Your Magic Blog: Mata Ke Tiga

Tuesday 31 July 2012

Mata Ke Tiga


Salam kedamaian untuk anda para pembaca budiman :).

Beberapa hari lepas saya update blog ini. Pada butang kursus di atas saya offer pembukaan mata ke 3. Jadi ada beberapa pembaca yang menghubungi saya bertanya tentang mata ke 3. So pada entry kali ini saya ingin berbagi kepada anda semua tentang apa itu mata ke 3.

Rajah 1: Gambaran mata ke 3

Rajah di atas menunjukkan lokasi mata ke 3 manusia. Namun bentuknya tidaklah begitu seperti mata fizikal. Mata ke 3 adalah bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada penglihatan lain selain daripada penglihatan kedua mata fizikal kita. Jika anda rajin mengkaji samada di online atau offline, anda akan sering mendengar atau membaca tentang istilah-istilah mata ke 3, mata ghaib, penglihatan batin, mata hati, daya tembus pandang serta macam-macam lagi istilah. Ada yang jadi bingung, apa bendanya semua tu?

Ok mari kita belah dan bedah pelan-pelan. Di dalam diri kita ada sebuah 'kesedaran'. Kesedaran ini adalah 'Aku' anda. Sang Aku inilah yang sedar akan segalanya. Terlalu dalam kalau mau di kupas, boleh-boleh kita termasuk pula ke bahasan ilmu-ilmu hakikat. So saya simple kan dengan istilah minda. Lebih mudah difahami. Minda kita adalah satu fasiliti, satu kebolehan yang sangat luarrrr biasa. Minda inilah yang menjadi alasan kenapa kita diiktiraf oleh Tuhan sebagai 'sebaik-baik' ciptaan. Pada minda ini ada kebolehan untuk melihat secara batin menyasikan perkara-perkara ghaib atau istilah modennya metafizik.

Minda 'melihat' keluar dari diri kita melalui 3 'kaca mata'. Kaca mata pertama adalah yang dikenali sebagai cakra solar plexus di dalam disiplin ilmu aura, iaitu titik tenaga yang terletak di sekitar ulu hati. Apabila minda 'melihat' melalui kaca mata ini, aktiviti minda ini dikenali sebagi Komunikasi Naluri. Gelombang minda anda memancar melalui wilayah ini, dan menjadi satu keupayaan untuk berinteraksi dengan gelombang di sekeliling anda.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tiba-tiba merasa tidak sedap hati, perut tiba-tiba rasa senak dan memulas? Kemudian tiba-tiba anda mengalami peristiwa buruk, atau anda mendapat panggilan telefon mengatakan ada berita buruk menimpa keluarga anda? Ramai yang pernah mengalami perkara ini. Atau anda sedang jalan-jalan di mana-mana, lalu tiba-tiba anda merasa diikuti, lalu anda menoleh ke belakang tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Lalu anda merasa berdebar-debar dan jadi takut dan semakin takut. Ini pun sering anda alami. Ini adalah petanda bahawa anda gelombang minda anda sedang 'berkomunikasi' dengan gelombang dari luar. Anda tidak tahu apa bendanya, tapi anda 'merasakan' bahawa 'ada sesuatu'.

Ada ramai pesakit yang saya jumpa, terutama perempuan yang kerap sendawa bila terjumpa orang-orang yang 'bawa jin'. Atau sedang berada di kawasan-kawasan yang 'berpenghuni' samada penghuni bentuk jin atau penghuni berbentuk gelombang buatan manusia ( ilmu ghaib ). Sendawa itu adalah satu 'signal' kepada mereka bahawa gelombang mindanya yang memancar dari solax plexus sedang berinteraksi dengan satu gelombang 'aneh' dari luar. 'Aneh' itu maknanya ada jin, saka, dan sejenisnya, atau ada 'ilmu buatan' di situ. Lalu keanehan itu diterjemahkan oleh tubuh melalui sendawa yang menyakitkan, bulu roma meremang serta dada berdebar-debar. Penglihatan melalui kaca mata ini tidak memperihatkan imej, hanya ada 'rasa' tentang kehadiraran 'sesuatu'. Jadi bila anda berkata, " Saya rasa begini...Saya rasa begitu... " maka anda sebenarnya sedang menggunakan fasiliti ini.

Apabila kemampuan spiritual anda meningkat, minda anda akan mula melihat melalui 'kaca mata' kedua yang lebih canggih iaitu cakra kerongkong, titik tenaga yang berada pada kerongkong anda. Disini gelombang yang anda pancarkan keluar adalah lebih halus lagi dan imej-imej mula muncul di layar minda anda walaupun masih agak kabur-kabur namun sudah boleh menjadi petunjuk. Pada tahap ini juga imajinasi buatan anda masih boleh mempengaruhi imej-imej yang anda nampak. Aktiviti minda ini dikenali sebagai Komunikasi Mental.

'Kaca Mata' paling canggih adalah apabila minda anda mula melihat melalui cakra ajna, iaitu titik tenaga yang berada di tengah kening, antara kedua alis. Di sini gelombang yang dipancarkan oleh minda sudah begitu halus sehingga mampu berkomunikasi dengan 'sumber-sumber' yang jauh lebih halus dan tinggi di alam ghaib atau metafizik. Aktiviti minda di sini dikenali sebagai Komunikasi Intuisi. Pada tahap inilh selalunya muncul intuisi atau ilham-ilham yang begitu jelas dan berkualiti. Getaran ini sudah berada jauh dari alam jin dan sekutunya sehingga sangat 'sedikit' kemungkinan berlaku ' transmission interuptions' yang boleh mengganggu penglihatan anda. Inilah yang sebenarnya Mata Ke 3.

Anda pasti pernah mengalami keadaan di mana anda mendapat ilham yang tiba-tiba datang entah dari mana, seolah dicampak dari atas langit saja rasanya. Ilham yang begitu jelas dan terang dan menimbulkan keyakinan yang begitu besar di hati anda. Ini hanya berlaku ketika jiwa anda sedang bebas daripada kongkongan fikiran dan emosi. Ketika sedang rileks, ketika selesai latihan rohani dan lain-lainnya. Sebab itu berhati-hatilah dengan dengan orang-orang yang rajin latihan rohani ( meditasi, zikir, solat, dll ) kerana 'mata hati' mereka begitu tajam. So mungkin sudah agak jelas sekarang, perbezaan 3 'kaca mata' ini.

Bagi anda yang sudah belajar macam-macam ilmu membuka mata ke 3, mudah-mudahan artikel ini boleh membantu kemajuan anda. Bezakan antara MEMBAYANG dan TERBAYANG. MEMBAYANG adalah masih pada tahap Komunikasi Mental manakala TERBAYANG adalah Komunikasi Intuisi, iaitu Mata Ke 3 yang sebenarnya. MEMBAYANG adalah aktif, sedangkan TERBAYANG adalah pasif. Jauh bezanya.

Ada juga yang bertanya, " Tuan master, kalau saya buka mk3 ni ada risiko kena gangguan makhluk halus ka? Saya jadi takut kalau dengan membuka mk3 ni saya akan selalu tengok hantu di mana-mana ". Waduh pak, rumit juga mau jelaskan. Tapi saya cuba juga. Ok... Memang ada segelintir orang yang mendakwa sering melihat makhluk halus, jin, hantu dan yang seangkatan dengan beliau. Namun ingin saya jelaskan melalui pengalaman saya berjumpa dan menangani langsung pesakit-pesakit sebegini, bahawa kebanyakan mereka dipengaruhi oleh imajinasi. Maklumlah budaya kita sangat kaya dengan cerita-cerita begini malah siap difilemkan lagi. Ada yang benar-benar nampak, namun lebih banyak lagi yang hanya imajinasi. Jenis komunikasi intuisi dan mental. Kadang benar-benar nampak, kadang cuma khayalan semata. 

Kes-kes begini sebenarnya mengalami 'kebocoran energy' di mana gelombang mindanya tidak berhenti memancar samada dari solar plexus atau kerongkong. Sebab itu 'rasa' dan imajinasinya sentiasa aktif lalu terlihatlah bayangan-banyangan buruk di mana-mana. Kalau ini kesan daripada belajar ilmu-ilmu ghaib bermakna sistemnya ajarannya ada yang kurang betul atau ada yang tercicir. Jadi kita boleh kata itu bukanlah sebenarnya Mk3, kalau pun Mk3 yang masih di level rendah. Mk3 yang sebenar kalau aktif membuat kita boleh mengakses 'sumber-sumber' tinggi sehingga kita boleh menangkap gelombang-gelombang yang sangat halus yang penuh dengan mutiara-mutiara hikmah.

Tanda utama terbukanya cakra ajna adalah anda jadi lebih bijaksana, penuh pertimbangan dalam apa juga tindakan. Anda sudah tidak tertarik dengan alam-alam ghaib rendah, anda lebih suka mengakses alam-alam tinggi seperti alam-alam ketuhanan untuk menyuburkan pertumbuhan rohani anda. Sedangkan tanda-tanda anda masih berada di Komunikasi Naluri dan Mental, anda suka dengan alam-alam ghaib eterik dan astral di mana bediamnya frekuensi jin dan sebangsa beliau. Fikiran dan emosi mudah kalut, sebab alam ini juga dishare oleh gelombang fikiran dan emosi. 

Ok, rasanya sampai sini dulu cerita kita. Adapun pembukaan Mk3 yang saya tawarkan pada kali ini ada 2 langkah iaitu:

1. Pembukaan dan pembersihan Cakra Ajna melalui transfer energy jarak jauh, tidak kisah dimana pun anda. Prosesnya mengambil masa selama 20-30 min.

2. Tuning ke frekuensi yang benar. Untuk tahap ini, anda perlu telefon saya agar saya boleh membimbing anda secara terus.

***Biasanya kalau saya bercerita tentang mk3 ni akan banyak yang bertanya dan tidak kurang yang ingin menguji. So bagi yang ingin menguji, mohon maaf banyak-banyak sebelum anda bertanya dengan niat menguji, jawapan saya hanya 'SAYA TIDAK TAHU'. Bagi yang ikhlas insyaAllah saya bersedia berbagi rezeki ilmu dan kefahaman yang Allah berikan pada saya :)

Itu saja dulu. Selamat menjalani ibadah ramadan. Semoga anda sentiasa berbahagia.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)


7 comments:

  1. Alhamdulillah sungguh menarik itu tuan guru... :)

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat lillahi taala,,,,
    rindu rasanya dengan tuan hamba,,,menarik penghuraian mk3 ni,,,teruja untu mengetahui keindahan ciptaan Allah,,,mdah-mudahan aku termasuk dalam golongan ini,,,,aminn,,

    Gurka,,,

    ReplyDelete
  3. Says ingin membuka mata batin. Ada siapa bleh tolong.

    ReplyDelete
  4. Says ingin membuka mata batin. Ada siapa bleh tolong.

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...