Your Magic Blog: Rules Energi Awal Pagi

Friday 14 June 2019

Rules Energi Awal Pagi

Source-Time Magazine

1. Solat/meditasi/tafakur. Hubungkan diri dengan kesedaran sejati melalui ‘afirmasi trancendence’. Bagi yang belum mempelajari, boleh zikir ingat Tuhan ikut keyakinan masing-masing.
Awal pagi adalah kondisi di mana kesedaran kita baru kembali dari dimensi tinggi, ‘creative energy’ atau daya cipta masih full. Apapun yang masuk ke fikiran menentukan ke arah mana energi itu diperuntukkan. Rugi kalau dibazirkan, super rugi lagi kalau bangun awal pagi fikir masalah.

2. Baca impian-impian, atau tulis impian-impian di awal pagi. Manfaatkan daya cipta yang sedang full untuk membina masa depan.

3. Cas cakra-cakra bawah dengan latihan nafas bawah pusat atau latihan nafas tulang sum-sum, atau pranayama breathing, qi gong, dan lain-lain, mana-mana yang kita sudah kuasai.
Dunia adalah kehidupan yang terjalin oleh sinar-sinar energi 3 cakra bawah. Dengan mengaktifkannya, kehidupan duniawi yang kita jalani akan semakin tersusun dan indah penuh warna-warni.

4. Latihan rutin afirmasi energi (30 afirmasi rutin bagi pelajar SAF advanced). Sinkron dengan energi medan magnetik bumi atau Schuman Resonance, agar kita ‘grounded’. Bila vibrasi kita resonan dengan medan energi bumi, terpelihara dari sebarang bencana dan malapetaka, sihir, dengki dan kejahatan manusia mahupun penghuni ghaib di bumi ini.

5. Pancarkan energi cinta kasih ke seluruh semesta. Kita akan dicintai dan dikasihi kerana bawah sedar manusia dan penghuni ghaib mengenali kita secara energi.

6. Bersiap. Mandi, pakaian smart, harum wangi. Temui banyak manusia. Di tangan manusia Tuhan letakkan kekayaan-kekayaanNya. Berikan nilai baik kepada manusia, maka kekayaan-kekayaan itu akan berpindah ke tangan anda.
Begitu adanya. Semoga bermanfaat.

Silakan share.
- By Master Umar Paranorms
... Love no Limit ...

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...