Your Magic Blog: OLAH RASA

Sunday 16 June 2019

OLAH RASA



Latihan untuk FEEL GOOD adalah latihan yang paling susah.

Pada guru dulu-dulu fokus pada latihan FEEL GOOD. Mereka namakan sebagi ilmu ‘Olah Rasa’ atau ‘Latihan Rasa’.

Zikir, solat, tafakkur dan segala macam ritual fizikal yang dijalankan demi melatih RASA, kerana hanya dengan RASA manusia boleh mencapai ketuhanan.

Zaman ini orang melatih ritual fizikal dan meninggalkan olah rasa. Jadilah ia seperti lauk tanpa garam, kereta tanpa enjin, badan tanpa roh.

Hanya Rasa yang boleh menggocangkan lautan quantum. Bagaimana hidup ingin berubah jika amalan tidak menghasilkan getaran energi.

Rasa apa yang kita fokuskan ketika melakukan ritual-ritual?

1. Dimulakan dengan rasa insaf atau taubat. Manfaatkan vibrasi rasa bersalah untuk melonjakkan energi. Di sini kita merasakan sifat-sifat keagungan dan kekerasan siksaan Tuhan. Ini fasa awal perubahan diri.
.
2. Dilanjutkan dengan rasa pengharapan. Mengharap pada rahmatNya, mula merasakan cinta dan kasih sayangNya yang maha luas tanpa batas.
.
3. Diteruskan lagi dengan keyakinan bahawa kurniaNya berpihak kepada kita.
.
4. Dikuatkan lagi dengan redha, ikhlas dan pasrah kepada kuasaNya, atas rasa keyakinan bahawa Dia maha memberi dan mencukupi kita yang telah meleburkan seluruh keegoan kepadaNya.
.
5. Pada fasa ini, ilham-ilhamNya mula mengalir terus ke hati. Idea-idea cemerlang yang boleh memberi perubahan dalam skala besar terbersit ke akal fikiran.

Yes... Anda sudah berada di skala energi 400 (rujuk peta kesedaran).

Begitulah serba sedikit hambaran Olah Rasa.

Mudahan Rasa kita ada ‘connection’ agar kita memahaminya pada level yang sama.

Silakam share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...