DIRI manusia memiliki 1 tubuh fizikal dan 7 lapisan tubuh energy yang masing-masing
dijana oleh 7 jenis cakra ( seperti rajah di atas ). Pada mulanya ‘DIRI’ kita
hanyalah satu wujud yang sangat luas ( ruh ) dengan potensi yang juga sangat
tinggi. Kemudian ruh ini disarung ke tubuh-tubuh energy bermula dari lapisan
tubuh paling halus yang dikenali sebagai causal body pada rajah di atas. Kemudian
disarung lagi dengan lapisan kedua iaitu Celestial Body yang lebih padat dan
kasar daripada lapisan pertama. Begitu seterusnya sehinggalah pakaian akhirnya
iaitu tubuh fizikal kita dan jadilah sesosok peribadi manusia yang lengkap.
* Rajah di atas adalah daripada disiplin ilmu aura, bahasanya tidak islamik namun ia tetaplah juga ilmu Allah. Rujukan islamik yang selaras dengan ini boleh kita jumpa jika kita rajin membelek buku-buka tasauf yang mendalam. Oleh itu bukalah fikiran seluasnya kerana ilmu Allah itu begitu luasnya, tak terbatas oleh bahasa dan budaya kerana semua bahasa dan semua budaya adalah dariNya juga :)
* Rajah di atas adalah daripada disiplin ilmu aura, bahasanya tidak islamik namun ia tetaplah juga ilmu Allah. Rujukan islamik yang selaras dengan ini boleh kita jumpa jika kita rajin membelek buku-buka tasauf yang mendalam. Oleh itu bukalah fikiran seluasnya kerana ilmu Allah itu begitu luasnya, tak terbatas oleh bahasa dan budaya kerana semua bahasa dan semua budaya adalah dariNya juga :)
Potensi Sang Diri semakin dibatasi mengikut lapisan pakaiannya. Setiap
tubuh mengikat DIRI dengan ikatan-ikatan ghaib sehinggalah Sang DIRI semakin terhad
kemampuannya. Oleh itu, anggapan atau persepsi kita terhadap diri kita sekarang
ini bukanlah sebuah hakikat. Kerana ‘aku’ kita sekarang ini adalah ‘keakuan’
berdasarkan lapisan tubuh kita, dan bukanlah ‘keakuan’ bagi DIRI yang sejati.
Umpama seorang Raja, dipakaikan pakaian Menteri, lalu Baginda berkata “ Oh, aku
adalah seorang menteri”. Lalu dilapis lagi dengan pakaian panglima, lalu
Baginda berkata, “ Oh, aku adalah seorang panglima “. Sehinggalah Baginda
dipakaikan dengan pakaian seorang hamba abdi, iaitu hierarki paling rendah
dalam masyarakat, lalu Baginda pun berkata, “ Oh, aku ini adalah seorang hamba”.
Kehidupan Baginda kini adalah mengikut anggapan atau persepsi fikirannya.
Baginda hidup seperti hamba abdi, berpakaian dengan pakaian hamba abdi, makan
dengan makanan hamba abdi, dan semuanya mengikut kasta kesedaran dirinya yang
terkini. Pada hakikatnya, Baginda adalah seorang Raja, namun pakaiannya menjadi
mental blocking atau hijab bagi
kesedarannya, sehingga Baginda menganggap dirinya sebagai hamba abdi lalu hidup
sebagaiman seorang hamba abdi. Seandainya, Baginda melepaskan pakaian-pakaian
yang menghadkan kesedaran dirinya ini, maka Baginda akan kembali memiliki
kesedaran seorang Raja dan memiliki semua keistimewaan seorang Raja. Sebab itu
ada ungkapan, ‘ You are what you think You are’.
Sekarang kesedaan DIRI kita sedang terikat dan terbatas pada tubuh
fizikal. Maka disini kesedaran kita adakah terbatas pada persepsi tubuh fizikal
ini. Apabila kita berkata ‘aku’ maka kita menganggap diri kita adalah Si Abu,
Si Ali, Si Najib, Si Karim dan banyak lagi peribadi-peribadi. Kita menganggap
bahawa inilah ‘aku’ dan inilah kemampuan diriku. Padahal hakikatnya itu cumalah
‘aku’ berdasarkan lapisan tubuh, bukan AKU yang sejati. Apabila anda
bermujahadah melatih rohani, ‘aku’ anda akan berubah lagi dan potensi andapun
akan semakin meningkat kerana kesedaan anda semakin naik ke lapisan tubuh yang lebih
tinggi. Umpama Sang Raja dalam perumpamaan di atas tadi. Jika dia melepaskan
pakaian hamba abdi yang menutup dirinya, akan terlihatlah pakaian Panglima pada
dirinya. Oleh itu kemampuannya sudah meningkat daripada hamba abdi kepada
kemampuan seorang panglima. Setiap pakaian atau maqam ada potensinya. Semakin tinggi
maqam maka semakin terbuka potensi sang DIRI. Kemampuan merawat, mata ketiga,
pendengaran batin, meraga sukma, dan lain-lain kemampuan supernatural adalah
kemampuan-kemampuan yang akan anda perolehi ketika anda bermujahadah menaiki
tangga-tangga spiritual, melepas hijab-hijab DIRI anda. Itu pasti kerana semua
itu adalah potensi-potensi semulajadi DIRI anda yang sejati.
Sama dengan setiap kita, semua lapisan tubuh ini, daripada lapisan paling
halus ke lapisan paling kasar dan padat iaitu tubuh fizikal, hanyalah PAKAIAN
bagi DIRI, dan bukanlah DIRI yang sebenar. Namun sudah menjadi ketentuan Sang
Pencipta Yang Maha Bijaksana, bahawa lapisan-lapisan tubuh ini menjadi hijab/pelindung
kesedaran kita dan merupakan ujian bagi kehidupan kita di dunia ini. Tugas kita
didunia ini adalah berjuang/mujahadah untuk melepaskan pakaian-pakaian ini
sehingalah kita dapat meraih kembali kesedaran sejati kita. Perjuangan atau
mujahadah inilah yang kita kenali dengan istilah ‘ibadat’. Dengan demikian,
matalamat ibadat bukanlah untuk mendapatkan pahala dan meraih syurga namun untuk
melepaskan pakaian-pakain yang menghijab potensi sejati sang DIRI.
Pahala-pahala hanyalah untuk memotivasikan kita agar semakin kuat dan rajin
beribadat, dengan harapan semoga dengan kerajinan ini memungkinkan kita untuk
melepaskan pakaian-pakaian tubuh yang menghijab kesedaran Sang DIRI.
Jika dalam ibadat, kita masih mengharapkan pahala dan syurga maka,
matlamat ibadah masih belum sepenuhnya kita dapat raih. Panduan untuk perkara
ini diabadikan di dalam Kalam Suci sebagai berikut :
Wamayyarju liqa’arobbihi fal ya’mal
‘amalan solihawwala yusyrik bi’ibadati robbihi ahada.
Ertinya:
Barangsiapa yang ingin menemui
tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan
sesuatu apapun juga
Surah Al-Kahfi : 110
Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat, manakala
matlamat ibadat adalah untuk ‘menemui tuhan’. Sedangkan untuk ‘menemui tuhan’ harus
dengan DIRI sejati iaitu Ruh kita kerana dimensi ketuhanan yang maha suci
begitu tinggi dan halus dan hanya dapat dimasuki oleh ruh yang merupakan bahagian
daripada esensi atau zat ketuhanan. Tidak akan terjadi ‘pertemuan dengan tuhan’
jika sang DIRI masih lagi dibelenggu oleh ‘pakaian-pakaiannya’. Dalam ibadat
itu pula syaratnya haruslah ‘tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun
juga’. Jika dalam ibadat kita masih ingin pahala dan syurga, maka itu adalah ‘syirik’
yang halus atau syirik kahfi dan dengan itu syarat untuk ‘bertemu tuhan’ tidak
terpenuhi.
Singkat kata, dalam ibadah haruslah ikhlas benar-benar Lillahita’ala,
bukan ‘Lilpahala’ atau ‘Lilsyurga’.
Semoga Ramadan barokah ini semakin membuka ruang kesedaran kita, meningkatkan maqam rohani kita sehingga kita semakin mengenali diri dan memanfaatkan pengenalan diri ini untuk manfaat kehidupan kita pada semua aspek.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)
Sungguh dalam makna nya.
ReplyDeleteSemoga diberkati Allah.
DeleteAlhamdulillah, penuh bermakna lagi padat. :)
ReplyDeleteKursus manakah yg perlu sy sertai untuk mencapai tujuan ini tuan?malaikat 4 bolehkah?
ReplyDelete