Your Magic Blog: KRISIS CHAKRA PUSAT

Wednesday 28 August 2019

KRISIS CHAKRA PUSAT



Ada waktu anda merasa masa depan anda tidak jelas. Anda tidak tahu apa nak buat. Anda tidak pasti apa sebenarnya yang anda inginkan di dalam hidup anda.

Anda buat sesuatu tidak selesai, lalu buat benda lain lagi. Anda merasa pendirian anda tidak tetap.

Familiar tak dengan situasi di atas?
Mungkin anda pernah mengalami, atau sedang mengalaminya.

Dan anda bingung nak buat apa. Betul?

Ok.... teruskan membaca.

Sebenarnya anda sedang mengalami kelemahan tenaga di chakra pusat, iaitu satu titik tenaga yang terletak di perut anda.

Kalau cakra pusat kita lemah, kita akan mudah mengalami masalah kesihatan di perut. Pencernaan dan penghadaman tidak lancar.

Dari segi mental, perasaan mudah kena anxiety. Keyakinan diri jadi lemah. Merasa masa depan tidak terjamin. Selalu ada rasa insecurity.

Fikiran tidak dapat fokus. Ia suka lompat-lompat jadi ‘monkey mind’. Kejap sini kejap sana. Alih-alih tiada apa yang siap.

Keyakinan erat hubungan dengan perut. Kerana perut adalah pusat perasaan atau pusat minda bawah sedar.

Oleh kerana perut ada masalah, maka keyakinan dan jati diri seseorang pun akan ikut  terpengaruh.

Majoriti manusia sekarang mengalami krisis keyakinan. Meragui keupayaan diri sendiri bahkan meragui keupayaan Tuhan.

Di Qi center, kita sering menerima aduan berkenaan masalah ini. Banyak sangat. Tahap kronik pun ramai.

Kenapa majoriti manusia kena macam ni? Ini adalah kerana diet yang tidak baik, serta sikap yang kebiasaan terburu-buru di dalam hidup.

Punca utama adalah gangguan di energi di cakra pusat.

Maka jagalah perut.
Sering-seringlah puasa.
Rajinlah meditasi atau bertafakur.
Jangan lupa, gunakan Wangian 7 Aura.
InsyAllah banyak manfaatnya.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...