Your Magic Blog: YAKIN ITU PENTING

Saturday 15 June 2019

YAKIN ITU PENTING

Dulu saya pernah mengalami perasaan rendah diri yang sangat kuat serta perasaan malu yang tidak bertempat.

Ini sebuah masalah besar bagi saya. Mengapa? Kerana saya ingin melakukan sesuatu yang mengikut fikiran saya perlu dan penting akan tetapi perasaan rendah diri dan rasa malu jadi penghalang.
Agak lama baru saya fahami akan kaitan fikiran dan perasaan dengan pusat-pusat tenaga di badan. Ternyata perasaan yakin dan berani itu adalah sebuah tenaga yang di jana oleh pusat tenaga.

Keyakinan diri sangat bergantung kepada kekuatan tenaga dari cakra pusat, lokasinya di perut. Jika pusat tenaga ini lemah, memang sangat pasti seseorang akan mengalami rasa rendah diri dan rasa malu yang rendah bahkan kritikal.

Selain itu, ia menyebabkan seseorang terlalu banyak fikir, terlalu banyak pertimbangan dan sering ragu-ragu. Fikiran sering berilusi yang mengada-ngada, tidak benar dan tidak ada.
Dari segi fizikal pula, seseorang akan mengalami masalah kesihatan pencernaan dan penghadaman.
Memahami hakikat ini membuat saya mencari solusi. Ini tidak boleh jadi. Sampai bila hidup begitu, selalu suka memencilkan diri, hidup dalam dunia kecil hasil ilusi sendiri.

Ilmu pernafasan memberikan saya perubahan yang sungguh luar biasa. Latihan pernafasan yang benar membuat tenaga terkumpul dengan baik dan padat di cakra pusat, yang kemudian limpahan tenaga itu akan mengisi dan menguatkan pula cakra-cakra lainnya.

Sebab itu saya sangat suka dan sentiasa menjaga latihan pernafasan. Kerana saya telah mengalami sendiri manfaat-manfaatnya. Bukan teori semata, tapi pengalaman secara langsung.
Nafas adalah penawar, nafas adalah ubat, nafas adalah keyakinan, nafas adalah isi, nafas adalah hidup. Orang suka mencari solusi di luar, padahal di dalam diri ada semuanya, bekalan lengkap tiada kurang.

Sangat sayang, ramai orang suka hasil yang segera. Belajar ilmu nafas mahu segera hasilnya. Kalau sehari dua tiada nampak perubahan yang diinginkan, dia terus stop latihan. Ini mental instant. Mental yang tidak tahan banting. Mental loser.

Kita tidak akan menghargai sesuatu yang kita dapat bukan dari hasil perjuangan yang berat.
Selain pernafasan, cara alternatif paling mudah untuk menguatkan cakra pusat adalah dengan memakai batu permata kuning seperti citrine, amber, sandstone, tiger eyes, cat eye dan apapa yang kuning. Paling owsem adalah sunstone, akan membuat cakra pusat bersinar terang benderang.
Tapi pastikan, sistem energi anda dan energi dari batu sudah di tuning atau diselaraskan. Ia umpama setting antena astro, perlu setting agar frekuensi antara antena dan pusat pemancar siaran utama bertemu harmoni.

Begitulah ceritanya. Semoga tercerahkan.
Silakan share. Semoga anda juga memiliki keyakinan diri yang tinggi, dihiasi kerendahan hati yang cemerlang.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms


No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...