Your Magic Blog: Bahagia adalah urusan hati

Wednesday 1 June 2011

Bahagia adalah urusan hati

Semua orang pasti mahu bahagia. jika ditanya bahagia itu apa? atau bahagia itu yg mcm mana? maka semua org pasti jawapannya berbeza. org miskin mengatakan bahagia bila ada byk wang. namun ramai org kaya yang memiliki wang melimpah tidak pula merasa bahagia. orang yg hodoh mengatakan bahagia jika memiliki paras rupa yg cantik. namun byk org yg cantik rupa parasnya tidak juga bahagia.

apa yg membahagiakan saya belum tentu membahagiakan anda. oleh itu bahagia atau sengsara adalah  bergantung kepada penilian kita masing-masing. kitalah yg memutuskan samada sesuatu itu baik atau buruk. kitalah yg memikirkan samada sesuatu itu baik atau buruk. kitalah yg meletak nilai baik dan buruk terhadap sesuatu. kita bebas utk berfikir, dan bebas pula utk merasa baik atau buruk. kita hanya perlu 'sedar' bahawa kita ini bebas utk berfikir dan merasa. jika sudah sedar, maka kita tinggal memilih untuk berfikir dan merasa positif selalu.

misalnya jika kita dihadapkan dengan satu situasi yg sukar, kebiasaannya kita akan merasa susah dan sempit, merasa sial, merasa buntu dan lain-lain yg negatif. kita juga tidak tahu kenapa semua fikiran-dan perasaan itu muncul secara spontan. cuba kita anggap kesukaran yg datang itu adalah satu bentuk ujian yang akan menjadikan kita lebih sabar, lebih bijaksana, lebih waspada, lebih kritis dalam berfikir dan bertindak dan sifat positif lainnya. jika kita dapat menghayati perkara ini dgn baik, boleh jadi nanti kita malah akan merasa bahagia apabila kita diuji dgn kesukaran-kesukaran sbb fasa inilah peluang terbaik utk kita mengasah peribadi kita menjadi lebih mantap dan kuat lagi. 

pada hakikatnya, memang saat-saat yg kita anggap getir itulah yg akan membuat kita tumbuh menjadi peribadi yg lebih matang dlm semua aspek. manakala saat-saat yg menyenangkan itu membuat kita leka dan lama kelamaan blh membunuh peribadi unggul dalam diri kita. 

oleh itu pilihlah utk berfikir dan merasa positif selalu, sbb anda adalah tuan kepada diri anda sendiri. jgn jadikan keadaan, orang, atau peristiwa mengawal fikiran dan perasaan anda :)

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...