Your Magic Blog: February 2012

Sunday, 12 February 2012

Simbolism : Komunikasi Bawah sedar

Salam :)

Tadi saya surfing internet, dan terjumpa blog orang kita yang mengulas tentang kajian berkenaan simbol Star Of David. Sangat menarik ulasan hasil kajian beliau. Saya menghormati sesiapa saja yang melakukan kajian, kerana itu adalah tanda bahawa mereka sedang mencari kebenaran.

Untuk menemui sebuah kebenaran, tidak cukup jika dikaji dari satu sudut perspektif kerana itu cenderung untuk menimbulkan kefanatikan memandangkan rujukan dan panduan yang digunakan dalam kajian itu terbatas pada bidang ilmu tertentu saja. Mengkaji sesuatu harus adil dan seksama, umpama kita melihat seekor gajah. Harus melihat dari depan, belakang, kiri, kanan, atas, dan bawah barulah kita boleh memberikan ulasan yang adil dan saksama. Dari sini, barulah kita membuat keputusan samada perlu atau tidak kita cenderung ke satu arah tertentu dalam penilaian kita itu andai ada kepentingan majoriti yang terlibat. Begitulah sudut pandang orang-orang spiritual.

Berkenaan simbol, yang umumnya dibina daripada 'sacred geometry', numeorologi, astrologi, warna, bunyi,  simbol-simbol alam seperti dalam tradisi I-Ching, dan simbol-simbol keagamaan, semua itu HANYALAH satu medium untuk memfokuskan fikiran terhadap satu TUJUAN. Ia adalah satu komunikasi halus atau 'subliminal message' antara minda bawah sedar kita dengan tubuh aura objek atau peristiwa yang kita hajati dan kita kaitkan dengan simbol itu.. Komunikasi ini menghasilkan kekuatan tarikan melalui Law Of Attracction. Cuba anda lihat di sekeliling anda. Perhatikan syarikat-syarikat besar misalnya KFC. Antara simbol yang digunakan oleh KFC adalah warna kuning pada gambar ayamnya. Warna kuning ini adalah berkaitan dengan cakra pusat yang mengaktfifkan selera makan. Warna merah pada tulisan KFC berhubung dengan cakra dasar yang mengaktifkan rasa agresif. Simbol 'pacik berjanggut putih' yang memakai afron. Semua simbol ini memberikan mesej bawah sedar kepada orang ramai tentang makan ayam di KFC. Perhatikan dengan baik-baik, dengan melihat tulisan 'KFC' pada tulisan saya ini pun sudah mampu membuat anda terbayang ayam yang rangup dan lazat dan membuat air liur anda kecur. Benar kah? Jika anda mengatakan ya maka anda semakin memahami rahsia dan 'power of simbolism'.

Lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan simbol-simbol yang ada. Setiap simbol pasti 'mengingatkan' anda kepada sesuatu. Ini adalah fenomena komunikasi bawah sedar, yang mempengaruhi minda tanpa kita sedar!. Dalam kehidupan seharian, anda juga sering membuat simbol-simbol anda sendiri. Misalnya tulisan-tulisan di diari atau jadual anda, mengingatkan anda tentang apa yang anda akan lakukan. Deringan 'alarm' di jam anda mengingatkan anda kepada sesuatu aktiviti yang anda ingin buat. Itu adaalah simbolism yang ringkas namun boleh kita gunakan sebagai bahan fikir untuk kita memahami mekanismenya.

Pada satu perspektif, di alam ini ada simbol-simbol universal yang mengandungi kod-kod energy secara semulajadi. Menguasai pengetahuan tentang simbol-simbol ini membolehkan anda menjadi manusia super kerana simbol-simbol ini membuat anda mampu mengakses 'blue print' setiap ciptaan dan memanipulasinya. Ini adalah ilmu pengetahuan dari dimensi-dimensi tinggi yang mana alam memiliki mekanismenya sendiri yang akan memastikan ilmu ini hanya jatuh ke tangan manusia-manusia tertentu saja. Bila anda membaca info ini, perasaan ragu, tidak percaya, selamba, merasa tidak mampu adalah menunjukkan anda tidak memiliki rezeki untuk memilikinya. Sekalipun anda berminat lalu melakukan kajian, namun jika anda tidak berezeki dengannya, maka pasti anda juga tidak akan menguasainya.

Berbalik kepada topik, Star of David atau Bintang Nabi Daud adalah salah satu simbol alam yang begitu dalam rahsianya. Dalam bentuk 2D, simbol ini adalah terdiri daripada 2 segitiga yang saling bertentangan. Satu menghadap ke atas dan satu menghadap ke bawah. Segitiga yang menghadap ke atas mengandungi kod energy maskulin, yang (konsep yin yang), panas, matahari, siang, kasar, spiritual, dll yang setara. Manakala simbol segitiga menghadap ke bawah mengandungi kod energy feminin, ying, dingin, bulan, lembut, duniawi, dll yang setara. Penyatuan simbol ini menunjukkan penyatuan sempurna antara 2 sifat bertentangan yang diperlukan untuk sebuah kesempurnaan yang harmoni. Misalnya, penyatuan harmoni dan sempurna antara material dan spiritual yang menjadikan kehidupan seseorang menjadi begitu bahagia dan 'perfect'. Dalam bentuk 3D, ia adalah penyatuan antara 2 tetrahedron. Inilah bentuk geometri aura manusia yang telah sempurna dan seimbang antara spiritual dan materialnya, telah terbuka sempurna semua cakra-cakra tubuhnya dan harmoni sedemikian rupa. Aura para manusia-manusia suci dan agung. Simbol Star of David, atau Seal of Solomon, yang melambangkan keistimewaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang diberikan penguasaan istimewa terhadap elemen-elemen alam pada zaman mereka.

Kaum Yahudi diberikan ilmu ini dan mereka menggelarnya sebagai Merkabah/Merkava. Ia adalah ilmu suci dan rahsia, tidak dimiliki oleh mana-mana kaum, agama dan tradisi. Ia adalah ilmu universal dan neutral yang boleh dimiliki oleh sesiapa pun juga asalkan namanya manusia. Tetapi sayangnya simbol ini telah 'dikotori' oleh  kumpulan Zionis. Simbol universal dan sangat powerfull ini kini dipenuhi persepsi negatif sehingga setiap kali kita melihat simbol ini, akan muncul persepsi bahawa ia milik yahudi, boleh menimbulkan syirik, mengotori akidah, melambangkan sesuatu yang kejam dan jahat lain-lain sifat negatif. Inilah propaganda yang kaum Zionis mainkan sehingga sebuah ilmu yang hebat boleh mereka gunakan sendiri-sendiri untuk kepentingan mereka dalam upaya menguasai dunia ini secara rahsia.

Para pembaca sekalian, tulisan ini hanya bertujuan untuk membuka ruang fikir kita. Anda berhak untuk percaya atau tidak. Nasihat saya, jangan mudah melatah dan melenting dengan info-info 'baru' yang anda terima. Fikirkan dahulu sebelum membuat kesimpulan dan apapa tindakan. Terima dan manfaatkan info ini jika anda merasa ia baik. Abaikan saja jika anda merasa ia negatif.

Semoga anda semakin bahagia. Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)



Sunday, 5 February 2012

Matrix Radionics Penyembuhan

Salam :)

Saya dan rakan-rakan sedang giat melaukan uji kaji berkenaan teknologi spiritual. Di bawah ini adalalah 'Mesin Psikotronics' kedua yang dapat dihasilkan daripada hasil uji kaji ini. Fungsi 'mesin psikotronik' ini adalah untuk memancarkan frekuensi energy penyembuhan yang berterusan kepada target yang ditujukan melalui proses pengaktifan. Silakan teman-teman untuk menilai pancaran energynya :)


InsyaAllah akan banyak lagi 'mesin2 spiritual' yang akan dihasilkan. Misalnya untuk masalah cinta/jodoh, rumah tangga, dan lain-lain lagi. 'Mesin spiritual' ini adalah satu 'tool' atau alat bagi memudahkan sesiapa saja yang tiada waktu untuk melatih kekuatan mentalnya, namun berminat untuk menikmati manfaat dari alam energy metafizik. Atau untuk sesiapa para pengamal paranormal-spiritual yang ingin menguatkan lagi 'power' nya. Kaedah pengaktifan untuk 'mesin spiritual' ini tidak dapat saya bagitahu di sini. InsyaAllah anda boleh menghubungi saya jika ingin memiliki atau pun memahami rahsianya.

Itu saja dulu... Jika anda ada apapa kemusykilan, insyaAllah kita boleh berbincang-bincang :)

Salam kasih dan sayang untuk semua makhluk sepanjang waktu :)

Anda berfikir, Anda Mencipta - Penjelasan Ringkas Teknologi Spiritual

Salam :)

Mengikut Hukum Fizik Quantum, semua benda/perkara/objek/peristiwa adalah terdiri daripada energy yang bergetar pada frekuensinya masing-masing. Sebuah objek nyata, misalnya buku terlihat sebagai satu objek kaku yang padat dan keras. Jika kita lihat dengan lebih dekat, maka kita akan melihat bahawa buku itu adalah terdiri daripada ikatan molekul yang tetap. Jika dilihat lebih dekat lagi maka akan terihat pula susunan atom-atom yang membentuk molekul tadi. Jika dilihat lebih dekat akan terlihat pula bahawa atom-atom itu terdiri daripada partikel sub-atom iaitu proton dan elektron yang sentiasa berputar pada nukleusnya. Jika dibedah lagi, akan terlihat pula bahawa loncatan elektron-elektron itu menghasilkan percikan cas-cas elektrik yang dipanggil Quark, jika dibedah lagi akan terlihat pula energy yang lebih halus lagi yang dipanggil oleh ahli fizik quantum sebagai 'string'. Oleh kerana itu, semua objek jika dikembalikan semakin dalam ke hakikat kejadiannya/asalnya, yang terlihat hanyalah energy-energy pada frekuensi yang tersendiri. 

Beginilah kejadian seluruh alam ini. Semua adalah energy. Setakat ini alat-alat sains hanya mampu melihat hakikat semua kejadian pada batas getaran energy yang berbagai frekuensi. Ada apa disebalik frekuensi ini? Jika frekuensi-frekuensi ini dikemabalikan lagi ke hakikatnya yang lebih dalam apakah yang akan ditemui? Ini soalan yang belum dapat dijawab secara saintifik. Pada tahap ini, hanya kesedaran kitalah yang mampu melihat selebihnya akan hakikat-hakikat yang selebihnya yang tidak dapat dicapai oleh peralatan sains. Ini kerana kesedaran manusia mendiami semua dimensi sampailah ke dimensi ketuhanan dan oleh sebab itu, kesedaran kita sebenarnya mampu mengakses setiap level penciptaan alam ini jika dilatih dengan benar.

Sekarang kita tahu, bahawa segala sesuatu yang wujud di alam 3 dimensi samada objek atau peristiwa adalah sebenarnya memiliki wujud dalam 'wajah' lain pada tahap-tahap yang semakin dalam menuju hakikatnya. Tahap-tahap inilah yang dikenal sebagai dimensi. Di sini kita tumpukan minat kita dahulu pada dimensi fizikal dan juga dimensi eterik kerana dalam semua kerja-kerja paranormal inilah dimensi yang paling kerap diakses dimanipulasi.

Ok... Dimensi eterik adalah tahap fikiran atau tahap energy. Di fikiran kita, apa saja boleh kita cipta melalui imajinasi. Apa saja kita boleh capai melalui imajinasi. Fikiran adalah energy. Oleh itu apa saja yang kita bayangkan dengan fikiran kita sebenarnya membentuk energy. Di sini kita bebas mencipta dan menjadi apa saja mengikut daya kreativit kita. Level ini sangat mudah di manipulasi kerana unsurnya lembut dan halus, tidak seperti unsur fizikal yang padat dan keras. Seluruh ciptaan manusia selama ini, samada objek atau peristiwa, ada 'blue print' di level ini dan boleh diakses jika kita mengetahui caranya.

Bolehkan 'ciptaan' di alam fikiran ini dizahirkan ke alam fizikal??? Jawapannya BOLEH!... Semua objek dan peristiwa yang ada di sekeliling anda adalah bermula dari 'alam fikiran'. Rumah anda wujud di alam fikiran arkitek sebelum ia wujud di alam zahir ini. TV anda wujud di alam fikiran penciptanya sebelum ia muncul di alam nyata ini. Semuanya begitu. Ini hukum alam yang mengikat seluruh isi alam ini. Syirikkah??? Bergantung tahap kefahaman anda. Jika anda tidak memahami mekanisme disebalik keadaan ini anda boleh jadi syirik. Oleh itu syirik dan atau tidak adalah bergantung bagaimana anda memahaminya kerana kefahaman andalah yang menentukan tindakan-tindakan anda. Jika anda pesimis, maka ilmu ini bukan untuk anda.

Kembali kepada topik utama kita... Apa saja yang anda cipta di alam fikiran, anda boleh zahirkan ke alam fizikal. Dengan syarat, 'ciptaan' anda di alam fikiran itu sudah terbentuk dengan tetap dan stabil. Untuk mendapat bentuk tetap dan stabil di alam fikiran, 'ciptaan' ini perlu di bayangkan secara rutin dan konsisten. Di sinilah KELEMAHAN utama kebanyakan kita. Banyak ciptaan kita yang terkandas di alam energy, tidak mampu mengambil bentuk di alam fizikal kerana kita tidak memiliki daya mental yang kuat untuk 'membayangkan' dengan jelas dan konsisten. Ini adalah keadaan yang lumrah, kerana fikiran kita memang fitrahnya suka 'lari-lari' apatah lagi pada zaman yang serba sibuk ini.

Ilmuan zaman dulu melihat dan memahami keadaan ini. Oleh sebab itu mereka mencipta 'alat' bantuan yang dikenali pada zaman ini sebagai 'psikotronik'. Alat ini berfungsi 'membekukan' dan mempertahankan frekuensi fikiran yang 'mencipta' di alam imajinasi. Dengan cara ini, frekuensi fikiran itu kekal bertahan membuat bentuk-bentuk ciptaan di alam imajinasi itu semakin stabil dan kuat dan akhirnya terzahir di alam nyata. Alat 'psikotronik' ilmuan zaman dulu adalah jauh lebih maju dan canggih daripada apa yang ada sekarang. Mereka mampu menjana energy dari grid bumi, energy dari alam sekeliling, energy dari air, laut, bunyi bahkan ada pula yang memanfaatkan energy dari alam ghaib jenis makhluk astral (jin) dan menyalurkannya untuk menguatkan lagi frekuensi hajat mereka sehingga dengan mudahnya terzahir ke alam nyata bahkan dalam keadaan yang ajaib pula.

Ketika anda berzikir atau membaca apapa ritual, anda sebenarnya menghasilkan sebuah medan tenaga. Sayangnya anda tidak tahu cara untuk men channel  energy itu dan membantu menguatkan frekuensi hajat anda. Ketika anda berniat, anda sebenarnya sedang mewujudkan link  antara minda anda dengan hajat anda. Ini adalah konsep asas dalam kuasa minda. Jika anda mampu menjana dan menyalurkan energy kepada hajat anda melalui link tadi secara berterusan, maka mengikut hukum alam, hajat anda itu akan sangat mudah terzahir ke alam nyata.

Setakat itu dulu...mudah-mudahan anda dimudahkan memahami isi tulisan ini. 
Selamat berbahagia selalu.

Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...