Your Magic Blog: BAGAIMANA TERAPI GELOMBANG AURA JARAK JAUH BEKERJA?

Monday 24 June 2019

BAGAIMANA TERAPI GELOMBANG AURA JARAK JAUH BEKERJA?



Salam sejahtera buat semua.

Kali ini ingin berkongsi sedikit perihal rawatan jarak jauh. Ramai teman-teman, saudara-mara dan kenalan bertanya bagaimanakah rawatan jarak jauh dijalankan.

Dalam proses menerangkan rawatan, saya hanya boleh menerangkan konsepnya sahaja, kerana sifatnya energy adalah sangat halus pada skala mikroskopik dan hanya berlaku di dimensi ke-4 sebelum terzahir "efek" nya ke alam 3 dimensi.

Seperti yang kita pelajari dalam ilmu sains, semua benda adalah terdiri dari atom yang bergetar pada frekuensi masing-masing.

Di mana apabila kita perhatikan tubuh zahir manusia dan seluruh benda di alam ini melalui konsep atom, molekul dan vibrasi, kita akan dapati bahawa sesungguhnya, kita semua hanyalah sekadar gumpalan energy, yang saling bergetar di medan energy di ruangan energy juga.

***

Nikola Tesla, seorang saintis yang dilupakan oleh sejarah, sudahpun terlebih dahulu memahami konsep ini. Beliau mengatakan bahawa manusia itu sebenarnya tidaklah terpisah walaupun seorang yang lain berada di hujung dunia.

Ini kerana, kita masih tetap saling terhubung di level molekul. Perhatikan pada setiap ruang kosong di semua sudut kita, di mana saja kita berada, molekul udara, molekul dinding, molekul laut, molekul tanah, dan segalanya semua adalah ENERGY yang saling berhubung memenuhi setiap kejadian.

Walaupun di pandangan mata kasar, kita berada sangat jauh, akan tetapi pada molekulnya kita semua saling terhubung. Fikiran kita, yang juga adalah energy, apabila diaktifkan dengan NIAT, akan bergerak secara molekulnya kepada target.

Energy Follow Thought. Tenaga mengikut fikiran.

Seperti firman Tuhan...
"Aku mengikut sangkaan hamba-hamba Ku".

Jadi mengikut hukum sains yang tidak dapat disangkal, kita dapati sebenarnya bahawa kaedah mengirim "tenaga" melalui molekul udara dan seluruh objek itu, bukanlah satu benda yang mistik dan paranormal lagi.

Dan seperti yang saya tuliskan tadi, bahawa Nikola Tesla sudah pun memperkenalkan visi ini dalam ciptaannya sebelum dunia moden masakini lagi.

Nikola Tesla percaya bahawa bumi mempunyai medan magnet yang mampu menjadi penghubung kepada tenaga yang dihasilkan di kawasannya kepada tempat lain di hujung dunia.

Dengan kaedah dan konfigurasi tertentu, beliau berjaya menyalakan lampu hanya dengan meletakkan rod besi di tanah yang menjadi konduit bagi mesin utamanya untuk memancarkan energy tanpa wayar.

Malangnya ciptaan beliau disabotaj, dimusnahkan, dan disembunyikan.

***

Bukankah sekarang di zaman ini, perhubungan telefon, bluetooth, WIFI, bahkan siaran langsung TV serta video chat skype sudah digunakan dimana-mana sahaja oleh manusia dari sudut dunia?.

Bahkan para saintis sudah semakin banyak melakukan eksperimentasi pemindahan partikel, yang kini masih diperdebatkan sesama saintis.

Enough of that story, berkenaan sistem rawatan jarak jauh, badan manusia ternyata mempunyai medan magnet yang sangat kuat, dan jika dilatih dengan amalan-amalan tertentu, akan menguatkan lagi sistem tenaga elektromangetik ini.

Badan manusia juga, bersifat memancarkan gelombang seperti radio, dan gelombang ini didominasi oleh fikiran, niat dan emosi. Naaaaah, dari sini datangnya teori-teori ilmu psikik dan telepati.

Umumnya dalam sistem tubuh melalui dasar keilmuan aura, kita mengetahui bahawa manusia itu mempunyai tujuh titik tenaga utama di tubuh yang dikenal sebagai cakra, dan setiap cakra ini pula masing-masing memancarkan tenaga yang bercahaya. Semakin kuat, tebal dan luas jangkauan sinarannya, maka begitu juga pengaruhnya pada tahap kesihatan, wibawa, pesona dan karisma anda.

Jadinya, berbalik kepada isu asal, dalam proses rawatan jarak jauh, sang perawat akan menjadi pemancar kepada gelombang energy penyembuhan, dan melalui fakta saintifiknya boleh saja diterima oleh si klient tadi selama mana dia tetap wujud di dunia ini ketika sesi rawatan sedang berlangsung. Hahahah.

Untuk tulisan kali ini, kita fokus saja dulu pada teori rawatan jarak jauh. Sehingga kini, semakin ramai saintis yang mengkaji kuantum fizik dan sains astrologi percaya dan menyokong bahawa......

"Fikiran adalah lebih laju dari cahaya.

Thought travel faster than light."

Ketika kita berniat, getaran gelombang fikiran ini tadi sudahpun berhubung dengan getaran atom yang bersambung tanpa putus, kepada setiap klient kita. Dalam proses terapi, klient yang mempunyai deria rasa yang kuat atau sensitif akan mengalami sensasi-sensasi energy tertentu yang unik berdasarkan peribadi dan kepercayaan masing-masing.

Sensasi yang paling biasa kita dengar dari testimoni klient biasanya adalah seperti berikut.

1- Tulang belakang atau seluruh badan menjadi sejuk.

2- Rasa kesemutan pada seluruh atau bahagian tertentu di badan.

3- Merasa tubuh terombang ambing seperti dilanda ombak.

4- Seluruh badan terasa panas walaupun berkipas atau penghawa dingin.

5- Tertidur lelap tanpa mimpi sehingga pagi.

6- Klient tiba-tiba menangis atau mengeluarkan air mata secara tiba-tiba.

7- Terasa udara di dalam bilik menjadi suam dan nyaman.

8- Melihat cahaya berwarna warni di hujung anak mata ketika sesi terapi.

Dan banyak lagi sensasi yang unik terlalu panjang untuk diceritakan di sini.

Di Qalam Ilahi Wellness Center, kes kerasukkan atau meracau-racau ketika sesi terapi jarak jauh dilakukan sangat JARANG berlaku sama sekali.

Kenapa?

Bukan kerana rawatan kami hebat , tetapi kerana klient akan diterangkan terlebih dahulu sebab, punca, dan 'after effect' dari permasalahan yang dihadapinya sebelum dirawat, supaya tidak berlaku salah faham dan ketakutan hingga menimbulkan histeria.

Biasanya, terapi jarak jauh dilakukan selama seminggu. Dan kerana ia memerlukan KOMITMEN SECARA BERTERUSAN oleh perawat kepada klient,  dan memakan sebahagian dari masa peribadi perawat, maka sistem pertukaran "energy" adalah sangat dialu-alukan.

Tetapi sempena tulisan ini, kami akan mengadakan sesi terapi bagi orang-orang yang baru saja mengetahui konsep rawatan jarak jauh ini.

Kami juga menangani kes-kes "Bukan Penyakit" seperti mengembalikan keharmonian rumah tangga, mengembalikan orang yang lari, pelarisan rezeki, Aura shield untuk rumah / premis, dan lain-lain masalah kehidupan.

Semua orang layak menerima dan mendapatkan Terapi Gelombang Aura, tidak kira dia jauh ataupun dekat. Sebelum sesi terapi berlangsung, klient akan disuruh berada dalam kondisi diri yang senang dan tenang. Tidak digalakkan untuk bekerja dan melakukan aktiviti berat atau yang menggunakan fikiran.

Lebih baik lagi jika sesi terapi dijalankan sebelum tidur. Bagi klient yang tertidur sehingga pagi, atau tidak merasa apa-apa sensasi, usah risau.Energy penyembuhan tetap akan meresap dalam diri anda.

Biasanya bagi orang-orang yang mempunyai sakit dari awal, mangsa sihir, atau terlampau banyak energy negatif dalam badan, pada 2 hari terapi akan mengalami HEALING CRISIS, iaitu merasa penat berlebihan, timbul demam, cirit-birit atau hilang selera makan.

USAH RISAU, kerana ia adalah gejala normal. Sila banyakkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses detoksifikasi dalam tubuh. Usahakan juga untuk banyak makan sayur, serat dan buah.

Harap maklum, bahawa terapi alternatif bukan bertujuan untuk mengganti ubat hospital, dan anda tidak disuruh meninggalkan ubat yang diberikan oleh doktor sebelum mendapatkan nasihat dari pakar.

Apa manfaat Terapi Gelombang Aura (TGA) dan berbagai jenis Quantum Holistic Healing kepada anda?

- Mempercepatkan proses penyembuhan tubuh.

- Memperkuatkan gelombang elektromagnetik dalam tubuh anda.

- Membersihkan cakra dan aura untuk meningkatkan sistem hormon anda.

- Meningkatkan kesedaran pada kelebihan manusia yang diberikan Tuhan.

- Memecahkan ikatan energy sihir, energy sumpahan dan energy negatif.

- Menenangkan fikiran yang selama ini terbeban oleh stress.
.
.
.
.
Dan banyak lagi untuk disebutkan. Anda cubalah sendiri.

Hubungi team kami http://qihasna.wasap.my untuk tempahan mana-mana slot terapi bulanan yang diadakan..

Sekian salam kasih dan sayang dari kami untuk anda.

Love no limits.
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...