Your Magic Blog: Melatih Diri Di Bulan Ramadhan

Wednesday 3 August 2011

Melatih Diri Di Bulan Ramadhan

Salam :)

Masa begitu cepat berlalu dan sedar-sedar kini ramadhan menjelma lagi. Energynya sangat terasa memberi pengaruh kepada pemikiran dan perasaan kita dan membawa corak baru kepada kehidupan kita seharian.  Tibanya ramadhan bermakna tibanya bulan untuk melatih diri kita menjadi insan yang lebih baik zahir dan batin.

Dengan ibadat puasa pastinya tubuh dan jiwa kita akan menjadi lebih sihat. Tubuh kita sihat kerana seluruh sistem pencernaan yang memakan sangat banyak tenaga untuk mencerna makanan kini boleh berehat selama lebih kurang 12 jam dan memberikan lebihan tenaga untuk organ-organ lain berfungsi dengan lebih optimum.

Jiwa pula menjadi lebih sihat kerana kurangnya ikatan pada jasad. Unsur jiwa menjadi lebih mudah terbang menuju fitrahnya di alam kebebasan. Bebas dari ikatan persepsi-persepsi sempit. Bebas dari ikatan duniawi yang menghimpit dan akhirnya benar-benar fitrah sepenuhnya pada hari 'aidul fitri. Hari raya 'aidil fitri disambut untuk meraikan pulangnya jiwa kita kepada fitrahnya selepas latihan selama 1 bulan berpuasa di mana jiwa diberi pangkat 'Tattaqun' iaitu 'bertaqwa' oleh Allah.

Oleh itu, dengan tibanya ramadhan, ibadat harus ditingkatkan sepenuhnya. Energy ramadhan yang begitu besar akan membantu memberikan motivasi dan kekuatan bagi sesiapapun juga untuk kembali menuju fitrah. Bagi yang rajin membuat dosa akan menjadi kuat untuk membebaskan diri dari  belenggu nafsu, bagi yang rajin beribadat akan menjadi semakin kuat dan bersemangat beribadat, dan bagi yang melatih spiritualnya untuk menuju makrifatullah akan semakin dimudahkan dan diringankan jalannya.

Energy ramadhan begitu berkat dan kuatnya sehingga meredam frekuensi-frekuensi kejahatan yang membelenggu jiwa dari melihat cahaya-cahaya ketuhanan. Ramadhan ini adalah satu pembebasan jiwa dari segala penjara ghaib. Ramadhan ini menyediakan segala kemudahan kepada jiwa untuk kembali ke fitrahnya. Apa fitrah jiwa ini? Itulah kehampiran dan ketundukan kepada Allah. Tidak lagi terikat dengan mana-mana belenggu yang sifatnya duniawi. Jiwa bebas dari emosi-emosi yang menyesakkan dada. Tidak lagi berat untuk melakukan kebaikan-kebaikan pendek kata bebas dari semua sifat negatif.

Ramadhan sinonim dengan Lailatul Qadar. Berkenaan dengan perkara ini, sangat banyak pendapat yang kita sering dengar sehingga tidak sedikit antara kita yang salah faham mengenainya. Nabi memberikan 'hint' bahawa malam istimewa itu ada pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir bulan ramadhan bermula dari malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.  Mengapa agaknya Nabi tidak memberikan kata putus berkenaan perkara ini sedangkan segala rahsia ada di dalam tangan baginda? Pasti ada hikmahnya. Percaya atau tidak, hanya sebilangan orang yang akan 'menemui' malam istimewa itu sekalipun semua orang beribadat sepanjang malam ramadhan. Lailatul Qadar adalah malam 'pengijazahan' dari Allah bagi mereka yang telah melatih diri dengan sempurna melebihi 21 hari di bulan ramadhan. Bagi yang layak akan menerima 'pengijazahan' itu pada malam-malam terakhir bulan ramadhan. Oleh itu malam Lailatul Qadar bagi setiap yang layak mungin sama dan mungkin juga berbeza. Ada yang menerimanya pada malam 21, ada pula pada malam 23 dan begitu seterusnya.

Jika anda benar-benar menjadikan bulan ramadhan sebagai satu medan latihan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sekali lagi, mendekatkan diri kepada Allah, melalui ibadah-ibadah puasa, solat, zikir dan lain-lainnya dengan penuh keikhlasan insyaAllah anda akan menerima 'pengijazahan' rohani pada malam-malam akhir ramadhan dan itu adalah malam Lailatul Qadar untuk anda. Pengijazahan ini adalah sebagai tanda bahawa anda telah lulus sempurna dalam latihan anda sepanjang ramadhan. Sebenarnya ada kisah energy disebalik malam itu, namun terlalu umum untuk dicerita di sini memandangkan kefahaman setiap orang adalah berbeza.

Mudah-mudahan dengan tibanya ramadhan ini kita dapat melatih diri untuk menjadi peribadi yang lebih baik lagi. Dengan kesungguhan dan keikhlasan mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadat-ibadat yang semakin berkualiti, insyaAllah kita akan menerima 'pengijazahan' di malam-malam akhir ramadhan.

Salam kasih dan sayang :)

2 comments:

  1. Salam Ramadhan... Terima kasih kerana inputnya... Mungkin bagi saya inilah kali pertama saya membaca artikel berkenaan Ramadhan berkonsepkan energy... Selalunya ia lebih berkonsepkan agama... sekali sekala kupasan dari sudut yang berbeza agak menarik juga... Jazakmumullah tuan... Moga tuan sentiasa di dalam keredhaannya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan syukur pada Allah S.W.T di atas entrinya oleh tn paranorms, hmmm kali ini sungguh berbeza kupasannya kali ini dan bertambahlah ilmu lagi bagi sang pencariNya.

    Mudah2an kita semua mendapat keredhaanNya. Amin :)

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...