Your Magic Blog: Aura Healing Art

Aura Healing Art

"Anda ingin Sembuh, Sihat, Harmoni dan Bahagia? Di sini jawapannya"


Aura Healing Art atau Seni Penyembuhan Aura adalah satu kaedah penyembuhan alternatif yang holistik. Penyembuhan Holistik bermaksud penyembuhan yang menyeluruh meliputi Fizikal, Mental, Spiritual dan Kehidupan.

Berdasarkan fakta saintifik, bahawa 'SEGALANYA ADALAH ENERGI', kita tidak dapat menafikan bahawa semua aspek fizikal kita, mental-emosional kita, spiritual kita, mahupun semua keadaan dan kejadian di dalam hidup kita adalah ENERGI!




Energi memiliki getaran dan getaran energi dikenali dengan nama Frekuensi. Secara semulajadi, semua energi-energi ini bergetar pada frekuensi HARMONI. 
Badan yang sihat, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Mental yang sihat, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Spiritual yang sihat, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Kehidupan yang gembira dan bahagia, bergetar pada frekuensi HARMONI.
Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal badan mengakibatkan badan sakit.
Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal mental mengakibatkan mental yang sakit.
Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal spiritual mengakibatkan spiritual yang sakit.
Kerosakan pada energi yang membina dan mengawal kehidupan mengakibatkan kehidupan yang sedih dan sengsara.

Boleh dikatakan, semua penyakit dan semua masalah, boleh diselesaikan dengan cara memulihkan energi yang membina dan mengawal aspeknya sehingga kembali ke paras HARMONI!

Ini adalah fakta yang benar secara saintifik!

Lalu... Bagaimanakah caranya untuk mengHARMONIkan energi-energi tersebut?
Inilah yang kami usahakan dan lakukan di dalam Aura Healing Art.

Melakukan healing bukan sekadar 'menyalurkan energi'. Ada aturan alam yang mengawal energi-energi ini yang harus kita fahami iaitu The Law of Resonance Frequency.



Ketika seoang Healer menghubungkan medan energinya kepada pesakitnya, maka Hukum Resonan bekerja. Sebagai figur yang dominan, Healer akan menggetarkan frekuensi energi pesakitnya ke frekuensi yang sama dengan getaran energinya.

Katakan getaran energi HARMONI adalah 100%:

Jika anda sebagai Healer memiliki getaran energi 40%, maka setakat itulah anda dapat membawa energi pesakit anda.

Jika anda sebagai Healer memiliki getaran energi 70%, maka setakat itulah anda dapat membawa energi pesakit anda.

Makanya, seorang Healer memiliki tanggungjawab yang berat dan besar. Jika anda sebagai Healer sedang bergetar di frekuensi rendh oleh suatu sebab, masalah atau persoalan, maka sebaiknya anda jangan merawat sehingga anda 'clear' dari frekuensi rendah tersebut.

Frekuensi rendah di sini adalah apabila kesedaran anda sedang 'stuck' di cakra-cakra bawah, anda terhijab oleh ilusi dan emosi. Jika dalam keaadaan in anda memaksa diri juga merawat, maka anda hanya akan memberi mudharat kepada diri anda dan juga pesakit anda. Mudarat kepada diri anda adalah kerana, pada ketika ini, aura anda tidak lagi dominan, anda dan pesakit berada di level yang sama dan mengalami 'energy interchange'. Anda saling bertukar getaran energi negatif.

Pun begitu, daripada pengalaman saya merawat sejak tahun 2004 sehingga ke hari ini, ada cara untuk 'bypass' halangan ini di mana dengan mudah anda 'melompat dari kesedaran rendah, dari level Force terus ke level Power dalam masa yang sangat singkat jika benar caranya. Inilah Aura Healing Art. Merawat itu ada seninya yang indah dan unik. Bukan sekadar 'menyalurkan energi'

Aura Healing Art... Seni Penyembuhan Aura... Kuasai seninya.............

Salam cinta kasih tulu dari dasar hati :)


~ from Qi with Love




No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...