Your Magic Blog: Tumbuhan mengajarmu ilmu kehidupan

Saturday 15 June 2019

Tumbuhan mengajarmu ilmu kehidupan



Sebiji mangga jatuh dari pohonnya.... Ia sudah masak. Tapi bentuknya sudah tidak keruan kerana baru sahaja dimakan secara tidak sopan dan beradab oleh seekor tupai jantan.

Kerana jatuh dari ketinggian yang agak lumayan, maka biji mangga tersebut meluncur dengan deras akibat tarikan graviti terus mendarat di tanah dan begolek-golek di suatu kawasan semak.
Hari demi hari... Kulit dan buah mangga itu di makan ulat... Sehingga akhirnya tinggal biji nya saja.
Masa terus berjalan lalu beberapa urat-urat halus muncul dari biji mangga tersebut dan menjalar masuk ke tanah. Kemudian satu pucuk kecil berwarna hijau muda muncul di permukaan biji mangga tersebut.

Pucuk mangga kecil itu semakin tumbuh, dan semakin tumbuh membesar. Daunnya mula muncul.
Alam menyediakan semua keperluannya. Matahari, air, dan mineral... Semua lengkap untuk ia tumbuh semakin besar dan matang sehingga lah ia mampu mengeluarkan buah-buah mangga yang ranum, manis dan enak.

Biji mangga ini tidak memiliki fikiran dan perasaan yang cerdas. Tidak juga memiliki kaki dan tangan untuk bekerja demi kepentingannya. Apatah lagi memiliki mata, telinga dan semua indera seperti anda MANUSIA.

Ia hanya tumbuh dengan mendayagunakan sepenuhnya apa yang alam sediakan untuknya, dengan semua kemampuan yang ia miliki.
Biji mangga tadi, tujuan hidupnya hanya satu. Iaitu tumbuh menjadi matang dan berbuah seenak yang mungkin.
Untuk mencapai tujuan itu, alam membekalkannya semua keperluan untuk ia tumbuh sempurna mencapai tujuannya hidupnya.

Saya mempelajari... Bahawa hidup ini harus ada tujuan yang jelas.
Saya sedar bahawa Tuhan telah menyediakan segala yang saya perlukan di alam ini untuk mencapai tujuan saya.
Lalu terserah saya bagaimana saya memanfaatkannya, dengan segala daya upaya saya.
Seperti biji mangga itu, Tuhan sediakan mineral di dalam tanah, lalu ia menggerakkan akarnya ke tanah.

Tuhan menyediakan matahari dan air untuk ia berfotositesis, lalu ia mengeluarkan dan mengembangkan daunnya untuk menerima cahaya matahari sehingga terjadilah fotosintesis yang membebaskan oksigen yang membuat manusia boleh bernafas.

Milikilah satu tujuan hidup yang jelas... Sedarilah bahawa semua yang anda perlukan untuk mencapai tujuan anda sudah tersedia di alam ini dari sifat pemurahnya Tuhan.

Lalu manfaatkanlah sebaiknya semua sumber-sumber ini. Ia ada di sekeliling anda... Buka mata hati dan lihatlah dengan jelas. Anda tinggal MENDAYAGUNAKANNYA.

Visualise your dream...
Realise the unlimited resources around u...
Utilise all the resources to its full potential...
Materialised your dream...
Then... Nikmatilaised your beautiful life... 😄

Jangan takut memiliki impian... Jangan ragu bahawa anda akan mencapainya...
Tuhan akan membantu anda...
Anda pasti faham....
I know... Coz U are Amazing, as I am...
Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...