Your Magic Blog: KERANA YAKIN, KITA SANTAI.

Friday 2 August 2019

KERANA YAKIN, KITA SANTAI.



Kerana kita datang dari Allah, maka kita harus yakin bahawa Allah pula lah yang menanggung segala keperluan kita.

Kalau sudah yakin begini, kita tinggal banyak ingat padaNya.

Kemudian kita berusaha semampu dan semaksima yang boleh.

Dan kita selalu pasrah akan proses dan hasilnya.

Kalau hasilnya belum memuaskan, kita muhasabah.

Mungkin di part Keyakinan kita masih lemah.

Atau di part usaha kita belum cukup sungguh-sungguh.

Atau mungkin tawakkal kita belum lurus.

Tawakkal yang lurus itu kata guru, kita berserah padaNya dengan penuh yakin bahawa Dia akan memberikan yang paling baik.

Kerana yakin, kita jadi santai, tidak takut dan tidak cemas, kerana kita merasa Dia ada bersama.

Tanda tawakkal belum lurus adalah, cemas dan takut menggigit di jiwa membuat kita tidak santai dan rileks.

Silakan share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...