Your Magic Blog: Energy Anti Scanning

Tuesday 12 July 2011

Energy Anti Scanning

Salam :)

Ramai rakan-rakan yang bertanya bagaimana untuk mengelak daripada di 'scan' oleh sesiapa. Maklumlah, jika terjumpa dengan orang-orang pandai 'scan' ni kita boleh 'ditelanjangi' bulat-bulat sekalipun kita memakai 10 lapis baju tebal. 

Kalau seseorang 'scan' kita, bukanlah tubuh fizikal kita yang digeledah tetapi yang diselongkar adalah tubuh energy kita yang mana mengandungi fikiran-fikiran kita, sifat dalaman kita, emosi kita dan rahsia-rahsia yang kita sembunyikan jauh di lubuk pemikiran kita. Sebanyak mana yang boleh diakses oleh si 'scanner'? Itu bergantung kepada kepakarannya.

Orait, so macam mana kita hendak mengelakkan diri daripada di 'scan' oleh para 'scanner' ni? Pertama sekali kita perlu memahami nature 'scan-mengscan' ni. Bila kita melakukan 'scan' sebenarnya gelombang fikiran kita bergerak menembusi dan menyelubungi subjek yang di'scan'. Data-data yang berbentuk raw energy pada subjek akan ditafsir oleh minda kita dalam bentuk bayangan-bayangan di layar minda kita.

Jadi untuk menghalang gelombang fikiran atau kekuatan batin seseorang daripada menggeledah diri kita, maka kita juga memerlukan kekuatan batin yang lebih kuat lagi. Salah satu cara membuat benteng perlindungan atau aura shield daripada sebarang 'scanning' adalah seperti berikut,

1. Tenang dan rileks. 
2. Baca Bismillah atau apapa ayat yang anda suka.
3. Niat dengan afirmasi, baca dimulut dengan perlahan dan mantap. 

Afirmasi lapisan pertama, " Saya niat membuat aura perlindungan anti scan lapisan pertama dengan cahaya yang sangat terang menyilaukan yang menyelubungi seluruh diri saya secara terus-menerus dan sempurna. Terjadilah ". Tenang selama 1 minit. Biarkan energy terbentuk sempurna.

Afirmasi lapisan kedua. " Saya niat membuat aura perlindungan anti scan lapisan kedua dengan kegelapan yang sangat pekat yang menyelubungi seluruh diri saya secara terus-menerus dan sempurna. Terjadilah ".  Tenang selama 1 minit. Biarkan energy terbentuk sempurna.

Afirmasi lapisan ketiga. " Saya niat membuat aura perlindungan anti scan lapisan ketiga dengan cahaya yang sangat terang menyilaukan yang menyelubungi seluruh diri saya secara terus-menerus dan sempurna. Terjadilah ".  Tenang selama 1 minit. Biarkan energy terbentuk sempurna.

4. Sudahi dengan mengucap syukur.

Ucapkan afirmasi di atas dengan rileks dan tenang, sambil banyangkan apa yang anda ucapkan itu. Dengan itu anda akan memadukan kekuatan dari cakra jantung, cakra kerongkong dan cakra ajna anda.

Bagi anda yang tidak biasa dengan ilmu-ilmu energy, kemungkinan ucapan anda tidak membentuk energy yang besar. Tetapi jika afirmasi/ucapan di atas dilakukan berulang-ulang insyaAllah pasti akan terbentuk energy yang hebat. 

Hasilnya, jika anda seseorang yang cuba meng'scan' anda, maka kekuatan batinnya akan melihat sinar terang yang sangat menyilaukan. Untuk menembusi lapisan ini, dia memerlukan kekuatan yang extra. Jika tembus juga, maka dia hanya akan melihat kegelapan. Tapi jangan risaulah, lapisan pertama pun sudah sangat susah unutk ditembusi. 

Namun jika anda berhadapan dengan orang-orang yang tinggi spiritualnya, biasanya orang begini tahap energynya sudah mencapai tahap kristal yang sangat tinggi. Tiada benteng yang tidak dapat mereka tembusi. Namun jika orang begini 'scan' anda maka usah anda risau, rahsia anda selamat di tangan mereka, malah biasanya dengan kenaikan hati mereka anda akan didoakan atau diberikan bimbingan. Tujuan energy anti scan ni hanyalah perlindungan dari orang-orang yang ada niat jahat atau nakal.

Bah ok, selamat mencuba. Semoga anda sentiasa sukses.

Salam kasih dan sayang :)


3 comments:

  1. Scanning.....Error!!
    Hebat ni guru. Terima kasih utk ilmunya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Saya pernah terpandang dengan keadan tanpa pakaian(Saya pernah mencuba di lain waktu kut masa tu tersalah tapi masih boleh tembus pakaian)... Tu nak kira macamana tuan... He he he... Apa pun terima kasih tak terhingga kerana tak jemu mencurah ilmu kepada kami... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah di atas perkongsiannya tn guru.... sungguh hebat terasa pada saya ianya seperti dalam dunia virtual IT nie tak ubah seperti firewall. Berapa lapis firewall kita pasang adalah untuk menjamin akan segala kepunyaan kita tidak dapat dimasuki walaupun boleh keluar tetapi bila nak masuk aja terdapat halangan dari segi aksesnya kalau boleh hanya akses keinternet.
    Hmmm sungguh menarik :) Terima Kasih tn paranorms

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...