Your Magic Blog: FINANCIAL ENLIGHTENMENT

Saturday 15 June 2019

FINANCIAL ENLIGHTENMENT


Berjualan itu aktiviti spiritual.
Financial Intelligence itu bahagian daripada Spiritual Intelligence.

Dulu Puan Farida Umar (Agen Wangian 7 Aura) pun bingung apabila mula memasuki arena pencerahan ini.

Tapi sekarang dah cerah ceria gilang gemilang.

“Master Umar sekarang semakin duniawi, asyik kejar duit saja”, saya senyum saja dapat kata-kata begini.

Yang belum saatnya memahami, tidak akan memahami walau bagaimanapun kita membantu.

Yang telah saatnya memahami, pasti akan memahami walaubagamana kita menghalang.

Kerana orang hanya faham bahawa bila kita masuk arena spiritual, harus penuh cinta kasih dan bagi free aje semua. Jangan minta bayaran.

Oh itu salah faham yang berat.
Dulu saya begitu. Free for all. Free all the time. Saya kita itulah level tertinggi pencerahan rohani. Ehh, ternyata saya salah.

Salah berat!

Asyik memberi free pada orang itu bukan membantu, malah merosakkan.

Fikirkan ini.......
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tiada siapa boleh tandingi.
Tapi kenapa kita makhluknya yang sangat disayangi ini selalu tidak dapat apa yang kita minta?

Kita minta senang bahagia, ehh di bagi pula susah nan derita?
Minta kaya hari-hari tapi kena bagi miskin melarat?
Minta sihat siang malam tapi kena bagi penyakit yang menyusahkan?

Kan Tuhan Maha Penyang?
Nah.... Di sinilah kita belajar.
Bahawa mengasihi dan menyayangi itu bukan dengan asyik memberi free pada orang. Itu  melatih orang jadi bermental lemah.



Mengasihi dan menyayangi seseorang itu adalah dengan memberikan sebab dan alasan untuk dia membangkitkan potensi-potensi dirinya sehingga dirinya tumbuh matang, bijak dan kuat.

Sayangnya... Potensi-potensi diri hanya boleh bangkit ketika kita melalui kesusahan dan pengorbanan.

Kita harus jujur mengakui, bahawa sesiapa yang terlalu dimanjakan tidak akan tumbuh kuat dan matang.

Bangsa kita kalau asyik terima subsidi dari kerajaan, pun akan lemah tidak mampu bersaing dengan bangsa yang terbiasa susah dan berjuang.

Kembali ke persoalan asal......
Bahawa menjual itu adalah aktiviti spiritual.

Kalau anda mengaku mendalami spiritual tapi pandang rendah dengan aktiviti berjualan, maka yakinlah ada suatu area kesedaran yang belum anda terokai.
Sebenarnya tiada istilah terlalu duniawi atau terlalu spiritual.

Kerana badan kita hidup di dunia, dan rohani kita hidup di dimensi spiritual.
Ertinya manusia memang ada aspek dunia dan ada aspek spirtual di dalam dirinya.
Jika manusia mengabaikan duniawi, maka badan dan aspek fizikalnya akan sakit, melarat dan bermasalah.

Jika manusia mengabaikan aspek spiritual, pasti dia tidak akan merasakan apa itu bahagia.

Jadi wajib seimbang. Jadi duniawilah dan jadi spiritual lah pada masa yang sama.
Kata Nabi, tangan yang berada di atas lebih mulia daripada tangan yang berada di bawah.

Ertinya,
Mereka yang kaya material dan suka pula memberi adalah lebih mulia daripada mereka yang miskin dan hanya mengharap pemberian daripada orang lain.

Untuk jadi kaya, kita harus MENJUAL. Jual servis atau jual produk, yang penting apa yang dijual itu memberi manfaat buat orang lain.

Ada orang anggap menjual itu hasilnya hanya wang dan demi wang. Kata guru saya, itu orang yang masih terhijab daripada financial enlightment.

Mereka belum faham bahawa wang adalah medium pertukaran universal untuk mendapatkan keperluan-keperluan manusia.

Wang adalah alat pertukaran untuk mendapatkan keperluan kita yang ada para orang lain.

Kita orang tak kejar wang sebagai hasil akhir. Tapi kita orang kejar apa yang boleh kita orang beli dengan wang tersebut.
Inginkan wang itu boleh jadi hina dan boleh jadi mulia, tergantung wangnya nanti mahu diarahkan ke mana.

Kalau beli keperluan diri dan keluarga, terus berbagi lagi kepada ramai orang, maka itu sangatlah mulia.



Ya lebih mulia.... Berbanding kita sibuk beribadat meminta pada Tuhan dan mengharap permintaan itu datang secara magic, lalu kalau tidak dapat kita stress sendiri marah-marah Tuhan.

Dan ya lebih mulia..... Berbanding kita sibuk mencemuh orang yang kerja keras berjualan dan menganggap mereka kotor, mata duitan, manusia duniawa dan macam-macam lagi istilah.

Dari kaca mata ilmu spiritual,
Adalah berbeza suasana serta target orang-orang yang sedang berjalan menuju Tuhan (sirru ilallah) dan mereka yang sedang berjalan pulang dari Tuhan, kerana perjalanan pulang dari Tuhan itu adalah berjalan bersama Tuhan (Sirru maallah).

Jalanilah hidup ini sebaiknya, seindahnya, sepuasnya. Dan berjuallah dengan riang gembira bersama kesedaran yang benar.
Kesedaranmu akan menjadi nilai perbuatamu.

Hidupmu akan menjadi cerminan hatimu.
Silakan share.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...