Your Magic Blog: July 2013

Saturday 20 July 2013

Menuju Kesuksesan Melalui Proses 3T: Takhalli, Tahalli dan Tajalli

Salam Ramadan Al mubarak :)

Sukses adalah dambaan setiap manusia. Siapa tak ingin sukses? Budak kecil pun kalau ditanya pasti mahu sukses, mahu berjaya dalam apa juga bidang kehidupan yang diceburi.




Semua orang mahu sukses, tapi tidak semua orang tahu bagaimana untuk sukses. Kali ini kita mendalami satu sistem menuju kesuksesan. Proses Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Istilah ini merupakan bahasa orang-orang tasauf. Sesiapa di kalangan pembaca yang menalami sistem sufistik pasti tidak asing lagi dengan istilah ini. Dari perspektif sufi, Takhalli bermaksud membersihkan diri sifat-sifat mazmumah/negatif, Tahalli pula mengisi diri dengan sifat-sifat mahmudah, sedangkan Tajjali pula adalah efek daripada 2 proses tadi iaitu keberhasilan sang diri mendapatkan pencerahan atau makrifah tentang rahsia ketuhanan.

Apa yang menariknya, konsep 3T ini dapat diaplikasikan dalam apa juga bidang kehidupan kita untuk mencapai kejayaan. Proses 3T apabila diterjemahkan ke dalam bahasa kita, Takhalli sebagai Pembersihan, Tahalli sebagai Pengisian, manakala Tajalli sebagai Pencapaian. Sememangnya untuk bisa sukses mencapai sesuatu, kita harus berupaya membersihkan semua aura-aura negatifdi dalam diri kita, membersihkan semua mental bocking yang menghasilkan sikap dan tindakan yang negatif, lalu menggantikannya dengan aura-aura positif ke dalam diri kita, mengisi minda dengan keyakinan-keyakinan positif agar menjadi Law of Attraction yang positif menghasilkan sikap dan tindakan yang positif ke arah mencapai matlamat yang dituju.

Oleh kerana menurut Hukum Fizik Kuantum yang mengatakan bahawa semua kejadian adalah energy,maka aspek spiritual dan material kita adalah energy. Positif menarik positif, begitu sebaliknya negatif menarik negatif, inilah Law of Attraction. Oleh itu Spiritual (fikiran dan perasaan) yang positif akan menarik material (kesihatan, cinta, kemakmuran harta benda dan keselamatan) yang positif. 

Jika anda memahami dengan baik, pencerahan semakin jelas di minda anda bahawa utk sukses rumusnya simple. Tidaklah mudah, tetapi simple iaitu: 
Pertama: Takhalli, Bersihkan energy negatif pada diri anda yang menjadi punca spiritual anda negatif lalu menarik aspek material yang nengatif.
Kedua: Tahalli, isikan energy positif ke dalam spiritual anda melalui amalan-amalan atau kebiasaan-kebiasaan yang positif yang mana akan menjadi Law of Attraction dan menarik aspek material yang positif ke dalam kehidupan anda. Dengan begitu anda telah mencapai Tajalli, iaitu kesuksesan pencapaian hajat anda.

Ikuti artikel-artikel sebelum ini agar anda tidak terlepas informasi berharga samada di FB paege QI ini atau di blog QI, qalam-ilahi.blogspot.com.

Saya menjemput para pembaca utk mempelajari sistem latihan pengolahan energy/aura diri Sin Ilahi~Sin Hu yang merupakan revolusi terkini sistem ilmu olah energy yang dikembangkan dari pelbagai sistem ilmu energy seperti reiki, kundalini, inner power, sufistik spiritual methode, dll yang sangat banyak manfaatnya utk perkembangan diri secara holistikmeliputi fizikal, mental dan spiritual.

Sekian. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua berjaya menjadi insan yang takwa, yang meraih kejayaan seimbang dunia dan akhirat.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)

~ from QI with Love



Friday 19 July 2013

Empat Unsur Kebahagiaan


Salam Ramadhan :)


Empat Unsur Kebahagiaan




Tahukan anda bahawa utk mencapai KEBAHAGIAAN yang sempurna kita sebagai manusia harus memiliki 4 aspek ini:


1. Kesihatan
2. Cinta ( Tuhan, keluarga, masyarakat, pasangan )
3. Kemakmuran ( kecukupan/kelimpahan material)
4. Keselamatan


Satu saja unsur anda kurang, maka terasa kurang lengkap hidup ini. Lihat diri kita masing-masing, serta orang-orang di sekeliling kita. Pasti masing-masing kita ada unsur yang kurang daripaa 4 unsur Kebahagiaan ni. Ada yang sihat, tapi tiada cinta dan selalu kekurangan material (wang/harta). Ada yang kaya, tapi tidak sihat pula. Keluarga kucar-kacir, isteri selingkuh dan anak-anak liar.


Kalau soal keselamatan, majoriti kita pasti merasa selamat di malaysia ni. Selamat dari kemalangan, kecurian, peperangan, pengganas dan lain-lain. Tapi tidak jarang juga ada orang yang tidak bernasib baik berada pada tempat yang salah pada masa yang salah dan mengalami nasib buruk. Tapi di sesetengah tempat, soal keselamatn menjadi soal kepentingan utama misalnya spt di negara-begara bergolak macam Palestin, Syiria selatan Thai, dll.


Anda perasan atau tdiak bagaimana kehidupan kini berubah. Sistem yang dikuasai oleh kapitalis memaksa majoriti umat manusia hanya mementingkan aspek ketiga, iaitu soal kemakmuran material. Tekanan dari kehidupan akibat sistem yang diguna oleh dunia kini membuat kita melihat 'kebahagiaan' terletak pada kelimpahan material, wang dan harta benda duniawi sehingga kita mengabaikan kesihatan, mengabaikan cinta kepada tuhan, keluarga, masyarakat dan pasangan kita bahkan merisikokan keselamatan demi merebut peluang utk mendapatkan kelimpahan material. Padahal ini hanyalah 'kebahagian ilusi'.


Lalu bagaimana kita dapat meraih 4 unsur Kebahagiaan tadi secara lebih mudah dan harmoni? Let see... Kita hidup di 2 alam iaitu fizikal berada di luar diri, dan alam spiritual yang berada di dalam diri. Alam fizikal adalah akibat sedang alam spiritual adalah sebab. Apa saja yang anda alami dan miliki di alam fizikal adalah sebagai akibat daripada apa yang anda alami dan miliki di alam spiritual, iaitu mindset serta keyakinan-keyakinan yang dominan di dalam diri anda, visual-visual imej di layar minda anda. 


Dengan memperbaiki kondisi alam spiritual kita, meningkatkan kesedaran rohani kita, secara hukum alam maka alam fizikal kita akan ikut membaik. 


Dunia mengikuti fikiran, semakin positif fikiran kita maka semakin positif dunia kita.
Material mengikuti spiritual, semakin baik spiritual kita maka semakin baik pula material kita.


Ambil kesmpatan di bulan baik ini, ketika aura keduniaan menjadi lemah oleh energy ramdhan utk meningkatkan amalan kerohanian dalam usaha memperbaiki kualiti spiritual kita, insya Allah dunia material kita akan turut menjadi semakin baik.


Ikuti Kursus Energy Spiritual Sin Ilahi~Sin Hu Khas Ramdhan seperti yg kami post sebelum ini. Sin Ilahi~Sin Hu adalah program latihan spiritual yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan kualiti diri secara holistik merangkumi aspek fizikal, mental dan spiritual. Anda boleh mengetahui kelebihan-kelebihan sistem Sin Ilahi~Sin Hu pada post2 di Qalam Ilahi FB page sebelum ini atau di blog QI, qalam-ilahi.blogspot.com


Sekian... Salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


~from QI with Love


Thursday 18 July 2013

Kursus Energy Spiritual Sin Ilahi~Sin Hu Khas Ramadhan

Salam Ramadhan :)



Menyahut seruan meningkatkan amal serta kualiti diri secara holistik mencakupi fizikal, mental dan psiritual di Bulan Ramadhan, QI membawakan “ Kursus Energy Spiritual Sin Ilahi-Sin Hu Khas Ramadhan”, dengan yuran pembelajaran yang rendah dan terjangkau. Kursus ini diadakan secara online bagi anda yang jauh dan juga offline/bersemuka bagi anda yang berada dekat.


Apa itu Sin Ilahi ~ Sin Hu?

~ Sin Ilahi ~ Sin Hu adalah satu sistem spiritual/kerohanian universal yang mengakses energi ilahi dan energi dari alam semesta untuk pelbagai tujuan dalam kehidupan.


Kelebihan mempelajari Sistem Sin Ilahi ~ Sin Hu?

~Membantu peningkatan kesedaran rohani.

~Menyeimbangkan sistem energi tubuh untuk kualiti kesihatan yang optimum secara fizikal, mental dan spiritual.

~Menjadikan sistem otot lebih rileks sehingga fikiran dan emosi lebih tenang.

~Membersihkan aura negatif yang menghalang perkembangan fikiran dan emosi sehingga jiwa jadi lebih tenang.

~Membantu mengheningkan jiwa dan meningkatkan kualiti khusyuk dalam ibadat.

~Membersihkan aura negatif yang mengotori jalur-jalur rezeki agar anda dapat mengakses energy kelimpahan dan kemakmuran untuk melancarkan aliran rezeki anda.

~Membangkitkan kemampuan penyembuhan pada diri anda sehingga anda mampu menjadi ahli terapi energi yang berwibawa.

~Energi Sin Ilahi ~ Sin Hu memiliki getaran sangat tinggi dan lembut melebihi getaran energi reiki, sesuai dialirkan untuk kebaikan sesiapa saja termasuk bayi, haiwan, tumbuhan mahupun objek-objek mati.

~Energi Sin Ilahi ~ Sin Hu yang sangat unik dan multi-fungsi boleh diprogramkan untuk pelbagai tujuan seperti benteng perlindungan rumah, premis, harta benda mahupun orang-orang yang anda kasihi, untuk tujuan pelaris perniagaan, aura penyeri, dan bermacam lagi kelebihan lainnya.

~Dalam kursus ini, anda akan diajar bagaimana untuk mengaktifkan Energi Cinta yang merupakan unsur paling penting dalam usaha penyembuhan pelbagai penyakit.

~Dan banyak lagi kelebihan sistem Sin Ilahi~Sin Hu yang tidak disebutkan di sini.



Siapa yang boleh mengikuti kursus Sin Ilahi ~ Sin Hu?

~Terbuka kepada semua yang berumur 17 tahun ke atas.


Berapa Yuran Kursus Sin Ilahi ~ Sin Hu?

Level Murid = RM 100 sahaja ( Normal RM 200)
Level Master = RM 200 sahaja (Normal RM 300 )
Level Sin Hu = RM 450 sahaja ( Normal RM 600 )

Semuanya hanya RM 750 sahaja!

Bagi anda yang ingin mempelajari kesemua level sekaligus, kami berikan dengan yuran hanya RM 700 sahaja!

***Yuran ini hanya valid sepanjang ramadhan. Selepas Ramadhan, rate kursus akan kembali normal***

Sijil pengiktirafan Level Master Sin Ilahi akan diberikan bagi pelajar yang lulus cemerlang menjalani latihan sehingga mencapai tahap standard Master Sin Ilahi.

Tahukah anda bahawa untuk menjadi seorang Master Reiki atau disiplin ilmu spiritual yang lain, anda perlu mengeluarkan belanja yang besar sehingga beribu??? Ya benar... Ilmu kerohanian tersangatlah bernilai untuk perkembangan diri anda menuju kebahagian yang hakiki, kerana kebahagian adalah soal rohani, bukan material.

Sedang di QI kami menawarkan anda pembelajaran ilmu spiritual sistem Sin Ilahi~Sin Hu yang bergitu bernilai dengan kos yang sangat rendah. Di bawah naungan Yayasan Persada Ilahi Indonesia, diasuh oleh yang amat kami hormati Grandmaster Ahmad Ghozali guru besar Sin Ilahi~Sin Hu, melalui webforum kami, www.parnorms.org (kini masih dalam pembaikan), QI telah berjaya melahirkan ramai Sin Ilahi Master yang berwibawa dan menyebarkan sistem spiritual Sin Ilahi~Sin Hu di Malaysia sejak 2007 lagi, walaupun melalui sistem pembelajaran tradisional yang 'humble' tanpa menggunakan iklan yang hebat-hebat.

Sertai kami di Qalam Ilahi Wellness Center, anda akan dibimbing oleh para Master Sin Ilahi~Sin Hu yang berpengalaman untuk menjadi seorang ahli spiritual serta ahli terapi energi yang berkaliber. Rebutlah peluang sempena bulan mulia ini untuk peningkatan kualiti diri secara fizikal, mental dan spiritual anda!


Sila hubungi kami tru PM, atau fon/sms/whatsapp : 019 892 6202


Sekian, Salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam

~ from QI with Love

Muntah Darah



Salam pagi ramadhan :)

Muntah Darah






Sharing paranormal... Tersebutlah kisahnya, 2 orang murid QI yg baru beberap hari menerima attunement Sin Ilahi Level Murid, diarahkan untuk merawat seorang macik yang bertandang ke Klinik Aura QI.

Menurut cerita macik ni, dia mengalami sakit perut yang cukup menyeksakan dirinya. Setiap kali sakit perut datang khasnya pada waktu malam, terasa memulas-mulas dan badannya terasa berat dan kebas. Bila minta pijak pun tidak terasa.

Ok. Selesai sesi pengenalan, pesakit pun berbaring di lantai. 2 orang murid ni menyalurkan energy Sin Ilahi secara bersama, sorang dari arah kepala dan sorang pula di perut. Belum pun energy mula disalurkan, baru membaca kalimah syahadah sbg pembuka rawatan, pesakit sudah mula menggeliat kerana sakit perut. Apabila energy mula disalurkan ke tubuhnya, semakin terasa sakit dan memulas perutnya. terlihat wajahnya begitu tegang menahan kesakitan, tangannya keras menggenggam tilam tempatnya berbaring sambil suaranya mengerang kesakitan.

"Nak, macik mau muntah". Kata macik tu. "Nda apa mck. Perasaan saja tu", membalas salah sorng murid ni. Belum byk pengalaman merawat jadi, menjawab ala kadar lah si murid ni.... Ok rawatan diteruskan lagi sehingga beberapa minit.

Tiba-tiba macik tadi tersentak bangun menekap mulut menahan sesuatu yang ingin melompat keluar dari dalam mulutnya. Bergegas salah sorng murid ni mengambil bekas plastik dan menadahkannya di depan macik tadi. " Wuekkkkk!!!" dengan suara yang kuat, mck ni muntah. Darah yang keluar, merah pekat dengan bau yang sangat busuk!. Boleh tercium satu ruangan rumah. Nasib baik ketika itu hanya ada pesakit ini bersama suaminya tanpa ada pesakit lain. 

2 orang murid yg merawat hanya mampu menahan nafas. Mau tutup hidung risau pula pesakit merasa malu. Macik ni muntah beberapa kali, dan masih sama darah merah pekat yang keluar dengan bau yg begitu busuk seolah sudah di peram bertahun di dalam perutnya. Kedua murid yg merawat merasa panik juga, knp pesakit sampai muntah darah. ya biasalah, pengalaman merawat belum banyak. Normal jika merasa panik melihat reaksi pesakit yang ganjil-ganjil.

Tiba-tiba.... " Nak, tolong macik nak! Banyak ular masuk dari pintu mau datang serang macik. Tolong halau!", Macik tadi bersuara dengan nada yang takut dan memelas hampir menangis sambil menunjuk ke arah pintu rumah. Si perawat melihat saja dengan bengung. 'Mana ularnya ni? Ndada pun... Pelik juga perangai macik ni', gumam mereka di dalam hati. Murid-murid ini, mk3 nya belum terbuka jadi tidak dapat melihat dimensi ghaib.

" Ok macik... Tenang ya. Jangan takut, kejap lagi ular tu akan kami halau ", kata mereka sekadar utk menangkan hati pesakit. Penyaluran energy diteruskan lagi beberapa minit. Pesakit kelihatan semakin tenang, tiada lagi muntah darah an tidak lagi nampak ular menjalar mahu datang menyerang.

Rawatan sesi pertama selesai, pesakit pulang dengan dibekalkan sebotol air berenergy.

Hari keesokannya, pesakit datang lagi utk sesi rawatan seterusnya. Beliau mendakwa semalam tidurnya lena, cuma mengalami cirit birit. Rawatan kedua, pesakit tidak lagi merasa sakit perut. Kali ini lain lagi reaksi yang muncul. Pesakit berkeringat deras sehingga basah pakaiannya. Cerita pesakit, malam selepas rawatan kedua badannya terasa panas sangat samapi tidak boleh pakai baju. Walaupun berkipas, masih juga terasa panas.

Rawatan ke tiga. Pesakit semakin baik. Hanya merasa aliran energy halus di tubuhnya petanda bahawa auranya semakin bersih dan lancar. Rawatan diteruskan sehingga hari ke empat bagi memastikan tiada lagi sisa energy negatif yang ada di sistem aura beliau. Rawatan utk beliu ditutup dengan proses Aura Shield.

Macik ini sebenarnya terkena sihir yg dibagi melalui makanan atau minuman. Beliau ada bisnes kantin di sebuah tempat timbang buah kelapa sawit. Bisnesnya laris manis. Cerita biasa orang kita. Bila orang nampak maju, mulalah iri hati dan hasad dengki. Bisnes di tolak, dukun bertindak. Sejak beberapa bulan yang lepas, setiap kali beliau pergi ke kantinnya, dia akan merasa takut dan sakit khasnya bhgn perut.

Barang santet/guna2 mengeram dalam perut beliau, masuk melalui makanan dan minuman. Sistem energy blocking, flow energy jadi terganggu menghasilkan efek negatif pada fizikal, emosi dan jalur-jalur rezekinya. Apabila energi Sin Ilahi disalurkan, sistem energy pesakit diselaraskan, blocking dibuka memaksa barang-barang santet/guna2 keluar melalui muntah darah, cirit birit dan keringan pesakit sehingga bersih. Menurut beliau, sudah beberapa tempat juga dia pergi berusaha untuk mendapatkan rawatan namun tidak menunjukkan hasil yang positif. 

Akhirnya terjumpa dengan perawat QI, walaupun murid yang merawat baru saja mendapatkan attunement, namun rawatan tetap efektif. Semuanya dengan kuasa Allah adanya. Sebagai perawat, kita hanyalah medium utk menyalurkan energy penyembuhannya yang melimpah utk kebaikan sesama manusia. Oleh kerana itu, sebagai medium penyaluran energy, kita harus menjaga diri agar kita dapat menjadi medium penyalur energy yang bersih dan berkualiti kerana sesakti apapun energy yang kita salurkan, andai kita sebagai penyalur kotor maka energy sakti tadi pun akan ikut tercemar dan menghasilkan energy yang sdh downgrade :)

Sekian, salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam.



~ From QI with Love :)





Tuesday 16 July 2013

Ilmu Keselamatan Sepanjang Perjalanan

Salam hormat :)


Kepada semua member QI page ini, saya share kpd anda sebuah ilmu keselamatan untuk anda amalkan setiap kali keluar dari rumah.

Kaedah amalannya:

Setiap kali anda keluar dari pintu rumah anda, mulakan dengan langkah kanan sambil membaca, LAAHAULA... kemudian langkah kiri sambil membaca, WALAQUWWATA, lalu langkah kanan semula sambil membaca ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL 'AZDIIM... Kemudian teruskan perjalanan anda.

InsyaAllah energy metafizik yang besar akan menyelubungi serta membentengi anda dari semua jenis bahaya kemalangan dalam perjalanan, selamat daripada gangguan semua jenis makhluk zahir mahupun ghaib, selamat dari penipuan, kecurian, rompakan dan sebagainya. Dengan berkat amalan ini juga, perjalanan anda akan disertai rahmat dan keberkatan Allah sehingga anda selamat pulang ke rumah anda.

Silakan beramal dengannya.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)

Monday 15 July 2013

Evolusi Diri Melalui Zikir

Salam semua :)

Zikir Nafi-Isbat merupakan zikir yang dilafazkan dengan kuat sehingga getaran suara yang timbul mampu menggetarkan semua titik-titik energy/cakra/lataif di tubuh sehingga sedikit demi sedikit terbuka dan meningkatkan kesedaran menuju makrifat.

Ambil peluang ramadhan ini di mana ikatan roh terhadap jasad semakin longgar melalui puasa sehingga dengan getaran energy dari zikir mampu membuat roh anda melayang naik semakin tinggi ke dimensi-dimensi rohani kembali ke fitrahnya. 

Zikir Jahar Nafi-Isbat, LAAILAHA ILLALLAH adalah zikir 'pencuci' pada semua peringkat bukan saja mencuci dosa-dosa, aura-aura negatif, penyakit-penyakit zahir dan batin malah paling utama mencuci kesedaran. 

Kalimah Nafi, LAAILAHA adalah 'pencuci' semua yang sifatnya negatif di dalam diri. Manakala kalimah Isbat, ILLALLAH adalah kalimah 'pengisi' semua aspek positif dari alam ketuhanan. 

Ertinya zikir LAAILAHA ILLALLAH adalah zikir yang membersihkan semua aspek negatif di dalam diri kita dan menggantikannya dengan aspek positif dari alam ketuhanan. Dengan amalan zikir yang istiqamah anda pasti mengalami transformasi yang luar biasa secara spiritual, mental dan fizikal.

Bagaimana kaedah zikir Nafi Isbat yang tepat? Tunggu sambungan artikel ini.

Salam kasih dan sayang untuk seisi alam :)

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...