Salam semua pembaca budiman :)
Bila anda membaca tajuk artikel ini, pasti macam-macam persoalan yang muncul di benak masing-masing. Bagi yang biasa dengan sains metafizik rasanya tiada masalah. Namun bagi anda yang baru mahu kenal dengan dunia metafizik rasanya artikel ini akan penuh persoalan dan kontroversi.
Can we really manipulate the weather???
Menurut teori ilmu fizik quantum, semua objek, semua perkara, semua peristiwa adalah sekumpulan energi yang memiliki frekuensi pada skala tertentu. Misalnya, jika anda ingin terjadi hujan pada jam 1 petang esok, peristiwa ini memiliki nilai frekuensi atau kadar getaran energy pada skala tertentu. Jika frekuensi ini dipancarkan secara konsisten pada jangka waktu tertentu, maka frekuensi ini akan mengambil bentuk yang stabil di alam eterik ( alam energi dimensi ke 4 ) dan BOOOOOMMMMM!!!... jam 1 petang esok terjadilah hujan.
Bunyinya kedengaan mengarut dan tidak masuk akal kan. Ini teknologi rahsia yang digali daripada ilmu sains metafizik. Ilmu ini giat di kaji oleh saintis barat dan kewujudannya sangat-sangat confidential. Dalam beberapa kali percubaan dengan rakan-rakan paranormal, melalui kaedah yang sistematik hasilnya sangat mengejutkan.
Tidakkan ini melawan kuasa Tuhan? Ada yang bertanya begini tentunya... Alam ini penuh dengan hukum-hukum semulajadi yang biasa kita kenal sebagai Sunnatullah. Misalnya, sunnatullah telah mengatur bahawa setiap yang berada di atas akan memiliki daya keupayaan dan pasti akan jatuh ke bawah kerana adanya daya tarikan graviti. Dengan memahami hukum alam berkaitan graviti serta hukum-hukum lain, besi yang beratnya ratusan tan boleh diterbangkan manusia di udara. Kapal yang dibina dari logam dan mengangkut ratusan manusia boleh terbang di udara, adakah ini menentang hukum alam??? Tidak, ia hanya memanfaatkan hukum alam untuk kebaikan manusia.
Di dunia metafizik, dunia spiritual juga ada hukum alam atau sunnatullah yang mengaturnya. Mempelajari hukum ini serta memahaminya akan membuat anda mampu memanipulasi objek atau peristiwa yang berada dalam kawalan hukum alam tersebut. Sama dengan topik yang saya bawakan pada artikel kali ini.
Bagi anda yang sudah tahu caranya, khasnya pelajar-pelajar TERQI... Give it a try and see for yourself :)
Sekian untuk tulisan kali ini. Semoga mencetuskan inspirasi :)
Salam hormat, salam kasih sayang yang tulus untuk anda. Semoga anda sentiasa berbahagia :)
No comments:
Post a Comment