Your Magic Blog: Logik Kita Berbeza

Wednesday 19 June 2019

Logik Kita Berbeza


Mereka menerima dengan logik bahawa kita mampu berkomunikasi jarak jauh melalui telefon yang berfungsi melalui frekuensi gelombang yang tidak dapat dilihat.
Tapi mereka sangat susah menerima bahawa kita manusia mampu menghasilkan gelombang dan memanfaatkannya untuk penyembuhan dan bermacam tujuan hidup.

Belut di laut pun boleh menghasilkan tenaga elektrik. Inikan pula kita yang ada 37.2 trillion sel badan dan 100 billion sel otak.

Perasankah anda,
Kalau kalau anda SEDAR bahawa telefon anda kurang 'line' atau kurang 'signal', anda akan bergerak ke sana ke mari mencari 'signal'?

Anda tahu itu fenomena apa?

Itu kerana ada satu part pada KESEDARAN anda yang 'mampu merasakan frekuensi gelombang' sehingga anda mencari-cari gelombang yang lebih kuat dengan cara menggerakkan telefon atau berpindah tempat ketika anda bertelefon untuk menguatkan 'signal'.

Kita semakin pintar tentang segala sesuatu, tapi kita semakin jahil tentang potensi diri kita sendiri.
Kerana malas belajar, mengkaji dan bertanya untuk mencari kebenaran, maka apapa yang kita tidak fahami akan kita hukum 'sesat', 'tahyul', dan 'syirik'.

Anda tahu ini fenomena apa?

Ini supaya 'area ilmu tersebut' tidak mengancam keselesaan kita yang malas untuk ambil tahu, dan supaya orang lain pun takut untuk mengambil tahu sehingga tidak ada orang lebih pandai dari kita.
Kebanyakan kita lebih suka jadi sama-sama jahil, sama-sama sakit, sama-sama miskin, dan sama-sama mundur. Jika orang lain ada kelebihan maka kita pun merasa terancam.

Macam selalu saya katakan dulu, perasaan dengki itulah yang mencetuskan sihir.
Kalau anda baik dan ada kelebihan, anda akan didengki dan disihir. Kalau anda jahat, anda akan dibenci dan disisihkan.

Jadi bagusnya apa?

Paling bagus kita buat bodoh dengan sikap dengki orang lain, dan kita buat apa saja yang boleh buat kita bahagia dan membahagiakan orang lain yang memerlukan.

Live your Life with Love
#AuraHealingArt
#Wangian7Aura
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...