Your Magic Blog: Rise Of The Internal Technology

Sunday 16 October 2011

Rise Of The Internal Technology

Salam : )

Dewasa ini manusia semakin memiliki kesedaran berkenaan kepentingan aspek mental-spiritual kita. Senario ini melahirkan banyak guru/master yang menawarkan kursus-kursus ilmu yang berkaitan dengan penggalian potensi dalaman diri manusia.

Kita amat bersyukur kerana hidup di zaman yang serba canggih ini di mana ilmu dapat kita tuntut tanpa perlu lagi meredah lautan yang bergelora, mendaki gunung, menuruni lembah, memasuki hutan, meredah gua yang gelap dan bermacam lagi kesusahan-kesusahan semata-mata untuk menemui guru yang arif dan menimba ilmu-ilmu untuk kemantapan diri dan kehidupan kita.

Lebih syukur lagi kerana pada era ini, ilmu-ilmu ghaib tidak lagi 'ghaib' dan misteri kerana dengan kemajuan sains, teknologi dan kesedaran manusia, sudah banyak kajian-kajian ilmiah dan experimen-experimen dijalankan secara matang di laboratorium dalam usaha untuk mengilmiahkan serta melogikkan apa yang selama ini kita anggap sebagai satu 'kawasan larangan'.

Selama ini kita cenderung melihat bid'ah dan syirik dalam pengamalan ilmu-ilmu ghaib. Ini adalah faktor kurangnya ilmu kita berkenaan proses yang terjadi disebalik fenomena paranormal/ajaib yang ditimbulkan oleh praktik ilmu sebegini. Sebagai umat islam, khususnya di kawasan nusantara ini, nenek moyang kita dulu telah sangat maju menggunakan teknologi rohani ini. Baca-baca, mentera-mentera, azimat-azimat dan segala macam alat serta ritual ilmu ghaib telah mereka gunakan untuk kemudahan hidup mereka. Melalui penggunaan teknologi rohani pada zaman mereka, hujan boleh dimanipulasi, mengawal serangga perosak, mengawal haiwan-haiwan liar, menyembuhkan penyakit dengan mudah dan lain-lain lagi. Kehebatan masing-masing mereka ditentuan oleh sedalam mana penguasaan mereka terhadap teknologi ini.

Anda pasti takjub jika anda mengkaji perkara ini melalui disiplin ilmu yang benar sehingga anda melihat bahawa apa yang berlaku disebalik ilmu-ilmu ghaib adalah sangat logik, dan tidak menyalahi mana-mana hukum agama. Its a very pure science!... Secara peribadi saya sendiri merasa takjub dengan apa yang telah dicapai oleh nenek moyang kita dahulu dalam bidang ini. Mereka jauh lebih advance dari budaya lain kerana adanya sokongan dari Al-quran dan hadis sehingga mereka mencapai kemajuan yang sangat hebat dalam mengolah dan menggunakan teknologi rohani mereka.

Satu saja kelemahan mereka, iaitu mereka tidak dapat memberikan satu teori ilmiah berkenaan amalan-amalan mereka sehingga anak cucunya  sekarang ini yang berfikir lebih berlandaskan pemikiran logik tidak dapat lagi menerima dan menerapkan amalan warisan yang sangat berharga itu. Hakikatnya orang barat dari dulu giat melakukan kajian demi kajian agar mereka dapat menggunakan teknologi ghaib ini untuk kemudahan hidup mereka. Tahukah anda bahawa ada pihak-pihak berkepentingan sedang menggunakan teknologi ini dalam skala yang sangat besar untuk menguasai dunia ini? Tahukah anda bahawa pihak-pihak ini sedang menggunakan teknologi ghaib ini untuk mengawal pemikiran kita? Kita takkan sedar kerana pancaran tenaga ghaib itu hanya mempengaruhi minda bawah sedar kita dan seterusnya semua aspek personaliti dan pemikiran kita. Kalau anda rajin meneliti, pasti anda dapat melihat kesan aktiviti mereka ini. Anda boleh tidak percaya, atau boleh mengatakan ini mengarut. Namun begitulah adanya yang sedang berlaku.

Kita abaikan dulu perkara-perkara membawa kerisauan di hati dan kita fokuskan perhatian kita untuk ikut maju berama. Inilah zaman yang terbaik untuk kebangkitan era teknologi rohani. Alam telah beredar dari getaran 7.5 cps ( cycle persecond ) ke sekitar 10 cps sehingga kini dan dijangka akan semakin naik. Ini bermakna manusia zaman sekarang yang umumnya minda mereka selalu bergetar pada tahap Beta ( 14-30 cps ) semakin hampir dengan getaran alam sehingga apa yang difikirkan semakin mudah direspon oleh alam semesta untuk dizahirkan ke alam nyata.

InsyaAllah mudah-mudahan kita dapat ikut bangkit mengolah potensi diri kita secara sempurna sehingga kita mencapai tahap superhuman being atau insan kamil dan mampu mengelola alam ini berlandaskan cinta dan kasih sesama makhluk kerana hanya dengan cinta dan kasih lah semua akan mendapat manfaat yang seimbang dan harmoni.

Salam kasih dan sayang :)



3 comments:

  1. Marvelous Tn Paranorms, hehehe begitulah hendaknya kita semua beroleh manafaat dan menggunakan manafaat dalam penyebaran kasih dan sayang sesama makhluk Allah. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tn cyber00 atas sokongan dan ayat-ayat tn yg sentiasa positif :)

    alhamdulillah dgn rahmatNya kita dpt menjamah secuil kecil daripada luatan ilmuNya yg maha luas x terbatas :)

    ReplyDelete
  3. mabeles master...
    Terima kasih atas sharingnya..
    Really appreciate..

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...