan mendapatkan Terapi Gelombang Aura, tidak kira dia jauh ataupun dekat. Sebelum sesi terapi berlangsung, klient akan disuruh berada dalam kondisi diri yang senang dan tenang. Tidak digalakkan untuk bekerja dan melakukan aktiviti berat atau yang menggunakan fikiran.

Lebih baik lagi jika sesi terapi dijalankan sebelum tidur. Bagi klient yang tertidur sehingga pagi, atau tidak merasa apa-apa sensasi, usah risau.Energy penyembuhan tetap akan meresap dalam diri anda.

Biasanya bagi orang-orang yang mempunyai sakit dari awal, mangsa sihir, atau terlampau banyak energy negatif dalam badan, pada 2 hari terapi akan mengalami HEALING CRISIS, iaitu merasa penat berlebihan, timbul demam, cirit-birit atau hilang selera makan.

USAH RISAU, kerana ia adalah gejala normal. Sila banyakkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses detoksifikasi dalam tubuh. Usahakan juga untuk banyak makan sayur, serat dan buah.

Harap maklum, bahawa terapi alternatif bukan bertujuan untuk mengganti ubat hospital, dan anda tidak disuruh meninggalkan ubat yang diberikan oleh doktor sebelum mendapatkan nasihat dari pakar.

Apa manfaat Terapi Gelombang Aura (TGA) dan berbagai jenis Quantum Holistic Healing kepada anda?

- Mempercepatkan proses penyembuhan tubuh.

- Memperkuatkan gelombang elektromagnetik dalam tubuh anda.

- Membersihkan cakra dan aura untuk meningkatkan sistem hormon anda.

- Meningkatkan kesedaran pada kelebihan manusia yang diberikan Tuhan.

- Memecahkan ikatan energy sihir, energy sumpahan dan energy negatif.

- Menenangkan fikiran yang selama ini terbeban oleh stress.
.
.
.
.
Dan banyak lagi untuk disebutkan. Anda cubalah sendiri.

Hubungi team kami http://qihasna.wasap.my untuk tempahan mana-mana slot terapi bulanan yang diadakan..

Sekian salam kasih dan sayang dari kami untuk anda.

Love no limits.
- Master Umar Paranorms

• 'SESUATU' •


Begitulah manusia...

Anda akan dicari, didekati dan dicintai jika anda ada sesuatu yang boleh dinilaikan dengan wang.
Jika anda tiada 'sesuatu' itu maka bersiap-siaplah menangis dengan layanan orang kepada anda.
Apakah 'sesuatu' itu? Iaitu apapa saja yang boleh dinilaikan dengan wang atau menghasilkan wang.

Antaranya,
Kuasa
Populariti
Network
Harta
Kecantikan
Ilmu
Kemahiran
Apalagi ya? Anda boleh tambah sendiri.

Ini zaman persaingan ketat. Anda harus anda 'sesuatu' agar anda jadi bernilai di mata manusia, agar anda dicari, dikejar dan dicintai.

Kalau sekarang anda ada 'sesuatu' itu, tidak perlu terlalu bangga jika anda dicari, didekati, dicintai dan dikasihi begitu ramai orang.

Jangan terlalu merasa anda 'star'. Suatu masa jika anda kehilangan 'sesuatu' tersebut percayalah anda akan dijauhi bahkan mungkin diludahi.

Hidup ini seperti roda. Tidak selamanya kita di atas dan 'memiliki'. Ada masa kita di bawah dan 'kehilangan'.

Jadi selalu lah alert, jangan lalai dengan sanjungan. Suatu waktu nanti sanjungan akan jadi s-anjing-an.

Sebab itu..... Dalam upaya kita membina kehidupan, usah terlalu peduli apa kata orang, atau apa tanggapan orang.

Kerana kata-kata orang dan anggapan-anggapan orang meningkat positif seiring dangan nilai 'sesuatu' kita.

Makin tinggi nilai 'sesuatu' yang kita miliki, akan makin tinggi pujian, kipasan dan jilatan orang.
Pedis ya? Haha memang begitulah ragam dunia. No money no honey.
Jadi fokuslah membina diri, dapatkan 'sesuatu' anda.

Ayam pasti datang bila kita ada banyak beras. Kucing akan datang bila kita ada banyak ikan. Semut akan datang jika kita banyak gula. Anjing akan datang kalau kita ada tulang-tulang.
Ini tulisan umum, berkenaan psikologi manusia. Kalau mengena di hati silakan share.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

•BERDAMAI•



Kita manusia ada banyak ketakutan.

Salah satunya adalah, kita takut orang bercakap-cakap tentang keburukan kita.
Dulunya, sebelum saya hensem begini, saya pun sama. Terlalu menjaga imej, biar orang selalu kata perkara-perkara yang baik saja tentang saya.

Lalu saya sedar, kalau orang berkata buruk tentang saya, lalu apa masalahnya? Di mana masalahnya?
Saya tidak akan sumbing. Saya tetap boleh makan. Rezeki saya tetap lancar mengalir. Orang-orang tulus yang menyayangi saya akan stay.

Saya menyedari, sebenarnya yang bermasalah adalah ego kita yang tercalar. Ego kita yang tidak pernah mahu buruk, rendah dan kurang. Padahal buruk, rendah dan kurang adalah bahagian daripada sifat manusiawi kita.......

Kalau ternyata ada orang yang menjauh setelah kenal sifat-sifat manusiawi kita yang buruk, rendah dan kurang, biarkanlah. Dibenci oleh orang yang tidak berhati tulus itu bukan satu kerugian.
Selalu, kerana terlalu menjaga imej kita tampil tidak apa adanya. Kita terpaksa berlakon. Kita terpaksa pakai topeng, menutup sisi sebenar diri kita.

Untuk apa sebenarnya?
Bahagiakah begitu?

Ahhh.... Hidup ini sebenarnya harus bahagia, dan bahagia yang sesungguhnya adalah apabila kita sudah berdamai dengan diri dan hidup kita........ menerima diri dan hidup kita seperti apa adanya.
Berlakon dan bertopeng itu menyeksa diri sendiri.

Biar orang mahu kata apa, kalau kita sudah memutuskan untuk merasa bahagia, maka kita akan merasa bahagia, kerana bahagia itu soal perasaan.

Semoga anda semakin bahagia pada hari ini 😊
Free to share.
... Love no Limits ....
-Master Umar Paranorms

•MANIFESTASI CINTA•



Selamat berbahagia semua sesama ku😊
Saya dan anda semua sama. Sama-sama ciptaan Tuhan. Lebih tinggi levelnya, kita sama-sama penzahiran sifat-sifat Tuhan.

Lihatlah diri anda,

Anda penzahiran sifat WujudNya yang terlihat pada keberadaan anda.

Anda penzahiran sifat IlmuNya, sehingga anda dapat mengetahui.

Anda penzahiran sifat KehendakNya, yang terlihat pada keinginan-keinginan anda.

Anda penzahiran sifat KuasaNya, yang terlihat pada daya kemampuan-kemampua anda.

Anda penzahiran sifat MelihatNya, yang nampak pada mata anda.

Anda penzahiran sifat MendengarNya, yang myata pada telinga anda.

Anda penzahiran sifat Kalamnya, yang menghasilkan suara-suara anda.

Lalu sifat-sifatnya yang lebih luar, juga ada pada diri anda. Anda pengasih dan penyayang, itu sifatNya yang terzahir pada anda.

Anda bijaksana, anda indah, anda lembut, anda sabar, anda kaya, anda makmur, anda kuat.... Anda benar-benar adalah penzahiran diriNya dalam bentuk yang terbatas. Itu hakikinya anda.
Sifat-sifat anda yang anda sekarang ini? Ohh itu ilusi. Bukan sejati. Itu yang buat anda lemah dan sengsara. Serba terbatas.

Anda tinggal PULANG... SEDAR.... Tentang hal ini. Lalu anda CLAIM hak azali anda.
Jadilah Iluminati... Apa itu Iluminati? Ia dari perkataan 'illuminated' iatu 'golongan orang-orang yang tercerahkan'.

Siapa yang tercerahkan tentang hak-hak ketuhanan di dalam dirinya, dia unggul berbanding orang-orang yang tidak tahu, faham dan sedar.

Belajarlah ilmu-ilmu spiritual yang benar. Belajarlah ilmu-ilmu energi, ilmu-ilmu aura... Kenalilah diri anda. Hakikat anda sedang merindui anda untuk segera pulang dan CLAIM hak azali anda.
Hidup ini adalah perjalanan menuju hakiki. Apapun yang sedang kita alami, ini bahagian daripada perjalanan, bukan destinasi perjalanan.

Im am sorry
Please forgive me
I love you
Thank you
I am part of you, i am you..............

Free to share.
... Love no Limit ...
-Master Umar Paranorms

•TEGUH•


Tumbuhan kecil ini tetap tumbuh mekar walaupun dikelilingi oleh batu-batu konkrit.
"Tetaplah berkembang walau sesusah apapun keadaan menekan anda. Potensi terbesar anda keluar apabila anda dalam tekanan".

Ia hanya perlukan ruang yang kecil hidup dan rumbuh besar.
"Pintarlah mencari peluang-peluang baik. Dalam kesempitan tetap ada kesempatan baik".
Ia tumbuh walaupun sendiri.

"Perjuangkanlah apa yang anda yakini sebagai benar, kerjarlah impian-impian anda walaupun tiada siapa yang sokong anda".

Nasihat buat diri saya sendiri, keluarga, crew-crew saya, sahabat-sahabat, pelajar-pelajar dan siapapun yang sukakan nasihat.

Sesungguhnya anda tidak perlukan nasi ataupun sihat untuk memberikan nasihat. Anda hanya perlukan niat baik untuk saling berbagi kebaikan-kebaikan.
Anda tidak tahu akan ada jiwa-jiwa yang bersinar oleh nasihat-nasihat anda.

The more u give the more u get back.
Free to share.
... Love no Limit ...
-Master Umar Paranorms

Sunday 23 June 2019

MENGUBAH SIKAP PASANGAN DENGAN ‘MIRACLES OF HIGH VIBES'



Kemarin ada sorang sahabat dari Singapore mengadu kepada saya.

“Master, bagaimana saya nak ubah perangai suami saya yang benar-benar buat saya sakit hati, jengkel, marah, kecewa dan sedih?”

Anda yang baca post pun ramai yang hadapi situasi ini kan.

Saya kata padanya.

“Puan, untuk dapat mengubah pasangan,  harus bermula dengan mengubah diri puan lebih lebih dulu”.

Kenyataan begini biasanya buat orang bingung.

Pasangan saya yang bermasalah perangai, apasal saya pulak yang kena berubah? Hehe

Sabar dulu. Santai.

Masalah utama majoriti pasangan dunia ini adalah mereka berusaha mengubah pasangannya.

Bila kita buat macam ni, kita menjentik ego pasangan kita. Bukan berubah jadi lebih baik tapi semakin menjadi-jadi perangai buruknya kerana, ego pasangan akan cenderung menentang daripada mengalah.

Cuba fahami konsep ini,

“All healing is self healing”.

“Semua penyembuhan bermula dengan menyembuhan diri sendiri”

Apabila kita nak ubah someone, kita mulakan dengan mengubah diri kita lebih dulu.

Apabila kita nak pasangan kita ada satu sikap yang kita inginkan, kita harus lebih dulu miliki sikap itu.

Apabila kita nak pasangan kita lebih penyayang, kita harus lebih dulu memiliki sifat penyayang itu dengan teguh menjadi karakter kita.

Adalah begitu sukar nak ubah sikap pasangan jika tuan-tuan dan puan-puan jika selalu saja memberikan kritikan terhadap sikapnya, asyikan menyalahkan dirinya atas kekurangan-kekurangannya.

Sembuhkan diri kita dulu.
Sembuh dari perasaan sedih dan kecewa
Sembuh dari kemarahan dan suka menyalahkan.

Sembuhkan, sehingga aura kita bergetar tinggi, penuh cinta, bahagia dan damai. Fokus ke situ saja.

Dengan begini pasangan kita akan perlahan-lahan akan follow vibrasi kita, akan follow sikap kita.

Akan terjadi yang di namakan hukum kesamaan frekuensi, atau Law of Resonance Frequency.

Kalau aura anda kuat, anda akan menaungi dan mampu menyembuhkan aura pasangan anda.

Jika anda aura anda telah kuat, barulah anda mampu melihat kebaikan-kebaikan pasangan anda. Barulah anda boleh mula memuji-muji dirinya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi, pasangan ni kalau kita puji-puji akan lembut hatinya dan mudah berubah jadi lebih baik.

Jika anda kuat kritik dan komplen, aura anda sangat lemah, tidak akan mampu mengubah sikap pasangan anda. Akan jadi lebih teruk lagi sikapnya.

Cara ini boleh anda aplikasikan pada sesiapa saja. Pasangan, anak-anak, orang yang anda pimpin dan everyone.

Sambung kisah sahabat yang mengadu tadi.... Setelah saya jelaskan dan cerahkan akan hal ini, beliau jadi tenang. Tidak lagi segelisah dan se-stress sebelumnya.

Saya kata ini penyelesaian masalah secara spititual. Memang berbeza dengan konsep-konsep yang biasa puan dengar.

Telah begitu ramai pasangan yang saya ajarkan kaedah sebegini, dan alhamdulillah memang ajaib kesannya.

Ini saya panggil sebagai, Miracle of High Vibes.

Cubalah praktikkan. Mudahan cinta dan rumah tangga anda juga kembali ceria dan bahagia.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Rohani Dan Duniawi

Belajar kerohanian itu, pada pengalaman saya, ia adalah kaedah untuk mengakses sumber tanpa batas.

Sumber apa?

Sumber bebas, berupa energi yang berpotensi dijadikan apa saja kita mahu.

Akan tetapi, ketika sumber itu diturunkan ke dunia, ke dalam kehidupaj sehariian kita, ia perlu ilmu management atau ilmu pengurusan sumber.

Sama seperti dalam dunia bisnes.

Ada jabatan yang mencari wang (sales, marketing, operation), dan ada jabatan yang menguruskan wang (hr, accountant, finance).

Otak kanan kita adalah pencari sumber, manakala otak kiri pula jadi kita pengurus sumber.

Pada hemat saya, orang yang menjalani kerohanian, kalau tidak mahir ilmu pengurusan akan tempang hidupnya.

Bukan akhirat saja perlu dipelajari, wajib juga mempelajari ilmu pengurusan duniawi.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Saturday 22 June 2019

HATIMU PENENTU HIDUPMU



Tindakan jahat orang lain tidak akan buat kita jatuh.

Cakap-cakap buruk orang tidak akan buat keadaan hidup kita jadi buruk.

Hukum alam semesta tidak bekerja seperti itu.

Fahamilah ini,

“The world Without, is the reflection of the world Within”.

Bahasa mudahnya,

“Hidupmu adalah pancaran hatimu”.

Jadi,

Kejatuhan dalam hidup adalah kesan perubahan suasana hati.

Perubahan hidup dari keadaan baik kepada keadaan buruk adalah kesan kejatuhan suasana hati.

Hati yang dulu penuh sifat positif, kini berubah menjadi negatif.
.
Hati yang dulu penuh keberanian kini penuh keraguan.
.
Hati yang dulu penuh optimis, kini penuh pesimis.
.
Hati yang dulu penuh kerendahan, kini penuh keegoan.
.
Hati yang dulu penuh kegembiraan, kini penuh kesedihan dan kekecewaan.
.
Hati yang dulu penuh cinta, kini penuh dendam dan kebencian.
.

Ini hukum vibrasi energi.

Jadi benar bahawa perbuatan dan perkataan manusia tidak akan menjatuhkan diri anda.

Akan tetapi, jika perbuatan dan perkataan manusia mampu menjatuhkan suasana hati, atau bahasa lainnya vibrasi energi anda, maka pastilah hidup anda juga akan mengalami kejatuhan.

Yes.... inilah kuncinya!

Sebab itu, disaat anda dijahati dan dibenci orang, makin tinggikan vibrasi energi anda.

Syukurmu, usahakan  makin tinggi.
.
Cintamu, usahakan makin luas.
.
Baktimu, usahakan makin banyak.
.
Keyakinanmu, usahakan makin teguh.
.
Keredhaanmu, usahakan makin dalam.
.
Damai dan hening hatimu, usahakan makin jernih.
.

Anda akan tanya, bagaimana nak usahakan hati di saat gelora kejahatan dan kebencian orang bengitu dahsyat gelombangnya?

Usah lawan, tapi rangkullah.
Usah musuhi, tapi berdamailah.

Ego kita inilah yang selalu merasa mulia, berilmumu, berada, punya status, dan segala pengakuan yang bukan miliknya secara hakiki.

Pada saat inilah kita fanakan ego.
Hilangkan pengakuan-pengakuan.

Mustahil menghina dan melukai orang yang telah memfanakan egonya.

Rasakan tidak berdayanya kita di hadapan Tuhan.

Fana sampai kosong.

Sehingga kita. mengaku,

Ya Allah, kusandarkan kejahilanku pada ilmuMu Yang Maha Sempurna.
.
Ya Allah, kusandarkan kelemahanku pada kekuatanMu Yang Maha Sempurna.
.
Ya Allah, kusandarkan kehinaanku pada KemuliaanMu Yang Maha Sempurna.
.
Ya Allah, kusandarkan kemiskinanku pada KekayaanMu Yang Maha Sempurna.
.
Redha, Ikhlas, Pasrah penuh kepadaNya.

Penyerahan diri kepadaNya itu sungguh indah tidak tergambarkan. Itulah vibrasi energi tertinggi.

Ilmu spiritual di dalam post ini adalah permata kehidupan. Usahakan hadam sampai faham. InsyAllah hidup anda tidak akan pernah lagi sama seperti dulu.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Thursday 20 June 2019

DNA Bangsawan




Secara fizikal, DNA kita memang ada yang keturunan raja, sultan, pembesar, bangsawan, hamba abdi, petani, nelayan, serta penjahat.

Ini membuat kita berbeza. Ada yang merasa lebih dari yang lain, dan ada yang merasa kurang dari yang lain.

Perubahan DNA hanyalah evolusi kehidupan. Orang-orang yang unggul dalam arena hidup mengubah dan mewariskan DNA yang unggul kepada keturunannya.

Namun ini bukan alasan untuk kita yang tiada keturunan orang-orang besar jadi rendah diri. Kerana pada hakikatnya, roh yang ada pada diri kita semua ‘keturunan Tuhan’.

Maka Tuhan memfirmankan bahawa orang yang mulia dan unggul pada penilaian standard Tuhan adalah yang paling ‘tinggi taqwanya’.

Saya mentafsirkan taqwa bukan sebagai yang paling banyak ibadahnya, paling kenal denganNya, paling cinta padaNya serta penzahiran-penzahiran sifat-sifatNya.

Jadi berbanggalah dan berbahagialah selalu sahabat.

... Love no Limit ...

Wednesday 19 June 2019

MEKANISME SIHIR



Sering orang tanya saya,

Tuan percaya dengan sihir?
Benarkah sihir itu wujud?

Saya jawab,
Ya, saya percaya.
Ya, sungguh benar dan nyata bahawa sihir itu wujud.

Berdasarkan apa saya kata macam tu?

Sejak tahun 2004 saya menangani kes-kes pesakit yang kena sihir. Ada macam-macam kes dan macam-macam kadar kehebatan dan keganasannya.

Saya ada beberapa orang murid yang ex-ahli sihir tahap ‘black belt’. Maksudnya, mereka ini memang pewaris ilmu sihir dari keturunan nenek moyang mereka.

‘Tools’ yang mereka gunakan sangat mengerikan. Contohnya tulang tengkorak dahi mayat, minyak dagu perawan yang sudah meninggal, anggota badan haiwan, dan sebagainya yang sadis.

Operasi mereka nyata. Client mereka nyata. Target mereka pun nyata, dan hasilnya juga nyata.

Sekitar tahun 2007 - 2010, di zaman paranomal di mana saya masih sangat suka mengkaji ‘occult’ dan ‘magic’, serta membangunkan asas-asas ilmu TERQI, saya dan beberapa orang murid mengkaji tentang sihir. Ertinya kita kaji teori dan praktikal nya sekali 🤣

Ehh, kejap. Tuan sihir orang masa tu?

Haha yaa. Tapi hanya orang-orang yang menjengkelkan, dan tahapnya hanya untuk pengajaran, agar mereka sedar bahawa di atas langit masih ada langit, atau bumi ini bukan milik bapa nenek mereka.

•••

Bagaimana sihir bekerja?

Pertama sekali seorang penyihir harus ada target. Paling kurang harus ada gambar target. Lagi baik kalau ada DNA si target. Misalnya rambut, kuku, kain yang sudah si target pakai tapi belum cuci kerana ada keringat dia di situ. Ini perlu untuk memastikan tujuan sihir tepat mengena.

Bagi para penyihir tahap ‘black belt’, tiada semua benda tu pun boleh. Hanya perlu buat ‘sigil’ iaitu sebuah objek yang telah dihubungkan frekuensi energinya dengan si target. Energi setiap orang boleh di akses jika anda tahu caranya, yang penting ada sedikit jejak energinya. Misalnya tulisannya, atau kita tahu kawan atau jirannya. Sedikit data sudah cukup untuk membina ‘connection’ energi yang stabil.

Kedua, apa result yang si penyihir ingin terjadi kepada si target.

Ingin dia sakit mental? Ingin dia gila atau tergila-gila? Ingin dia sakit fizikal? Ingin dia kena kanser? Sakit jantung? Mati pucuk? Lain penyihir lain result yang dia mahu, bergantung ketegaan hatinya. Atau bergantung berapa permintaan si client.

Biasanya, makin berat result yang si client minta, makin besar pengerasnya. Kerana si penyihir perlu buat ritual yang agak berat dengan menggunakan bahan-bahan sihir yang aneh dan pelik.

Ketiga, proses mengumpulkan bahan-bahan sihir untuk di ‘harvest’ energinya dan dikirim atau di ‘broadcast’ kepada si target.

Keempat, proses melaksanakan sihir.

•••

Berapa lama kesan sihir itu boleh dilihat?

Bergantung kepada beberapa faktor.

1. Kadar kekuatan energi si target. Biasanya kalau orangnya egois dan mudah emosional, lebih cepat. Selalunya memang target sihir adalah orang-orang yang egois dan emosional, sebab selalu buat orang lain sakit hati. Sihir terjadi sebab ada orang yang sakit hati dan ingin membalas dendam.
2. Ketinggian ilmu si penyihir. Bagi para penyihir golongan ‘black belt’, mereka akan cari ‘soft spot’ si target. Pertama dia scan kalau-kalau ada organ si target yang memang sedia sakit. Dia akan mula serang dari situ. Kedua dia cari titik lemah si target berdasarkan tarikh lahir. Atau berdasarkan nama. Lebih dahsyat yang mengetahui titik lemah orang mengikut kitaran bulan.

Kesan sihir pada si target akan kelihatan dulu di level mental. Fikiran dan perasaannya akan jadi tidak stabil dan harmoni. Sering fikir dan rasa negatif. Berhalusinasi. Atau mula mimpi buruk. Semakin lama gejala ini akan semakin teruk.

Tanda awal ini menunjukkan Cakra Solar Plexus atau titik tenang di ulu hati sudah kena hit. Dari situ i akan semakin merebak.

•••

Adakah penyihir akan dapat karma atau apapa kesan buruk daripada aktiviti dia menyihir?

Ya. Karma pasti ada. Si target kena sihir pun sebab karma. Suka sakiti hati orang sebab tu dia kena karma, disihir orang.

Alam ini ada hukum sebab dan akibat, Law of Cause and Effect. Suatu akibat dihasilkan oleh suatu sebab. Suatu sebab akan menghasilkan suatu akibat.

Menyihir orang akan dapat karma. Bahkan apapun perbuatan merugikan dan menyakiti orang lain dalam apapun bentuk akan dapat karma.

Untuk buat sihir, si penyihir harus mengakses emosi-emosi rendah dan kasar. Seperti kemarahan, dendam, dan keinginan untuk melukai atau membunuh.

Mengakses perasaan seperti ini menarik banyak kesan buruk pada diri sesiapapun. Kerana setiap emosi negatif datang bersama pakej kejadian-kejadian buruk dan sial.

Cuma, bagi para penyihir yang arif, mereka ada cara untuk ‘neutralise’ karma-karma yang terjadi melalui proses pembersihan frekuensi energi. Cuma sangat leceh dan rumit. Sebab itu, para penyihir biasanya minta pengeras sampai puluhan bahkan ratusan ribu untuk kerjanya.

Sihir is a profession u know! Ia adalah seni. Seni ilmu hitam hehe.

•••

Bagaimana untuk kita mengelak kena sihir?

Sihir adalah frekuensi energi yang terbina dari sinar gelap, merah, jingga dan kuning. Energi sihir tidak dapat mencapai ketinggian gelombang sinar hijau.

Jadi milikkah aura yang cerah dan bergetar tinggi. Maka sihir tidak mencapai anda. Anda tahu anda bergetar di energi tinggi ketika perasaan dan fikiran anda sukar untuk negatif. Anda sentiasa mencintai dan mengasihi semua makhluk, anda ingin agar semua makhluk berbahagia.

Kalau anda masih suka marah-marah, suka egois, suka sakiti orang lain, suka jatuhkan orang lain, suka membawang orang lain, suka cari aib orang lain, maka percayalah, anda begitu mudah untuk disihir.

•••

Adakah tuan masih melakukan sihir?

Hahaha... tidak lagi. Saya tidak ingin terlibat dengan proses pencucian energi yang rumit akibat sudah menyihir. Tapi saya ada satu team khas yang stanby untuk melakukan ‘sihir’ jika memang perlu.

Kita tidak panggil ia sihir. Kita panggil ia ‘The art of Extremely Low and Harsh Frequencies”.

Kadang-kadang ada orang yang perbuatannya merugikan sangat orang lain. Perlu ada ‘check and balance’. Masa itulah para ‘seniman’ ini perlu bertindak.

Everything is energy!

Merawat orang perlu guna energi tinggi dan halus.

Menyihir orang perlu guna energi rendah dan kasar.

Berbuat baiklah sebanyaknya, mencintailah seikhlasnya, niscaya hidup kita aman sejahtera bahagia makmur berlimpah.

Ingatlah selalu, jangan sombong dan takbur. Di atas langit masih ada langit. I bawah bumi masih ada bumi.

Salam kedamaian 😊🙏

Free to share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

MENGGANDAKAN ALIRAN REZEKI


Di dalam ilmu metafizik dan spiritual, Energi cinta kasih yang tulus adalah 'pengganda' energi.
Ertinya apapun energi yang ditambahkan dengan rasa cinta kasih sayang yang tulus, maka energi itu akan jadi kuat beranda-ganda.

Semuanya adalah energi. Ini hukum alam semesta. Rezeki pun energi. Wang, rumah, kereta, perhiasan indah, dan lain-lain material adalah bentuk energi rezeki yang sudah terzahir atau termaterialisasi menjadi objek fizikal.

Makanala kegembiraan, kebahagian, keselamatan, dan hal-hal positif yang abstrak adalah juga energi rezeki, namun masih dalam bentuk gelombang, tidak terzahir atau termaterialisasi menjadi bentuk objek fizikal.

Untuk menggandakan energi rezeki, kita perlu 'boost' dengan energi cinta kasih. Bagaimana? Iaitu dengan melatari niat kita dalam usaha, kerja atau bisnes dengan perasaan cinta kasih yang ingin berbuat kebaikan kepada sesama makhluk Tuhan.

Cara mudahnya adalah dengan mengucapkan niat atau afirmasi, atau doa seperti ini:
1. Ya Allah, lariskan jualan produk/kuih/kain ku ini agar aku boleh beli rumah untuk orang tua ku/anak-anak ku.

2. Ya Allah, datangkan berduyun orang membeli produk ku ini agar mereka mendapat banyak manfaat dari produk ini.

3. Ya Allah, naikkan pangkat ku agar gajiku bertambah biar aku boleh segera kumpul wang dan menikahi kekakasih hatiku agar aku boleh hidup lebih berkat dan teratur bersama isteriku.

4. Ya Allah, banyakkan orang join bisnes network ku agar semakin banyak orang boleh sama-sama menjana wang dan semuanya ikut senang dan bahagia bersama keluarga mereka masing-masing.

Lebih kurang begitu ayatnya. Kita boleh sesuaikan ikut agama, keyakinan dan keperluan kita. Intinya, jadikan niat kita ada rasa cinta kasih dan sayang yang menginginkan orang lain bahagia.

Buang semua motif egois dan selfish, yang orientasinya begini:
"Agar aku boleh shopping puas-puas"
"Agar orang sanjung aku yang banyak harta"
"Agar aku boleh beli ini beli itu"
Dan lain-lain sejenisnya......

Jom..... Kita bersama upgrade diri kita, daripada selfish kepada selfless, hiasi hati dengan cinta kasih tulus, agar kita kuat dan menguatkan, kaya dan mengkayakan.
Ego dan selfish itu kuat dipermukaan saja, namun sangat rapuh dan lemah di dalam.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

TANDA SYUKUR

                                TANDA BENAR BERSYUKUR ADALAH DENGAN BERBAGI



Dalam kitab-kita suci, Tuhan berjanji bahawa kalau kita bersyukur maka nikmat-nikmat, dan kebaikan-kebaikanNya dalam berbagia bentuk akan ditambah.

Banyak antara kita mengadu.... Kenapa kita yang selalu bersyukur merasa tidak menjadi lebih lapang? Tidak menjadi lebih kaya? Tidak menjadi lebih bahagia?

Kalau disederhanakan, puncanya adalah kerana syukur kita masih di level energi. Iaitu hanya dengan mengucapkan "Alhamdulillah", atau cukup dengan ucapan "Terima kasih Tuhan". Bagi kita itu sudah cukup syarat bersyukur.

Ucapan atau rasa syukur kita masih di level energi, belum termaterialisasi ke bentuk fizikal. Sebab itu nikmat-nikmat dan kebaikan-kebaikan Tuhan untuk kita juga masih 'stay' di level energi, belum keluar termaterialisasi ke alam fizikal. Perlu 'ditarik keluar' ke alam fizikal.
Bagaimana solusinya?

Kita sederhanakan lagi... Iaitu dengan menzahirkan RASA SYUKUR dan UCAPAN SYUKUR itu menjadi PERBUATAN SYUKUR. Bagaimana? Iaitu dengan berbagi nikmat dan kebaikan kepada orang lain.

Kita berikan contoh, agar mudah diaplikasikan.
1. Kalau kita berniaga, sesekali kita bagi free postage, dengan niat berbagi sebagai tanda syukur.

2. Kalau beli sayur-sayur di pasar minggu, biasakan sikap 'keep the change' kepada pacik macik yang menjual tu kerana mereka menjual untuk beli beras, bukan untuk menabung. Niatkan itu berbagi sebagai tanda syukur.

3. Sesekali belanja kawan, sebagai tanda syukur. Sesekali ya. Kalau setiap kali, itu bukan bersyukur, itu boleh jadi terperangkap ke level perasaan 'berlagak' banyak duit.

4. Peruntukkan setiap bulan wang kepada ibu bapa, kepada keluarga yang memerlukan, atau kepada anak-anak yatim, dan fakir miskin. Niatkan sebagai tanda syukur.
Dan lain-lain.......

Point utamanya, berbagi sebagai tanda syukur itu sentiasa disertai dengan perasaan GEMBIRA ketika berbagi. Ketika berbagi namun tidak disertai dengan perasaan GEMBIRA, maka itu bukan tanda syukur. Itu TERPAKSA. Jangan juga memberi sambil berharap Tuhan bagi lebih banyak, itu level NAFSU dan TAMAK. Sangat rendah energinya.

Memberilah dengan rasa GEMBIRA, sebagai tanda terima kasih. Begitu jew!

Jom.... Kita upgrade syukur kita. Dari rasa dan ucapakan syukur, kepada perbuatan syukur, iaitu dengan berbagi dengan rasa gembira sukacita.

Nikmat-nikmat dan kebaikan-kebaikanNya pasti bertambah berganda-ganda.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

KEMAMPUAN MEMFOKUS FIKIRAN

KEMAMPUAN MEMFOKUS FIKIRAN ADALAH MODAL TERBESAR PEMBANGUNAN DIRI



Salah 1 kualiti pemimpin adalah kemampun melakukan self-motivation, atau memotivasikan diri sendiri ketika semua orang dan semua keadaan terlihat begitu menekan.
Mencapai kemampuan self-motivation perlukan kita memahami erti FOKUS. Kalau kita fokus, maka kita akan abaikan apapun hal-hal yang tidak perlu dan tidak membantu dalam usaha kita menjayakan suatu niat.

Jika kita sudah FOKUS, automatik kita akan KONSISTEN atau ISTIQAMAH dalam apa yng kita perjuangkan. Kita gagal untuk konsisten adalah kerana kita belum fokus. Maka sekali lagi, kemampuan untuk fokus adalah keutamaan.

Bagaimana melatih fokus yang kuat? Iaitu dengan MEDITASI atau TAFAKKUR. Ini adalah satu-satunya cara latihan untuk mengawal keliaran fikiran dan mencipta fokus. Tanpa sikap meditasi dan tafakkur, mustahil untuk kita mampu mengawal fikiran dan memperolehi fokus.

Meditasi dan tafakkur adalah proses mengawal dan mengarahkan fokus fikiran. Tidak semestinya dilakukan dengan posisi yoga di mana dua kaki terlipat ke atas leher. Tidak begitu. Meditasi dan tafakkur itu intinya MENGARAHKAN dan MEMFOKUSKAN fikiran dalam suatu tempoh masa secara rutin setiap hari. Gitu jew!

Ada orang meditasi dan tafakkur dengan memanah. Ada pula yang memandang api lilin selama 20-30 minit. Ada yang memandang ombak yang beralun. Ada pula dengan zikir. Ada yang dengan mentera. Ada dengan gerakan badan seperi yoga, taichi, silat dan lain-lain.
Intinya adalah latihan dengan rutin mengawal dan memfokuskan fikiran. Lain orang lain 'mazhab' , tapi 1 prinsip.

Kemampuan ini nanti yang akan dipraktikkan di dalam field work. Jika kita fokus maka kita akan mampu melakukan dan mencapai apa saja.

Fikiran kita adalah satu-satunya kuasa yang HIDUP di alam ini, kerana fikiran itu sendiri adalah penzahiran kuasa rohani dari yang Maha Hidup.

Segala yang kita fikirkan jika diberikan FOKUS yang cukup melalui KONSISTEN, pasti lambat laun akan mencari jalan untuk terzahir di dunia fizikal.

Maka sangat rugilah orang-orang yang FOKUS dan KONSISTEN berfikir perkara-perkara negatif dan tidak bermanfaat buat dirinya sendiri atau masyarakatnya.

Kita dapat apa yang kita fokus dengan konsisten. Kita tuai apa kita tanam.
Jadi jom..... Kita meditasi dan tafakkur selalu dengan cara apapun yang kita rasa selesa untuk mencapai FOKUS yang dahsyat.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Logik Kita Berbeza


Mereka menerima dengan logik bahawa kita mampu berkomunikasi jarak jauh melalui telefon yang berfungsi melalui frekuensi gelombang yang tidak dapat dilihat.
Tapi mereka sangat susah menerima bahawa kita manusia mampu menghasilkan gelombang dan memanfaatkannya untuk penyembuhan dan bermacam tujuan hidup.

Belut di laut pun boleh menghasilkan tenaga elektrik. Inikan pula kita yang ada 37.2 trillion sel badan dan 100 billion sel otak.

Perasankah anda,
Kalau kalau anda SEDAR bahawa telefon anda kurang 'line' atau kurang 'signal', anda akan bergerak ke sana ke mari mencari 'signal'?

Anda tahu itu fenomena apa?

Itu kerana ada satu part pada KESEDARAN anda yang 'mampu merasakan frekuensi gelombang' sehingga anda mencari-cari gelombang yang lebih kuat dengan cara menggerakkan telefon atau berpindah tempat ketika anda bertelefon untuk menguatkan 'signal'.

Kita semakin pintar tentang segala sesuatu, tapi kita semakin jahil tentang potensi diri kita sendiri.
Kerana malas belajar, mengkaji dan bertanya untuk mencari kebenaran, maka apapa yang kita tidak fahami akan kita hukum 'sesat', 'tahyul', dan 'syirik'.

Anda tahu ini fenomena apa?

Ini supaya 'area ilmu tersebut' tidak mengancam keselesaan kita yang malas untuk ambil tahu, dan supaya orang lain pun takut untuk mengambil tahu sehingga tidak ada orang lebih pandai dari kita.
Kebanyakan kita lebih suka jadi sama-sama jahil, sama-sama sakit, sama-sama miskin, dan sama-sama mundur. Jika orang lain ada kelebihan maka kita pun merasa terancam.

Macam selalu saya katakan dulu, perasaan dengki itulah yang mencetuskan sihir.
Kalau anda baik dan ada kelebihan, anda akan didengki dan disihir. Kalau anda jahat, anda akan dibenci dan disisihkan.

Jadi bagusnya apa?

Paling bagus kita buat bodoh dengan sikap dengki orang lain, dan kita buat apa saja yang boleh buat kita bahagia dan membahagiakan orang lain yang memerlukan.

Live your Life with Love
#AuraHealingArt
#Wangian7Aura
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

SEMBUH SECARA ALAMI



                                                    "Penyakit dan Getaran Energi"

Mengikut pengalaman saya merawat pelbagai penyakit melalui kaedah terapi gelombang aura, saya dapati bahawa penyakit adalah hasil 'getaran energi' yang rendah pada diri kita.
Sel-sel yang membentuk tisu, organ lalu keseluruhan sistem tubuh kita bergetar pada 'frekuensi harmoni' apabila kita sihat secara optimum. 

Jika 'frekuensi harmoni' ini terganggu dan lemah, di sinilah akan mula timbul penyakit yang baragam jenisnya.

Katakan frekuensi harmoni kesatuan energi tubuh kita adalah 70 cps (cycle per second) ... Virus-virus berbahaya terhadap kesihatan kita pula frekuensinya pada 40 cps..... Jadi apabila frekuensi energi kita lemah dan jatuh ke paras di bawah 40 cps, maka dengan mudahnya virus-virus berbahaya menembus sistem pertahanan kesihatan kita dan membuat kita jatuh sakit.

Ini contoh mudah untuk kita fahami mekanismenya.....
Katakan kita sudah sakit, penyembuhan secara alami hanyalah, berusaha meningkatkan getaran energi kita ke 'frekuensi harmoni' badan kita tadi. 

Sistem diri kita akan melakukan penyembuhan sendiri. Inilah yang dipanggil sebagai 'self healing', dan inilah dasar ilmu dalam terapi berasakan gelombang energi.
Secara teori ia mudah, secara praktikal ia mudah-mudah-susah... atau susah-susah-mudah. Pokoknya, kalau kita usahakan pasti boleh!

Jadi bagaimanakah untuk meningkatkan frekuensi energi kita agar sentiasa berada atau dekat dengan 'frekuensi harmoni'?

Pertama... Lakukan senaman yang rutin, minima 3x seminggu. Terbaik adalah senaman kardio. Minima 20 minit jalan kaki tanpa henti di ruang udara terbuka.

Paling terbaik kalau kita mengamalkan senaman pernafasan tenaga dalam, kerana senaman ini menyerap energi dari alam semesta dan menyebarkannya ke seluruh sistem energi tubuh, membuat getaran energi kita meningkat dengan besar dan cepat.

Kedua... Pemakanan. Proses pencernaan kita sangat memakan jumlah energi yang besar.
Makanya, bagi para penggiat spiritual di disiplinkan berpuasa, dan tidak makan daging kerana ia sangat susah dihadam, perlukan energi yang banyak untuk menghadamnya kerana strukturnya yang keras dan liat.

Dengan diet yang baik, energi kita boleh difokuskan ke arah perkembangan spiritual menuju pencerahan rohani/makrifat dan penyembuhan diri dari pelbagai penyakit.
Makanan-makanan yang sudah diproses, junk foods, kafein yang banyak juga sama, perlukan energi besar untuk dihadam. Ini membuat level energi kita rendah.

Ketiga... Stress. Proses berfikir memakan energi yang banyak, apalagi jika stress. Cakra pusat kita tidak berhenti berputar membekal energi untuk kita berfikir membuat energinya kering. Ini sangat berbahaya kerana organ-organ sekitar perut akan kekurangan energi untuk berfungsi dengan baik. Makanya, stress sangat bekaitan dengan kesihatan organ-organ disekitar perut dan juga selera makan kita.

Keempat... Seks. Hubungan seks yang terlalu kerap sangat menguras energi, khasnya bagi lelaki ketika ejakulasi. Ejakulasi membuang sangat banyak energi murni khasnya yang tersimpan di buah pinggang.

Hubungan seks rambang juga sama, apalagi jika pasangan adalah orang yang energinya rendah dan kotor. Energi kita akan diserap olehnya sehinggalah terjadi keseimbangan energi antara kita dengan dia. Hati-hati lah yau!

Kelima... Lelah... Ini biasa. Kita semua maklum. Terlalu banyak menggunakan pergerakan otot dan badan, dan kurang rehat akan membuat kita penat dan level energi kita jatuh.

Keenam... Meditasi, tafakur, ibadah... Semua ibadah adala proses meditasi. Meditasi adalah proses merendahkan gelombang fikiran dari level beta ke alfa, dan lebih advanced ke theta. Meditasi membuat kita menyatukan kesedaran dengan 'objek' yang kita fokuskan semasa meditasi. Meditasi membuat kita memasuki Kesedaran Universal dan harmoni dengan energi alam, meningkatkan energi kita semakin tinggi.

Tingkatkan getaran energi anda setinggi-tingginya. Raihlah kesihatan, kekuatan, kesuksesan, dan semua kebaikan yang disediakam oleh Tuhan untuk kita.
Salam damai tanpa batas.....

Live your Life with Love
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Tuesday 18 June 2019

SEMBUHLAH.....


Jika sesuatu atau seseorang membuatmu masih merasa tidak nyaman, takut, jengkel, marah dan sebagainya.......

Maka ada bahagian di dalam dirimu yang belum sembuh. Masih ada luka lama di dalam dirimu yang bereaksi terhadap orang atau kejadian di luar.

Mari kita sembuhkan......

“SAYA NIAT MENYALURKAN ENERGI PENYEMBUHAN PALING SEMPURNA BERSAMA CINTA KASIH PALING TULUS DAN LUHUR UNTUK MENYEMBUHKAN SEMUA LUKA JIWA SIAPAPUN YANG MEMBACA POST INI”

Silakam terima energi ini dengan tulis di ruang komen:

“SAYA IKHLAS DAN REDHA APAPUN YANG TELAH TERJADI”.

Lalu diam selama berapa lama anda inginkan, maka energi penyembuhan dari saya akan mengalir ke medan aura anda... Insya Allah.

Nikmati dengan senyum paling manis dan hati paling syukur.

Semoga berkah buat semua.
.
.
Silakan share.
Pasti ramai jiwa akan terbantu dengan sedikit bakti anda.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Fikiran yang Down


“Pernahkah tuan rasa down?”

Ada yang tanya.

Hahahahahaha

Saya respon dengan ketawa dulu.

Saya masih manusia. Sebagai manusia, kita ada unsur rendah dan ada unsur tinggi yang menyatu dengan harmoni pada diri kita.

Jasad kita adalah unsur rendah dari tanah. Roh kita adalah unsur tinggi dari nurNya.

Saya biasa rasa down. Hari-hari saya ada moment di mana saya down.

Tapi.... Hanya beberapa minit. Biasanya tak sampai 5 minit.

Moment di mana saya down itu adalah moment pelajaran.

Saya meneroka sisi negatif diri saya sendiri.
Saya diperlihatkan bahagian-bahagian diri saya yang masih belum berkembang ke potensi tertingginya.

Saya akan tahu apa yang masih mampu buat saya jadi risau.
Apa yang buat saya rasa marah.
Apa yang buat saya rasa jengkel.
Dan lain-lain.....

Pokoknya momen di mana saya down menunjukkan sisi diri saya yang perlukan special attention untuk disembuhkan, dikuatkan dan diberdayakan sampai ke full potential.

Tidak ada manusia yang tiada soft spot di dalam dirinya. Bahkan para nabi dan rasul pun masih ada sisi kemanusiannya, inikan pula kita manusia biasa.

Soft spot adalah sisi manusiawi kita. Sisi manusiawi ini tidak mungkin kita tinggalkan sama sekali. Hanya boleh dikuatkan sahaja.

Jadi saya biasa down.
Bezanya dengan anda mungkin berapa lama perlu waktu untuk recover dan up semula ke level vibrasi tinggi.

Ada yang down berjam-jam.
Ada down berhari.
Ada yang down berminggu.
Ada yang down berbulan.
Bahkan ada yang bertahun.

Kemampuan kita recover sangat ditentukan oleh kekuatan vibrasi energi kita, kesedaran kita, serta persekitaran kita.

Di saat down itulah, maka semua ilmu-ilmu jadi medium penyelamat, serta semua ‘assistant’ saya sangat membantu, khasnya Wangian 7 Aura.

So jangan rasa down jika anda masih biasa rasa down.

Kerana anda masih manusia, belum jadi dewa.
Anda masih makan nasi, belum makan besi.

Cuma kadar dan tempoh down itu, pastikan semakin baik dan semakin baik.

Di situ proses pertumbuhan kita boleh kita nilai, iaitu kemampuan kita recover dari kejatuhan emosi.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

PENCERAHAN HIDUP



Kita minta bahagia, tuhan bagi sengsara.

Adakah tuhan salah dengar doa kita?

Oh tidak.

Itulah step dalam mendapatkan bahagia yang kita minta tadi.

Kita minta kaya, ehh tuhan bagi pula kesempitan-kesempitan rezeki.

Adakah tuhan salah dengar doa kita?

Tidak lah.

Itulah step yang harus kita lalui untuk jadi kaya seperti yang kita minta tadi.

Seorang ibu berdoa pada tuhan meminta anak, lalu perutnya kembung, berat dan hidupnya susah menderita selama 9 bulan.

Kemudian paling seksa si ibu ketika melahirkan, dia berada di situasi antara hidup dan mati.

Menurut anda, adakah si ibu merungut dan kesal dengan semua penderitaan itu?

Sudah tentu tidak kan. Malah dia berbahagia dengan proses tadi.

Kenapa?

Sebab semua penderitaan tadi adalah step untuk mendapatkan anak yang dia inginkan. Dia tahu dan yakin at the end of the road dia akan dapat apa yang dia mahu.

Begitulah hidup... Kita sering salah faham kepada tuhan.

Kita gagal memahami bahawa kesusahan, kesulitan dan sengsara yang kita alami adalah step by step ke arah pemakbulan doa-doa dan harapan kita... Kita tidak yakin!

Fasa tersebut hanya sementara. Sikap kita yang menentang tidak menerima ketika fasa ini terjadi, inilah yang membuat doa-doa kita tidak termakbul.

Yaa, kita sendiri yang menghalang pemakbulan doa-doa kita dengan tidak ikhlas dan pasrah menjalani proses yang sedang terjadi.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

Perjalanan Rohani 2


Tahun 2002

Latihan rohani saya sangat intens.
Zikir berjam-jam setiap hari, pagi petang siang malam.

Solat wajib dijaga ontime sentiasa di masjid atau surau. Solat sunat luar biasa banyak. Tahajud mula jam 3 pagi, tidak tidur lagi sampai siang. Tiada rasa penat atau mengantuk.

Puasa setiap hari, berbuka sangat minima. Kadang 2-3 hari puasa sekali berbuka.

Dulu saya kurus ramping. Sangat hensem. Sekarang berisi jauh lebih hensem 🤣

Zikir adalah amalan utama saya. Saat mulut diam, hati masih zikir terus berdengung di dalam tanpa mampu saya kawal.

Anxiety sudah hilang. Saya jadi hairan, kenapa saya sudah tidak boleh berfikir kritikal seperti sebelum ini. Saya berusaha untuk stress dengan banyak fikir, tapi tidak boleh lagi. Ehh, ini juga jadi persoalan.

Saya bingung dengan fenomena-fenomena rohani yang saya alami.

Sensasi rasa, sensasi bunyi, sensasi visual. Sungguh aneh.

Selepas PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya berhenti sekolah.

Pergi merantau ke Kalimantan, cari guru untuk
puaskan kehausan ilmu.

Naik bot menyeberang dari Tawau pergi ke Nunukan. Lalu naik kapal besar menuju ke Kota Balikpapan.

Saya ikut perguruan tenaga dalam, latihan pernafasan 2x seminggu. Ini fasa awal saya kenal ilmu vibrasi energi.

Belajar dan terus belajar..... Dari sumber ilmu Tuhan dari seluruh arah.

Saya jadi buat kesimpulan peribadi. Bahawa ilmu kerohanian old school akan terbatas jika seseorang menolak belajar ilmu vibrasi energi.

Hanya dengan belajar ilmu partikel terhalus, maka semua fenomena spiritual akan terjawab sangat jelas.

Golongan yang tidak belajar ilmu energi secara automatik tergolong di dalam golongan ilmuan ‘Newtonian’.

Kenapa Newtonian? Kerana zaman Sir Isaac Newton yang menemui hukum graviti, adalah zaman di mana kefahaman tentang partikel hanya sampai level atom, belum ada penemuan tentang elektron, proton, neutron, strings, vortex dan lain-lain ilmu fizik quantum.

Ilmuan yang telah memahami partikel yang lebih halus daripada atom-atom dipanggil golongan Anti-Newtonian.

Bersambung lagi.....

Masih mau minum teh ba 😁

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...