Your Magic Blog: Persoalan Mata Ke Tiga

Wednesday 5 September 2012

Persoalan Mata Ke Tiga

Salam semua pembaca budiman :)

Kembali membicarakan tentang mata ke 3. Masih ramai yang tidak faham atau salah faham tentangnya. Let me show you.

Pada dasarnya, semua orang sudah pun terbuka mata ketiganya. Ini sebuah fakta. Namun kadar keterbukaan setiap orang itu luah yang berbeza. Alam ini tersusun daripada dimensi-dimensi dan setiap dimensi terbina daripada energy pelbagai frekuensi. Mata ke 3 bagi manusia awam umumnya mampu mengakses alam eterik iaitu bahagian bawah daripada dimensi ke 4 di mana berlegarnya gelombang fikiran manusia. Imaginasi adalah fungsi paling dasar bagi mata ke 3. Anda semua boleh berimaginasi jadi mk3 anda sebenarnya sudah pun terbuka namun kemampuannya masih terbatas sekadar mengakses dimensi-dimensi rendah.

Ketika anda berimaginasi anda sebenarnya mencipta gelombang energy di alam eterik dimensi ke 4. 'Ciptaan' anda ini ada wujud yang konkrit dalam bentuk energy dan boleh dilihat oleh mk3 orang lain yang mengakses frekuensinya. Bezanya di sini adalah, aktiviti berimaginasi adalah 'mencipta' energy. Ini biasa kita buat bahkan setiap hari kita buat. 

Sedangkan 'menerawang' atau melihat dengan mk3 adalah mengakses frekuensi energy yang sudah sedia ada. Samada anda sendiri sendiri yang mencipta energy tersebut atau orang lain ataupun wujud semulajadi.  Misalnya begini. Saya ingin mencipta energy pada si Abu. Saya imaginasikan sebuah mahkota di atas kepalanya. Secara energy akan wujud bentuk mahkota di atas kepala si Abu. Wujud energy ini memiliki frekuensi tertentu. Katalah frekuensi itu adalah 8.53 HZ. Jika anda ingin melihat wujud mahkota energy itu anda perlu 'tune' atau selaraskan gelombang minda anda dengan frekuensi tadi barulah anda dapat melihat wujud mahkota ini. Proses 'tuning' inilah yang ramai masih tidak tahu sekalipun sudah ikut berbagai program membuka mk3.

Apabila anda berniat untuk melihat dengan mk3, minda bawah sedar anda akan memancarkan gelombang dan melakukan 'connection' dengan gelombang energy objek yang anda ingin lihat. Proses ini berlaku dengan sangat cepat dan secara automatik dengan syarat anda cukup dan sangat relaks. Ketika gelombang yang memancar dari minda anda bertemu dengan mana-man gelombang dari luar, akan muncul imej-imej di layar minda anda. Atau dengan kata lain anda akan "TERBAYANG" sesuatu. Dalam kehidupan seharian anda, apabila anda terbayang sesuatu itu bermakna gelombang fikirannya anda sedang ter 'connect' dengan suatu gelombang luar.

Ingat baik-baik di sini. TERBAYANG dan MEMBAYANGKAN adalah dua perkara yang sangat berbeza. MEMBAYANGKAN adalah , mencipta energy. Manakala TERBAYANG adalah melihat energy yang sudah sedia ada.

Oleh itu apabila anda berniat melihat dengan mk3, ia hanyalah aktiviti minda anda. Tidak kena mengena langsung dengan kedua biji mata fizikal anda. Kesulitan anda untuk memahami perkara ini adalah kerana kefahaman-kefahaman salah yang anda simpan selama ini yang menyangka bahawa penglihatan mk3 adalah melihat dengan kedua biji mata fizikal anda. Anda masih belum dapat memahami tentang perkataan "TERBAYANG" di fikiran. Think about it!

Ok, kalau semua orang sudah terbuka mk3 nya apakah lagi ertinya program serta kursus membuka mk3??? Ya memang semua orang sudah terbuka mk3 masing-masing pada dasarnya. Namun kemampuan mk3 itu terbatas dan kefahamannya pun terbatas. So program pembukaan mk3 sebenarnya adalah untuk memahamkan serta meningkatkan dan menghaluskan getaran mk3 murid agar mampu mengakses dimensi-dimensi tinggi yang sangat banyak manfaatnya untuk kehidupan ini.

Sekian dulu. Semoga ilmu kita semakin bertambah dan kefahamannya kita semakin baik. Salam kasih dan sayang yang tulus untuk semua :)


3 comments:

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...